Anda di halaman 1dari 158

Selamat Tahun Baru 2004

FORUM E-PEKAK Tajuk: 018 Selamat tahun baru 2004

Aku bukan seorang yang berpengalaman luas. Aku juga memerlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada anda
sekalian. Hanya inilah saja yang dapat dikatakan sempena sambutan tahun baru.

"Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergelut tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang
dapat menahan amanahnya", sabda Nabi Muhammad SAW.

posted by KaptenDiam @ 9:00 PM 1 Januari 2004

Tahniah, Aqlam Jafri


FORUM E-PEKAK Tajuk: 019 MSFD dan MFD

Saudara Aqlam,

Tahniah kerana saudara Aqlam Jafri telah diberikan kepercayaan seratus peratus daripada Presiden MSFD
untuk melakukan pemantauan yang lebih teliti terhadap kemajuan dan prestasi organisasi dan staf MSFD.

Kita berharap agar peristiwa-peristiwa yang memalukan seperti kegagalan menghantar pasukan pekak
Malaysia ke Kejohanan Badminton Orang Pekak Dunia, Sofia, Bulgaria tidak akan berulang pada masa akan
datang jika saudara Aqlam dan para AJK MSFD bekerja dengan lebih komitmen dan usaha yang bersungguh-
sungguh.
Selamat Maju Jaya.

posted by KaptenDiam @ 6:03 PM 5 Januari 2004


 
Perempuan Melayu Pekak Tercantik
FORUM E-PEKAK Tajuk: 022

Hai

Soalan Remaja sungguh menarik walaupun ia tak penting untuk dibincangkan di ruang ini. Terima kasih
kepada Remaja. Sebenarnya isu ini pernah timbul di forum Bravenet dulu tetapi tak ingat siapa wanita
tercantik yang terpilih hari itu.

Tidak ada salah seandainya kita katakan seseorang itu cantik. Kecantikan adalah kurniaan daripada Allah
Maha Berkuasa lagi Kaya. Oleh itu kita seharusnya bersyukur kepada-Nya dan memanfaatkan kelebihan
tersebut untuk memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Walau bagaimanapun, rupa seseorang tidak semestinya cantik. Begitu juga dengan bentuk tubuh badan.
Kecantikan akan pudar apabila usianya meningkat. Sebab itu, Islam menggalakkan kita memilih calon
suami/isteri berdasarkan agama dan akhlak yang baik sebagai syarat utama.

Kita yakin semua perempuan Melayu Pekak cantik-cantik belaka. Tak pernah jumpa seseorang yang sangat
hodoh. Begitulah juga bangsa Cina dan India. Ini terbukti daripada laporan media asing yang memberi
rating bahawa kaum Hawa di Malaysia adalah antara yang paling cantik di dunia.

Kepada gadis dan wanita Pekak, lebih baik cantikkan lagi diri anda, bukan dengan solekan dan pakaian
yang seksi sahaja tetapi juga dengan mengamalkan kesopanan budi bahasa dan kemuliaan akhlak. Dan
senyumlah selalu sebagai pelengkap kepada keanggunan dan kecantikan diri anda.


 
Selamat Maju Jaya!

posted by KaptenDiam @ 8:54 AM 9 Januari 2004

Nakhoda dan Rumah Api


FORUM E-PEKAK Tajuk: 019 MSFD dan MFD

Sempena tahun baru ini, kita berharap MSFD akan terus hidup.. dan sentiasa berdaya saing dalam semua
usaha pembangunan sukan orang Pekak.

Kita yakin semua pemimpin dalam pentadbiran MSFD ada 2A: Akal & Amanah. Kita dah pilih mereka dan
beri kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan program-program kecil dan besar daripada peringkat
persatuan hingga antarabangsa.

Kita juga berharap MSFD beroperasi sebagai satu badan yang kuat.. tidak terlalu bergantung pada MFD.. ini
kerana MSFD dan MFD adalah NGO yang ada taraf yang sama di peringkat nasional.

MSFD perlu lebih cekap dan bijaksana lagi.. Presiden, Setiausaha, AJK MSFD dan pegawai pembangunan
sukan perlu lebih berani dan lebih yakin lagi dengan kebolehan masing-masing untuk mementukan hala
tuju MSFD sebagai seorang nakhoda yang sedang memandu kapal besar.

MSFD perlu ingat setiap kata daripada Penasihat MSFD (Presiden MFD) tidak semestinya betul 100%. Bukan
bermakna nasihat beliau mesti ditolak bulat-bulat saja.

Sekurang-kurangnya fungsi beliau bagaikan sebuah rumah api sahaja.. yang hanya memberi isyarat amaran
(seperti nasihat) kepada nakhoda kapal untuk mengingatkan saja betapa bahayanya kawasan yang tidak
patut dilalui kapal itu..

Pernahkah 'orang rumah api' terjun ke kapal dan tendang nakhoda dan kemudi kapal sendiri. Dah tentu
TIDAK!

posted by KaptenDiam @ 6:36 PM 21 Januari 2004

UBP Kebangsaan Lemah?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 026 - Apalah UBP, tutup saje bagus

Mari kita renung kajian teori yang tak rasmi seperti di bawah:

Pernyataan 1: Jika MFD lemah, maka semua persatuan di bawah MFD juga lemah.
Pernyataan 2: Jika beberapa persatuan di bawah MFD lemah, MFD juga lemah.
Kesimpulan: ???

Pernyataan 1: Jika UBP MFD lemah, maka semua UBP Negeri juga lemah.
Pernyataan 2: Jika beberapa UBP Negeri lemah, UBP MFD juga lemah.
Kesimpulan: ???

Ada tak sesiapa yang boleh jawab ini?

Terima Kasih.

posted by KaptenDiam @ 11:16 AM 21 Januari 2004


 
Nakhoda dan Rumah Api II
FORUM E-PEKAK Tajuk: 019 MSFD dan MFD
-----------------------------------------------------------------
SURAT PERTAMA
Setelah membaca mesej tulisan Askar Diam, aku tidak nampak apa-apa tanda kejahatan yang cuba ditimbulkan oleh
Askar Diam.

Pada hemat aku, Askar Diam hanya menujukan peringatan yang sangat positif sekali kepada pihak persatuan MSFD
sahaja. Aku tak fikir dia akan mengutuk Penasihat MSFD yang dikatakan dijawat oleh Presiden MFD sekarang.

Askar Diam sebenarnya cuba menyampaikan mesej iaitu MSFD perlu membina kekuatan sendiri ke arah menjadi salah
sebuah NGO OKU yang terbaik dalam pembangunan sukan orang Pekak.

Harap Saudara Aqlam dan O-o-O membaca dan menilaikan semula mesej Askar Diam. Sekian terima kasih.

TunPerak
23 Januari 2004
-----------------------------------------------------------------
SURAT KEDUA
Aku dah balik KL.. Ada 2 berita baik untuk anda semua.. Aku harap berita ini akan menghiburkan anda yang memang
rindukan aku dan Robin.. heeeee..

Berita pertama, aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga Pekak berbangsa Cina.

Berita kedua, aku menyokong sepenuhnya Askar Diam. Hai, Askar Diam bila nak belanja aku makan roti canai?

Mengapa sokong Askar Diam? Kalau aku tak silap, dia tulis mesej itu berdasarkan satu-satunya bukti yang anda semua
telah nampak dalam web epekak.

Baca lah cerita ini..

"Untuk membangunkan sukan orang Pekak memerlukan tenaga yang komitmen, berdikari serta berwawasan. Saya
selaku Penasihat MSFD, telah mencadangkan supaya Mohd Sujairi Mohd Ishak dari UITM diambil kerja sebagai
Eksekutif Pembangunan Sukan MSFD."

"EXCO MSFD semasa mesyuarat di Langkawi telah membangkitkan hal ini, saya telah memohon maaf daripada
mereka kerana masalah tersebut adalah berpunca dari saya yang beria-ia mengambil Sujairi tanpa menyiasat latar
belakangnya."

"Hal ini menjadi satu sejarah kepada saya, pengajaran kepada saya, agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Jangan sekali-kali mempercayai orang terlebih-lebih lagi jika anda sedang dalam keadaan desperate."

Ketiga-tiga kenyataan ini dikeluarkan oleh saudara Sazali dalam artikel bertajuk "Ekspedisi menawan Kala Pattar :
MSFD tidak terlibat" dalam ruang Bicara Sazali di www.epekak.net.my.

Saudara Aqlam dan O-o-O perlu terima hakikat setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan dan Saudara Sazali
juga bukanlah Nabi kita. Sazali sendiri sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada MSFD.

Pendek kata, saudara Aqlam patut ingat tidak kesemua nasihat Sazali akan berjaya 100% dalam sesuatu program.
Yang paling penting, pembuatan keputusan adalah terletak pada kebijaksanaan otak setiap pegawai tertinggi MSFD
sendiri.

Ternyata tepat sekali andaian Askar Diam. Tahniah!

Batman


 
23 Januari 2004
-----------------------------------------------------------------
Saudara dan saudari yang dikasihi oleh Allah SWT,

Terima kasih kepada saudara Aqlam yang akhirnya juga memahami isi kandungan yang sebenar dalam
mesej aku dan Batman. Tak lupa terima kasih banyak-banyak kepada saudara TunPerak dan Batman kerana
mereka terlalu pantas menilai, memahami dan menyokong aku.

Kepada Saudara O-o-O dan Pengguna,

Aku ingin membawa saudara O-o-O dan Pengguna belajar sedikit mengenai sejarah.. bagaimana seseorang
yang buta huruf boleh menjadi pemimpin dunia yang teragung. Satu salah contoh yang terbaik untuk
menerangkan sejarah tersebut ialah.... Nabi Muhammad SAW... iaitu Rasulullah dan Nabi terakhir kepada
umat kita.

Baginda juga seorang buta huruf.. tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca.. Melalui Baginda yang
menerima wahyu daripada Allah Maha Esa, sebuah kitab suci Al-Quran akhirnya dihasilkan dan dijadikan
mukjizat yang terhebat sepanjang zaman sehingga hari kiamat.

Sungguhpun Baginda buta huruf, Baginda berjaya membawa perubahan yang amat besar dan luar biasa
sekali.. masyarakat Arab daripada zaman jahiliah kepada zaman kegemilangan Islam.. Sesetengah sarjana
Barat mengakui Baginda sebagai pemimpin dunia teragung kerana Baginda berjaya menyatupadukan dan
memajukan taraf hidup umat Islam dalam semua aspek. Selepas kewafatan baginda, agama Islam telah
disebarkan ke seluruh dunia dalam masa singkat.. Kini Islam agama kedua terbesar di dunia.

Kita boleh membuat kesimpulan.. buta huruf bukanlah syarat yang penting untuk menjadi pemimpin.
Menurut ajaran Islam, seseorang yang berakhlak, berilmu, amanah dan mempunyai sifat-sifat positif boleh
menjadi pemimpin yang baik.

Dalam kes ini, Presiden MSFD juga berjaya dalam semua bidang seperti sukan, persatuan negeri Kedah dan
perniagaan walaupun beliau seorang buta huruf seperti yang saudara O-o-O dan Pengguna tanya-tanyakan
(atau sangkaan saja). Yang menarik adalah beliau juga merupakan penerima Anugerah Pemimpin Contoh
sempena sambutan HOPA tahun lepas. Bukankah pencapaian beliau amat mengkagumkan dan
membanggakan komuniti kita?

Sebenarnya aku tidak suka mendewa-dewakan (mengagung-agungkan) seorang saja pemimpin Pekak
seperti En M Sazali sahaja. Tetapi apa yang sangat penting ialah.. aku takkan melupakan jasa kebanyakan
pemimpin kita seperti Lim Heng Tuck, Syed Osman, Kamarzaman, Murshid, Aqlam, Marzuki Ong, Phillip
Pong, Anne, Sariah dan banyak lagi (maafkan tak dapat taip semua nama pemimpin yang lain). Mereka lah
yang telah berjuang membela komuniti kita!

Selamat Tahun Baru Cina

posted by KaptenDiam @ 5:53 PM 25 Januari 2004 

Tiada orang Pekak tanpa MFD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 026 - Apalah UBP, tutup saje bagus

Saudara O-o-O,

Sebelum aku teruskan perbincangan ini, marilah kita berdoa mudah-mudahan hati saudara O-o-O dapatlah
dibersihkan daripada sebarang bisikan syaitan.. Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akhar...

Saudara O-o-O: Kalau MFD lemah, tutup MFD. Tak ada MFD tak ada UBP. Askar Diam puas hati, loncat-
loncat tepuk tangan.


 
Kalau MFD lemah, Presiden perlu meletakkan jawatan seperti yang dilakukan oleh pemimpin dunia yang
lain atau terus bekerja keras mencari jalan penyelesaian jika diberi peluang oleh ahli-ahli dari semua
persatuan. Jika MFD tak ada di Malaysia, UBP memang tidak ada kerana UBP sebagai unit kecil sahaja.
Tetapi UBP boleh menjadi persatuan baru yang sah di sisi undang-undang negara hanya jika mendapat sijil
ROS walaupun MFD tak pernah wujud. Ini hanyalah andaian sahaja.

Saudara O-o-O: Tak ada MFD tak ada BIM. Tak ada orang Pekak. Kita semua kena guna KTBM ASL. Askar
Diam seronok hati. loncat-loncat tepuk tangan.

Jika Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) tak ada, sebenarnya kita sudah ada isyarat-isyarat tersendiri (yang
kemudiannya dikenali sebagai BIM) dan selalu gunakannya selepas kelas sekolah kerana KTBM hanya
dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan. Pada ketika itu, sebelum MFD mengeluarkan buku BIM, isyarat-
isyarat telah lama dicipta terlebih dahulu oleh orang Pekak di negeri-negeri yang lain. Ini menimbulkan
masalah komunikasi sesama orang pekak kerana terdapat perbezaan isyarat mengikut kawasan geografi,
agama, budaya dan bangsa.

Secara teori, kalau tak ada MFD, BIM masih hidup walaupun isyarat-isyarat belum diseragamkan lagi.
Apabila MFD wujud, barulah keluar beberapa buku BIM selepas isyarat2 yang tersembunyi dikumpulkan
semula dan diselaraskan. Walau bagaimanapun, kita tidak menyedari beberapa isyarat ASL masih
digunakan oleh pengguna BIM hari ini seperti isyarat bapa, emak, lelaki dan perempuan.

Saudara O-o-O: Tak ada MFD tak ada juru bahasa isyarat. Orang Pekak nak kawin tak payah akad nikah.

Adakah kejadian seperti ini pernah terjadi? Seperti yang kita ketahui, tak ada satu pun ayat Al-Quran yang
menyebut penggunaan khidmat jurubahasa isyarat (JBI) adalah diwajibkan dalam akad nikah pasangan
Pekak. Ini bermakna jika tak ada JBI, akad nikah tersebut masih sah. Walaubagaimanapun JBI boleh
digunakan sekadar sebagai pembantu untuk mempermudahkan proses akad nikah tersebut.

Saudara O-o-O: Tak ada MFD tak ada orang nak tegur guru sekolah khas. Guru tak tahu isyarat murid
pekak jadi bodoh. Askar Diam ketawa senang hati.

Ini tidak begitu logik. Kalau tak ada MFD, ibu bapa juga boleh berhubung dengan pihak sekolah dan guru-
guru melalui pelbagai saluran seperti mengadakan perbincangan bersama, menghantar surat bantahan
kepada pihak berkenaan dan menghadiri mesyuarat PIBG.

Sekiranya MFD turun ke setiap sekolah semata-mata untuk menegur guru khas, imej MFD akan terjejas
juga di kalangan pendidik dan menambahkan ketegangan hubungan dengan Jabatan Pendidikan Khas dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Aku yakin Presiden MFD lebih mengetahui perkara ini.

Jika guru tak tahu isyarat, murid pekak tentu tidak akan mendapat didikan yang sempurna, bukannya terus
menjadi orang bodoh sahaja. Aku difahamkan terdapat sesetengah pelajar pekak yang pernah mengikuti
kelas normal bersama guru yang tak tau berbahasa isyarat. Mereka telah berjaya muncul sebagai pelajar
pekak yang cemerlang seperti Chong, Lee Tur Chung, Syukri, NorHisham dan banyak lagi.

Saudara O-o-O: Adakah anda mahu lihat orang Pekak jadi lemah? Anda mahu bangsa kita diperbodohkan?
Jom kita kuatkan MFD. MFD perlu dan penting bagi kita.

Cadangan ini boleh diterima tetapi saudara jangan lupa berikanlah sokongan kepada persatuan-persatuan
orang Pekak negeri kerana mereka adalah tulang belakang yang sebenar bagi kekuatan MFD. Pada masa ini
terdapat beberapa persatuan yang uzur (kurang aktif) serta memerlukan sokongan anda semua dan juga
bantuan daripada pihak MFD.

Saudara O-o-O: Askar Diam, jom kita selamatkan MFD.

Kita nak selamatkan MFD daripada apa? Pada masa ini, MFD boleh dikatakan stabil dari segi kewangan,
perkhidmatan dan struktur pentadbiran yang tersusun. Sekiranya MFD ditadbir oleh pemimpin yang tidak
amanah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, kita terpaksa menyelamatkan MFD dengan


 
melantik pemimpin baru secara demokrasi.

Jika Saudara O-o-O terasa seperti diperbudak-budakkan, marilah kita susun 10 jari untuk memaafkan
saudara.

May Allah bless you!

posted by KaptenDiam @ 11:24 AM 26 Januari 2004

Perbantahan kebodohan ilmuwan?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 019 MSFD dan MFD

"Perbantahan itu adalah kebodohan orang yang berilmu, kerana perbantahan itu adalah hasutan
syaitan"

Petikan kata-kata di atas telah diletakkan oleh Saudara 'titik' sebagai peringatan kepada kita semua.
Terima kasih.

Pendapat anda boleh diterima oleh semua pihak tetapi aku berharap anda semua mengizinkan aku untuk
memperbincangkan semula pendapat tersebut.

Menurut saudara penulis 'titik', bantahan adalah disebabkan oleh seseorang ilmuwan yang bertindak bodoh
akibat hasutan syaitan. Bagi diri aku, sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan timbulnya
bantahan di kalangan orang yang berilmu.

Ada antara ahli intelek, ahli ilmu, ahli politik dan tokoh agama melakukan bantahan kerana didorong oleh
semangat yang ingin menegakkan kebenaran masing-masing. Ada orang yang membantah kerana hendak
menjaga maruah, agama, kebudayaan dan sebagainya. Ada yang juga membantah mengikut nafsu ataupun
demi kepentingan diri sendiri sahaja.

Marilah kita renungkan satu contoh untuk menunjukkan kebenaran semua yang aku terangkan di atas. Di
sini, kita akan ambil Dato' Onn Jaafar sebagai contoh sejarah.

Dato Onn amat terkenal dalam sejarah Malaysia sebagai pengasas & Presiden UMNO yang pertama, bekas
Menteri Besar Johor dan bekas Menteri Kabinet. Beliau merupakan bapa kepada Tun Hussein Onn (Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga) dan juga datuk kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Belia dan
Sukan Malaysia sekarang).

Menurut sejarah, jasa-jasa Dato Onn amat besar sekali kepada negara kita dan sukar dilupakan rakyat kita.
Salah satu keistimewaan ciri-ciri personaliti Dato Onn ialah sifatnya yang paling lantang dan berani
membantah sesuatu kerana beliau ingin membela nasib rakyat kita.

Sewaktu menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato Onn berjaya menghalang pertumpahan darah antara
kaum Melayu dan kaum Cina di Batu Pahat sewaktu/selepas zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Yang menarik, beliau pernah memasuki hutan, tempat sarang pengganas komunis kerana mahu berjumpa
dengan ketua pengganas komunis (Bintang Tiga) yang akan melancarkan serangan ke atas perkampungan
Melayu. Tanpa askar atau pengiring yang melindunginya, Dato Onn seorang sahaja berjaya menjumpai
ketua Bintang Tiga dan kemudian mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan Melayu yang pada masa
sama sedang bersiap-siap menyerang kampung orang Cina.

Dengan anugerah kebijaksanaan dan keberanian yang luar biasa, beliau tidak berhenti-henti menyuarakan
bantahan keras dalam kedua-dua rundingan tersebut. Akhirnya pertumpahan darah tidak berlaku dan
orang kampung Cina di Batu Pahat keluar beramai-ramai dari tempat persembunyian dan menyambut
kemenangan Dato Onn sebagai wira penyelamat mereka.

Satu lagi cerita yang menarik, Dato Onn pernah mengkritik dan membantah tindakan Sultan Ibrahim


 
(Sultan Johor) yang dikatakan melakukan penindasan ke atas angkatan askar Johor di ladang Baginda.
Akibatnya, Sultan Ibrahim sangat murka dan pernah membuang beliau sebanyak 2 kali ke negeri Singapura.

Sewaktu hidup dalam buangan di Singapura, Dato Onn banyak menulis bantahan dan kritikan dalam surat
khabar mengenai kezaliman sultan Johor dan kerajaan Johor (pendek kata, beliau telah membantah
perkara yang lalu). Akibatnya Sultan Johor menginsafi kesilapan baginda dan berhati-hati mentadbir negeri
Johor. Taktik Dato Onn amat berkesan dan berjaya serta menggembirakan hati rakyat Johor.

Selain daripada itu, Dato Onn pernah membantah dan menolak hasrat Sultan Johor yang mahu mengambil
anak perempuan Dato Onn sebagai isteri Baginda. Sebaliknya Dato Onn membenarkan anaknya dikahwini
oleh orang lain (rakyat biasa). Ini menyebabkan Sultan murka dan mengarahkan memutuskan bekalan
elektrik ke rumah beliau yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan tersebut.

Walaupun Dato Onn dan Sultan Ibrahim sentiasa tak bersependapat (asyik membantah dan dimurkai),
Sultan Ibrahim masih amat mempercayai Dato Onn dan pernah melantik beliau sebagai penasihat kepada
baginda (sewaktu Jepun menjajah Johor) selepas menghalau Dato Onn ke Singapura. Ini kerana baginda
percaya hanya Dato Onn sahaja yang berani membantah dan berdebat dengan penasihat dan pegawai
British yang mana pada masa itu tak ada seorang pegawai kerajaan Johor yang terlatih berani melakukan
seperti ini apabila berdepan dengan pegawai-pegawai British.

Kejayaan beliau yang terbesar ialah beliau memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin Melayu yang
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan menyatupadukan bangsa Melayu menumbangkan
Malayan Union yang diperkenalkan oleh British dengan melancarkan perhimpunan perbantahan gergasi
yang amat besar di seluruh Tanah Melayu.

Beliau juga ketua pembangkang (wakil Parti Negara) yang amat lantang, digeruni dan sukar ditandingi oleh
kebanyakan ahli parlimen (majoriti wakil Parti Perikatan: UMNO, MCA, MIC) yang pernah belajar sampai
peringkat universiti. Hujah-hujah ahli parlimen terlalu mudah ditangkis dan dimatikan serta-merta oleh
kecerdikan Dato Onn.

Daripada itu, kita boleh buat kesimpulan bahawa Dato Onn telah menunjukkan keberanian sepanjang
menempuhi banyak pengalaman yang manis dan pahit termasuk melakukan pelbagai perbantahan atas
nama kebenaran dan pembelaan bangsa Melayu demi agama dan keamanan negara kita.. dan bukannya
dipengaruhi oleh sebarang hasutan syaitan atau tindakan bodoh. Beliau tidak pernah membantah semata-
mata kerana mementingkan diri seperti mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Sesungguhnya Dato Onn cuma budak lulusan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan pernah belajar
(pendidikan sekolah rendah) di England bersama Sultan Ismail (Sultan Johor dahulu), adalah wajarlah kita
belajar teladan yang baik daripada cara-cara pemikiran Dato Onn yang diakui sebagai negarawan terulung.
Semoga Allahyarham Dato Onn dilimpahi oleh Allah dan diletakkan dalam golongan orang-orang beriman.

Daripada itu, aku bukan nak mengajak anda semua membantah tiap-tiap hari. Yang ingin aku tekankan di
sini ialah kita semua hendaklah menggunakan akal untuk berfikir betul-betul (bebas daripada pengaruh
hasutan syaitan) sebelum mengemukakan kritikan membina dan bantahan secara aman (jika timbul
perkara yang tidak memuaskan hati anda) kepada sesiapa termasuk pegawai MFD dan MSFD mengikut
undang-undang dan saluran tertentu demi memajukan kekuatan dan kemakmuran komuniti orang Pekak.

Akhir sekali, aku ingin ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

posted by KaptenDiam @ 6:27 PM 30 Januari 2004

TunPerak Pekak
FORUM E-PEKAK Tajuk: 037 - Forum awak bagus!


 
Salam perkenalan kepada saudara dan saudari,

Sungguh terharu baca mesej saudara-saudara. Terima kasih atas sokongan anda kepada Forum E-Pekak.

Izinkanlah saya ceritakan secara ringkas mengenai kebijaksanaan Bendahara Tun Perak walaupun saya tak
kenal akan saudara TunPerak dalam forum ini. Saya lebih kenal akan nama TUN PERAK sebagai Bendahara
Melaka yang terkenal dalam sejarah Melaka.

Mengikut Sejarah Melayu, Tun Perak sebenarnya seorang pembesar Kelang, Selangor yang ditakluki oleh
Kerajaan Kesultanan Melaka. Beliau dipanggil untuk menolong mempertahankan Kota Melaka daripada
ancaman Siam. Beliau berjaya mengalahkan Siam dan dilantik menjadi Bendarahara Melaka yang kelima
dan juga kepada empat orang Sultan Melaka.

Beliau bertindak seperti Perdana Menteri dan sultan-sultan hanya menurut kehendaknya. Beliau berjaya
memperluaskan empayar Melaka yang merangkumi Sememanjung Malaysia dan bahagian timur di Sumatera
seperti Siak, Kampar, Bintan dan Lingga. Beliau memerintah Melaka selama 42 tahun, satu rekod yang
lebih lama daripada Tun Dr Mahathir (22 tahun).

Selepas Tun Perak meninggal dunia, Melaka terus bertahan selama 13 tahun lagi sebelum jatuh di tangan
Portugis.

Saudara TunPerak amat bertuah kerana kebijaksanaan anda telah menguasai forum ini seperti Bendarahara
Tun Perak berkuasa penuh ke atas kerajaan Melaka. Tahniah!

Itu sahaja kisah sebenar Bendahara Tun Perak yang dapat saya ceritakan untuk renungan anda semua.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

posted by KaptenDiam @ 2:30 PM 02 Februari 2004

Perbantahan kebodohan ilmuwan? Jawapan Tun Perak


FORUM E-PEKAK Tajuk: 019 MSFD dan MFD

Saya di sini melampirkan jawapan Tun Perak kepada perbincangan saya yang lepas.

Jawapan Tun Perak.

Saudara/saudari yang dihormati,

Saudara Askar Diam, walaupun cerita anda sungguh panjang, namun kita ingin ucapkan terima kasih kerana
anda telah menunjukkan semangat patriotik yang tinggi untuk menceritakan ketokohan Dato Onn Jaafar.
Menteri Dato Hishamuddin Tun Hussein Onn pasti berbangga dengan sejarah datuknya serta berbangga
duduk di pejabat kementerian yang terletak di Jalan Dato Onn dan berbangga berucap di perhimpunan
agung UMNO di PWTC yang juga dikenali sebagai Menara Dato Onn.

Saudara dan saudari,

Terlebih dahulu aku di sini ingin meminta maaf pada anda semua kerana aku akan mencurahkan komen
yang panjang sedikit mengenai mesej saudara "." sehingga mungkin membuatkan anda berasa bosan dan
jemu dengan semua ini.

Aku bersetuju dengan Saudara Askar Diam kerana perbantahan adalah satu perkara biasa yang tidak dapat
kita elakkan diri dalam menjalankan kehidupan sehari-harian. Bagaimanapun perbantahan tersebut
hendaklah bersifat kritikan membina dan bukannya memalukan orang lain. Kita berharap anda semua
mencontohi kerasionalan pemikiran Allahyarham Dato Onn seperti diceritakan oleh Askar Diam serta
melatihkan diri dengan adab-adab baik dalam perbantahan.


 
Kita balik ke satu lagi topik yang menarik, iaitu bertajuk RIAK. Tahukah apa maksud RIAK? Mengikut Islam,
RIAK bermaksud menyebarkan dan memasyhurkan nama baik di kalangan orang ramai. Pendek kata,
seseorang mahu orang ramai mengenali namanya kerana mahu bermegah-megah dengan kejayaan,
pangkat, jasa, kekayaan, keheroan, kepandaian, kealiman, kekacakan, kecantikan, keseksian dan
sebagainya.

Misalnya, seseorang telah berderma kepada masjid/persatuan dan meminta namanya diumumkan kepada
orang umum dalam media massa seperti surat khabar dan lain-lain. Ramai orang pekak tidak mengetahui
perbuatan ini adalah salah di sisi hukum agama Islam. Derma itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana
Allah dan secara senyap diberikan kepada penerima tanpa perlu memanggil wartawan, RTM, TV3 dan CNN.

Saudara "." berkata: Oleh itu, jangan riak akan kejayaan diri, keintelekan diri untuk untuk mengkucau
kacirkan kedamaian yang tuhan ciptakan.

Pada pendapat aku, mesej di atas pasti ditujukan kepada kita dalam forum ini kerana beliau sangat
merisaukan kehadiran ramai ahli intelek pekak seperti Askar Diam, Batman, O-o-O, Remaja, Mohd Sazali,
Aqlam dan ramai lagi adalah satu ancaman baru kepada keharmonian komuniti kita. Benarkah ini berlaku?
Benarkah aku adalah salah seorang yang bersifat riak?

Marilah kita kaji dengan lebih lanjut lagi. Apakah kaitan RIAK dengan ilmu dan keintelekan kita? Seseorang
riak dengan ilmu yang lebih tinggi daripada anda dan menjaja namanya sebagai lulusan sijil, diploma,
ijazah, sarjana dan PhD ke sana ke mari serta berlumba-lumba menumpaskan orang lain yang miskin
ilmunya dan mahukan namanya menjadi lebih glamour dan terkenal kepada orang ramai.

Apa yang berlaku di forum ini adalah kita tidak boleh menuduh seseorang itu riak kerana riak adalah
tersembunyi dan bersarang dalam hati seseorang tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Allah SWT sahaja.

Namun aku yakin percaya bahawa terdapat ramai ahli intelek pekak telah menggunakan nama samaran
kerana tidak mahu menjadi terkenal serta juga bermurah hati 'mendermakan' idea-idea dan cadangan yang
bernas lagi baik dengan sepenuh hati yang ikhlas kepada forum ini semata-mata untuk menarik perhatian
dan tindakan pihak MFD, MSFD, EPekak dan semua NGO Pekak. Sebab itu, aku yakin mereka bebas
daripada sifat RIAK dan marilah kita berusaha jauhi diri daripada RIAK.

Selamat menjadikan forum ini sebagai medan perdebatan yang menarik dan sihat. Terima kasih dan
wasalam.

posted by KaptenDiam @ 9:30 PM 2 Februari 2004

Warga Pekak dan al-Quran


FORUM E-PEKAK Tajuk: 039 – Hamba

Isu anda yang bergelar HAMBA amat menarik perhatian kita kerana ia adalah sebahagian daripada isu
pendidikan dan agama kita. Sikap HAMBA wajar dicontohi kerana menimbulkan isu yang berfaedah dan
mengajak kita memperbincangkannya secara ilmiah dan kritis. Kita akan pastikan forum ini SIFAR FITNAH..
bersih daripada sebarang kemungkinan kejahatan.

Mengikut pengetahuan saya, Quran bermakna BACAAN dalam bahasa Arab. Al-Quran diturunkan dalam
bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran diakui sebagai mukjizat terbesar yang pernah dimiliki
oleh Baginda dan masih dilihat oleh umat kita hingga hari kiamat.

Apa itu mukjizat? Ia bermakna kejadian luar biasa yang menunjukkan kenabian dan tidak dapat dilakukan
oleh kuasa manusia. Nabi Musa memiliki mukjizat, iaitu tongkatnya menjadi ular. Nabi Isa juga memiliki
mukjizat seperti menghidupkan orang yang telah mati dan menyembuhkan orang buta. Mukjizat para nabi
telah berlaku pada zamannya, iaitu kita tidak dapat melihat kejadian mukjizat tersebut.


 
Sebab itu, kita dapat melihat al-Quran satu mukjizat yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad yang
meminta kita sentiasa membaca al-Quran setiap hari. Al-quran mengandungi mukjizat contohnya, ia dapat
menceritakan berita-berita pada masa yang akan datang dan juga menceritakan fakta-fakta ilmiah yang
tidak dapat diketahui manusia seperti bidang astronomi dan proses penciptaan manusia. Seorang yang buta
huruf seperti Nabi Muhammad tak mungkin mencipta cerita-cerita yang hebat dari zaman Nabi Adam
hingga syurga dan neraka kecuali Baginda menerima wahyu daripada Allah Maha Mengetahui.

Okay lah kita balik ke isu orang pekak membaca al-quran. Pada hal bangsa Arab lebih beruntung kerana
mereka fasih berbahasa Arab dan tiada masalah untuk membaca dan mengerti ayat-ayat al-Quran. Namun
sesetengah orang Pekak di Malaysia memiliki keinginan untuk membaca dan memahami al-Quran dalam
bahasa yang asal (original), iaitu bahasa Arab tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh status
kita sebagai orang Pekak yang berbahasa Melayu dan juga pengguna Bahasa Isyarat Malaysia.

Sebab itu, kebanyakan orang Pekak hanya mampu membaca dan memahami terjemahan al-quran dalam
bahasa Melayu sahaja. Di sekolah-sekolah pendidikan khas, pelajar-pelajar Pekak juga diajar membaca
bahasa jawi dengan kod-kod tangan mengikut sukatan pendidikan khas dan menggunakannya untuk
membaca al-quran sahaja (mereka tak dapat mengerti ayat quran, sekadar membaca saja).

Contohnya apabila kita menyebut "Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang", sesetengah
orang pekak mampu membaca ayat jawi lalu menukarkannya kepada ayat rumi sebagai Bis-mil-la-hir-rah-
ma-nir-ra-hii-m. Ini boleh dieja dalam BIM di hati kita kalau kita mampu.

Sesetengah orang normal juga boleh membaca tapi tidak dapat mengerti dan menghayatinya. Misalnya, dia
boleh membaca ayat ke-2 dalam surah yasin sebagai Wal-qur-an-nil-hak-ki-m. Apabila kita bertanya apa
maksud itu, dia tak dapat menjawab ertinya. Barangkali dia membaca dan menghafal ayat sahaja tanpa
perlu mengertinya? Adakah kita mampu berbuat seperti ini?

Adakah penggunaan kod-kod tangan bacaan jawi dalam pendidikan khas mempunyai kelemahan sehingga
orang pekak tidak dapat membaca ayat al-quran? Saudara-saudari yang pernah belajar boleh menceritakan
pengalaman seperti itu di ruang forum ini.

Pada asasnya, cara belajar membaca al-quran ada 2 cara, iaitu tajwid dan qiraat yang mana memerlukan
penggunaan lidah dan suara untuk menghasilkan bunyi pendek, bunyi panjang, bunyi berdesis, tanda
berhenti, bacaan baris, bacaan titik dan banyak disiplin ilmu. Ini menyebabkan kita susah hendak
menguasai bacaan bahasa al-quran.

Saya cadangkan pihak MFD memulakan projek baru, mencipta Sistem Bacaan Al-Quran untuk Muslim Pekak
(peringkat Bacaan Iqra) dengan menggunakan BIM atau bahasa orang Pekak dari negara-negara Arab untuk
menggalakkan orang Pekak membaca al-Quran.

Kita juga difahamkan bahawa persatuan MFD telah mengadakan Bengkel Solat dalam BIM dari berita
ePekak. Baru-baru ini Presiden MFD telah melawat ke Kuwait dan sudah pasti beliau mempunyai jawapan
penting yang kami nanti-nantikan berhubungan isu ini.

posted by KaptenDiam @ 10:01 PM 02 Februari 2004

TunPerak Pekak - Jawapan Tun Perak


FORUM E-PEKAK Tajuk: 037 - Forum awak bagus!

Saya di sini melampirkan jawapan Tun Perak kepada perbincangan saya yang lepas.

Jawapan Tun Perak.

Saudara Pengikut MFD, Sokong, Pemerhati Politik, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang dihormati,

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan anda untuk membantu persatuan orang pekak dan

10 
 
meninggalkan komputer. Saya berpendapat ini merupakan penghormatan terbesar yang pernah saya terima
daripada rakyat komuniti orang pekak dan pihak E-Pekak.

Bagaimanapun saya ingin nyatakan diri saya hanya seorang insan yang serba kekurangan dan seorang
penulis forum. Saya bukanlah Bendahara Tun Perak yang terhebat seperti diceritakan oleh Askar Diam. Di
sini saya menggunakan nama samaran TunPerak kerana beliau adalah idola pemimpin Melayu yang
teragung dan tiada tolok bandingan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tujuan saya hadiri di ruang forum ini hanya untuk menjalankan tugas sebagai seorang peserta forum yang
setia kepada E-Pekak. Saya tidak ingin mencipta nama teragung di sini. Seikhas-ikhlasnya saya ingin
menjalankan tugas peserta forum kerana TANGGUNGJAWAB iaitu melaksanakan JIHAD untuk memajukan
komuniti orang Pekak.

Meksipun saya bukan dari golongan pemimpin orang Pekak serta tiada pengalaman memimpin mana-mana
persatuan, saya hanya mampu berjihad dengan hati, kata-kata dan pena untuk membantu komuniti orang
Pekak kerana Allah SWT.

Kita tidak semestinya berkata, "Saya mesti masuk persatuan kerana JIHAD". Sebenarnya JIHAD mempunyai
pengertian yang luas tetapi mestilah mempunyai satu pokok yang asas, iaitu mengangkat ketinggian dan
kesucian agama Islam dengan menyerahkan jiwa dan harta di jalan Allah SWT seperti disebut dalam al-
Quran.

Mengapakah berjihad hanya dengan hati? Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ertinya:

"Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya dengan lisannya
(kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu
merupakan iman yang paling lemah"
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berjihad dengan hati bermaksud berjuang melawan hawa nafsu sendiri. Berjihad dengan hati tanpa
tindakan atau usaha adalah satu jihad yang paling lemah. Inilah sikap sesetengah orang Islam Pekak
apabila berdepan sebarang kemungkaran, kejahatan dan kezaliman.

Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) merupakan alat komunikasi (perhubungan) antara
manusia yang amat mudah dilakukan dan amat berkesan terutama apabila kita berada di forum Epekak ini.
Pendakwah, perunding, penceramah, pensyarah dan guru berjihad dengan lidahnya manakala penulis
(forum, buku, dll), karyawan dan sasterawan berjihad dengan penanya.

Dengan kata-kata dan pena, mereka menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada
suruhan atau larangan. Mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara
yang buruk. Mereka menyeru manusia menegakkan kebenaran dan keadilan.

Askar Diam, Kepala Senget, Mohd Sazali (Presiden MFD) adalah contoh yang baik kerana mereka telah
berjihad dengan pena mengajak anda semua melakukan kebaikan kerana Allah Taala.

Sekarang kita bincangkan cara-cara berjihad dengan harta. Komuniti orang Pekak kita dibelenggu
kemiskinan dan kemunduran dari segi harta dan ilmu. Adalah tanggungjawab kita berjihad dengan harta
seperti memberikan bantuan kewangan atau sumbangan lain kepada orang yang memerlukan atau
persatuan orang Pekak untuk membantu membangunkan seluruh komuniti orang Pekak termasuk bukan
Islam.

Seterusnya pihak persatuan hendaklah berjihad dengan harta yang telah didermakan oleh orang ramai
untuk membantu mewujudkan komuniti orang Pekak yang beriman, kuat dan bebas daripada kemunduran
dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.

11 
 
Jihad ini hendaklah dilakukan semata-mata kerana menegakkan kesucian Islam yang memberikan rahmat
kepada umat manusia kita tidak mengira bangsa dan agama yang lain.

Saya ingin mengundurkan diri dari forum ini. Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 6:00 AM 03 Februari 2004

Ajarkan Anak Pekak


FORUM E-PEKAK Tajuk: 042 - Didik Anak Pekak

Saudara-saudari sekalian,

Mesej saudari Ummi Amira seorang ibu kepada anak Pekak yang berumur 4 tahun telah menarik perhatian
kita. Beliau telah menyatakan keinginan beliau untuk mendidik anak dengan kaedah bacaan gerakan bibir
dan pertuturan kiu.

Saya meminta maaf kerana mengemukakan isu ini sebagai tajuk diskusi yang ingin saya ajak anda semua
tampil berbincang mengenai cara-cara mendidik anak Pekak.

Di sini, saya ingin tegaskan bahawa saya sentiasa menghormati hak-hak ibu bapa dalam menentukan cara
pendidikan anak Pekak mereka. Syukur kerana kesedaran ibu bapa semakin meningkat di mana mereka
bertindak dengan segera dengan memberi asas-asas pendidikan awal selepas mereka mengetahui anak
mereka adalah orang Pekak.

Menurut kata-kata daripada hati dan fikiran ibu bapa, anak Pekak merupakan seorang warga Pekak yang
pertama ditemui oleh mereka. Bagi diri mereka, anak Pekak adalah insan teristimewa yang dikurniakan
keempat-empat deria dan kehilangan deria pendengaran.

Terdapat beberapa pendapat para pendidik yang menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya mendidik anak
Pekak dengan asas yang sama supaya mereka boleh hidup dalam 2 dunia, iaitu komuniti orang Pekak dan
masyarakat umum (bukan Pekak).

Mereka (Warga Pekak) berpendapat:

Bahasa isyarat adalah bahasa pertama yang sepatutnya diajarkan kepada semua anak Pekak. Mereka
percaya bahasa isyarat adalah kaedah yang pantas dalam pembangunan bahasa anak Pekak serta dapat
membantu perkembangan anak-anak Pekak dari segi emosi dan mental. Dengan kata-kata lain, anak-anak
Pekak senang mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu yang diajar jika mereka menguasai bahasa
isyarat.

Mereka (Bukan Pekak) berpendapat:

Anak Pekak sepatutnya belajar bahasa lisan (spoken language) seperti Bahasa Melayu dan English supaya
mereka dapat memahami bahasa masyarakat kita melalui pembacaan dan penulisan. Bagi mencapai
objektif tersebut, para ibu bapa perlu membimbing anak Pekak belajar kemahiran pertuturan
(speech/oral) dan membaca gerakan bibir (Lipreading).

Walaubagaimanapun, mengikut pandangan warga Pekak, kedua-dua kemahiran (pertuturan dan bacaan
gerakan bibir) bukanlah faktor yang membantu kejayaan pendidikan warga Pekak.

Saya bukan seorang guru ataupun ahli intelek. Sebab itu, saya ingin jemput anda semua memulakan
perbincangan isu yang menarik kali ini. Ini diharapkan dapatlah membantu kita mencapai satu
persefahaman yang baik dan menghormati hak-hak kita samada warga Pekak ataupun masyarakat umum.

Sekian terima kasih.

12 
 
posted by KaptenDiam @ 3:29 AM 05 Februari 2004
 
Kesedaran Masyarakat Terhadap OKU
FORUM E-PEKAK Tajuk: 043 - Kesedaran masyarakat terhadap oku: Siapa bertanggungjawab?

--------------------------------
SURAT daripada penulis Ultraman

Ok, harap dapatlah artikal ini diluluskan no?

Seperti tajuk di atas, tanggungjawab siapa?

Sebenarnya, tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat terhadap golongan oku


adalah terletak pada diri warga oku itu sendiri. Kenapa?

Sebenarnya, warga oku itu lebih tahu apa yang diperlukan oleh mereka. Nak
harapkan NGO semata-mata, tak boleh. Oku juga, kena turun padang dalam soal-soal
seperti ini.

Oku harus membuangkan segala sensitiviti dan ego yang ada pada mereka untuk
turun padang. Mereka harus menghadapi segolongan masyarakat yang suka memerli
dan memandang rendah terhadap keupayaan dan kebolehan warga oku. Mereka harus
tabah menghadapi semua ini.

Dan, apabila berdepan dengan persoalan yang ditanyakan oleh orang normal,
jawablah sebaik mungkin. Jawablah dengan perasaan bangga. Kita mesti berasa
bangga atas kecacatan yang kita miliki. Ini adalah kerana, di sebalik kecacatan
itu, ada kelebihannya.

Kita sebagai warga oku, mestilah menunjukan sikap profesionalisme dengan


menjawab persoalan-persoalan yang ingin diketahui oleh golongan normal. Dengan
cara begitu, kita warga oku akan disanjung dan dihormati.

Apabila berdepan pula dengan segolongan orang yang suka memandang rendah ke atas
oku, cuba kutip apa yang dia kata, dan simpan sebagai bekalan masa depan.
Contohnya, orang buta mana boleh pakai komputer dan bermacam lagi. Simpanlah
semua itu sebagai perangsang hidup kita dan kita harus buktikan yang warga oku
boleh.

Di samping itu, kita harus juga menerima pertolongan dari orang. Janganlah
berlagak kononnya kita warga oku boleh berdikari 100%. Itu semua tipu. Anda
menipu diri sendiri kalau berbuat begitu.

Apabila menerima pertolongan dari sesuatu pihak, seharusnya kita bersyukur.


Janganlah menyalahgunakan pertolongan yang diberi dan bersikap kurang ajar pula
terhadap pihak yang memberikan pertolongan. Jika anda berbuat demikian,
percayalah di suatu hari nanti, anda janganlah lagi mengharapkan pertolongan
dari sesiapa pun. Dan pada masa dan ketika itu, menyesal pun, sudah tidak
berguna lagi.

Oleh itu, bersyukurlah di atas pertolongan orang dan doakanlah kesejahteraan


mereka di dunia dan akhirat.

Dan, kita warga oku janganlah melupakan hak kita. Kita mempunyai hak untuk
meminta dari pihak-pihak yang berwajib. Oleh itu, tuntutlah hak kita itu.
Janganlah persia-siakan hak yang telah diberi. Antara hak dan kesian, berbeza.

13 
 
Kesian tu bila orang memberikan sesuatu kerana simpati mereka terhadap kita
warga oku manakala hak pula ialah sesuatu yang harus kita dapatkan malah kita
punya kuasa untuk mendapatkannya.

Jadi, itulah dulu buat kali ini.

hi hi bye bye.

Ultraman
9 Februari 2004
---------------------------------

CONGRATULATION diucapkan kepada Ultraman kerana beliau berjaya menembak komuniti kita dengan api
hikmat teristimewa sebelum terbang ke langit... Saya cadangkan agar pihak persatuan MFD
memperkenalkan Anugerah Nobel Keamanan Orang Pekak dalam Sambutan Hari Orang Pekak Antarabangsa
dan diberikan kepada Ultraman atas kecemerlangan khidmatnya bertarung dan mengalahkan anasir-anasir
kejahatan yang mengamuk dalam komuniti kita.

Dalam drama TV buatan Jepun, seperti biasa, Ultraman sering berjaya menyelesaikan tugas memusnahkan
makhluk yang jahat dan terbang ke atas meninggalkan kota bandar yang musnah dan terbakar akibat
pertarungan sengit mereka.

Malangnya, Ultraman tidak pernah datang semula membantu membaiki ataupun membangunkan semula
kota tersebut.. tak pernah membayar apa-apa ganti rugi dan pampasan ke atas kerosakan harta dan
kehilangan nyawa kecuali hanya tahu terbang saja dan berehat di planet yang entah kerana nak melihat
penduduk Bumi akan mengenang keheroannya saja. Nampaknya, tanggungjawab membangunkan semula
telah diserahkan bulat-bulat kepada para warga kota bandar tersebut begitu saja.

Di sini kita bukan nak samakan ataupun mempersendakan keheroan Ultraman EPekak dan Ultraman Jepun.
Bagaimanapun, kita boleh simpulkan mesej saudara Ultraman adalah untuk membangkitkan kesedaran OKU
khasnya orang Pekak tentang tanggungjawab menyedarkan masyarakat umum.

Seperti Ultraman Jepun, saudara Ultraman telah menembakkan api kesedaran kepada komuniti kita dan
kemudian terbang meninggalkan forum e-pekak. Itu menjadi tanggungjawab kepada komuniti kita untuk
melipatgandakan usaha kita ke arah membina kesedaran masyarakat umum.

Tapi apa yang menjadi persoalan dalam mesej Ultraman... ialah siapakah yang sepatutnya melaksanakan
tanggungjawab untuk membasuh minda orang Pekak dan memprogramkan mereka dengan senarai tindakan
dan langkah yang perlu diambil supaya mereka dapat mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap
masyarakat umum.

Pada hemat saya, NGO seperti MFD, PMY, KLSD dan lain-lain adalah alat senjata yang paling berkesan
untuk mengetuai jentera program membasuh minda semua orang Pekak. Sebab itu, adalah wajar jika kita
mengharapkan semua NGO tersebut untuk mengetuai dan mengadakan kempen tersebut kerana mereka
mempunyai ramai pemimpin Pekak yang telah menimba pengalaman dari luar negara dan boleh diharapkan
untuk mencurahkan tenaga dan komitmen tinggi untuk turun padang bertemu dengan semua orang Pekak
termasuk kanak-kanak Pekak, pelajar Pekak, pekerja Pekak dan warga tua Pekak.

Pemimpin-pemimpin Pekak akan menjelaskan apa saja yang berkaitan kepada orang Pekak supaya mereka
dapat lebih menyedari tanggungjawab terhadap masyarakat. Ini kerana pemimpin pekak boleh disamakan
seperti Tok Musang yang mengajar murid-murid (orang Pekak) bersilat mempertahankan diri. Apabila
sudah mahir seni silat, murid tentu dapat menangkis serangan dengan mudah daripada musuh (orang yang
memandang serong kebolehan orang pekak) dengan menggunakan ilmu silat Tok Musang.

Daripada itu, orang Pekak boleh mengatur langkah terbaik dan mula bertindak melancarkan 'serangan'
mengikut latarbelakang mereka masing-masing dalam pendidikan, kerjaya dan perkhidmatan. Ini akan
memudahkan masyarakat umum mula prihatin terhadap kebajikan, keperluan dan hak-hak OKU.

14 
 
Tanpa Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO, orang Melayu tentulah tidak akan mendapat kesedaran untuk
memperjuangkan tanggungjawab membela hak-hak Melayu dan peribumi. Beliau telah turun padang dan
berjumpa rakyat.. cuci otak mereka supaya terjaga dari tidurnya dan mula menentang Malayan Union. Ini
contoh saja.

Para pemimpin Pekak dicadangkan perlu mengkaji semula corak perjuangan masing-masing mengikut
budaya orang Pekak dan isu-isu semasa. Jika ia telah ketinggalan zaman, buatlah perubahan dan resolusi
baru untuk kebaikan OKU.

Sekian.. Jumpa lagi..

posted by KaptenDiam @ 1:01 PM 12 Februari 2004


 
Terengganu Juara Pekak BolaSepak 03/04
FORUM E-PEKAK Tajuk: 049 - Tahniah Terengganu Juara Bolasepak 2003/2004

Kehebatan pasukan Pekak Hijau Kuning (Kedah) sebagai kuasa bola sepak Pekak yang digeruni sering
digembur-gemburkan dari Pulau Langkawi hingga perlawanan akhir dengan Terengganu, pendatang baru
dari Pantai Timur dalam Liga Bola Sepak Pekak Malaysia 2003-2004 baru-baru ini.

Daripada wajah pasukan Kedah yang penuh dengan keyakinan bahawa mereka adalah pilihan utama untuk
menjuarai liga tersebut, bola tetap mengulangi pendirian yang sama iaitu tak kenal akan siapa yang
terkuat. Sebaliknya bola itu lebih rela membiarkan badannya dibelasah, disepak, ditendang, ditanduk,
ditangkis, dibaling, dilencongkan, digelecek dan ditembak oleh 2 X 11 orang pemain yang masing-masing
memburu kejuaraan Liga Pekak ini.

Dalam babak pertama, Kedah lebih garang dan menguasai setiap bahagian di atas padang PKNS, Kelana
Jaya. Bagaimanapun, selepas waktu rehat, pasukan Terengganu berjaya mengunci setiap pergerakan
penyerang utama Kedah dan seterusnya mengembalikan keseimbangan kekuatan yang sama rata di
samping mencetuskan rasa cemas di kalangan penyokong Hijau Kuning dan Penyu.

Kecemerlangan penjaga gol Terengganu yang dikatakan merupakan seorang pelajar sekolah berumur 19
tahun banyak mengecewakan dan memusnahkan asakan terhebat daripada pasukan Kedah sungguhpun
kubu pertahanan Terengganu dicerobohi beberapa kali.

Dalam kesibukan mempelbagaikan taktik serangan, pasukan Kedah dikejutkan oleh jaringan gol tunggal
Terengganu yang boleh disifatkan sebagai gol tercantik yang dijaringkan oleh pemain muda berjersi 8 atau
7 (kalau tak silap). Dengan tenang, beliau menerima bola di luar kotak penalti dan tidak teragak-agak
menendang bola di celah-celah pemain pertahanan Kedah yang berkubu dengan kemas.

Bola itu akhirnya terpaksa tertunduk kepada kepintaran dan kekuatan kaki kanannya dan melencong ke
arah tangan penjaga gol Kedah. Sebaik sahaja bola itu berjaya ditumbuk, dengan ajaibnya bola itu
mengena pada palang melintang tiang gol lalu menggegarkan GOLLLLLL... Bola itu memberitahu kita
bahawa Terengganulah yang berhak menghasilkan gol sulung.

Kemenangan tipis (1-0) sudah mencukupi untuk membolehkan Terengganu menjadi pasukan Pantai Timur
yang pertama dinobatkan Juara Liga Bola Sepak Orang Pekak Malaysia 2003-2004.

Lebih membanggakan apabila Penjaga gol Terengganu diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan
Akhir.. mencipta suatu rekod pemain termuda yang pernah menjulang Anugerah Pemain Terbaik dan juga
Piala Liga yang baru diperkenalkan buat kali pertama.

Menurut sumber tak rasmi, beliau sentiasa mencuri keluar dari asrama sekolah semata-mata kerana
menyertai latihan bersama pasukan Terengganu. Namun pihak sekolahnya pasti berbangga.. sekurang-

15 
 
kurangnya dapat mengampunkan 'dosa kecil'.

Sementara itu, Kedah tetap tersenyum.. terpaksa berpuas hati menduduki tempat Naib Juara Liga Pekak
serta pemain penyerang Kedah kelahiran Sabah menjulang Anugerah Penjaring Gol Terbanyak dengan 14
gol.

Selangor sebagai pemenang tempat ketiga tidak mengecewakan harapan penyokong di gelanggang sendiri
selepas menundukkan Pulau Pinang (5-3). Sebelum ini Pulau Pinang pernah ditewaskan oleh Selangor
dalam perlawanan akhir SKOP Langkawi tahun lepas (1-5).

Secara kesimpulannya, Liga Pekak ini bukan sahaja berjaya melahirkan ramai pemain muda yang berbakat
tetapi juga meningkatkan lagi kemahiran pemain senior yang telah belajar daripada pemain import bukan
Pekak. Mereka akan diserapkan dalam barisan skuad Malaysia untuk menghadapi pertarungan yang lebih
sengit lagi di peringkat Asia Pasifik bulan Mei tahun ini.. pusingan kelayakan ke Sukan Deaflimpik Australia
2006.

Kini ia menjadi satu harapan baru bagi diri rakyat kita.. iaitu mengembalikan maruah negara sebagai kuasa
bola sepak Pekak yang amat digeruni di Asia kelak.. jika pasukan Pekak Malaysia terus bekerja keras
selepas tamatnya Liga Pekak ini..

Seperkara lagi, setelah meneliti jadual perlawanan di laman web www.msfd.org.my, saya mendapati Liga
Pekak ini bukanlah sebuah liga yang sebenar. Mungkin lebih tepat jika kejohanan ini dikenali sebagai
Kejohanan Kebangsaan BolaSepak Orang Pekak Malaysia atau Piala Bola Sepak Pekak MSFD atau Piala Tun
Mahathir atau apa-apa nama piala atau kejohanan yang difikirkan sesuai oleh pemimpin MSFD.

Ini adalah kerana Liga Pekak ini jauh berbeza daripada Liga Malaysia dari segi pelaksanaan formula
perlawanan. Liga Pekak ini melibatkan gabungan liga beberapa kumpulan peringkat zon dan juga pusingan
kalah mati iaitu playoff, semifinal dan final. Semua ini tak ada dalam Liga Malaysia dan Liga Perdana
Inggeris. Sebab itu nama Liga Pekak tak sepadan dengan formula perlawanan yang digunakan itu. Ini
hanyalah pandangan peribadi sahaja.

Macam mana apa nama pun, Liga Pekak tetap satu kegilaan yang amat menyeronokkan dan perlu diberikan
sokongan yang tetap secara berterusan daripada anda, pelajar Pekak, belia Pekak, ibubapa, pihak
berkenaan dan masyarakat umum pada setiap tahun.

Askar Diam
Pengulas Tak Rasmi

posted by KaptenDiam @ 5:21 AM 17 Februari 2004

Mari Keluar Mengundi


FORUM E-PEKAK Tajuk: 062 - Jom Undi..

RakYat PeKak,

21 Mac 2004..
Jom kita keluar beramai-ramai..
Hari terpenting menentukan nasib kita..
Jom kita buang undi..
Satu undi satu jihad kita..
Jom keluar..
Tanpa undi rugilah kita..
Jom kita undi..
Tak kisah undi BN atau PAS..
Jom kita undi..
Walaupun hari hujan, banjir, kemarau..

16 
 
Jom kita berjuang keluar undi..
Undi adalah hak dan kewajiban kita..
Jom undi..
Hak kita ialah memastikan pemerintah negara membela hak dan kesejahteraan komuniti kita..

posted by KaptenDiam @ 3:57 AM 11 Mac 2004


 
Jawapan Askar Diam kepada Azuar Sattar
FORUM E-PEKAK Tajuk: 064 – Pertanyaan Ayah Anak Pekak

====================================
Surat daripada AZUAR SATTAR

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apa khabar? Saudara/Saudari tentu tak mengenali saya dan saya ingin memohon maaf
ke atas email yang tak diundang ini. Saya sebenarnya adalah ayah kepada seorang
anak yang kurang upaya pendengaran. Sekarang umur anak saya ialah 2 tahun 6
bulan. Beliau telah disahkan oleh doktor mempunyai tahap hilang pendengaran yang
teruk, Mungkin dgn cara pembedahan koklea implant yang dapat membantunya itu pun
belum tentu lagi.

Sebagai permulaan doktor menyuruh saya membeli alat bantuan pendengaran walau
pun ia hanyalah sebagai percubaan/ujian dan untuk membiasakannya. Saya berasa
amat kagum dgn kejayaan yang telah dikecami oleh saudara/ saudari …tentu banyak
cabarannya bukan???

So melalui email ini saya harap saudara/saudari dapat berkongsi pengalaman dgn
saya bagaimana saudara/saudari menjalani kehidupan sebagai warga kurang upaya
pendengaran.

1) Apakah masalah dan kesulitan yang dihadapi sepanjang menjalani kehidupan


sebagai orang kurang upaya pendengaran?
2) Bagaimana kehidupan saudara semasa kanak2 dan semasa kehidupan di sekolah
khas?
3) Bagaimana anda mengatasi masalah komunikasi dengan masyarakat umum.
4) Saya nak tahu sama ada saudara/saudari dengar sedikit atau tidak dengar
langsung. Adakah saudara/saudari memakai alat bantuan pendengaran.
5) Saya nak tahu ada tak mana-mana e-forum yang selalu di kunjungi oleh warga2
kurang upaya pendengaran.

Saya berharap saudara/saudari dapat memberi sedikit sebanyak maklum balas kepada
saya kerana saya cuba menyediakan yang terbaik kepada anak saya itu. Sekali lagi
terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca email ini.
====================================
Jawapan AskarDiam

Salam sejahtera kepada Azuar Sattar,

Seseorang yang telah menerima suratan takdir bahawa beliau adalah seorang Pekak akan menghadapi
banyak dugaan dan cabaran dalam menjalankan kehidupan yang sempurna seperti ahli masyarakat umum
yang lain.

Antara cabaran-cabaran yang utama tersebut ialah pendidikan, kerjaya dan komunikasi. Ada antara
mereka yang berjaya menanganinya sehingga muncul sebagai insan yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kerjaya.

17 
 
Kejayaan mereka adalah berpunca daripada kesedaran mereka sendiri bahawa mereka akan memperoleh
kejayaan menerusi kegigihan usaha serta kewajaan semangat mereka untuk membuktikan kebolehan orang
Pekak dalam semua bidang.

Dari manakah mereka mendapat kesedaran demikian? Jawapannya ialah peranan ibu bapa yang
diumpamakan dengan petani yang bertanggungjawab menanamkan benih 'kesedaran' dan menjaganya
dengan baik dan sempurna.

Apabila 'kesedaran' telah menyerlah dengan mantapnya dalam jiwa anak pekak pada usia yang muda,
barulah mereka menyedari siapa diri sebenar mereka serta memahami tanggungjawab mereka masing-
masing seperti menuntut ilmu di sekolah dan memberikan tumpuan utama pada kemahiran tertentu.

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, kesedaran mereka perlu sentiasa disokong secara berterusan
dengan kata-kata rangsangan yang penuh bermotivasi daripada ibu bapa dan guru-guru.

Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab bulat-bulat kepada pihak sekolah malahan
hendaklah sentiasa menjenguk anak mereka sekurang-kurangnya pada setiap minggu jika mereka tinggal di
asrama sekolah khas.

Dengan adanya semua asas tersebut, anak Pekak akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa dipaksa oleh
guru-guru atau ibu bapa dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Mudah-mudahan mereka akan mencipta pelbagai kejayaan yang membanggakan ibu bapa dan komuniti
kita. Penulis memohon maaf kerana tidak dapat menulis pengalaman penulis dengan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun anda boleh merujuk kepada laman forum orang pekak yang telah lama ditutup di
alamat seperti http://pub32.bravenet.com/forum/show.php?usernum=2669744331
untuk menyelidik pelbagai isu yang lepas melibatkan pendidikan anak pekak.

Semoga Allah mempermudahkan perjuangan anda sebagai ibu bapa dalam mendidik anak Pekak. Insyallah..

posted by KaptenDiam @ 10:05 AM 13 Mac 2004

Askar Diam Ditikam Dari Belakang?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 067 - Forum Epekak V2 baru!

Forum S-Pekak bagus agak.. Penulis telah berdaftar sebagai ahli baru Forum S-Pekak.

Penulis telah melogin masuk ke forum epekak tetapi gagal. Mesej itu memberitahu:

"Anda telah memberi kata nama yang salah atau kata laluan yang tidak betul ataupun kata nama dan/atau
kata laluan yang kosong".

Ini bermakna nama dan butiran penulis mungkin dibuang atau dibatalkan pendaftaran. Nampaknya penulis
kena tendang keluar dari forum ini.

Beberapa mesej penulis yang pernah dihantar ke forum ini juga dibuang tanpa sebarang amaran atau
peringatan.

Adakah penulis ini adalah ancaman berbahaya kepada forum ini?

Walau bagaimanapun penulis menghormati keputusan penjaga forum yang telah membatalkan pendaftaran
penulis.

Sebab itu, penulis membuat keputusan untuk berhijrah ke Forum S-Pekak yang didakwa lebih terbuka dan

18 
 
bebas.

Jumpa lagi penulis di forum S-Pekak.

posted by KaptenDiam @ 8:46 PM 17 Mac 2004

Orang Pekak tidak tahu berterima kasih?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

MFD:
Malaysian New Yoker merupakan satu contoh terbaik sebagai OP yang tahu berterima kasih.

KaptenDiam:
Ini adalah bukti yang paling kukuh menunjukkan bahawa persatuan MFD mengakui wujudnya orang Pekak
yang masih tahu berterima kasih dan menghargai sesuatu pertolongan. Oleh itu, isu orang Pekak tidak tahu
berterima kasih dalam laporan E-Pekak merupakan suatu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan juga
penghinaan terhadap budaya orang Pekak.

MFD:
Sanggup pulang beribu-ribu batu ke Malaysia dan menghabiskan ribuan wang ringgit untuk membantu
menguruskan Majlis FSD.

KaptenDiam:
Hal ini tidak memeranjatkan komuniti kita kerana sebelum ini kita telah mengetahui bahawa Malaysian
New Yoker adalah rakyat Pekak Malaysia yang tidak pernah melupakan tanggungjawab
sebagai model orang Pekak yang berjaya kepada komuniti kita walaupun berada di rantau yang jauh.

