Anda di halaman 1dari 23

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

NURFARHANAH AHMAD TARMIZI KWEEK CHIAW HUEI

KEPENTINGAN MENTAKSIR DAN MENILAI KEMAHIRAN TULISAN

 Pendidik dan pelajar menggunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka.  Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat.  Mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai apa yang dipelajari.  Membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid.

KEPENTINGAN MENTAKSIR DAN MENILAI KEMAHIRAN EJAAN

 Memastikan murid menguasai kemahiran asas dalam mengeja.  Memastikan murid mengeja sesuatu perkataan dengan betul.  Memastikan murid dapat membuat perbezaan di antara kedudukan huruf besar dan huruf kecil dalam sesuatu perkataan.

KEPENTINGAN MENTAKSIR DAN MENILAI KEMAHIRAN MENGARANG

 Menilai keberkesanan murid dalam melahirkan idea.  Memastikan murid dapat membuat karangan dalam perenggan yang betul.  Memastikan murid dapat menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.  Memastikan murid menggunakan format karangan yang betul.

JENIS PENILAIAN

PENILAIAN FORMATIF
 Semasa dan sepanjang proses p&p menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada dalam mengelola, merekod, menterjemah dan melaporkan sesuatu  Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis atau verbal) bagaimana memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid.

 Tidak membanding murid dengan murid lain  Tidak meletakkan murid pada suatu skala nombor/abjad/band/skor/markah yang menunjukkan kedudukan tinggi/rendah  Hasil pentaksiran ialah maklum balas (feedback)

PENTAKSIRAN SUMATIF
Di hujung unit pembelajaran  Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis) tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk meneruskan pembelajaran.  Maklumat dalam bentuk kualitatifdan/atau kuantitatif mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah.  Tidak membandingkan murid dengan murid

INSTRUMEN

 KEMAHIRAN 2 : Nama huruf kecil.  Arahan Guru : Tulis huruf yang disebut oleh guru.

KEMAHIRAN 2 : Melengkapkan perkataan dua suku kata awal KV+KV Arahan Guru : Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar di bawah

da__

__ku

ma__

PELAKSANAAN PENILAIAN

Kelas

Pelaksanaan Penilaian

Individu

Kumpulan

PENILAIAN KELAS
 Guru membuat penilaian kepada semua murid dalam kelasnya secara serentak.  Murid-murid yang mengikuti terdiri daripada muridmurid yang sama taraf keupayaan atau berbeza taraf kebolehan mereka.  Murid-murid dapat membuat ujian yang sama, dinilai dan diuji dalam perkara-perkara yang sama  Memberi peluang guru-guru mentadbir dan mengendalikan kelas secara mudah.

PENILAIAN KUMPULAN
 Penilaian secara kumpulan menjadikan penilaian guru difokuskan kepada murid dalam satu-satu kumpulan tertentu.  Ujian yang digunakan adalah berbeza antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain.  Melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama taraf keupayaan mereka.  Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penilaian.

PENILAIAN INDI VIDU


 Mengamalkan cara penilaian yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid dengan bahan penilaian yang dikhaskan kepadanya.  Bahan penilaian individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid.  Penilaian cara ini bertujuan supaya murid boleh belajar mengikut keupayaan sendiri.

TINDAKAN SUSULAN

 Tindakan susulan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.  Selepas menilai sama ada secara lisan, pemerhatian atau secara portfolio guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.  Mereka akan diberi sama ada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau pengayaan.  Murid yang memperlihatkan kebolehan menguasai kemahiran dengan baik akan diberikan pengukuhan.

 Sebaliknya murid yang belum mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan perlu diberi bimbingan dan galakan agar kelemahan murid tidak terhimpun.  Aktiviti pengayaan pula dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai