Anda di halaman 1dari 6

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA PENDIDIKAN

MANUAL AM PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI 2011 SARINGAN 1

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

1.0 PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan

2.0 DEFINISI LITERASI


Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. 2.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng Konstruk 7 : Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 1 : Konstruk 2 : Konstruk 3 : Konstruk 4 : Konstruk 5 : Konstruk 6 :

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

Konstruk 9 : Konstruk 10: Konstruk 11: Konstruk 12:

Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

3.0 FASA PELAKSANAAN


Tiga saringan LINUS , iaitu Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 1, tahun 2011. Saringan 4, Saringan 5 dan Saringan 6 pula akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2011. JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI DAN NUMERASI BAGI TAHUN 2011 AKTIVITI Saringan Membaca SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 27 Februari - 31 Mac SARINGAN 2 DAN SARINGAN 5 19 Jun - 22 Julai SARINGAN 3 DAN SARINGAN 6 2 Okt - 21 Okt

Saringan Menulis

3 - 8 April

24 - 22 Julai

30 Okt- 4 Nov

Memasukkan Data Saringan

11 - 22 April

1 - 12 Ogos

7 Nov - 11 Nov

4.0 PENTADBIRAN
4.1

Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk. Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Instrumen literasi membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (tidak melebihi 3 orang murid) Instrumen literasi menulis pula ditadbir secara kelas. Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk. Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid. Dicadangkan guru duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran literasi membaca dilaksanakan.

4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Kedua-dua instrumen Saringan Literasi, iaitu instrumen Literasi Membaca dan Instrumen Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Instrumen saringan berserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD. Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

6.0 TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4


Selepas Saringan 1 dan 4, murid yang menguasai sekurang-kurangnya konstruk 1 hingga 8 dianggap telah menguasai asas literasi. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus perdana. Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2 sahaja akan ditempatkan ke Program LINUS Tegar, manakala , murid yang menguasai konstruk 1 hingga 7 akan meneruskan pembelajaran di kelas di kelas LINUS tetapi akan menduduki Saringan 2 dan 5 . Selepas Saringan 1 dan 4 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah. Saringan 1 Tidak Menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 Program LINUS Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Kelas Arus Perdana

Saringan 4 Tidak Menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 Kelas Pemulihan Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Program LINUS Kelas Arus Perdana

Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 1 dan 4 akan menduduki saringan berikutnya iaitu Saringan 2 dan 5 .

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

7.0

PROSES PEMANTAUAN

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, akan menjalankan pemantauan p e l a k s a n a a n proses saringan, diagnosis dan Program LINUS di sekolah dari semasa ke semasa.

8.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN SARINGAN Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk saringan ialah: 8.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu releven dan cakupan. Pereka bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. 8.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan ketepatan instrumen saringan. 8.3 Kebolehlaksanaan Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah mengambil kira semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 8.4 Penjaminan Kualiti Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU 9.1 Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan. Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk. Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Membaca dan Saringan Menulis. Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang berikut.
SARINGAN 1 KONSTRUK MEMBACA a) 5 1 b) 8 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 4 4 4 5 4 4 4 4 4 3 2 10 5 5 5 6 5 5 5 5 5 4 3 b) 8 4 4 4 4 4 4 4 3 2 1 0 10 5 5 5 5 5 5 5 5 5 3 2 5 a) 5 MENULIS 5 PENGUASAAN SARINGAN 1 KUASAI TIDAK KUASAI

9.2 9.3

9.4

Manual Am Pentadbiran Instrumen Saringan 1 Tahun 1 (2011) Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

Anda mungkin juga menyukai