Para pemimpin MFD dan NGO Pekak yang lain seharusnya mencontohi sikap beliau yang tidak kedekut
untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Memandangkan perwakilan MFD sering terbang ke luar negara
dengan menggunakan wang rakyat dan tajaan pihak asing, mereka seharusnya memanfaatkan peluang
tersebut sebaik-baiknya untuk menimba ilmu serta membawa idea-idea yang boleh membantu
membangunkan komuniti kita, dan bukannya sekadar meletakkan gambar kenangan sahaja di atas meja
pejabat Persatuan.

MFD:
Meluang masa untuk membina laman tersebut bersama dengan teman cyber dari UK. OP di Malaysia wajar
malu dengan pengorbanan mereka.

KaptenDiam:
Sumbangan mereka amat kita hargai. Bagaimanapun kita tidak perlu berasa malu dengan diri sendiri.
Sebenarnya terdapat ramai orang Pekak di Malaysia yang telah mengorbankan banyak tenaga, wang dan
masa untuk membantu komuniti kita.

Sebagai contoh, Pegawai Pembangunan Sukan MSFD, En Syed Osman sanggup berkorban dan berpisah
daripada keluarganya yang tinggal di Perak bertahun-tahun demi membantu memajukan sukan orang
Pekak.

Presiden MSFD, En Lim Heng Tuck sanggup berkorban meminjamkan wang peribadi (kad kredit) bagi
membantu mengatasi masalah kewangan kontinjen Pekak di Sukan Deaflimpik Rome, Italy.

Terdapat banyak lagi kisah pengorbanan orang Pekak tempatan yang tidak sempat ditulis di ruang ini.
Namun apa yang pasti ialah kita tidak perlu malu serta hendaklah menghargai dan mencontohi
pengorbanan mereka.

MFD:
Harapnya mereka di Malaysia akan menghulur bantuan, menggunakan pengalaman, kepakaran dan

19 
 
kebijaksanaan bagi membangunkan komuniti kita.

KaptenDiam:
Sebenarnya huluran pertolongan daripada orang Pekak telah lama berlaku pada hampir setiap hari tetapi
jarang diberikan liputan yang meluas oleh Persatuan Orang Pekak.

Misalnya, Forum E-Pekak dibangunkan oleh Ahmad Syukri, pelajar Pekak dari UTM tanpa diberikan elaun.
Presiden KSLD, En Aqlam dan bekas Presiden KLSD, En Kamarzaman juga menyumbangkan pengalaman
kepimpinan dengan menyampaikan pelbagai ceramah motivasi seperti dalam Kursus Kepimpinan Belia
Pekak Zon baru-baru ini.

Kita yakin lebih ramai orang Pekak yang berkebolehan akan menampilkan diri untuk membantu komuniti
kita pada masa akan datang.

MFD:
Syabas Leon Lim dan Marie.

KaptenDiam:
Anda patut ucapkan tahniah dan terima kasih kepada sekumpulan orang Pekak yang berjaya menubuhkan
Persatuan Bekas Pelajar FSD Pulau Pinang.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 10 April 2004


 
MFD menjadi DBP BIM?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 078 – BIM

====================================
Mesej daripada MFD

Untuk makluman, Bahasa Isyarat (BI) tidak bermula pada tahun 50an.

BI wujud apabila OP lahir dan kita tiada data bila OP pertama di lahirkan. Jika
baca Hikayat2 memang ada menyatakan OP tetapi kita tak tahu OP Malaysia pertama
lahir tahun berapa.

BI dicipta oleh keluarga OP mengikut corak bangsa tersebut mengikut adat resam
dan kepercayaan mereka. BI juga ditambah I nya oleh masyarakat sekeliling utk
berkomunikasi dengan OP itu.

FSD mula mengumpul OP pada tahun 50an dan ada mempamerkan corak I masing-masing.

BIM mula diiktirafkan oleh MFD sebagai bahasa rasmi OP di Malaysia melalui
mesyuarat pada tahun 2000.

MFD memperjuangkan supaya BIM diiktirafkan.

Sesiapa yang mahu menambah I baru sebab BIM kekurangan isyarat, boleh
menyampaikan kepada MFD untuk dibincang, diterima dan digunakan.

MFD telah dipersetujui utk menjaga qualiti BIM dan berfungsi sebagai Dewan
Bahasa Pustaka (DBP)

TK

MFD
====================================

20 
 
Jawapan KaptenDiam

MFD:
Untuk makluman, Bahasa Isyarat (BI) tidak bermula pada tahun 50an. BI wujud apabila OP lahir dan kita
tiada data bila OP pertama di lahirkan. Jika baca Hikayat2 memang ada menyatakan OP tetapi kita tak
tahu OP Malaysia pertama lahir tahun berapa.

KaptenDiam:
Perlu diadakan kajian mengenai sejarah perkembangan bahasa isyarat di luar negara dan dalam negara.
Jangan katakan kita tidak tahu bilakah bahasa isyarat mula digunakan di negara ini. Sesetengah pakar
sejarah berjaya menentukan tarikh sesuatu bahan bersejarah dengan mengumpulkan kajian daripada
banyak sumber. Adalah tidak salah jika kita mengandaikan Bahasa Isyarat mula digunakan pada tahun 50-
an atau 60-an berdasarkan penubuhan sekolah FSD atau kajian yang lain seperti penciptaan KTBM pada
zaman Tun Dr Mahathir Menteri Pelajaran.

MFD:
BI dicipta oleh keluarga OP mengikut corak bangsa tersebut mengikut adat resam dan kepercayaan
mereka. BI juga ditambah I nya oleh masyarakat sekeliling utk berkomunikasi dengan OP itu. FSD mula
mengumpul OP pada tahun 50an dan ada mempamerkan corak I masing-masing.

KaptenDiam:
Bukan sahaja Adat resam dan kepercayaan tetapi juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
perkembangan Bahasa Isyarat Malaysia. Faktor ASL dan KTBM yang juga terlibat.

MFD:
BIM mula diiktirafkan oleh MFD sebagai bahasa rasmi OP di Malaysia melalui mesyuarat pada tahun 2000.
MFD memperjuangkan supaya BIM diiktirafkan.

KaptenDiam:
MFD menyatakan perjuangan diteruskan supaya BIM diiktirafkan sedangkan MFD sendiri telah
mengiktirafkan BIM. Ini bermakna MFD mahu Kerajaan mengiktirafkan BIM sebagai bahasa ibunda OP di
peringkat tinggi.

Sudah tentu MFD perlu bekerja keras untuk meyakinkan semua agensi Kerajaan termasuk Jabatan
Pendidikan Khas dengan menggunakan sumber yang sedia ada untuk menunjukkan BIM boleh dipakai dalam
semua bidang termasuk pendidikan.

Namun, perjuangan ini boleh dimulakan dengan kempen kesedaran dan pendidikan. MFD perlu mendidik
dan menyedarkan orang pekak dan masyarakat umum di semua peringkat mengenai kepentingan BIM.

Dan perlu dijalankan satu kajian mengenai struktur bahasa BIM. Pendidik negara yang bergelaran Prof
sudah menjalankan kajian tentang struktur bahasa KTBM dan hasil kajian beliau dijadikan satu kitab
(panduan) kepada guru-guru pendidikan khas sekarang walaupun dalam kajian tersebut, terdapat banyak
perkara yang tidak sesuai dengan budaya orang Pekak.

MFD:
Sesiapa yang mahu menambah I baru sebab BIM kekurangan isyarat, boleh menyampaikan kepada MFD
untuk dibincang, diterima dan digunakan.

KaptenDiam:
MFD perlu menubuhkan sistem khas (prosedur) untuk membolehkan orang pekak menyumbangkan isyarat
baru dalam kamus BIM tanpa turun ke KL atau mengadakan gerakan Jejak BIM ke setiap negeri dan
mengumpul isyarat dan membawa ke Seminar BIM pada setiap tahun untuk perbincangan dan pengetahuan
umum.

MFD:

21 
 
MFD telah dipersetujui utk menjaga qualiti BIM dan berfungsi sebagai Dewan Bahasa Pustaka (DBP)

KaptenDiam:
Apakah takrifan MFD dengan "quality BIM"? Jika MFD ingin menjadi seperti DBP, MFD perlu menyediakan
bajet yang besar termasuk perlu menyediakan jawatan PAKAR BAHASA BIM, membina kamus BIM yang
lengkap seperti kamus Bahasa Isyarat Orang Pekak Thailand dan memperbanyakkan penyelidikan untuk
mengembangkan BIM ke tahap yang mantap dan setanding dengan ASL.

Bilakah MFD boleh buat semua ini? Daripada sumber lain, PMY YMCA sudah ada Yayasan Majudiri Y yang
melibatkan projek penyelidikan dan pembangunan BIM yang dikendalikan pakar bahasa Pekak yang pegang
ijazah Master dari Gallaudet University.

Bagaimanapun kita tidak tahu sejauh manakah kemajuan hasil penyelidikan pakar Pekak tersebut sehingga
hari ini.

Perlu ingat ramai orang Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak mengikut
tatabahasa dan nahu yang ditetapkan DBP, misalnya mencampur adukkan dengan bahasa asing supaya
komunikasi menjadi lebih mudah lagi.

Mungkinkah MFD akan melalui pengalaman DBP yang semakin tercabar oleh banyak isu bahasa hari ini
seperti penggunaan bahasa Inggeris dalam matematik dan sains.

Kesimpulannya ialah MFD boleh menyelaraskan BIM sahaja tetapi tidak dapat mengawal cara kita
menggunakan bahasa isyarat. Ini kerana bahasa isyarat adalah satu seni bahasa yang sangat unik dan
melambangkan kekreatifan seseorang Pekak.

Sebagai contoh, Marzuki Ong merupakan bekas pelajar FSD yang mencipta isyarat yang luar biasa dan tidak
pernah wujud dalam buku BIM terbitan MFD tetapi komunikasinya mudah difahami oleh kebanyakan orang
pekak dari kanak-kanak hingga orang tua.

posted by KaptenDiam @ 11:30 PM 10 April 2004

Bekas Pasukan E-Pekak kembali?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

O-o:
Bekas epekak team bila nak tolong epekak?
KaptenDiam:
Pernahkah O-o mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukan E-Pekak? Kita perlu mengetahui bahawa
mereka telah lama meninggalkan projek E-Pekak kerana kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan oleh
persatuan MFD.
Adalah tidak wajar sekiranya O-o memaksa dan menyuruh mereka kembali membantu E-Pekak. Pada
persoalannya, siapakah yang akan menanggung perbelanjaan pengangkutan dan penginapan mereka yang
turun di hampir setiap negeri bagi membimbing aktiviti-aktiviti kesedaran ICT?
Kita mencadangkan bahawa O-o perlu membantu usaha persatuan MFD mendapatkan peruntukan
tambahan untuk menghidupkan semula projek E-Pekak.
O-o:
Tak nampak masuk forum epekak beri pendapat.
KaptenDiam:
Barangkali mereka mempunyai komitmen yang lain terhadap kerja masing-masing serta hanya boleh
memberikan pendapat pada saluran yang lain seperti melibatkan diri dalam aktiviti persatuan masing-
masing tanpa perlu masuk Forum E-Pekak.
O-o:
Tak minat bantu MFD ke? Juag 2 orang lain.

22 
 
KaptenDiam:
Adakah O-o pernah membantu MFD? Mengapakah O-o bersungguh-sungguh merayu kepada kita supaya
membantu MFD? Adakah MFD lemah pada masa sekarang?
O-o perlu ingat bahawa MFD mempunyai ramai staf terlatih yang tahu bagaimana membantu komuniti
orang Pekak. Para staf MFD termasuk Presiden MFD telah dibayar gaji dan pelbagai elaun untuk
menjalankan program dan aktiviti orang Pekak.
Sekiranya MFD merasakan perlu meminta bantuan orang luar seperti sukarelawan untuk program tertentu,
MFD boleh mengiklankan pengumuman dalam laman web E-Pekak. Ini akan menjadikan mereka lebih
profesional dalam usaha mendapatkan bantuan. Oleh itu, tidak akan timbul isu kerbau yg tak berkualiti
diheret masuk ke sawah E-Pekak.
O-o:
Bekas fasilitator muda MFD dalam ramai kem pendidikan UPSR tapi tolong organisasi lain lupa jasa MFD..
KaptenDiam:
Jasa MFD kepada bekas fasilitator muda? Di sini pembetulan yang sepatutnya dibuat pada topik tersebut
ialah jasa bekas fasilitator muda kepada MFD. Ini adalah kerana mereka telah membantu menjayakan kem
UPSR anjuran MFD dan bukannya dibantu oleh MFD.
Sudahkah MFD mengucapkan terima kasih kepada mereka? Pada latarbelakangnya, MFD adalah badan
bukan kerajaan untuk orang Pekak. Ini bermakna bahawa beberapa NGO Pekak seperti KLSD, PDA, PMY
YMCA adalah badan bukan kerajaan seperti MFD juga.
Pada kesimpulannya, adalah tidak salah di sisi undang-undang sekiranya kita menolong mana-mana
organisasi yang menjaga kepentingan dan kebajikan komuniti orang Pekak secara umumnya selepas
membantu persatuan MFD.
Sekian Terima Kasih.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 14 April 2004


 
Warga FSD dan Datuk Saleena Yahaya Isa
FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

O-o:
Nasihat saya, ingat lah jasa mereka yang memberikan peluang pekerjaan kepada kita sebelumnya OK.

KaptenDiam:
Nasihat O-o amat berguna bukan sahaja kepada orang Pekak malahan juga kepada semua Persatuan Orang
Pekak termasuk MFD.

Untuk pengetahuan O-o, di sekitar Kuala Lumpur, orang Pekak tidak pernah terlupa berterima kasih
kepada persatuan KLSD dan PMY YMCA yang telah membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan
perkhidmatan yang lain. Mereka sentiasa berterima kasih kepada Persatuan mereka dengan cara tersendiri
iaitu bukan hanya sekadar bahasa isyarat "Thank You" tetapi juga menunjukkan sokongan mereka secara
berterusan kepada program-program anjuran Persatuan mereka.

MFD dan Persatuan Orang Pekak yang lain juga berterima kasih kepada Kerajaan seperti dalam laporan
laman web E-Pekak dengan menghantar surat penghargaan kepada kerajaan dan pihak swasta yang telah
membantu mereka.

Ini adalah kerana Kerajaan telah membantu mereka melalui pemberian geran tahunan dan projek
pembangunan kepada Persatuan mereka dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua
warga pekak dan pekerja Pekak di MFD dan Persatuan mereka.

O-o:
Fasal duit saya terkejut MFD kata Malsysian New Yoker menghabiskan wang untuk pulang beribu batu
bantu Majlis FSD. Ada tak dia minta duit dari FSD kah?

KaptenDiam:

23 
 
Ini sudah dibincangkan dahulu.

O-o:
Ini satu bukti dia ada sifat terima kasih dia kepada FSD kerana FSD peluang berikan untuk belajar sehingga
berjaya. Betul?

KaptenDiam:
Tidak dinafikan lagi bahawa FSD adalah sekolah yang tertua dan terbaik yang berjaya melahirkan ramai
pemimpin dan orang Pekak yang berjaya. Mereka berbangga dan berterima kasih kepada bekas pengetua
FSD, Datuk Saleena Yahaya Isa.

Datuk Saleena merupakan suatu nama besar yang tidak dapat dilupakan oleh setiap bekas pelajar FSD,
termasuk lepasan FSD yang tidak belajar di bawah kegemilangan era Datuk Saleena. Apakah rahsia
kehebatan Datuk yang berjaya menanamkan rasa bersyukur dan berterima kasih di kalangan warga FSD?

MFD sepatutnya mengkaji dan bersedia belajar daripada teladan kepimpinan Datuk jikalau O-o bersetuju
dengan pandangan tersebut.

O-o:
Janganlah OP banyak sangat excuses, itu sikap OP ke?

KaptenDiam:
Alasan (excuses) adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam budaya orang Pekak dan juga sering
berlaku dalam masyarakat umum. Ia adalah suatu cara pembelaan diri untuk melepaskan diri daripada
sebarang hukum manusia.

Oleh itu, ia hanyalah sebahagian daripada sifat yang universal. Ini pernah diamalkan oleh sesetengah
pemimpin Persatuan Pekak sebagai satu taktik untuk menutup kelemahan dalam sebarang program jika
dipersoalkan oleh ahli-ahli Persatuan.

Adalah nasihat yang baik jika kita meminta mereka memberikan alasan-alasan yang jelas dan jujur
terlebih dahulu sebelum kita mula mempersoalkannya.

O-o:
Saya pernah ikuti cerita Sazali mengenai komuniti OP di Australia dulu. OP sana lebih berterima kasih
kepada jasa mereka yang sebelumnya. Tanya Sazali betul?

KaptenDiam:
Komuniti kita sebenarnya tidak ada masalah apabila berdepan dengan persatuan MFD, KLSD, PMY, KDA dan
lain-lain. Kita juga tidak pernah memboikot ataupun memulaukan sebarang program anjuran Persatuan
mereka sehingga hari ini.

O-o sepatutnya bertanya kepada Md Sazali, Presiden MFD sekarang. Adakah beliau percaya terdapat orang
Pekak yang masih tidak tahu berterima kasih kepada beliau dan MFD?

Jika beliau menjawab, YA, O-o patutlah membimbing beliau bagaimana mengatasi gejala tersebut
sekiranya O-o tidak ingin melihat jasanya tidak dihargai. O-o perlu mengingat bahawa Sazali masih
memerlukan tunjuk ajar dan teguran yang baik-baik daripada kita walaupun beliau seorang pemimpin
berstatus veteran yang sezaman dengan Syed Osman, Kamarzaman dan Lim Heng Tuck yang lebih tabah
menghadapi kerenah orang Pekak seperti ini.

O-o:
Maaf dan kecewa.

KaptenDiam:
O-o tidak perlu kecewa dengan isu remeh ini tetapi perlu kecewa dengan kemunduran orang Pekak dalam

24 
 
sesetengah bidang.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 15 April 2004


 
Jasa bekas pasukan E-Pekak tidak dihargai?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

O-o:
Ok I tak mahu baca cerita panjang dan banyak alasan ...

KaptenDiam:
Wahai O-o Pengikut Setia Sazali. Diharapkan O-o memahami dan menghayati semuanya baik-baik.

O-o:
saya ada soalan saya kepada bekas epekak team dan jujur tolong jawab ok. Apabila komen dulu daripada
OP web epekak tidak diperbarui apabila team epekak tamat bubar. Mengapa tak ada niat team epekak nak
tolong ke?

KaptenDiam:
Sebenarnya persatuan MFD sudah mempunyai sebuah pasukan yang mengambilalih tugas bekas pasukan E-
Pekak. Barangkali, persatuan MFD tidak pernah memanggil bekas pasukan itu kembali
membantu secara kertas hitam putih.

Bagaimanapun O-o boleh menghubungi persatuan MFD dan mengaturkan temujanji perjumpaan dengan
bekas pasukan E-Pekak jikalau O-o mahukan perbincangan bersama mereka bagi menghilangkan
kemusykilan yang sedia ada.

O-o:
apabila suara pekak tubuhkan ada bekas tem epekak contoh amir rajin masuk bincang tapi forum epekak
sekarang tak ada bekas epekak masuk. kita hairan ya. Hairan mengapa sdr amir tak masuk forum epekaK.
DIA bekas epekak tapi rajin dalam suara epekak? Encik Amir macam tak suka mfd kah? Harian ya?

KaptenDiam:
Ini soalan yang agak melucukan dan tersimpang daripada tajuk utama ini. Mengapakah tetiba sahaja O-o
sudah melibatkan nama AMIR dalam isu ini. Kita ingin menasihatkan supaya O-o sepatutnya berterima
kasih kepada bekas pasukan E-Pekak bimbingan AMIR yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan
MFD dan menaikkan nama Md Sazali Shaari yang merupakan idola pujaan O-o yang berjaya menggondol
anugerah Tokoh OKU Kebangsaan hasil daripada hasil titik peluhnya dan juga sokongan pasukan E-Pekak

Bagaimanapun, kita tidak boleh menuduh seseorang samada suka ataupun benci kepada persatuan MFD
kerana hal ini akan memburukkan lagi keadaan dan menggugatkan perpaduan komuniti kita jika berlaku
amalan tuduh-menuduh antara kedua-dua pihak tersebut.

Dalam kes AMIR, sebenarnya beliau pernah masuk forum ini. Tetapi O-o perlu mengingat bahawa O-o
pernah menyerang peribadi Amir serta tidak pernah menghargai apa yang disumbangkan oleh Amir dan
pasukan E-Pekak kepada komuniti orang Pekak.

Kita ingin mencadangkan agar O-o meminta maaf secara terbuka kepada bekas pasukan E-Pekak lebih-
lebih lagi O-o merupakan seorang pegawai atasan dalam persatuan MFD.

O-o:
Ini contoh boleh kata tak kenang jasa. Ok maaf kalau saya salah.

KaptenDiam:
Jasa siapakah yang tidak mahu kita kenang? Contoh ini agak lemah. Jika pemimpin-pemimpin persatuan

25 
 
Pekak yang disegani seperti Lim Heng Tuck (Kedah), Phillip Pong (Pulau Pinang), Ustazah Kutong
(Terengganu), Razani (Kelantan), Affizam (Perlis) dan banyak lagi tidak pernah masuk Forum E-Pekak,
perlukah kita melabelkan mereka sebagai orang Pekak yang TIDAK TAHU mengenang jasa MFD?

Gunakanlah kebijaksanaan akal anda dan hindarilah pengaruh emosi yang negatif. Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 16 April 2004


 
Phillip Pong tolak rezeki MFD?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

MFD:
MFD belum menubuhkan team e-pekak baru. Amir dan Anne telah mendapat pekerjaan baru dan Philip
Pong menolak tawaran rasmi MFD untuk menjadi Penyelaras E-Pekak Zon Utara. Buat masa ini MFD
menghargai individu yang membantu e-pekak iaitu tanpa disuruh:
Aqlam Jafri : teknikal.
Syukri : pembangunan forum epakak.
Nurzaihan : pembaharuan web epekak.

KaptenDiam:
Individu-individu yang disebut oleh Md Sazali, Presiden MFD di atas sebenarnya adalah pasukan
sukarelawan yang telah mengambil alih tugas bekas pasukan E-Pekak seperti yang telah dimaksudkan oleh
KaptenDiam dahulu.

Ada antara mereka yang telah dibayar upah untuk membantu projek E-Pekak dan juga ada yang datang
membantu tanpa sebarang elaun. Apa yang penting ialah sekurang-kurangnya laman web E-Pekak dapat
bertahan dengan adanya bantuan mereka.

Oleh itu, diharapkan kita tidak perlu mempersoalkan sumbangan pasukan sukarelawan dan juga
bekas pasukan E-Pekak.

Seperkara lagi, KaptenDiam ingin membetulkan fakta mengenai Phillip Pong. Daripada cerita beliau,
sebenarnya beliau tidak pernah menerima surat tawaran rasmi MFD dan juga tidak pernah menolak
tawaran tersebut seperti yang dinyatakan oleh MFD di atas.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah MFD menghantar surat kepada PDA untuk mencadangkan tawaran
tersebut dan mengadakan projek tersebut secara usahasama. Sehingga hari ini PDA belum memutuskan
cadangan MFD.

KaptenDiam berpendapat bahawa Phillip Pong tetap tidak akan menerima tawaran MFD jika surat tawaran
itu tiba di tangannya kerana beliau adalah Presiden PDA yang mana jawatannya tidak membenarkan beliau
bekerja (makan gaji) sepenuh masa dengan persatuan PDA.

Walau bagaimanapun keputusan beliau dan PDA hendaklah dihormati serta kita mencadangkan supaya MFD
seharusnya membuka jawatan Penyelaras E-Pekak Zon Utara kepada orang Pekak amnya dan sesiapa yang
berkebolehan dan berkemahiran ICT.

MFD:
Manakala berita dan uploading adalah dilaksanakan oleh saya sendiri walaupun dalam keadaan yang sibuk.

KaptenDiam:
Md Sazali sudah boleh melakukan kerja pemuatnaikan laman web sendiri tanpa bantuan pakar ICT. Ini
adalah satu lagi kesan yang positif daripada kejayaan projek E-Pekak yang telah "mengkomputerkan" tugas
setiap staf di pejabat MFD.

26 
 
MFD:
MFD sememangnya menunggu bekas e-pekak team untuk berbakti samaada cara sukarela atau mahukan
ganjaran.

KaptenDiam:
Persatuan MFD masih boleh menjemput mereka sebagai pakar runding ataupun pembimbing dalam
sebarang program aktiviti anjuran E-Pekak pada masa depan jika diperlukan seperti yang mana MFD telah
menjemput berbagai-bagai pakar luar untuk menjayakan program-program yang bersifat bukan ICT pada
masa yang lepas.

Sekian Terima Kasih.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 20 April 2004


 
Keikhlasan hati dan terima kasih
FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

O-o:
I setuju dengan I-i, kita tenggok dan tunggu siapa ikhlas.

KaptenDiam:
Apa yang dimaksudkan oleh O-o dan I-i adalah merujuk kepada keikhlasan hati seseorang yang membantu
orang Pekak. Adalah amat sukar jika kita percaya sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak.

Ini adalah kerana keikhlasan datang daripada hati yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Pendek
cerita, kadang kala kita percaya bahawa dia adalah ikhlas hanya jika kita melihat dia mendermakan duit
kepada orang kesusahan. Kita mungkin menyangka dia adalah ikhlas sedangkan dia sebenarnya berniat
hendak melihat namanya menjadi terkenal atau sekadar menunjuk-nunjuk betapa hebatnya diri sebagai
pejuang manusia.

Pada kesimpulannya, KaptenDiam tidak boleh melabelkan beliau sebagai ikhlas kecuali beliau yang
sepatutnya meyakinkan kita bahawa dia sememangnya ikhlas melalui dua perkara iaitu KATA-KATA dan
PERBUATAN. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui rahsia keikhlasan hati mereka.

Walau bagaimanapun kita masih boleh berterima kasih kepada mereka yang membantu kita, tidak mengira
sama ada mereka ikhlas atas dasar kemanusiaan ataupun tidak ikhlas kerana mencari nama besar mereka.

O-o:
Harap semua orang pekak sedar diri.

KaptenDiam:
Kita percaya pada masa sekarang orang Pekak semakin sedar diri dan semakin bijak menilaikan orang lain
terutamanya apabila berdepan dengan pemimpin-pemimpin Pekak.

I-i:
0-o tak perlu minta maaf. Pujian tahniah kerana bangkitkan isu ini. Kita tahu mana baik dan buruk orang
ok.

KaptenDiam:
Dari segi moral, I-i memang tiada hak untuk memujuk O-o supaya tidak perlu meminta maaf semata-mata
kerana beliau sudah kalah dan membantu menutup kelemahannya.

Bagaimanapun KaptenDiam percaya bahawa tidak ada sesiapa yang akan menang atau kalah dalam
perbincangan Forum ini. Ini bukanlah pertandingan ataupun perdebatan. Setiap perbincangan ada hikmah
sendiri, iaitu sekurang-kurangnya semua pembaca boleh mempelajari apa yang berlaku antara KaptenDiam

27 
 
dengan O-o dan kembarnya I-i.

KaptenDiam bersedia memaafkan mereka jika semuanya benar-benar melukakan hati mereka tanpa
pengetahuan KaptenDiam. Berita baik ialah KaptenDiam TIDAK BERCADANG menjadikan isu ini daripada O-
o dan I-i sebagai ORANG PEKAK TAK TAU MEMINTA MAAF seperti yang pernah penulis O-o ungkitkan tajuk
isu: ORANG PEKAK TAK TAU BERTERIMA KASIH.

I-i:
Jangan pandang rendah dan bodohkan kita dengan cerita-cerita macam-macam ok..

KaptenDiam:
Kita percaya bahawa orang Pekak tidak akan diperbodohkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin
mengambil kesempatan ke atas nama komuniti orang Pekak.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 20 April 2004


 
Aqlam Pengasas E-Pekak?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 070 - Orang Pekak Tak Tahu Berterima Kasih?

O-o:
Ini satu bukti OP tak tahu berterima kasih.

KaptenDiam:
Ditegaskan bahawa TIDAK SEMUA orang Pekak tidak tahu cara-cara merakamkan ucapan T-E-R-I-M-A K-A-S-
I-H. Namun begitu, KaptenDiam tidak ingin memaksa O-o berterima kasih kepada bekas pasukan E-Pekak
kerana KaptenDiam percaya ucapan terima kasih adalah hak seseorang dan hanya datang dari hatinya yang
benar-benar mensyukuri nikmat-nikmat kebaikan.

O-o:
Jasa Sazali buat e-pekak ambil pekerja Pekak dan dibayar gaji atau upah. Mereka jadi profesional sebab e-
pekak, dapat kerja sebab epekak, kalau tak sebab e-pekak mereka boleh jadi pengganggur tak ada kerja.

KaptenDiam:
Jasa Aqlam Jafri selaku Presiden KLSD juga seharusnya dihargai sewajar-wajarnya kerana beliaulah yang
mula-mula mengemukakan idea penubuhan projek perintis ICT kepada MFD dan kemudiannya dinamakan
Projek E-Pekak.

Sebab itu, kita tidak pernah lupa berterima kasih kepada Sdr Aqlam kerana dengan bantuan beliau, projek
tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada Md Sazali Shaari yang kemudian menjadi pengurus
projek, bekas pasukan E-Pekak, jurubahasa isyarat dan AJK penyelaras negeri yang terpilih.

Kita hanya boleh berterima kasih kepada persatuan MFD dan sesiapa yang membantu menjayakan projek
itu namun ucapan itu tidak semestinya ditujukan kepada seorang individu tertentu seperti Md Sazali
sahaja. Md Sazali mungkin bersetuju dengan semuanya.

O-o:
Sekarang kita tunggu epekak team jaga dan pertahankan nama baik bekas boss mereka sebab forum ini
kutuk Sazali..

KaptenDiam:
Kita telah melihat bagaimana O-o mengugut dan mengheret bekas pasukan E-Pekak supaya menjaga Sazali.
Perlu diingatkan bahawa mereka adalah golongan profesional Pekak yang telah dibayar untuk
membangunkan Projek E-Pekak dan bukannya dibayar atau dirasuahkan untuk menjaga Sazali sahaja.

Kita mengenali Md Sazali sebagai pemimpin Pekak yang bekerja sepenuh masa untuk komuniti Pekak dan

28 
 
beliau tidak pernah berharap agar orang Pekak datang menyembah di kaki beliau dan mengucapkan terima
kasih.

O-o:
Kita lihat kejujuran mereka OK.

KaptenDiam:
Mereka telah menunjukkan kejujuran dalam melaksanakan projek E-Pekak kerana mereka komited kepada
tanggungjawab dalam pembangunan komuniti orang Pekak dan bukan menjaga kepentingan diri mana-
mana perseorangan.

Sekian Terima Kasih

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 21 April 2004


 
Mohd Adam bakal pendakwah Pekak Islam?
FORUM E-EPEKAK Tajuk 079 KES MOHD ADAM

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada saudara/saudari yang telah memberikan pelbagai pandangan yang berbeza-beza
dalam isu KES MOHD ADAM. Setelah KaptenDiam meneliti setiap mesej daripada para penulis termasuk
saudara Md Adam, KaptenDiam mendapati tiada satu pun kata pengakuan daripada saudara Mohd Adam
iaitu mahu menjadi Pendakwah Pekak.

Benarkah Berita E-Pekak yang melaporkan saudara Adam menyatakan cita-cita menjadi Pendakwah Pekak?
Kita berharap saudara Adam menjelaskan perkara ini kepada komuniti kita.

Pada umumnya, pendakwah mempunyai skop yang amat luas dalam bidang kerjaya. Pendakwah bukan
sekadar berceramah di atas pentas dan balik sahaja selepas mengambil elaun daripada pihak penganjur.
Sesungguhnya pendakwah berjihad atas nama Allah untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar
dan mengajar mereka mengamalkan apa yang diperintah-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya
sepanjang zaman hayatnya.

Pendakwah tidak semestinya daripada kalangan golongan ulama sahaja. Contohnya ustaz/ustazah boleh
menjadi pendakwah di sekolah. Imam masjid boleh berfungsi sebagai pendakwah di masjid pada setiap
Jumaat. Profesor dan cerdik pandai dalam bidang pengajian Islam boleh berdakwah dalam majlis
keagamaan dan media massa. Pelajar yang lebih arif dalam Islam boleh berdakwah kepada pelajar-pelajar
yang lain.

Pendek kata, sesiapa yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang baik dan bersih adalah
digalakkan menjadi pendakwah.

Dalam kes ini, kesilapan Saudara Adam boleh dimaafkan kerana pada masa ini beliau belum menerima
lesen yang sah (kelulusan pengajian Islam) untuk menjadi pendakwah. KaptenDiam menyarankan
Saudara Adam bertaubat dengan segera serta menjaga akhlak diri pada setiap masa supaya nama beliau
tidak akan dijadikan isu besar oleh pihak tertentu yang ingin mempersendakan kebolehan dan kemuliaan
akhlaknya sekiranya beliau menjadi pendakwah Pekak yang pertama di Malaysia pada suatu masa kelak.

Sekiranya Saudara Adam benar-benar ingin berdakwah sepenuh masa, KaptenDiam mencadangkan Saudara
Adam menjadi guru khas yang berstatus USTAZ di mana-mana sekolah pendidikan khas. Ini adalah kerja
yang amat mulia di sisi Allah dan komuniti orang Pekak kerana kita telah lama menunggu kemunculan
pendakwah pekak yang mempunyai kebolehan yang setanding dengan ulama UMNO dan ulama PAS.
Bagaimanapun KaptenDiam berharap Adam jadilah Ulama Pekak dan bukannya Ulama MFD ataupun Ulama
KLSD.

29 
 
Terima kasih kepada saudari ANA yang telah menurunkan coretan yang panjang dan berguna sebagai
pedoman untuk membersihkan hati kita dan mendekatkan diri kpada Allah. Semoga Allah memberkati Ana.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 26 April 2004


 
Sariah mahu kuasa Presiden KLSD?
FORUM E-EPEKAK Tajuk 082 Undi KLSD

KaptenDiam:
Terima kasih kepada penulis CIA, HantuO-O, Penyokong KLSD dan O-o yang telah memulakan tajuk
perbincangan yang amat menarik mengenai siapakah pemimpin Pekak yang bakal menerajui persatuan
KLSD selepas pilihanraya peringkat persatuan pada bulan depan.

Sebenarnya KaptenDiam tidak begitu berminat dengan KLSD. Bagaimanapun KaptenDiam terdengar khabar
orang yang mengatakan bahawa pilihanraya KLSD bertambah sengit dengan kemungkinan orang lama yang
akan kembali bertanding.

Penulis Penyokong KLSD:


Jika Sariah jadi Presiden KLSD, siapa layak jadi Setiausaha KLSD. Setiausaha KLSD mesti mempunyai mahir
dalam penulisan Bahasa Melayu dan English.

Penulis 0-0:
Kita perlukan orang baru muka baru tapi dari yang bawah naik ke atas. Saya sokong Sariah jadi Presiden,
kita cuba wanita mungkin boleh baik lagi. Sariah ada pengalaman lama jadi Setiausaha, boleh naik ke atas
OK.

KaptenDiam:
KaptenDiam kurang bersetuju jika Sariah menjadi Presiden KLSD walaupun beliau dikatakan lebih berkuasa
dan berpengalaman luas dalam pentadbiran KLSD berbanding dengan Aqlam Jafri, Presiden KLSD sekarang.

Ini adalah kerana Sariah perlu memberikan komitmen yang besar kepada MFD sebagai Setiausaha MFD
sepenuh masa dan menjadi ahli kroni Md Sazali yang terkuat.

Pada hemat KaptenDiam, Sariah sepatutnya bertanding dalam jawatan Setiausaha KLSD sahaja. Persatuan
KLSD tidak mungkin menjadi kuat jika Sariah terpilih menjawat jawatan Presiden KLSD.

Di samping itu, Sariah perlu berkorban sedikit dan memberikan laluan kepada muka baru dan lama untuk
merebut jawatan Presiden KLSD secara demokrasi. KaptenDiam telah diberitahu oleh ahli-ahli KLSD
bahawa Sariah sepatutnya memberikan tumpuan yang sama rata kpada persatuan MFD, KLSD dan
KELUARGA jika beliau beria-ria hendak berkuasa sebagai WANITA BESI yang mahu membantu komuniti
orang Pekak.

Penulis 0-0:
Jangan pilih muka baru yang tak tahu KLSD dan tak ada pengalaman. Bahaya sebab runtuhkan KLSD.

KaptenDiam:
KaptenDiam kurang bersetuju kerana ada antara mereka kurang arif atau tiada pengalaman tentang KLSD
tetapi memiliki hati yang mulia dan ikhlas, iaitu ingin membantu komuniti orang Pekak.

Bolehkah kita menghalang mereka yang ikhlas daripada diserapkan dalam barisan AJK KLSD? Sebenarnya
ada banyak jalan yang boleh membantu mereka sekiranya mereka berjaya dipilih. Persatuan KLSD boleh
melatih mereka dalam pengurusan NGO seperti menghantar mereka ke kem kepimpinan orang Pekak dan
kursus JICA di Jepun jika diperlukan.

30 
 
KaptenDiam percaya pada petua orang tua yang menyebut bahawa seseorang yang lemah (kurang
berpengalaman dan merendah diri) adalah lebih mudah dibimbing dan diajarkan berbanding dengan orang
yang kuat (cerdik pandai dan degil).

Penulis CIA:
Mengikut laporan CIA, undi KLSD akan disabotaj. Ada kumpulan yang akan buang AJK KLSD ganti muka baru
muda. Awas. Orang ini pengkhianat komuniti OP.

KaptenDiam:
Tiada bukti mengenai kenyataan tersebut pada masa ini. Persoalan hak pemilihan muka baru dan lama
adalah terletak di tangan ahli-ahli KLSD. Namun begitu, AJK KLSD yang lama dibuang dan muka baru
diambil adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi serta tidak boleh dianggap sebagai PENGKHIANATAN
ORANG PEKAK.

Penulis CIA:
Orang juga buang Sazali macam Bush tumbang Sadam.. Peringatan.

KaptenDiam:
Md Sazali Shaari merupakan penasihat KLSD. Bolehkah beliau digugurkan daripada jawatan Penasihat KLSD?
Ini hanya boleh dilakukan oleh kuasa KLSD tetapi tidak mungkin dilakukan oleh kumpulan tersebut yang
didakwa oleh CIA.

Walau bagaimanapun, sekiranya KLSD dikuasai oleh ramai muka baru yang tidak sealiran dengan Md Sazali,
kedudukan beliau mungkin terancam. Ini hanyalah teori yang belum diuji lagi.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 26 April 2004


 
Ulama Pekak atau Ulama MFD?
FORUM E-EPEKAK Tajuk 079 KES MOHD ADAM

0-o:
KeptenDiam anti MFD anti KLSD. Apa your problem? ....... Bagaimanapun KaptenDiam berharap Adam
jadilah Ulama Pekak.. dan bukan Ulama MFD atau Ulama KLSD.. Hidup Islam! Hidup Islam! Islam ajar kita
musuh-musuhan?

KaptenDiam:
Pada pendapat KaptenDiam, O-o mungkin mengalami kerumitan untuk memahami maksud tersebut
sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak baik dan tanggapan yang salah mengenai KaptenDiam
sebagai anti KLSD dan anti MFD.

Dengan hati yang ikhlas ini, KaptenDiam tiada masalah untuk membimbing O-o memahami maksud slogan
"One Deaf One Community" yang selalu dilaungkan oleh MFD dan menghayatinya sebaik-baiknya dalam
menjalankan tugas seharian di pejabat MFD dan KLSD.

Untuk makluman para pembaca, sebenarnya KaptenDiam tidak menganggap diri sebagai anti KLSD atau
anti MFD seperti didakwa oleh O-o kerana KaptenDiam mempunyai ramai kawan rapat di kalangan
pemimpin-pemimpin persatuan Pekak negeri dan sentiasa menghormati pendirian persatuan mereka dalam
usaha perjuangan membela kebajikan komuniti kita.

KaptenDiam akan menjelaskan sebab-sebab istilah Ulama Pekak dipilih, iaitu yang lebih sesuai daripada
istilah Ulama MFD atau Ulama KLSD. Sebab yang pertama dan terakhir ialah pemilihan istilah tersebut
adalah berlandaskan kepada slogan "One Deaf One Community".

Ulama Pekak sepatutnya diberikan kebebasan untuk berdakwah dan menyatupadukan rakyat Pekak Islam
termasuk pelajar, dewasa, ahli-ahli persatuan dan pemimpin-pemimpin persatuan tanpa mengira

31 
 
perbezaan ideologi (fahaman) persatuan masing-masing dan membantu mewujudkan umat Pekak Islam
yang kuat dan dihormati di persada dunia Islam.

Istilah Ulama MFD tidak sesuai diwujudkan kerana ia lebih kepada sifat kepuakan sesebuah organisasi
lagipun MFD adalah NGO yang bukan bersifat perjuangan Islam. Jika istilah Ulama MFD/MFD digunakan,
akan wujud perpecahan komuniti kita seperti yang mana Melayu berpecah dengan wujudnya UMNO dan
PAS yang memiliki ramai ulama UMNO/PAS yang berbeza pendapat masing-masing.

Oleh itu nama Ulama Pekak akan kelihatan lebih bertenaga dan cukup kuat untuk menyahut slogan
tersebut dan mengajar orang Pekak supaya tidak bermusuh-musuhan atau bercakar-cakaran antara
persatuan-persatuan Pekak yang lain.

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 27 April 2004

KaptenDiam lawan 1000 klon Sazali?


FORUM E-EPEKAK Tajuk 081 Komuniti OP apa masa depan

Penulis 0-o:
Ini jadi tajuk KeptenDiam bukan masadepan OP. Harapnya jangan ada seorang tambah lagi macam
KeptenDiam. Mahu tambah lagi 1,000 orang serupa Sazali OK.

KaptenDiam:
Terima kasih kepada O-o kerana mengheret KaptenDiam turun dalam tajuk isu pada kali ini. Dan juga tidak
lupa berterima kasih kepada para pembaca yang menyokong KaptenDiam.

Walau bagaimanapun, KaptenDiam ingin mengingatkan para pembaca yang dihormati bahawa KaptenDiam
hanyalah seorang penulis yang daif iaitu mempunyai sebatang pen sebagai teman setia dan tidak
mempunyai pengikut atau kroni yang serupa dengan KaptenDiam.

Tidak seperti KaptenDiam, sebenarnya saudari O-o amat bertuah menjadi salah seorang pengikut yang
setia kepada Md Sazali Shaari, Presiden MFD. Ke manakah 1000 - 1 (O-o seorang) = 999 orang klon Sazali?

Sejak KLSD dan MFD ditubuhkan pada tahun 1980/1990-an, berapakah orang klon Sazali yang berjaya
"lahir" daripada projek kepemimpinan MFD/KLSD untuk menjadi pemimpin Pekak?

KaptenDiam pasti berbangga diberikan penghormatan untuk berdepan dengan 1,000 klon Sazali jikalau O-o
berjaya mengumpulkan mereka dan membawa masuk Forum ini.

Diharapkan KaptenDiam ini tidak akan dilabel sebagai terlalu angkuh. Malahan juga KaptenDiam sangat
mengalu-alukan kemunculan 1000 klon Sazali yang akan diketuai oleh O-o untuk memulakan perperangan
intelektual yang mungkin memberikan manfaat besar untuk membangunkan kekuatan minda komuniti
orang Pekak.

Adakah hal ini menjadi suatu angan dan mimpi yang indah ataupun ngeri bagi diri KaptenDiam? Biarlah kita
menunggu dan melihat apa yang akan berlaku pada masa yang seterusnya.

Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 27 April 2004


 
KaptenDiam anti Sazali?
FORUM E-EPEKAK Tajuk 082 Undi KLSD

32 
 
Penulis 0-o:
KeptenDiam bukan ahli KLSD? Tak perlu nasihatkan ahli kita. KeptenDiam bukan ajar kami. Ajar kami
rosakkan komuniti kami. KeptenDiam anti Sazali, kita tahulah.

KaptenDiam:
Mesej di atas jelas menggambarkan bahawa O-o adalah salah seorang pengikut setia Md Sazali yang
berfikiran sempit. Izinkanlah KaptenDiam menjelaskan semuanya satu demi satu.

Untuk makluman para pembaca, KaptenDiam tidak pernah memberikan sebarang nasihat kepada ahli-ahli
KLSD dalam hal pilihanraya KLSD dan berharap agar semua tulisan KaptenDiam akan dianggap sebagai
pendapat peribadi KaptenDiam semata-mata, iaitu pendapat daripada penulis bebas yang tidak berpihak
kepada mana-mana persatuan Pekak.

Ini tidak bermakna KaptenDiam anti MFD atau anti KLSD atau anti KDA atau anti PDA atau anti PMY YMCA.
Para pembaca boleh menggunakan hak yang ada untuk menilaikan, menerima dan menolak tulisan dan
hujah KaptenDiam.

Dahulu KaptenDiam pernah mengajukan pelbagai soalan/hujah kepada O-o tetapi sebahagian besar soalan
tersebut yang tidak dapat dijawabnya. Sebaliknya O-o lebih gemar membalasnya dengan pelbagai label
yang negatif termasuk menuduh KaptenDiam anti Sazali.

Bagaimanapun KaptenDiam masih boleh menerimanya dengan hati yang terbuka kerana KaptenDiam
percaya bahawa O-o sedang menghadapi tekanan emosi dan kecelaruan mental yang memerlukan rawatan
dan sokongan daripada para pembaca.

O-o menyatakan seseorang tidak boleh menasihatkan ahli-ahli KLSD hanya kerana beliau bukan ahli KLSD
yang sah. Sekiranya Nabi Muhammad SAW hidup pada hari ini, adakah kita tidak mahu mendengar nasihat
Baginda hanya kerana Baginda bukan ahli KLSD?

Para pembaca sudah pasti tahu akan jawapan tersebut. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati
Nabi Muhammad dan keluarganya. Amin...

Sebenarnya KaptenDiam tidak pernah menulis sebarang artikel yang menunjukkan KaptenDiam adalah anti-
Sazali. Perlu diingatkan bahawa KaptenDiam hanya penulis bebas di ruang Forum ini, sama ada bukan
penyokong Sazali ataupun bukan pembangkang Sazali.

Sebenarnya KaptenDiam dan Md Sazali masih berkawan seperti biasa walaupun KaptenDiam pernah
berdebat dengan beliau dalam pelbagai isu. Beliau adalah seorang pemimpin Pekak yang terbuka
fikirannya dan sanggup menerima teguran yang baik daripada KaptenDiam walaupun kami kekadang tiada
sebulu atau sealiran fikiran antara satu sama lain.

Bagaimanapun KaptenDiam menghormati dan menghargai perjuangan beliau yang bersusah payah
membangunkan persatuan MFD. KaptenDiam berharap agar O-o mencontohi sikap keterbukaan beliau
jikalau O-o adalah ahli yang terlalu fanatik kepada beliau.

posted by KaptenDiam @ 11:00 AM 27 April 2004


 
NATO pegangan orang Pekak?
FORUM E-EPEKAK Tajuk 081 Komuniti OP apa masa depan

Penulis 0-o:
Jangan pikiran sempit Ok.

KaptenDiam:

33 
 
KaptenDiam tiada masalah menerima teguran dan kutukan daripada O-o. Mari kita berbincang dengan
lebih rasional dan terbuka.

Penulis 0-o:
Kita tahu ada gabungan berapa? 10 gabungan lebih betul? Ini kehebatan Sazali buat 10 gabungan dan setiap
gabungan ada jawatankuasa berapa? Ini kehebatan Sazali cungkil dan galakkan OP libat diri.

KaptenDiam:
Kita bersetuju bahawa MFD adalah gabungan persatuan-persatuan negeri atau boleh disebut sebagai
persekutuan negeri-negeri orang pekak yang mewakili one deaf one community.

Boleh dikatakan Encik Md Sazali telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk menggalakkan orang Pekak
berpersatuan dan aktif dalam program-program terutama selepas keluar dari alam persekolahan.

Bagaimanapun, ramai pemimpin NGO Pekak memberitahu KaptenDiam bahawa mereka belum menganggap
Md Sazali sebagai pemimpin yang terhebat pada masa ini. KaptenDiam menghormati pandangan mereka
dan bersetuju secara peribadi. Ini adalah kerana hampir semua persatuan gabungan di bawah MFD belum
mencapai tahap yang memuaskan dan setanding dengan keaktifan MFD.

Bagaimanakah kita katakan MFD itu hebat sedangkan persatuan gabungan MFD yang lain sedang terkapai-
kapai dan bergelut dengan masalah dalaman masing-masing?

Pendek kata, MFD akan dianggap kuat dan mantap hanya jika semua pemimpin pekak (gabungan MFD)
adalah setaraf dan setanding dengan kebolehan presiden MFD serta AJK gabungan komited kepada
persatuan masing-masing.

KaptenDiam percaya Presiden MFD menghadapi kerumitan situasi demikian dan perlu melakukan
penambahbaikan (improvement) dalam semua gabungan MFD. Lebih baik juga O-o membantu Presiden MFD
daripada sibuk bercerita tentang kehebatan MFD di sana sini.

Sebagai rakyat Pekak di bawah payung MFD, KaptenDiam percaya kita amat bertuah dan bersyukur kerana
komuniti kita telah 'dikurniakan' seorang Presiden MFD yang sanggup bekerja sepenuh masa di dalam dan di
luar pejabat MFD untuk membantu komuniti kita yang mana kita susah nak carikan pemimpin yang sanggup
tinggalkan kerja tetap untuk berkhidmat sepenuh masa di persatuan.

Penulis 0-o:
Tak baca 1997 MFD jadi kebangsaan kah? buta kah?

KaptenDiam:
Apakah yang O-o kaitkan dengan soalan di atas?

Penulis 0-o:
Setiap Presiden negeri macam dari Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain KeptenDiam kenal mereka ya?
sebab KeptenDiam kata kenal mereka. Tahu tak mengapa mereka tak masuk forum ini? Tetapi mereka
tetap hebat macam Sazali juga sebab mahu pimpin OP.

KaptenDiam:
Pada pendapat KaptenDiam, mereka tidak perlu masuk forum kerana mereka juga komited kepada kerja
tetap mereka selain daripada tugas memimpin OP. Sebenarnya mereka hanya lebih hebat kerana mereka
memiliki kerja tetap yang baik seperti bisnes dan bidang lain tetapi dari segi pentadbiran persatuan,
mereka belum dapat menandingi kebolehan Presiden MFD, Encik Md Sazali.

Inilah antara sebab-sebab utama mengapa Sazali sering menang tanpa bertanding dalam pilihanraya MFD
atas tiket wakil KLSD selaku Penasihat KLSD. Kita sepatutnya bersyukur kerana beliau mendapat sokongan
daripada para pemimpin gabungan lain yang tidak berminat merebut jawatan Presiden MFD dan sanggup
membantu beliau mencapai wawasannya.

34 
 
Penulis 0-o:
KeptenDiam bukan ahli persatuan, pandai tulis aje tapi tak mahu kongsi pandai itu tolong persatuan.

KaptenDiam:
Adalah tradisi penulis untuk menyumbangkan idea-idea di mana-mana ke arah menggalakkan kita
memperkembangkan kegiatan pemikiran secara kreatif, kritis, logik dan lateral. Harap kita hormatilah
hak-hak penulis tersebut dan hargailah sumbangan mereka secara tak langsung.

Penulis 0-o:
Orang tua cakap : cakap tak serupa bikin. NATO - no action talk only. Tak guna lah. Masuklah persatuan
dan tengok bakat anda jika mahu lebih pandai dari Sazali OK.

KaptenDiam:
Ini patut dikira sebagai cabaran daripada seseorang yang gagal 'mengerjakan' lawannya. Bagaimanapun
KaptenDiam merendah diri menolak jemputan O-o yang mahukan KaptenDiam mencabar Md Sazali.

Sebenarnya KaptenDiam tiada apa-apa bakat keistimewaan kecuali penulisan yang menjadi kegemaran
KaptenDiam sejak lahir dalam serba kemiskinan.

Seperkara lagi, taktik NATO sebenarnya telah lama digunakan oleh pemimpin-pemimpin Pekak.
KaptenDiam mengetahui hal ini daripada pemimpin-pemimpin Gabungan MFD sendiri. Pada mulanya,
KaptenDiam tidak percaya dan lama-kelamaan ia tidak lagi menjadi rahsia buat pengetahuan komuniti
kita.

posted by KaptenDiam @ 10:45 PM 28 April 2004

KaptenDiam tolak kroni Presiden MFD


FORUM E-PEKAK Tajuk: 082 - Undi KLSD

Saudari penulis O-o,

O-o mahu KaptenDiam menjadi ahli kroni Md Sazali, Presiden MFD? Dengan dukacitanya, KaptenDiam
tidak pernah bercadang menjadi kroni kepada mana-mana pihak. Terima kasih sahaja.

Sekiranya sesiapa berangan-angan hendak menjadi kroni kepada pemimpin Badan Bukan Kerajaan yang
berpengaruh, beliau tidak akan mendapat apa-apa faedah tidak seperti kroni pemimpin politik yang lain.

Kroni politik biasanya dijanjikan diberikan pelbagai kebendaan seperti wang, kuasa, pangkat, kerjaya dan
kontrak bisnes. Sebagai balasannya, mereka (kroni) akan memberikan sokongan dan memberikan undi
kepada pemimpin politik mereka supaya terus duduk di atas kerusi pemimpin No 1 dengan lebih lama lagi.

Adalah tidak salah sekiranya sesiapa antara kita tidak mahu menjadi ahli kroni Md Sazali kerana
KaptenDiam percaya persatuan MFD sememangnya sentiasa ikhlas dalam membantu komuniti kita, tidak
mengira kepuakan kroni mereka.

Hari ini kita menyaksikan ramai orang Pekak semakin bijaksana dan matang iaitu berfikir semasak-
masaknya sama ada membiarkan diri diperalatkan oleh pemimpin Pekak atau tidak mahu walaupun telah
"dirasuahkan" dengan pelbagai janji manis.

Bagaimanapun, KaptenDiam akan terus berada di pihak yang berkecuali dan neutral, iaitu boleh menjadi
pemerhati bebas, pengulas, pencadang dan pengkritik kepada mana-mana pihak serta tidak akan menjadi
pembangkang atau penyokong atau kroni kepada mana-mana pihak.

Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 1 Mei 2004

35 
 
O-o pendakwah untuk Sazali?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 082 - Undi KLSD

Penulis o-o:
KeptenDiam tak mahu jadi kroni Sazali Ok. Asyik kecuali neutral sahaja Ok. Awak suka hati lah .

KaptenDiam:
Terima kasih kerana saudari penulis o-o akhirnya menyedari dan menghormati pendirian (pendapat) para
penulis dalam Forum ini. Perbezaan pendapat antara para penulis Forum kita adalah satu rahmat kepada
komuniti kita secara umumnya.

Penulis o-o:
Tapi kalau KLSD atau MFD jatuh kita kecuali neutral juga?

KaptenDiam:
KaptenDiam kurang bersetuju. Setiap perlawanan bola sepak biasanya berakhir dengan satu kemenangan
atau satu kekalahan atau satu keputusan seri. Begitu juga dengan dunia politik yang mana terdapat
penyokong, pembangkang dan juga pihak yang neutral.

Pendek cerita, pihak yang neutral amat diperlukan untuk memastikan keadilan dan keamanan dapatlah
ditegakkan di muka Bumi. Sekiranya Malaysia tidak menjadi pihak yang berkecuali misalnya sebagai ahli
NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali), Malaysia akan diheret dalam zon keselamatan yang terancam
kerana negara kita menyokong salah satu daripada USA ataupun USSR sewaktu Perang Dingin dahulu.

Ini adalah satu contoh sahaja yang menjelaskan bahawa kehadiran pihak ketiga yang neutral tidak akan
meruntuhkan persatuan KLSD atau MFD.

Penulis o-o:
Jangan ikut cakap KeptenDiam. Dia penipu dan rosakkan hubungan Deaf.

KaptenDiam:
Seperti yang telah KaptenDiam jelaskan dahulu, adalah menjadi suatu hak kepada para pembaca untuk
menerima atau menolak pandangan KaptenDiam dalam tulisan ini.

Apakah bentuk penipuan yang telah KaptenDiam lakukan selama ini seperti yang difitnahkan oleh O-o?
Tidaklah memeranjatkan kita kerana penulis o-o hanya terjumpa JALAN MATI lalu mengeluarkan satu
'fatwa' yang melarang semua pembaca percaya akan tulisan KaptenDiam.

Penulis o-o:
Sokong mesti kekuatan Deaf! KeptenDiam cemburu dengan Sazali kah?

KaptenDiam:
KaptenDiam melihat penulis o-o tergamak menyerang orang lain yang tidak mahu mendewa-dewakan nama
Md Sazali. Apa yang menarik ialah kawan-kawan memberitahu KaptenDiam bahawa nama penulis o-o telah
menjadi bahan ketawa di kalangan komuniti kita kerana beliau hanya 'berdakwah' habis-habisan demi
mengangkat nama seorang individu sahaja.

Sebenarnya kekuatan komuniti Pekak adalah terletak pada perpaduan (UNITY) sesama orang Pekak tanpa
mengira kepuakan Persatuan Pekak, dan bukannya pada kekuatan seorang individu tertentu sahaja.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 5 Mei 2004


 
Islam membenarkan perbezaan pendapat

36 
 
FORUM E-PEKAK Tajuk: 082 - Undi KLSD

Penulis Pembaca:
Semua forum sungguh membosankan utk membaca kerana awak semua telah mengeluarkan jawapan yang
menyakitkan hati antara sama lain. Saya betul-betul benci akan forum ini.

KaptenDiam:
Saudara Pembaca, terima kasih kerana 'melayan' kerenah para penulis yang dikatakan membosankan para
pembaca Forum.

Namun demikian, saudara Pembaca seharusnya menerima kebenaran bahawa mana-mana forum tidak
dapat menghalang akal kita untuk meluahkan dan menyampaikan kehendak manusia, motivasi, teguran,
nasihat, kritikan, umpatan dan sebagainya.

Agama Islam juga membenarkan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza. Itulah kelebihan akal
manusia yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk di alam semesta dari zaman Nabi Adam
hingga hari Kiamat.

Penulis KOP:
wahai org pekak, kenapa bersengketa sesama sendiri. kroni ker, tak kroni ker....apa motif anda semua
sebenarnya. bkn kah kita nak memajukan dan mengembangkan budaya org pekak kpd dunia luar.

KaptenDiam:
Sebenarnya semua tulisan KaptenDiam yang lepas adalah defensive serta menjawab setiap tulisan saudari
o-o yang penuh dengan serangan peribadi. Bagaimanapun, KaptenDiam amat menghargai pendapat mereka
walaupun ia sudah tersimpang daripada tajuk asal UNDI KLSD.

Diharapkan hasil perbincangan antara KaptenDiam dan penulis yang lain dapatlah membuka mata para
pembaca supaya mereka akan menyedari betapa pentingnya hak kebebasan orang Pekak untuk
menyuarakan isu-isu semasa dalam budaya Pekak. Ini akan membantu memperkembangkan budaya Pekak
kepada dunia luar secara tidak langsung.

Ampunkan KaptenDiam sekiranya terdapat sesetengah tulisan KaptenDiam yang mungkin melukakan hati
pemimpin Pekak dan kroni-kroninya.

Penulis KOP:
saya merupakan veteran dlm dunia pekak, dan saya amat kecewa dgn org muda sekarang yg tak sehaluan.

KaptenDiam:
Isu orang muda yang tidak sehaluan bukanlah satu perkara baru kepada komuniti kita. Sebenarnya ia telah
berlaku satu zaman demi satu zaman sejak penciptaan manusia pertama, Nabi Adam.

Oleh itu, kita tidak perlu kecewa hanya kerana pendapat orang muda bercanggah dengan kehendak kita
semata-mata. Jika dilihat secara positif, perbezaan pendapat mereka akan menjadi input yang baik
kepada komuniti kita untuk membangun bersama dalam suasana yang mencabar dan sentiasa dinamik
terhadap perkembangan budaya orang Pekak.

Sebagai pemimpin veteran Pekak, KOP sepatutnya mengadakan kajian yang lanjut dan mencari jawapan
kepada sebab-sebab mengapakah orang muda Pekak yang tidak sehaluan seharusnya menjadi satu
permasalahan dalam komuniti kita?

Penulis KOP:
Kaptemdiam, o-O, O-o, OOOOOOO...anda semua masih muda dan merupakan pemimpin masa depan.
bknkah anda sepatutnya menolong pihak yg menguruskan hak org pekak utk memperjuangkan masa depan
anda. Yop Penang, Ahli KLSD dan en sazali sendiri adalah org lama, anda sepatutnya memotivasikan belia
kita utk menjadi pemimpin masa depan.

37 
 
KaptenDiam:
Bukankah pihak yang menguruskan hak orang Pekak adalah merujuk kepada persatuan MFD? Benarkah KOP
menganggap MFD mempunyai ramai staf yang tidak cekap atau tiada pengalaman?

Apakah cara yang mana KOP mahu kita membantu MFD? Kita perlu menderma gaji kita ke dalam tabung
gaji pekerja MFD? Haruskah kita mengecat pejabat baru MFD? KaptenDiam bukan hendak memperlekehkan
permintaan KOP kerana KaptenDiam juga bersetuju bahawa orang Pekak digalakkan membantu MFD dan
Persatuan Pekak yang lain tetapi hendaklah mengikut kemampuan dan keikhlasan sahaja dan bukan
paksaan.

Sesungguhnya hukum membantu Persatuan Pekak adalah sunat sahaja. Sesiapa yang tidak mampu
menolong MFD tidak akan mendapat dosa dan juga tiada pahala.

Perlu diingatkan bahawa zaman orang Pekak sekarang adalah TAK SAMA dengan zaman dahulu. Kita
melihat ramai orang Pekak hari ini kurang berminat menghulurkan pertolongan kepada Persatuan Pekak.

Ini kerana mereka menikmati kehidupan yang agak baik di bawah pemerintahan Kerajaan yang mesra
kepada golongan OKU sehingga mereka barangkali merasakan diri mereka tidak perlu meminta pertolongan
daripada Persatuan Pekak bagaikan apabila senang, bergoyang kaki di rumah dan apabila susah, kembali
ke pangkalan Persatuan.

Pada masa dahulu, Persatuan SHIMA (dikenali KLSD sekarang) dikatakan sentiasa berseri-seri dan ceria
dengan kehadiran ramai ahli SHIMA yang bergembira sambil tolong-menolong menjayakan program-
program.

Hari ini sifat tersebut dipercayai semakin pupus kerana mereka semakin sibuk dengan kerjaya dan keluarga
di rumah. Ada antara mereka yang tercari-cari pekerjaan tetap di merata-rata tempat sehingga
mereka menyerahkan segala-gala sepenuhnya kepada AJK Persatuan sahaja untuk menguruskan program
aktiviti.

Ini kerana mereka adalah ahli biasa yang jarang turun ke Persatuan untuk menolong AJK Persatuan.
Barangkali mereka percaya tenaga mereka tidak diperlukan untuk menolong Persatuan kerana mereka
telah memberi kepercayaan kepada AJK Persatuan yang dipilih dalam AGM setiap dua tahun untuk
dipertanggungjawabkan menguruskan program seperti rumah terbuka Hari Raya dan sukan SKOP.

Di sini KaptenDiam boleh mengatakan bahawa kebanyakan orang Pekak hanya mahu ditolong oleh AJK
Persatuan sahaja tetapi mereka agak keberatan hati hendak menolong AJK Persatuan sendiri.

Oleh itu, Persatuan Pekak patut berfikir dua tiga kali sebelum menyediakan asas-asas yang penting untuk
mengasah bakat pemimpin Pekak daripada kalangan AJK persatuan sendiri. Muka-muka lama dalam
persatuan sepatutnya memikul tanggungjawab bersama dalam melatih dan memotivasikan ahli muda yang
bakal menjadi pemimpin Pekak yang bekerja kuat untuk komuniti kita.

Penulis KOP:
ya, adanya perbincangan, adanya perbahasan seperti ini adalah satu cara kita mengenali dan mempelajari
sedlm mana kemajuan org pekak....ttp nampaknya kebykan jawapan anda semua lebih berdasarkan pada
perihal peribadi.

KaptenDiam:
Ini tidak menjadi masalah kita untuk memperbincangkan dan mengupas setiap isu termasuk hal peribadi
seseorang kerana ia juga tidak menyalahi hukum agama kita.

Ini bermakna kita masih boleh berbincang mengenai hal peribadi mereka seperti kehidupan seorang
Perdana Menteri yang berjaya asalkan kita tidak berniat untuk melibatkan unsur-unsur serangan peribadi,
hinaan atau carutan yang mengaibkan nama mereka.

38 
 
Penulis KOP:
mungkin org pekak blm matang, org pekak blm dewasa, org pekak blm sedar...apakah nasib org pekak?

