Anda di halaman 1dari 1

Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)

1. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (Januari).
2. Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 8.00 pagi.
3. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
4. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. ( Gurub bagaimana pun perlu menyediakan rekod nama,
kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
5. BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
BIL SIMBOL MAKSUD

1. / Murid Hadir

2. 0 Tidak hadir tanpa sebab

3. S Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)

Bersebab yang telah diberi kebenaran oleh Guru Besar / Pengetua


4. K
( dikira tidak hadir )
Murid lewat ke sekolah
5. L
(Tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
Murid mewakili sekolah
6. W
(Tanda dalam bulatan dan murid dikira hadir)
Murid digantung persekolahan
7. G
(Tanda dalam bulatan dan murid dikira tidak hadir)

6. Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:

TINDAKAN PONTENG BERTERUSAN PONTENG BERKALA


Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran 2 7 hari selepas surat amaran 1 10 hari selepas Amaran 1
Amaran 3 7 hari selepas surat amaran 2 20 hari selepas Amaran 2
Buang Sekolah 14 hari selepas surat amaran 2 20 hari selepas Amaran 3
Jumlah 31 hari 60 hari

7. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku
Jadual Kedatangan.
8. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani
ringkas.
9. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan Penolong Kanan
(HEM ) merekodkan data kehadiran murid.
10. Pembantu Tadbir akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam APDM secara atas talian (on-line)
sebelum pukul 9.00 pagi (sesi pagi) .
11. BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 01 haribulan tiap-tiap bulan berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai