Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

1.1

Utara Utara terbahagi kepada dua jenis:(a) Utara Geografi atau lebih dikenali dengan Utara Sebenar. (b) Utara Magnet atau Utara Magnetik.

1.1.1

Utara Sebenar ialah arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara

secara geografinya. Utara Sebenar kebiasaannya berbeza dengan Utara Magnetik. Utara sebenar adalah arah geografi yang diwakili pada peta dan glob oleh garisan longitud. Arah Utara Sebenar ditandai di langit oleh kutub cakerawala utara dan kedudukan ini ditandai dengan bintang Polaris. Kutub Utara sebenar dan Kutub Selatan dirujuk kepada titik-titik di mana paksi memotong bumi. Walau bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arahnya. Ia mengalami anjakan dengan tempoh 25.800 tahun. Paksi putaran bumi hari ini terarah kepada bintang Polaris. Dalam 3000 Sebelum Masihi, ia menunjuk kepada bintang Thuban.

1.1.2

Model magnet iaitu dwikutub di mana menyinari daya magnet dari kutub utara

magnet ke kutub selatan magnet. Bumi sebagai magnet yang besar mempunyai kutub magnet utara berhampiran geografi kutub selatan. Utara Magnetik sentiasa berubah. Kemagnetan bumi terhasil disebabkan oleh aliran elektron dalam bendalir teras logam di dalam bumi.

2.0

CARA UNTUK MENENTUKAN UTARA SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

2.1

Utara Sebenar dapat dikenal pasti melalui matahari dan bayang-bayang, menggunakan bintang dan bulan dan juga menggunakan peralatan pelayaran.

2.2

Utara Magnetik pula dapat dikenal pasti dengan penggunaan kompas magnetik.

3.0

UJI KAJI BAGI MENGENAL PASTI BANDINGAN ANTARA UTARA SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

Uji kaji Masalah Hipotesis

: Mengenal pasti bandingan antara Utara Sebenar dan Utara Magnetik. : Apakah perbandingan antara Utara Sebenar dan Utara Magnetik? : Utara Sebenar dan Utara Magnetik adalah berbeza dari sudut anjakan.

Radas dan bahan: Sekeping kertas saiz A4, pen, pembaris panjang, pembaris protector, magnetik kompas, dan plastisin. Pembolehubah (a) dimanipulasikan : waktu diambil untuk bayang-bayang mengalami anjakan (b) bergerak balas (c) dimalarkan Prosedur : : bayang-bayang pen : kompas magnetik dan pen

1. Kertas bersaiz A4 dilukis seperti Rajah 1.0. 2. Utara magnetik ditentukan menggunakan kompas magnetik yang diletakkan di atas permukaan kertas, dalam posisi mengikut arah utara sama seperti di lakaran yang dibuat. 3. Plastisin digunakan untuk melekat di pangkal pen dan diletakkan di titik pertemuan antara utara dan selatan yang telah dilukis di atas kertas yang sama. 4. Pada permukaan kertas, bayang-bayang pen akan terbentuk dan akan ditandakan x di hujung bayang-bayang pen seperti Rajah 1.1. Selepas proses ini dijalankan, seterusnya akan dibiarkan selama 10 minit. 5. Bayang-bayang pen akan mengalami sedikit anjakan 10 minit kemudian dan x yang kedua akan ditandakan pada bayang-bayang pen yang telah berganjak seperti Rajah 1.2. 6. Selarikan kedua-dua tanda x dengan membuat satu garisan ke titik pertemuan utara dan selatan.

7. Garisan serenjang akan dibuat di antara garisan x yang bersudut 90 darjah dan gariskan seperti Rajah 1.3. Garisan anak panah yang terbentuk itu adalah utara sebenar. 8. Buatkan satu garisan dari titik 90 darjah sama selari dengan arah utara magnetik seperti Rajah 1.4 dan akan dapati ada perbezaan sudut antara kedua-duanya. 9. Pembaris protector akan digunakan untuk mengukur sudut perbezaan tersebut dan akan dapati sudut anjakan ialah 27 darjah antara utara sebenar dan utara magnetik.

Rajah 1.0

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Rajah 1.3

Rajah 1.4 Kesimpulan : Ternyata utara sebenar dan utara magnetik adalah berbeza dari sudut anjakan. Oleh itu hipotesis dibuktikan benar.

Rujukan :

Wei, C. S. (2009). Geografi : Uji Kaji Segera. Kuala Lumpur : Sasbadi

Ibnu Umar. (Performer) (2012). Menentukan Utara Magnetik Dan Utara Sebenar [VHS]. Retrieved 17, April, 2012, from http://youtu.be/jjVbsXaI8xU

Caroline, A. (2001). Geography: Activities for Exploring, Mapping and Enjoying Your World. Kuala Lumpur : John Wiley Publishers

Pallister, J. (2006). Explore: Geography for Secondary Level. Kuala Lumpur: Oxford

Anda mungkin juga menyukai