KaptenDiam:
Memanglah benar orang Pekak sekarang belum matang dalam hal ehwal persatuan kerana mereka
kekurangan kesedaran mengenai kepentingan dan peranan Persatuan Pekak kepada komuniti kita.

Bagaimanapun apabila berada di luar Persatuan, mereka mampu berfikir sematang-matangnya dan
berdikari dalam persekitaran serta memberikan sumbangan yang amat bererti kepada pembangunan
ekonomi negara kita walaupun sekadar seorang pekerja kilang sahaja.

KaptenDiam -
Terasa terlalu kerdil apabila berdepan dengan pemimpin teragung dunia, Nabi Muhammad SAW. Salam
Maulidur Rasul.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 7 Mei 2004

Kempen Murshid dalam Internet


FORUM E-PEKAK Tajuk: 083 - UNDILAH MURSHID ALAIDIN

Saudara Murshid Alaidin,

Tahniah diucapkan kerana berjaya mencalonkan diri dan bertanding dalam AGM KLSD bagi merebut
jawatan penting dalam barisan EXCO KLSD 2004-2006.

KaptenDiam berpendapat bahawa Murshid Alaidin adalah seorang Pekak yang pertama mencipta sejarah
komuniti kita iaitu beliau berkempen melalui Internet seperti dalam ruang Forum ini.

Kita belum melihat mana-mana AJK KLSD sekarang mula berkempen untuk mempertahankan jawatan
mereka masing-masing. Barangkali mereka terlalu yakin jawatannya akan dikekalkan ataupun dengan
sengajanya membiarkan namanya tidak akan dipangkah oleh pengundi dan ahli KLSD kelak.

Kaedah kempen beliau wajar menjadi ikutan dan teladan yang baik kepada semua pemimpin Pekak kerana
kita mempunyai akal dan hak untuk mengundi pemimpin yang benar-benar amanah dan dipercayai lebih-
lebih lagi kita adalah rakyat Pekak yang percaya kepada sistem demokrasi berperlembagaan.

KaptenDiam berharap agar sesiapa yang bercita-cita menjadi "Ahli Parlimen KLSD" seharusnya
memberanikan diri dan memberitahu kepada komuniti kita bahawa beliau adalah terbaik untuk berbakti
kepada komuniti kita.

Mereka juga harus menggunakan kebijaksanaan untuk mengatur strategi termasuk berkempen sambil
bergerak dari rumah ke rumah ahli, dari kilang ke kilang tempat ahli bekerja, dari e-mel ke e-mel ahli,
dari sms ke sms ahli dan seumpamanya.

Ini akan membantu memantapkan lagi kematangan ahli KLSD dan Persatuan umumnya dalam dunia politik
persatuan dan seterusnya Pilihanraya Umum yang akan datang.

Selamat bertanding.

KaptenDiam -
Bilik KaptenDiam dicerobohi kumpulan perayu undi yang berkempen menjelang pilihanraya peringkat
universiti dulu.

posted by KaptenDiam @ 10:00 PM 07 Mei 2004


 

39 
 
MYF - Yayasan Orang Pekak
FORUM E-PEKAK Tajuk 097 Apakah fungsi MFD dan MYF apa bezanya

KaptenDiam:
Assalamualaikum. Jelaslah bahawa tulisan saudari penulis O-o menggambarkan beliau seorang yang jahil
yang pernah disaksikan oleh KaptenDiam dan para rakyat Pekak pada zaman ini.

Pada pendapat KaptenDiam, penulis O-o tidak sepatutnya mempertikaikan penubuhan MYF dan
mengaitkannya dengan isu-isu remeh seperti boneka OBP, Hero Orang Pekak dan tamak duit.
Beliau seharusnya menghormati semua NGO Pekak termasuk Yayasan Pekak serta memahami kebebasan
seseorang untuk menyokong organisasi masing-masing.

Penubuhan Yayasan MYF adalah wajar atas dasar kemanusiaan kerana MYF telah menyediakan
perkhidmatan yang tidak terdapat dalam senarai perkhidmatan Persatuan Pekak yang lain seperti
kemudahan skim biasiswa untuk orang Pekak dan projek kajian Bahasa Isyarat Malaysia.

Namun begitu, kedua-dua MYF dan MFD bersama-sama mendukung suatu matlamat yang serupa iaitu
membantu mempertingkatkan taraf hidup komuniti kita.

Penulis O-o :
Jangan rebut-rebut mau jadi hero. Cadang baiknya MFD sahaja jaga BIM tapi tubuh ajk khas.

KaptenDiam:
Sebenarnya kata "hero" tiada dalam kamus orang Pekak kerana kita adalah komuniti terkecil dalam
masyarakat majmuk Malaysia serta sentiasa mencari keadilan dan menuntut pembelaan kebajikan
daripada pihak berwajib seperti Kerajaan dan pihak swasta.

Ditegaskan bahawa semua Persatuan Pekak adalah sama rata dan tiada sebab untuk bercakar-cakaran
hanya kerana mahu menjadi jaguh dan hero kepada komuniti kita. Komuniti kita sudah mengakui bahawa
MFD adalah ketua wakil komuniti kita di peringkat antarabangsa pada ketika ini.

Isu BIM pernah ditulis oleh KaptenDiam dalam Forum dahulu dan tidak perlu diulang di sini.

Penulis O-o:
Kita elakkan rebut rebut cari duit. Nanti OP jadi rugi. Saya lihat sekarang perang antara OP dengan OBP
sebab OP itu MFD dan Yayasan itu dibawah organisasi OBP. Ok elakkan dari jadi boneka OBP dan sebabkan
pergaduhan antara OP masing-masing.

KaptenDiam:
Tuduhan ini tidak begitu logik kerana pada masa ini beberapa Persatuan Pekak masih diketuai oleh
pemimpin bukan Pekak seperti di Terengganu, Perlis dan Sabah. Dalam sejarah tanahair, kita tidak pernah
melihat orang Pekak mengangkat senjata membunuh orang Pekak yang lain kerana berjuang untuk
pemimpin Pekak atau bukan Pekak.

Patutkah kita menganggap orang Pekak di negeri yang tersebut tadi adalah boneka kepada pemimpin
bukan Pekak? Mereka telah melantik pemimpin baik orang Pekak mahupun bukan Pekak melalui saluran
yang sah dalam AGM untuk menguruskan perjuangan orang Pekak.

Ini kebenaran yang perlu kita hormati seperti yang kita hormati Kerajaan Kelantan yang didirikan oleh
parti pembangkang.

Penulis Perjuang:
Kenapa Malaysia ada mempunyai 2 pertubuhan untuk orang pekak untuk diseluruh Malaysia seperti
Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Yayasan Majudiri Y? Bayangkan orang pekak di Malaysia akan keliru
terhadap kedua-dua pertubuhan tersebut. Apa faedah mereka daripada kedua-dua pertubuhan tersebut?
Ataupun Kerajaan Malaysia akan keliru?

40 
 
KaptenDiam:
Penulis Perjuang mungkin terlupa. Sebenarnya Malaysia ada tiga buah pertubuhan peringkat kebangsaan
(Malaysia) iaitu MFD, MSFD dan NSD (Persatuan Kebangsaan bagi Orang Pekak).

MFD dianggap wakil rakyat Pekak yang sah. MSFD bertanggungjawab kepada hal ehwal sukan orang Pekak
manakala NSD pun ditadbir oleh golongan bukan Pekak.

Oleh itu, MYF bukanlah pertubuhan kebangsaan tetapi hanya sebuah ORGANISASI YAYASAN sahaja.
Diharapkan para pembaca faham akan perbezaan antara Persatuan Pekak dan Yayasan Pekak.

Benarkah Kerajaan Malaysia keliru? KaptenDiam kurang bersetuju kerana Kerajaan Malaysia adalah antara
kerajaan yang terbaik di dunia dan paling mesra dengan komuniti OKU. Ini terbukti daripada kejayaan
program OP seperti Sukan SKOP, penerbitan buku BIM, projek E-Pekak, pusat bimbingan pra-sekolah dan
program lain yang mendapat suntikan besar (bantuan kewangan) daripada Kerajaan sendiri.

Ini adalah kerana Kerajaan menganggap semua persatuan Orang Pekak adalah bertaraf yang sama
tanpa mengira status kebangsaan atau negeri atau kelab. Sebaliknya Kerajaan mengutamakan satu
persoalan iaitu melihat sejauh mana aktifnya Persatuan Pekak.

Pendek kata, Persatuan Pekak yang amat aktif akan mendapat sokongan kewangan manakala yang tidak
aktif pun tidak akan diberikan keutamaan. Sebab itulah, KaptenDiam menganggap MFD, MSFD, KLSD dan
PMY adalah NGO yang amat aktif dan layak menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dan para
penderma walaupun MFD, MSFD, KLSD dan PMY mempunyai taraf yang berbeza iaitu kelab, persatuan
negeri dan persatuan kebangsaan.

Pada rumusannya, Kerajaan tetap membantu NGO yang bekerja kuat untuk negara kita tanpa melihat taraf
NGO.

Penulis Pejuang Orang Pekak:


Setengah daripada orang pekak telah berjaya mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk
melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negeri sendiri atau dengan bantuan MFD.

Kenapa MYF mesti ada tabung wang untuk membantu para pelajar Pekak di Malaysia melalui biasiswa?
Mahu naik imej MYF?

Di sini orang Malaysia termasuk OKU boleh mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran dari mana-mana
kerajaan, yayasan dan korporat.

KaptenDiam:
Setengah daripada orang Pekak Malaysia? Jika terdapat kira-kira 18,000 orang Pekak dalam komuniti kita,
benarkah seramai 9,000 (18,000/2) orang Pekak berjaya mendapat biasiswa? Mana buktinya? Jika kata
"setengah" digantikan dengan kata "sesetengah", jadi sesetengah orang Pekak bermaksud sebilangan kecil
daripada orang Pekak yang berjaya.

KaptenDiam tidak pasti dengan jumlah orang Pekak yang berjaya mendapat biasiswa dengan bantuan MFD.
Jumlah tersebut mungkin 0 orang sahaja. Setahu KaptenDiam, MFD hanya berjaya membantu sesetengah
orang Pekak mendapat tempat sahaja dalam IPTA dan IPTS.

Sebenarnya penulis Pejuang Orang Pekak telah berterus terang mengiktiraf penubuhan MYF kerana dalam
mesej di atas, beliau ada menyebut, "Sesiapa OKU boleh mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran dari
mana-mana yayasan". Ini bermaksud yayasan itu ialah MFY. Maka MFY adalah yayasan juga.

Akhirnya sekali, KaptenDiam ingin menyimpulkan bahawa MYF adalah jalan penyelesaian yang baik untuk
menggalakkan lebih ramai pelajar Pekak melanjutkan pelajaran. Yang paling menarik ialah MYF
mengurangkan pergantungan pada satu-satunya Kerajaan kerana MYF berjaya mengumpulkan sumbangan
daripada pelbagai pihak berwajib dan penderma perseorangan serta menubuhkan tabung khas demi

41 
 
kebaikan komuniti kita yang memerlukan.

Langkah ini sepatutnya dicontohi oleh semua Persatuan Pekak dan usah dicemburui oleh mana-mana
pemimpin Pekak. Jika Persatuan Pekak dan MFD menubuhkan Tabung Pelajaran Khas, kita
mempunyai banyak pilihan untuk memohon bantuan kewangan kepada mereka.

Jika pihak mereka menolak permohonan kita, kita boleh memohon kepada pihak MYF atau mana-mana
yayasan yang ada. Kita patut bersyukur kerana negara kita menyediakan banyak rezeki (tabung) untuk
membantu pelajar-pelajar kita.

Nasihat KaptenDiam kepada para pemimpin Pekak supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan
dengan isu Yayasan MYF kerana setiap kata Pemimpin Pekak boleh dinilai sama ada mencipta KEBENCIAN
dan KETIDAKPUASAN, perasaan yang akan berkekalan di hati orang Pekak terhadap mana-mana Pemimpin
Pekak yang didapati menghina penubuhan Yayasan Pekak.

KAPTEN DIAM -
Lebih baik menyimpan RM sewaktu kanak-kanak sebelum tibanya hari kesusahan sewaktu dewasa.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 19 Mei 2004


 
PMY dan MFD - Output dan Kualiti Perkhidmatan
FORUM E-PEKAK Tajuk 097 Apakah fungsi MFD dan MYF apa bezanya

Salam kesejahteraan kepada para pembaca dan pemimpin Pekak.

Terlebih dahulu KaptenDiam akan gunakan nama Si Senyum dalam tulisan ini sebagai merujuk kepada
penama : ) dalam mesej yang lepas.

KaptenDiam telah menganalisis semua tulisan terutama daripada Si Antz dan Si Senyum yang begitu
menarik dan menghangatkan forum kita pada minggu ini.

Mereka telah menunjukkan keberanian serta bersungguh-sungguh mempertahankan satu pihak yang benar
masing-masing. Bagaimanapun Si Antz secara terbuka telah mengkritik MFD yang didakwanya tidak cekap
dalam hal ehwal pentadbiran manakala Si Senyum banyak dipengaruhi oleh ikutan emosi dan cuba
menimbulkan isu perkauman.

Di sini KaptenDiam akan memilih dan mengulas petikan yang penting sahaja daripada kedua-dua pendapat
mereka. Anggaplah sahaja KaptenDiam tidak menyokong atau membela satu pihak daripada MFD atau MYF
atau PMY.

Si Senyum:
Dari mana u dapat maklumat ttg MFD (baik/buruk)? Adakah hal ini dari mulut orang Pekak sendiri atau
mata u sendiri. Adakah u pernah bekerja di MFD? Hebat hujah u punya sampai runtuhkan
MFD..............Macam u ini SUPERMAN dapat tahu semua informasi dari MFD???? Adakah u amat benci MFD?
Adakah u mahu bersaing dengan MFD? U dah tengok betul-betul apa tamak dan kelemahan jurubahasa dari
MFD?

KaptenDiam:
Kita tidak perlu bertanya dari manakah anda mendapat tahu mengenai keburukan pihak tertentu kerana
mengikut adat dunia, setiap perkara yang tidak baik lebih cepat sampai ke pengetahuan kita berbanding
dengan perkara yang baik.

MFD adalah peneraju nasional bagi perjuangan komuniti orang Pekak. Kedudukan MFD seperti ini tentu
menjadi tumpuan setiap rakyat Pekak yang mahukan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti. Apabila
MFD gagal berkhidmat dengan baik, ia akan menjadi buah mulut atau tajuk perbualan di warung kopi

42 
 
Coffee Bean, Taman KLCC, padang bolasepak sehingga dibawa ke parti harijadi kawan-kawan Pekak. Sudah
pasti ini akan menjejaskan nama baik MFD.

Ini adalah perkara biasa yang normal dan tidak boleh dihalang kerana ia sememangnya sudah tertakluk
pada hukum alam ini dan kehendak manusia sejagat yang dipandu oleh akal dan hawa nafsu.

Si Senyum:
Jika, begitu....bolehkah u jelaskan apa kelebihan PMY dan MYF?? Adakah mereka mempunyai komintmen
tinggi??? PMY tamakan wang yang dikutip oleh yuran penyertaan........PMY selalu suruh dan marahkan
orang PEkak. PMY ambil kuasa dari orang Pekak. Orang PEkak tidak berpeluang menunjukkan imej baik.
PMY ambil peluang untuk tunjukkan imej baik terhadap semua orang. Mahu menjaga nama terbaik dan
tertinggi.....

KaptenDiam:
Kita tidak perlu mempertikaikan kebaikan mana-mana pihak termasuk MFD dan PMY/MYF kerana mengikut
agama Islam, kita digalakkan menerima rezeki (kebaikan/faedah) serta bersyukur kepada Allah, Tuhan
yang maha mengasihi dan melimpahi setiap diri manusia dengan pelbagai kurniaan.

Kita menyedari PMY adalah kelab kecil di bawah YMCA, sebuah NGO yang terkenal di peringkat
antarabangsa tetapi ia juga setaraf dengan MFD dan persatuan OP negeri dari segi kekuatan dan keaktifan
program. PMY juga memiliki kekuatan sokongan ahli Pekak yang lebih banyak terutama daripada golongan
bukan Islam dari sekitar Lembah Kelang.

Oleh itu, SOKONGAN mereka menjadi penentu kepada IMEJ NGO Pekak. Apabila sokongan ahli bertambah
kuat, imej NGO Pekak semakin tinggi lagi. Tidak hairanlah PMY dan KLSD muncul sebagai NGO Pekak yang
terkuat kerana mereka menerima sokongan besar daripada majoriti orang Pekak.

Selain itu, kejayaan NGO Pekak seharusnya diukur dengan KUALITI OUTPUT. KaptenDiam melihat lebih
ramai orang Pekak menyokong MFD, KLSD dan PMY kerana mereka merasakan diri mereka telah menikmati
faedah-faedah (ini dikira output berkualiti baik) daripada program-program anjuran NGO Pekak tersebut
tanpa membeza-bezakan fahaman kepersatuanan.

Si Senyum:
PMY seratus betul semua betul dan salahkan MFD????? MFD disalahkan dengan pelbagai tuduhan. MFD sudah
banyak kali membantu orang PEkak di seluruh Malaysia termasuk PMY. tetapi orang Pekak atau PMY
merupakan seorang yang kacang lupa kulit walaupun mempunyai ijazah tinggi.

KaptenDiam:
Anda semua perlu belajar menerima hakikat bahawa setiap persatuan seperti MFD dan PMY tidak seberapa
sempurna 100%. Sebab itulah anda perlu membantu melaporkan sebarang kekurangan kepada persatuan
masing-masing dan bukan menyebarkan "bisikan negatif" daripada ahli Pekak kepada ahli Pekak yang lain.

Si Senyum:
Ingat siapa hantar orang Pekak belajar ke luar negeri????? Dari mana dia dapat kelulusan untuk belajar di
luar negeri??? Dari MFDlah.....Sudah lupa.....Kesian sudah tua...........

KaptenDiam:
Fakta ini mungkin tidak benar. Mengikut sejarah kita, MFD tidak pernah menghantar orang Pekak
melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana MFD bukanlah pihak penaja seperti MARA atau JPA. Dan MFD
juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan belajar di luar negara.

Walau bagaimanapun MFD juga pernah menghantar pemimpin Pekak menjalani kursus atau latihan di luar
negara seperti program JICA dan Kem Pemuda Pekak WFD. Sementara itu, PMY juga pernah menghantar
rombongan orang Pekak menyertai Program Sidang DeafWay II di Amerika Syarikat.

Ini adalah contoh KEBAIKAN OUTPUT daripada MFD dan PMY kepada komuniti kita. Harap Maklum.

43 
 
Si Senyum:
Saya melihat orang PEkak merupakan komuniti yang kecil dan unik tetapi terdapat dua buah kumpulan
yang bermusuhan kerana satu kumpulan sokong kaum Melayu dan satu lagi kumpulan sokongan kaum Cina.

KaptenDiam:
Ini tidak perlu dipanjangkan kerana ini membabitkan unsur perkauman serta tiada bukti wujudnya
permusuhan pada masa ini. Nasihat KaptenDiam, jangan menambah minyak ke dalam api hasutan.
Padamlah api terlebih dahulu sebelum ia menjadi musuh besar kepada perpaduan komuniti kita.

Si Senyum:
Yang banyak mengeluarkan gossip ialah dari oran PMY bukan MFD... Ingat jangan menuduh kepada MFD. U
sendiri sudah tua dan lupa.....Siapa tolong u tunjukkan imej baik dan ajar u seorang budak bijak dan juga
memberi u anugerah di seluruh Malaysia......Semua anjuran MFD di HOPA 2003...betul u dah lupa...u lupa
jasa MFD sebaliknya menuduh kesalahan MFD......MFD sukar payah mencari duit untuk menganjurkan
progarm HOPA demi komuniti PEkak tetapi u menuduh MFD tamak duit dan kuasa???? KEsian fikiran u dah
diracuni oleh gosip orang CIna betul ke...............?? U tak tahu membezakan mana yang betul dan mana
yang salah..........

KaptenDiam:
Si Senyum mungkin terlupa. Jika KaptenDiam tidak silap, Si Antz adalah ahli KLSD juga dan wajarlah beliau
menunaikan tanggungjawab keahliannya untuk mengetuk pintu pihak MFD supaya membuka mata seluas-
luasnya serta mendengar teguran dan kritikan beliau. Ini akan membantu MFD menyedari dan memperbaiki
kelemahannya supaya semua rakyat Pekak akan berpuashati dengan kualiti perkhidmatan MFD kelak.

KaptenDiam melihat Si Antz sebagai ahli Pekak yang berani dan bijak kerana beliau tidak menganggap
Anugerah HOPA yang diberikan oleh MFD kepadanya dahulu sebagai "rasuah" untuk menutup mulutnya
daripada berbincang terbuka tentang kelemahan MFD.

Wajarlah beliau menerima anugerah penghargaan kecemerlangan dengan hati yang ikhlas tetapi menolak
"rasuah" dengan hati yang keras demi kebaikan MFD dan komuniti kita.

Seperkara lagi, KaptenDiam tidak menemui ayat "MFD Tamak DUIT" dalam tulisan Si Antz. Oleh itu tuduhan
Si Senyum di atas boleh ditolak sekali. Namun begitu, "MFD tamak KUASA" yang disebut oleh Si Antz
mungkin ada kebenarannya dan dicadangkan dibahaskan ke ruang tajuk yang baru.

Si Senyum:
Sudahlah malas hendak bergaduh.............Setakat ini sahaja..........Tak usah hendak memperjuangkan
untuk orang Pekak jika perkara ini berterusan.......BERPERANG!!!!!! Ada peperangan negara tidak maju,
maka peperang di mulut orang Pekak, komuniti tidak bersatu...... hilang mutunya.....hilang maruah
diri..............Pergi lihat cermin dan lihat diri u sebenarnya.........U sendiri ada banyak kelemahan yang u
tidak tahu......

KaptenDiam:
Memang benarlah PERANG akan merugikan komuniti kita. Pernahkah anda fikir bagaimanakah kita
mencegah perang daripada meletus dalam komuniti kita? Sebenarnya ia boleh dicegah melalui pengawalan
KUALITI PERKHIDMATAN di NGO Pekak. Kualiti perkhidmatan yang buruk boleh mencipta perang manakala
yang berkualiti baik pula mencipta kesejahteraan.

Oleh itu KaptenDiam sarankan semua NGO Pekak termasuk MFD, KLSD dan PMY supaya membuat homework
dan bekerja lebih keras memperbaiki kelemahan pentadbiran persatuan masing-masing serta sentiasa
memastikan kualiti perkhidmatan hendaklah sampai ke peringkat standard yang mampu mencipta
kepuashatian antara ahli Pekak kita. Insyallah.

KAPTENDIAM -
ILMU ialah pemimpin kita. Ikutilah pemimpin kita.

posted by KaptenDiam @ 12:12 AM 31 Mei 2004

44 
 
KaptenDiam Menjawab Bicara Sazali
FORUM E-PEKAK Tajuk 097 Apakah fungsi MFD dan MYF apa bezanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada En Md Sazali Presiden MFD, Saudara penulis Si Antz dan
saudara-saudari. Dengan hati yang senang KaptenDiam menulis mesej yang agak panjang sebagai jawapan
kepada Ruang Bicara Sazali. Selamat membaca.

Sazali:
Baru-baru ini terdapatnya posting dari Antz yang menuduh MFD tamak serta sokongan dari KeptenDiam
yang mengajak peserta membincangkannya di topik yang baru. Saya tidak melatah akan perkara ini
kerana saya tidak mahu terjebak dengan isu yang remeh tetapi saya menjawab atas dasar sebagai
Presiden MFD. Jawapan saya ialah sebagai satu usaha untuk menyedari Antz, KeptenDiam dan semua yang
tidak mengetahui akan fungsi MFD walaupun mereka pernah bersama MFD.

KaptenDiam:
Alhamdulillahi. Ajakan KaptenDiam untuk membahaskan tajuk baru MFD TAMAK KUASA telah diterima oleh
Presiden MFD, En Md Sazali dengan hati yang terbuka. Sazali menjadi peserta yang pertama merasmikan
pembukaan perbincangan tajuk baru tersebut.

KaptenDiam ingin mengingatkan Sazali bahawa ajakan tadi bukan bertujuan untuk menggalakkan
seseorang memburuk-burukkan MFD tetapi mengajak anda menilaikan tuduhan tersebut adalah benar atau
salah melalui perbincangan terbuka secara ilmiah.

Mujurlah Sazali menyedari bahawa imej MFD telah tercemar oleh pelbagai tuduhan dan pandangan
sesetengah orang Pekak yang dikatakan semakin hilang kepercayaan terhadap kewibawaan MFD.

Oleh sebab itulah, Sazali terpaksa memikul tanggungjawab untuk mengutuskan jawapan sebagai usaha
terakhir untuk MENAFIKAN TUDUHAN seseorang tertentu.

Namun begitu, KaptenDiam kurang bersetuju dengan kenyataan Sazali bahawa beliau menjawab hanya
untuk menyedarkan KaptenDiam, Antz dan sesiapa pun yang dikatakannya tidak memahami fungsi MFD
sahaja.

Ini kerana KaptenDiam mendapati sebahagian besar pandangan mereka adalah berkisar pada KUALITI
RENDAH PERKHIDMATAN MFD sahaja sedangkan mereka telah menyatakan dengan jelasnya bahawa MFD
adalah payung (pelindung) yang sah bagi komuniti kita termasuk mereka sendiri.

KaptenDiam berpendapat bahawa Sazali sebagai Presiden MFD sepatutnya memberikan fokus yang penting
dan mengemukakan penjelasan yang khusus terhadap tuduhan seseorang sama ada menafikan atau
mengakui kebenaran tersebut.

Bagaimanapun ini terpulang kepada anda semua iaitu sekurang-kurangnya menerima jawapan Sazali atau
menolaknya sebaik-baiknya.

Sazali:
MFD ialah sebuah organisasi kebangsaan yang diwakili oleh 12 organisasi peringkat negeri iaitu persatuan
pekak negeri. Ahli Majlis MFD diberikan amanah dan kuasa untuk melaksanakan tugas bagai mencapai
matlamat MFD, Ahli Majlis tersebut ialah wakil yang dipilih oleh ahli Pekak menerusi Mesyuarat Agung di
negeri mereka. Perwakilan tersebutlah yang mencadangkan isu, projek atau program yang dibawa dari
persatuan negeri mereka untuk dibahas serta dilulus dalam mesyuarat. Sebarang projek yang diluluskan
adalah untuk tindakan bahagian pentadbiran MFD yang diketuai oleh saya sendiri.

KaptenDiam:
Penjelasan di atas adalah fakta yang berguna untuk tatapan dan pengetahuan komuniti kita. Ini kerana
KaptenDiam melihat kebanyakan orang Pekak hari ini kurang arif dalam perkembangan kegiatan

45 
 
berpersatuan dan kepimpinan organisasi.

Pada zaman sekolah dahulu, KaptenDiam melihat ramai pelajar Pekak terpengaruh dan percaya dengan
dakwah kawan-kawan mereka bahawa kononnya Sazali mengambil wang Persatuan untuk kemewahan
dirinya.

Ini adalah cerita dahulu dan satu contoh yang menunjukkan ramai orang Pekak kurang faham tentang
corak politik MFD khasnya dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan projek aktiviti yang melibatkan
bantuan kewangan pihak luar.

Kekadang ini boleh menimbulkan rasa was-was di kalangan orang Pekak terhadap keikhlasan pemimpin
MFD kerana ketiadaan bahan-bahan penerangan yang boleh dipercayai untuk menjawab kemusykilan selain
daripada laman forum E-Pekak.

Oleh yang demikian, KaptenDiam mencadangkan MFD mengeluarkan sebuah buku panduan mini yang
lengkap mengenai Perlembagaan MFD, Struktur Pentadbiran, Peraturan dan FAQ serta mengedarkan buku
ini kepada setiap ahli persatuan gabungan di bawah MFD.

Melalui buku ini, mereka akan memahami peraturan persatuan serta menjadi ahli yang bertanggungjawab
menjaga imej MFD dan persatuan masing-masing. Tambahan pula, mereka boleh mematahkan tuduhan
seseorang yang negatif kerana minda mereka telah lengkap dengan fakta-fakta mengenai kedudukan
persatuan masing-masing dalam buku tersebut.

Sepanjang pengetahuan KapteDiam, Sazali tidak mempunyai barisan penyokong kuat di depan atau di
belakangnya sehingga Sazali terpaksa turun ke sana sini untuk menyekat dakwah yang tidak benar
mengenai dirinya dan MFD. KaptenDiam yakin Sazali tetap tabah menghadapi kesukaran situasi tersebut.
Teruslah berjuang demi kesejahteraan komuniti kita.

Sazali:
Jawapan pertama saya mengenai BIM, pada mulanya projek ini telah diusahakan oleh KLSD sebelum
penubuhan MFD dan diserahkan kepada MFD sebagai organisasi kebangsaan untuk dikawalselia, dikembang
dan jaga identitinya. Untuk membentuk isyarat memang memerlukan ramai peserta dari seluruh negara,
MFD juga telah menjemput Ho Koon Wei menyertai Bengkel BIM di Sentul. BIM adalah khazanah kita dan
wajar bersama memikul tanggungjawab untuk mengembangkannya, semasa bengkel di Sentul MFD ada
menyerahkan tanggungjawab kepada Anne Laura Raymond untuk menwujudkan isyarat seks dan Syed
Osman bagi isyarat sukan.

Saya dapat tahu Anne setelah keluar dari Projek e-Pekak telah menyiapkan isyarat seks tersebut tetapi
tidak memaklum kepada MFD secara rasmi atau dihantar kepada MFD untuk dikaji dan dipersetujui.
Adalah menjadi peraturan jika dipersetujui oleh semua wakil MFD, isyarat seks tersebut boleh digunakan
dinegara kita tanpa menyentuh sentimen agama dan budaya. Adalah satu perkara yang menyedihkan bagi
komuniti kita jika ada pihak membelakangkan MFD, dan secara tidak langsung tidak menerima MFD
sebagai badan yang akan mengiktirafkan isyarat tersebut.

KaptenDiam:
Jika mengikut kedudukan MFD sebagai wakil Pekak nasional, sememangnya MFD melalui wakil orang Pekak
negeri berhak menerima dan mengiktirafkan isyarat BIM.

Tetapi apa yang menjadi persoalan ialah di manakah peraturan yang menyebut isyarat hendaklah disahkan
oleh wakil MFD? Adakah peraturan ini terpakai bagi NGO yang bukan ahli gabungan MFD seperti PMY YMCA?
Perlukah MFD menghantar surat bantahan kepada PMY YMCA?

KaptenDiam bukan menyokong MFD atau PMY tetapi mengajak anda berfikir bagaimanakah MFD boleh
menangani cabaran seumpama ini supaya ia tidak berulang pada masa depan.

Sazali:
Sepatutnya semua orang yang mencipta isyarat baru mencadangkan kepada MFD untuk dikaji dan di

46 
 
terima kedalam BIM supaya diseragamkan penggunaannya. Apakah terlalu sukar untuk menghantar kepada
MFD? Janganlah memperkecilkan panel MFD yang datang dari seluruh negara, mereka ada komitmen dan
kita wajar memberikan galakan.

KaptenDiam:
Tentulah tidak adil jika KaptenDiam mengulas satu pandangan daripada satu pihak sahaja seperti MFD.
Eloklah kita tunggu maklum balas daripada pihak PMY YMCA berhubungan dengan perkara di atas. Mungkin
mereka mempunyai alasan tertentu untuk menerbitkan buku bahasa isyarat seks tanpa merujuk kepada
MFD.

Sazali:
Kedua, saya ingin membetulkan berkenaan isu juru bahasa isyarat, harap semua akan membuka mata dan
memahaminya. Memang Lucy mempunyai sijil, juga termasuk Rose, Lee Bee dan Tan Yap yang sebagai
orang PERTAMA diiktiraf sebagai jurubahasa isyarat kerana menjadi ahli RID USA. Persoalannya apakah
sijil mereka diiktiraf oleh kerajaan Malaysia? Siapakah panel yang akan iktiraf kemahiran pemegang sijil
tersebut lagipun pegawai kerajaan termasuk guru tak tahu berisyarat.

KaptenDiam:
Tahniah kepada Rose, Lee Bee dan Tan Yap sebagai golongan rakyat Malaysia yang pertama menjadi ahli
RID US. Dicadangkan supaya kejayaan mereka dibukukan dalam buku Sejarah Komuniti Warga Pekak
Malaysia kelak.

Sazali:
Kita wajar sedar sekira seorang itu lulus dan mempunyai sijil dari negara luar iaitu Tamil Nadu
sebagainya, namun perlu melalui proses mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia.

Oleh itu, orang yang layak untuk mentauliahkan kemahiran juru bahasa isyarat negara kita ialah KITA
sendiri. Ini adalah kita pengguna BIM dan kita mempunyai kepakaran untuk menilaikan kemahiran
seseorang itu. Saya telah berjumpa dengan Nobuyuki Kurosaki dari Unit Juru Bahasa Isyarat Jepun dan
ada memaklumkan kepada saya cara pengiktirafan seseorang juru bahasa isyarat, Jepun tidak bergantung
kepada sijil luar kerana orang Pekak dalam Jepun adalah pakar dan memandai. Apakah kita sedia untuk
menjadi panel yang akan mengiktirafkan kemahiran juru bahasa isyarat sebelum disahkan ke jawatan dan
diberi gaji oleh Kerajaan?

Saya masih ingat, sekembalinya Lucy dari Canada, saya menawarkan dia bekerja dengan KLSD bagi
mengembangkan perkhidmatan juru bahasa isyarat atas dasar KLSD sebagai NGO dan dalam proses
penubuhan MFD. Lucy memberitahu saya bahawa saya perlu membayar ganti rugi RM 30,000 kepada YMCA
yang menajanya belajar di Canada jika bekerja dengan KLSD. Saya menyambut tawaran tersebut tetapi
beliau menolak. Itu bukan rezeki KLSD.

Apabila Lucy gagal mengembangkan perkhidmatan juru bahasa, saya telah mengambil Zuraidah bekerja
dengan MFD dan beliau telah berjaya menambahkan bilangan juru bahasa isyarat baru. Usaha ini wajar
berikan galakan dan dimotivasikan untuk menambah lagi juru bahasa untuk kita.
Sememangnya MFD telah menemui ITNM menerusi MKMPMM, namun MFD merasakan pelatih juru bahasa
kita adalah belum sedia untuk kursus peringkat tinggi dan berkaitan dengan beberapa isu. Sebab itu ITNM
memahami dan menangguhkan kerjasama tersebut sehingga pihak Pusat Y menghubungi ITNM. MFD tidak
menghalang sesiapa sahaja untuk menwujudkan perkhidmatan juru bahasa isyarat tetapi kita perlu satu
badan yang mempunyai kuasa untuk mentauliahkan juru bahasa isyarat. Sesiapa sahaja boleh menjadi
panel dalam MFD termasuk Antz dan KeptenDiam jika mempunya kelayakan.

KaptenDiam:
Diharapkan saudara/saudari pembaca memahami jawapan di atas. Isu jurubahasa isyarat dan ITNM adalah
masalah dalaman MFD. Menurut laporan berita E-Pekak, MFD telah menerima bantuan kewangan daripada
syarikat RedTone untuk melatih jurubahasa isyarat kita. Ini adalah langkah yang baik untuk
mempromosikan jurubahasa isyarat sebagai kerjaya yang menarik di kalangan masyarakat umum.

KaptenDiam berharap MFD perlu menyegerakan tindakan yang terpenting untuk mewujudkan badan

47 
 
pengiktirafan jurubahasa isyarat kerana komuniti kita berada dalam persekitaran pembangunan negara
yang terlalu pantas. Sebab itu, MFD perlu menangani cabaran tersebut dan mencari penyelesaian secepat
mungkin pada masa yang sama komuniti kita sedang membesar dari semasa ke semasa.

Sazali:
Semua orang tidak tahu apa yang MFD lakukan dalam Bengkel Juru Bahasa Isyarat, sepatutnya mereka
menyoal terlebih dahulu kandungan bengkel tersebut. Zuraidah ialah hanya juru bahasa isyarat dan hanya
bertukar pengalaman dalam kursus tersebut termasuk menjemput Lucy. Dalam bengkel tersebut lebih
menumpukan kepada kemahiran BIM dan cara memperbaiki kelemahan dalah perkhidmatan. Peserta
membayar untuk hadir ke bengkel dan mereka juga dinilai oleh panel yang terdiri daripada ex-JICA. MFD
telah berjaya mendapatkan kelemahan para pelatih dan telah membentuk satu prototaip modul mengikut
acuan Malaysia. Perancangan akhir ialah menjalinkan kerjasama dengan organisasi luar negara.

KaptenDiam:
KaptenDiam melihat Bengkel Jurubahasa Isyarat anjuran MFD belum mantap lagi memandangkan ia sedang
dalam peringkat ekperimen dan prototaip untuk menghasilkan kaedah yang terbaik ke arah membentuk
jurubahasa isyarat yang bertauliah.

Walaupun bengkel itu telah melahirkan sebilangan kecil jurubahasa isyarat yang mahir, KaptenDiam yakin
bengkel tersebut akan menghasilkan output yang baik iaitu pembentukan modul kurikulum latihan yang
berkesan dan sistematik. KaptenDiam mencadangkan supaya modul ini akan menjadi asas penting untuk
menubuhkan Kursus Sijil Jurubahasa Isyarat.

Dengan ini lebih ramai orang akan melanjutkan pengajian dalam kursus tersebut sebelum dianugerahkan
Sijil Jurubahasa Isyarat yang bertauliah dan mungkin diserapkan ke jawatan yang tetap dalam
perkhidmatan Kerajaan jika ada.

Sazali:
Kenyataan yang Zuraidah memegang banyak jawatan selain daripada juru bahasa isyarat sehingga menjadi
kelam kabut adalah tidak benar. Zuraidah ialah pembantu khas kepada saya dan sebagai juru bahasa
isyarat untuk semua. Dia tidak boleh membuat keputusan atau melebihi kuasa saya, Ahli Majlis MFD atau
orang Pekak. Sebab itu dia tidak ada dalam alam glamor iaitu terpampang dalam dada akhbar. Dia faham
akan tugasnya. Kadang-kadang ada orang keliru juga fungsi Lucy sebagai juru bahasa isyarat atau Excutive
Program.

KaptenDiam:
Sebenarnya tidak banyak perbezaan jawatan antara Zuraidah dan Lucy kerana mereka bukan sahaja
seorang jurubahasa isyarat tetapi juga berkidmat kepada NGO masing-masing seperti Zuraidah sebagai staf
MFD iaitu Pembantu Khas kepada Presiden MFD dan Lucy pun staf PMY YMCA. Oleh itu, kita tidak perlu
mempertikaikan perkhidmatan mereka kepada komuniti kita.

Sazali:
Mengenai UBP, MFD peka akan perlunya ahli yang kukuh kerana kekuatan mereka akan menguatkan MFD.
Oleh itu, MFD melaksanakan projek e-pekak, Program Pembangunan Insan melalui penubuhan UBP,
Program Pembangunan Islam serta membelanjakan wang ringgit untuk ahli gabungan. MFD tidak membuat
program tersebut di satu negeri sahaja tetapi mengeluarkan tawaran kepada ahli gabungan untuk
menjadi tuan rumah; MFD memperuntukkan wang kepada mereka serta mensyaratkan supaya pegawai
kerajaan negeri hadir. Melalui cara ini dapat mempromosikan persatuan negeri yang menjadi host dan
pada akhirnya kerajaan negeri akan kenal dan memberikan bantuan.

Untuk UBP juga MFD melaburkan wang ringgit dengan mengambil Christina bekerja separuh masa.
Christina telah berjaya melaksanakan banyak program untuk UBP dan sila baca berita e-Pekak. Melalui
Christina berjaya membentuk bakal pemimpin pelapis dan menanam minat untuk menerajui persatuan
pada masa akan datang. Tuduhan Christina sebagai boneka adalah tepat sebab MFD bayar dia bekerja dan
wajar mengikut arahan majikan, Christina telah melaksanakan program yang terkandung dalam UBP.

KaptenDiam:

48 
 
Benarkah Sazali menyatakan tuduhan Christina sebagai boneka adalah TEPAT seperti yang ditulis di atas?
Sazali mungkin terlupa meletakkan frasa TIDAK TEPAT dalam ayat di atas. Sila membetulkan tulisan Bicara
tersebut.

Sebenarnya tulisan Si Antz tidak ada menyebut Christina sebagai boneka. Beliau hanya menulis iaitu UBP
MALAYSIA SEBAGAI BONEKA. Bagaimanakah Sazali boleh mengaitkannya dengan nama Christina? Adakah
kita menyangka UBP itu Christina sahaja? KaptenDiam berharap isu ini tidak melaga-lagakan Si Antz dengan
Cik Christina.

Bagaimanapun kita tetap berterima kasih kepada Cik Christina kerana sanggup membantu membangunkan
para belia Pekak kita walaupun kebanyakan orang Pekak kurang berpuashati dengan UBP seperti dalam isu-
isu UBP dalam Forum E-Pekak yang dahulu.

Dan juga terima kasih kepada Si Antz kerana menyuarakan ketidakpuashatian dan kepada Sazali kerana
mengambil berat terhadap mesej ketidakpuashatian daripada ahli-ahli UBP.

Pada masa yang sama, UBP perlu lebih aktif mempromosikan nama UBP di kalangan remaja dan belia
Pekak seperti menerbitkan dan mengedarkan Buletin UBP 4 kali setahun kepada ahli-ahli Pekak di semua
Persatuan Negeri untuk melaporkan aktiviti sepanjang tahun ini. Ini dapat mengurangkan tohmahan
mereka yang menyangka UBP sedang tidur atau bagaikan boneka sahaja.

Sazali:
Saya amat sedih apabila KeptenDiam mempertikaikan Anugerah HOPA, untuk makluman Anugerah
tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Ahli Majlis pada tahun 1999 sebagai penghargaan dan
pengiktirafan kepada sesiapa sahaja yang berjaya menaikkan nama komuniti orang Pekak. Sebelum ini
tiada organisasi atau agensi yang berbuat demikian. MFD berjaya memulakan pemberian Anugerah pada
Sambutan HOPA di Hotel Cititel. Hadiah wang tunai kepada pelajar Pekak terbaik adalah sumbangan
ikhlas individu termasuk dari budak kecil. KeptenDiam dan Antz juga penerima Anugerah tersebut
(melalui apa yang KeptenDiam nyatakan dalam postingnya), tetapi KeptenDiam anggap sebagai RASUAH.
Inikah tahap mentaliti orang yang berpendidikan tinggi? Inikah mengambarkan orang Pekak tidak tahu
berterima kasih?

KaptenDiam:
Dengan dukacitanya, KaptenDiam ingin menyatakan bahawa Sazali sebenarnya telah salah faham terhadap
tulisan KaptenDiam yang menyentuh Anugerah HOPA. Ini tidak akan menjadi masalah kerana Sazali pernah
kerap salah faham dengan KaptenDiam dalam perkhidmatan MFD dahulu. Pada kesudahannya Sazali akan
memahaminya seperti biasa apabila KaptenDiam menjelaskannya sejelas-jelasnya.

Tulisan KaptenDiam sebenarnya tidak pernah menyebut bahawa KaptenDiam menganggap anugerah itu
sebagai RASUAH. Sebenarnya KaptenDiam memberitahu bahawa Si Antz adalah seorang yang berani kerana
beliau tidak menjadikan Anugerah HOPA sebagai RASUAH (atau halangan) supaya diam saja (contohnya
tidak mendedahkan keburukan pihak tertentu).

Pendek kata, jika KaptenDiam telah menerima Anugerah daripada Pihak XYZ, pada satu hari Pihak XYZ
melakukan kesilapan yang mungkin menjejaskan nama XYZ. Apa jawapannya? Sudah pasti KaptenDiam
tidak menjadikan Anugerah itu sebagai halangan kepada diri KaptenDiam untuk memberikan
nasihat/kritikan membina dan membetulkan keadaan pihak tersebut.

Adakah Sazali faham akan maksud mesej ini? Jawapan ini adalah untuk Si Senyum sahaja. Di situ
KaptenDiam hanya mempersoalkan cara Si Senyum yang jelas mengugut seseorang dengan menggunakan
isu Anugerah HOPA sahaja. Dan juga KaptenDiam tidak mempersoalkan Anugerah HOPA.

Apakah pengajaran daripada ini? Kita perlu memberanikan diri untuk berdepan dengan seseorang
contohnya menegur pihak yang melakukan kesilapan walaupun pihak itu pernah menganugerahkan
pengiktirafan kepada kita.

49 
 
KaptenDiam mencadangkan supaya Sazali menarik balik kenyataan ini daripada ruang Bicara ini dan
meminta maaf secara terbuka. Sekiranya hati tidak berasa ikhlas, simpan saja hasrat mohon maaf. Harap
maklum.

Sazali:
Sebagai organisasi kebangsaan, MFD wajar memikul tanggungjawab untuk mengawal, memantau kegiatan
aktiviti untuk orang Pekak dan masyarakat di Malaysia, ini adalah bertujuan untuk mengelakkan informasi
yang salah mengenai komuniti kita. Jika tidak dikawal akan merosakkan nama baik orang Pekak,
menjejaskan perpaduan dan juga MFD serta ahli gabungannya. i

Oleh itu, Antz menuduh MFD sebagai tamak kerana membolot projek, program atau isu adalah silap.

KaptenDiam:
Pada penutupan, penjelasan Sazali di atas diharapkan akan meredakan lagi keadaan ruang forum kita. Kita
berterima kasih kepada Sazali selaku Presiden Sazali kerana meluangkan masa untuk menurunkan kata-
kata yang bermotivasi dalam ruang Bicara Sazali.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa semua akan berakhir begitu sahaja kerana setiap hari
kita akan berdepan dengan isu-isu baru. Diharapkan MFD lebih prihatin dan peka terhadap kebajikan
komuniti kita dan membantu persatuan-persatuan negeri yang kurang mantap seperti yang disebut oleh
para penulis forum kita dahulu.

Salam keamanan dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yg DiPertuan Agong.

KAPTENDIAM -
Kuasa Pangkat dan Anugerah HOPA tidak akan dibawa ke syurga kecuali amalan kebaikan.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 5 Jun 2004


 
Pelajar UTM bakal terima Anugerah Inovasi?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 110 - Forum Epekak V2 baru

Assalamualaikum kepada saudara-saudari pembaca yang dihormati,

Pada hari Jumaat yang mulia ini, KaptenDiam ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Saudara Syukri
yang telah bertungkus-lumus menyudahkan kerja menaiktarafkan (upgrading) Forum E-Pekak yang
berwajah baru.

KaptenDiam mencadangkan bahawa MFD seharusnya mencalonkan nama Syukri sebagai calon penerima
Anugerah Inovasi HOPA Peringkat Kebangsaan pada tahun ini kerana hasil kerja beliau (laman web Forum
E-Pekak) telah membawa faedah yang besar kepada pembangunan pemikiran komuniti kita melalui
teknologi web.

Sekiranya beliau telah ditakdirkan untuk menerimanya, KaptenDiam akan menganggap bahawa hal ini
bukan sahaja merupakan kejayaan mahasiswa Pekak dari IPTA yang ternyata lebih cemerlang tetapi juga ia
adalah KEJAYAAN KEBANGKITAN KESEDARAN rakyat Pekak yang mengingini perubahan baru demi kebaikan
komuniti kita.

Nama Syukri telah menjadi terkenal di kalangan komuniti kita kerana Forum E-Pekak ciptaan beliau secara
tidak sengaja telah mencipta ribut besar yang luar biasa sehingga berjaya mengubahkan corak pemikiran
komuniti orang Pekak.

Ini menyebabkan para pihak Persatuan dan pemimpin Pekak terpaksa menggigit jari dan bertambah pening
dengan pelbagai kerenah penulis forum yang semakin berani dari semasa ke semasa.

50 
 
Ini jelas terbukti apabila pihak MFD terpaksa bertindak untuk mengadakan peraturan yang baru iaitu
mewajibkan kita berdaftar menjadi ahli forum yang sah sebelum dibenarkan menghantar mesej ke laman
forum ini. Ini kerana pihak MFD dilaporkan semakin bimbang dengan kelakuan kebanyakan penulis yang
lebih gemar memburuk-burukkan pemimpin Pekak tertentu.

Menurut rakan-rakan KaptenDiam, peraturan ini jelas menunjukkan MFD sebagai pihak pengecut yang cuba
menutup kelemahan mereka dan tidak mahu sebarang mesej yang negatif merayau-rayau lagi di ruang
laman forum ini.

Bagaimanapun KaptenDiam menasihati anda semua supaya menghormati peraturan dan etika berforum
kerana MFD sememangnya berhak untuk menolak mesej penulis yang difikirkan amat berbahaya kepada
MFD dan perpaduan komuniti orang Pekak.

Pernahkah anda tertanya-tanya adakah anda berasa selamat untuk menghantar mesej selepas berdaftar
menjadi ahli forum dengan menggunakan maklumat yang palsu contohnya nama dan alamat e-mel yang
palsu?

Jawapannya ialah TIDAK! Ini kerana selepas berdaftar, anda tidak menyedari yang alamat IP akan
direkodkan secara automatik bersama dengan maklumat pendaftaran tadi dalam sistem pangkalan data
forum ini.

Apa itu alamat IP? Alamat IP ialah alamat protokol Internet (IP Address) yang menunjukkan kedudukan
komputer anda. Sebagai contoh, alamat rumah Ali ialah No 77 Kg Baru, Kuala Lumpur manakala alamat IP
komputer Ali ialah 192.221.111.145.

Alamat IP hanya mengandungi siri angka sahaja dan tidak mengandungi maklumat diri lengkap seperti
nama penuh atau alamat rumah. Anda boleh memeriksa alamat IP pada komputer anda sendiri dengan
menaip WINIPCFG dalam kotak RUN dari menu START (untuk pengguna Win 98 sahaja).

Alamat IP amat penting terutamanya dalam sistem keselamatan dan pembasmian jenayah. Pihak FBI
menggunakan alamat IP untuk menjejaki dan memburu penceroboh (hacker) dan pencipta virus komputer.

Secara teori, anda boleh menjadi ahli Forum dengan membuat tiga akaun keahlian yang palsu seperti
AliPekak, BadangPekak dan SupermanPekak. Tetapi ia merekodkan SATU alamat IP sahaja kerana anda
sedang menggunakan komputer yang sama ketika membuat pendaftaran 3 akaun tadi.

Contoh seperti di bawah:

Ali bin Haji Ahmad ada 3 akaun keahlian Forum E-Pekak


1. AliPekak IP : 192.221.111.145
2. BadangPekak IP : 192.221.111.145
3. SupermanPekak IP : 192.221.111.145

Jadi, BadangPekak dan SupermanPekak ialah AliPekak kerana menggunakan alamat IP yang sama.

Cara ini mungkin boleh membantu pihak penjaga Forum mengenalpasti identiti anda tetapi tidak akan
mengesan nama penuh anda yang sebenar kecuali meminta bantuan pihak polis.

Itu sahaja yang KaptenDiam maklumkan untuk pengetahuan anda sahaja. Ini terpulang pada anda sama ada
mahu turun ke laman forum ini dengan tujuan yang baik atau tidak.

KaptenDiam yakin anda masih berpegang teguh kepada prinsip terkenal iaitu BERANI KERANA BENAR,
TAKUT KERANA TAK BENAR. Sebab itulah, KaptenDiam menyeru anda supaya bangkit dan menyerbu laman
Forum ini dengan menjadi ahli yang berdaftar.

Datanglah beramai-ramai sertailah peperangan minda asalkan ia tidak mengancam perpaduan dan
keharmonian komuniti kita.

51 
 
Jikalau anda berani, sila kemukakan idea, komen, cadangan, nasihat, teguran dan kritikan membina untuk
memastikan pihak MFD dan persatuan OP negeri dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan
berkualiti.

Jika anda tidak berani (bukan kerana bersalah), sila hantar e-mel anda kepada kaptendiam@yahoo.com.
Gunakanlah nama samaran supaya KaptenDiam tidak akan tahu akan identiti anda. KaptenDiam akan
membaca mesej anda dan menyiarkannya semula bersama ulasan KaptenDiam ke laman Forum E-Pekak.

Salam Sejahtera dan Selamat Berforum.

KAPTENDIAM -
tidak mengharapkan pujian orang kerana ia bagaikan gula yang manis tetapi boleh merosakkan gigi
(semangat kita).

posted by KaptenDiam @ 12:00 PM 11 Jun 2004

Presiden MFD - Kuasa Siapa?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

Yang dihormati En Aqlam Jafri selaku Presiden KLSD, En Md Sazali Shaari (Penasihat KLSD & Presiden MFD),
ahli-ahli EXCO KLSD, Presiden-presiden Persatuan Pekak Negeri, barisan penulis Forum khasnya Yop
Penang, Si Antz, Kepala Senget, Mr Virus dan para pembaca setia Forum E-Pekak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara dan saudari yang dihormati,

Pertama sekali, KaptenDiam ingin mengucapkan TAHNIAH kepada ahli-ahli EXCO KLSD yang telah diberikan
kepercayaan oleh ahli-ahli KLSD dalam AGM KLSD baru-baru ini untuk menerajui kepimpinan KLSD,
persatuan OP yang paling berjaya zaman ini. KaptenDiam difahamkan bahawa nama KaptenDiam turut
terlibat dalam perbahasan antara ahli KLSD dan pihak EXCO KLSD sehingga hampir menjejaskan imej KLSD
seperti yang diberitahukan oleh bekas Setiausaha KLSD kepada KaptenDiam dahulu. Ini menggambarkan
tahap pemikiran ahli-ahli KLSD yang semakin bijak dan menyedari tanggungjawab dalam memastikan pihak
KLSD dapat menjalankan amanah sebaik-baiknya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli
tersebut.

KaptenDiam berterima kasih kepada tulisan MR Virus dalam isu yang bertajuk, APAKAH FUNGSI MFD dan
MYF? APA BEZANYA? kerana tulisan beliau seperti seekor virus yang meresapi saluran darah dalam tubuh
kita sehingga mengeluarkan isyarat gangguan kepada kotak pemikiran KaptenDiam seolah-olah beliau
meminta KaptenDiam supaya menurunkan tulisan mengenai isu yang agak menarik minggu ini, iaitu
bertajuk PRESIDEN MFD - KUASA SIAPA?.

Dan KaptenDiam bersyukur kepada Allah Maha Berkuasa yang mencipta virus yang lebih kecil daripada
rambut kita tetapi mampu membawa kebaikan dan kecelakaan kepada umat manusia. Allahu Akbar..
Alhamdulillahi..

Tulisan Mr Virus menyatakan bahawa En Md Sazali Shaari telah diberi kepercayaan dan dipilih secara
demokrasi oleh wakil persatuan negeri untuk menjawat Presiden MFD. Pada awalnya, KaptenDiam
bersetuju dengan tulisan tersebut berdasarkan prinsip kepimpinan MFD sebagai pengamal demokrasi.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Bagaimanapun, KaptenDiam menerima reaksi yang berbeza daripada kebanyakan ahli KLSD yang
mempersoalkan kedudukan En Md Sazali Shaari dalam jawatan Presiden MFD. Ada yang menuduh beliau
bukanlah Presiden MFD yang sah. Ada yang mengatakan beliau adalah Diktator Pekak yang tamakkan

52 
 
kekuasaan. Ada tuduhan yang mempertikaikan jawatan beliau yang menjawat Presiden dan Pengarah
Eksekutif yang makan gaji dalam satu persatuan yang sama.

Ini sungguh memeningkan KaptenDiam kerana hampir setiap hari pelbagai tuduhan liar yang sengaja
dicipta sama ada di dalam Forum E-Pekak mahupun di luar Forum menyerang peribadi Md Sazali, pemimpin
MFD yang pernah diberikan Anugerah Tokoh OKU Kebangsaan. Beliau mungkin mencipta rekod sebagai
pemimpin Pekak yang menerima tuduhan yang terbanyak di Malaysia. Adakah semua ini bertujuan untuk
memalukan nama beliau atau menegakkan keadilan hak komuniti kita? Hanya anda sahaja yang
mengetahui jawapan tersebut.

KaptenDiam tiada halangan untuk menerima permintaan daripada mereka (ahli KLSD) supaya terus menulis
di sini dan memperbincangkan isu ini walaupun KaptenDiam bukanlah seorang pakar penyiasat berlesen
yang dihantar oleh FBI atau mana-mana pihak tertentu. KaptenDiam berharap semoga tulisan ini tidak
akan membuatkan pemimpin MFD dan KLSD melenting kelak. Ini hanya tulisan pemerhati untuk
memeriahkan lagi suasana Forum kita dan menyuburkan minda kita dalam perbincangan dan kajian ilmiah
semata-mata.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Seperti yang telah kita ketahui, Presiden MFD dicalonkan dan diundi oleh wakil daripada setiap persatuan
orang Pekak negeri dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan MFD atau dikenali sebagai AGM MFD yang
diadakan setiap dua tahun. Persatuan orang Pekak Negeri ini dikenali sebagai Ahli Gabungan MFD. Ahli-ahli
Gabungan ini mempunyai hak untuk bersuara dan memberi undi dalam proses pemilihan AHLI MAJLIS MFD.

AHLI MAJLIS MFD ialah barisan jawatankuasa yang mengetuai dan memimpin persatuan MFD. Ahli Majlis
MFD mengandungi 9 jawatan iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan 5 orang
Ahli JK Biasa serta juga dianggotai oleh seorang Wakil Tetap dari setiap Ahli Gabungan (persatuan negeri).
---------------------------------------------------
Presiden MFD mestilah seorang pekak, mahir dalam bahasa isyarat kebangsaan, mampu
menggunakan isyarat antarabangsa dan menjadi jawatankuasa eksekutif dalam persatuan negeri
yang diwakilnya.

Artikel 7 Ahli Majlis (No 7.3),


Perlembagaan (Peraturan) MFD
---------------------------------------------------
Peraturan di atas menguatkan hujah kebanyakan ahli KLSD yang menuduh bahawa Md Sazali tidak layak
menjawat Presiden MFD kerana beliau tidak ada menjawat sebarang jawatan dalam EXCO KLSD, iaitu
merupakan jawatankuasa eksekutif persatuan seperti dalam Perlembagaan MFD. Sebenarnya Md Sazali
seorang PENASIHAT KLSD, iaitu jawatan ini TIDAK TERLIBAT dalam barisan jawatankuasa eksekutif,
misalnya EXCO KLSD.

KaptenDiam bertambah pening lagi kerana pihak yang bertanggungjawab mengabaikan (tidak peduli)
Perlembagaan MFD dan mencalonkan nama Md Sazali Shaari dalam jawatan calon Presiden MFD sebelum
dibawa ke AGM MFD ialah KLSD. Pada persoalannya, bagaimanakah KLSD boleh berbuat demikian yang
menyalahi perlembagaan tersebut? Adakah KLSD tidak memahami perlembagaan tersebut atau menghadapi
ketandusan pemimpin Pekak yang berkaliber? Adakah ini menjadi penyebab utama yang menyebabkan
kebanyakan ahli KLSD semakin kehilangan kepercayaan terhadap kewibawaan KLSD?

Secara teorinya, sudah pasti Md Sazali akan menjawab dengan mudahnya bahawa pihak KLSDlah yang
bertanggungjawab menyerahkan jawatan tersebut kepada beliau. Ini terbukti daripada tulisannya dalam
Bicara Sazali yang menuding kepada pihak MSFD yang bertanggungjawab menyerahkan jawatan Setiausaha
APDSC kepada beliau dahulu.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Menurut pendapat kebanyakan ahli KLSD, pihak EXCO KLSD adalah PAK TURUT kepada Md Sazali sesuai
dengan gelaran K-L-S-D = Kami Lebih Suka Diam & Dengar. Mereka juga hairan bagaimana EXCO KLSD

53 
 
terlalu mudah diperkuda-kudakan untuk memenuhi kepentingan diri individu tertentu kerana kebanyakan
ahli EXCO KLSD adalah terdiri daripada golongan Pekak yang berpendidikan tinggi. Mereka juga mendakwa
Md Sazali tamak kuasa dan suka mengambil kesempatan daripada kemunduran pemikiran EXCO KLSD untuk
mendapatkan jawatan Presiden MFD dengan cara yang mudah sekali.

Walau bagaimanapun, KaptenDiam kurang bersetuju dengan tuduhan mereka kerana perbuatan mereka
hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan nama pemimpin Pekak sahaja. Namun demikian, KaptenDiam
melihat isu ini sebagai serius pada dasarnya kerana ia melibatkan MARUAH KLSD dan KELUHURAN
PERLEMBAGAAN MFD.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Sebab itulah, KaptenDiam ingin menyeru kepada anda dan ahli-ahli KLSD supaya mengambil perhatian yang
penting kepada beberapa perkara yang berikut:-

1. Adakah wajar jika KLSD menyerahkan hak istimewa kepada Penasihat KLSD, Md Sazali supaya menjadi
KEBAL daripada Perlembagaan MFD, contohnya kita membenarkan Penasihat Persatuan (Bukan EXCO
Persatuan) boleh menjadi calon Presiden MFD?

2. Di manakah kehormatan KLSD terhadap Perlembagaan MFD? Adakah kedudukan Md Sazali lebih tinggi
daripada Perlembagaan MFD? Ini berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang lebih tinggi
daripada kuasa Perdana Menteri dan Sultan-sultan.

3. Mengapakah ahli-ahli KLSD mesti bersusah payah berkempen dan bertanding untuk memenangi jawatan
EXCO KLSD masing-masing tetapi dengan mudahnya mereka membuka pintu belakang dan menjemput
Penasihat KLSD mempergunakan nama KLSD untuk bertanding dalam AGM MFD tanpa perlu bertanding
dalam AGM KLSD? Ini berbeza daripada kisah Dato Seri Abdullah (Pak Lah) dan Dato Seri Najib yang
terpaksa turun bertanding dalam Pemilihan UMNO dan Pilihanraya Umum dalam pelbagai jawatan sebelum
mereka menjadi Perdana Menteri dan Timbalan PM.

4. Sanggupkah EXCO KLSD mengorbankan maruah dan harga diri sebagai Ahli Gabungan MFD untuk
melanggar Perlembagaan MFD hanya kerana mereka percaya pada takdir bahawa mereka tidak boleh
menjawat Presiden MFD buat selama-lamanya? EXCO KLSD sepatutnya merenung contoh kepimpinan En Lim
Heng Tuck sebagai Presiden MSFD dan KDA yang paling berjaya memimpin pembangunan sukan OP
walaupun dia hanya lepasan vokasional dari FSD, iaitu kelulusan pendidikan yang lebih rendah daripada
kehebatan pemimpin-pemimpin Pekak dalam EXCO KLSD.

5. EXCO KLSD juga perlu mencontohi keberanian dan ketegasan Presiden MSFD, En Lim Heng Tuck yang
mengambil keputusan untuk tidak mencalonkan nama Md Sazali yang juga Penasihat MSFD ke jawatan
Setiausaha APDSC (Gabungan Sukan OP Asia Pasifik) kerana Md Sazali tidak menduduki tempat EXCO MSFD.
Contoh kewibawaan beliau sebagai pemimpin Pekak berbangsa Cina yang menghormati dan
mempertahankan Perlembagaan MSFD perlu diikuti oleh semua pemimpin Pekak.

Saudara dan saudari yang dihormati,


---------------------------------------------------
Orang Pekak sekarang sudah pandai untuk menilai dan banyak perkara akan berlaku. Saya juga
sedar saya tidak akan selama-lamanya menjadi pemimpin. Pemimpin sekarang perlu berani dan
bukannya dipergunakan oleh orang. Saya sudah beritahu banyak kali. Jangan membuat langkah yang
silap kerana akan memakan diri.
Bicara Sazali: Penerangan Isu APDSC/APFQR 2004
---------------------------------------------------
Kenyataan di atas menunjukkan kejujuran Sazali yang sebenarnya amat mengharapkan seorang pemimpin
Pekak yang berani dan mampu menggantikan tempatnya dalam jawatan Presiden MFD. Ujaran PEMIMPIN
SEKARANG PERLU BERANI di mulut beliau jelas ditujukan kepada semua persatuan termasuk pemimpin
KLSD. EXCO KLSD perlu lebih berani seperti harimau muda yang bangkit daripada kegelapan dan menyahut
seruan beliau supaya mencalonkan nama pemimpin yang layak daripada kalangan EXCO KLSD untuk
merebut jawatan Presiden MFD mengikut Perlembagaan MFD.

54 
 
Daripada pengalaman KaptenDiam, pemimpin EXCO KLSD sesi sekarang yang layak dicalonkan bagi jawatan
Presiden MFD ialah Saudara Aqlam Jafri dan Saudara Syed Osman. Kedua-dua pemimpin ini telah
memenuhi syarat jawatan Presiden MFD dalam Perlembagaan MFD dan pernah menerima bimbingan
daripada Gurunya, Md Sazali Shaari bertahun-tahun dalam selok-belok pembangunan program-program
persatuan.

Saudara dan saudari yang dihormati,

KaptenDiam mengenali diri Saudara Aqlam Jafri sebagai pemimpin yang mempunyai imej yang bersih,
bebas daripada sebarang skandal, rajin beribadat dan kuat bekerja untuk komuniti KLSD. Saudara Syed
Osman pun dikenali sebagai pemimpin yang merendah diri, mahir berdiplomasi dan pakar penyelesaian
konflik komuniti kita yang disenangi oleh kebanyakan orang Pekak. Ini hanya pandangan peribadi
KaptenDiam sahaja.

Walaupun terdapat pendapat sesetengah ahli KLSD bahawa mereka masih belum menandingi kebolehan Md
Sazali, Presiden MFD sekarang, tetapi KaptenDiam percaya bahawa mereka sudah bersedia pada kemuncak
yang maksimum untuk menduduki jawatan Pemimpin No 1 dan No 2 sekiranya EXCO KLSD dan Penasihat
KLSD memberikan kepercayaan dan sokongan moral kepada mereka. Sudah tentu ini akan mengembalikan
kepercayaan orang Pekak amnya kepada pihak KLSD yang tidak mempersendakan keluhuran Perlembagaan
KLSD dan MFD.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Bagaimanakah dengan nasib Md Sazali jika beliau tidak dicalonkan jawatan Presiden MFD? KaptenDiam
tidak bercadang mengajak komuniti orang Pekak MEMBUANG NEGERI Md Sazali dari dunia orang Pekak
kerana komuniti kita masih memerlukan khidmat beliau. Sebenarnya terdapat banyak pilihan yang
membolehkan Md Sazali terus mencurahkan bakti kepada komuniti kita.

PILIHAN PERTAMA:
Md Sazali boleh menjadi PENASIHAT MFD seperti yang mana beliau menjadi PENASIHAT MSFD dan
PENASIHAT KLSD sekarang. Dengan ini, beliau boleh membimbing dan menunjuk ajar Presiden MFD yang
lain menjalankan tugas-tugas rasmi.

PILIHAN KEDUA:
Jika Md Sazali masih mahukan jawatan Presiden MFD, beliau hanya perlu memenuhi satu syarat yang
mudah, iaitu turun ke mana-mana persatuan orang Pekak negeri dan mendapatkan jawatan EXCO
PERSATUAN melalui AGM persatuan negeri. Persatuan Orang Pekak Negeri Perak mungkin menjadi pilihan
utama kepada beliau yang juga anak negeri Seladang.

PILIHAN KETIGA:
Jika Md Sazali mahu bekerja di MFD dan dibayar gaji sepenuh masa, beliau perlu berkorban menyerahkan
jawatan Presiden MFD kepada orang lain yang layak dan mungkin boleh bekerja sebagai Pegawai Eksekutif
atau Pentadbir Eksekutif yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program MFD. Ini adalah
selaras dengan ARTIKEL 16 - LARANGAN (No 16.4) dalam Perlembagaan MFD yang menyebut:-
---------------------------------------------------
Manfaat MFD tidak boleh dinikmati oleh Ahli Majlis serta ahli-ahli keluarga mereka dan ahli
gabungan/staf MFD. Mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan tidak boleh menggunakan kuasa
dan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka.
Artikel 16 - Larangan (No 16.4) dalam Perlembagaan MFD
---------------------------------------------------
Pernyataan 1 : Presiden MFD ialah Ahli Majlis seperti dalam Perlembagaan MFD.
Pernyataan 2 : Ahli Majlis tidak boleh menikmati maanfat MFD untuk kepentingannya.
Kesimpulan : Presiden MFD tidak boleh menjawat sebarang jawatan tetap sepenuh masa di organisasi yang
sama, iaitu MFD untuk kepentingan diri seperti makan gaji daripada tabung MFD.

Kesimpulan di atas boleh dibahaskan di ruang forum yang lain dan terpulang pada penilaian dan penafsiran

55 
 
anda yang mungkin berbeza-beza.

PILIHAN KEEMPAT:
Jika Md Sazali tidak mahu duduk di EXCO Persatuan Negeri tetapi masih mahukan jawatan Presiden MFD,
beliau boleh membawa usul baru ke AGM MFD, iaitu memohon kelulusan pindaan pada Perlembagaan MFD,
iaitu jawatan Presiden MFD terbuka kepada sesiapa sahaja yang menjadi ahli biasa persatuan negeri
ataupun membuka keahlian MFD kepada sesiapa individu Pekak, dan tidak lagi kepada Ahli Gabungan
(Persatuan Orang Pekak) sahaja. Hanya kuasa AGM MFD sahaja yang meluluskan usul tersebut dengan lebih
2/3 undi.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Walau bagaimanapun, ini terpulang pada kebijaksanaan EXCO KLSD dan Md Sazali. Perlu ingat bahawa
jawatan Presiden MFD adalah kuasa politik yang diberikan oleh komuniti kita melalui persatuan negeri
seperti dalam Perlembagaan MFD. Ini boleh disamakan dengan kuasa Kerajaan dan Perdana Menteri yang
diberikan oleh rakyat kita melalui amalan demokrasi berperlembagaan.

Komuniti kita kini melihat KLSD hanya satu proses seolah-olah memberikan mandat yang tetap sahaja
kepada Bukan EXCO KLSD (Penasihat KLSD) yang tetap untuk mengetuai kepimpinan MFD. Oleh itu, imej
KLSD yang terjejas perlu diubah dan dibersihkan supaya komuniti kita tidak memandang rendah
kewibawaan EXCO KLSD yang dihantui oleh bayangan SAZALISME.

Oleh itu, KaptenDiam menyeru kepada semua persatuan negeri supaya lebih serius dalam menjulang
keluhuran Perlembagaan MFD dan menggunakan kuasa yang ada untuk menentukan bakal Presiden MFD
berdasarkan Perlembagaan MFD.

Akhir sekali, KaptenDiam meminta maaf sekiranya ada tulisan di atas yang mungkin mengganggu
ketenangan Md Sazali Shaari dan EXCO KLSD menjelang AGM MFD pada pertengahan bulan Ogos ini. Dalam
apa pun keadaan jua, KaptenDiam berdoa agar Md Sazali Shaari, Aqlam Jafri, Syed Osman dan EXCO KLSD
mendapat keberkatan daripada-Nya sepanjang hayat. Insyallah.

Komen dan pandangan anda amat dialu-alukan ke ruang ini untuk membetulkan atau membatalkan mana-
mana hujah KaptenDiam. Bagi yang tidak mahu menghantar komen ke forum E-Pekak kerana merisaukan
identiti mereka didedahkan, bolehlah e-melkan kepada kaptendiam@yahoo.com.

Sekian dan Salam Reformasi,

KAPTEN DIAM
kaptendiam@yahoo.com
July 2004

KaptenDiam -
menunggu kemunculan orang Pekak original yang pertama menjawat Presiden MFD.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 2 Julai 2004

Surat Pertama daripada pembaca Forum

FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

----------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Sebagai OP, saya amat kagum dengan pemikiran anda. Syabas!! Adakala kata-kata anda membuatkan
semua org " tersedar dari lamunan/terpukul ". Tetapi saya ingin melahirkan perasaan tidak berpuas hati
kerana anda tidak mahu mendedahkan identiti anda iaitu KAPTENDIAM!! Setahu saya, anda hanyalah
pemerhati segala tindak tanduk terutama dari segi persekitaran seperti program-program, perlembagaan

56 
 
MFD dan juga sebagainya. Bagi saya, anda adalah pengkritik utama dalam forum e-pekak. Apabila anda
menulis dalam satu perkara, ia cukup menarik perhatian daripada saya untuk membaca perbahasan yang
anda ingin dibicarakan.

Walaupun, saya tidak banyak mengetahui tentang serba serbi dalam dunia OP terutama hal-hal yang
diperdebatkan dari segi persekitaran. Adakala saya tidak faham apa yang anda ingin sampaikan. Anda lebih
gemar mengunakan "bahasa tersirat" apabila ingin diperdebatkan. Ini membuatkan saya terfikir apa yang
anda ingin sampaikan. Akhirnya saya membuat keputusan untuk bertanya hal itu ini kepada rakan-rakan
yang baru saya kenali. Malangnya, mereka tidak faham apa yang anda ingin sampaikan. Tetapi anda suka
menilai kebaikan dan keburukan MFD tetapi tidak YMCA. Saya agak hairan la.. Boleh tak anda beritahu
kepada saya apa yang sudah berlaku dalam MFD dan juga apa yang anda tahu. Sekurang-kurangnya saya
mengetahui.

Pengirim
(Nama sebenar dirahsiakan)
----------------------------------------------------
Mesej di atas adalah e-mel pertama yang dihantar oleh Saudara Pengirim kepada KaptenDiam. Terima
kasih atas pandangan dan kritikan Saudara Pengirim terhadap semua tulisan KaptenDiam yang mungkin
mempunyai beberapa kecacatan.

Buat masa ini, KaptenDiam tidak bercadang mendedahkan identiti diri kepada para pembaca Forum.
KaptenDaim hanya wujud untuk Forum semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan diri sesiapa yang
hidup di Bumi.

Mengikut asal-usul sejarah Forum, KaptenDiam adalah watak yang tercipta daripada watak AskarDiam yang
telah dimusnahkan oleh Penjaga Forum atas arahan daripada pihak atasan. Walau bagaimanapun,
KaptenDiam masih mewarisi sifat-sifat yang asal daripada AskarDiam dan juga lebih mantap lagi dengan
ilmu-ilmu baru yang telah diajarkan oleh MahaGuru Pekak seperti Syed Osman, Lim Heng Tuck, Md Sazali,
Razani, Phillip Pong dan banyak lagi.

Sebab itulah, KaptenDiam ingin menyeru kepada anda supaya menerima dan menghargai pengorbanan dan
jasa mereka yang banyak membantu mencipta watak KAPTENDIAM untuk menggerakkan kebangkitan
kesedaran anda mengenai dunia Orang Pekak.

Perlu diingatkan bahawa KaptenDiam tidak lahir untuk menjadi Kapten Perang yang bertanggungjawab
membawa anda berperang dengan mana-mana pihak termasuk MFD, KLSD, PMY YMCA dan lain-lain.
KaptenDiam hanya seorang penulis yang menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai peserta Forum untuk
membawa KEBENARAN kepada komuniti kita yang amat mendahagakan ilmu pengetahuan am mengenai
hal-ehwal persatuan OP.

Mengenai bahasa tersirat, KaptenDiam akan berusaha memastikan semua tulisan dibuat dengan
menggunakan bahasa yang mudah difahami sesuai dengan tahap pemahaman orang Pekak yang
kebanyakannya tidak menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Insyallah.

Salam Reformasi

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 12:12 AM 7 Julai 2004

Presiden MFD - Kuasa atau Pekerjaan Tetap?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

Assalamualaikum,

57 
 
Wahai para pembaca yang dihormati,

KaptenDiam singgah sekejap di sini dan berdoa mudah-mudahan isu ini tidak akan melukakan hati atau
mengganggu emosi sesiapa yang sedang membaca tajuk ini.

Benarlah setiap kata yang disebut oleh Mr Virus mengenai dirinya tetapi tulisannya boleh dipersoalkan.
Berdasarkan tulisan tersebut, beliau sememangnya BUDAK MENTAH yang masih baru dalam dunia OP.
Namun begitu, Mr Virus tidak perlu risau kerana KaptenDiam bukanlah AntiVirus yang bertanggungjawab
membersihkan semua virus dari Forum kita.

Tambahan pula, KaptenDiam melihat Forum ini sebagai tempat yang paling subur untuk proses pembiakan
virus. Seekor virus baru yang lahir di Forum ini akan membesar dari segi intelek di bawah persekitaran
yang makmur. Ia akan mempelajari dan menghisap pelbagai ilmu sehingga menjadi virus gergasi yang
berbahaya ataupun berguna kepada komuniti kita.

Mr Virus menyatakan bahawa Presiden MFD seharusnya tidak menjawat jawatan EXCO dalam mana-mana
persatuan negeri untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ataupun pertelingkahan dengan persatuan
negeri. Jika faktor keadaan semasa diambilkira, cadangan beliau tentu tidak relevan lagi.

Ini kerana MFD ialah persekutuan yang membawa makna GABUNGAN persatuan OP Negeri. Setiap
persatuan dipimpin oleh Presiden. Apabila semua persatuan negeri bersekutu menjadi sebuah pertubuhan
kebangsaan yang bernama MFD, persatuan-persatuan ini akan melantik salah seorang yang layak di
kalangan pemimpin-pemimpin OP negeri menjadi Presiden MFD.

Perlantikan ini dilakukan melalui AGM MFD. Persatuan OP negeri takkan menghantar seorang yang bukan
ahli EXCO Persatuan menjadi Presiden MFD. Bagaimanapun dalam sejarah OP, KLSD menjadi persatuan OP
yang pertama menghantar ahli yang bukan EXCO Persatuan ke jawatan Presiden MFD.

Mengenai pendapat Mr Virus bahawa jawatan Presiden MFD mestilah sepenuh masa, ini tidak boleh
diterima kerana jawatan Presiden bukanlah satu pekerjaan tetap tetapi hanya satu kuasa dan amanah
sahaja. Lihatlah contoh jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Presiden UMNO tidak bekerja
sepenuh masa di Menara Dato Onn (PWTC) manakala Perdana Menteri pun berkhidmat sepenuh masa di
Putrajaya.

Sebenarnya MFD sudah mempunyai jawatan Pengarah Eksekutif yang bekerja sepenuh masa dan menerima
gaji daripada tabung kewangan MFD. Tugas Pengarah Eksekutif ialah untuk menjalankan pentadbiran dan
pengurusan organisasi MFD.

Yang menjadi masalah ialah kuasa Presiden MFD lebih tinggi daripada Pengarah Eksekutif MFD. Pengarah
Eksekutif MFD sekarang ialah Md Sazali Shaari. Presiden MFD sekarang juga Md Sazali Shaari. Ini bermakna
Md Sazali Shaari memegang kedua-dua jawatan tersebut dalam pertubuhan yang sama.

Menurut pandangan OP, kadang-kadang ini juga menimbulkan kekeliruan kepada kebanyakan rakyat Pekak.
Contohnya Sazali sebagai Presiden MFD mengeluarkan arahan kepada staf-staf MFD seperti Pengarah
Eksekutif, Jurubahasa Isyarat dan Pembantu Pejabat. Selepas itu, Sazali kemudian duduk di kerusi
Pengarah Eksekutif dan menerima arahan daripada Presiden MFD untuk menguruskan pentadbiran MFD.
Adakah ini boleh diterima?

Kebanyakan rakyat Pekak mengeluarkan pendapat yang sama bahawa Presiden MFD tidak boleh memegang
jawatan Pengarah Eksekutif MFD pada masa yang sama kerana kedua-dua jawatan adalah berbeza.
Presiden MFD wakil komuniti rakyat Pekak (pihak yang memerintah) manakala Pengarah Eksekutif adalah
wakil pengurusan MFD (pihak yang diperintah).

Mr Virus mencadangkan jawatan PRESIDEN, SETIAUSAHA AGONG dan BENDAHARI MFD tidak boleh
dipertandingkan. Kita perlu ingat kuasa bukan milik mutlak kepada seseorang tertentu buat selama-
lamanya. Kuasa perlu diberikan kepada orang lain secara demokrasi apabila khidmat mereka tidak
diperlukan. Oleh itu, kita tidak ada sebab-sebab yang munasabah untuk melarang pertandingan jawatan

58 
 
tersebut dalam AGM MFD.

Mr Virus meluahkan kebimbangan bahawa MFD akan menjadi seperti UMNO LAMA yang diharamkan kerana
perebutan kuasa. KaptenDiam tidak bersetuju kerana mengikut fakta, UMNO LAMA diharamkan pada tahun
1988 selepas pihak Mahkamah Tinggi mendapati proses pemilihan dan pengundian UMNO tidak mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Jelaslah bahawa pengharaman UMNO tidak disebabkan oleh perebutan kuasa kerana Tun Dr Mahathir telah
menang secara mutlak dalam perebutan kuasa Presiden yang penuh demokratik dan sengit tetapi
pemilihan UMNO telah dicacatkan oleh IRREGULARTITIES (melanggar peraturan Akta Pertubuhan) seperti
diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Walaubagaimanapun, secara teorinya, MFD boleh diharamkan seperti UMNO LAMA jika ahli-ahli persatuan
negeri membawa kes ke mana-mana mahkamah dan membuat dakwaan bahawa pemilihan AHLI MAJLIS
MFD tidak mengikuti peraturan Perlembagaan MFD atau Akta Pertubuhan 1966. Harap-harap ini tidak akan
berlaku pada masa yang akan datang.

KaptenDiam berhenti di sini sahaja tetapi belum menghabiskan tulisan ini. Sila tunggu sambungan tulisan
KaptenDiam yang akan mengulas tulisan Yop Penang dalam sedikit masa lagi. Wasalam.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

KaptenDiam -
Di dunia kita boleh bebas daripada undang-undang buatan manusia melalui muslihat, di akhirat
amanah kita akan dipersoalkan melalui pengadilan yang maha adil.

posted by KaptenDiam @ 12:15 AM 7 Julai 2004

Calon Presiden MFD - Kuasa Budi Bicara?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

Salam Sejahtera,

KaptenDiam kembali sekali lagi dan melengkapkan sambungan tulisan yang lepas. Pada pendapat
KaptenDiam, pena Yop Penang bagaikan satu mata pedang yang secara terus-terang mencabar wakil-wakil
persatuan OP supaya turun ke AGM MFD dan merebut jawatan Presiden MFD jika mereka tidak ingin
melihat En Md Sazali duduk selesa di istana MFD.

Hal ini lebih baik lagi daripada membuat bising di belakang tabir MFD setiap kali sebelum atau selepas
AGM MFD. Dari tahun 1997 (tahun penubuhan MFD) hingga sekarang, KLSD masih mengamalkan tradisi yang
bertentangan dengan Perlembagaan MFD dengan mencalonkan nama Md Sazali sebelum bertanding dalam
AGM MFD. Ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak berpuas hati di kalangan ahli-ahli KLSD.

Pada pendapat mereka, barisan pemimpin KLSD dianggap sebagai pihak yang tidak berupaya menangani
konflik pencalonan Presiden MFD. Perlu ditegaskan bahawa KaptenDiam tidak merujuk kepada EXCO KLSD
sesi baru sekarang kerana KaptenDiam tidak pasti sama ada EXCO KLSD sekarang sudah membuat
pencalonan jawatan Ahli Majlis MFD atau belum. Sila tunggu sebarang pengumuman daripada MFD
mengenai pencalonan tersebut.

Sekarang KaptenDiam bertanya kepada pihak KLSD. Adakah pihak KLSD sudah memberitahu ahli-ahli KLSD
sebab-sebab mengapa KLSD berhak membuat keputusan untuk mencadangkan nama Md Sazali yang bukan
EXCO KLSD untuk pemilihan jawatan Presiden MFD dahulu (sebelum/selepas AGM MFD ke-1, 2 dan 3)? Jika
belum atau tidak pernah, pihak KLSD adalah bertanggungjawab ke atas semua konflik yang menjejaskan
nama KLSD dan MFD sendiri. Jika sudah diberitahu, mengapakah ahli-ahli KLSD masih membuat bising
(mempertikaikan status Md Sazali) hingga hari ini?

59 
 
Pihak KLSD perlu belajar daripada contoh langkah UMNO yang menguruskan kes pemecatan Datuk Anwar
Ibrahim. Selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat, UMNO mengadakan taklimat dan mesyuarat
luar biasa di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara. Ibu bapa KaptenDiam
telah menghadiri taklimat tersebut serta seperti mereka juga, para ahli UMNO faham dan tidak lagi
membantah keputusan pihak atasan UMNO. Maka isu ini selesai dalam masa singkat sahaja. Berapakah
tahun yang diperlukan oleh pihak KLSD untuk membasuh minda ahli-ahli KLSD berhubungan dengan isu
kontroversi pencalonan Md Sazali?

KaptenDiam berharap EXCO KLSD yang baru mengadakan kajian semula dan tinjauan bagi menilaikan
sejauh manakah ahli-ahli KLSD menerima keputusan KLSD dengan hati yang terbuka. Ini amat penting
supaya KLSD dapat mengambil tindakan yang wajar untuk mencegah sebarang konflik yang memalukan
nama KLSD pada masa yang akan datang. Md Sazali selaku Penasihat KLSD boleh membantu pihak KLSD
berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Presiden KLSD yang pertama.

KaptenDiam diberitahukan bahawa pihak KLSD sebenarnya menggunakan kuasa BUDI BICARA untuk
mencapai keputusan tersebut selepas gagal mencari pengganti yang lebih layak untuk jawatan Presiden
MFD. Jadilah Md Sazali sememangnya tidak bersalah seperti yang dinyatakan oleh Yop Penang. Md Sazali
adalah pemimpin yang bijak mengambil kesempatan daripada sebarang situasi kerumitan yang tidak
mampu diselesaikan oleh EXCO KLSD dan wakil-wakil Negeri sendiri dalam setiap AGM MFD yang lepas.

Oleh itu Md Sazali sekarang boleh tersenyum lebar dan diramalkan akan mempertahankan jawatan
Presiden MFD sekiranya AGM MFD sanggup menyerahkan jawatan tersebut dengan penuh kontroversi. Ini
terpulang pada keputusan dan kuasa wakil-wakil OP Negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, keputusan pihak KLSD (menggunakan kuasa budibicara) boleh menimbulkan
beberapa persoalan. Sekiranya pihak KLSD merasakan mereka adalah betul dalam pencalonan Md Sazali
pada masa dahulu, mengapakah mereka tidak meminta beliau supaya kembali ke KLSD dan memegang
mana-mana jawatan EXCO KLSD selepas beliau menjadi Presiden MFD?

Sekiranya Md Sazali tahu bahawa pencalonan ini tidak mengikut Perlembagaan MFD, mengapakah Md Sazali
tidak memberi nasihat/peringatan kepada EXCO KLSD tentang kesan buruk yang bakal berlaku? Dan selepas
beliau menjadi Presiden MFD, mengapakah beliau tidak membimbing para pemimpin Pekak yang lain
sebagai persediaan untuk menjadi Presiden MFD selepas beliau?

Para pemimpin KLSD sudah banyak menjalani pelbagai kursus kepimpinan seperti JICA di Jepun dan Kursus
BTN bertahun-tahun tetapi masih terlalu takut untuk mendekati kerusi Presiden MFD dan juga Timbalan
Presiden MFD. Mengapakah? Bagaimanakah Md Sazali boleh membantu mengatasi masalah FOBIA di
kalangan mereka terhadap jawatan Presiden MFD sekiranya beliau bersara kelak? Adakah ini satu taktik
ciptaan Md Sazali supaya terus berkuasa lebih lama lagi? Hanya Md Sazali sahaja yang tahu akan jawapan
tersebut.

Satu perkara lagi, kita membuat andaian (kemungkinan sahaja) bahawa Kuasa Budi Bicara dibenarkan
digunakan dalam pencalonan jawatan Presiden MFD. Sekiranya anda bersetuju dengan andaian ini, ini
bermakna bahawa sesiapa yang tidak menjawat EXCO dalam mana-mana Persatuan OP masih BOLEH
MASUK bertanding dalam AGM MFD. Maka amat bernas pendapat Mr Virus yang menyebut Presiden MFD
tidak semestinya menjawat jawatan EXCO Persatuan.

Jika kita mengambilkira nama pemimpin yang dicadangkan oleh Yop Penang seperti Aqlam Jafri, Syed
Osman, Kamarzaman Harun, Sariah, Teh Kean Hoe, Pong Chang Khim dan Saleem Ali, maka KaptenDiam
mencadangkan bahawa nama pemimpin yang tidak duduk di EXCO Persatuan Negeri ialah Kamarzaman,
Sariah, Teh Kean Hoe, Cik Ho Koon Wei dan Yop Penang (bekas Presiden PDA). Jadilah persatuan negeri
yang lain boleh mencalonkan nama salah seorang daripada mereka dengan menggunakan kuasa BUDI
BICARA.

Contohnya Persatuan PDA boleh mencalonkan ahli PDA seperti Yop Penang atau Teh Kean Hoe. Persatuan
PDA juga boleh mencalonkan calon bukan ahli PDA seperti Cik Ho Koon Wei (ahli KLSD) kerana KLSD dan

60 
 
PDA adalah Ahli Gabungan MFD juga. Persatuan KDA boleh mencalonkan Kamarzaman (ahli KLSD) kerana
KDA juga Ahli Gabungan MFD. Ini tidak melanggar Perlembagaan MFD. Pada kesimpulannya, semua
persatuan OP Negeri boleh mengikuti contoh pihak KLSD yang menggunakan kuasa BUDI BICARA jika
dibenarkan oleh AGM MFD. Apakah pendapat anda semua?

Begitu juga dengan KLSD yang boleh mencalonkan mana-mana pemimpin lain dengan kuasa Budi Bicara
sekiranya mereka merasakan Md Sazali lebih baik menjadi Pengarah Eksekutif MFD sahaja seperti yang
disokong oleh Yop Penang.

KaptenDiam amat bersetuju jika Md Sazali terus kekal dalam jawatan Pengarah Eksekutif kerana orang
ramai mengakui kebolehan beliau yang menambahkan tabung kewangan MFD (fund raising) daripada
pelbagai sumber. Dengan ini beliau dapat menumpukan perhatian sepenuh masa kepada pengurusan
organisasi MFD dan pembangunan projek yang berfaedah kepada komuniti kita.

Presiden MFD mestilah orang lain yang tidak memegang jawatan Pengarah Eksekutif MFD kerana mengikut
Perlembagaan MFD, Presiden MFD tidak semestinya bekerja penuh seperti Presiden UMNO tetapi
bertanggungjawab menjalankan tugas rasmi seperti mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis, mewakili MFD
semasa berhubungan dengan pihak kerajaan, pihak swasta atau persatuan yang lain dan juga mengawasi
perjalanan urusan pentadbiran staf-staf MFD termasuk Pengarah Eksekutif.

Presiden MFD juga tidak perlu duduk di pejabat MFD setiap hari kerana Presiden MFD akan membaca
laporan kemajuan pengurusan MFD yang disediakan oleh Pengarah Eksekutif MFD.

Dapatlah kita rumuskan bahawa semua Persatuan boleh menggunakan KUASA BUDI BICARA untuk
mencalonkan sesiapa yang menjadi ahli yang berdaftar dengan Ahli Gabungan MFD (mana-mana Persatuan
OP Negeri) untuk bertanding dalam jawatan Presiden MFD dalam AGM MFD kelak. Kita akan tunggu dan
melihat sesiapa yang berminat menerima cabaran Yop Penang.

Wassalam

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

KaptenDiam -
Sudahkah Kamarzaman, Sariah, Teh Kean Hoe, Cik Ho Koon Wei dan Yop Penang bersedia menerima
pencalonan jawatan Presiden MFD daripada mana-mana Persatuan Negeri?

posted by KaptenDiam @ 12:30 AM 9 Julai 2004

Penulis Pekak menyalak Forum Pekak?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KaptenDiam berasa puas dengan tulisan O-o kerana kehadiran O-o bukan sahaja menghangatkan lagi isu
perbincangan ini tetapi juga beliau telah dijadikan modal yang amat menarik untuk mendedahkan
beberapa kekurangan dalam pemikirannya.

Kali ini KaptenDiam akan membawa para pembaca mengharungi keseluruhan minda O-o dan menganalisa
pemikiran beliau dari semua aspek. KaptenDiam mendapati bahawa O-o adalah staf MFD yang gagal
mengawal pengaruh emosi dan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan peribadi terhadap
sesetengah penulis Forum ini.

Penulis O-o:
Dari apa yang KeptenDiam tulis, pada pendapat saya bukan perbincangan ilmu tetapi beliau sudah jadi
orang suruhan orang yang gagal untuk menjatuhkan Sazali.

61 
 
Sebelum ini, KaptenDiam ada menjemput sesiapa datang berbincang mengenai status kelayakan Md Sazali
di ruang Forum ini untuk mencari kebenaran dan membuat kajian secara ilmiah tanpa hasutan emosi
daripada mana-mana pihak.

Hasil perbincangan ilmiah mungkin menjadi asas input yang berguna kepada komuniti orang Pekak untuk
membentuk pemikiran kita yang mantap dan berpandukan kekuatan akal fikiran kita.

Bagaimanapun, ini tidak dinamakan sebagai cubaan menjatuhkan Md Sazali kerana tulisan KaptenDiam
hanya menyentuh perbincangan mengenai kuasa Presiden MFD dalam Perlembagaan (Peraturan) MFD serta
mengajak kita berfikir bagaimanakah cabaran konflik ini ditangani.

Tulisan KaptenDiam ada meramalkan bahawa Md Sazali akan dikekalkan sebagai Presiden MFD walaupun
tidak memenuhi syarat dalam Perlembagaan (Peraturan) MFD. Beliau sendiri yang tahu dan sepatutnya
bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada seorang pun yang berani menggunakan Perlembagaan MFD untuk
menjatuhkan beliau dalam setiap AGM MFD dahulu.

Walau bagaimanapun, O-o datang ke Forum ini hanya untuk mengutuk KaptenDiam sahaja. Ini kerana
beliau tidak pernah menjawab satu pun kenyataan samada bersetuju atau menyanggah mana-mana hujah
dalam tulisan KaptenDiam dahulu.

Sekiranya KaptenDiam mahu menjatuhkan mana-mana pemimpin Pekak, sudah tentu KaptenDiam akan
menulis pelbagai kisah benar seperti PENYALAHGUNAAN KUASA dan SKANDAL SEKS yang melibatkan semua
pemimpin Pekak.

Ini boleh dinamakan cubaan menjatuhkan dan memalukan seseorang. Mahukah O-o mencabar KaptenDiam
membawa isu tersebut untuk menjatuhkan seseorang tersebut?

Ajaran Islam tidak membenarkan kita mendedahkan keburukan seseorang walaupun ia benar-benar telah
berlaku. Fikirkanlah masak-masak sebelum menuduh yang bukan-bukan contohnya KaptenDiam cuba
menjatuhkan Md Sazali.

Penulis O-o:
Siapakah yang berikan pengiktirafan kepada KeptenDiam mewakili orang Pekak di negara kita?

O-o lupakah? Kita sedang berada di ruang Forum ini sebagai peserta yang sedang membaca, berfikir dan
menulis. Forum ini bukanlah sidang mesyuarat seperti AGM MFD kerana Forum ini tidak ada undian ataupun
pilihanraya untuk mengundi KaptenDiam sebagai wakil orang Pekak.

Penulis O-o:
Siapakah mereka yang dikatakan tak setuju dengan kepimpinan Sazali dan mencadangkan perubahan?
Siapakah orang Pekak yang dikatakan oleh Kepten tersebut? Kalau atas nama orang Pekak, mereka
tersebut tidak bermakna semua orang pekak di negara kita. Orang pekak yang KeptenDiam kata itu ialah
mungkin beberapa orang individu dan mungkin KeptenDiam sendiri.

O-o mungkin salah faham kerana tulisan KaptenDiam juga mencadangkan beberapa nama Pemimpin Pekak
yang layak menjawat Presiden MFD mengikut Perlembagaan MFD. Oleh itu KaptenDiam sendiri tidak boleh
dicalonkan kerana KapteenDiam tidak terikat kepada mana-mana keahlian Persatuan negeri pada masa ini.

Sebenarnya kebanyakan orang Pekak menyatakan mereka tidak menentang kepimpinan Sazali tetapi
mempersoalkan status Sazali dalam kedua-dua jawatan Presiden MFD dan Pengarah Eksekutif MFD seperti
yang telah dibincangkan.

Timbalan Presiden KLSD sekarang (Bekas Setiausaha KDA) sendiri mengakui kebenaran isu tersebut. Oleh
itu, tuduhan O-o di atas adalah tidak berasas sekali.

Penulis O-o:

62 
 
KeptenDiam saya selidiki pernah makan gaji dengan MFD dan pengalaman MFD membantu membentuk
kerjayanya. Kita juga tahu selain dari KeptenDiam ada juga bekas yang mula dengan MFD iaitu Si Antz dan
Setiausaha KLSD sekarang. Mengapa mereka anti MFD atau Sazali? Tulisan KeptenDiam lebih tertumpu anti
Sazali. You ada masalah peribadi degan Sazali? You tak terima kasih dengan Sazali kerana Sazali pernah
bagi you makan gaji kah?

Sebenarnya KaptenDiam pernah menulis jawapan kepada soalan seperti di atas beberapa kali. Masalahnya
ialah O-o masih tidak memahami semua tulisan KaptenDiam dahulu yang telah menjelaskan pendirian
bahawa KaptenDiam tidak anti-MFD atau anti-Sazali. Sila menyemak semula dan mengulang kaji pada
semua tulisan KaptenDiam yang mungkin tersimpan dalam Forum ini. Kalau tak faham, sila merujuk
kepada Md Sazali.

Penulis O-o:
Kalau ada masalah peribadi jangan guna Forum ini untuk memburukkan pemimpin Pekak atau mengganggu
ketenangan komuniti kita.

Nasihat KaptenDiam kepada O-o supaya jangan menggunakan Forum ini untuk mengutuk KaptenDiam dan
marilah kita beri tumpuan yang lebih khusus kepada tajuk asal iaitu berbincang secara terbuka mengikut
Perlembagaan Peraturan MFD dan tidak mengikut hasutan emosi. O-o patutlah mencontohi sikap
keterbukaan penulis lain seperti Yop Penang dan Mr Virus.

Penulis O-o:
KeptenDiam ada jadi ahli mana persatuan? orang berkecuali boleh dipanggil lempar batu sembunyi tangan
atau jadi budak suruhan. Kata Tok Guru PAS orang ini dipanggil anjing.

O-o juga terlupa bahawa Forum ini membenarkan Ahli Persatuan dan Bukan Ahli Persatuan berdaftar
menjadi peserta Forum yang sah. Mereka berhak menjadi penyokong atau pengkritik atau pihak yang
neutral.

Lempar batu sembunyi tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku di mana-mana. O-o juga boleh
dikatakan lembar batu sembunyi tangan kerana beliau sering melemparkan tuduhan yang tidak disokong
oleh bukti kukuh dan dicampur api hasutan selepas beliau menghadapi masalah kekosongan idea untuk
menjawab secara ilmiah.

KaptenDiam hanya menulis mengikut fakta dan isu semasa yang timbul dengan satu tujuan untuk
menggalakkan para pembaca MELEMPARKAN idea yang akan kita kongsi bersama. Tambahan pula, kita juga
perlu belajar menyambut batu yang dilemparkan dari tempat yang entah ataupun daripada pihak yang
entah tidak kira batu itu kecil atau besar.

Penulis O-o:
Lebih baik you jadi ahli persatuan dan boleh buat cadangan serta bincang di depan semua ahli di
mesyuarat agung dan mengundi mengikut peraturan. Tak semua ahli bodoh atau pak turut. Masa KLSD AGM
sangat panas, bagus kata orang tapi ada demokrasi kerana terima undi majoriti. Tapi you bising di Forum
ini tak dapat buat apa-apa. Ibarat anjing menyalak bukit sahaja.

O-o perlu mengetahui beberapa perbezaan antara Forum dan AGM Persatuan. Forum ini tidaklah seperti
Parlimen yang hanya dihadiri oleh ahli-ahli politik yang dipilih melalui Pilihanraya tetapi di sebalik Forum
ini tentu ada banyak hikmahnya.

Sesiapa sahaja boleh membawa pelbagai isu semasa ke Forum ini tanpa kebenaran Speaker atau Penjaga
Forum manakala AGM Persatuan hanya diadakan setiap dua tahun. Walaupun Forum ini tidak akan
mempengaruhi mana-mana keputusan Persatuan tetapi ia akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam
pemikiran para pembaca.

O-o melatah dan melenting dengan isu ini lalu turun ke Forum ini kerana beliau mungkin lebih risau akan
pemikiran kesedaran para pembaca Forum yang boleh dipengaruhi oleh mana-mana penulis samada
penyokong ataupun pembangkang. Ini adalah contoh kebaikan penyertaan Forum ini kepada komuniti kita.

63 
 
Sekiranya O-o merasakan seperti beliau sedang menyalak Forum sahaja, beliau bolehlah mencadangkan
pihak MFD menutup dan membubarkan Forum ini sekaligus membawa pemikiran kita kembali kepada
kegelapan dan kejahilan.

Penulis O-o:
Apabila Kepten ini tulis, macam mana KeptenDiam boleh tahu hal KLSD atau MFD? Ini sah ada EXCO KLSD
yang tak jujur kerana pecah rahsia. Bahaya ini. Saya cadangkan KLSD siasat siapa EXCO bocor rahsia dan
pecat dari KLSD. Kita tengok dulu.

O-o sendiri menuduh KaptenDiam pernah bekerja dengan Md Sazali. Jika tuduhan ini benar, sudah tentu
KaptenDiam belajar dan menguasai semua ilmu daripada beliau dan para pemimpin OP yang lain. Dengan
ini tidak menjadi masalah untuk menulis sebarang isu yang menarik mengenai Persatuan OP.

Sekarang O-o pun menuduh EXCO KLSD tidak jujur hanya kerana mereka mengajar KaptenDiam? Sungguh
melucukan. KaptenDiam hendak bertanya kepada O-o. Apakah rahsia yang bocor dan masuk ke dalam
tulisan KaptenDiam? Sila buktikan tulisan KaptenDiam yang ada berkaitan dengan EXCO KLSD.

Penulis O-o:
Saya jumpa Presiden KLSD, dia cakap dia belum sedia jadi Presiden, dia nak tumpu KLSD. OK Presiden
belajar luar negara tahu tinggi dan rendahnya langit. Bagus.

KaptenDiam tidak boleh menilaikan Presiden KLSD sekarang kerana beliau adalah kawan yang rapat dengan
KaptenDiam. Oleh itu, KaptenDiam menyerahkan kepada anda semua untuk menilaikan pandangan beliau
mengenai pencalonan jawatan Presiden MFD.

Penulis O-o:
Saya tak peduli siapa yang pimpin komuniti kita masa akan datang. Kita tahu Sazali tak akan hidup 1,000
tahun juga tak pimpin MFD seumur hidup. Sazali juga tinggalkan KLSD dan KLSD tukar pemimpin 3 kali.
Sazali juga tolong hidupkan MSFD tapi tak tamak memegang jawatan di MSFD.

Nampaknya O-o lupa lagi. Sazali tidak meninggalkan KLSD dan MSFD kerana beliau masih berbakti kepada
kedua-dua persatuan tersebut melalui jawatan Penasihat KLSD dan Penasihat MSFD.

Penulis O-o:
Lihat Kedah dan Kelantan tak pernah tukar pemimpin, tak salah sebab tak ada pemimpin mampu tukar.

Kedah dan Kelantan adalah contoh negeri yang telah mematuhi Perlembagaan (Peraturan) Persatuan dan
Perlembagaan MFD. Pemimpin mereka adalah ahli yang sah dari segi undang-undang Persatuan tersebut.

Mereka juga mencalonkan wakil yang sah ke jawatan Ahli Majlis MFD sesi yang lepas seperti Syed Osman
(Setiausaha KDA) menjawat jawatan AJK MFD dan Razani (Presiden POCPK) menjawat Bendahari MFD.

KLSD adalah persatuan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mencalonkan Ahli EXCO KLSD ke jawatan
Presiden MFD selain daripada Penasihat KLSD.

Penulis O-o:
Tetapi pemimpin komuniti yang kita pilih tersebut hendaklah membawa kemajuan kepada kita,
memperjuangkan hak kita. Sazali satu contoh yang memeriahkan komuniti kita. Saya terima kasih dan
akan membela dia jika sesiapa yang fitnahnya.

Tiada komen. Bagaimanapun, nasihat KaptenDiam kepada O-o supaya menilaikan semula tulisannya. Ini
adalah kerana cara tulisan O-o telah mengecewakan Md Sazali memandangkan tulisannya banyak dirasuki
oleh pengaruh emosi dan jauh tersimpang daripada tajuk perbincangan. Tak hairanlah jika kita tidak
menganggap O-o pembela sejati kepadanya.

Wasalam.

64 
 
KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

KAPTENDIAM -
Berehat daripada menulis di Forum ini mulai esok hingga hujung minggu ini.

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 13 Julai 2004

KaptenDiam pengganti Presiden MFD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

--------------------------------------
SURAT DARIPADA PENULIS O-O

KeptenDiam mulakan timbul isu ini, pada awal tulisan cakap ada orang tak puas hati dan gunakan atas
nama orang lain untuk mengajak kita bincang Forum ini :

Quote :
Bagaimanapun, KaptenDiam menerima reaksi yang berbeza daripada kebanyakan ahli KLSD yang
mempersoalkan kedudukan En Md Sazali Shaari dalam jawatan Presiden MFD. Ada yang menuduh beliau
bukanlah Presiden MFD yang sah. Ada yang mengatakan beliau adalah Diktator Pekak yang tamakkan
kekuasaan. Ada tuduhan yang mempertikaikan jawatan beliau yang menjawat Presiden dan Pengarah
Eksekutif yang makan gaji dalam satu persatuan yang sama.

Siapa maksud KeptenDiam ? ...kebanyakan ahli KLSD yang mempersoalkan... sila ikut fakta, mengapa ahli
tak bahas semasa KLSD AGM? Jangan cakap tak ada demokrasi ok. Jangan cakap ahli takut Ok. Oleh itu isu
tutuplah dan timbul itu di Forum ini.

Mengapa ikut cakap kebanyakan ahli bahawa menuduhkan Sazali itu ... Diktator Pekak yang tamakkan
kuasa.... mengapa guna ini? Siapa cakap atau KeptenDiam cipta sahaja?

Siapa pertikai jawatan dia pegang dua? Kalau kata KeptenDiam itu kata ahli KLSD yang tak mahu identiti
didedahkan, kita juga boleh kata KeptenDiam ini orang tak tahu terima kasih sebab ada orang Pekak
cerita... ok...

Oleh itu jangan putar belit serta putar alam yang jadi trade mark KeptenDiam.

KeptenDiam tahu tahap pemikiran orang Pekak? Rendah sangat tahap mereka pada pendangan
KeptenDiam? Anda pandang rendah tahap pemikiran Teh Kean Hoe, Koon Wei, dan ramai intelekual pekak
kita yang menjadi tikus bila depan Sazali untuk berlawan rebut kerusi MFD dan tuduh intelekual kita tak
tahu perlembagaan MFD.

Saya frus sekarang dan setuju dengan anda. pada pendapat saya sekarang yang paling layak menduduki
kerusi MFD Presiden sekarang ialah KeptenDiam sendiri kerana tahap pemikiran, tulisan dan putar belit
memang handal dan sesuai dilantik presiden lagipun faham fasal perlembagaan
MFD.

Saya nak undi KeptenDiam sebab tak ada pemimpin berani macam dia yang goncang Sazali, pemimpin
sekarang cuma mahir cakap belakang sahaja dan guna KeptenDiam sebagai budak suruhan.

Rugi kalau intelek kita ini jadi budak suruhan, kita cadang KeptenDiam masuk ahli persatuan dan
bertanding Presiden MFD ok. Kita tunggu jawapan putar belit KeptenDiam jawab bahawa dia
hanya berkecuali.

Yang Berhormat KeptenDiam, you punya potentasi jadi pemimpin, jadi pimpinlah kami sebab pemimpin

65 
 
lain seperti Pong Chang Khim, Koon Wei, kamarzaman, Aqlam, Syed Osman telah menghampakan kami
kerana gagal bangkitkan isu seperti isu ini. Mereka semua kalah berdepan Sazali atau kalah mengumpul
sokongan bagi mengoncang kedudukan.

Ok kita tunggu tapi kawin dulu dan berbulan madu enak-enak... selamat pengantin baru. Jaga anak bini
baik baik.

Maaf zahir dan batin.

0-o ialah pembela Sazali dan tunggu KeptenDiam jadi presiden MFD.
---------------------------------------

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini KaptenDiam ingin tegaskan bahawa KaptenDiam tidak mempunyai sebarang alasan untuk
memutarbelitkan fakta-fakta tertentu berhubungan dengan isu ini seperti yang didakwa oleh O-o.
Diharapkan KaptenDiam tidak dilabelkan sebagai PAKAR PUTARBELIT.

Segala tulisan KaptenDiam adalah berdasarkan pengalaman KaptenDiam yang telah lama mengenali para
ahli KLSD yang berbilang kaum serta mempunyai fahaman yang berbeza-beza. KaptenDiam menghormati
pendapat mereka sama ada menyokong Presiden MFD ataupun mempersoalkan kedudukan Presiden MFD
sekarang mengikut Perlembagaan MFD.

Walau bagaimanapun, tulisan KaptenDiam tidak akan mewakili sekumpulan ahli KLSD dan orang Pekak
umum dalam perbincangan isu ini. KaptenDiam juga tidak disuruh oleh mana-mana pihak untuk
mendedahkan kebenaran yang berkaitan isu ini dengan maksud untuk memalukan atau menjejaskan imej
pihak tertentu.

Benarlah tanggapan O-o bahawa KaptenDiam sememangnya berada di pihak yang berkecuali dan neutral.
Namun begitu, KaptenDiam juga seharusnya bertanggungjawab untuk membimbing para pembaca dan
orang Pekak secara maya di Forum ini supaya menjadi ahli komuniti orang Pekak yang berpengetahuan,
berpemikiran kritis dan lebih arif dalam semua isu yang berhubungan dengan MFD dan Ahli-ahli
Gabungannya (Persatuan Orang Pekak Negeri).

Dengan ini mereka akan menjadi lebih berani sama ada mengemukakan cadangan yang bernas atau
melemparkan kritikan yang membina apabila berdepan dengan para pemimpin Pekak. Diharapkan mereka
tidak akan membuat bising lagi di belakang pemimpin masing-masing jikalau pemimpin tersebut bersikap
lebih terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan bukannya mencari helah untuk menutup kesilapan
diri sendiri.

KaptenDiam tidak pasti sama ada isu status kelayakan Presiden MFD pernah dibahaskan dalam AGM KLSD
dan AGM MFD yang lepas ataupun tidak pernah dibahaskan. O-o pun mempersoalkan tindakan ahli-ahli
KLSD yang menyimpan isu tersebut daripada AGM KLSD yang lepas. Kemungkinan besar, mereka akan
berusaha membawa isu tersebut ke AGM KLSD yang akan datang dan diharapkan berbincang bersama-sama
mencari penyelesaian isu kontroversi ini.

Mengenai tahap pemikiran para pemimpin Pekak, O-o menuduh bahawa KaptenDiam memandang rendah
mereka yang tidak berani bertanding dalam jawatan Presiden MFD dan membiarkan pihak tertentu
melanggari keluhuran Perlembagaan MFD.

KaptenDiam tiada komen bagi kenyataan di atas. Bagaimanapun, KaptenDiam menganggap mereka
bagaikan seekor tikus yang seharusnya lebih berani dan boleh mengalahkan gajah yang lebih besar
sekiranya pemikiran mereka dimotivasikan dengan kekuatan mental dan keyakinan yang teguh bahawa
mereka adalah sama tarafnya antara mereka sendiri. Al-Quran ada menyebut bahawa kita adalah sama
rata di sisi Allah. Ini bermakna bahawa semua Presiden Persatuan OP Negeri adalah sama rata dengan
Presiden MFD sekarang.

66 
 
Pada masa yang sama, ahli-ahli persatuan negeri sepatutnya lebih proaktif memberi sokongan yang kuat
kepada pemimpin Pekak masing-masing supaya turun merebut jawatan Presiden MFD secara demokrasi
mengikut Perlembagaan MFD.

O-o meminta KaptenDiam menjadi Presiden MFD. Permintaan ini agak menarik kerana KaptenDiam
hanyalah seorang penulis Forum yang tidak layak mencabar Presiden MFD sekarang.

Namun KaptenDiam tetap berpegang kepada prinsip bahawa keahlian Persatuan OP adalah isu yang kurang
penting dan tidak perlu dimasukkan dalam senarai keterdesakan dalam kamus hidup KaptenDiam selaras
dengan teori yang dikemukakan oleh Tn Hj Ismail Muda, bekas Timbalan Presiden MFD.

Walau bagaimanapun, KaptenDiam akan menjadi ahli kepada mana-mana Persatuan OP Negeri sekiranya
KaptenDiam ditakdirkan diterima di mana-mana negeri tanpa paksaan mana-mana pihak yang lain.
Insyallah.

Sekiranya KaptenDiam menjadi ahli Persatuan OP yang sah pada suatu hari, watak KaptenDiam akan
terkubur akhirnya. Diharapkan sesiapa antara anda akan tampil ke depan dan mengambil alih tempat
KaptenDiam untuk mengetuai perjuangan intelektual di Forum ini.

Sekian terima kasih.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 12:22 AM 22 Julai 2004

Kerusi Timbalan Presiden MFD kosong


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

--------------------------------
SURAT DARIPADA PENULIS CFU

Isunya bukan Kapten Diam atau O-o atau mana-mana orang pekak di forum ini.

Isu ini bukan berkaitan dengan anti-Sazali atau anti-Kapten Diam atau anti-O-o atau anti-sesiapa sahaja.
Jadi jangan heretkan nama-nama orang pekak lain.

Masalahnya terletak pada perlembagaan MFD yang secara bulat-bulat menerangkan akan kelayakan untuk
memasuki percalonan dalam AJK MFD.

Isu ini tidak akan reda selagi perlembagaan tersebut masih belum diselesaikan ATAU pemimpin yang
terlibat dimana pimpinannya dicabar atas alasan melanggar undang-undang MFD masih diam membatu.

Jika semuanya gagal, elok juga bawa hal ini ke pihak mahkamah!

Cfu
Isnin, 19 Julai 2004 3:26:38:am
--------------------------------
Para pembaca yang dihormati,

Pendapat penulis CFU mungkin ada kebenaran. Kita tidak seharusnya melibatkan mana-mana nama orang
Pekak kerana ia akan tersimpang daripada tajuk isu tersebut dan akhirnya kita tidak akan menemui
sebarang jalan penyelesaian yang terbaik kepada isu tersebut.

Bagaimanapun KaptenDiam menjangka bahawa Presiden MFD akan menjawab isu ini hanya selepas berjaya
mempertahankan jawatan Presiden MFD dalam AGM MFD kelak sekiranya para perwakilan orang Pekak

67 
 
negeri membenarkan beliau bertanding tidak mengikut Perlembagaan MFD.

KaptenDiam difahamkan bahawa Tn Hj Ismail Muda telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden
MFD (TPM). Beliau adalah pemimpin bukan Pekak dan juga Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Pekak
Terengganu (PKPT). Laman web E-Pekak seharusnya mengumumkan berita perletakan jawatan tersebut
secepat mungkin kepada komuniti kita.

Hal ini bermakna kerusi TPM masih kosong. KaptenDiam berharap para pemimpin OP perlu memberanikan
diri dan menawarkan diri untuk merebut kerusi tersebut secara adil dan demokrasi dalam AGM MFD bulan
depan.

Pada pendapat KaptenDiam, TPM mestilah seorang Pekak kerana TPM adalah calon yang paling sesuai dan
boleh dibimbing untuk menggantikan tempat Presiden MFD pada masa yang akan datang seperti dalam
tradisi politik negara kita, iaitu Timbalan Perdana Menteri biasanya dilantik menjadi Perdana Menteri.

Seperkara lagi, KaptenDiam difahamkan bahawa dalam Ahli Majlis MFD, terdapat seorang AJK MFD yang
BUKAN PEKAK dan juga BUKAN WAKIL EXCO PERSATUAN OP NEGERI. Sekiranya KaptenDiam tidak silap,
beliau ialah En Abdul Rahman, Penasihat kepada Persatuan Orang Pekak Melaka dan juga seorang guru
sekolah pendidikan khas.

KaptenDiam berharap agar para perwakilan orang Pekak dalam AGM MFD seharusnya lebih bijaksana
menggunakan kuasa yang diberikan dalam Perlembagaan MFD sebaik-baiknya untuk memberikan
KEUTAMAAN kepada CALON PEKAK sahaja yang benar-benar layak untuk menduduki AHLI MAJLIS MFD yang
dianggotai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan 5 orang AJK.

Sekiranya anda mungkin mempunyai sebarang kekeliruan berhubungan isu ini, sila menyediakan senarai
pertanyaan dan bertanya kepada Presiden MFD, En Md Sazali Shaari. Menurut sumber laman web FSD,
beliau akan turun ke FSD, Pulau Pinang esok untuk menyampaikan ceramah mengenai fungsi persatuan OP
di Malaysia dalam sesi forum sempena Sambutan Ulangtahun FSD ke-50.

Diharapkan Hari Sambutan Ulangtahun Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (FSD) ke-50 akan
menjelma kepada hari perayaan yang terbaik dan paling meriah serta akan dikenang oleh setiap rakyat
Pekak sepanjang hayat sekiranya Jawatankuasa Penganjur bekerja keras memastikan semua program
dilaksanakan dengan lancar seperti yang dijadualkan mulai esok.

AGM Persatuan Bekas Pelajar FSD yang kali pertama pada hari Ahad ini diharapkan membentuk barisan
pemimpin Pekak yang mantap dan setaraf kedudukannya dengan MFD di peringkat nasional.

Selamat maju jaya dan Sekian terima kasih.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

KaptenDiam -
Menyambut Hari Ulangtahun FSD ke-50 di rumah.

posted by KaptenDiam @ 12:55 AM 22 Julai 2004

Majlis MFD dan Biro Pentadbiran MFD


FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

SURAT DARIPADA PENULIS MR VIRUS


saya dengan ikhlasnya ingin memuji kapten diam diatas peranannya menjana forum ini dengan perkara2
yang menjana keintelektualan.

> saya tidak ingin mengkritik atau menghentam sesiapa berdasarkan sikap pro. Yang saya ingini hanyalah

68 
 
membentengkan hujah-hujah pemikiran saya sendiri yg mungkin dianggap sebagai FIKIRAN BUDAK KECIL
dan diminta agar bermain jauh2 serta diinasihati supaya tidak mencampuri urusan org2 tua.. saya tidak
layak untuk mengtkritik orang yg mengatakan saya ni kanak-kanak yg kurang ajar kerana mencampuri
percakapan org2 tua. Saya cuma berharap agar minda saya yg agak tertutup menjadi lebih terbuka serta
mendapat tunjuk ajar dari orang2 yg lebih banyak makan garam berbanding dgn saya.

>Mengenai exco MFD


terlebih dahulu saya ingin bertanyakan sesuatu yg saya tidak ketahui. daripada kaptendiam telah
membuatkan fikiran saya keliru dan berselirat dgn pernyataan kapten diam . diharap kaptendiam dapat
menjawab setiap soalan saya utk menguraikan segala kekusutan yg sedia ada.
1) adakah presiden MFD bukan termasuk dlm AJK pentedbiran?
2) jika ya, siapakah yg menjawat jawatan setiausaha dan bendahari dlm EXCO MFD?
3) jgn kata pn. sariah dan pn. hafidah adalah org tersebut kerana kaptendiam telah mempertikaikan
peranan presiden MFD dalam pentadbiran.
KaptenDiam menjawab soalan 1:
Ya, secara praktikal, Presiden MFD tidak termasuk dalam BIRO PENTADBIRAN MFD kerana kedudukan beliau
adalah terletak dalam barisan MAJLIS MFD. Sekarang Md Sazali Shaari memakai kedua-dua topi iaitu
Presiden MFD dan Pengarah Eksekutif MFD. Apabila beliau berada di pejabat MFD pada setiap hari, beliau
akan mengangkat topi Pengarah Eksekutif MFD. Setahu KaptenDiam, Biro Pentadbiran MFD diketuai oleh
Timbalan Presiden MFD, Tn Hj Ismail Muda selaku Pengerusi Biro tersebut. Baru-baru ini, beliau telah
meletakkan jawatan Timbalan Presiden MFD.

KaptenDiam menjawab soalan 2:


Dalam Majlis MFD 2002-2004, Pn Sariah Ibrahim (wakil KL: Setiausaha KLSD) menjawat jawatan Setiausaha
Agung MFD. En Razani Ramli (wakil Kelantan: Presiden POCPK) menjawat Bendahari MFD.

KaptenDiam menjawab soalan 3:


Untuk makluman Mr Virus, MFD menubuhkan BIRO PENTADBIRAN MFD yang bertanggungjawab ke atas
seluruh operasi pengurusan dan pentadbiran MFD.

Perbezaan antara Majlis MFD dan Biro Pentadbiran MFD boleh dilihat dengan jelas dari segi fungsi dan
peranan, iaitu Majlis MFD adalah kuasa tertinggi MFD yang menentukan keputusan dan dasar-dasar MFD
manakala Biro Pentadbiran adalah pihak yang menurut perintah daripada Majlis MFD dan menjalankan
pelaksanaan program-program tahunan.

Dalam struktur Biro Pentadbiran MFD, Pn Sariah adalah Setiausaha Eksekutif, Pn Hafidah Pegawai
Kewangan MFD dan En Md Sazali Shaari Pengarah Eksekutif MFD.

Ini bermakna bahawa Md Sazali dan Sariah adalah pekerja tetap di MFD (jawatan sepenuh masa di bawah
Biro Pentadbiran) dan juga menjawat jawatan Presiden dan Setiausaha Agung dalam Majlis MFD (EXCO
MFD). Pn Hafidah pun tidak terlibat dalam Majlis MFD.

Pendek kata, Sazali dan Sariah adalah pekerja yang digajikan di tempat majikan, iaitu MFD tetapi aktif
dalam persatuan seperti KLSD dan MFD. Tidak salah jika kita boleh samakan dengan pemimpin Pekak yang
lain. Contohnya, Razani Ramli adalah pengurus kilang tetapi aktif dalam persatuan Kelantan dan MFD. Lim
Heng Tuck pun seorang peniaga tetapi aktif dalam persatuan Kedah dan MSFD. Aqlam Jafri seorang pakar
ICT di Mimos tetapi aktif dalam persatuan KLSD dan MSFD.

Sekiranya anda berasa kurang pasti dengan kebenaran fakta dalam tulisan ini, sila berhubung dengan pihak
MFD untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian Terima Kasih.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 28 Julai 2004

69 
 
 
Jawatan Presiden MFD & Pengarah Eksekutif MFD
FORUM E-PEKAK Tajuk: 120 - Presiden MFD Kuasa Siapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi-Nya,

KaptenDiam kembali dari kampung dan menulis dengan panjang lebar untuk menjawab isu menarik yang
dibawa oleh Mr Virus.

Beliau adalah contoh penulis yang mampu membahaskan isu ini secara ilmiah tanpa pengaruh kefanatikan
terhadap pemimpin Pekak tertentu.

Sila ikutilah tulisan KaptenDiam di bawah dan diucapkan Selamat Membaca.

Antara Presiden Politik dan Presiden NGO

MR VIRUS >>
saya percaya seorang menteri tidak perlu bekarja sepenuh masa sebagai presiden partinya. tetapi saya
ingin tegaskan bahawa peranan parti politik tidak sama dengan pertubuhan kebajikan. seseorang perdana
menteri menjalankan tugasnya dengan baik dan bersih untuk mentadbirkan negara agar terus mendapat
kepercayaan rakyat terhadap parti politiknya. Presiden sesebuah parti politik bertanggung jawab
memastikan partinya terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat dan seterusnya mendapat tauliah
untuk mentadbir negara. jika kita perhatikan dgn teliti, secara tidak langsung seorang perdana menteri
telah menjalankan peranannya sebagai presiden parti politik ketika menjalankan tugas sebagai perdana
menteri ( mentadbir negara dgn baik dan seterusnya mendapat kepercayaan rakyat dlm pilihanraya).

KaptenDiam:
Kenyataan di atas memang tidak dapat dinafikan lagi. Sungguhpun peranan Parti Politik dan Badan Bukan
Kerajaan amat berbeza seperti langit dan bumi, namun kedua-dua organisasi tersebut juga mempunyai
MATLAMAT yang sama iaitu memajukan dan meninggikan taraf hidup masyarakat umum termasuk komuniti
orang Pekak.

Perlu diingatkan bahawa Badan Bukan Kerajaan seperti MFD juga tidak dapat dipisahkan daripada aspek
politik. Ini boleh dilihat daripada amalan demokrasi yang digunakan oleh komuniti orang Pekak dalam
pemilihan Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri pada setiap dua tahun.

Kita perlu mengetahui bahawa kedudukan Perdana Menteri adalah lebih tinggi daripada Presiden Parti
Politik seperti UMNO. Perdana Menteri berkhidmat kepada satu negara dan keseluruhan rakyat yang
berbilang kaum manakala Presiden Parti Politik hanya berkhidmat kepada satu parti sahaja mengikut
perbezaan ideologi politiknya.

Siapakah Pengarah Eksekutif?

MR VIRUS >>
Dalam pertubuhan kebajikan bukan kerajaan seperti MFD seseorang yg menjawat jawatan presiden MFD
digalakkan memegang jawatan pengarah eksekutif yg bekarja sepenuh masa secara automatik dan
menerima gaji daripada tabung kewangan MFD.

KaptenDiam:
KaptenDiam telah menjalankan beberapa kajian dan mendapati bahawa kenyataan di atas boleh
diperdebatkan. Sebenarnya jawatan Pengarah Eksekutif MFD tidak wujud dalam Perlembagaan (Peraturan)
MFD. Jawatan ini adalah jawatan tetap yang bergaji dalam struktur pentadbiran MFD dan tidak mempunyai
perkaitan dengan mana-mana syarat pemilihan Presiden MFD.

Jawatan Pengarah Eksekutif tidak boleh disamakan dengan kuasa Perdana Menteri kerana jawatan ini

70 
 
ditafsirkan sebagai pihak yang diperintah, iaitu beliau akan menerima arahan daripada Majlis MFD yang
diketuai oleh Presiden MFD untuk melaksanakan program dan melaporkan kemajuan program kepada
Presiden MFD dan Majlis MFD.

Tiada satu artikel dalam Perlembagaan MFD yang menyebut bahawa Presiden MFD yang berjaya terpilih
akan menjadi Pengarah Eksekutif MFD secara automatik. Ini berbeza daripada Presiden Parti Politik yang
menang dalam pilihanraya akan menjadi Perdana Menteri secara automatik.

Kita maklum bahawa Perdana Menteri mestilah seorang ahli politik, iaitu mana-mana Presiden Parti Politik
dan juga Ahli Parlimen (Wakil Rakyat). Begitu juga dengan Presiden MFD yang mestilah seorang ahli EXCO
daripada mana-mana Persatuan OP Negeri yang diwakilinya.

Mestikah Presiden MFD Sepenuh Masa?

MR VIRUS>>
Jika presiden MFD tidak bekerja sepenuh masa, katakanlah lelaki A merupakan presiden MFD dan juga
seorang pekerja atau boss di sebuah bidang awam atau swasta. Adakah lelaki A sanggup meninggalkan
kerjanya untuk menghadiri mesyuarat atau persidangan di dalam atau di luar negara. Adakah lelaki A
mendapat pelepasan( cuti ) daripada majikan untuk menghadiri mesyuarat/persidangan tersebut? Adakah
komitmen kerja lelaki A itu tidak terganggu atau terjejas?

KaptenDiam:
Sudah pasti jawatan Lelaki A yang bekerja dalam Kerajaan atau swasta tidak akan menjejaskan
komitmennya sebagai Presiden MFD yang dijawatnya kerana Timbalan Presiden dan Setiausaha MFD akan
mengisi tempat ketiadaan Presiden MFD dalam sebarang persidangan tersebut seperti yang telah
dimaktubkan dalam Perlembagaan MFD.

Kita cuba perhatikan beberapa contoh pemimpin Pekak seperti En Aqlam Jafri dan En Lim Heng Tuck yang
sering berulang-alik ke Persatuan dari tempat bertugas untuk menyelesaikan perkara-perkara dalam
pengurusan Persatuan masing-masing.

Layakkah Pengarah Eksekutif Mewakili MFD?

MR VIRUS >>
Seseorang pengarah eksekutif menerima arahan daripada presiden dan seterusnya menjalankan tugas yg
diberikan serta mengawal selia orang2 dibawahannya supaya menjalankan tugas seperti yg diarahkan oleh
presiden MFD. Yang menjadi persoalannya, adakah bidang kuasa pengarah eksekutif melebihi kuasa
setiausaha dan bendahari MFD? adakah pengarah eksekutif ini layak menghadiri sebarang mesyuarat yg
mewakili MFD? jika ia layak, secara tidak langsung ia mengambil alih tugas presiden MFD kerana terdapat
kemungkinan Presiden MFD terpaksa menolak kebanyakan jemputan mesyuarat atas alasan kerja. Jika
begitu, apa gunanya jawatan presiden MFD yg hanya sekadar nama sahaja.

KaptenDiam:
Seperti yang sudah dibincangkan, nama jawatan Pengarah Eksekutif tidak pernah ditulis dalam
Perlembagaan MFD dan hanya diwujudkan di bawah Biro Pentadbiran MFD. Ini menyebabkan kebanyakan
orang Pekak keliru akan perbezaan fungsi Presiden MFD dan Pengarah Eksekutif MFD yang dikatakan
hampir sama pada tanggapan mereka.

Ini juga menyebabkan kebanyakan orang Pekak mengeluarkan pendapat yang serupa iaitu Presiden MFD
tidak sepatutnya menjawat jawatan Pengarah Eksekutif MFD kerana mereka percaya Presiden MFD tidak
boleh menggunakan sumber kewangan MFD untuk kepentingan diri sendiri.

Secara perlembagaan, Presiden dan mana-mana AJK dalam Ahli Majlis MFD adalah bertanggungjawab
menghadirkan diri ke mana-mana mesyuarat yang melibatkan perwakilan MFD. KaptenDiam tidak pasti
sama ada Md Sazali pernah hadir atas nama Pengarah Eksekutif atau tidak pernah kerana beliau boleh
menukarkan topi pekerja MFD (Pengarah Eksekutif) dengan topi Presiden MFD serta-merta pada bila-bila
masa.

71 
 
Cubalah kita bayangkan apa yang terjadi sekiranya Ahmad adalah Presiden MFD dan Salleh adalah
Pengarah Eksekutif MFD? Jika Ahmad dan semua AJK MFD tidak dapat hadir dalam mesyuarat di luar MFD,
beliau akan mengarahkan Salleh supaya hadir sebagai wakil MFD sahaja dan melaporkan kemajuan
mesyuarat kepada Majlis MFD dan Biro Pentadbiran MFD. Ini tidak akan menjadikan Presiden MFD sebagai
boneka atau sekadar nama sahaja kerana beliau terpaksa bertanggungjawab menjaga kebajikan para
pekerja tetap MFD termasuk Salleh.

Pada hemat KaptenDiam, nama Pengarah Eksekutif MFD mungkin perlu ditukarkan kepada nama yang lebih
sesuai dengan kedudukannya seperti Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pentadbir MFD untuk
memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan antara Presiden MFD dengan pihak pentadbiran
MFD.

Wajibkah Presiden MFD menjadi Pengarah Eksekutif?

MR VIRUS >>
perkara ini dapat dielakkan jika jawatan pengarah eksekutif diambil oleh presiden MFD secara automatik
kerana apabila terdapat sesuatu yg di luar bidang kuasa pengarah eksekutif, presiden MFD boleh
menggunakan kuasanya sebagai presiden dan begitu juga sebaliknya. Begitu juga dengan jawatan
setiausaha dan bendahari MFD.

KaptenDiam:
KaptenDiam percaya kebanyakan orang Pekak tidak akan menyetujui kenyataan di atas. Sekiranya orang
lain mengambilalih jawatan Presiden MFD daripada tangan Md Sazali pada suatu masa kelak, Md Sazali
akan kehilangan pekerjaan tetap (Pengarah Eksekutif) hanya kerana beliau tidak lagi Presiden MFD.
Adakah tindakan ini perlu disokong? Mengapakah kita mesti membuang seseorang yang berkebolehan dan
berpengalaman seperti Md Sazali daripada pengurusan MFD? Ini tindakan yang amat berisiko jika orang
Pekak meluluskan usul bahawa Presiden MFD secara automatik menjadi Pengarah Eksekutif MFD.

Adalah satu keburukan yang mungkin berlaku sekiranya Pengarah Eksekutif MFD boleh menggunakan kuasa
sebagai Presiden MFD apabila berdepan dengan sesuatu perkara di luar bidang kuasa Pengarah Eksekutif.
Ini kadang kala boleh menimbulkan penyalahgunaan kuasa dan kewangan sekaligus menjejaskan
kepercayaan orang Pekak umum terhadap kejujuran pentadbiran MFD.

Sebagai contoh, Ahmad adalah Pengarah Eksekutif MFD dan juga Presiden MFD. Sekiranya beliau kurang
berpuashati dengan gaji sebagai Pengarah Eksekutif, beliau tidak boleh menaikkan gaji sendiri tetapi perlu
merujuk kepada Biro Pentadbiran dan Majlis MFD. Di situ, beliau akan menggunakan kuasa Presiden MFD
untuk mempengaruhi Majlis MFD supaya meluluskan permohonan kenaikan gaji tersebut untuk kepentingan
diri semata-mata.

Ini merupakan contoh penyalahgunaan kuasa sahaja. Perlu ditegaskan bahawa KaptenDiam tidak menuding
kepada sesiapa dalam Majlis MFD sekarang dan anggaplah hal ini tidak pernah berlaku. Harap maklum.

Kuasa Presiden dan AGM MFD

MR VIRUS >>
Kita tidak perlu risau dengan kuasa presiden MFD, kerana kuasa presiden MFD tedak setanding dengan
kuasa AGM MFD serta setanding dengan kuasa majlis MFD.

KaptenDiam:
Tepat sekali dengan pendapat Mr Virus bahawa Majlis MFD adalah kuasa tertinggi dalam pergerakan dan
perjuangan orang Pekak di Malaysia. Kuasa Presiden MFD adalah hak milik rakyat Pekak yang memberikan
kepercayaan dan kuasa kepada wakil OP yang layak melalui AGM MFD.

Cerdik Pandai Pekak menjadi Presiden MFD?

MR VIRUS >>

72 
 
Pada hemat saya, perlembagaan MFD yg hanya membenarkan org pekak menjawat jawatan exco persatuan
negeri ada banyak kelemahannya kerana hanya menyatakan org yg menjadi exco sahaja yg boleh
menjawat jawatan presiden MFD. terus-terang saya katakan, adakah penjawat jawatan presiden MFD tidak
wajib menguasai bahasa inggeris@melayu dan mempunyai pengetahuan luas dalam pengurusan persatuan.
Bolehkah orang seperti ini menjadi wakil kita dalam persidangan luar negara yg menggunakan bahasa
inggeris sebagai bahasa pengantar? Boleh org pekak yg tidak mempunyai kelayakan akademik yg baik
menjadi presiden? (sanggupkan anda mengangkat seekor lembu sebagai ketua anda?) Perlembagaan MFd
ini tidak menyatakan ciri2 kelayakan seorang calon presiden MFD dengan jelas.

KaptenDiam:
Sememangnya Perlembagaan MFD tidak menjelaskan ciri-ciri keperibadian yang diperlukan dalam
pemilihan Presiden MFD. Tetapi kita perlu diingatkan bahawa Perlembagaan MFD telah meletakkan ketiga-
tiga syarat yang paling asas.

Syarat yang pertama ialah Presiden MFD mestilah seorang Pekak. Syarat yang kedua mengkehendaki
Presiden MFD menguasai bahasa orang Pekak baik bahasa isyarat tempatan mahupun bahasa isyarat
antarabangsa. Syarat yang ketiga mewajibkan Presiden MFD terdiri daripada ahli EXCO di mana-mana
persatuan negeri. Syarat-syarat ini tidak menunjukkan sebarang kelemahan.

Seperti yang disebut oleh Mr Virus, penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pengetahuan tentang
pengurusan persatuan dan kelayakan akademik sebenarnya BUKANLAH suatu syarat menjadi Presiden MFD
kerana perkara ini boleh ditafsirkan sebagai suatu KELEBIHAN / BONUS sebagai pelengkap sokongan kepada
kempen pemilihan Presiden MFD sahaja.

Dengan erti kata yang lain, seseorang Pekak tidak memerlukan ijazah unversiti untuk menjadi Presiden
MFD. Misalnya, En Md Sazali dan En Lim Heng Tuck tidak memiliki kelayakan pendidikan tinggi tetapi
diterima menjadi Presiden kepada MFD dan MSFD.

Kita cuba perhatikan contoh ahli politik Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad memiliki ijazah kelas pertama
dalam jurusan ekonomi dan dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua pada era Tun Dr Mahathir.
Bagaimanapun beliau kalah kepada calon PAS dalam pilihanraya 1999 dan akhirnya tidak dilantik semula
menjadi Menteri Kewangan Kedua kerana kehilangan lesen ahli Parlimen. Ini jelas menunjukkan
kepandaian (kelayakan akademik yang tinggi) tidak boleh menjamin kesinambungan kuasa seseorang dalam
jawatan politik kerana ia adalah tertakluk kepada kuasa Perlembagaan dan kepercayaan yang diberikan
oleh rakyat umum.

Jawatankuasa Bebas

MR VIRUS >>
Saya harap AGM MFD kali ini dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk mengkajikan semula
kelemahan perlembagaan MFD.

KaptenDiam:
Ini terserah kepada kuasa para perwakilan Pekak yang akan turun bersama harapan baru untuk mengkaji
semula dan memantapkan Perlembagaan MFD demi menegakkan keadilan dan membetulkan kepincangan
yang berlaku dalam Perlembagaan MFD.

Penutup

MR VIRUS >>
secara terbuka saya MENYOKONG encik sazali(presiden MFD sekarang) terus menjawat jawatan Presiden
MFD. Saya bukanlah PRO encik sazali, tetapi PERCAYA kepada encik sazali. Beliau telah mendapatkan
kepercayaan saya untuk terus mewakili kita berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan beliau membawa
MFD melangkah jauh ke hadapan. saya percaya pengalaman beliau sebelum ini amat beharga dan berguna
kepada kita secara amnya. terpulanglah kepada anda untuk mencari calon baru yg anda yakin boleh
menggantikan encik sazali dengan mencalonkannya sebagai timbalan presiden MFD. calon timbalan itu
diharap dapat menimba ilmu daripada encik sazali.

73 
 
KaptenDiam:
Sebagai ahli Persatuan yang setia, Mr Virus berhak menyokong sepenuhnya Md Sazali dikekalkan dalam
jawatan Presiden MFD. Ini bermaksud beliau perlu melepaskan dan menyerahkan jawatan Pengarah
Eksekutif MFD kepada sesiapa yang layak baik seorang Pekak mahupun seorang bukan Pekak yang
berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran persatuan.

Sekurang-kurangnya beliau juga perlu memegang satu jawatan EXCO dalam mana-mana persatuan OP
Negeri walaupun sekadar pada jawatan yang rendah seperti Ahli AJK Persatuan tersebut. Demikianlah
pendapat yang dikemukakan oleh kebanyakan orang Pekak yang memahami dan menjulang Perlembagaan
MFD.

Malangnya kita masih belum menemui orang Pekak yang menawarkan diri menjadi Presiden MFD secara
perlembagaan buat kali pertama walaupun Md Sazali telah memimpin MFD hampir 7 tahun atas tiket
Penasihat KLSD yang merupakan bukan Ahli EXCO KLSD.

Kita mampu merancang perubahan yang membawa kesejahteraan kepada komuniti kita tetapi hanya Allah
SWT sahaja yang berkuasa menentukan segala-gala.

Sekian Terima Kasih.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 12:15 AM 28 Julai 2004

Amanda pelakon Balqis


FORUM E-PEKAK Tajuk: 114 - DIKEHENDAKI PELAKON UTAMA

Salam sejahtera,

Ketika menikmati nasi minyak dalam kenduri majlis perkahwinan rakan KaptenDiam dengan adik lelaki Ras
Adiba di Pandan Jaya pada bulan lepas, seorang rakan Pekak dengan bangganya menunjukkan sekeping kad
busines yang memaparkan gambar Amanda beserta tandatangannya kepada KaptenDiam.

Beliau menjelaskan bahawa beliau amat bertuah kerana telah mendapatkan peluang keemasan untuk
bercinta bersama model tersebut selama 40 hari. Sebenarnya maksud cinta beliau ialah suatu amanah yang
diberikan oleh persatuan MFD kepadanya untuk menjadi tenaga pembimbing yang menurunkan ilmu bahasa
isyarat kepada Amanda yang berlakon di lokasi penggambaran yang terletak di daerah Gombak.

Selepas KaptenDiam menganalisis secara ringkas kad tersebut, KaptenDiam boleh mengatakan bahawa kita
terpaksa akur kepada kebenaran bahawa Amanda adalah seorang model Pekak yang paling cantik dan
berjaya mencipta nama di luar negara kelahirannya, iaitu Indonesia.

Sebagai rakyat Pekak, kita berbangga dengan kegemilangan Malaysia dalam bidang ekonomi dan
pembangunan bandaraya yang tercanggih seperti KLCC, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya. Malaysia
sememangnya menewaskan Indonesia dan Thailand tetapi sebenarnya lebih daripada 18,000 rakyat Pekak
Malaysia termasuk ahli-ahli Persatuan Pekak di bawah MFD akhirnya tunduk kepada seorang puteri Pekak
Indonesia yang bernama Amanda.

Tidak dinafikan lagi bahawa kecantikan dan pengalaman Amanda dalam bidang model Indonesia menjadi
umpan yang berjaya menarik perhatian Sang Ikan (Pengarah Drama BALQIS) untuk memperkembangkan
bakat lakonannya di negara kita. Beliau juga telah mengangkat maruah komuniti Pekak Indonesia di
peringkat antarabangsa.

Pada masa yang sama, Indonesia sedang berusaha membina kekuatan pasukan badminton Pekak yang bakal

74 
 
menyaingi pasukan Pekak Malaysia yang dijangka kehilangan anak kelahiran Pulau Pinang yang akan
menggantung raket badminton pada bila-bila masa.

Di sini KaptenDiam tidak menulis untuk mempersalahkan mana-mana pihak yang gagal mendapatkan bakat
pelakon Pekak tempatan untuk membintangi sebuah drama Melayu. Kita masih berbangga dengan satu-
satunya filem Melayu bertajuk Penyair Malam yang menyentuh budaya orang Pekak di FSD, Pulau Pinang
walaupun ia tidak melibatkan pelakon Pekak.

Bagaimanapun KaptenDiam difahamkan bahawa ahli-ahli Persatuan Pekak di Utara, Selatan, Pantai Timur
dan Sabah tidak dimaklumkan oleh pihak MFD mengenai tawaran jawatan pelakon drama tersebut.
Tawaran tersebut hanya diumumkan dalam laman web E-Pekak yang mana tidak semua rakyat Pekak
membuka laman web pada setiap hari.

Memandangkan penggambaran lakonan Amanda sudah bermula pada masa yang lepas, KaptenDiam tidak
bercadang untuk memanjangkan perbincangan ini. Ini adalah kerana KaptenDiam percaya terdapat
beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak menggalakkan orang Pekak tempatan menceburkan diri
dalam bidang kerjaya hiburan tempatan.

Telah tibanya masa untuk menyerahkan hal ini kepada para pembaca yang dihormati untuk menilaikan
semula isu ini dan mengemukakan apa-apa cadangan yang bernas untuk mempromosikan budaya orang
Pekak melalui industri perfileman dan lakonan.

Sekian Terima Kasih.

KAPTENDIAM
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 12:00 AM 04 Ogos 2004

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diBIMkan?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 118 - sms english

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada para penulis yang telah menyampaikan beberapa
pandangan pro dan kontra mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam mesej SMS.

Setelah setiap pendapat dikaji dan dianalisis, KaptenDiam boleh merumuskan bahawa komuniti Pekak
telah melahirkan kebimbangan mengenai sikap sesetengah orang Pekak yang mengagung-agungkan
penggunaan bahasa Inggeris dan merojakkan bahasa Melayu dalam urusan SMS harian.

Pada masa yang sama, Kerajaan mula mengaturkan pelbagai tindakan untuk membendung gejala
penggunaan bahasa rojak di kalangan rakyat Malaysia. Pakar-pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka
menyuarakan kebimbangan bahawa kedaulatan bahasa Melayu benar-benar telah dicabar oleh pelbagai isu
semasa seperti dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Adakah kewibawaan bahasa Melayu tidak mencukupi untuk menjadi bahasa ilmu yang melahirkan pakar-
pakar profesional yang bakal membangunkan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020?
Wajarkah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) menjadi bahasa ilmu yang mampu menggantikan KTBM sebagai
bahasa pengantar di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas?

Jika kita perhatikan betul-betul, kita akan mendapati bahawa masyarakat umum telah melakukan
kesalahan, iaitu merojakkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dengan alasan bahawa penggunaan
bahasa rojak akan mengindahkan dan mencanggihkan lagi bahasa Melayu kononnya.

Dan kita juga mendapati bahawa komuniti Pekak turut merojakkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Mereka bukan merojakkannya dengan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Sebenarnya mereka telah
merojakkan kedua-dua bahasa dengan BAHASA ISYARAT MALAYSIA!

75 
 
Oleh itu, KaptenDiam tidak akan menganggap bahawa mereka melakukan kesalahan terhadap bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris kerana bahasa mereka yang sebenarnya ialah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
sebagai bahasa ibunda dan juga bahasa komunikasi bagi komuniti Pekak Malaysia.

Adalah tidak adil sekiranya kita mengatakan bahawa orang Pekak bertanggungjawab merosakkan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang didakwa oleh pengguna yang tidak memahami kandungan mesej
SMS daripada pengguna Pekak.

Sebenarnya mereka terpaksa menggunakan BIM untuk merojakkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
ketika mengirim mesej SMS sehingga ia menghasilkan ayat yang mungkin memeningkan pembaca dan
menyalahi tatabahasa tersebut.

Boleh dikatakan bahawa bahasa yang dirojakkan oleh orang Pekak dalam sesuatu tulisan dikenali sebagai
bahasa yang diBIMkan walaupun belum ada kajian ilmiah tersebut. Seperti yang diketahui, BIM tidak
mempunyai sistem tulisan misalnya tulisan rumi dan jawi bagi bahasa tertentu. Oleh itu, mereka berasa
tidak bersalah untuk menyampaikan sesuatu fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan dengan
menggunakan bahasa yang diBIMkan.

Kebatasan kemudahan teknologi telefon bimbit seperti panjang mesej yang terhad dan tempoh masa
kederasan menaip mesej menjadi faktor utama yang menggalakkan penggunaan bahasa yang diBIMkan di
kalangan pengguna Pekak. KaptenDiam juga sentiasa menggunakan bahasa yang diBIMkan ketika mengirim
SMS kepada kawan-kawan Pekak.

Para pembaca cuba membaca contoh mesej SMS di bawah dalam bahasa Melayu dan bahasa yang diBIMkan.

Bahasa Melayu Baku: Saya akan berjumpa dengan awak di bawah pejabat KLSD.
Bahasa yang diBIMkan: KLSD bawah jumpa.

Bahasa Melayu Baku: Abang sudah sampai dengan selamat di rumah. Sayang mu.
Bahasa yang diBIMkan: Abg selamat sampai rumah. ILY.

Kedua-dua mesej SMS di atas jelas menunjukkan bahawa komuniti Pekak amat mementingkan BIM sebagai
bahasa komunikasi dalam mesej SMS walaupun jalan bahasa tulisannya sememangnya menyalahi
tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Perlu ditegaskan bahawa komuniti Pekak tidak pernah berniat untuk mencemarkan bahasa Melayu ataupun
bahasa Inggeris kerana pada hakikatnya kebanyakan orang Pekak di mana-mana negara lain termasuk
Amerika Syarikat juga menghadapi masalah penguasaan bahasa tulisan dalam bahasa kebangsaan masing-
masing.

Sesungguhnya bahasa yang diBIMkan amat diperlukan dalam keadaan yang tertentu seperti perbualan yang
tidak rasmi dalam SMS, namun orang Pekak tidak digalakkan menggunakan Bahasa yang diBIMkan ketika
berinteraksi dengan masyarakat umum dalam alam kerjaya dan sebarang urusan rasmi melalui SMS dan
tulisan.

Pada masa yang sama, KaptenDiam ingin menyeru kepada orang Pekak supaya bangkit dan menyokong
kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan harian termasuk pentadbiran, pertemuan
sosial, persembangan yang tidak rasmi, pendidikan dan semua bidang.

Nasihat KaptenDiam kepada para orang Pekak termasuk pemimpin Persatuan Pekak agar tabiat malas
membaca hendaklah dihapuskan kerana amalan membaca adalah satu-satunya jambatan yang dapat
membantu orang Pekak membaiki penguasaan bahasa tulisan dengan mempertingkatkan KUANTITI
perbendaharaan kata dan KUALITI kemahiran berbahasa tulisan.

Marilah kita bersama-samalah menjadi rakyat Malaysia yang patriotik memartabatkan kedaulatan bahasa
Melayu dan juga menjadi rakyat Pekak yang berbangga dengan KTBM dalam pendidikan khas dan BIM dalam

76 
 
budaya komuniti Pekak Malaysia.

Sekian terima kasih.

KAPTENDIAM
Pengguna KTBM dan BIM.
kaptendiam@yahoo.com

posted by KaptenDiam @ 6:38 PM 05 Ogos 2004

Pemikul dosa menurut firman Allah


FORUM E-EPEKAK Tajuk 115 Agama

Assalamualaikum

Sebenarnya KaptenDiam tidak mempunyai keupayaan yang teristimewa untuk membincangkan sejauh
manakah kebenaran iaitu seseorang akan mendapat (menanggung) dosa yang dilakukan oleh orang lain.

Bagaimanapun KaptenDiam telah memetik Firman Allah dari Al-Quran yang bermaksud:

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

Al-Fathir : 18

Demikianlah kesucian ayat al-Quran yang menegaskan bahawa kita tidak akan mendapatkan ataupun
mewarisi ataupun menanggung dosa daripada orang lain kecuali kesalahan dosa yang kita lakukan sendiri.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa para pembaca yang beragama Islam.

Sekian Wasallam.

posted by KaptenDiam @ 11:00 PM 5 Ogos 2004

Sukarelawan Pendatang Haram?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 133 - Pendatang Haram

--------------------------------------
Mesej daripada penulis PEJUANG PEKAK

Kapten Diam. Siapakah staff baru? Nama saudari Emmy kini sudah berpindah ke PDA
dan hari itu juga belajar bahasa isyarat di KLSD. Saya kagumi kehebatan saudari
cepat belajar bahasa isyarat..boleh berkomunikasi melalui perterjemaah. Akhirnya
saya hairan yang pemimpin pemerintah dari MFD berkata saudari dianggap pendatang
haram yang semasa itu kerja sukarela di KLSD.

Pada pendapat anda sekiranya tak setuju, sila pilih taip B.

A. Setuju
B. Tak setuju.
--------------------------------------

Tajuk isu di atas yang dikemukakan oleh saudara PEJUANG PEKAK sungguh aneh dan juga amat menarik
perhatian KaptenDiam dan para pembaca.

77 
 
Malaysia semakin bimbang dengan kebanjiran pendatang haram dari negara-negara asing yang mundur.
Adakah komuniti Pekak akan mengalami masalah yang sama, iaitu isu pendatang haram di Persatuan
Pekak?

Pendatang haram yang dimaksudkan oleh penulis PEJUANG PEKAK ialah saudari Emmy, sukarelawati bukan
Pekak yang pernah berkhidmat di KLSD. Beliau telah melahirkan kekesalan dengan sikap pemerintah MFD
yang melabelkan diri Emmy sebagai PENDATANG HARAM.

Benarkah tuduhan ini? Wajarkah ini menjadi contoh kepimpinan pemerintah MFD kepada komuniti Pekak?
Jika tuduhan ini dibuat secara peribadi, anggaplah sahaja hal ini adalah masalah dalaman antara pihak
pemerintah dan sukarelawati tersebut yang tidak patut kita campur tangan.

KaptenDiam kurang pasti dengan kebenaran ini tetapi mempunyai satu persoalan untuk dibincangkan
bersama. Seandainya tuduhan ini benar-benar berlaku seperti yang dinyatakan oleh Pejuang Pekak,
bagaimanakah pihak pemerintah boleh melabelkan dirinya sebagai pendatang haram kerana selama ini
pihak pemerintah MFD sentiasa menjerit-jerit di sini dan di situ sebagai usaha yang terakhir untuk
menyeru kepada orang ramai supaya menghulurkan bantuan kesukarelawanan demi pembangunan komuniti
Pekak.

Bukankah hal ini amat memeranjatkan kita? KaptenDiam telah bertemu dengan pihak yang tidak mahu
didedahkan identitinya. Menurut sumbernya, sebenarnya saudari Emmy telah diambil bekerja secara
sukarela di KLSD untuk membantu pihak pentadbiran KLSD tanpa kelulusan EXCO KLSD. Ini dipercayai
menjadi salah suatu punca yang menyebabkan beliau dianggap sebagai pendatang haram.

Siapakah yang membawa saudari Emmy bekerja tanpa pengetahuan dan kelulusan EXCO KLSD? Beliaulah
yang sepatutnya menjelaskan perkara ini dan diharapkan menutup kes ini dengan cara yang baik tanpa
menjejaskan imej persatuan KLSD dan MFD.

Walau bagaimanapun KaptenDiam berpendapat bahawa para pemimpin Pekak tidak sepatutnya
mengeluarkan sebarang label ataupun tanggapan yang buruk hanya kerana mereka tidak suka akan
seseorang yang mahu datang menolong Persatuan mereka. Ini adalah kerana komuniti Pekak memerlukan
lebih ramai pekerja sukerelawan dalam setiap program anjuran Persatuan Pekak.

KaptenDiam diberitahu oleh Presiden PDA bahawa pihak PDA telah mengambil saudari Emmy bekerja di
negeri kelahirannya dan berterima kasih kepada beliau yang sedang berusaha membantu PDA mendapatkan
geran bantuan kewangan tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang. KaptenDiam
bersyukur kerana beliau bagaikan bulan yang jatuh ke riba PDA walaupun beliau kekurangan pengalaman
dalam pentadbiran Persatuan tersebut.

Semoga saudari Emmy melupakan perkara yang lalu di Kuala Lumpur dan mendapat semangat baru untuk
berbakti kepada komuniti orang Pekak di Pulau Pinang.

Wasalam.

posted by KaptenDiam @ 5:05 AM 08 Ogos 2004

Pena KaptenDiam
FORUM E-PEKAK Tajuk: 128 - Apa dah jadi...???

------------------------------------------------
Saudara Kapten Diam

Saya pembaca amat menarik dengan tulisan saudara KaptenDiam. Saya rugi banyak
terlepas membaca banyak tulisan saudara KaptenDiam dahulu. Saya bertanya
bolehkah saudara Kapten Diam menghantar semua tulisan? Saya mahu belajar menjadi
maju lagi. sekian terima kasih.

78 
 
Pembaca Pekak
(nama sebenar tidak ditunjukkan)
------------------------------------------------

Assalamualaikum WBT,

Terima kasih KaptenDiam ucapkan kepada saudara Pembaca Pekak yang telah menyatakan sokongan
kepada Forum kita sebagai platform utama yang memajukan keintelektualan para penulis dan forumnis
Pekak di seluruh Malaysia.

Dengan sukacitanya, permintaan saudara Pembaca Pekak telah menjadi satu kenyataan kerana
KaptenDiam sebenarnya telah lama menyimpan semua tulisan KaptenDiam dan juga AskarDiam (nama
samaran lama KaptenDiam) dalam satu arkib web yang dikenali sebagai PENA KAPTENDIAM.

Alamat laman web PENA KAPTENDIAM ialah

www.kaptendiam.blogspot.com

Artikel tulisan KaptenDiam dari bulan Jan 2004 hingga hari ini telah dihimpunkan dan disunting semula
termasuk pembetulan ejaan dan bahasa sebelum dimasukkan ke dalam laman web peribadi untuk
memudahkan para pembaca mengikuti hasil kajian yang bersifat ilmiah dan bukan ilmiah mengenai isu-isu
komuniti Pekak di Malaysia.

Ini adalah selaras dengan nasihat Khalifah Islam yang terkenal, iaitu Sayidina Ali r.a. yang bermaksud:

IKATLAH ILMU DENGAN MENULISNYA.

Selain daripada itu, saudara dan saudari pembaca boleh berdaftar secara percuma di tapak web
www.blogger.com sekiranya ingin menerbitkan hasil penulisan seperti diari peribadi, rencana pengalaman,
perbincangan, jurnal penyelidikan, berita dan lain-lain dalam bentuk arkib web Blogger yang sentiasa
mengutamakan kebebasan pemikiran penulis kita.

Selamat melayari laut digital berjudul PENA KAPTENDIAM. Sekian dan wassalam.

KAPTENDIAM
e-mel: kaptendiam@yahoo.com
website: www.kaptendiam.blogspot.com

posted by KaptenDiam @ 5:15 AM 08 Ogos 2004

Orang Pekak atau Cacat Pendengaran?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 131 - Tolongg!!!

-----------------------------------------
Mesej daripada penulis YOPPENANG

Assallamualikum,Untuk pertanyaan Kapten Diam mengapa Yop Penang guna istilah


cacat pendengaran kerana istilah ini masih digunakan walaupun memang istilah ini
bunyinya negatif bagi setengah-setengah orang pekak tetapi ini adalah satu
kenyataan. Yop Penang hargai dan meminta maaf jika ada OP yang rasa tersinggung.
Untuk pengetahuan Kapten Diam dan OP yang lain masih ada persatuan OP Negeri
yang masih menggunakan CACAT PENDENGARAN pada nama persatuan mereka. Ini hak
mereka bukan? Jadi CP hanya istilah bagi maksud yang sama dengan PEKAK. Ramai
yang terkeliru dengan istilah ini.Diharap Kaptem Diam dapat menasihat mana-mana
persatuan OP yang masih menggunakan istilah CP untuk menukarkan kepada OP. Yop

79 
 
Penang minta maaf sekali lagi dan berharap OP maju jaya dalam semua lapangan.
-----------------------------------------

Memanglah benar dengan apa yang didedahkan oleh penulis Yop Penang mengenai istilah CACAT
PENDENGARAN pada nama persatuan di sesetengah negeri. Menurut pengetahuan KaptenDiam, antara
persatuan yang menggunakan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:-

1. Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor (POCPS)


2. Persatuan Orang Cacat Pendengaran Kelantan (POCPK)
3. Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT)

Persatuan Selangor dan Kelantan adalah Ahli Gabungan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
manakala PKOCPT pimpinan Tengku Arman Haris tidak berada di bawah Gabungan MFD.

Pada tahun yang lepas, KaptenDiam telah dijemput menyampaikan ceramah motivasi dalam suatu majlis
forum anjuran POCPK di Kota Bharu. Di sana KaptenDiam menyaksikan peristiwa penceramah jemputan
yang bergelar Dr menegur dan meminta POCPK supaya nama CACAT PENDENGARAN sepatutnya digugurkan
dan digantikan dengan istilah yang sesuai. Hingga hari ini, POCPK masih belum melakukan perubahan
tersebut walaupun AGM POCPK telah lama berlalu.

KaptenDiam tidak mempunyai maklumat mengenai POCPS (Selangor) yang dikatakan terkenal dengan
pendirian Presiden Selangor yang agak kontroversi dalam sesetengah isu berhubungan dengan pihak MFD.
Bagaimanapun KaptenDiam berharap agar sesiapa antara ahli-ahli POCPS yang menyedari kesilapan nama
persatuan akan membawa usul pindaan ke AGM yang akan datang.

Di Terengganu, Presiden PKOCPT, Tengku Arman pernah meminta pandangan KaptenDiam mengenai nama
persatuan tersebut. Menurut beliau, istilah CACAT PENDENGARAN dicadangkan oleh pemimpin bukan Pekak
dan diluluskan oleh ahli-ahli Pekak sewaktu mengasaskan persatuan baru yang kedua di Terengganu.

KaptenDiam berpendapat bahawa ahli-ahli PKOCPT tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu
menghalalkan istilah tersebut kerana pada ketika itu, mereka kekurangan kesedaran mengenai hal-ehwal
kepekakan (deafness) dan hak-hak sebagai warga Pekak seperti yang dinyatakan oleh beliau yang secara
jujurnya mengakui dirinya kekurangan pengalaman kepimpinan dan terpaksa menerima tunjuk ajar
daripada Timbalan Presiden yang bukan Pekak.

Walau bagaimanapun, Tengku Arman telah berjanji akan memaklumkan perlunya perubahan nama
persatuan tersebut kepada ahli-ahli PKOCPT dan berterima kasih kepada KaptenDiam dan para pemimpin
Pekak yang telah bermurah hati membantu persatuan beliau yang agak terpencil daripada dunia komuniti
Pekak.

Istilah MASALAH PENDENGARAN sering digunakan secara meluas oleh Jabatan Pendidikan Khas (JPK),
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak MFD sepatutnya memikul tanggungjawab ini untuk memberikan
penjelasan kepada pihak JPK dan media massa mengenai isu penggunaan pelbagai istilah yang merujuk
kepada orang Pekak.

Adalah satu saranan yang baik sekiranya pihak MFD menghubungi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan mencadangkan bahawa istilah pekak dinilaikan semula dan disesuaikan dengan budaya keMalaysian.
Misalnya pekak boleh digolongkan dalam kata nama atau frasa nama, iaitu orang Pekak yang membawa
makna seseorang yang tidak mempunyai keupayaan tertentu untuk berkata ataupun mendengar ataupun
apa-apa takrifan yang difikirkan lebih sesuai oleh mana-mana pemimpin Pekak.

Baru-baru ini KaptenDiam telah membaca akhbar tempatan yang melaporkan bahawa USM mencadangkan
istilah OKU yang akan merujuk kepada Orang Kelainan Upaya untuk menggantikan maksud Orang Kurang
Upaya.

Hal ini telah disahkan oleh rakan KaptenDiam yang merupakan pelajar Pekak yang ketiga diterima masuk
ke USM. Apakah pandangan para pembaca Pekak dan bukan Pekak mengenai istilah baru tersebut?

80 
 
Selamat berforum dan sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 5:28 AM 08 Ogos 2004

Kad keahlian orang Pekak dan Mahkamah


FORUM E-PEKAK Tajuk: 144 - Perlu bantuan

-----------------------------------------
Mesej daripada penulis KUTURAYAU

Kepada Mohamad Sazali Shaari

Ada seorang pekak telah dipenjara ke atas tuduhan mencuri kereta Proton Wira dan
bertukar plet pendaftaran palsu di Carrefour Jalan Peel, Kuala Lumpur. Bagaimana
dia ingin membela nasib untuk mengurangkan hukuman penjara. Kasihan dengan
isteri dan anak beliau. Bolehkah Encik dapat membantu beliau supaya pembicaraan
semula di Mahkamah Majistret Jalan Duta, KL. Kalau boleh, anda betul-betul
pemimpin tokoh pekak yang terkenal di Malaysia. (Dianggap kata-kata pujian oleh
Beverly Buchanan). Merdeka.....Merdeka.....Merdeka.....
-----------------------------------------

Pada pendapat kebanyakan orang Pekak, seseorang penjenayah Pekak wajib menjalani hukuman yang
sama rata di sisi undang-undang negara kita atas kesalahan jenayah tertentu yang dilakukannya.

Kita sudah pasti bahawa pihak mahkamah tidak memerlukan kad keahlian KLSD atau kad OKU JKMM untuk
memberikan DISKAUN dan mengurangkan hukuman tersebut. Mereka juga menolak pengaruh ketokohan
Presiden MFD untuk campur tangan dalam pengadilan mahkamah mereka.

Mahkamah adalah pihak yang bebas daripada pengaruh parti politik dan juga NGO Pekak. Oleh itu, kita
hendaklah menghormati segala keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman ke atas pesalah Pekak.

Walau bagaimanapun, pesalah pekak masih boleh merayu supaya hukuman tersebut diringankan melalui
saluran tertentu. Pemimpin Pekak mungkin boleh menjadi saksi bagi pihak pesalah Pekak untuk
menyokong rayuan tersebut jika diperlukan oleh undang-undang dan akta tertentu.

Kejadian pencuri Pekak yang dipenjarakan hendaklah dijadikan pengajaran untuk renungan komuniti kita
supaya anak-anak Pekak tidak akan mengikut jejak tersebut.

posted by KaptenDiam @ 5:00 PM 09 September 2004

Isu AGM MFD 2004


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

KaptenDiam baru sahaja balik daripada kesibukan projek penting yang menyebabkan tulisan KaptenDiam
ditangguhkan. Kali ini KaptenDiam akan menulis atas nama pemerhati yang bebas dengan satu tujuan
untuk memenuhi permintaan saudara penulis termuda, iaitu MR VIRUS yang telah mengunjungi kampung
KaptenDiam di negeri Seladang baru-baru ini.

KaptenDiam percaya kebanyakan pembaca Forum kita seperti Mr Virus amat berharap agar KaptenDiam
kembali menuliskan pandangan peribadi mengenai beberapa isu dalam AGM MFD kali keempat yang telah
diadakan pada pertengahan bulan Ogos yang lepas walaupun KaptenDiam sendiri tidak menghadiri AGM

81 
 
MFD tersebut.

Apa yang paling menarik ialah KaptenDiam menerima reaksi yang berbau ketidakpuashatian daripada
sesetengah pemimpin Pekak, perwakilan Pekak dan pemerhati dalam AGM MFD tersebut. Walaupun Berita
E-Pekak melaporkan bahawa AGM MFD telah berlangsung dengan jayanya serta mengemukakan beberapa
resolusi yang baru, namun terdapat pelbagai komen negatif yang menyentuh isu-isu hangat mengenai MFD
dan Persatuan Negeri tertentu.

KaptenDiam telah ditemui oleh Presiden MFD dan Presiden KDA serta diberikan ceramah daripada mereka
yang cuba menjelaskan gambaran yang sebenar mengenai ketegangan suasana AGM MFD. Sebagai penulis
yang berertika, KaptenDiam hanya menerima penjelasan daripada kedua-dua pihak tersebut sebelum
membuat kajian lanjut berdasarkan analisis peribadi.

Adalah malang bagi komuniti Pekak apabila laporan E-Pekak menyebut bahawa perwakilan KDA telah
menarik diri daripada AGM MFD. Ini dikatakan berlaku selepas mereka tidak berpuas hati dan bertikam
lidah dengan pihak MFD dalam isu penamaan calon Majlis MFD.

Ini menyebabkan Majlis MFD kehilangan perwakilan dari Kedah. KaptenDiam tidak bercadang mengulas isu
ini dengan lanjut kerana terdapat percanggahan kebenaran dalam berita yang disampaikan oleh kedua-dua
pihak tersebut. Bagaimanapun, MFD dan KDA sepatutnya mengadakan perbincangan semeja pada kadar
yang segera untuk membedahsiasat dan mengatasi punca masalah yang sebenar dalam AGM MFD tersebut.

Ini tidak bermakna bahawa KaptenDiam menulis untuk membela Presiden KDA atau Presiden MFD ataupun
mana-mana pihak yang hadir dalam AGM MFD tersebut. Apakah faedahnya komuniti kita asyik mengutuk
Presiden MFD dan Presiden KDA?

Dalam pertemuan itu, Presiden MFD memberitahu KaptenDiam bahawa beliau amat kecewa hati dengan
segala tulisan KaptenDiam yang dianggap oleh beliau sebagai racun (hasutan) yang berjaya mempengaruhi
pemikiran perwakilan Pekak sehingga membangkitkan isu-isu yang hampir meruntuhkan imej MFD dan
semua Persatuan Negeri (Ahli Gabungan) dalam AGM MFD.

Beliau juga mendakwa bahawa kebanyakan tulisan KaptenDiam tidak menguntungkan kedudukan Presiden
MFD tetapi hanya mendewa-dewakan Presiden KDA sebagai pemimpin yang amat berani dan tegas dalam
melaksanakan tugas. KaptenDiam kurang bersetuju dengan dakwaan beliau tetapi KaptenDiam akan
menilaikan semula semua tulisan yang dahulu kerana KaptenDiam percaya umat manusia sememangnya
tidak bebas daripada melakukan kesilapan dalam menulis isu-isu semasa.

Presiden MFD juga mendakwa bahawa KaptenDiam adalah boneka yang dicipta oleh sesetengah pemimpin
Pekak tertentu untuk mencabar dan mempersoalkan beliau dalam beberapa isu semasa. KaptenDiam
menyanggah dakwaan Presiden MFD kerana sebelum ini, beliau ada membuat andaian awal yang jelas iaitu
tulisan KaptenDiam adalah faktor yang paling utama menyumbang kepada kekecohan dalam AGM MFD.

Ini bermakna bahawa Presiden MFD telah menyatakan bahawa hasil tulisan KaptenDiamlah yang telah
menggerakkan pemikiran perwakilan Pekak untuk membawa isu-isu perbahasan ke dewan AGM MFD dan
BUKANNYA perwakilan Pekak yang mengarahkan KaptenDiam dari belakang supaya menulis dalam Forum
kita. Jelaslah bahawa KaptenDiam tidak menjadi boneka kepada mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab seperti yang dituduh oleh Presiden MFD.

Untuk berlaku adil serta mengelakkan ketidakpuashatian antara pihak Presiden MFD dengan pihak-pihak
yang lain, KaptenDiam ingin mengajak para pembaca melakukan analisis yang teliti terhadap isu-isu
penting yang timbul dalam AGM MFD.

ISU 01 - Presiden KDA selaku pemerhati AGM MFD

Tidak dapat dinafikan bahawa Presiden KDA selaku pemerhati AGM MFD telah bertindak di luar jangkaan
iaitu campur tangan dan mempersoalkan tindakan AGM MFD dalam isu penamaan calon Ahli Majlis.
Kesilapan pemerhati dari Persatuan KDA tidak boleh dihukum dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana

82 
 
beliau dilaporkan telah meminta maaf kepada AGM MFD.

Daripada kaca mata KaptenDiam, insiden ini berjaya membuka mata dan minda komuniti kita kepada
kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam Majlis Ahli MFD. KaptenDiam percaya ini adalah masa
yang paling tepat kepada komuniti kita supaya datang membantu dan membetulkan kepincangan dalam
MFD kerana Persatuan MFD adalah kepunyaan komuniti kita secara menyeluruh dan bukan hak milik
seorang Presiden MFD sahaja.

ISU 02 - Presiden MFD terperangkap?

Presiden MFD pernah memberitahu KaptenDiam bahawa beliau masih layak memegang jawatan Presiden
MFD. Alasan yang diberikan oleh beliau ialah jawatan Penasihat KLSD adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif
(EXCO) dalam Persatuan KLSD mengikut tafsiran Perlembagaan (Peraturan) KLSD.

Bagaimanapun, KaptenDiam belum membaca keseluruhan Perlembagaan KLSD dan berharap akan
memperoleh Perlembagaan tersebut dalam masa yang terdekat sebelum menyambungkan perbincangan isu
ini.

Jika kita mengikut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud EKSEKUTIF ialah orang atau
sekumpulan orang yang mempunyai KUASA dan TANGGUNGJAWAB dalam pentadbiran atau pengurusan
sesebuah organisasi. Ini bermakna bahawa Penasihat persatuan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa
kuasa atau tidak boleh mencampuri hal-ehwal pentadbiran persatuan yang diwakilinya. Penasihat ini hanya
boleh berucap dalam mesyuarat dan tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan pembuatan
keputusan. Pada kesimpulannya, penasihat bukanlah ahli Jawatankuasa Eksekutif.

Ini adalah kebenaran yang sepatutnya diertikan dan difahami oleh para AJK EXCO KLSD yang dianggotai
oleh ramai pemimpin Pekak yang fasih membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Bagaimanapun
KaptenDiam berharap kepada para ahli KLSD supaya membantu membimbing AJK EXCO KLSD menyemak
semula kamus tersebut dan Perlembagaan KLSD.

Sebenarnya KaptenDiam tidak ingin melihat Presiden MFD terperangkap dalam isu tersebut kerana
perbincangan ini hanya mencambahkan lagi kegiatan pemikiran para pembaca dalam Forum kita asalkan
keputusan AGM MFD berhubungan dengan perlantikan semula Presiden MFD diharapkan dihormati oleh
semua pihak Persatuan yang terlibat.

ISU 03 - Perwakilan PDA menarik diri

Perwakilan PDA, Encik Teh Kean Hoe mengumumkan secara mengejut bahawa beliau tidak akan bertanding
dalam jawatan Bendahari MFD selepas beliau mendapati pencalonannya tidak memenuhi syarat iaitu
hendaklah menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif dalam persatuan negeri yang diwakilinya.

KaptenDiam difahamkan bahawa keempat-empat negeri yang belum mengadakan AGM Persatuan Negeri
sebelum AGM MFD ialah PDA (Pulau Pinang), PERDA (Perlis), PKPT (Terengganu) dan POPNS (Negeri
Sembilan). Ada yang menduduki Jawatankuasa Eksekutif dalam Persatuan Negeri tersebut juga terpilih ke
jawatan Majlis MFD seperti Affizam (PERDA) dan Chung (PDA) sebagai Ahli AJK MFD dan Tn Ismail Muda
(PKPT) sebagai Timbalan Presiden MFD walaupun AGM Negeri belum diadakan di negeri mereka masing-
masing.

Pada analisis KaptenDiam, keputusan penarikdirian Teh Kean Hoe boleh dianggap sebagai kemenangan
besar kepada komuniti kita kerana beliau telah menunjukkan semangat yang luar biasa dalam menjulang
keluhuran Perlembagaan MFD. Contoh ini perlu dipelajari dan diteladani oleh para perwakilan Pekak dan
ahli Majlis MFD. Bagaimanapun, KaptenDiam berharap agar beliau akan terus menyumbangkan bakti
kepada komuniti kita walaupun beliau tidak lagi menduduki Majlis MFD.

ISU 04 - Perwakilan Selangor tidak dijemput?

KaptenDiam diberitahu bahawa perwakilan Pekak Selangor, iaitu dari Persatuan Orang Cacat Pendengaran

83 
 
Selangor (POCPS) tidak dijemput ke AGM MFD. Oleh itu, hal ini menjadi satu isu kerana POCPS terkenal
sebagai persatuan yang paling lantang dengan pendirian yang agak berbeza dengan pihak MFD dalam
perjuangan orang Pekak.

Apa yang menarik ialah POCPS dikatakan enggan menjadi AHLI GABUNGAN MFD iaitu tidak membayar yuran
keahlian tahunan kepada MFD atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat KaptenDiam sendiri ketahui.

Mereka memberitahu KaptenDiam bahawa pihak MFD tidak pernah menghantar surat jemputan ke AGM
MFD kepada pihak POCPS. Sebenarnya pihak mereka hanya menerima beberapa surat peringatan tentang
pembayaran yuran keahlian MFD. Hal ini dipercayai menyebabkan mereka sedar bahawa MFD
sememangnya tidak pernah menjemput perwakilan mereka ke AGM MFD melalui surat jemputan yang
rasmi dan bukannya surat notis peringatan.

Apakah yang terjadi kepada MFD dan POCPS sekarang? Hanya Presiden MFD dan Presiden POCPS sahaja
yang mengetahui hal ini.

ISU 05 - Penyatuan MFD

AGM MFD dilaporkan terpaksa akur pada bantahan pihak PDA yang tidak merestui Peraturan Baru yang
dicadangkan oleh pihak MFD sendiri. Akhirnya pihak PDA dipertanggungjawabkan untuk membuat pindaan
terhadap peraturan tersebut. KaptenDiam akan menyiasat isu ini secepat yang mungkin kerana terdapat
laporan penyatuan MFD oleh E-Pekak yang boleh dipersoalkan. Sila tunggu tulisan KaptenDiam pada masa
yang akan datang.

Terima kasih kepada penulis Mr Virus yang telah menyuntikkan virus yang baik dalam tubuh badan
komuniti kita untuk menjana lebih ramai warga Pekak yang boleh mencabar minda kita.

Wasalam

posted by KaptenDiam @ 6:30 PM 09 September 2004

KaptenDiam Ahli Penghasut?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

Bismillahir Rahmanir Rahim

KaptenDiam tidak mempunyai masalah untuk menjawab tulisan saudari penulis O-o. Tulisannya bukanlah
perkara baru pada pandangan KaptenDiam kerana ia adalah wayang ulangan yang mempromosikan
perbantahannya yang begitu lapuk. Sebenarnya Presiden MFD sendiri yang telah memaklumkan
pendapatnya kepada KaptenDiam terlebih dahulu sebelum pendapat beliau dipinjam dan diciplak semula
oleh saudari penulis O-o dalam Forum kita.

Bagaimanapun, KaptenDiam tetap berterima kasih kepada saudari penulis O-o yang telah memberikan
pendapat yang pro dan kontra terhadap tulisan KaptenDiam. Namun begitu, beliau juga telah membantu
KaptenDiam mengajak para pembaca berfikir dengan lebih kritis lagi mengenai rencana tulisan
KaptenDiam yang mampu mencabar minda saudari penulis O-o dan para pembaca sekalian.

Sebagai buktinya, tulisan KaptenDiam berjaya memaksa saudari penulis O-o mengirim ketiga-tiga mesej
yang agak panjang bagi mewujudkan suasana Forum lagi yang lebih rancak dan hangat lagi. Beliau juga
membacakan sebuah jampi secara maya seperti seorang bomoh yang mencuba menyihirkan para pembaca
Forum supaya tidak terpukau oleh tulisan KaptenDiam serta juga menyihirkan Tuan Penjaga Forum supaya
KaptenDiam DIHARAMKAN menulis dalam Forum kita.

Di sini KaptenDiam akan menggunakan pen yang usang untuk menjawab sihir penulis O-o. Sebenarnya sihir
tersebut telah memakan diri tuan punya sendiri. Apakah alasan yang menyebabkan KaptenDiam berkata
begitu?

84 
 
ISU 01 - KaptenDiam menjatuhkan Presiden KDA?

Perlu diterangkan bahawa apa yang dilakukan oleh Presiden KDA dalam AGM MFD sebenarnya tidak ada
perkaitan dengan tulisan atau hasutan KaptenDiam kerana pada pokoknya, ia adalah disebabkan oleh
masalah teknikal yang wujud dalam sistem komunikasi antara pihak KDA dan pihak MFD yang menyebabkan
Presiden KDA terpaksa bertindak demikian untuk menarik perhatian komuniti kita.

Oleh itu, KaptenDiam tidak bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut kerana saudari penulis O-o telah
mengakui bahawa KaptenDiam tidak terlibat dalam keahlian Ahli Gabungan MFD dan juga tidak boleh
bersuara dalam AGM MFD. Pendapat saudara penulis O-o agak berbeza daripada pandangan Presiden MFD
yang menganggap KaptenDiam mendewa-dewakan ketegasan Presiden KDA.

KaptenDiam berpendapat bahawa Presiden KDA masih boleh dimaafkan kerana mengikut sunnah Nabi
Muhammad SAW, kita hendaklah sentiasa memaafkan kesilapan seseorang walaupun mereka pernah
menyakiti hati kita sebelum ini. Amalan Baginda yang mulia ini perlu dicontohi oleh para pemimpin Pekak.

ISU 02 - Ahli MFD itu lembu Forum E-Pekak?

Saudari penulis O-o menyatakan bahawa ahli MFD tidak sepatutnya menjadi bodoh seperti seekor lembu
yang sedang mendengar cerita-cerita daripada kandang sendiri, iaitu Forum kita. Memang benarlah
bahawa MFD tidak akan menerima pandangan daripada seseorang individu yang bukan Ahli Gabungan MFD
dalam Forum kita. Namun, saudari penulis O-o masih dianggap jahil kerana beliau melarang para pembaca
mengemukakan pendapat dalam Forum kita tetapi diminta membawa pendapat kepada mesyuarat
persatuan yang berhampiran.

Sebenarnya KaptenDiam tidak pernah meminta semua Persatuan Pekak supaya diwajibkan mendengar
ceramah KaptenDiam dari Forum kita kerana KaptenDiam percaya bahawa fungsi Forum kita tidak sama
dengan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Pekak masing-masing. Oleh itu, adalah tidak menjadi
satu kewajiban kepada pihak Persatuan Negeri untuk mengambil dan memakai idea-idea daripada penulis-
penulis Forum kita.

Bagaimanapun, Forum kita masih dianggap sebagai saluran kedua yang paling popular kerana ia telah
menyediakan ruang perbincangan dan perbahasan tidak rasmi yang tidak pernah menghalang semangat
orang Pekak untuk berforum dalam suasana yang lebih mencabar dan global walaupun ia tidak terbabit
dalam pembuatan keputusan dalam peringkat mesyuarat Persatuan Pekak.

Gelaran AHLI PENGHASUT yang diberikan oleh saudari penulis O-o jelas membuktikan bahawa beliau telah
kehabisan modal jampi sihir untuk menyerang KaptenDiam. Bagaimanapun KaptenDiam berharap agar para
pembaca memaafkan tulisan beliau yang ternyata penuh dengan hasutan.

ISU 03 - Penulis O-o makan diri?

Penulis O-o menulis:-

Kata Kepten Diam : Apa yang paling menarik ialah KaptenDiam menerima reaksi yang berbau
ketidakpuashatian daripada sesetengah pemimpin Pekak, perwakilan Pekak dan pemerhati dalam AGM
MFD tersebut.

Siapa? sesetengah itu siapa? termasuk saya ke dan anda? jangan cakap ikut syok sendiri. ikut fakta dan I
setuju. MFd akan dicadang ambil tindakan.

Penulis O-o telah bersetuju dengan fakta tersebut dan juga menuliskan saranan dalam Forum kita iaitu
mencadangkan MFD akan mengambil tindakan. Kenyataan ini telah memakan diri saudari penulis O-o
sendiri kerana sebelum ini, beliau menegaskan bahawa MFD tidak akan melayan pendapat individu seperti
penulis O-o dari Forum kita.

85 
 
Oleh itu, KaptenDiam meminjam nasihat daripada saudari penulis O-o iaitu beliau sebagai ahli KLSD
dicadangkan supaya membawa cadangan tersebut kepada pihak KLSD. Setelah dipertimbangkan, pihak
KLSD akan membawa semula cadangannya kepada pihak MFD sebelum diambil tindakan susulan.

Sebenarnya Presiden MFD pernah memberitahu kepada KaptenDiam bahawa pihak MFD akan mengadakan
dialog dengan Persatuan Pekak yang terlibat pada masa yang akan datang. Mudah-mudahan beliau akan
menggunakan kebijaksanaan untuk menangani keadaan tersebut.

ISU 04 - POCPS dan rasuah RM 14,000

Penulis O-o menulis:

Pasal selangor, presiden cakap tak mau join MFD kerana rasuah makan duit RM 14,000 semasa projek
epekak betul kah? Kepten tak tahu ke? Bekas pekerja epekak mesti dah tau, sila bela lah.

KaptenDiam diberitahu bahawa pihak yang berkuasa ke atas bajet kewangan projek E-Pekak yang dahulu
ialah Presiden MFD, Setiausaha MFD dan Bendahari MFD. Oleh itu, bekas pasukan E-Pekak tidak terlibat
dalam hal-ehwal kewangan projek tersebut dan sebaliknya mereka hanya mengerahkan tenaga sahaja
untuk memastikan program-program E-Pekak dilaksanakan dengan lancar.

Oleh yang demikian, Presiden MFD sepatutnya bertanggungjawab untuk menjawab isu RM 14,000 yang
dipercayai menjadi punca Persatuan POCPS tidak mahu menjadi Ahli Gabungan MFD. Penulis O-o juga
mengetahui hal ini kerana beliau adalah pegawai MFD yang turut terlibat dalam isu tersebut.

ISU 05 - KaptenDiam pejuang demokrasi?

Penulis O-o menulis:

Maaf saya rasa laporan itu tak salah, laporan tak sensetif dan itu laporan demokrasi seperti yang
KeptenDiam juangkan demokrasi. Jangan tutup kepincangan dan tegakkan kebenaran. Epekak wajar
demokrasi. Kalau kita bincangkan kelemahan Md. Sazali Presiden MFd kita juga hak ada timbul isu
presiden lain MSFD, PDA, KDA, POCPS ok kita belajar dari you ok... jangan tembak seorang ok.

Saudari penulis O-o akhirnya tunduk kepada kebenaran bahawa KaptenDiam sentiasa menekankan betapa
pentingnya demokrasi dan kebebasan bersuara dalam Forum kita. Beliau juga memuji usaha-usaha
KaptenDiam dalam menegakkan kebenaran dan membawa para pembaca didedahkan kepada beberapa
kepincangan yang berlaku dalam semua Persatuan Pekak termasuk MFD dan MSFD.

Beliau berpendapat bahawa penulis-penulis kita tidak sepatutnya menumpu kepada kelemahan seorang
Presiden MFD sahaja tetapi perbincangan kita hendaklah diluaskan lagi kepada skop yang luas contohnya
isu semua Persatuan Pekak yang sepatutnya dibincangkan kelemahannya sama sekali.

KaptenDiam melihat cadangan tersebut baik tetapi juga memakan diri penulis O-o sendiri sekali lagi
kerana beliau secara berterus-terang membenarkan kita membawa perbincangan isu tersebut dengan
terbuka dalam Forum kita dan bukannya dalam mesyuarat Persatuan Pekak.

Bagaimanapun KaptenDiam sudi mengalu-alukan cadangan beliau kerana ia akan menyerlahkan lagi
kekuatan intelektual Pekak yang menulis lebih banyak rencana yang mampu mengajak para pembaca
mencabar dan memperkemaskan kotak pemikiran mereka masing-masing.

Selamat berforum dan sekian terima kasih. Wasalam

posted by KaptenDiam @ 4:00 PM 13 September 2004

POCPS dan Seminar Islam MFD

86 
 
FORUM E-PEKAK Tajuk: 150 - Seminar Islam

------------------------------------------------------
Rencana daripada penulis YOPPENANG
Salam Sejastera,

Seminar OP Islam Malaysia yang pertama telah diadakan di Hotel Grand Blue
Wave,Shah Alam,Selangor pada hari Jumaat 10/10/2004. Seminar ini telah diadakan
dengan jayanya. Yop Penang pun hadir sama sebagai penceramah OP. Sila buka laman
web BERNAMA (Wilayah Tengah) ada melapurkannya.

Yang Yop Penang nak kisahkan ialah OP Islam Selangor yang menjadi ahli POCPS
telah tidak dijemput dengan secara resminya walaupun salah satu penaja utama
adalah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Wakil OP Selangor mungkin
murid-murid SMVPK sahaja walaupun ada beberapa orang OP ahli POCPS hadir juga.
Mereka beritahu Yop Penang mereka hadir macam pendatang haram sahaja walaupun
MFD tak kisah dan menerima kehadiran mereka.

Sepatutnya seminar ini untuk OP Malaysia tidak kira lah samaada mereka menjadi
ahli gabungan MFD atau tidak. Ramai ahli-ahli POCPS yang berugama Islam mahu
keseminar berkenaan tetapi diberitahu oleh Presiden POCPS yang mereka tidak
dapat keseminar itu disebabkan tiada jemputan resmi. Adalah sungguh malang OP
Islam Selangor ini. Walaupun POCPS tidak lagi menjadi ahli gabungan MFD yang sah
kerana tidak membayar yuran tahunan sepatutnya MFD sebagai badan induk OP boleh
memberi kelonggaran dengan menjemput sebagai jemputan khas seperti menjemput
wakil-wakil jemputan khas yang lain. Dengan cara ini MFD dinampak lebih
mementingkan OP daripada masaalah MFD dengan POCPS.

Yop Penang berharap POCPS dapat bergabung semula dengan MFD. Yop Penang juga ada
berbincang dengan Presiden POCPS semasa berjumpa dengan beliau di pejabat POCPS.
Beliau memberi reaksi yang positif dalam perbincangan dengan Yop Penang untuk
bergabung semula dengan MFD. Marilah kita sama-sama berdoa semoga POCPS
bergabung semula dengan MFD.
------------------------------------------------------
Petikan berita daripada BERNAMA
Warga Cacat Pendengaran Pendakwah Berbahasa Isyarat

SHAH ALAM, 11 Sept (Bernama) -- Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang menyarankan
agar Majlis Agama Islam di setiap negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) menyediakan pendakwah yang mahir dalam bahasa isyarat untuk berdakwah di
kalangan warga yang cacat pendengaran.

Persatuan itu juga mencadangkan agar Majlis Agama Islam dan Jakim menyediakan
jurubahasa isyarat tetap yang mahir untuk berdakwah di kalangan golongan
sedemikian.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang Wan Mohd Ali Wan Abu
Bakar dalam kertas kerjanya pada Seminar Isu & Keperluan Warga Pekak Islam di
sini berkata langkah itu perlu bagi menarik minat golongan cacat pendengaran
untuk menghadiri program keagamaan yang diadakan.

Beliau berkata golongan cacat pendengaran Islam merupakan kelompok minoriti yang
kebanyakannya berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat.

"Pengetahuan agama mereka terhad dan bergantung kepada ibu bapa masing-masing.
Sesetengah ibu bapa pula menganggap tidak perlu mengajar anak yang pekak kerana
percaya Tuhan mengecualikan mereka daripada membuat perkara yang wajib," kata
Wan Mohd Ali.

87 
 
Wan Mohd Ali berkata Jakim juga boleh mengambil golongan cacat pendengaran yang
berkemahiran dalam hal ehwal agama Islam sama ada sebagai pendakwah tetap
ataupun tenaga pengajar untuk berdakwah di kalangan mereka yang mengalami
kecacatan serupa dalam program anjuran Jakim, Jabatan Agama Negeri atau
persatuan orang pekak.

Beliau berkata terdapat calon daripada kalangan cacat pendengaran yang


berkemahiran dalam hal-ehwal agama tetapi mereka tidak tahu cara untuk menjadi
pendakwah dan kelayakan minimum yang diperlukan.

Seminar sehari itu diadakan semalam dan ditutup oleh Pegawai Kewangan Negeri
Selangor Datuk Mansur Ramli yang mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr
Mohamad Khir Toyo.

Seramai 132,458 orang yang cacat pendengaran berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sehingga hujung tahun lepas.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------

Bismillahir Rahmanir Rahim

Salam sejahtera kepada saudara penulis YopPenang yang telah membawa khabar yang baik kepada
komuniti kita. Seperti yang dilaporkan dalam berita BERNAMA, YopPenang telah menjalankan tugas
penceramah jemputan dengan baik serta mengemukakan beberapa cadangan yang menarik untuk
menangani masalah keperluan akses muslim Pekak dalam mencapai maklumat keagamaan.

Diharapkan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing mengkaji dan mempertimbangkan cadangan
penceramah Pekak yang menggunakan nama samaran YopPenang dalam pembentangan kertas kerja
tersebut. Mudah-mudahan mereka akan memberikan maklum balas yang positif untuk membolehkan
komuniti kita beragama Islam mendapatkan hak-hak sebagai muslim Pekak memandangkan negara kita
adalah model negara Islam yang termaju dan setanding dengan Turki dan Arab Saudi.

Tulisan YopPenang telah membuka kisah yang sebenar mengenai keretakan hubungan MFD dengan
Persatuan POCPS. Apa yang amat menarik ialah Seminar Orang Pekak Kebangsaan diadakan di negeri
Selangor, iaitu tempat terletaknya Persatuan POCPS. Ini telah memberikan gambaran yang negatif di
kalangan komuniti Pekak Selangor seolah-olah pihak MFD tidak memerlukan kebenaran ataupun kerjasama
daripada Persatuan POCPS untuk mencerobohi negeri POCPS dengan menganjurkan seminar di sebuah
hotel yang tidak seberapa jauh dari pejabat POCPS di Klang.

Bagaimanapun, KaptenDiam bersyukur bahawa seminar tersebut telah dijayakan tanpa berlakunya
kejadian yang tidak diingini. Namun begitu, KaptenDiam percaya bahawa pihak Persatuan POCPS tidak
senang hati dengan tindakan pihak MFD yang telah membelakangkan kepentingan persatuan mereka.
Cadangan YopPenang adalah wajar bahawa pihak MFD sepatutnya menjemput muslim Pekak terutamanya
pemimpin POCPS dan juga ahli-ahli POCPS ke seminar yang akan datang sebagai satu usaha menyatukan
komuniti muslim Pekak tanpa mengira perbezaan fahaman kepersatuanan.

Presiden MFD pernah memberitahu KaptenDiam bahawa POCPS masih dianggap Ahli Gabungan MFD di sisi
Perlembagaan MFD tetapi mereka tidak akan diberikan manfaat tertentu oleh pihak MFD. Ini kerana
menurut Perlembagaan MFD, pihak POCPS perlu mengemukakan kertas bertulis secara hitam putih dan
kelulusan mesyuarat mereka kepada pihak MFD untuk mengesahkan perceraian secara rasmi daripada
Gabungan MFD.

Hingga hari ini, pihak POCPS tidak berbuat demikian tetapi hanya tidak membayar yuran keahlian tahunan
kepada pihak MFD. Komuniti kita diharapkan bersabar dan memberikan perhatian yang wajar terhadap
perkembangan hubungan MFD dan POCPS dari semasa ke semasa.

Sekian terima kasih.

88 
 
posted by KaptenDiam @ 5:00 PM 09 September 2004
 
Rocker Pekak cari ilmu atau makan?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 150 - Seminar Islam

------------------------------------------------------
1. Pendapat daripada penulis O-o

Ya, kata SU urusetia, Presiden jemput individu Selangor hadir. Ada orang pekak
Selangor hadir, termasuk rocker tak senonoh dan bawa anak.

Kata kawan rocker tersebut dia dijemput oleh kawannya untuk majlis makan di
Hotel... oh bukan mahu cari ilmu tapi makan sedap saja.

Buat malu komuniti kita.

Kepten tak datang ke? Selalu bismillah dan masuk ayat suci dalam pena di forum
ini, hebat dan alim Kepten, tapi tak datang membantu menangani masalah sosial
orang pekak... oopps Kepten bukan ahli jadi tak payah datang Ok.
------------------------------------------------------
2. Pendapat daripada penulis Yop Penang

Salam Sejastera,

Untuk pengetahuan O-o, rocker yang datang semasa seminar itu,kalau tidak silap
Yop Penang sebelum melapurkan diri dengan isteri dan anaknya, rocker itu ada
bertanya kepada pihak urus setia samaada dia boleh hadir seminar atau tidak? Ini
hak urus setia untuk membenarkan atau melarang beliau dari masuk dewan seminar.
Walaupun begitu adalah lebih manis kalau pihak urus setia menasihatinya supaya
balik kerumah , tukar pakaian yang lebih sopan dan datang balik untuk hadir
keseminar itu. Ini adalah salah satu cara berdakwah. Kemungkinan rocker itu
diberi infomasi yang salah oleh kawan-kawannya. Jika ya, bukan salah rocker itu.
------------------------------------------------------

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum.

Pendapat saudara penulis Yop Penang adalah amat logik untuk menyanggah komen saudari penulis O-o
yang jelas mempertikaikan kehadiran Rocker Pekak yang dikatakan tidak senonoh dalam seminar itu.

Walau bagaimanapun, ajaran Islam juga membenarkan kita berdakwah kepada sesiapa sahaja sama ada
yang memakai pakaian rock ataupun pakaian yang lebih Islamik.

Sebagai contohnya di perkampungan yang terpencil sekumpulan kaum orang asli yang hanya memakai
cawat tidak pernah dihalang untuk menghadiri program pendakwahan Islam dan mendengar ceramah
agama.

Keikhlasan Rocker Pekak yang ingin belajar tidak seharusnya dipertikaikan hanya kerana kita bersangka
buruk terhadap niat mereka yang datang untuk makan sahaja.

Beliau seharusnya dibimbing belajar ilmu Islam dari seminar dan bukannya ditendang keluar dari seminar
hanya kerana pakaiannya yang rock sahaja.

Harap maklum dan wasalam.

posted by KaptenDiam @ 5:00 PM 20 September 2004

89 
 
Ilmu menyanggah jampi Bomoh Pekak
FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

------------------------------------------------------
Pendapat oleh penulis O-o

KeptenDiam dah habis modal ke? Panggil I bomoh pulak. Terima kasih atas
panggilan itu.

Mengapa KeptenDiam tambah ayat Ahli Majlis MFD bodoh MACAM LEMBU? Bomoh 0-o tak
cakap mereka itu lembu tapi you tambah sendiri. Bomoh 0-o cakap ahli Majlis MFD
tak bodoh. itu saje. Ya lah ramai kita orang Pekak memang Lembu bodoh kecuali
anda yang lulus universiti ok. Kita terima, kita ini kaum lembu.

Presiden MFD terperangkap? Kalau I punya jampi, tak lah. KLSD cadangkan nama Md.
Sazali Presiden MFD, yang lain tak ada hantar calon Presiden kata SU. Kita wajar
hormat keputusan KLSD mencadangkan sesiapa sahaja. Tapi kalau lain bantah,
mengapa tak calon Presiden MFD hantar kepada SU MFD? Bertandinglah. In i
demokrasi. Kalau Md Sazali tak terpilih ada calon ganti. Tak masuk akal MFD tak
ada Presiden.

Kita sekarang masuk era masalah sosial, kurang kemudahan, kurang keperluan
komuniti kita Tapi you sibuk debat pasal peraturan dan kamus DBP. Buang masa
saja. Kita perlu pemimpin yang membawa kita keluar dari masalah.

KeptenDiam nak jadi Presiden MFD duduklah atas takhta MFD, istana MFD besar dan
ada duit RM 1.8 juta. Dikeliling wanita Juru Bahasa bertindak pembantu. Bestlah
tu.

Jangan cakap ok. Masuk saja persatuan, saya cadangkan u calon Presiden KLSD,
MFD, WFD, puas? Itu sahaja jampi Bomoh 0-o.

Kalau sayang komuniti kita masuklah persatuan. Kalau tak nak, jadi penulis bebas
ikut suka hati TAPI jangan kritik komuniti kita. Ini sebab Masyarakat Lembu kita
tahu apa nak buat, tak payah celoteh anda. Masyarakat lembu kita yang hidupkan
MFD, membina istana dan takhta, Masyarakat lembu ini juga bagi anda makan gaji
tak sedar diri 60 k graduan menganggur ok...

goodbye.
------------------------------------------------------

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.

Terima kasih kerana saudari penulis O-o akhirnya bersetuju menerima gelaran BOMOH PEKAK dengan dada
yang terbuka. Namun, beliau kurang bernasib baik kerana sihirnya bukan sahaja tidak begitu berkesan
tetapi juga gagal mengharamkan KaptenDiam daripada menulis dalam Forum kita pada kali ini.
Alhamdulillahi, KaptenDiam bersyukur kepada Allah SWT yang sentiasa melindungi pihak yang benar dan
dijauhkan daripada sebarang sihir kejahatan yang direjam.

ISU 01 - Jangan menjadi bodoh seperti lembu

KaptenDiam tidak mengatakan para ahli MFD adalah lembu. Sebaliknya KaptenDiam hanya meminjam
nasihat orang tua yang berbunyi: JANGAN MENJADI BODOH SEPERTI LEMBU. Nasihat seperti ini sering kita
dengar sejak kanak-kanak lagi. Penulis O-o turut memakai nasihat tersebut untuk mengingatkan ahli-ahli
MFD supaya tidak diperbodoh-bodohkan oleh tulisan KaptenDiam yang tidak disukai oleh penulis O-o.

90 
 
Apa yang paling menarik ialah saudari penulis O-o telah membuat kenyataan bahawa komuniti Pekak
merupakan kaum lembu. Kenyataan ini boleh dibahaskan kerana ia menggambarkan penghinaannya
terhadap maruah komuniti Pekak. Beliau juga dianggap sebagai penulis yang membenarkan hidungnya
dicucuk mengikuti jari telunjuk pemerintahnya seperti hidung lembu yang ditarik oleh tuan empunyanya.

KaptenDiam kurang bersetuju dengan istilah kaum lembu yang digunakan oleh penulis O-o. Namun begitu,
pengakuan penulis O-o (beliau ialah anggota kaum lembu) mungkin ada kebenarannya dan hendaklah
dihormati oleh semua pihak. Ini adalah kerana pada pendapat KaptenDiam, pengakuan tersebut membawa
maksud yang tersirat iaitu minda komuniti Pekak tidak begitu kuat untuk menghadapi cabaran tempatan
dan konflik komuniti kita termasuk isu pencalonan Presiden MFD yang kontroversi.

ISU 02 - Presiden MFD terperangkap?

Adalah tidak keterlaluan jikalau KaptenDiam mengatakan bahawa Presiden MFD terperangkap dalam helah
yang diciptanya sendiri berdasarkan berita E-Pekak yang melaporkan:

Pihak KLSD memberikan alasan mencadangkan Mohamad Sazali bertanding sebagai Presiden atas dasar
beliau ialah Penasihat KLSD dan juga menduduki JK Eksekutif.
Sumber: KDA Bantah Pemilihan Presiden (http://www.epekak.net.my/berita01/2004/news_06.htm#9)

Secara umumnya, jawatan Penasihat Persatuan tidak boleh merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO)
dalam mana-mana pertubuhan ataupun persatuan. Tidak ada perlembagaan pertubuhan yang menyebut
bahawa Penasihat berkuasa mengetuai kepimpinan sesebuah pertubuhan di negara ini.

Insyallah, KaptenDiam akan menuliskan pandangan yang menunjukkan jampi penulis O-o gagal menyanggah
kebenaran Perlembagaan MFD dan Perlembagaan KLSD dalam sedikit masa lagi.

ISU 03 - KaptenDiam pendebat yang tersibuk?

Para penulis dan forumnis Pekak hanya menunaikan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk berbincang dengan bebas dalam mana-mana forum asalkan ia
tidak mengancam keharmonian tanahair dan melanggar undang-undang negara kita yang tercinta.

Ini menepati matlamat Forum E-Pekak yang diwujudkan untuk menggalakkan orang Pekak berdebat,
berkongsi ilmu dan membawa pelbagai cadangan yang mungkin berguna untuk mengatasi masalah sosial,
kekurangan kemudahan warga Pekak, kerendahan kesedaran awam tentang kepekakan dan sebagainya.

Memang benar, kita memerlukan seorang pemimpin yang berkualiti untuk membawa komuniti kita
merdeka daripada masalah-masalah seperti yang dinyatakan oleh penulis O-o. Pemimpin tersebut ialah
ilmu. Hanya ilmu sahaja yang mampu memperkuatkan minda komuniti Pekak untuk menjadi warga Pekak
yang berjaya dan berdikari dalam menangani sebarang cabaran di bawah payung MFD.

Ilmu boleh ditimba dan dikongsi daripada Forum kita. Oleh itu, kita tidak akan mensia-siakan masa untuk
mempelajari ilmu daripada Forum kita, memperdebatkannya dan kemudian menyebarkannya kepada
seluruh komuniti kita. Para pembaca yang dihormati pasti mengingati sabda Nabi Muhammad SAW yang
menyeru supaya kita menuntut ilmu hingga ke negara China.

ISU 04 - Penulis O-o pembangkang yang berkiblatkan kepada Presiden MFD?

Bagaimanapun, penulis O-o hanya hadir sebagai pembangkang yang tersibuk dan juga bekerja keras
menghalang para pembaca daripada membaca setiap tulisan KaptenDiam yang hanya sekadar perbincangan
ilmiah semata-mata. Beliau lebih sibuk berjuang membela seorang individu sahaja seperti Presiden MFD
yang bernama Md Sazali Shaari.

Beliau juga tidak pernah mengemukakan cadangan penyelesaian yang terbaik untuk menjawab beberapa
isu dan masalah kekeluargaan seperti ISU TALAK dan ISU TRAUMA MANGSA TERSELAMAT yang diutarakan

91 
 
oleh saudara penulis YopPenang dan KutuRayau dalam Forum kita walaupun kita mengetahui penulis O-o
ialah seorang pegawai MFD yang bertanggungjawab dalam kaunseling seperti kekeluargaan, masalah
rumahtangga, pencarian jodoh dan penceraian.

ISU 05 - Penutup

Penulis O-o telah mengeluarkan komen yang tidak beretika termasuk istilah jurubahasa isyarat wanita dan
makan gaji kaum lembu dengan harapannya supaya pena KaptenDiam akan terhenti sekiranya disogokkan
rasuah yang demikian. Dengan dukacitanya, tulisannya tidak akan dilayan kerana ia telah menyimpang
daripada tujuan tajuk isu perbincangan ini serta tiada nilai-nilai yang berfaedah untuk kebaikan minda
komuniti kita.

Salam Reformasi dan sekian terima kasih

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 20 September 2004

Teguran penulis Yop Penang


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

------------------------------------------------------
Pendapat oleh penulis YOP PENANG

Salam Sejastera,

Khas buat saudari O-o dan saudara Kapten Diam yang dihormati. Terlebih dahulu
Yop Penang hendak ucapkan terima kasih diatas pendapatan dan komen-komen anda
berdua yang tersiar dalam ruangan forum ini. Walaupun begitu ada juga penulisan
anda berdua menjurus kepada sengketa peribadi (maaf,jika Yop Penang tersilap)
walaupun ada isu-isu yang anda berdua tidak sependapat. Anda berdua adalah bekas
dan pekerja MFD, adalah lebih elok jika pengalaman anda berdua dengan MFD
dicurahkan kedalam ruangan forum ini demi untuk kebaikan warga OP masakini.
Dengan cara ini anda berdua akan lebih dihormati sebagai warga OP yang
berkelibar.

Jika ada sengketa peribadi lebih baik buang saja kedalam tong sampah. Buang yang
keruh, ambil yang jernih. Sebagai seorang Islam dan sama-sama warga OP lebih
baik kita bergabung dan mencurahkan idea-idea yang bernas dalam ruangan forum
ini demi untuk kebaikan OP semua.

Apa komen anda berdua tentang tulisan Yop Penang yang tua ini?
------------------------------------------------------

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Saudara penulis Yop Penang yang dihormati,

Dengan sukacitanya, tulisan saudara penulis Yop Penang yang dihormati telah KaptenDiam terima dengan
dada terbuka. KaptenDiam menganggapnya sebagai satu nasihat dan teguran positif walaupun semua
tulisan KaptenDiam tidak pernah menyerang peribadi seseorang jikalau KaptenDiam tidak silap.

Adalah dimaklumkan bahawa pelbagai isu telah KaptenDiam tulis berlandaskan fakta-fakta yang kukuh
daripada pelbagai sumber. Bagaimanapun KaptenDiam tetap menerima komen yang membina daripada
para penulis seperti saudara penulis Yop Penang, Virus dan Kuturayau untuk membetulkan kesilapan fakta
sekiranya ditemui dalam tulisan KaptenDiam.

Komen keras contohnya serangan peribadi seperti yang sering ditulis oleh saudari penulis O-o tetap ditolak

92 
 
kerana ia tidak mencerminkan peribadi seorang penulis dan forumnis Pekak yang beretika dan profesional.
KaptenDiam pernah diberitahu oleh Presiden MFD yang sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan hampir
semua tulisan saudari penulis O-o.

KaptenDiam tetap berpegang kepada prinsip bahawa setiap hujah mesti disanggah dengan hujah yang
relevan daripada pihak yang lain. Sebagai contohnya, peluru yang ditembakkan oleh pihak musuh mestilah
dibalas dengan peluru yang sama, dan bukannya tong sampah yang sudah pasti tidak boleh menjamin
perlindungan mereka.

Mudah-mudahan nasihat saudara Yop Penang yang tua dapatlah menginsafkan saudari penulis O-o
mengenai kesan keburukan menaburkan serangan peribadi apabila kita membicarakan sesuatu isu semasa
secara ilmiah. Serangan peribadi mestilah dijauhkan dan digantikan dengan kritikan yang membina dan
teguran yang positif.

KaptenDiam juga menambah nasihat, iaitu berundurlah daripada perbincangan sekiranya tidak pasti
dengan hujah tersebut dan bukannya melancarkan serangan peribadi termasuk menggunakan istilah yang
tidak berkaitan dengan tajuk perbincangan seperti lulusan unversiti, masuk persatuan, jurubahasa isyarat
yang cantik, rocker Pekak, bapa lembu dan sebagainya.

Terima kasih kerana saudara Yop Penang terpaksa memberikan teguran bagi menghentikan gejala serangan
peribadi. Namun begitu, ia tidak bermakna KaptenDiam akan berhenti daripada menulis. Marilah kita
bersama-sama menulis mencurah-curahkan idea, ulasan dan cadangan untuk merawat sebarang konflik
dalam komuniti kita.

Para pembaca yang dihormati, KaptenDiam akan menulis dua lagi tulisan di rumah pada malam ini
termasuk jawapan kepada komen saudari O-o dan isu Perlembagaan KLSD.

Sila menunggu tulisan KaptenDiam yang pasti mencabar pemikiran para pembaca dan forumnis kita.

Insyallah dan wasalam.

posted by KaptenDiam @ 2:53 PM 22 September 2004

Penulis O-o memijak Perlembagaan MFD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

KaptenDiam menghormati hak saudari penulis O-o yang terlalu marah dengan tulisan yang lepas sehingga
mengeluarkan cemuhan peribadi yang didorong oleh ketidakstabilan konflik emosinya.

Inilah kebebasan bersuara yang menjadi adat Forum kita. Gaya penulisan beliau juga mencerminkan tabiat
lama yang diamalkannya iaitu beliau hanya menyerang peribadi sasarannya yang bernama KaptenDiam,
forumnis Pekak yang lebih muda daripada saudari penulis O-o.

Penulis O-o menuduh KaptenDiam menulis untuk memburuk-burukkan nama Presiden MFD. Tuduhan ini
ditolak semuanya sekali kerana tulisan KaptenDiam tidak pernah menyentuh kelemahan Presiden MFD dari
segi moral, akhlak dan personaliti.

Namun begitu, kebanyakan tulisan KaptenDiam hanya membicarakan isu perlantikan Presiden MFD dari
sudut takrifan Perlembagaan MFD dan pandangan warga Pekak umumnya.

ISU 01: Bomoh Pekak

Saudari penulis O-o bertanya sama ada KaptenDiam percaya pada bomoh Pekak atau tidak. Jawapannya
mudah saja iaitu TIDAK PERCAYA. Ini kerana jikalau KaptenDiam tidak percaya, sudah tentu KaptenDiam
tidak akan melanggan khidmat bomoh Pekak dalam Forum kita.

93 
 
Sebaliknya ia menjadi kewajipan KaptenDiam untuk menolak perbuatan syirik (percaya pada kuasa bomoh
selain daripada Allah SWT) serta berjihad menentang jampi bomoh Pekak yang bersifat serangan peribadi
sahaja dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Tongkat Nabi Musa tidak diperlukan dalam tulisan ini untuk mematikan sihir bomoh Pekak kerana orang
Islam sudah memiliki kitab al-Quran, satu-satunya mukzijat peninggalan Nabi Muhammad sebagai panduan
utama bagi memerangi kejahatan dan mewujudkan kesejahteraan sejagat.

ISU 02: Penulis O-o mencipta istilah kaum lembu.

Tulisan KaptenDiam tidak berputar belit dalam isu penggunaan istilah lembu. Jika diperhati dengan teliti,
tulisan KaptenDiam hanya menekankan ketegasan nasihat iaitu jangan menjadi bodoh seperti lembu.

Ia cuma sebuah kiasan (nasihat) orang tua serta tidak bermaksud komuniti Pekak adalah kaum lembu.
Penulis O-o sebenarnya mencipta istilah kaum lembu sebagai rujukan kepada komuniti kita mengikut
tanggapannya sendiri.

KaptenDiam ialah peminjam nasihat orang tua manakala penulis O-o ialah pencipta istilah kaum lembu.
Harap maklum.

ISU 03: Penulis O-o berkata tiada konflik?

Penulis O-o juga menuduh tiada konflik kontroversi yang berlaku dalam AGM MFD 2004. Ini menunjukkan
beliau adalah pegawai MFD yang mencuba menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan para
pembaca.

Ini berbeza daripada sikap keterbukaan Presiden MFD yang telah mengakui perlantikannya adalah konflik
yang kontroversi melalui berita E-Pekak yang melaporkan Persatuan KDA membantah perlantikannya.

Sikap Presiden MFD yang terbuka wajar diberi pujian. Sebagai Pegawai MFD, saudari penulis O-o
sepatutnya mencontohi sikapnya.

ISU 04: Penulis O-o berkata MFD menolak Perlembagaan MFD?

Penulis O-o membuat kenyataan bahawa pihak MFD menolak Perlembagaan MFD dan menyamakannya
dengan sekeping kertas yang mati. Kenyataan ini telah menjejaskan imej saudari penulis O-o sebagai
Pegawai MFD yang bekerja dengan Presiden MFD.

Bagaimanakah beliau boleh menjadi kakitangan MFD yang tidak menghormati Perlembagaan MFD dan
Peraturan Etika Kakitangan MFD sendiri?

Kenyataan ini telah mengesahkan sesetengah dakwaan pemimpin-pemimpin Pekak yang mengenali diri
saudari penulis O-o sebagai kakitangan MFD yang pernah gagal mematuhi arahan daripada Presiden MFD
terutamanya dalam kebajikan Persatuan Pekak Negeri. Bagaimanapun KaptenDiam tidak akan mengulasnya
dengan lanjut kerana ia bukanlah tujuan utama perbincangan kita.

Namun begitu, kenyataan penulis O-o (menolak Perlembagaan MFD) dianggap sebagai pendapat peribadi
penulis O-o semata-mata dan tidak akan menggambarkan pendirian pihak Persatuan MFD secara
menyeluruh.

ISU 05: Penulis O-o bertanya macamana ilmu hendak datang kepada kita?

Penulis O-o tertanya-tanya bagaimana ilmu hendak datang kepada kita? Perlu diingatkan bahawa ilmu
tidak datang secara automatik kepada minda dan dada kita. Sebaliknya kita digalakkan berusaha menuntut
ilmu seperti yang diperintah oleh Nabi Muhammad SAW. Melalui kitab al-Quran, Allah Taala memerintah
kita menuntut ilmu dan menggunakannya sebaik-baiknya untuk melakukan kebaikan dan menolak
kemungkaran.

94 
 
Oleh yang demikian, ilmu boleh ditimba daripada pelbagai sumber seperti sekolah, perpustakaan, program
motivasi dan Forum kita dan bukannya daripada KaptenDiam seorang sahaja. Ilmu ini hanya akan diperoleh
melalui usaha sendiri. Ilmu tidak boleh turun dari langit sewaktu kita sedang tidur. Kita perlu bangun dan
berusaha mencari ilmu kebenaran di mana-mana pun termasuk Forum kita.

Bagaimanapun KaptenDiam sudi menerima jemputan rasmi daripada mana-mana Persatuan Pekak untuk
menurunkan ilmu penulisan yang bersifat perdebatan kerana rakan-rakan Pekak termasuk pemimpin MFD
berpendapat bahawa kekuatan KaptenDiam adalah terletak pada penulisan sahaja dan sepatutnya dikongsi
oleh warga Pekak untuk menyebarkan ilmu sebagai senjata bagi membangunkan pemikiran komuniti kita.

Pemikiran komuniti kita yang mantap dengan pelbagai ilmu akan membantu mereka berdikari dalam
membuat penilaian sesuatu perkara sama ada baik ataupun buruk. Sebagai contohnya, Persatuan KDA
(Kedah) dan PDA (Pulau Pinang) telah menggunakan kekuatan ilmu dan kesedaran yang tinggi untuk
mempersoalkan beberapa isu hangat seperti perlantikan Presiden MFD yang tidak mengikuti Perlembagaan
MFD dan juga membahaskan konsep penyatuan MFD.

KaptenDiam percaya pihak mereka tidak mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan Presiden MFD kerana
mereka hanya mencuba menegakkan kebenaran dan keadilan atas dasar kewarasan minda dan kekuatan
ilmu serta bukannya hasutan kebencian kepada individu tertentu seperti yang diapi-apikan oleh saudari
penulis O-o.

ISU 06: Terima kasih ucapan ikhlas atau paksaan?

Penulis O-o adalah berhak berterima kasih kepada Presiden MFD yang membantu beliau mendapatkan
pekerjaan tetap di pejabat MFD. Namun begitu, beliau tiada hak untuk memaksa seseorang berterima
kasih kepada Presiden MFD. Bagaimanapun KaptenDiam tetap menghargai usaha Presiden MFD yang telah
membantu komuniti kita walaupun terdapat banyak isu yang timbul sepanjang zaman Presiden MFD yang
memimpin persatuan MFD atas tiket Penasihat KLSD yang menjadi isu kontroversi.

Pada pendapat KaptenDiam, Presiden MFD sepatutnya menjadi teladan pemimpin Pekak yang baik dan
berterima kasih kepada pihak bawahan mengikut saluran yang profesional dan mengelakkan diri daripada
amalan melabel-labelkan diri seseorang yang dituduhnya tidak tahu berterima kasih kepada Presiden MFD.
Ampunkan tulisan ini sekiranya nasihat tersebut menyinggung hati Presiden MFD.

ISU 07: Penutup

Pada rumusannya, semua tuduhan penulis O-o yang berbau cemuhan peribadi adalah tidak berasas dan
wajar ditolak bulat-bulat. Jampi saudari penulis O-o juga tidak dapat menyanggah kebenaran tulisan
KaptenDiam yang mempunyai hanya satu tujuan iaitu membincangkan isu semasa secara logik, kritis dan
ilmiah, bukannya mengaibkan pihak tertentu.

Perlu diingatkan bahawa tulisan KaptenDiam tetap mempunyai kelemahan dan amat mengalu-alukan
sebarang komen para pembaca untuk membetulkan hujah KaptenDiam yang sebenarnya serba kekurangan
ilmu dan pengalaman.

Ya Allah lindungi diri kita daripada kejahatan dan lapanglah dada kita dengan nur (cahaya ilmu).
Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

posted by KaptenDiam @ 5:00 PM 23 September 2004

Presiden MFD melawan Perlembagaan KLSD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

Bismillahir Rahmanir Rahim

95 
 
Para pembaca yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum. Tujuan KaptenDiam berada di sini ialah untuk mengutuskan berita baik dan berita buruk
kepada Forum kita. Mudah-mudahan komuniti kita gembira dan tabah hati dengan kedua-dua berita
tersebut.

Berita yang baik ialah KaptenDiam telah mengkaji Perlembagaan KLSD (Persatuan Orang Pekak Kuala
Lumpur) seperti yang KaptenDiam janjikan dahulu. Berita yang mendukacitakan ialah kenyataan hujah
Presiden MFD didapati berlawanan dengan Perlembagaan KLSD.

Seperti yang telah KaptenDiam kisahkan dalam tulisan bertajuk ISU AGM MFD 2004, dalam pertemuan yang
tidak rasmi itu, KaptenDiam ada bercadang kepada Presiden MFD supaya beliau kembali ke Persatuan KLSD
dan menjawat mana-mana jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KLSD sebagai jalan penyelesaian
yang terbaik untuk melenyapkan kritikan umum yang mempertikaikan status beliau sebagai Presiden MFD
yang tidak sah di sisi Perlembagaan MFD.

Namun, Presiden MFD menolak cadangan tersebut lalu mengeluarkan hujah bahawa jawatan Penasihat
KLSD yang disandangnya ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KLSD mengikut takrifan Perlembagaan
KLSD.

KaptenDiam menghormati hujah beliau yang menegaskan bahawa beliau masih Presiden MFD yang sah.
Selepas itu, KaptenDiam tergerak hati untuk melakukan kajian yang menyeluruh ke atas Perlembagaan
KLSD.

Kajian ini bukan bertujuan untuk mencari kesilapan ataupun mengaibkan pihak tertentu. Sebaliknya
KaptenDiam hanya menganalisis sejauh mana kebenaran hujah Presiden MFD dan membincangkannya
dalam tulisan ini.

ISU 01 - Berita E-Pekak

Selain daripada hujah Presiden MFD di atas, pihak Persatuan MFD juga melaporkan keratan berita dalam
laman web E-Pekak seperti yang berikut.

============================================================
Bantahan mereka adalah berkaitan dengan peraturan MFD, iaitu Presiden mestilah seorang Pekak dan
menjadi AJK Eksekutif di Persatuan negeri masing-masing. Semasa Mesyuarat Agung Dwitahunan MFD ke 4
tiada pencalonan Presiden kecuali Mohamad Sazali yang dicadangkan oleh KLSD dan beberapa buah
negeri.

Pihak KLSD memberikan alasan mencadangkan Mohamad Sazali bertanding sebagai Presiden atas dasar
beliau ialah Penasihat KLSD dan juga menduduki JK Eksekutif. Sebelum itu KLSD juga pernah
mencadangkan kepada Mesyuarat Ahli Majlis MFD pada tahun 2001 supaya memberikan kelonggaran
kepada peraturan tersebut atas sebab mahukan AJK Eksekutif negeri lebih menumpukan kepada
pembangunan negeri masing-masing.

Sumber: KDA Bantah Pemilihan Presiden (http://www.epekak.net.my/berita01/2004/news_06.htm#9)


============================================================

Seandainya KaptenDiam tidak silap, Presiden MFD telah menuliskan hujah pihak KLSD yang menyatakan
jawatan Penasihat KLSD juga menduduki Jawatankuasa Eksekutif KLSD. Laporan ini jelas menuding kepada
pihak KLSD yang bertanggungjawab mencalonkan nama beliau dengan alasan yang demikian.

Oleh yang demikian, KaptenDiam boleh mengatakan bahawa Presiden MFD tidak bersalah. Ini adalah
kerana kemungkinan pihak KLSD tidak dapat memahami fungsi sebenar jawatan Penasihat KLSD mengikut
takrifan (pengertian) Perlembagaan KLSD. Pihak KLSD menjadi mangsa kesilapan tersebut.

ISU 02 - Presiden MFD melawan Perlembagaan KLSD?

96 
 
Di bawah Perlembagaan dan Peraturan KLSD, bahagian PERATURAN 7 JAWATANKUASA EKSEKUTIF ada
menyebut bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KLSD yang sebenar ialah Presiden, dua orang
Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Timbalan Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Timbalan
Bendahari Kehormat dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

Ini jelas bermakna jawatan Penasihat tidak TERLIBAT dalam barisan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KLSD.
Kedudukan Penasihat adalah sama dengan Penaung dan Juruaudit yang juga tidak menduduki kerusi EXCO
KLSD. Ini adalah kerana ketiga-tiga jawatan tersebut tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran KLSD dan
pembuatan keputusan dalam peringkat EXCO.

Fakta ini turut disokong oleh PERATURAN 13: PENASIHAT (Perlembagaan KLSD) seperti di bawah:

Jawatankuasa Eksekutif mempunyai kuasa untuk melantik individu atau individu-individu yang dirasakan
sesuai sebagai penasihat KLSD dalam sesuatu bidang. Penasihat-penasihat ini dibenarkan menghadiri dan
bersuara semasa Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif tetapi tidak mempunyai hak
mengundi dan tidak dibenarkan memegang jawatan.

Pada kesimpulannya, hujah Presiden MFD didapati TIDAK BENAR dan bercanggah (berlawanan) dengan
Perlembagaan KLSD. Ini menunjukkan Persatuan KLSD telah melakukan kesilapan mencalonkan nama
Penasihat KLSD (Bukan EXCO KLSD) dalam senarai calon Presiden MFD berdasarkan hujah tersebut.

Jelaslah bahawa pencalonan tersebut juga melanggar Perlembagaan MFD dan menjadi punca utama yang
menyebabkan perwakilan KDA dari Kedah membuat bantahan dalam AGM MFD yang lepas.

ISU 03 - Jawatankuasa Majlis MFD tidak sah?

Berikutan kejadian tersebut, sesetengah pemimpin Pekak menganggap bahawa Jawatankuasa Majlis MFD
sekarang adalah tidak sah walaupun ia telah mendapat kelulusan daripada majoriti perwakilan Pekak.

Ini adalah kerana mereka menegaskan bahawa perlantikan Presiden MFD tetap bercanggah dengan
Perlembagaan MFD dan Perlembagaan KLSD walaupun pelbagai alasan yang telah diberikan. Perlembagaan
MFD tetap Perlembagaan MFD. Begitu dengan Perlembagaan KLSD.

KaptenDiam tidak boleh mengatakan Majlis MFD tidak sah kerana KaptenDiam bukanlah Tun Hakim. Hanya
pihak mahkamah yang berkuasa menentukan perlantikan Majlis MFD sama ada sebagai sah atau haram.

ISU 04 - Tiada perwakilan mahu bertanding Presiden MFD.

Memang benar tiada pencalonan daripada perwakilan Persatuan Pekak Negeri untuk jawatan Presiden MFD
dalam AGM MFD 2004. Ini telah memberikan kelebihan kepada Persatuan KLSD untuk mengangkat
Penasihat KLSD menjadi Presiden MFD semula tanpa bertanding.

Walaupun ia dianggap demokrasi kerana majoriti perwakilan negeri telah menyetujui perlantikannya, ia
tetap melanggar Perlembagaan MFD. Ketiadaan pencalonan tersebut tidak sepatutnya menjadi alasan
untuk mengetepikan keluhuran Perlembagaan MFD dan Perlembagaan KLSD. Ini kerana pihak KLSD juga
mempunyai ramai pemimpin Pekak (EXCO KLSD) yang boleh dicalonkan.

Boleh disimpulkan bahawa minda para perwakilan negeri tidak begitu kuat untuk menyelesaikan masalah
pencalonan Presiden MFD. Pihak KDA hanya membantah pencalonan tersebut berdasarkan Perlembagaan
MFD tetapi tidak dapat mengemukakan formula yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak KLSD pun melakukan kesilapan dalam mencalonkan Penasihat KLSD yang ditafsirkan sebagai bukan
ahli EXCO KLSD. Sementara itu, para perwakilan negeri yang lain tidak dapat berbuat apa-apa kecuali
membenarkan pihak KLSD menolak Perlembagaan MFD kerana mereka tidak mempunyai calon yang lebih
layak.

97 
 
Ketiadaan perwakilan Selangor, iaitu Persatuan POCPS dalam AGM MFD 2004 juga menjadi faktor yang
menyebabkan Presiden MFD terpilih tanpa bertanding. Menurut sumber tertentu, Persatuan POCPS
dikatakan tidak bersetuju dengan Presiden MFD kerana yang menjadi isunya ialah Presiden MFD sekarang
adalah kakitangan tetap MFD, iaitu Pengarah Eksekutif MFD.

KaptenDiam bersetuju dengan pendapat kebanyakan pemimpin Pekak bahawa Presiden MFD dan Pengarah
Eksekutif MFD mestilah seorang yang berlainan.

ISU 05 - Penutup

KaptenDiam membuat kesimpulan yang mudah iaitu jawatan Penasihat KLSD bukanlah ahli EXCO KLSD
seperti yang disebut oleh Perlembagaan KLSD sekaligus ia menyanggah (menolak) hujah Presiden MFD sama
sekali.

Tulisan ini hanya perbincangan ilmiah semata-mata untuk mencambahkan lagi pemikiran para pembaca.
Namun, ia tidak akan mempengaruhi sebarang keputusan AGM MFD yang lepas tetapi ia berjaya membuka
minda komuniti kita seluas-luasnya mengenai kepentingan kesetiaan kepada undang-undang.

Kajian ini juga menunjukkan tahap kesedaran politik di kalangan pemimpin Pekak masih berada di
peringkat kematangan yang kurang mantap. Minda mereka belum bersedia untuk mematuhi Perlembagaan
MFD sepenuhnya. Namun begitu, bantahan Persatuan KDA merupakan permulaan yang amat berani dan
bakal membawa perubahan kepada politik Persatuan-persatuan Pekak pada masa yang akan datang.

KaptenDiam berharap konflik ini tidak akan menjadi penghalang kepada usaha-usaha Persatuan MFD untuk
meninggikan taraf hidup komuniti kita dan juga membantu kebajikan Persatuan Pekak Negeri yang
menjadi Ahli Gabungan MFD.

Untuk renungan terakhir para pembaca yang dihormati sekalian, KaptenDiam memetik kata-kata pidato
oleh Adolf Hitler, pemimpin Jerman terkenal yang bermaksud:

Tanpa undang-undang dan peraturan, bangsa dan negara kita tidak akan dapat bertahan lama.

Sekian terima kasih dan wassalam.

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 23 September 2004

Penulis O-o dalang perpecahan komuniti Pekak?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum.

Kepada pembaca yang dihormati sekalian,

KaptenDiam percaya saudari penulis O-o bukanlah seorang cerdik pandai dari MFD kerana apa yang
ditulisnya membuktikan dia sangat lemah dalam ilmu perundangan dan perbincangan ilmiah.

Adalah amat sukar kepada saudari penulis O-o untuk membezakan antara isu perlembagaan persatuan dan
isu memburuk-burukkan pemimpin Pekak.

Ini adalah kerana dia hanya menggunakan taktik menyerang dan menghukum KaptenDiam dengan pelbagai
tuduhan yang tidak rasional dan begitu lemah.

KaptenDiam hanya mengkaji dan mengupas isu tersebut dengan mengambilkira perspektif pemikiran
rakan-rakan Pekak terhadap Perlembagaan Persatuan.

Manakala itu, penulis O-o pula tidak mengambilkira kebenaran Perlembagaan KLSD dan MFD dalam

98 
 
tulisannya dan sebaliknya membawa teori rancangan menjatuhkan Md Sazali.

Baru-baru ini dia juga membuat tuduhan baru iaitu Presiden Bahagian Utara turut menjadi dalang yang
bertanggungjawab menghasut permusuhan Presiden MFD dan Presiden KDA.

Maka berkokoklah dia sepanjang penulisannya.

Dia juga memperlekehkan nasihat saudara Yop Penang yang meminta gejala serangan peribadi dihentikan.

Dia mula menyerang peribadi ke atas Presiden KDA dan Presiden Bahagian Utara dengan beberapa tuduhan
yang berbahaya kepada perpaduan komuniti kita.

Oleh yang demikian, jawapannya tidak perlu dilayan dalam perbincangan ini kerana sebahagian besar
tulisannya adalah lebih kepada konflik hubungan antara Presiden MFD dan Presiden KDA sahaja.

Ia juga tiada perkaitan dengan tajuk isu perbincangan sekarang. Sebagai pegawai MFD, dia sepatutnya
mencari jalan untuk membaiki dan mengikat kembali perhubungan mereka sekiranya kebenaran
dakwaannya terbukti.

Walau bagaimanapun, KaptenDiam tidak perlu mempertahankan diri atau Presiden MFD atau Presiden KDA
kerana kebenaran Perlembagaan KLSD dan Perlembagaan MFD sudah mencukupi untuk menjawab segala
perbincangan isu dalam tulisan KaptenDiam dahulu.

Kedua-dua perlembagaan tersebut lebih berkuasa daripada pena KaptenDiam.

Ini terpulang kepada kebijaksanaan pembaca yang dihormati untuk menilaikan kewajaran saudari penulis
O-o menyalahgunakan harta MFD, iaitu Forum kita untuk menyerang peribadi Presiden KDA dan Presiden
Bahagian Utara.

Adakah penulis O-o juga menjadi dalang secara tidak langsung ke arah menggalakkan permusuhan antara
mereka?

Selamat Menyambut Hari Orang Pekak Antarabangsa (HOPA).

posted by KaptenDiam @ 5:00 PM 01 Oktober 2004

Balqis penutur KTBM?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 155 - Drama BALQIS

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum.

KaptenDiam bersetuju. Amanda telah menyelami watak seorang gadis Pekak (Balqis) dengan berkesan dan
cemerlang.

Daripada bahasa isyarat yang digunakan, dijelaskan bahawa beliau bukan seorang pengguna BIM yang asli.
Tidak ada salah jika kita boleh mengatakan bahasa isyarat yang digunakannya ialah KTBM.

Ini kerana ia adalah didasarkan kepada prinsip KTBM bahawa satu isyarat demi satu isyarat diujarkan
mengikut pertuturan dalam bahasa Melayu.

Kita perlu memahami hakikat bahawa beliau bukanlah orang Pekak Malaysia. Oleh itu isyarat beliau tidak
perlu dipersoalkan.

Namun begitu, bahasa isyarat beliau dan pelakon normal didapati lebih mudah difahami jika berbanding
dengan jurubahasa isyarat MFD dalam Berita Perdana.

99 
 
Tahniah kepada pihak MFD yang membantu menjayakan penggambaran drama tersebut.

Selamat Menyambut Hari Orang Pekak Antarabangsa (HOPA).

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 01 Oktober 2004

Penjaga gol PDA patahkan 3 percubaan Owen Pekak.


FORUM E-PEKAK Tajuk: 156 - AGM PDA 2004

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Komuniti Pekak Pulau Pinang sepatutnya berterima kasih kepada saudara penulis OWEN, YOP PENANG dan
UNO IN THE HOUSE yang begitu mengambil berat terhadap masa depan Persatuan PDA. Mudah-mudahan
tulisan mereka dijadikan pedoman yang membetulkan kesesatan tulisan penulis Owen. Ia bagaikan air yang
berkuasa memadamkan api kemarahan dan kedengkian yang merupakan unsur utama dalam membentuk
syaitan.

Para pembaca boleh menganggap KaptenDiam sebagai seorang penjaga gol yang ditugaskan menjaga pintu
gol dan juga terpaksa berdepan dengan kehebatan penulis Owen yang pandai menjaringkan gol dalam
pelbagai sudut yang sukar. Di sini KaptenDiam tidak akan menjatuhkan penulis Owen dalam kotak penalti
kerana kita sedang bertanding di atas padang bola sepak di bawah peraturan yang ditetapkan. Ini
dinamakan SEMANGAT KESUKANAN dalam Forum kita.

Walau bagaimanapun KaptenDiam berani mengatakan bahawa penulis Owen tidak akan berjaya dalam
kempen memburu gol. Apakah alasan KaptenDiam beranggapan begitu?

ISU 01 - Owen Pekak atau Owen Real Madrid?

Penulis Owen ada menyatakan bahawa ahli-ahli PDA seharusnya lebih bijak memilih calon yang benar-
benar layak menduduki AJK EXCO PDA bagi sesi 2004/2006. Dia bagaikan pemain penyerang yang
mempunyai harapan tinggi untuk menghasilkan gol kemenangan pasukannya, iaitu Real Madrid.

Malangnya pada masa yang sama, penulis Owen telah melakukan kesilapan yang kecil kerana dia bermain
sambil terbawa-bawa oleh hasutan gosip ahli-ahli penyokong di Stadium Forum E-Pekak. Tujuannya yang
asal bertukar daripada misi memburu gol kepada misi mengutuk nama saudara Muhammad Khairun (MK)
yang kebetulan berada di padang itu sebagai Pengurus Pasukan PDA.

ISU 02 - KaptenDiam menjadi penjaga gol PDA?

Sebagai penjaga gol PDA yang bakal diasak hebat, KaptenDiam berdoa kepada Tuhan Pencipta alam
semesta semoga kedua-dua tangan KaptenDiam akan melakukan yang terbaik sebagai benteng terakhir
untuk menghalang bola yang digelecek dan disepak oleh penulis Owen daripada mencerobohi gawang gol
PDA.

Dengan mudahnya, KaptenDiam dapat membaca dan menganalisis pergerakan penulis Owen yang begitu
lincah dan bersungguh-sungguh mencapai satu matlamat iaitu memusnahkan harapan saudara MK yang
berbakti kepada komuniti Pekak Pulau Pinang.

ISU 03 - 3 percubaan serangan.

Daripada analisis tadi, penulis Owen hanya mahu menjadikan ketiga-tiga percubaan sebagai senjata
kencangan untuk mengalahkan pasukan saudara MK. Antara ketiga-tiga percubaan tersebut ialah ketiadaan
pengalaman saudara MK dalam kepimpinan persatuan, sifat saudara MK yang dikatakan panas baran dan
gosip hubungannya dengan staf PDA yang cantik.

Bagaimanapun KaptenDiam tiada masalah menghadapi ketiga-tiga serangan percubaan tersebut. Ini adalah

100 
 
kerana semua jawapan (tindakan) sudah sedia ada dalam kotak pemikiran KaptenDiam yang menerima
ilmu taktikal dan strategi yang telah diajarkan oleh saudara MK.

ISU 04 - Percubaan pertama: ketiadaan pengalaman.

Percubaan penulis Owen yang pertama boleh disanggah kerana Perlembagaan Persatuan PDA TIDAK
PERNAH menyebut bahawa pengalaman kepimpinan menjadi satu syarat untuk menjadi Presiden PDA.
Pengalaman yang demikian hanya berfungsi sebagai sokongan untuk meyakinkan para pengundi supaya
membuang undi kepada seseorang pemimpin.

Bagaimanapun pemimpin yang berpengalaman luas TIDAK SEMESTINYA akan berjaya dalam sesebuah
persatuan. Para pembaca cuba memperhatikan contoh terbaik daripada kejayaan saudara Tengku Arman
Haris, Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang membawa
persatuannya muncul sebagai Pertubuhan OKU Terbaik Negeri Terengganu 2003 walaupun usia kelahiran
persatuannya hanya 2 tahun.

Beliau kekurangan pengalaman kepimpinan dan tidak pernah menghadiri sebarang kursus kepimpinan
seperti JICA tetapi mampu menjana banyak program aktiviti yang berfaedah sehingga nama PKOCPT
menjadi tajuk perbualan yang amat popular di seluruh Terengganu berbanding dengan nama Persatuan
Kebajikan Pekak Terenggau (PKPT) yang dianggotai oleh ramai pemimpin yang berpengalaman.

Seperti dinyatakan oleh saudara penulis Yop Penang, semangat kesukarelawaan dan komitmen yang
ditunjukkan oleh seseorang pemimpin Pekak adalah amat penting dalam kriteria pemilihan calon Presiden
PDA kerana kerja-kerja pengurusan persatuan menuntut lebih perhatian daripada pemimpin yang
berkomited tinggi sama ada yang berpengalaman ataupun yang tiada pengalaman.

ISU 05 - Percubaan kedua: sifat panas baran.

Percubaan penulis Owen yang kedua juga boleh disanggah kerana sikap panas baran bukanlah masalah
besar kepada mana-mana Persatuan Pekak. Dalam ilmu psikologi, terdapat dua jenis kemarahan iaitu
marah yang positif dan marah yang negatif.

Kedua-dua jenis marah mempunyai sebab-sebab, kebaikan dan keburukan tertentu. Secara peribadi,
KaptenDiam tidak percaya saudara MK akan memarahi seseorang tanpa alasan tertentu seperti yang
dituduh oleh penulis Owen.

Bagaimanapun beliau juga mempunyai hak untuk melepaskan kemarahan secara positif atas nama
pengurus bola sepak yang profesional dan tegas. Sebagai buktinya, pasukan bola sepak Pulau Pinang di
bawah kendalian saudara MK selaku Pengurus Pasukan berjaya mencapai satu kejayaan demi satu kejayaan
termasuk menduduki tempat naib juara SKOP Langkawi dan juga menjuarai Kejohanan Bolasepak 7
Sebelah, Alor Setar Kedah baru-baru ini.

KaptenDiam percaya saudara MK telah mengambil teladan yang baik daripada Khalifah Umar bin Khattab
yang terkenal dengan ketegasan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat pada zaman kegemilangan
tamadun Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

ISU 06 - Percubaan ketiga: hubungan dengan staf PDA.

Percubaan penulis Owen yang ketiga dan terakhir pula boleh dipatahkan kerana KaptenDiam tidak percaya
bahawa kehadiran gadis yang cantik dalam pejabat PDA akan memotivasikan lebih ramai ahli datang
merebut jawatan calon Presiden PDA. Adakah penulis Owen menyangka jawatan Presiden PDA hanya untuk
bermesra dengan staf yang cantik itu sahaja? Pasti ia tidak akan diterima oleh pemikiran kita yang sihat
dan waras.

Adalah wajar jika Presiden PDA terus berdamping dengan staf-staf PDA kerana ia menjadi satu kewajipan
kepada Presiden PDA untuk menjaga kebajikan staf PDA yang sanggup membantu mengelolakan semua
program anjuran Persatuan PDA. Presiden PDA akan dianggap lebih berhadhari (bertamadun) sekiranya

101 
 
beliau bijaksana dalam mengadakan hubungan yang ramah dan mesra dengan semua staf PDA dan juga AJK
EXCO PDA.

Ini boleh dinamakan semangat bekerja dalam satu pasukan sebagai pra syarat untuk memantapkan
kelicinan pentadbiran organisasi. Persatuan KLSD, KDA, POCPK dan MFD juga mempunyai ramai staf yang
rupawan dan bekerja dengan Presiden Persatuan masing-masing.

ISU 07 - Keputusan SERI

Kita telah menyaksikan ketiga-tiga percubaan penulis Owen di atas tidak begitu berjaya. KaptenDiam dan
penulis Owen hanya memperoleh keputusan seri kerana dalam adat Forum, tiada pihak yang akan menang
ataupun kalah. Diharapkan penulis Owen mengambil iktibar dan mengkaji diri sendiri untuk membaiki
kekurangan dan menjauhi amalan serangan peribadi terutama dalam kempen pemilihan Presiden PDA.

ISU 08 - Siapa bakal Presiden PDA?

Dalam tulisan ini, KaptenDiam tidak perlu menyokong siapakah yang bakal menjadi Presiden PDA antara
saudara MK dan beberapa nama seperti yang disebut oleh penulis Yop Penang. Hak mengundi adalah
terletak di tangan ahli-ahli PDA yang bijaksana. Bagaimanapun KaptenDiam berharap Presiden PDA yang
terpilih akan meneruskan dasar yang asal iaitu memajukan kualiti hidup komuniti Pekak Pulau Pinang dan
mengetuai cabaran untuk mempertahankan kedaulatan semua Persatuan Pekak di Malaysia daripada
sebarang bentuk jajahan.

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 05 Oktober 2004

Cikgu Lee Tur Chung terbang ke Jepun


FORUM E-PEKAK Tajuk: 137 - Calon Pekak JICA

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Pemilihan Encik Lee Tur Chung sebagai peserta Pekak tunggal yang mewakil Jalur Gemilang ke Jepun boleh
dikatakan sebagai satu kejutan kepada komuniti Pekak. Ini adalah kerana calon Pekak yang dicadangkan
oleh MFD, iaitu Encik Yazid (Ahli Persatuan Orang Pekak Johor) tidak terpilih bagi mengikuti Kursus Latihan
Kepimpinan Warga Pekak Asia dan Ocean 2004 (Leadership Training of Asian & Oceanian Deaf Persons).

Kursus ini dianjurkan oleh JICA (Japan International Cooperation Agency) dengan kerjasama JFD (Japanese
Federation of the Deaf) serta menjadi salah suatu program yang amat menarik dan popular di kalangan
warga Pekak Malaysia yang berminat menimba pengalaman daripada kejayaan Persatuan JFD dalam usaha
meningkatkan taraf hidup komuniti Pekak di Jepun.

Perlu diketahui bahawa pemergian En Lee Tur Chung adalah sebagai wakil Kerajaan Malaysia melalui JPA,
dan bukan wakil MFD ataupun KLSD. Latarbelakang beliau ialah seorang guru Pekak yang mengajar di
Sekolah Pendidikan Khas Selangor, Shah Alam. Beliau adalah kakitangan Kerajaan yang kedua selepas En
Teh Kean Hoe dari Pulau Pinang pada tahun 1996.

Bagaimanapun, beliau diharapkan akan memanfaatkan kelebihan pengalaman dalam bidang pendidikan
warga Pekak serta perkhidmatan kesukarelawanan dalam program anjuran KLSD, Pusat Majudiri Y dan
Persatuan Bekas Pelajar FSD untuk memainkan peranan yang mencabar sebagai duta Malaysia yang
cemerlang dan disegani di persada Asia Pasifik.

Syabas dan selamat berjaya diucapkan kepada En Lee Tur Chung. Komuniti kita berdoa agar En Yazid lebih
tabah hati dengan berita yang tidak dijangka. KaptenDiam yakin bahawa peluang pintu JICA adalah
sentiasa terbuka kepada beliau pada masa yang akan datang kerana komuniti Pekak Johor amat
memerlukan kebolehan beliau yang disebut-sebut sebagai pemimpin negeri Johor pada masa depan.

Kita balik kepada tulisan saudara KutuRayau yang agak menarik. KaptenDiam tidak pasti dari mana dia

102 
 
mendapat informasi yang menyebut bahawa peserta Pekak ke JICA akan diberikan elaun sejumlah enam
ribu ringgat dan juga diwajibkan menyerahkan seribu ringgit kepada pihak MFD. Adakah cerita KutuRaya
benar?

KaptenDiam percaya penulis KutuRaya tidak mempertikaikan pemilihan En Lee Tur Chung tetapi dia hanya
mempersoalkan kewajaran MFD menerima seribu ringgit daripada peserta Pekak JICA yang mewakili MFD.
Ini tentu menjadi tajuk perbincangan yang cukup menarik perhatian para pembaca kita.

Bagaimanapun KaptenDiam tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk menganalisis kebenaran cerita
penulis KutuRayau. Diharapkan agar penulis KutuRayau perlu membuka perbincangan ini secara ilmiah
dengan fakta-fakta yang dipercayai dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tuduhan yang palsu.

KaptenDiam berharap para pembaca mempraktikalkan ajaran pemikiran Socrates, ahli falsalah Greek yang
mengkehendaki setiap manusia wajib bertanya terlebih dahulu sebelum menemui kebenaran. Marilah kita
bertanya kepada penulis Kuturayau, bekas peserta-peserta JICA dan pihak MFD sebelum mengesahkan
tuduhan tersebut dijadikan suatu kebenaran.

posted by KaptenDiam @ 7:00 PM 05 Oktober 2004

The FSD 50 Immortals


FORUM E-PEKAK Tajuk: 157 - The FSD 50 Immortals

Mesej di bawah adalah e-mel yang dihantar oleh saudara Leon Lim, kawan lama KaptenDiam untuk
renungan para pembaca yang dihormati sekalian. Sekian terima kasih

Hello FSDian!!

The FSD 50 Immortals is DONE! It is very impressive and inspirited about 50


stories of FSD 50 anniversary! Please visit http://fsd50.remember.to and please
forward this information to your friends. Thanks for your interest about the
FSD.

Thanks LEON

posted by KaptenDiam @ 8:44 AM 06 Oktober 2004

Perak strikes back


FORUM E-PEKAK Tajuk: 156 - AGM PDA 2004

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

============================================================
KOMEN 1

saudara kapten diam.

tahniah awak banyak tyulis seperti kala jengking. banyak makin tulis, awak makin
menyengat. hebat. orang mfd bernama o-o buat bising dan dapat selalu kalah
teruk. tidak berguna tidak apa. saya berharap awak mesti terus berjaya ilmu
belajar. awak mesti tolong PDA pergi berjuang mesti sama berdiri dengan mfd.
saya sokong yop penang dan all deaf terus tulis kebenaran. Hidup PDA. Hidup
kapten diam! jangan tunjuk nama saya semua orang janji ok.

penyokong PDA A

103 
 
(nama sebenar dirahsiakan)
============================================================
KOMEN 2

Your forum is a beautiful logic. You're rite about cannot on anybody's side. Win
or lose not important but every deafs learn what human kind is.

penyokong PDA B
(nama sebenar dirahsiakan)
============================================================

Kedua-dua mesej ringkas yang telah KaptenDiam terima seperti di atas diharapkan menjadi peniup
semangat kepada saudara Yop Penang, Uno In The House, Owen dan para warga Pekak sekalian untuk
menegakkan kebenaran dan keadilan dalam dunia Pekak.

KaptenDiam percaya mesej tersebut memberikan isyarat bahawa Persatuan PDA perlu bangkit sebagai
kuasa Pekak yang terkuat untuk berjuang menentang sebarang bentuk jajahan yang merugikan komuniti
kita.

Namun begitu, kepulangan muka-muka lama seperti saudara Yop Penang dan Teh Kean Hoe akan
mengukuhkan lagi kewibawaan barisan EXCO PDA yang terunggul dari segi corak pemikiran berbanding
dengan persatuan-persatuan Pekak yang lain.

Terima kasih atas desakan saudara Penyokong PDA A yang meminta KaptenDiam membantu perjuangan
Persatuan PDA. Untuk berlaku adil, KaptenDiam berharap nama penulis ini tidak akan dikaitkan dengan
mana-mana Persatuan Pekak.

Ini kerana setiap Perlembagaan Persatuan Pekak mencatat matlamat yang sama iaitu menambahbaikkan
kualiti hidup komuniti Pekak secara menyeluruh. Adalah satu tanggungjawab yang mulia untuk membantu,
mencambahkan dan mencabar pemikiran mereka baik di dalam Persatuan atau di luar Persatuan, misalnya
Forum kita.

Penyokong PDA A menyatakan kritikan terhadap sesetengah penulis Forum yang sering menyerang
seseorang sewenang-wenangnya dan akhirnya dihukum dengan kekalahan. Walaupun kemenangan dan
kekalahan sememangnya tidak wujud dalam adat Forum kita, namun KaptenDiam percaya bahawa para
pembaca juga mempunyai hak untuk mengadili dan menilaikan kebenaran tulisan lain dan bebas membuat
kesimpulan sama ada penulis itu berjaya menjanakan faedah ataupun gagal dalam perbincangan tersebut.

Saudara penulis Yop Penang menyatakan KaptenDiam dianggap sebagai penulis Pekak yang terbaik dalam
Forum kita. Itulah hak beliau untuk menghargai mana-mana tulisan yang difikirkan amat berguna kepada
pencambahan pemikiran komuniti kita. Diharapkan tulisan KaptenDiam tidak akan disalahertikan sebagai
menunjuk-nunjukkan kepandaian seseorang.

Apa yang KaptenDiam tulis adalah didorong oleh kesedaran yang tinggi untuk membimbing komuniti kita ke
arah mengasahkan ketajaman pemikiran mereka. Mudah-mudahan kita akan melihat lebih ramai pemimpin
Pekak yang mampu berfikir dan berani membuat keputusan tanpa pengaruh pihak atasan demi kebaikan
komuniti kita.

Pada analisis KaptenDiam, terdapat keempat-empat pemimpin Pekak yang paling menonjol dengan
pendirian yang tidak memihak kepada jari telunjuk pihak atasan. Mereka ialah En Kamarzaman Harun
(bekas Presiden KLSD), En Lim Heng Tuck, En Phillip Pong dan En Teh Kean Hoe.

Ini merupakan bukti kemerdekaan pemikiran yang agak remeh bagi sesetengah pembaca tetapi mereka
tetap dianggap sebagai produk terbaik keluaran FSD, sekolah Pekak yang tertua di Malaysia.

Saudara penulis UNO berpendapat bahawa tulisan Yop Penang sepatutnya lebih menyengat lagi seperti
KaptenDiam. Secara jujur, KaptenDiam percaya tulisan Yop Penang adalah lebih berhadhari dan amat
berkesan dalam usaha menjinakkan dan menundukkan tulisan yang berunsurkan kejahatan.

104 
 
Wajarlah beliau mengamalkan nasihat Nabi Muhammad SAW iaitu tawanan perang hendaklah diberikan
layanan yang mesra dan bukannya didera dan disembilah. Semua tulisan Yop Penang wajar dipuji atas
usahanya yang berjuang membasmikan kejahilan di kalangan komuniti kita.

Kekerapan saudara Yop Penang yang hadir dalam Forum kita akan menjadi satu bonus untuk
memungkinkan hajatnya tercapai iaitu menjadi Penolong Setiausaha PDA sekiranya menang dalam AGM
PDA kelak. Pengalaman Yop Penang akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menyediakan sokongan yang
berterusan kepada pemerintah PDA baru yang dijangka lebih proaktif.

Akhir sekali, memang benar kata-kata Penyokong PDA B yang meletakkan harapan mudah-mudahan kita
belajar daripada kesilapan yang lalu dan menjadi seorang Pekak yang lebih berhadhari dan waras
pemikirannya.

Sekian terima kasih.

KAPTENDIAM memilih untuk duduk menonton keputusan AGM PDA melalui skrin SMS dan tidak jadi turun
ke Bukit Jalil pada Ahad ini. Semoga Perak bermain bersungguh-sungguh sehebat kelancaran tulisan Yop
Penang dan KaptenDiam kelahiran Bumi Dato Seri Maharaja Lela. Perak Strikes Back!!!

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 08 Oktober 2004

Tahniah kepada AJK EXCO PDA


FORUM E-PEKAK Tajuk: 152 - AGM PDA 2004

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Laporan AGM PDA yang ditulis oleh saudara Yop Penang sepatutnya diberi pujian. Ini kerana beliau memilih
saluran yang lebih pantas misalnya Forum E-Pekak dan membawa berita terkini kepada komuniti kita pada
kadar penghantaran yang lebih laju berbanding dengan laman web Berita E-Pekak yang mengambil masa
lama untuk dikemaskinikan.

Selain daripada itu, KaptenDiam ada menerima mesej SMS daripada salah seorang ahli PDA yang
menceritakan suasana pemilihan ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan PDA. Beliau juga meminta
KaptenDiam memberikan ulasan mengenai penubuhan EXCO PDA yang baru walaupun KaptenDiam tidak
pernah menghadiri AGM tersebut.

KaptenDiam boleh mengatakan bahawa pemilihan EXCO PDA amat berjaya dan memenuhi harapan
komuniti kita yang menganggap Persatuan PDA sepatutnya mengetuai suara Pekak dari seluruh negara kita
untuk menangani segala cabaran tempatan dalam Persekutuan MFD pada masa kelak.

Perlantikan Encik Chung Kim Cheong sebagai Presiden PDA yang baru tidak mengejutkan komuniti kita
kerana nama beliau amat terkenal sebagai seorang warden asrama FSD yang telah bersusah payah
mengasuh beratus-ratus murid tua FSD dari Asrama Blok E dengan penuh disiplin sehingga mereka berjaya
menjadi profesional Pekak yang cemerlang dalam semua lapangan seperti Leon Lim (Pelajar RIT), Lee Tur
Chung (Guru Pendidikan Khas), Lim Heng Tuck (Ahli Perniagaan) dan banyak lagi.

Sebelum itu, kedudukan Encik Chung Kim Cheong sebenarnya telah diperkukuhkan dengan kejayaan
terbesar Persatuan Bekas Pelajar FSD pimpinan beliau selaku Presiden iaitu penganjuran Majlis Sambutan
Ulangtahun FSD ke-50 telah menerima sambutan yang luar biasa daripada beribu-ribu hadirin Pekak yang
sanggup datang dari negeri-negeri yang jauh termasuk Sabah.

Beliau akan dibantu oleh kedua-dua Timbalan Presiden PDA yang terbaik iaitu Encik Pong Chang Khim dan
Encik Mohd Khairun. Nama mereka tidak lagi asing kepada komuniti kita kerana mereka lebih dikenali
dalam pembangunan sukan untuk orang Pekak. Bagaimanapun mereka diharapkan akan menyuntikkan
idea-idea yang bernas dalam pemikiran Presiden PDA untuk melaksanakan matlamat utama PDA yang

105 
 
mahukan komuniti Pekak Pulau Pinang membangun dari segi jasmani, rohani dan intelek.

Kepulangan Encik Teh Kean Hoe akan dijangka merancakkan lagi cabaran kegiatan intelektual AJK EXCO
PDA selepas kejayaan perwakilan PDA yang menemui beberapa kelemahan dalam cadangan Pindaan
Peraturan Baru MFD (Penubuhan Jawatankuasa Tempatan) dalam AGM MFD yang lalu. Ini menyebabkan
Presiden MFD terpaksa mengeluarkan arahan supaya pihak PDA akan diberikan tugas menggubal semula
keseluruhan Perlembagaan MFD.

Bekas Presiden PDA dan SHIMA Pulau Pinang iaitu saudara Yop Penang akan mengolah pengalaman yang
lalu dan menterjemahkannya kepada semua bentuk tindakan yang lebih tersusun untuk memastikan
kesetiausahaan dan pentadbiran PDA berjalan dengan licin. Pada masa yang sama, beliau akan
memanfaatkan kelebihan laman Forum E-Pekak untuk mempromosikan perjuangan persatuan PDA yang
agak lebih unik dengan gandingan produk buatan FSD yang bermutu tinggi.

Akhir sekali KaptenDiam mengucapkan tahniah kepada semua ahli EXCO PDA yang berjaya dilantik.
Kesetiaan dan pengorbanan ahli-ahli PDA yang telah turun ke AGM PDA pada hari hujan wajar dihargai dan
diharapkan tidak akan dibalas dengan sebarang kekecewaan pada masa yang akan datang.

posted by KaptenDiam @ 5:30 PM 13 Oktober 2004

BIM lawan KTBM?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 160 – BIM dan KTBM
============================================================
Pendapat oleh KEPALA SENGET

Mungkin isu ini sudah lama...tapi ingin saya bertanyakan ini? Bagaimana BIM
dapat membantu para pelajar pekak kita dalam memajukan penggunaan bahasa
Malaysia? Maksud saya, membantu memperbaiki cara menggunakan ayat-ayat yang
betul dalam penulisan para pelajar kita?

Kebanyakkan kita menyokong penggunaan BIM dalam sistem pendidikan khas pelajar-
pelajar kita dan membantah penggunaan KTBM. Mengapa? Benar dalam perbualan dan
interaksi sesama kita BIM digunakan meluas. Itu benar tapi dapatkah ia membantu
para pelajar kita memperbaiki cara penggunaan ayat yang betul dalam pembelajaran
mereka? BIM mungkin dapat membantu mereka memahami sesuatu ayat dengan lebih
jelas..tapi dapatkah mereka memperbaiki penggunaan ayat yang betul jika BIM
digunakan untuk mengajar mereka?

Jika hari-hari didedahkan kepada BIM bukankah itu akan mempengaruhi gaya
penulisan mereka? Sekarang pun hampir semua para pelajar kita menulis dengan
gaya mengikut BIM? Dalam erti kata lain ayat pendek dan tunggang langgang kalau
mengikut standard bahasa Malaysia baku?

Bukankah cukup untuk mereka menggunakan BIM diluar sekolah tapi ketika
pembelajaran bukankah patut BIM dan KTBM digunakan secara seimbang? Bukannya
KTBM dibuang terus daripada diajarkan kepada para pelajar kita?

Bagaimana untuk mengajar para pelajar kita menggunakan kata berimbuhan dan
sebagainya jika menggunakan BIM?

============================================================
Pendapat oleh TEACHER

Hello, Saya dah lama mengikuti perkembangan forum E-pekak dan akhirnya saya
membuat keputusan untuk berdaftar sini.

106 
 
BIM adalah bahasa ibuanda di kalangan masyarakat Pekak. Kanak-kanak Pekak patut
menguasai BIM sebelum menguasai Bahasa Tulisan - Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris. Ini dikenali Bilingustic - Bilingustic Biculture (dikenali Bi Bi in
ringkasan)

Sebagai guru, saya pernah cuba menggunakan kaedah ala Bi Bi di atas panduan dan
tunjuk ajar Cik Ho Koon Wei, pakar lingustik dalam Bahasa Isyarat. Ini adalah
menunjukkan positif. Dalam kaedah ini, murid-murid Pekak mesti menguasai BIM
dulu. Guru khas yang mahir dalam BIM, akan menunjukkan perbezaan BIM dan Bahasa
Tulisan (BM dan BI). Murid-murid baru faham dan digalakkan membaca banyak. Guru
mesti selalu menerangkan sebarang maklumat dalam BI dan BM dengan menggunakan
BIM. Lama kelamaan, murid bersedia menulis Bahasa Tulisan berdasarkan gaya
tatabahasa. Mereka dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Guru sepatutnya
selalu memberi tunjuk ajar kepada mereka kalau didapati ayat yang salah supaya
dapat memperbaik pneggunaan tatabahasa BM dan BI yang betul.

Malangnya saya belum mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Bi Bi.
Saya boleh belajar Bilingustik di Universiti di luar negara seperti USA, Finland
atau Sweden.

Di Sweden, murid-murid Pekak mampu menguasai 2 - 3 bahasa dengan baik. Bahasa


tersebut ialah Bahasa Sweden, Bahasa Inggeris dan Bahasa lain. Sekarang
Pendidikan Pekak yang menggunakan Bi Bi di Sweden menjadi 'Model Pendidikan
Pekak' di seluruh dunia. Penggunaan Bi Bi sedang berkembang di seluruh dunia
seperti Kanada, USA, UK dan Finland.

Sekain, terima kasih.

Teacher
============================================================
Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Analisis saudara Teacher terhadap pandangan saudara Kepala Senget adalah baik dan berfaedah sebagai perkongsian
ilmu. Kedua-dua tulisan mereka membuktikan keprihatinan mereka kepada isu kelemahan penulisan Bahasa Malaysia
yang telah lama menghantui komuniti kita berdekad-dekad.

Tulisan Kepala Senget mengembalikan ingatan KaptenDiam yang pernah dijemput menyampaikan ceramah motivasi
kepada pelajar-pelajar Pekak dan ibu bapa. Salah seorang ayah menanyakan cara-cara anak Pekak diajarkan menulis
ayat yang betul mengikut tatabahasa Bahasa Malaysia.

KaptenDiam menjawab bahawa tiada formula mutlak untuk mengatasi masalah tersebut kecuali setiap warga Pekak
hendaklah memperbanyakkan tabiat membaca.

Walau bagaimanapun, pada masa itu Presiden MFD Encik Md Sazali selaku pengerusi sesi ceramah tersebut menafikan
jawapan KaptenDiam dan memberitahu bahawa terdapat jalan penyelesaian yang ada iaitu Cik Ho Koon Wei, pakar
pengkaji BIM akan menghasilkan formula yang terbaik untuk membantu warga Pekak menulis ayat yang betul melalui
BIM.

Peristiwa tersebut berlaku di Kajang pada tahun 2000. Hingga ke hari ini, kita belum menyaksikan pakar bahasa
tersebut merumuskan formula tersebut secara rasminya sebelum dibentangkan kepada komuniti kita.

Bagaimanapun pakar bahasa tersebut juga bersetuju dengan pendapat KaptenDiam tadi bahawa kekerapan amalan
membaca akan menyumbang kepada peningkatan kemahiran penulisan.

KaptenDiam berpendapat secara peribadi bahawa keberkesanan BIM dan KTBM bukanlah faktor penentu kejayaan
anak Pekak dalam bidang akademik. Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua bahasa tersebut sepatutnya dikekalkan
secara seimbang dalam pengajaran di sekolah pendidikan khas seperti yang dinyatakan oleh penulis Kepala Senget.

107 
 
Seperti yang kita ketahui, KTBM telah didokumentasikan secara rasminya oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. KTBM juga mempunyai kod-kod isyarat yang jelas mematuhi
prinsip dan struktur Bahasa Malaysia.

BIM tidak pernah dibukukan oleh mana-mana pihak sebagai dokumen rasmi yang lengkap dengan tatabahasa dan
sintaksis ataupun ilmu kajian susunan isyarat dalam pengujaran dan penulisan. Walaupun Persekutuan MFD ada
menerbitkan beberapa buku BIM tetapi ia bukanlah dokumen kajian bahasa isyarat kerana ia lebih kepada aktiviti
pengumpulan isyarat sahaja.

Ini dipercayai menjadi punca BIM belum diiktirafkan oleh Jabatan Pendidikan Khas tanpa mana-mana bukti kajian
ilmiah yang menunjukkan perlunya BIM digunakan dalam pengajaran di sekolah-sekolah Pekak. Hanya Jabatan
Kebajikan Masyarakat sahaja menganggap BIM sebagai bahasa komunikasi bagi warga Pekak.

Walaupun belum ada dokumentasi kajian BIM yang boleh diterima oleh komuniti Pekak sendiri, namun BIM tetap
dilihat sebagai kaedah komunikasi tidak rasmi yang penting untuk memudahkan pelajar-pelajar Pekak lebih memahami
setiap ajaran guru dengan lebih pantas jika dibandingkan dengan KTBM.

KTBM sepatutnya sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Malaysia kerana pelajar Pekak perlu memahami pelbagai
disiplin, misalnya tatabahasa, penggunaan imbuhan dan peribahasa dalam Bahasa Malaysia. BIM juga diperlukan untuk
menerangkan maksud kod-kod KTBM secara visual dengan lebih jelas.

KaptenDiam mengambil contoh tulisan pemimpin Pekak seperti Encik Md Sazali dan Encik Teh Kean Hoe sebagai kes
kajian untuk membandingkan BIM dan KTBM dari segi kemahiran penulisan. Kebanyakan rakan Pekak berpendapat
bahawa Md Sazali adalah pengguna BIM manakala Teh Kean Hoe pula pengguna KTBM.

Walaupun KaptenDiam bukanlah pengkaji bahasa Pekak, KaptenDiam akan merumuskan beberapa perkara penting di
bawah berdasarkan pengalaman KaptenDiam yang banyak membaca hasil tulisan mereka.

Tulisan Md Sazali.

Walaupun beliau diketahui fasih berbahasa BIM, namun beliau pernah melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dalam
penulisan. Para pembaca yang lebih arif boleh melihat beberapa tulisan beliau dalam laman web Berita E-Pekak dan
Ruang Bicara Sazali.

Kesilapan beliau adalah kecil berbanding dengan penutur BIM yang lain kerana tulisannya tidak mengikuti corak
penuturan BIM. Namun begitu, kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan keseluruhan tulisannya kerana apa yang
penting ialah para pembaca dapat memahami maksud tulisannya walaupun terdapat penggunaan bahasanya yang tidak
baku.

Tulisan Teh Kean Hoe.

KaptenDiam masih mengingati suatu keperibadian beliau iaitu sewaktu KaptenDiam menuntut di FSD Pulau Pinang,
beliau sering menggunakan KTBM dalam pengajaran Bahasa Melayu dan juga komunikasi seharian. Hasil daripada
bimbingannya, KaptenDiam berjaya menguasai penulisan Bahasa Melayu walaupun KaptenDiam menerima ajarannya
dalam KTBM.

KaptenDiam mengakui tulisan beliau adalah lebih baku daripada diri KaptenDiam sendiri. Yang mengagumkan ialah
beliau lulus dengan cemerlang (gred C3) dalam Kertas Bahasa Malaysia SPM selepas terkandas dalam Bahasa Malaysia
SRP dengan gred P7 (setaraf gred D dalam PMR)? Adakah beliau mengenali BIM pada zaman persekolahannya?

Kesimpulan.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, KaptenDiam boleh mengatakan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut masih
berupaya menulis ayat yang baik dalam Bahasa Malaysia walaupun mereka menggunakan bahasa yang berlainan iaitu
KTBM dan BIM.

Ini adalah kerana mereka telah banyak membaca dan menyimpan perbendaharaan kata dalam kotak ingatan mereka
sebagai modal persediaan untuk menulis ayat yang betul.

108 
 
Ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan BIM dan KTBM mempunyai peranan yang sama seperti bahasa asing untuk
membolehkan warga Pekak memperoleh dan memahami maklumat daripada pelbagai sumber tulisan dan lisan. Ini
boleh disamakan dengan keadaan global yang mendesak kita menguasai Bahasa Inggeris supaya lebih mudah
memahami maklumat terkini dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun penggunaan BIM dan KTBM yang baik tidak semestinya memberikan jaminan iaitu pelajar Pekak akan
mahir dalam penulisan bahasa yang betul hanya selepas mereka memahami ajaran dalam BIM dan KTBM. Mereka
perlu berubah daripada pelajar yang malas membaca kepada pelajar yang rajin membaca.

BIM hanyalah kaedah komunikasi untuk memudahkan pelajar Pekak faham akan maksud ayat yang telah dibacanya.
KTBM juga memandu pelajar Pekak mengenali Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dalam Persekutuan
Malaysia.

Amalan MEMBACA yang kerap adalah jambatan perdana yang terbaik untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka
dalam penulisan ayat yang betul dan baku mengikut Bahasa Malaysia dan bukannya BIM.

Bahasa jiwa bangsa kita.

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 14 Oktober 2004


   
Tulisan orang Pekak tunggang-langgang?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 160 – BIM dan KTBM

============================================================
Pendapat oleh AILU

isu BIM dan KTBM sebenarnya tidak harus ditimbulkan. Hanya orang yang tidak
faham akan fungsi dan perbezaan kedua-duanya selalu membangkitkannya.

Sebenarnya, seperti disetujui kebanyakan orang pekak, BIM ialah bahasa orang
pekak dan diakui sebagai suatu bahasa tersendiri sementara KTBM bukan suatu
bahasa. KTBM cuma suatu cara/variasi berujar dalam bahasa Melayu khusus direka
untuk orang pekak supaya mereka juga boleh bercakap dalam bahasa Melayu. KTBM
bersandar pada BM dan tidak boleh berdiri sendiri.

Bayangkan, jika guru bahasa Melayu menggunakan bahasa China atau bahasa Tamil
untuk mengajar bahasa Melayu. Bolehkah ini dilaksanakan? Sesungguhnya, BC dan BT
boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu atau maksud kata-kata sukar tetapi BC
dan BT bukan BM! Demikian juga, BIM boleh membantu dalam memperjelaskan sesuatu
tetapi BIM bukan BM!

Orang yang mencadangkan BIM menggantikan KTBM dalam sekolah-sekolah kita


merupakan orang yang langsung tidak faham akan linguistik.
============================================================

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Pandangan penulis Ailu ada kebenarannya jika dilihat dari sudut yang positif. Kita perlu ingat bahawa
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa isyarat yang tersendiri, yakni tidak bersandar kepada
mana-mana bahasa lisan.

Di negara ini, BIM tidak mempunyai sistem tulisan misalnya dalam bentuk rumi ataupun jawi. Di luar
negara, sistem tulisan isyarat (sign writing) telah diperkenalkan dan sedang dikaji.

109 
 
KaptenDiam bersetuju bahawa KTBM tidak sepatutnya dibuang dari sekolah ataupun digantikan dengan
BIM. Ini kerana KTBM tidak boleh dipersalahkan apabila ramai pelajar Pekak diumumkan tidak berjaya
dalam peperiksaan kerajaan.

Bagaimanapun KTBM sepatutnya dikaji semula kerana kebanyakan kod KTBM adalah ciptaan pendidik
bukan Pekak yang ketinggalan zaman dan jarang digunakan dalam situasi seharian.

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang boleh mewakili simbol seperti huruf dan angka apabila ditulis
di atas kertas. Sebagai contohnya, apabila kata BU-KU disebut dari mulut kita, ia akan membentuk satu
perkataan BUKU di atas kertas tulisan.

BIM tidak dapat disamakan dengan contoh di atas, iaitu BIM tidak dapat menterjemahkan isyarat visual
kepada sesuatu perkataan. Apabila perkataan BUKU disebut, orang Pekak akan berisyarat iaitu kedua-dua
tapak tangan dilekatkan lalu direnggangkan ke kiri ke kanan.

Isyarat tersebut tidak menunjukkan keempat-empat huruf (B-U-K-U) dalam bentuk bunyi atau simbol lain.
Sebaliknya ia hanya menunjukkan perbuatan secara visual seperti orang yang sedang membuka buku.

Itulah ciri-ciri BIM yang menyebabkan orang Pekak menulis ayat yang tidak baku dan tunggang-langgang.
Ini mungkin dikenali sebagai Bahasa Malaysia yang diBIMkan seperti yang telah KaptenDiam bincangkan
dalam tajuk yang lalu.

Adalah suatu kerja yang agak sukar kepada orang Pekak untuk mengubahkan bahasa yang diBIMkan kepada
bahasa baku dalam penulisan. Bagaimanapun kesulitan ini boleh diatasi sekiranya setiap pelajar Pekak
dimotivasikan melipatgandakan usaha membaca setiap hari.

Sekiranya seseorang Pekak tidak faham akan apa yang dibacanya, dia perlu bertanya dan meminta orang
lain menerangkan maksud tersebut dengan menggunakan BIM ataupun KTBM. Barulah dia akan mengingati
dan membiasakan diri dengan susunan perkataan dan frasa tersebut.

Amalan pembacaan yang berterusan akan membantu seseorang Pekak membaiki kesilapan dan kelemahan
dalam penulisan bahasa baku. Ini ada disebut dalam al-Quran iaitu Allah SWT berfirman bahawa Dialah
yang tidak akan mengubah keadaan seseorang kecuali mereka berusaha mengubah nasib (keadaan) sendiri.

Dengan erti kata yang lain, seseorang Pekak tidak boleh mengharapkan Tuhan Pencipta Alam Semesta
hanya dengan berdoa agar mereka dikurniakan kemahiran penulisan dari langit. Mereka perlu berikhtiar
(usaha sendiri) dan berjihad menuntut ilmu misalnya memperbanyakkan amalan membaca pada setiap
masa.

Dengan ini mereka akan menghasilkan ayat yang betul dan seterusnya interaksi dengan masyakarat umum
menjadi lebih mudah lagi. Mereka akan belajar daripada sebarang kesilapan penulisan sewaktu bergaul
dengan kawan-kawan bukan Pekak.

Selain daripada kepentingan amalan membaca yang ditekankan, KaptenDiam berharap agar para pembaca
tampil ke sini dan mencadangkan formula yang lebih bernas untuk mengurangkan masalah penggunaan
Bahasa Malaysia yang diBIMkan dalam penulisan di kalangan komuniti kita.

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak.

posted by KaptenDiam @ 9:31 PM 17 Oktober 2004

Presiden MFD tidak boleh menjadi CEO MFD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

============================================================

110 
 
Pendapat Pertama oleh AILU

Pening kepala saya apabila membaca hujah O-o. Beliau seperti nenek tua yang
bijak berleter. Melontar banyak hujah-hujah yang tak berasas. Yang tak betul
juga dijadikan betul. Mungkin betul beliau cuma belajarsampai darjah 5.
Saya cuma nak jelaskan, sebenarnya tiada sesiapa yang nak jatuhkan Presiden MFD.
Pandangan yang berlainan sebenarnya untuk membantu Presiden MFD dan diharap MFD
akan lebih teguh untuk memperjuangkan hak komuniti orang pekak. Jangan lupa,
mereka yang mengemukakan pandangan yang berlainan termasuk KaptenDiam merupakan
para cedekiawan pekak. Satu golongan minoriti tetapi merupakan aset komuniti
pekak. Dalam zaman globalisasi ini, O-o dan Presiden MFD jangan harap orang-
orang pekak masih merupakan pak turut yang tidak mempunyai sebarang pendapat
sendiri. Sesungguhnya, golongan cedekiawan itu minoriti dan dalam AGM MFD yang
mengira satu negeri satu undi, mereka kalah. Tapi, bolehkah Sazali dan O-o
berbangga kerana dapat sokongan daripada yes-man yang tidak berupaya membaca dan
memahami perlembagaan?

Apa sekalipun, apabila kita berpersatuan, perlembagaan persatuan patut dipatuhi


oleh semua pihak. Dalam AGM MFD, yang melucukan - cara setiausaha yang baru itu
memberi definisi tentang item-item perlembagaan - apa yang beliau kata
sebenarnya beliau sendiri tak dapat percaya akan kebenarannya. Presiden MFD
pula, nyata-nyata kata tak perlu ikut perlembagaan. Mereka yang memperterajui
kepimpinan persatuan kebangsaan kita memperlihatkan tahap ketamadunan orang
pekak Malaysia masih terlalu rendah. Jangan lupa, UMNO pernah diumumkan sebagai
persatuan tidak sah apabila didapati ada item-item perlembagaan tidak diikuti.
Kini, MFD dipimpin oleh Presiden tidak sah, sebenarnya dah jadi persatuan tidak
sah.
KLSD yang mengemukakan calon tidak sesuai untuk jawatan Presiden, sepatutnya
ditolak pencalonannya awal-awal lagi oleh Setiausaha MFD sekiranya setiausaha
benar-benar menjalankan tugas.
Jika dalam AGM, tiada calon Presiden, jawatan itu boleh dikosongkan dan boleh
diadakan EGM untuk tujuan tersebut.

Sekiranya KDA dan Presiden Utara yang disebut-sebut oleh O-o itu memang nak
membuat kacau, mereka boleh bertindak untuk menjadikan MFD tidak sah. Tetapi
mereka tidak berbuat demikian. Tahu mengapa? Cuma nak MFD jadi lebih baik, lebih
bersih, lebih jernih, lebih teguh.
============================================================
Pendapat Kedua oleh AILU

Saya nak jawap ringkas tentang salah satu hujah O-o

DALAM PERLEMBAGAAN MFD NO. MANA KATA PRESIDEN TAK BOLEH PEGANG CEO? KALAU TAK
ADA JANGAN TIMBUL, KALAU TAK SETUJU PEGANG 2 JAWATAN, USULKAN TAMBAH
PERLEMBAGAAN IAITU PRESIDEN TAK BOLEH PEGANG JAWATAN. INI ADIL TAU TAK?

Ya. Dalam perlembagaan, memang tiada tertulis Presiden tidak boleh pegang
jawatan CEO. Walau bagaimanapun, kedua-dua jawatan ada "percanggahan" dalam
pengurusan dan pentadbiran persatuan. CEO ialah orang yang menjalankan
pengurusan sebenar untuk kemajuan persatuan. Beliau melaksanakan arahan majlis
pentadbir dan juga arahan presiden dan perlu bertanggungjawab kepada mereka.
Kalau CEO juga Presiden, itu bermakna CEO tak perlu bertanggungjawab kepada
sesiapa khususnya apabila dalam majlis pentadbir tiada sesiapa berupaya
menentang hasrat presiden. Akhirnya keadaan ini berlaku: CEO membuat kesilapan
atau tidak bereffisien tetapi tiada sesiapa berupaya memecatnya. Dia tak perlu
takut sesiapa dan boleh berlaku sewenang-wenang. Saya tak kata CEO dah
melakukakan apa-apasewenang-wenang tapi kita memang memerlukan satu sistem
kawalan yang berkesan supaya pentadbiran MFD lebih cekap.

111 
 
Dalam banyak agensi kerajaan atau kementerian, sekiranya sesuatu mesyuarat
berkenaan dengan memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang mempunyai
pertalian dengan seseorang yang boleh membuat keputusan dalam mesyuarat, orang
berkenaan-biarpun menteri juga mesti menarik diri dari mesyuarat, supaya dia
tidak membuat keputusan yang berkaitan dengan kepentingannya. Itu merupakan
etika.

Daripada perlembagaan MFD, tiada tertulis Presiden tidak boleh memegang jawatan
CEO, tetapi dari segi etika, Presiden tidak harus memegang jawatan CEO.
Bayangkan, kalau mesyuarat majlis pentadbir berbincang dan hendak membuat
keputusan tentang tugas CEO - baik atau tidak? - dan membuat keputusan tentang
kenaikan gaji CEO sebanyak 100%. Dapatkah ahli-ahli majis menentang hasrat
Presiden?
============================================================
Pendapat Ketiga oleh LITTLE PERSON

Memang betul kata-kata Ailu. Pengerusi MFD dan CEO mestilah dua orang yang
berlainan, bukan satu-satu orang. Pernah dengar peribahasa Inggeris "Dua kepala
adalah lebih baik daripada satu kepala"? Alangkah baik kalau kita mempunyai dua
orang yang bijaksana bekerjasama demi kebaikan MFD dan komuniti orang Pekak di
Malaysia.
============================================================

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

AGM MFD telah menjadi tajuk perbincangan yang paling hangat dan berpanjangan. Kehadiran penulis O-o
bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan nama majikannya (MFD) yang tercalar tetapi juga secara
tidak langsung dia telah membantu para penulis seperti Yop Penang, Ailu dan Little Person menjumpai
beberapa kelemahan dalam Persatuan MFD pimpinan Encik Md Sazali.

Walaupun penulis O-o mengakui tahap pemikirannya adalah sama dengan murid darjah lima, namun setiap
jawapannya pasti berguna dan menjadi kes kajian dalam Forum kita. Mereka (Yop Penang, Ailu dan Little
Person) juga berhak menggunakan akal fikiran untuk mengkaji komennya dan membetulkan kepincangan
dalam perbincangan ini.

Isu 01 - Penulis Yop Penang

Jawapan saudara penulis Yop Penang begitu ringkas dan bertenaga untuk mematikan hujah penulis O-o
yang tidak kukuh. Sekeras-kerasnya beliau menafikan tuduhan penulis O-o iaitu Persatuan PDA terlibat
dalam rancangan menjatuhkan Encik Md Sazali.

Jawapannya menyebabkan penulis O-o tidak berpuas hati dan kembali mempertikaikan tulisan Yop Penang.
Buat kali pertama, penulis O-o terpaksa meminjam Perlembagaan MFD yang sebelum ini dianggapnya
sebagai kertas yang mati dan tidak berguna.

Isu 02 - Penulis Ailu

Pendatang baru, saudara penulis Ailu telah mengkritik hujah O-o yang disifatkan sebagai menghalalkan apa
yang diharamkan. KaptenDiam menyokong sepenuhnya kesemua pandangannya yang amat bernas sekali.

Benarlah kata-kata beliau bahawa kedudukan Presiden yang tidak sah boleh membawa kepada
pengharaman Persatuan MFD sekiranya ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan MFD. Hal ini ada
dijelaskan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Penulis Ailu berjaya menyangkal hujahnya dengan fakta-fakta yang sungguh meyakinkan terutama dalam
isu Presiden MFD tidak boleh memegang jawatan Pengarah Eksekutif (CEO).

112 
 
Isu 03 - Penulis Little Person

Beliau pun menyokong pandangan penulis Ailu berdasarkan peribahasa Inggeris yang menyebut:

"Dua kepala adalah lebih baik daripada satu kepala".

Isu 04 - Pandangan KaptenDiam?

KaptenDiam akan membincangkan hal ini dan mencabar para pembaca yang dihormati memikirkan sebab-
sebab mengapa Presiden MFD tidak sepatutnya duduk di atas kerusi CEO.

Isu 05 - Orang Pekak tidak berpuas hati?

Penulis O-o memang berhak meluahkan perasaan yang tidak berpuas hati apabila melihat kedudukan
Presiden MFD semakin tercabar oleh pendapat ramai warga Pekak iaitu Presiden MFD dan Pengarah
Eksekutif (CEO) MFD mestilah orang yang berlainan.

Begitu juga dengan Presiden KDA yang juga berhak untuk menyuarakan perasaan yang sama dengan penulis
O-o tadi. Perasaan mereka hendaklah difahami dan dihormati. Tetapi pada persoalannya, adakah perasaan
mereka disebabkan oleh keadilan Perlembagaan MFD atau hasutan emosi yang negatif?

Isu 06 - Apa kata Perlembagaan MFD?

Jika KaptenDiam tidak tersilap, pendapat mereka adalah didasarkan kepada Artikel 16 (Larangan) dalam
Perlembagaan MFD versi Bahasa Inggeris seperti di bawah.

16.3 - MFD's benefits and privileges shall not be abused by MFD Board and his/her immediate families and
affiliated member/staf of MFD. Authorised personnels shall not abuse the power vested in them for
his/her personal gains and benefits.

Terjemahan dalam Bahasa Malaysia.

16.3 - Faedah dan hak istimewa MFD tidak boleh disalahgunakan oleh Majlis MFD dan anggota-anggota
keluarga terdekat dan Ahli-ahli Gabungan / pekerja-pekerja MFD. Pegawai/pekerja yang mempunyai
kuasa tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk keuntungan (kepentingan) dan faedah-
faedah (manfaat) diri sendiri.

Isu 07 - Jawatan CEO tiada dalam Perlembagaan MFD?

Memang tiada artikel Perlembagaan MFD yang menyebut dengan jelas bahawa Presiden MFD tidak
dibenarkan memegang jawatan CEO. Namun Artikel 16.3 di atas boleh menjadi jawapan kepada masalah
tersebut. Sudah tentu timbul pendapat yang berbeza apabila artikel tersebut ditakrif dan dibahaskan
secara ilmiah.

Perlu diketahui bahawa jawatan CEO MFD ialah pekerja MFD dan Presiden MFD ialah anggota Majlis MFD.
Faedah (benefits) ialah nafkah bagi ahli yang membayar yuran dan juga derma daripada sumber luar untuk
manfaat ahli-ahli Persatuan mengikut takrifan Akta Pertubuhan 1966.

Isu 08 - Takrifan lain?

Jika takrifan ini tidak silap (kerana KaptenDiam bukan peguam atau penasihat undang-undang), anggota
Majlis MFD (Presiden) dan pekerja MFD (CEO) tidak dibenarkan menyalahgunakan kuasa misalnya
mengambil faedah daripada tabung kewangan MFD tanpa persetujuan dan pengetahuan Majlis MFD.

Ini menimbulkan spekulasi yang negatif di kalangan ahli komuniti kita bahawa CEO MFD boleh
menggunakan kuasa Presiden sewenang-wenangnya untuk meluluskan sesuatu dalam pentadbiran MFD

113 
 
tanpa memaklumkan kepada Presiden atau Majlis MFD.

Prinsip ini adalah diterbitkan daripada takrifan Artikel 16.3 tadi dan menjadi hujah yang paling asas untuk
membuat ketetapan bahawa Presiden MFD tidak sepatutnya memegang jawatan CEO pada masa yang sama
bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan kewangan Persatuan.

Isu 09 - MFD badan penggaji?

Perlu diterangkan bahawa latar belakang MFD ialah sebuah badan kesukarelaan yang dipimpin oleh
pemimpin dan jawatankuasa eksekutif yang dilantik untuk membantu secara sukarela dan bukannya
digajikan.

Bagaimanapun, pelbagai faedah yang diperoleh oleh MFD sepatutnya diagih secara adil kepada semua Ahli
Gabungan yang telah membayar yuran keahlian sejumlah seratus ringgit kepada MFD pada setiap tahun.

Pekerja-pekerja MFD misalnya jurubahasa isyarat dan pegawai pentadbiran juga boleh digajikan sekiranya
mereka disyaratkan tidak berada dalam Majlis MFD. Kuasa menggajikan mereka adalah terletak pada
Presiden MFD dan Majlis MFD, bukannya CEO MFD.

Isu 10 - Timbalan Presiden MPM itu CEO MPM?

Seperti yang dijelaskan oleh penulis O-o, Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sekarang
memegang jawatan CEO MPM.

Pada pandangan KaptenDiam, beliau boleh menjadi CEO kerana jawatan Timbalan Presiden adalah pihak
yang diperintah seperti CEO yang diarahkan. Beliau (Timbalan Presiden dan CEO) akan bertanggungjawab
kepada Presiden dan majlis tertinggi di MPM.

Bagaimanapun ia dianggap kurang beretika sekiranya mana-mana anggota Majlis MFD menjadi pekerja
tetap MFD. Oleh itu MFD tidak digalakkan meniru sistem demikian dalam MPM.

Bukan sahaja seorang Presiden KDA tetapi juga ramai pemimpin NGO bukan Pekak mempunyai pendapat
demikian yang serupa. Encik Syed Osman, yang juga Timbalan Presiden KLSD dan Setiausaha MFD sendiri
pernah menyetujui pendapat KaptenDiam bahawa Presiden MFD tidak sepatutnya memegang jawatan CEO
MFD.

Isu 11 - MPM mengalahkan MSFD?

Penulis O-o menuduh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menewaskan Persekutuan Sukan Orang Pekak
Malaysia (MSFD). Memang benar dia sekadar murid darjah lima yang belum mengenali sejarah MPM dan
MSFD. Mengikut fakta yang sebenar, MSFD menjadi Ahli Gabungan kepada MPM. Sokongan MSFD yang kuat
menjadikan MPM lebih berjaya dalam pembangunan sukan untuk OKU.

MPM pernah menyumbangkan bantuan kewangan kepada MSFD seperti menghantar ahli-ahli sukan Pekak ke
Sukan Deaflimpik dan menjayakan penganjuran Sukan SKOP. Oleh itu MSFD telah mendapat faedah besar
daripada penyertaan MPM.

Sebab itulah, kita tidak boleh mengatakan bahawa MPM mengalahkan MSFD. Demikianlah juga kita tidak
boleh mengatakan PMY YMCA yang kerdil mengalahkan MFD. Mana-mana Persatuan Pekak yang
memperjuangkan kebajikan warga Pekak hendaklah disokong.

Isu 12 - Penasihat KLSD bukan anggota EXCO KLSD.

Penulis O-o membuat satu lagi tuduhan iaitu KaptenDiam menjatuhkan MFD. Apakah buktinya?

Apa yang sebenarnya ialah Presiden MFD (penjawat Penasihat KLSD) mempunyai masalah dengan
Perlembagaan KLSD sendiri. Ini tidak menampakkan apa-apa usaha KaptenDiam yang cuba menjatuhkan

114 
 
MFD.

Mereka tidak mempertikaikan keputusan KLSD yang mencalonkan nama Penasihat KLSD. Sebagai rakyat
Pekak, mereka juga berhak menilaikan keputusan KLSD dan mengeluarkan pendapat bahawa keputusan
tersebut boleh menyebabkan kewibawaan persatuan KLSD dipandang serong dan menjadi tanda tanya
ramai ahli KLSD.

Kemungkinan besar ahli-ahli KLSD bercadang membangkitkan isu ini dalam AGM KLSD yang akan datang.
Ahli EXCO KLSD diminta menyediakan payung sebelum hari hujan.

Isu 13 - Dendam ditempah?

Penulis O-o menuduh Presiden KDA dihasut oleh kawan rapatnya untuk membalas dendam kepada Encik Md
Sazali. Siapakah orang yang dimaksudkan itu? Apakah yang menyebabkan dia berdendam kepadanya?

Penulis itu tidak sepatutnya menaruh fitnah dalam Forum ini kerana dia perlu menjaga adab-adab sebagai
Muslim sewaktu kita sedang berpuasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Isu 14 - Presiden MFD akan pulang ke Perak?

KaptenDiam meramalkan bahawa Presiden MFD akan kembali ke Persatuan Orang Pekak Perak (POPP)
untuk memegang jawatan anggota EXCO POPP.

Ini kerana beliau dipercayai menghadapi kerumitan menjawab isu ini demi mempertahankan semula hujah
penulis O-o yang dilihat tidak berupaya membela prinsipnya. Barangkali beliau tiada pilihan lain kecuali
kembali semula kepada kebenaran Perlembagaan MFD.

Beliau juga pernah meminta KaptenDiam supaya menjadi ahli POPP dan membantu Persatuan Pekak di
Perak. Permintaan beliau merupakan satu penghormatan kepada diri KaptenDiam.

Sekiranya ramalan tersebut (beliau kembali ke Perak) menjadi kenyataan pada masa kelak, KaptenDiam
akan kembali juga. Diharapkan para cerdik pandai Pekak yang lahir di Perak datanglah segera membantu
membangunkan POPP sebagai Persatuan Pekak yang disegani dan setanding dengan kewibawaan PDA.
Kejor Yop Kejor.

Penutup

Pada kesimpulannya perbincangan ini benar-benar memberikan kepuasan kepada para pembaca dan
menunjukkan ramai orang Pekak semakin menyedari betapa pentingnya tanggungjawab mereka untuk
membawa MFD kembali kepada Perlembagaan MFD.

Perlu diingatkan bahawa perbezaan pendapat mereka tidak akan membawa kepada perpecahan dan
permusuhan tetapi ia adalah input (blueprint) yang diperlukan untuk memantapkan lagi perjuangan warga
Pekak.

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak.

posted by KaptenDiam @ 9:44 PM 18 Oktober 2004

KaptenDiam Pakar Pencalar?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

============================================================
Pendapat oleh saudara AILU

Ingin saya jawab soalan O-o:

115 
 
SOALAN SAYA SEBELUMNYA, APAKAH KELEMAHAN DAN KEKURANGAN PIMPINAN MD. SAZALI
SEHINGGA KITA PERLU PERTIKAIKANNYA MEMEGANG JAWATAN RESIDEN DAN CEO.

KITA PERLU BUAT TEGURAN BERNAS JIKA DIA GAGAL BUAT TUGAS. SEKIRANYA PEMIMPIN
YANG GAGAL MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA KOMUNITI KITA, KITA ORANG PEKAK BOLEH
MENGANTI PEMIMPIN TERSEBUT. ORANG PEKAK TAHU APA ITU KUASA MEREKA YANG
BERPERSATUAN

Fokus perbincangan kita ialah jawatan presiden, CEO dan sistem pentadbiran MFD.
Kita inginkan MFD mempunyai sistem pentadbiran yang kukuh dan sah supaya dapat
membimbing orang pekak maju. Kita tidak ingin mempertikaikan kemampuan mana-mana
seorang pemimpin. Cuma O-o yang sempit pandangan berulang-ulang mempertahankan
Sazali. Sehingga sekarang, tak ada orang bermaksud nak jatuhkan Sazali, cuma O-o
yang kata demikian. Harap O-o buka mata, lihat secara menyeluruh. Andaikan kalau
Sazali dah bersara, tetapi sistem MFD kekal begini - seorang presiden yang baru
mungkin tidak sebaik sazali - mungkin timbul penyalahgunaan kuasa. Jadi, Sazali
sebagai pemimpin yang berwibawa, dia sepatutnya memastikan MFD mempunyai suatu
sistem pentadbiran yang mantap, yang dapat mencegah sebarang penyalahgunaan
kuasa.
============================================================

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

KaptenDiam boleh mengatakan bahawa jawapan penulis O-o merupakan pembelaan diri secara besar-
besaran hanya untuk menutup kekurangan hujahnya. Sesungguhnya pekerja-pekerja MFD tidak menjadi
sasaran pena KaptenDiam.

Ini kerana mereka tidak merupakan mangsa yang paling dikehendaki dalam persengketaan Forum kita.
Yang menjadi isu sebenar ialah perbezaan pendapat para forumnis Pekak tentang kedudukan Presiden MFD
dan CEO MFD dari segi Perlembagaan MFD. Maka KaptenDiam menyetujui pendapat saudara penulis AILU
yang menyatakan perbincangan ini tidak bertujuan untuk mempertikaikan kepimpinan mana-mana
pemimpin Pekak.

Walaupun tulisan saudari O-o boleh dibuang ke dalam bakul kerana ia tidak menyentuh konflik
Perlembagaan MFD, namun tulisannya amat dialu-alukan, yakni satu lagi rahmat kepada komuniti kita.
Orang tua pernah berkata: SEMAKIN KITA BANYAK BERBORAK, SEMAKIN KITA LEBIH MENGETAHUI
KELEMAHAN DIRI DAN PIHAK LAIN.

Perlu diterangkan bahawa KaptenDiam tidak berkata Encik Md Sazali sepatutnya meletakkan satu salah
jawatan Presiden MFD atau CEO MFD.

Apa yang hendak KaptenDiam katakan ialah kita mengajak para pembaca menjawab satu persoalan:
Adakah Presiden MFD tidak sepatutnya menjadi Pengarah Eksekutif (CEO) MFD? Seterusnya para pembaca
diajak mengutarakan cadangan yang baik untuk membaiki keberkesanan sistem pentadbiran MFD dan
menjadikan MFD sebagai sebuah payung yang tidak bocor dan melindungi ahli-ahli daripada menjadi basah
akibat hujan.

Persoalan tadi menyebabkan KaptenDiam menulis di sini dengan tujuan untuk mencabar para pembaca
yang dihormati supaya berfikir dan bebas mengeluarkan pendapat yang pro dan kontra mengenai jawatan
Presiden MFD dan CEO MFD yang dipegang seorang yang sama.

ISU 01 - Penulis O-o berkata hendak mempertahankan majikannya.

Jika dianalisis secara ringkas, dia hanya mempertahankan imej ketua majikannya (CEO MFD) dengan
memperalatkan sumbangan ketuanya (Md Sazali) untuk menutup kelemahan hujahnya.

116 
 
Ini tidak bererti sumbangan ketuanya ditidakkan ataupun dikecilkan dalam tulisan ini. Malahan juga
pekerja dan bekas pekerja MFD termasuk KaptenDiam sendiri pernah membantu ketuanya mengukirkan
beberapa kejayaan MFD yang membanggakan komuniti Pekak.

Dia tidak sepatutnya mempersoalkan kesetiaan seseorang kepada sesebuah majikan. Komuniti kita tidak
berhak menuduh Persatuan Pekak tiada kesetiaan kepada MFD sekiranya mereka mengkritik tindakan
sesetengah pemimpin Pekak yang jelas menyalahi Perlembagaan MFD.

Wajarlah dia membela majikannya kerana dia pekerja MFD yang taat setia kepada ketuanya. Bekas
pekerja MFD tidak perlu berbuat demikian disebabkan oleh ketiadaan perjanjian perkhidmatan secara
hitam dan putih antara mereka dan pihak MFD.

Mereka juga tidak akan ditangkap dan dihantar ke penjara MFD sekiranya mereka mengkritik pihak MFD
asalkan mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan tidak mencetuskan ancaman yang
berbahaya kepada negara dan komuniti kita.

ISU 02 - Penulis O-o bertanya apakah kelemahan ketuanya.

Barangkali dia menyalahertikan tulisan KaptenDiam tentang kelemahan Encik Md Sazali. KaptenDiam tidak
mengatakan corak kepimpinannya telah melemahkan Persatuan MFD. Benarlah kata-kata penulis Ailu
bahawa Md Sazali adalah pemimpin Pekak yang berwibawa dan sepatutnya bertanggungjawab mengatasi
sebarang kekurangan dalam pentadbiran MFD.

Walau bagaimanapun, Presiden MFD tidak dapat mengelakkan diri daripada sifat yang universal, iaitu
setiap manusia tetap melakukan kesilapan, dosa kecil dan dosa besar.

KaptenDiam tidak berhasrat menceritakan beberapa contoh kelemahan dalam Persatuan MFD
pimpinannya. Ini kerana komuniti kita menyedari setiap Persatuan Pekak juga mempunyai kelemahan dan
kekuatan masing-masing.

ISU 03 - Teguran dipedulikan?

Penulis O-o menyatakan teguran yang membina adalah diperlukan apabila berlakunya kesilapan yang
dilakukan oleh pemimpin Pekak. Pada persoalannya, adakah dia bersedia menerima teguran yang positif
mengenai kelemahan kepimpinannya?

ISU 04 - Penulis O-o berkata KaptenDiam pakar pencalar?

Dia menuduh tulisan KaptenDiam berjaya mencalarkan imej MFD dan memangsakan Presiden KDA.
KaptenDiam tidak pasti dengan bahagian mana dalam tulisan-tulisan yang dahulu telah mencontengkan
imej MFD.

Ini berbeza daripada saudara penulis Ailu yang menganggap tulisan ini adalah perbezaan pendapat yang
boleh membantu MFD belajar daripada beberapa kesilapan dan menjadi lebih teguh lagi sekiranya pihak
MFD sanggup menerima komen sama ada yang membina ataupun yang negatif.

Bagaimanapun penulis O-o hanya menilaikan setiap tulisan KaptenDiam dari segi emosi yang negatif. Dia
juga mengitarkan semula cerita yang sama dan terlalu basi iaitu mengatakan KaptenDiam adalah anti MFD.
Untuk berlaku adil, dia juga boleh dikatakan anti KaptenDiam.

Sebenarnya Presiden KDA tidak mungkin menjadi mangsa tulisan KaptenDiam. Orang ramai telah
mengetahui fakta bahawa konflik dalam AGM MFD adalah berpunca daripada masalah komunikasi dan
teknikal antara pihak KDA dan pihak MFD dalam isu penamaan calon Ahli Majlis MFD.

Adalah tidak logik jika tulisan KaptenDiam menyebabkan terjadinya masalah teknikal dalam AGM MFD dan
memangsakan Presiden KDA.

117 
 
Sebagai pekerja MFD, penulis O-o tidak sepatutnya memfitnah Presiden Bahagian Utara yang
bertanggungjawab menghasut Presiden KDA. Fitnah demikian boleh menyebabkan pihak KDA dan Bahagian
Utara tersinggung. Hal ini dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kepercayaan
mereka terhadap kewibawaan pihak MFD.

Mujurlah bekas Presiden PDA, saudara Yop Penang menyedari kegentingan suasana tersebut dan bertindak
segera untuk menafikan fitnah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan harapan agar perpaduan
komuniti Pekak terus dipupuk sepanjang masa.

ISU 05 - Penulis O-o berkata jangan buat bising.

Dia merayu kepada KaptenDiam supaya tidak membuat bising dalam Forum ini kerana KaptenDiam bukan
ahli Persatuan Pekak.

Dia tidak perlu bimbang ataupun cemas dengan kekuatan tulisan KaptenDiam yang membawa kebenaran
yang dituduhnya mampu menjejaskan imej MFD. Ini kerana watak KaptenDiam tidak dicipta ataupun
diperalatkan untuk menyerang Persatuan MFD.

Menurut pendapat kebanyakan pembaca, tulisan KaptenDiam adalah membawa satu misi iaitu
menggalakkan para pembaca mencabar keupayaan kemahiran berfikir masing-masing, misalnya memeriksa
kewarasan akal fikiran mereka sebelum mengeluarkan pendapat bernas yang boleh membantu Persatuan
Pekak.

Pendek kata, tulisan KaptenDiam tidak mengkhususkan satu-satunya tajuk perbincangan tentang MFD
sahaja. Bahkan juga KaptenDiam menulis banyak artikel yang tidak menyerang MFD misalnya isu BIM dam
KTBM, agama, sukan, budaya, politik, pendidikan, hiburan dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, ia tidak menjadi satu kesalahan dalam Forum apabila KaptenDiam dikatakan sibuk
membicarakan kebanyakan isu semasa yang bersifat am (general). Begitulah juga tidak menjadi kesalahan
jika penulis O-o membuat bising setiap kali tulisan KaptenDiam muncul di dada Forum kita pada setiap
minggu.

KaptenDiam mengambil contoh yang terbaik menunjukkan amalan membuat bising adalah kebiasaan
seharian di kalangan pemimpin politik.

Mengikut isu semasa, para pemimpin pembangkang seperti PAS membuat bising di sini di sana kerana
mempertikaikan konsep Islam Hadhari anjuran Kerajaan (parti pemerintah UMNO).

Meksipun mereka tidak merupakan Menteri Kabinet dan tidak campur tangan dalam pembuatan dasar
negara, mereka juga diberikan kebebasan untuk membuat bising asalkan perbuatan itu tidak
membahayakan keselamatan negara mengikut Akta ISA.

ISU 06 - Penulis O-o berkata KaptenDiam diupah

Adalah kerja yang berdosa besar apabila dia mengeluarkan satu lagi fitnah, KaptenDiam diupah oleh pihak
lain untuk mendedahkan kelemahan MFD kepada orang ramai.

Perlu dijelaskan KaptenDiam tidak pernah menerima apa-apa bayaran atau elaun atau upah atau rasuah
atau anugerah penulis terbaik atau peluru atau bom tangan atau senjata berat daripada mana-mana pihak
untuk tujuan tersebut.

Dia dinasihatkan bertaubat segera sebelum tibanya hari kematiannya bila-bila masa. Mudah-mudahan Allah
SWT akan memaafkan sesiapa yang telah bertaubat dan tidak mengulangi fitnah itu.

ISU 07 - Penulis O-o berkata KaptenDiam penghasut.

118 
 
Tuduhan ini hanya layak dilakukan oleh sesiapa penulis yang tidak berupaya mematahkan hujah
KaptenDiam. Dia melarikan diri daripada tajuk perbincangan itu dan mengeluarkan fatwa KaptenDiam
adalah penghasut.

Dia mendakwa MFD aman dan tiada masalah sebelum kedatangan KaptenDiam (AskarDiam dahulunya)
dalam dunia Forum kita. Ini tidak benar kerana masalah ini sebenarnya telah lama berlaku dan dibawa dari
Forum Bravenet yang dibubarkan.

Forum Bravenet amat popular dan pedas berbanding dengan Forum e-Pekak kerana ia penuh dengan
kehadiran ramai penulis yang tidak bernama membuat serangan ke atas imej MFD, MSFD dan KLSD.

Ini menyebabkan MFD berasa tidak tenteram dan cemas sehingga membuat keputusan untuk menubuhkan
Forum E-Pekak yang lebih selamat dan dijaga oleh pentadbir forum yang dilantik oleh MFD.

Memandangkan KaptenDiam belum lahir lagi dalam Forum Bravenet, KaptenDiam tidak wajar
dipersalahkan atas semua tulisan yang lepas.

Malahan juga pentadbir forum kita membenarkan KaptenDiam membawa isu-isu semasa selepas ditapiskan
serta menggalakkan pembaca berfikir secara kritis dan mencadangkan penyelesaian yang lebih baik
daripada KaptenDiam sendiri.

Sekiranya penulis O-o menganggap KaptenDiam adalah penghasut, dia boleh mendesak ketuanya di meja
yang berdekatan supaya mengeluarkan arahan mengharamkan penyertaan KaptenDiam yang hanya seorang
penulis yang kerdil dan tiada kuasa ke atas Forum kita.

Namun perlu diingatkan bahawa ketiadaan KaptenDiam (selepas diharamkan) tidak akan menyelesaikan
semua masalah dalam MFD. Punca permasalahan itu tidak datang daripada pena KaptenDiam sendiri.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui punca yang sebenar.

ISU 08 - Penulis O-o mengkritik pemimpin Pekak yang tidak berpuas hati.

KaptenDiam tidak berkata pemimpin-pemimpin Pekak tidak berpuashati dengan Encik Md Sazali yang
memegang kedua-dua jawatan Presiden dan CEO MFD. Kisah ini adalah berlainan daripada isu penasihat
KLSD.

Mereka hanya mempersoalkan kewajaran tiket Penasihat KLSD yang mengangkat beliau menjadi Presiden
MFD secara tidak sah. Mereka tidak menentang beliau menjadi Presiden MFD tetapi Perlembagaan MFD
sendiri menentang beliau menjadi Presiden MFD. Ini telah disaksikan dalam AGM yang lepas.

Isu jawatan Presiden dan CEO MFD barangkali tidak pernah dibawa ke AGM MFD jika KaptenDiam tidak
tersilap. Isu ini dipercayai dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin Pekak yang menyedari bahawa Presiden
MFD dan CEO MFD mestilah seorang yang berlainan dari sudut etika-etika pentadbiran dan Perlembagaan
MFD.

KaptenDiam berharap mereka akan menyelesaikan isu tersebut sebaik-baiknya melalui saluran yang sah
seperti yang diminta oleh penulis O-o. Permintaannya amat dihargai tetapi perlu ditegaskan bahawa
KaptenDiam tidak boleh dikatakan sebagai menghasut mereka membawa usul baru ke MFD.

KaptenDiam hanya meminjam Perlembagaan MFD untuk membincangkannya secara ilmiah dan meminta
para pembaca menilaikan buah fikiran yang telah KaptenDiam kupas tadi. Seruan ini juga disambut dengan
baik oleh penulis lain seperti Yop Penang, Ailu, LittlePerson, Mr Virus dan O-o.

Hanya Ailu dan LittlePerson yang bersependapat bahawa Presiden MFD tidak boleh jawatan CEO MFD
berdasarkan hujah yang tersendiri dan mungkin berbeza sedikit daripada KaptenDiam sendiri.

Ini jelas membuktikan KaptenDiam tidak menghasut mereka mempersoalkan isu tersebut.

119 
 
ISU 09 - Penulis O-o bertanya mengapa pemimpin Pekak tidak membawa isu.

Dia mungkin terlupa akan suatu fakta penting mengenai mengenai AGM MFD. Kelemahan AGM MFD yang
lebih ketara ialah tidak semua Presiden Persatuan Pekak dari negeri-negeri lain menyertai AGM MFD.
Kebanyakan ahli Majlis MFD yang dilantik secara demokrasi adalah terdiri daripada AJK, Setiauasaha,
Bendahari dan Timbalan Presiden Persatuan Pekak Negeri masing-masing.

Ini menyebabkan Presiden-presiden Persatuan Pekak Negeri tidak berpeluang untuk duduk semeja, berfikir
dan berbincang bersama. Adalah satu idea yang baik jika Kongres Ketua-ketua Persatuan Pekak Negeri
Peringkat Kebangsaan ditubuhkan dan diadakan pada setiap tahun.

Kongres ini merupakan mesyuarat yang pasti menarik kerana komuniti kita boleh menyaksikan setiap ketua
Pekak negeri dipertemukan, bersemuka, bergembira, berdukacita, berkongsi perbincangan dan seterusnya
menghasilkan persefahaman bertulis demi kebaikan komuniti kita.

Ini berbeza daripada AGM MFD yang sentiasa dipenuhi dengan sentimen yang diapi-apikan dan perebutan
jawatan yang penting.

Kongres yang dicadangkan tadi mampu menjadi penggerak utama untuk menyatupadukan seluruh komuniti
Pekak dan meningkatkan lagi kerjasama antara ketua-ketua Pekak negeri dalam usaha meningkatkan
kualiti hidup warga Pekak.

ISU 10 - Penulis O-o bertanya adakah Encik Md Sazali gagal membuat sesuatu kepada komuniti Pekak?

Soalan ini amat menarik dan juga mencabar kerana ia menyentuh keperibadian dan kepimpinan beliau.
Sebelum soalan itu dijawab, KaptenDiam ingin mengulangi pendirian bahawa KaptenDiam tidak menentang
kepimpinan beliau.

Bagaimanapun KaptenDiam juga berhak melemparkan kritikan yang membina meksipun ia mungkin
menyinggung hati beliau. Dalam tulisan ini, KaptenDiam akan membawa satu sahaja contoh yang
menunjukkan beliau tidak begitu berjaya sepenuhnya dalam usaha penyatuan komuniti Pekak.

Contoh tersebut ialah kes kewujudan dua persatuan Pekak di negeri Terengganu. Kedua-dua persatuan
tersebut ialah Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (Ahli Gabungan MFD) dan Persatuan Kebajikan Orang
Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT).

Ini jelas menunjukkan komuniti Pekak negeri Penyu tidak bersatu di bawah MFD. Dahulu KaptenDiam
pernah mencadangkan Presiden MFD supaya sebarang tindakan wajar diambil untuk menyatukan semula
mereka. Jawapan yang diberikannya ialah pihak MFD tidak berhak mencampuri masalah kedua-dua
persatuan kerana ia adalah krisis dalaman negeri.

Bagaimanapun KaptenDiam tidak berhasrat membincangkan secara terperinci masalah tersebut di


Terengganu. Boleh disimpulkan bahawa Presiden MFD tidak begitu berjaya mengatasi konflik tersebut. Ini
tidak bermaksud beliau selalu gagal dalam semua hal.

ISU 11 - Penulis O-o mahu KDA menghantar surat bantahan?

Dia mencabar Persatuan KDA menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak MFD. KaptenDiam yakin
mereka tidak akan melayan cabarannya kerana dia bukan ahli KDA dan tidak lagi menduduki Majlis MFD.

Pada pengamatan KaptenDiam, kepercayaan pihak KDA terhadap pihak MFD terutamanya bekas Setiausaha
MFD, Pn Sariah Ibrahim (sekarang pekerja MFD) dikatakan semakin merosot selepas kejadian dalam AGM
MFD yang lepas.

Bagaimanapun Setiausaha MFD yang baru, Encik Syed Osman pernah memberitahu KaptenDiam bahawa
beliau akan berusaha mengadakan majlis dialog antara KDA dan MFD dalam masa yang akan datang.
Mudah-mudahan kebijaksanaan beliau akan mengatasi keretakan hubungan mereka tanpa perlu menunggu

120 
 
surat rasmi daripada pihak KDA.

ISU 12 - Pengharaman MFD

Penulis O-o menuduh KaptenDiam hendak mengharamkan MFD. Masya-Allah. Dia tidak menyedari betapa
bahayanya fitnah yang boleh membawa kepada dosa besar dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Dia terlupa akan satu fakta yang terpopular iaitu KaptenDiam tidak menjadi ahli Persatuan Pekak dan
tidak duduk dalam Majlis MFD. Macam manakah dia boleh berkata KaptenDiam mempunyai kuasa untuk
mengharamkan MFD sedangkan KaptenDiam bukan ahli MFD?

Tulisan KaptenDiam dahulu seperti di bawah cuba diperhatikan dengan teliti:

"KaptenDiam tidak boleh mengatakan Majlis MFD tidak sah kerana KaptenDiam bukanlah Tun Hakim.
Hanya pihak mahkamah yang berkuasa menentukan perlantikan Majlis MFD sama ada sebagai sah atau
haram."

Jelaslah tulisan di atas telah menyanggah kebenaran fitnah yang ditaburkan oleh penulis O-o. Sungguhpun
dia berkeluarga dan semakin tua, adalah dinasihatkan supaya dia sepatutnya menghentikan niat jahat
untuk menuduh KaptenDiam dan sesetengah forumnis Pekak sebagai penghasut.

ISU 13 - Isu Biro Pentadbiran MFD.

Penulis O-o telah menerangkan struktur pentadbiran MFD dengan ringkasnya. Menurutnya, Tn Ismail Muda
ialah Pengerusi Biro Pentadbiran MFD yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja MFD termasuk CEO MFD.
Beliau juga Timbalan Presiden MFD sekarang.

Bagaimanapun ia membangkitkan beberapa persoalan yang boleh dibahaskan.

1. Sebagai Timbalan Presiden, Tn Ismail Muda bertanggungjawab kepada Presiden MFD. Sebagai Pengerusi
Biro Pentadbiran, beliau pun bertanggungjawab kepada siapakah? Jawapannya ialah Presiden MFD.

2. Apabila Presiden MFD menjadi CEO MFD, beliau akan bertanggungjawab kepada Timbalan Presiden.
Wajarkah Presiden MFD diturunkan ke bawah dan menjadi pihak bawahan yang bertanggungjawab kepada
Timbalan Presiden?

3. Diketahui bahawa urusan pembayaran dan pengeluaran kewangan hendaklah diluluskan dan
ditandatangani oleh Presiden MFD. Presiden MFD yang menduduki kerusi CEO MFD boleh menghantar
permohonan kepada Pengerusi Biro dan juga menerima permohonan yang sama daripada Pengerusi Biro
tadi untuk menurunkan tandatangan selepas diluluskan dalam Mesyuarat Majlis.

4. Adakah Presiden MFD selalu duduk dalam Mesyuarat Majlis dan meluluskan permohonan yang dihantar
oleh CEO MFD yang dipegangnya? Menurut pendapat saudara penulis Ailu, Presiden MFD sepatutnya
meninggalkan mesyuarat tersebut sekiranya sebarang usul ada berkaitan dengan kepentingan aktiviti CEO
MFD. Tindakan ini sering dilakukan oleh para Menteri yang keluar dari mesyuarat Kabinet jika ia
melibatkan kelulusan pemberian tender dan projek kepada syarikat yang ada pertalian dengan
kepentingan menteri tersebut.

Ini membuka ruang kepada para forumnis Pekak untuk menilaikan perbincangan tadi, mengemukakan
pendapat yang bernas dan membetulkan mana-mana kekurangan di atas.

Bagaimanapun majoriti pemimpin Pekak tetap berpegang pada pendirian bahawa Presiden Persatuan
Pekak tidak sepatutnya menjadi pekerja Persatuan yang sama kerana ia dianggap kurang beretika dan
menjejaskan kepercayaan ahli-ahli Pekak terhadap kewibawaan Persatuan Pekak.

ISU 14 - Penulis O-o tukang sejarah.

121 
 
Dia menceritakan sejarah Md Sazali dan sumbangannya dengan panjang lebar. Sejarah tersebut amat
dihargai dan wajar diingati oleh setiap rakyat Pekak.

Pada persoalannya, mengapakah dia tidak menceritakan sumbangan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin
Pekak seperti Kamarzaman, Lim Heng Tuck, Syed Osman, Yop Penang, Marzuki Ong, Razani dan Murshid
yang telah membangunkan Persatuan Pekak yang maju dan setaraf dengan KLSD.

Adakah mereka tidak mempunyai nilai-nilai bersejarah untuk dibicarakan dalam Forum kita dan direkodkan
dalam buku sejarah komuniti Pekak?

Apa pun pelbagai pengorbanan yang telah dilakukan sekalipun, ini tidak bererti sumbangan mereka boleh
dijadikan alasan untuk menghalalkan sesetengah prinsip yang bercanggah dalam Perlembagaan Persatuan
Pekak masing-masing.

Mereka perlu berkorban dengan penuh keikhlasan, menghormati Persatuan Pekak dan mempertahankan
perlembagaan Persatuan masing-masing.

Isu 15 - Penulis O-o berkata tiada negeri yang maju seperti KLSD.

Penulis O-o mendakwa tiada negeri lain yang maju seperti KLSD yang dipimpin oleh Encik Md Sazali dahulu.

Kenyataan ini boleh menyinggung hati Persatuan-persatuan Pekak sehingga mereka dikhuatiri tidak akan
menyokong cadangan pihak MFD yang menukarkan semua nama dan logo Persatuan Pekak Negeri kepada
MFD Cawangan Negeri pada masa depan.

Pada pandangan KaptenDiam, semua perjuangan Persatuan Pekak Negeri adalah sama dan tidak
sepatutnya dibandingkan dengan kepimpinan Md Sazali.

Ini kerana beliau satu-satunya Presiden yang bekerja sepenuh masa dengan jawatan pekerja Persatuan.
Beliau menghabiskan banyak masa untuk memajukan KLSD dan MFD. Pengorbanannya wajar dihargai tetapi
kita hendaklah berlaku adil kepada semua Persatuan Pekak yang lain.

Presiden-presiden Persatuan Pekak mempunyai komitmen kepada pekerjaan tetap di luar persatuan
pimpinan mereka sehingga mereka terpaksa membahagikan masa untuk membuat kebajikan di
Persatuannya. Mereka tidak mengambil kesempatan menjadi pekerja tetap yang makan gaji daripada
tabung kewangan Persatuan masing-masing.

ISU 16 - Pn Sariah Ibrahim itu penulis O-o?

Para pembaca cuba memerhatikan keratan kisah yang ditulis oleh penulis O-o.

MELALUI MD. SAZALI JUGA, PUAN SARIAH IBRAHIM MENINGGALKAN KERJA GAJI TINGGI SERTA
KEISTIMEWAAN DI CELCOM UNTUK BERKHIDMAT DI MFD DENGAN GAJI RENDAH. PUAN SARIAH DI LIHAT
SEDANG DIASAH SEBAGAI CEO. KITA TUNGGU DAN LIHAT. MD. SAZALI DILIHAT MEMBUAT PERANCANGAN
JANGKA MASA PANJANG.

Rakan-rakan KaptenDiam percaya Pn Sariah Ibrahim menggunakan nama samaran O-o dalam Forum ini.
Menurut pendapat mereka, Sariah adalah bekas Setiausaha Agung MFD yang agak kontroversi dalam
sejarah komuniti Pekak.

Pada pengetahuan bekas pasukan E-Pekak, Pn Sariah (Penulis O-o) meninggalkan Celcom dan menerima
tawaran sebagai Pegawai Pentadbiran Projek E-Pekak secara kontrak selama setahun (2000-2001). Yang
menjadi isunya ialah bagaimana beliau boleh diterima menjadi pekerja tetap di MFD secara automatik
tanpa perlu menjalani temuduga selepas projek E-Pekak ditamatkan.

KaptenDiam tidak berhasrat memanjangkan isu di atas kerana MFD ditakdirkan menjadi tempat dia
mencari nafkah yang tetap dan halal. Kita kembali kepada tajuk prestasi Pn Sariah sebagai bekas

122 
 
Setiausaha Agung MFD. Secara peribadi, KaptenDiam boleh mengatakan dia bukan calon CEO MFD yang
terbaik pada masa yang datang.

KaptenDiam berharap dia membenarkan KaptenDiam membuat ulasan dan kritikan yang membina terhadap
dirinya kerana ia melibatkan prestasi perkhidmatannya sebagai bekas Setiausaha Agung MFD.

Terdapat banyak sebab mengapa KaptenDiam beranggapan begitu. Bagaimanapun KaptenDiam membawa
dua contoh kes Sariah untuk penilaian para pembaca yang dihormati.

Kes Pertama

Pn Sariah pernah gagal dalam menjalankan tugas khas yang diarahkan oleh Presiden MFD. Sekiranya
KaptenDiam tidak tersilap, dia gagal membawa pasukan Unit Belia Pekak (UBP) menghadiri perjumpaan
dengan ahli-ahli Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor (POCPS) di Klang.

Kebetulan bekas pasukan E-Pekak berada bersama ahli-ahli yang sedang menunggu kedatangan mereka. Ini
menyebabkan bekas pasukan E-Pekak menerima komen mereka yang mengkritik sikap pihak MFD yang
tidak profesional dan gagal menepati masa dan janji. Akhirnya mereka balik lewat dengan kehampaan
setelah mereka menunggu berjam-jam dalam kepanasan.

Alasan yang diberikan oleh Pn Sariah ialah van yang dinaiki oleh pasukannya tersesat di tengah-tengah
bandar Klang. Akibatnya mereka berpatah balik ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu atau memohon
bantuan daripada pihak POCPS. Pada masa itu, Encik Syed Osman (bekas Setiausaha KDA) turut berada
bersama mereka. Sekiranya fakta ini ada kesilapan, Syed Osman tiada masalah mengesahkan kejadian
tersebut.

Dia sepatutnya mempelajari pengajaran daripada kejadian tersebut yang telah mencalarkan imej MFD
supaya ia tidak akan berulang pada masa yang akan datang. Dia perlu belajar bagaimana menangani
sesuatu misi dalam apa juga keadaan yang mencemaskan sebijak-bijaknya jikalau dia bercita-cita terlalu
tinggi menjadi CEO MFD apabila Encik Md Sazali bersara kelak.

Kes Kedua

Pn Sariah juga gagal menjalankan tugas Setiausaha Agung MFD mengikut Perlembagaan MFD. Bukti yang
paling kukuh ialah laporan kewangan tahunan MFD tidak dihantar olehnya kepada setiap Ahli Gabungan
MFD (Persatuan Pekak Negeri) dalam tempoh dua bulan sebelum hari AGM MFD 2004.

Laporan tersebut hanya diedarkan kepada perwakilan negeri yang menghadiri AGM MFD itu. Ini
menyebabkan ramai pemimpin Pekak mengkritik prestasi perkhidmatan Pn Sariah sebagai Setiausaha
Agung MFD yang kurang cekap.

Pada kesimpulannya, kes di atas tidak bertujuan untuk menyerang peribadinya tetapi perlu dilihat sebagai
cermin yang boleh membantu dia mengenalpasti kelemahan diri sendiri dan membaikinya dengan segera
sekiranya tidak mahu imej MFD dicalarkan dengan kukunya sendiri.

Memandangkan beliau pernah mempelajari budaya kerja yang berdisiplin tinggi di Jepun melalui kursus
anjuran JICA, adalah dinasihatkan supaya dia tidak mengulangi kesilapan tersebut sekiranya dia terlalu
yakin dan semakin dekat dengan kerusi CEO MFD.

Pada rumusannya, KaptenDiam tidak berkata Pn Sariah tidak boleh menjadi CEO MFD. Dia tidak perlu
cemas ataupun melenting dengan tulisan ini kerana ia hanyalah sebahagian kritikan yang positif dan
membina kepadanya serta boleh dijadikan satu cabaran yang pasti menguatkan semangatnya dalam
mengejar cita-citanya. Selamat berjaya.

ISU 17 - Kuasa ramalan

Penulis O-o perlu mengetahui bahawa ramalan adalah satu kemestian yang perlu ada pada manusia.

123 
 
Bagaimanapun setiap ramalan akan berakhir sama ada menjadi satu kenyataan ataupun tinggal sebagai
kenangan sahaja. Semuanya berlaku mengikut ketentuan dan kehendak-Nya.

Kuasa ramalan bukan hak mutlak tukang tilik sahaja seperti yang dituduh oleh penulis O-o. Sesiapa sahaja
boleh meramalkan sebarang yang bakal berlaku.

Ahli cuaca boleh meramalkan jenis cuaca setiap hari. Pelajar boleh meramalkan soalan apa yang akan
masuk dalam peperiksaan. Pembangun perisian boleh meramalkan apa ralat yang akan muncul dalam
sistem yang dibangunkan. Peminat bola sepak boleh meramalkan pasukan manakah yang akan menjuarai
Piala Dunia 2006 di Jerman. Peminat hiburan boleh meramalkan siapa yang bakal menjuarai AF3.

Saudari penulis O-o juga boleh meramalkan bila masalah rumahtangganya akan berakhir. Setiap manusia
boleh merancang sesuatu dan berusaha mengatasi sebarang masalah yang bakal menghalang rancangan
tersebut. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa menentukan segala-galanya.

ISU 18 - Penutup

Pada keseluruhannya, jawapan tulisan penulis O-o hanya lebih bersifat mempertahankan diri (defensive)
kerana secara khususnya dia tidak membantah atau menyokong sesetengah pendapat forumnis yang lain
apabila dibicarakan berlandaskan kebenaran Perlembagaan MFD.

Bagaimanapun tulisannya perlu disemak dan dinilaikan semula kerana terdapat beberapa pandangannya
yang tidak menepati cita-citanya menjadi CEO MFD. Lebih afdal (baik) dia memberikan keutamaan kepada
semua usaha MFD ke arah menyatukan semula komuniti Pekak daripada sibuk mempertahankan Encik Md
Sazali setiap hari.

Adalah satu cadangan yang baik jika MFD menganjurkan Debat Perpaduan Pekak dan menjemput Presiden-
presiden Pekak berdebat mengenai isu perpaduan di kalangan komuniti Pekak. Pihak MFD boleh mengikuti
contoh Kementerian Penerangan yang berjaya menganjurkan Debat Perdana Ahad yang telah disiarkan
melalui saluran RTM.

KaptenDiam berharap Debat Perpaduan Pekak tidak dilihat dari segi kemenangan dan kekalahan tetapi
perlu dilihat dari segi pencambahan pemikiran Pekak.

Selamat menjalani ibadat berpuasa.

posted by KaptenDiam @ 10:00 PM 22 Oktober 2004

Institut Orang Pekak Malaysia wujud di Kuala Lumpur?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 165 - Malaysian Institute??

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Baru-baru ini KaptenDiam menerima mesej daripada seorang pembaca Forum. Dia menjumpai kedua-dua
berita yang menarik dan meminta KaptenDiam membuat ulasan.

Kedua-dua berita tersebut disiarkan seperti di bawah dan mungkin ada berkaitan dengan MFD dan KLSD.
Menurut berita itu, dua orang remaja Pekak dari Brunei telah dihantar ke Malaysia untuk mengikuti kursus
komputer di Institut Orang Pekak Malaysia (Malaysian Institute for the Deaf) di Kuala Lumpur.

Mereka ialah pelajar dari Pusat Bahagia, Kementerian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei.
Bank tempatan di negara itu telah menyumbangkan biasiswa sejumlah $9,600 termasuk yuran pengajian,
elaun sara diri dan elaun-elaun lain untuk tujuan tersebut.

124 
 
Pada pengetahuan KaptenDiam, Institut Orang Pekak Malaysia sebenarnya tidak wujud di Malaysia dan
laporan berita itu mungkin silap. KaptenDiam pernah bertemu dengan kedua-dua remaja Brunei sewaktu
mereka belajar komputer di Pusat Latihan Komputer (dahulunya Pusat Teknologi Maklumat Orang Pekak)
bertempat di Pejabat KLSD.

KaptenDiam telah menghubungi Presiden KLSD untuk mendapatkan kepastian tentang kebenaran berita
itu. Beliau berkata pihak MFD bertanggungjawab menguruskan semua hal remaja Brunei. Beliau juga
meminta KaptenDiam supaya tidak membesar-besarkan isu ini.

Bagaimanapun KaptenDiam tidak bermaksud untuk membangkitkan isu ini tetapi hanya sekadar
menyampaikan berita baik yang perlu diketahui oleh rakyat Pekak.

Apa yang hendak KaptenDiam ialah komuniti kita tentu berbangga dengan pengiktirafan Kerajaan Brunei
terhadap usaha-usaha MFD yang mendidik orang Pekak celik ICT melalui projek E-Pekak.

Ini terserah kepada para pembaca untuk mengemukakan komen-komen yang membina. Selamat berforum.

============================================================
Laporan Berita Laman Web Rasmi Kerajaan Brunei
www.rtb.gov.bn/NewsUpdate/2003/November03/191103/main7.htm

Impaired Students Sponsored for Malaysian Computer Course

The fate of two hearing impaired students from Pusat Bahagia, Ministry of
Culture, Youth and Sports, seeking a bright future has attracted the attention
of a local bank.

HSBC is offering the youngsters’ sponsorship for an educational programme to


enable them to participate in and contribute to the nation building in a
meaningful way.

The two lucky students, Awang Mohd. Shahmirol bin Shahbudin and Dayang Wartina
binti Haji Wasli have been selected to attend a one-year computer course at the
Malaysian Institute for the Deaf in Kuala Lumpur, Malaysia.

The presentation of sponsorship, worth nine thousand and six dollars, was held
Tuesday at the Ministry of Culture, Youth and Sports.

The Minister of Culture, Youth and Sports, Pehin Dato Seri Paduka Doctor Haji
Awang Hussein received the contribution from the bank’s Chief Executive Officer,
Mr. Marcus Hurry. The bank’s scholarship will cover the academic fees; return
economy air tickets to Kuala Lumpur, stationeries, industrial attachments and
subsistence allowances.
============================================================
Laporan Berita DeafToday
www.deaftoday.com/news/archives/003447.html

Ambitious Special Students On Way To Dream Come True

From: Bru Direct, Brunei Darussalam - Nov 19, 2003

Bandar Seri Begawan – The ambition of two hearing-impaired students from Pusat
Bahagia, Ministry of Culture, Youth and Sports to seek a bright future has
attracted the attention of a local bank.

The bank is providing the youngsters with sponsorships for an educational


programme to enable them to participate in and contribute to the nation-building

125 
 
in a meaningful way.

Mohamad Shahmirol Bin Shahbudin and Dayang Wartina Binti Haji Wasli have been
selected to attend a one-year computer course at the Malaysian Institute for the
Deaf in Kuala Lumpur, Malaysia.

The presentation of sponsorship worth $9,600 was held at the Ministry of


Culture, Youth and Sports yesterday.

Pehin Dato Dr Haii Awang Hussin, Minister of Culture, Youth and Sports, received
the contribution from Mr Marcus Hurry, Chief Executive Officer of HSBC. The
scholarship covers the academic fees, return economy air tickets to Kuala
Lumpur, stationeries, industrial attachments and subsistence allowances.

Courtesy of Radio Television Brunei


============================================================

posted by KaptenDiam @ 7:00 AM 23 Oktober 2004


 
Bahasa Isyarat Intelektual?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 160 – BIM dan KTBM

============================================================
01 - Pendapat oleh LITTLEPERSON

Sememangnya Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) tidak boleh menggantikan Bahasa


Malaysia dan BIM bukan Bahasa Malaysia. Begitu juga, American Sign Language
(ASL) tidak boleh menggantikan Bahasa Inggeris dan ASL bukan Bahasa Inggeris.
BIM adalah satu bahasa benar yang mempunyai tatabahasa dan struktur tersendiri,
dikongsi bersama oleh masyarakat Pekak di Malaysia sebagaimana ASL dimiliki oleh
masyarakat Pekak di Amerika Syarikat dan Kanada.

Penguasaan BIM yang baik dapat membantu seorang Pekak untuk belajar lain-lain
bahasa penulisan termasuk Bahasa Malaysia dan juga lain-lain bahasa isyarat di
luar negeri kalau ada peluang. Sesungguhnya untuk menguasai Bahasa Malaysia
dengan baiknya, kita orang Pekak perlu banyak-banyak membaca bahan bacaan Bahasa
Malaysia dan berlatih menulis dalam Bahasa Malaysia. Tambahan pula, seorang
perlu dipupuk minat membaca sejak awal-awal lagi. Menurut satu kajian ilmu
bahasa dan proses pembelajaran bahasa (saya tidak ingat di mana saya baca),
seorang perlu mempunyai penguasaan bahasa pertama yang kukuh sebelum belajar
bahasa kedua.

Buat masa sekarang, kanak-kanak Pekak di Malaysia masih belum menguasai mana-
mana satu bahasa semenjak dilahirkan ke dunia ini. Ini adalah sebab para ibubapa
mereka tidak tahu yang mana cara yang baik bagi mereka. Jadi, kanak-kanak Pekak
ketinggalan dalam proses pembelajaran bahasa dan masih belum menguasai mana-mana
satu pun bahasa. Yang menyedihkan hati ialah kebanyakan mereka belum lagi
dipupuk minat membaca. Oleh sebab itu, mereka menghadapi kesukaran menguasai
bahasa penulisan sebaik sahaja mereka melangkah ke dunia persekolahan.
Menyukarkan lagi keadaan itu, para guru-guru mereka tidak menggunakan bahasa
sama untuk berkomunikasi dengan mereka. Kanak-kanak Pekak sendiri pun tidak
berusaha apa-apa kerana mereka tidak pernah berjumpa dengan orang dewasa Pekak.

Kanak-kanak bukan Pekak telah pun menguasai bahasa pertuturan (bahasa ibunda)
semenjak dilahirkan. Kebanyakan mereka telah pun mula membaca buku sejak awal-
awal lagi. Jadi, mereka pun dapat menguasai bahasa kedua di sekolah kerana
mereka sudah pun menguasai bahasa pertama (bahasa ibunda) dan lebih-lebih lagi

126 
 
guru-guru mereka menggunakan bahasa sama (bahasa ibunda) untuk berkomunikasi
dengan mereka.

Saya fikir pendidikan kanak-kanak Pekak perlu melibatkan masyarakat kita


(termasuk para ibubapa, para guru, orang dewasa Pekak, doktor, pekerja sosial,
jurubahasa isyarat, dll) secara keseluruhan. Pendidikan sistem baru (bilingual
bicultural education) perlu diperkenalkan. Contoh baik boleh didapati di negara
Sweden. Kanak-kanak Pekak telah belajar bahasa pertama Sweden Sign Language
sejak dilahirkan kerana ibubapa mereka diwajibkan belajar Sweden Sign Language.
Di sekolah, mereka dapat berkomunkasi baik dengan guru-guru kerana guru-guru
tahu Sweden Sign Language. Dengan demikian, mereka dapat menguasai tiga bahasa
kedua (Sweden language, Denmark language dan Bahasa Inggeris) dengan baiknya.

Sebaik saja seorang kanak Pekak dilahirkan ke dunia ini, ibubapa perlu mula
belajar BIM (bahasa ibunda atau bahasa pertama bagi kanak pekak) untuk
berkomunikasi dengan kanak Pekak. Minat membaca pun perlu dipupuk di hati kanak
Pekak sejak awal-awal lagi. Orang dewasa Pekak perlu bekerjasama dengan para
ibubapa dengan menjadi model dalam komunikasi seharian kanak Pekak (supaya kanak
Pekak dapat menguasai bahasa ibunda atau bahasa pertama dengan baik). Komunikasi
yang baik diperlukan bagi perkembangan kognitif (cognitive development) yang
baik.

Apabila kanak Pekak melangkah ke dunia persekolahan, para guru mesti sudah
pandai menggunakan BIM (bahasa sama dengan kanak Pekak) supaya dapat
berkomunikasi dengan kanak Pekak. Ataupun di sekolah biasa, jurubahasa isyarat
(tahu menggunakan BIM) dibekalkan. Dengan komunikasi yang baik, para guru dapat
membimbing kanak Pekak belajar bahasa kedua termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, dan lain-lain. Minat membaca mesti terus digalakkan di
kalangan kanak-kanak Pekak. Saya percaya lebih ramai lagi orang Pekak akan
berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan masing-masing.

Jadi, sudah sampai masa bagi kita semua sebagai komuniti Pekak (individu
sekalian dan semua persatuan orang Pekak) supaya bersatu dan berjuang bersama
demi masa depan kanak-kanak Pekak dan juga kebaikan kita bersama. Berdaulat-lah
BIM, satu-satu bahasa benar bagi kita, orang Pekak di Malaysia.
============================================================
02 - Pendapat oleh YOP PENANG

Salam Sejastera,

Topik ini sungguh menarik tapi Yop Penang bukan pakar dalam hal ini. Yop Penang
hanya hendak beri ceritakan pengalaman sebagai OP yang sejak kecil belajar di
FSD dan sedikit pandangan..

Pada tahun 1974, Yop Penang diterima belajar di FSD dalam darjah tiga. FSD pada
masa itu adalah sekolah pekak berasrama yang pertama di Malaysia. Pada masa itu
murid-murid pekak diajar dengan cara pertuturan dengan menggunakan alat
pendengaran dan menulis. Bahasa isyarat pada masa itu adalah terhad.Bacaan
bibir(mulut) paling banyak digunakan.Ejaan jari ABC menggunakan ejaan jari dari
Australia yang menggunakan kedua-dua belah tangan.

Kalau tidak silap Yop Penang pada tahun 1976, seorang professor pekak dari
Amerika Syarikat iaitu Professor Pearson datang FSD dan memperkenalkan bahasa
isyarat KOMUNIKASI KESELURUHAN (TOTAL COMMUNICATION) selepas berbincang dengan
pengetua FSD pada masa itu iaitu Puan Saleena Yahya Isa (sekarang Dato Saleena)
dan mendapat kelulusan dari Menteri Pelajaran, Dato Seri Dr.Mahatir (sekarang
TUN-bekas PM). Menteri Pelajaran memberi tempoh 5 tahun untuk melihat
keberkesanan TC. Dalam masa 3 tahun TC berjaya meningkatkan kejayaan
pembelajaran pelajar-pelajar pekak dan seterusnya mendapat pengitirafan dari

127 
 
Kementerian Pelajaran dan menjadi bahasa isyarat resmi untuk digunakan dalam
pembelajaran disamping pembacaan bibir,air muka dan pergerakkan badan. TC adalah
bahasa isyarat Amerika yang di Malaysiakan. Dengan TC ini ramai pelajar-pelajar
pekak mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang sebelum itu adalah sukar bagi
pelajar-pelajar pekak untuk mendapat kelulusan. Contoh-contoh pelajar produk TC
yang berjaya ialah Teh Poh Gaik, Shanmugam, Anne Laura dan Ho Koon Wei (sekadar
menyebut beberapa nama)
Dengan TC juga Yop Penang berjaya lulus dalam peperiksaan SRP dan SPM.

Selepas TC datang pula American Sign Language (ASL) yang dibawa oleh seorang
sukarelawan Peace Corp Amerika. Ia jadi bahasa isyarat harian OP. TC pula
melahirkan BAHASA MALAYSIA KOD TANGAN(BMKT) yang menjadi bahasa isyarat resmi
untuk sekolah-sekolah pekak.

Pada pandangan Yop Penang apa-apa bahasa isyarat samaada BMKT atau BIM kedua-
duanya berguna untuk OP. Yang penting kaedah pembelajaran asas yang diterima OP
semasa kecil lagi. Komitmen guru-guru dan pendidik yang mengajar juga penting
tanpa mereka BMKT atau BIM tidak berkesan dan BMKT dan BIM hanya akan jadi
bahasa isyarat perhubungan OP sahaja bukan menjadi bahasa isyarat intelektual
OP.

Untuk menjadi BMKT dan BIM bahasa isyarat OP yang intelektual, para cerdik
pandai OP seperti Kapten Diam, Md. Sazali, Ho Koon Wei, Syed Osman (sekadar
memberi beberapa nama) dan guru-guru OP seperti Teh Kean Hoe, Teacher penulis
dalam forum ini, Puan Chong Chooi Chu dan ramai lagi hendaklah bergabung memberi
idea-idea dan mencari kaedah-kaedah sesuai yang boleh digunakan pakai untuk BMKT
dan BIM ini menjadikan bahasa isyarat yang intelektual dan sesuai untuk
digunakan dalam semua keadaan.

Cuma OP yang tahu kaedah pembelajaran yang sesuai untuk OP. Seperti Profesor
Pearson yang pekak membuktikan TC baik untuk OP dulu.Sekarang inilah masanya
cerdik pandai OP Malaysia membuktikannya pula yang bahasa isyarat buatan
Malaysia ini yang terbaik untuk OP Malaysia.

SELAMAT BERPUASA UNTUK OP ISLAM MALAYSIA.


============================================================

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Tulisan saudara Yop Penang adalah satu analisis yang baik. Bagaimanapun ia membangkitkan dua persoalan
yang menarik:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Bahasa Isyarat Intelektual yang dicadangkannya?

2. Apakah itu Bahasa Isyarat buatan Malaysia? BIM boleh dikatakan bukan buatan Malaysia kerana
kebanyakan isyarat BIM diimport dari ASL contohnya isyarat ayah, datuk dan bas. Benarkah hal ini
demikian?

Jawapan anda amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 8:00 AM 23 Oktober 2004

Isu Teacher dan JICA

128 
 
FORUM E-PEKAK Tajuk: 137 - Calon Pekak JICA

Bismillahir Rahmanir Rahim

dan Salam Sejahtera kepada para forumnis dan pembaca yang dihormati sekalian,

Selepas setiap pandangan mereka yang berbeza-beza dikaji dan diteliti, KaptenDiam boleh mengatakan
bahawa Lee Tur Chung tidak bersalah atau tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu tersebut.

Untuk berlaku adil kepada semua forumnis Pekak yang terlibat, tulisan KaptenDiam tidak akan memihak
kepada mana-mana forumnis sama ada di pihak yang benar mahupun yang tidak benar.

Apakah rasional yang menyebabkan sesetengah forumnis Pekak tidak berpuas hati dan mempertikaikan
hajat anak Pekak Malaysia yang sedang berkursus di Jepun?

Pertikaian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemilihan nama Teacher (Lee Tur Chung) telah ditetapkan
oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) sebagai wakil Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab
menyelaraskan semua program kursus JICA serta menjaga hubungan kerjasama yang baik dengan Kerajaan
Jepun.

Saudara Teacher hanya seorang pemohon bagi wakil JPA manakala saudara Yazid pun pemohon bagi pihak
MFD. Maka terdapat dua orang pemohon dari organisasi yang berlainan dalam senarai calon peserta kursus
JICA di atas meja pihak JPA sehingga ia mungkin memeningkan kepala pegawai berkenaan terutama
memilih calon yang benar-benar berkualiti mengikut syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak
JICA.

Mengikut pengetahuan KaptenDiam, pihak JICA ada menawarkan pelbagai kursus yang biasanya
mengutamakan penyertaan semua kakitangan Kerajaan Malaysia seperti kementerian-kementerian, agensi-
agensi Kerajaan, jabatan-jabatan Kerajaan, badan berkanun, syarikat milik Kerajaan dan universiti
tempatan seperti yang telah dijelaskan oleh penulis JC seperti di bawah.

Who are Qualify to Apply?


Our training is targeted at middle or senior officials in related fields from
the governmental agencies, semi-governmental, Government corporatized or
privatized companies, researcher institutions or universities.Pre-requisites
required for the application of each course differ from course to course.
However, minimum requirement set by the Malaysia Government (JPA) is the
applicant should have at least 3 years and confirmed in goverment service. For
information on the general criteria for the application of each type of courses,
please refer to condition for application.

Bagaimanapun keterangan di atas ada menyatakan bahawa syarat-syarat dan keperluan adalah berbeza
antara kursus-kursus JICA yang lain. Sebagai contohnya, Kursus Latihan Kepimpinan Orang Pekak Asia
dan Ocean (Leadership Training of Asian and Ocenian Deaf Persons) telah diberikan syarat-syarat yang
mungkin berbeza terutamanya dari segi kumpulan sasar daripada kebanyakan kursus JICA yang hanya
ditawarkan kepada kakitangan Kerajaan.

Ini dipercayai menyebabkan sesetengah orang Pekak menganggap bahawa pihak JPA hanya memakai
syarat-syarat yang umum (mengutamakan kakitangan Kerajaan) dan mengabaikan syarat-syarat penyertaan
kursus yang dinyatakan di bawah sekiranya terdapat salah seorang calon pemohon kursus tersebut ialah
seorang kakitangan Kerajaan yang telah disahkan jawatannya.

Applicants should:
(1) be deaf persons who use sign language to communicate,
(2) have past experience or the future prospect of leadership in the deaf
community,
(3) be proficient in the sign language of their country and have a reasonable
reading knowledge of English,

129 
 
(4) be between twenty-five (25) and forty-five (45) years of age,
(5) be in sufficiently good health, both physically and mentally, to undergo the
training. It should be noted that the applicants must be independent of daily
activities as no attendant will be assigned for the participant during the
course, and
(6) not be serving in the military.

NOTE: In the case of two or more candidates from the same country who satisfy
the above prerequisites, selection will be made giving priority to those
belonging to WFD* member organizations.

Sumber: http://jica.org.my/training/pdf/deafpersons3.pdf

Pada persoalannya, benarkah pihak JPA tidak mengikuti kriteria-kriteria pemilihan calon pemohon seperti
di atas? KaptenDiam akan mencuba membawa para pembaca memahami masalah sebenar yang telah
terjadi.

Jika diperhati dengan teliti, kita akan menemui catatan yang menyatakan sekiranya terdapat lebih dari
seorang calon pemohon dari sesebuah negara yang sama telah memenuhi kesemua syarat tersebut dengan
jayanya, keutamaan akan diberikan kepada calon yang menjadi ahli kepada Ahli Gabungan WFD
(Persekutuan Orang Pekak Sedunia), iaitu MFD.

Sebenarnya NOTE bukan syarat yang mutlak kerana ia tidak diletakkan dalam senarai syarat di atas tetapi
hanya diletakkan di bawah catatan (NOTE). Ini bermakna ia hanya berfungsi sebagai panduan yang
memudahkan pihak JPA membuat keputusan pemilihan calon tersebut kelak.

Pendek kata, sekiranya kedua-dua calon tersebut berjaya mematuhi keenam-enam syarat di atas, pihak
JPA sudah tentu akan mengutamakan calon peserta dari MFD.

Namun begitu komuniti kita tidak pasti sama ada Md Yazid yang dicadangkan oleh MFD telah berjaya
memenuhi kesemua syarat itu atau tidak.

Sekiranya dia tidak berjaya dalam salah satu syarat di atas, pihak JPA mungkin berhak memilih calon
kakitangan Kerajaan dan mengabaikan NOTE tersebut.

Demikianlah kemungkinan kaedah yang telah digunakan oleh pihak JPA.

Adalah satu nasihat yang baik, pihak MFD membuat surat bantahan rasmi kepada pihak JPA sekiranya
mereka percaya bahawa pihak JPA tidak mematuhi kriteria-kriteria pemilihan tersebut dan memohon
pihak JPA supaya memberikan penjelasan yang memuaskan hati komuniti kita.

Mengenai cadangan penulis Ailu, KaptenDiam tidak melihat sebarang masalah yang boleh menghalang
Persatuan Bekas Pelajar FSD mengemukakan permohonan berkursus kepada pihak JPA.

Ini kerana syarat-syarat di atas tidak menyatakan secara khusus bahawa hanya Persatuan MFD sahaja yang
ditetapkan sebagai wakil calon tunggal. Fakta ini disokong oleh butiran kursus tersebut yang menjelaskan
kumpulan sasar seperti di bawah:

Target group:
Deaf persons who are leaders of groups or organizations or have the future
prospect of leadership in the deaf community.

Sumber: http://jica.org.my/training/pdf/deafpersons.pdf

Kumpulan sasar ialah warga Pekak yang merupakan pemimpin kepada kumpulan atau pertubuhan atau
mempunyai potensi (harapan) untuk mengetuai kepimpinan komuniti Pekak pada masa akan datang.

Ini bermaksud kumpulan dan pertubuhan mungkin boleh dikatakan terdiri daripada semua Persatuan Pekak

130 
 
yang wujud di Malaysia seperti MFD, Persatuan Bekas Pelajar FSD, KLSD, PDA, PMY YMCA dan banyak lagi.
Mereka bebas mengemukakan calon peserta Pekak masing-masing kepada pihak JPA.

Bagaimanapun calon peserta tersebut mestilah mempunyai kualiti yang baik seperti dalam syarat-syarat
yang telah dijelaskan di atas. Jika kesemua calon tersebut (dari Persatuan Pekak yang berbeza-beza)
berjaya memenuhi semua syarat tersebut secara serentak, keutamaan mungkin boleh diberikan kepada
pihak MFD sahaja.

Oleh itu semua Persatuan Pekak adalah diminta mengemukakan calon Pekak yang lebih berkualiti dan
menghormati keputusan pihak JPA.

Pada kesimpulannya, KaptenDiam tidak menganggap Teacher sebagai menikam dari belakang pihak MFD
atau KLSD kerana tiada bukti yang kukuh.

Beliau hanya seorang kakitangan (Guru Pendidikan Khas) yang ingin menyahut seruan Kerajaan Malaysia
melalui Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.

KaptenDiam mencadangkan Teacher sepatutnya memanfaatkan kebijaksanaannya sebagai wakil Kerajaan


yang membentangkan laporan negara tentang kepentingan dan peranan agensi-agensi kerajaan misalnya
JPA, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JAKIM dan
lain-lain kepada pembangunan Persatuan-persatuan Pekak dan organisasi pendidikan lain seperti MFD,
MSFD, PMY YMCA, KLSD, Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan lain-lain dari segi sokongan, kemudahan
komunikasi, program, kebajikan dan bantuan kewangan.

Manfaat dan sumbangan yang bakal dibawa oleh Teacher kepada komuniti kita ialah pembangunan
kepimpinan komuniti Pekak melalui pendidikan.

Contoh yang terbaik ialah Encik Teh Kean Hoe, Guru Bahasa Melayu SMPKP (dahulunya FSD) Pulau Pinang
yang pernah menjalani kursus JICA sebagai wakil Kerajaan Malaysia seperti Teacher.

Selepas kembali dari Jepun, beliau memanfaatkan pengalamannya untuk mendidik pelajar-pelajar Pekak
berpersatuan melalui Kelab Komputer. KaptenDiam pernah menjadi ahli biasa Kelab Komputer di bawah
bimbingannya.

Hasil didikan beliau telah terbukti berjaya apabila beliau membimbing pelajar-pelajar Pekak mencipta
perisian Belajar KTBM dengan menggunakan pengaturcaraan Visual Basic.

Perisian pembelajaran tersebut berjaya membawa sekolah SMPKP muncul sebagai Johan Pertandingan
Penulisan Perisian Komputer Peringkat Negeri Pulau Pinang dan menduduki tempat ketiga dalam
Pertandingan Penulisan Perisian Komputer Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan.

Berikutan kedua-dua kejayaan tersebut, beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan
1996 daripada Kerajaan Malaysia.

Teacher diharapkan mencontohi kejayaan beliau dan bersedia memikul cabaran komuniti kita untuk
mendidik pelajar-pelajar berpersatuan di peringkat yang awal iaitu bermula dari sekolah.

Melalui pendidikan ini, mereka akan menjadi aset negara yang berkualiti baik dan mempunyai potensi yang
cerah untuk memenuhi harapan komuniti kita yang ingin melihat kelahiran lebih ramai pemimpin
persatuan Pekak yang berwibawa termasuk MFD, KDA dan PDA pada masa yang akan datang.

KaptenDiam mencadangkan nama Yazid dikekalkan sebagai pilihan utama pihak MFD tanpa perlu
mengadakan semula temuduga untuk pencalonan peserta kursus JICA pada tahun depan.

Semoga keamanan akan kembali dalam Forum kita. Sekian terima kasih.

posted by KaptenDiam @ 8:39 AM 26 Oktober 2004

131 
 
Penulis O-o menafikan dirinya Pn Sariah Ibrahim?
FORUM E-PEKAK Tajuk: 138 - AGM MFD-Off Record

===============================================
PENDAPAT oleh forumnis yang bernama O-o.

hi kEPTENDIAM. ANDA ADA MASALAH KAH? SETIAP KALI I TULIS YOU KATA I INI EMOSI,
BOMOH, TULISAN MASUK BAKUL SAMPAH DAN LAIN LAGI NEGTIF.

TULISAN U SUNGGUH BAIK TETAPI AKAN MENJADI SANGAT BAIK JIKA IKUT FAKTA YANG
TEPAT. ADA FAKTA YANG AKAN ATAU TELAH DIAMBIL TINDAKAN MFD TETAPI KEPTENDIAM TAK
TAHU, KEPTEN DIAM HANYA BERGANTUNG KEPADA LAPORAN INDIVIDU DAN BUKANNYA GABUNGAN
MFD. OLEH ITU TULISAN KEPTEN BUKANNYA SUARA PEMIMPIN GABUNGAN MFD SEBENARNYA.

JANGAN PUSING-PUSING BALIK DENGAN ISU BASI. MAKAN NASI BASI SAKIT PERUT, KALAU
CERITA BASI SAKIT KEPALA. i TAK SAKIT KEPALA SEBAB MAKAN PANADOL BILA SAKIT.

CERITA BERBELIT BUAT ORANG SAKIT KEPALA DAN TAK ADA UBAT.

INGAT OK, U MASIH PERTAHAN ISU U DENGAN KATA ....MEREKA-MEREKA... MAJORITI


PEMIMPIN... KALAU MEREKA-MEREKA, MAJORITI PEMIMPIN YANG TAK SETUJU DAH LAMA MD.
SAZALI PEGANG SATU JAWATAN SAJA. FAKTA APA YANG YOU AMBIL.

DULU U TUDUH I SERANG PERIBADI U. SEKARANG YOU SERANG PERIBADI ORANG LAIN PULAK,
U PULAK TILIK SAYA INI SARIAH IBRAHIM. OPS ANDA SALAH TILIK.

DULU YOP PENANG ITU DITILIK SEBAGAI MD. SAZALI TAPI SALAH JUGA.

NUJUM PAK BELALANG LAH U...

TERUSKAN MENULIS DAN MENILIK DALAM ISU OFF RECORD INI SEHINGGA U PUAS HATI. KITA
MENILAI CARA ANDA MENULIS.

SAYA CADANGKAN ANDA BUKA TAJUK PEMIMPIN SALAH GUNA KUASA PULA SEBAB DALAM
PERLEMBAGAAN MFD ADA MENGHALANG PEMIMPIN SALAHGUNA KUASA.

GOODBYE DAN SEKIANLAH. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM:

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Akhirnya tulisan Pn Sariah@O-o telah menunjukkan kesimpulan bahawa dia mengelakkan diri daripada
terperangkap dalam beberapa tulisan penulis Pekak termasuk Ailu, Yop Penang dan KaptenDiam sendiri.

Dia diharapkan memahami kehendak majoriti cerdik pandai Pekak yang telah bersependapat bahawa
Presiden MFD dan Pengarah Eksekutif MFD adalah dicadangkan seorang Pekak yang berlainan.

Seperti yang telah diterangkan oleh saudara Ailu, majoriti cerdik pandai Pekak telah menjadi satu
kumpulan minoriti apabila turun dalam AGM MFD.

Ini menyebabkan suara mereka tidak dapat kedengaran dan menerima kekalahan dengan dada yang
terbuka. Mereka lebih faham akan erti kemenangan dan kekalahan yang menjadi adat rasmi dalam AGM

132 
 
MFD, sukan, peperiksaan dan lain-lain.

Bagaimanapun persekitaran pendidikan di Malaysia akan dijangka melahirkan lebih ramai warga Pekak
yang mampu membaca dan menulis. Ini adalah permulaan yang baik untuk membawa mereka mendapat
pendedahan dan kesedaran yang mencukupi serta diharapkan membantu membetulkan sebarang
kepincangan dan kekusutan termasuk isu perpaduan, isu Perlembagaan MFD dan isu Presiden dan Pengarah
Eksekutif MFD pada masa yang akan datang.

KaptenDiam yakin Presiden MFD Encik Md Sazali lebih memahami hakikat ini berbanding dengan penulis O-
o yang mengulang-ulangi cerita yang sama, iaitu menuduh seseorang dengan pelbagai label yang tidak
popular seperti penfitnah, penghasut dan anti MFD tanpa memahami perkara sebenar yang telah
dibincangkan secara tidak formal.

Mengenai identiti O-o, KaptenDiam bersetuju dengan pendapat mereka yang percaya bahawa penulis O-o
ialah Pn Sariah Ibrahim. Ini kerana O-o adalah penulis Pekak yang mempunyai pengetahuan yang luas
dalam persekitaran dalaman MFD. Terdapat tiga orang pekerja Pekak dalam MFD pada masa ini, iaitu Encik
Md Sazali, Puan Sariah dan Encik Izwan Kasim.

Encik Md Sazali tidak mungkin menjadi penulis O-o kerana beliau tidak biasa mengeluarkan hujah yang
berbau hasutan emosi. Encik Izwan juga bukan O-o kerana dia hanya seorang budak pembantu pejabat
yang tidak tahu apa-apa mengenai Perlembagaan MFD. Alasan ini menyebabkan nama Pn Sariah dianggap
sebagai jawapan yang paling jelas kepada identiti penulis O-o.

Walaupun dia menafikan hal yang demikian itu, namun KaptenDiam menghormati hak mereka yang tidak
akan mengubah jawapan tersebut.

Hanya kejujuran dan keberanian sahaja yang dapat menggerakkan hati dia menjawab identiti dirinya yang
sebenarnya seperti yang pernah dilakukan oleh saudara Yop Penang yang kini menjadi penulis yang amat
dihormati dalam Forum kita.

Barangkali dia lebih baik berahsia kerana terlalu merisaukan dipandang serong oleh kebanyakan pemimpin
Pekak dan juga para forumnis Pekak.

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 28 Oktober 2004

Perlukah Teacher dihukum oleh KLSD?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 137 - Calon Pekak JICA

===============================================
PENDAPAT oleh forumnis yang bernama O-o.

Hi..

Kita tahu Teacher merupakan orang yang berpelajaran dan bijak. Dia juga pegang
jawatan dalam KLSD iaitu ahli bergabungan MFD.

Sebagai orang berpelajaran dan pegang amanah di sekolah atau KLSD, sepatutnya
sikap jujur ada dalam diri. Teacher tahu baca borang itu JICA bukan? Borang
dalam English, kalau tak faham sila rujuk.

Kita tak pertikaikan, sesiapa sahaja pergi Jepun tapi syarat penting ialah sila
ikut cara betul dan apabila balik Malaysia bantu komuniti.

Soalannya ialah : OLEH ITU DIPERSOALKAN LEE ITU WAKIL KERAJAAN ATAU MANA
ORGANISASI? KERAJAAN TAK ADA ORGANISASI. KALAU TULIS ATAS NAMA SEKOLAH BERMAKNA
OBJEKTIF KURSUS KEPIMPINAN JICA ITU KELUAR DARI LANDASANNYA.

133 
 
KALAU LEE TULIS DIA WAKIL KLSD/MFD TETAPI KLSD TAK IKTIRAF, EXCO KLDS JUGA
TERKEJUT DAN TAK RESTU. KALAU DIA TULIS LAPORAN COUNTRY REPORT DIA WAKIL PMY ITU
TUNJUKKAN LEE TAK JUJUR SOKONG KLSD WALAU PUN SEBAGAI SETIAUSAHA KLSD.

itu sahaja, kita tunggu Lee jawab ok.

Dalam borang syarat ada kata WFD member organisation, oleh itu kita iktiraf MFD
sebagai ahli WFD. Kalau PMY, FSD atau sesiapa sahaja nak join, sila bergabung
dengan MFD. ok.

Untuk Keptendiam : Selepas setiap pandangan mereka yang berbeza-beza dikaji dan
diteliti, KaptenDiam boleh mengatakan bahawa Lee Tur Chung tidak bersalah atau
tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu tersebut.

itu pendapatan you seorang dan bukan EXCO KLSD atau Majlis MFD. Mereka berkuasa
untuk membuat kepututusan.

OK. Sekianlah.
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM:

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Pada pengetahuan KaptenDiam, Pn Sariah@O-o tidak lagi menduduki EXCO KLSD dan juga Majlis MFD. Ini
bererti dia hanya menuliskan pendapat demikian atas nama seorang forumnis Pekak. Oleh itu, tulisannya
tidak akan mewakili pendirian pihak KLSD atau pihak MFD.

Walau bagaimanapun, pihak KLSD berhak mengambil tindakan terhadap saudara Teacher sekiranya EXCO
KLSD mendapati beliau melanggar Perlembagaan KLSD dengan bukti-bukti yang kukuh. Tetapi apakah
bentuk kesalahan yang telah dilakukan olehnya kepada KLSD mengikut perlembagaan tersebut?

Pertanyaan Sariah@O-o mengenai organisasi yang diwakilinya sebenarnya sudah ada dalam tulisan
KaptenDiam yang lepas. Sekiranya dia masih kurang berpuas hati, dia boleh mengemukakan surat aduan
secara rasmi kepada pihak EXCO KLSD ataupun membawa isu ini ke AGM KLSD yang akan datang.

Mudah-mudahan pihak KLSD lebih bijaksana menangani isu tersebut mengikut Perlembagaan KLSD dan
bukan terikut-ikut jari telunjuk Sariah@O-o, bekas Setiausaha KLSD yang kini menjadi ahli biasa KLSD.

Bagaimanapun, ramai forumnis juga bersetuju dengan pendapat KaptenDiam bahawa Teacher tidak
bersalah dalam isu ini kerana dia berkursus atas nama seorang kakitangan Kerajaan dan tidak mewakili
KLSD ataupun PMY YMCA.

Adalah nasihat yang baik kepada para forumnis supaya Teacher yang sedang berkursus tidak perlu diganggu
pada ketika ini. Komuniti kita akan menunggu kepulangan Teacher ke tanahair dan seterusnya mendengar
penjelasan Teacher sekiranya terdapat permintaan daripada pihak EXCO KLSD dan forumnis yang lain.

posted by KaptenDiam @ 7:00 PM 28 Oktober 2004

BIM + KTBM = Bahasa Isyarat Intelektual?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 160 – BIM dan KTBM

===============================================

134 
 
PENDAPAT oleh YOP PENANG.

Salam Sejatera,

Terima kasih kepada Kapten Diam kerana memberi soalan untuk dijawab oleh Yop
Penang.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Bahasa Isyarat Intelektual yang


dicadangkannya?

Yang Yop Penang maksudkan iaitu Bahasa Isyarat yang boleh digunakan dalam
pendidikan(disekolah),komunikasi dan boleh diterjemahkan kepenulisan dengan
betul struktur ayat-ayatnya. Gabungan diantara KTBM dan BIM adalah digalakkan
untuk dicipta menjadi Bahasa Isyarat Intelektual oleh cerdik pandai OP
Malaysia..

2. Apakah itu Bahasa Isyarat buatan Malaysia? BIM boleh dikatakan bukan buatan
Malaysia kerana kebanyakan isyarat BIM diimport dari ASL contohnya isyarat ayah,
datuk dan bas. Benarkah hal ini demikian?

Pada pandangan Yop Penang gabungan diantara KTBM dan BIM boleh menjadi Bahasa
Isyarat buatan Malaysia dengan ada sedikit ubahsuai oleh cerdik pandai OP dengan
mengikut acuan masyarakat majmuk Malaysia. Walaupun dalam BIM ada banyak isyarat
ciplak dari ASL tetapi ia adalah bahasa isyarat yang telah digunakan secara
meluas di Malaysia. Bahasa Isyarat adalah bahasa Universal. Isyarat untuk
ayah,ibu,lelaki,perempuan memang ada dalam bahasa isyarat sebelum TC,KTBM atau
BIM digunakan tetapi ia mungkin telah ditolak semasa perbincangan untuk mencipta
isyarat untuk BIM. Mungkin kerana sudah ketingalan zaman.

Minta maaf jika jawapan Yop Penang ini tidak memuaskan.


===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM:

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Apa yang cuba disampaikan oleh saudara Yop Penang memang tinggi. KaptenDiam sudah lama mencari
cerdik pandai Pekak yang mampu membincangkan isu ini. Alhamdulillahi KaptenDiam telah menemui
mereka (Ailu, LittlePerson dan Kepala Senget). Mula dari sekarang KaptenDiam akan berbincang dengan
ringkas sedikit demi sedikit.

Gabungan BIM dan KTBM sebenarnya sudah lama digunakan oleh seseorang Pekak terutamanya yang baik
dalam penguasaan bahasa. Kita juga diberikan banyak pilihan untuk menggunakan satu BIM atau satu KTBM
atau gabungan KTBM dan BIM pada satu masa.

Inilah kelebihan bagaikan sebuah suis yang boleh menghasilkan cahaya lampu yang berbeza keamatannya,
iaitu komunikasi yang jelas dan tidak tersekat-sekat apabila berdepan dengan pelbagai keadaan yang
sentiasa berubah-ubah di sekitar diri kita.

Bagaimanapun KaptenDiam yakin gabungan BIM dan KTBM akan menjadi pilihan yang baik dalam
meningkatkan kemahiran pemahaman dan penulisan yang baik di kalangan pelajar Pekak sekiranya guru-
guru khas dapat dilatih supaya mahir menggunakan kedua-dua BIM dan KTBM dalam pengajaran dan
pembelajaran.

KaptenDiam menunggu pandangan yang mungkin amat berguna daripada anda semua.

135 
 
posted by KaptenDiam @ 8:00 PM 28 Oktober 2004

Calon Pekak JICA - Jawapan Ailu


FORUM E-PEKAK Tajuk: 137 - Calon Pekak JICA

KaptenDiam melampirkan jawapan saudara AILU kepada perbincangan yang lepas termasuk tulisan
KaptenDiam yang bertajuk “Isu Teacher dan JICA” dan “Perlukah Teacher dihukum oleh KLSD?”.

Selamat membaca

==============================================
Jawapan oleh penulis AILU

Sila rujuk perkara berikut yang ditimbulkan oleh O-o (saya tak pasti u Puan
Sarian atau bukan tapi KaptenDiam begitu yakin!)

Soalannya ialah : OLEH ITU DIPERSOALKAN LEE ITU WAKIL KERAJAAN ATAU MANA
ORGANISASI? KERAJAAN TAK ADA ORGANISASI. KALAU TULIS ATAS NAMA SEKOLAH BERMAKNA
OBJEKTIF KURSUS KEPIMPINAN JICA ITU KELUAR DARI LANDASANNYA.

Sila rujuk makluman dalam Laman E-pekak. Saya ada temui bahawa senarai peserta-
peserta JICA termasuk En. Teh Kean Hoe pada tahun 1996 dan organisasi yang
diwakilinya JPK. Kini, Lee Tur Chung juga merupakan kakitangan kerajaan di bawah
JPK. Apa salahnya kalau kaki tangan kerajaan di bawah JPK dihantar sekali lagi?
Encik Teh Kean Hoe merupakan peserta JICA paling awal yang mendahului Pn. Sariah
(atau O-o????) Adakah Puan Sariah juga mempertikaikan kedudukan Encik Teh Kean
Hoe yang mewakili agensi kerajaan? Seperti kita sedia maklum, Encik Teh juga
merupakan setiausaha PDA (kebetulan Lee juga Setiausaha KLSD) semasa ke JICA.
Perlukah PDA mengambil tindakan tatatertib ke atas En. Teh?

Mengenai pertikaian O-o tentang KERAJAAN atau SEKOLAH, KaptenDiam dah tulis
panjang lebar, tapi O-o masih tak faham? Saya ingin tegaskan, sama ada agensi
KERAJAAN atau SEKOLAH tidak menjadi masalah. Kerajaan menggalakkan kakitangan
terlibat dalam kegiatan masyarakat atau menyertai mana-mana organisasi
masyarakat. Dalam penilaian prestasi tahunan kakitangan kerajaan, penyertaan
dalam aktiviti luar ini merupakan 5% permarkahan. Daripada ini, dapat dilihatlah
kepentingan berkhidmat di organisasi masyarakat secara sukarela bagi seseorang
kakitangan awam. Dengan itu, wajarlah sebuah agensi kerajaan seperti JPK
menghantar kakitangannya seperti Encik Teh Kean Hoe dan Encik Lee Tur Chung yang
juga aktif dalam organisasi masyarakat, untuk mengikuti kursus kepimpinan di
luar negara supaya sekembali mereka, dapat memberi sumbangan untuk tempat
perkhidmatan mereka dan juga organisai masyarakat. Sepanjang 2 bulan kakitangan
kerajaan itu di Jepun, Jabatan Perkhidmatan Awam masih membayar gaji penuh untuk
mereka. Kalau pertikaian O-o itu sah, ini juga bermaksud beliau mempertikaikan
Jabatan Perkhidmatan Awam telah melakukan penyelewengan!!!

posted by KaptenDiam @ 11:20 PM 29 Oktober 2004


 
CEO MFD dan Perceraian
FORUM E-PEKAK Tajuk: 166 – CEO MFD

===============================================
01 - Pendapat oleh penulis KUTURAYAU

Nama Sariah Ibrahim @ 0-o tidak layak menjadi CEO MFD pada masa depan kerana dia

136 
 
jenis seorang perempuan yang tidak pandai segala hal ehwal pengurusan MFD dan
terlalu melampau serta mengeluarkan ugutan bahasa dalam urusan pengurusan
dalaman mahupun luaran MFD. Dia hanya setakat berpendidikan SPM dari Sekolah
Menengah Bangsar, Kuala Lumpur dan non-FSD. Biasanya dia lebih suka memegang
jawatan di dalam MFD kerananya Nama beliau besar dan kepala besar. Sekiranya
anda semua tahu bahawa sikap dia berbuat demikian selama ini, anda akan kecewa
jikalau silap dipilih dia menjadi CEO MFD......

Saya sangat simpati dengan suaminya setelah dia bercerai talak satu..... Saya
kenal suaminya orang penang yang baik hati......

Sekian. TK.
===============================================
02 - Pendapat oleh penulis HENSEM

I masih ingat dan pernah melihat O-o semasa dia menjalankan tugas di MFD sebelum
pindah ke PJ dulu (dekat pejabat KLSD) adalah dia didapati banyak kesilapan
kerja-kerja setiausaha MFD apabila ditegur oleh presiden MFD setiap hari.
Nampaknya dia tidak boleh menyiapkan kerja-kerja kesetiausahaan MFd yang tidak
begitu memuaskan.....
===============================================
03 - Pendapat oleh penulis YOP PENANG

Salam Sejatera,

Tentang CEO MFD ini tidak perlulah OP bertelagah sebab bila Encik Sazali bersara
nanti yang akan memilih CEO baru ialah ahli-ahli majlis MFD yang dipilih pada
masa itu. Sesiapa-sesiapa OP yang menjadi ahli-ahli majlis MFD pada masa itu
sudah tentu telah berfikir masak-masak siapa yang sesuai menjadi CEO MFD yang
baru bukan hanya terhad kepada Puan Sariah sahaja mungkin ada calon-calon OP
yang lain yang lebih berwibawaan. Tunggu dan lihat siapa orangnya.

Menyerang hal-hal peribadi keluarga Puan Sariah dalam forum ini adalah kurang
sopan dan ini bukanlah budaya yang baik bagi komuniti OP Malaysia. Yop Penang
bukan hendak mempertahankan Puan Sariah sebagai staff MFD tetapi sebagai insan
OP biasa beliau juga berhak untuk diberi simpati dengan apa yang berlaku dalam
masaalah keluarganya. Lagipun bekas suami beliau adalah rakan sekelas Yop Penang
yang baik semasa belajar di FSD.

Selamat berforum dengan menggunakan akal bukan emosi. Maaf jika terkasar bahasa.
===============================================
04 - Pendapat oleh penulis HAPPY GHOST

Saya bersetuju dengan pandangan Yop Penang. Beliau seorang yang patut disanjung
tinggi dalam komuniti orang pekak.

Janganlah menyerang masalah keluarga orang. Sesungguhnya, "budaya OP" selalunya


nak ceritakan dan hebohkan masalah keluarga orang malahan menokok tambah dan
memutar belit cerita itu sehingga perkara kecil menjadi besar.

Berlakunya masalah keluarga sehingga perceraian tentunya bukan diingini kedua-


dua suami isteri. Sukar bagi orang luar faham akan punca masalahnya. Jangan kita
terus hakimi bahawa itu berpunca daripada "sikap garang isteri" atau "suami yang
cari nombor dua".

Diharap pandangan Yop Penang itu dapat menyedarkan OP supaya lebih bersimpati
dengan masalah keluarga/suami isteri. Jangan selalu dijadikan buah mulut para OP
untuk mendapat keseronokan atas kesedihan orang lain.

137 
 
Saya mendapat tahu tentang masalah keluarga Pn. Sariah dan suaminya melalui
forum ini. Saya turut rasa sedih kerana saya telah lama mengenali mereka.
Suaminya rakan sekelas saya. Puan Sariah pula, saya dah kenali dia sebelum dia
berkahwin. Perceraian tentu bukan diingini tetapi dah tak ada pilihan lain.
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Sebenarnya kedua-dua tulisan KutuRayau dan Hensem tidak menyerang kehidupan peribadi keluarga Pn
Sariah Ibrahim yang dikatakan menghadapi masalah rumahtangga. Apa yang hendak dikatakan oleh mereka
ialah kebolehan Pn Sariah sedang dipertikaikan. Jelaslah mereka mencuba menafikan peluang Pn Sariah
yang ingin menjadi CEO MFD pada masa yang akan datang.

Barangkali frasa TALAK SATU yang tersebut dalam tulisan KutuRayau menyebabkan sesetengah pembaca
Forum ini menyangka dia sedang menyerang peribadi Pn Sariah. Sangkaan mereka (pembaca) adalah tidak
betul.

Ini kerana kedua-dua penulis itu tidak boleh dilihat sebagai mencuba membesar-besarkan masalah
rumahtangga seseorang. Dari sudut yang positif, KutuRayau sebenarnya hendak mengatakan bahawa dia
sedang bersimpati dengan suami Pn Sariah yang dikatakan telah bercerai dengan talak pertama.

Oleh itu KutuRayau tidak berdosa kerana memberitahu kepada komuniti kita bahawa dia sedang bersimpati
dengan suami yang telah bercerai dengan bekas Setiausaha Agung MFD. Secara tersirat, komuniti kita
diberitahu secara tidak rasmi bahawa perceraian mereka telah berlaku walaupun pihak MFD belum
mengeluarkan berita pengesahan atau penafian kebenaran tersebut.

Oleh yang demikian KutuRayau tidak boleh dihukum kerana agama Islam membenarkan orang Pekak
menyebarkan berita yang menggembirakan dan mendukacitakan kepada pengetahuan komuniti kita dengan
tujuan yang baik untuk menjauhkan pihak mereka daripada sebarang fitnah pada masa yang datang.

Sekiranya berita tersebut adalah benar, perceraian mereka diwajarkan dan tidak perlu dipertikaikan
kerana mereka telah mematuhi ajaran Islam yang membenarkan perceraian secara sah sekiranya
ditakdirkan tiada jalan lain untuk mendamaikan keadaan tersebut. Allah SWT pernah berfirman perceraian
adalah perbuatan yang halal dan juga tidak disukai oleh-Nya.

Apa yang boleh kita lakukan ialah kita hendaklah menerima berita tersebut dengan cara yang dihormati
serta tidak mencuba mencampuri masalah rumahtangga mereka. Komuniti kita digalakkan agar berdoa
mudah-mudahan mereka akur kepada takdir yang baru dan lebih menabahkan hati dalam mengharungi
kehidupan sebagai bekas suami isteri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kita balik kepada tajuk perbincangan mengenai CEO MFD. Adalah dijelaskan bahawa KutuRayau dan
Hensem tidak memperdagangkan isu penceraian untuk menyerang peribadi Pn Sariah. KaptenDiam melihat
tulisan mereka adalah untuk membuat serangan karektor terhadap Pn Sariah sebagai bekas Setiausaha
Agung MFD dan juga calon pengganti CEO MFD.

Sungguhpun kita sedang berpuasa pada bulan yang mulia ini, mereka perlu memahami bahawa amalan
mengumpat tanpa bukti fakta adalah tidak digalakkan dalam Forum kita kerana markah pahala dalam dada
mereka akan dipotong dan merugikan diri pengumpat sendiri.

Sebenarnya KaptenDiam tidak mencuba menyebelahi pihak mereka tetapi KaptenDiam hanya menganalisis
sebab-sebab mengapa mereka kurang percaya dengan kebolehan Pn Sariah dalam pentadbiran organisasi
Persatuan MFD. Tulisan mereka bagaikan lampu merah yang memberitahu Pn Sariah tidak dibenarkan
berjalan menuju ke arah kerusi CEO MFD.

138 
 
Walaupun tulisan mereka kelihatan sungguh pedas kritikannya, tetapi tulisan mereka perlu dilihat dari segi
yang positif. Di situ, Pn Sariah akan diberikan dua pilihan. Pilihan yang pertama ialah dia sepatutnya patuh
kepada lampu merah, iaitu lebih terbuka dalam menerima kritikan mereka dan melupakan cita-cita
menjadi CEO MFD.

Pilihan yang kedua ialah Pn Sariah boleh melanggar lampu merah, iaitu menjadikan kritikan mereka
sebagai satu cabaran baru yang perlu diterimanya. Dia perlu turun ke tangga yang paling bawah dan mula
berusaha keras membaiki mana-mana kekurangan dalam dirinya seperti yang telah diceritakan oleh
KutuRayau dan Hensem.

KaptenDiam yakin bahawa dia akan naik satu tangga demi satu tangga setiap kali kekurangannya
dibetulkan di bawah bimbingan bossnya, Presiden MFD.

Bagaimanapun cita-citanya adalah terletak di bawah kuasa AGM dan Majlis MFD seperti yang dijelaskan
oleh penulis Yop Penang. Ini bermakna dia perlu berjuang habis-habisan untuk meyakinkan 1,001 warga
Pekak dari seluruh Malaysia kerana dia menyedari mereka adalah tunjang utama kepada suara AGM dan
Majlis MFD dalam penentuan calon CEO MFD yang benar-benar berwibawa dalam semua aspek.

Hanya komuniti Pekak boleh menghakimi kita dan bukan Presiden MFD sahaja. Secara mudahnya, ia boleh
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris seperti di bawah.

Only Deaf Community Can Judge Us.

KAPTENDIAM
e-mel : kaptendiam@yahoo.com
web : http://kaptendiam.blogspot.com

posted by KaptenDiam @ 6:00 PM 07 November 2004

Bilik Bincang BIM dan KTBM ghaib?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 167 – Mana tajuk BIM

===============================================
01 - Pendapat oleh MEK KELATE

Asallamualaikum w.b.,

Apa kabar you all? Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa untuk Deaf
Islam.

Nie nak komplen ngapa dok buang Tajuk: BIM dan KTBM dan ruangan forum ini. MFD
apa dah jadi takut ke? Jangan takut bayang-bayang sendiri coz cerdik pandai
OP(Oop! Sori Yop Penang, Mek pinjam aje) hanya bagi idea how to mertabatkan
bahasa isyarat so orang-orang kat MFD bole le ambil manfaat dari idea-idea depa
tu untuk baiki BIM yang you all buat tu. Mek sangat terkejut beruk why MFD ban
tajuk nie? Tolong jawab MFD.
===============================================
02 - Pendapat oleh SYSADMIN

Pihak MFD telah mendapati bahawa tajuk BIM tiada dalam data. Ini adalah
kemungkinan kehilangan data akibat sebab-sebab tertentu seperti kesilapan
teknikal.

Sorry for the inconvenience caused.

139 
 
Terima kasih.

System Administrator
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Tajuk BIM dan KTBM lenyap daripada senarai Forum kita. Jawapan KaptenDiam turut hilang bersama.
Selepas itu, Pentadbir Forum membuat pengumuman yang mudah iaitu masalah teknikal telah berlaku
dalam sistem pangkalan data.

Bagi mengatasi masalah ini, adalah disarankan supaya Pentadbir Forum sepatutnya membuat salinan data
(backuping data) dari pangkalan data Forum sekurang-kurangnya pada setiap bulan. Ini adalah langkah
yang bijak untuk mencegah masalah kehilangan data penting pada masa depan.

Nasib baik KaptenDiam telah menyalin semua perbincangan mengenai isu BIM dan KTBM dalam laman web
PENA KAPTENDIAM di alamat http://kaptendiam.blogspot.com.

Di situ para pembaca boleh menjumpai semula beberapa karya asal yang bertajuk di bawah seperti yang
pernah dibahaskan oleh penulis Ailu, Kepala Senget, Yop Penang dan Little Person. Semua tajuk tersebut
berada dalam arkib bulan Oktober 2004.

1. BIM lawan KTBM?


2. Tulisan orang Pekak tunggang-langgang?
3. Bahasa Isyarat Intelektual?
3. BIM + KTBM = Bahasa Isyarat Intelektual?

Selamat membaca.

posted by KaptenDiam @ 10:00 PM 08 November 2004

Hak suara Pekak dirampas?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 166 – CEO MFD

===============================================
Pendapat oleh AILU

Aneh dan ganjil betul, banyak mesej dibuang dalam e-forum!

Apakah "etika epekak e-forum"? Siapakah yang tentukan kriterialnya?

Orang pekak selalu dirampas peluang meluahkan pendapat di masyarakat disebabkan


kekurangan fizikal. Nampaknya, MFD sekarang pula nak menutup mulut orang pekak.
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Ulasan penulis Ailu kali ini pasti menarik perhatian pembaca kerana dia mengkritik cara-cara pihak
Persatuan MFD dalam mengawal Forum E-Pekak.

140 
 
Nasib baik KaptenDiam ada menyimpan beberapa tulisan yang telah dibuang oleh Pentadbir Forum. Tulisan
mereka yang asal dan lengkap boleh dijumpai dalam laman web PENA KAPTENDIAM iaitu bertajuk CEO MFD
DAN PERCERAIAN (Arkib Bulan November 2004) di http://kaptendiam.blogspot.com.

KaptenDiam berpendapat bahawa Pentadbir Forum hanya menjalankan tugas berlandaskan kuasa yang
telah ditetapkan dalam peraturan etika berforum yang terdapat dalam bahagian pendaftaran pengguna
baru dalam Forum E-Pekak.

Bagaimanapun beberapa mesej tersebut sebenarnya tidak perlu dibuang kerana mesej mereka kelihatan
tidak begitu berbahaya kepada komuniti kita. Sila ikutilah perbincangan KaptenDiam dalam laman web
PENA KAPTENDIAM.

KaptenDiam menyarankan supaya saudara Ailu yang dihormati menyemak semula peraturan etika-etika
berforum dan menilaikan sejauh mana kebenaran Pentadbir Forum sama ada dia mematuhi etika-etika
tersebut ataupun dia menyembah kepada jari telunjuk pihak atasan MFD. Diharapkan Ailu kembali ke sini
bersama ulasan baru yang amat dinanti-nantikan.

Sesetengah pembaca mengandaikan bahawa pihak MFD hanya ingin melindungi Pn Sariah Ibrahim, staf MFD
dan juga bekas Setiausaha Agung MFD daripada menjadi mangsa serangan peribadi oleh sesetengah pihak
yang berjuang demi menegakkan kebenaran kononnya.

Ini mungkin menyebabkan Pentadbir Forum terpaksa membuang mesej atas nama kekuasaan yang
diberikan untuk memerangi keganasan serangan peribadi dalam Forum kita.

Namun begitu, pembuangan mesej sebenarnya menunjukkan pihak MFD tidak mempunyai keupayaan atau
kekuatan untuk menyanggah sebarang fitnah ataupun perkara yang tidak benar.

Timbalan Presiden KLSD, Encik Syed Osman pernah memberitahu kepada KaptenDiam bahawa beliau
kurang berpuashati dengan tindakan pembuangan mesej kerana beliau tidak sempat membaca mesej yang
menyerang peribadinya pada ketika dahulu serta kehilangan mesej telah menyulitkan hasratnya untuk
menjawab atau menyanggah mesej tersebut.

Ini tidak bermakna KaptenDiam menentang ataupun menyokong sebarang tindakan pembuangan mesej
kerana KaptenDiam percaya hanya komuniti Pekak boleh mengadili kita, bukannya Pentadbir Forum atau
pihak MFD.

Ini boleh dilihat daripada contoh Yop Penang yang telah mengadili tulisan mereka lalu mengeluarkan
teguran yang membina tanpa perlu merayu kepada Pentadbir Forum supaya mesej tersebut dikenakan
tindakan tatatertib.

Only Deaf Community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 10:30 PM 08 November 2004

MR X mempersoalkan Institut Orang Pekak Malaysia


FORUM E-PEKAK Tajuk: 165 – Malaysian Institute??
===============================================
Pendapat oleh MR X

What the biggest shock hits our Malaysian deaf community is MFD has "Malaysian
Institute for the Deaf in Kuala Lumpur" Why we don't know or haven't been
informed about Malaysian Insitute since years? Mr Sazali built it secretly? Why
one of MFD staff asked KaptenDiam not to make this matter bigger around
Malaysia. It is not correct to do unknown or informal thing or not to respect
our rights because we don't know Malaysia Insitute for the Deaf is built already
in Kuala Lumpur. According to KaptenDiam, he met two Brunei students in KLSD. It

141 
 
is a shock. It clears that MFD is involved either.

This doesn't mean I want to against MFD but MFD or KLSD needs to inform
offically to deaf Malaysians before they started to make relations with
International goverments, companies and associations. If this matter was known
earlier by deaf Malaysians, certainly I am sure deaf Malaysians will be proud to
be recognized as a good community made by deaf people, we will give good claps
to MFD.

Unfortunately, MFD doesn't inform us yet about it. It will give us (Deaf
Malaysians) awful or deeply embarrassament if other deaf people from
International such as Singapore or USA ask us about Malaysian Institue for the
Deaf. We have no answer.

Again, one of KLSD or MFD staff said "pihak MFD bertanggungjawab menguruskan
semua hal remaja Brunei". No matter what MFD works any project with others, the
situtations should be known by deaf Malaysians, not become "penyibuk" because
MFD has been blossomed and built by the votes, rights, memberships of deaf
Malaysians. Not only Mr Sazali! It will be considered as "Power Abuse" or
"Corruption". MFD or Mr Sazali will be viewed as a person who does unprofesional
or unreasonable position/role of MFD president. That can be causing MFD have
fallen its good reputation, like JICA matter. It means MFD will have lost two
important reputations.

I am sorry for not writing Malay language in this forum. I have decided to
change Malay language to English language and changed 'name samaran' to M's X-
files because it will improve all the perspectives of deaf Malaysian readers and
responders. Deaf Malaysian readers should be good at reading English about
community, politic, and society because the technology age and English-used
youths have increasingly improved. Deaf Malaysians should have "ability" to read
and write in English for saving their technological future before too late.
Don't forget that Mr Sazali is very good at English, why not follow his role
model or learn from his ability?!?

Being equal for yourself and Malaysia.

Back to the topic: Malaysian Institute for the Deaf matter, what has MFD done
with this without our knowledge!! Give us DESCRIPTIONS!!
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Seruan KaptenDiam telah disambut dengan baik oleh pendatang baru yang tiada nama tetapi hanya
dikenali sebagai M's X-files. Untuk memudahkan perbincangan ini, KaptenDiam memanggil dia sebagai MR
X. Diharapkan dia mengizinkan nama panggilan ini.

Tulisan Mr X sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk difahami dan diertikan dengan lancar oleh para
pembaca terutamanya yang baik dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun KaptenDiam tidak akan menjawab ulasan Mr X pada masa ini kerana tulisan Mr X telah
menjadi penjelasan tambahan kepada mesej kiriman KaptenDiam yang pertama dahulu.

Tulisan Mr X jelas mempersoalkan tindakan pihak MFD tentang kewujudan Institut Orang Pekak Malaysia
walaupun kita telah mengetahui bahawa laporan berita asing mungkin membuat kesilapan kecil kerana

142 
 
mereka menulis MFD sebagai MALAYSIAN INSTITUTE FOR THE DEAF.

Diharapkan pihak MFD memberikan penjelasan dengan segera supaya keadaan ini dapat diputihkan lagi
sebelum timbulnya pelbagai spekluasi negatif yang boleh menjejaskan nama Malaysia di pentas
antarabangsa memandangkan komuniti kita adalah rakyat yang bermaruah dan tidak ingin dilabel sebagai
pembohong yang terbesar di dunia Pekak.

posted by KaptenDiam @ 10:30 PM 08 November 2004

SMS MFD - Ugutan kepada PDA?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 173 – SMS drp MFD

===============================================
Pendapat oleh YOP PENANG

Salam Sejastera,

Baca petikan SMS dari telefon bibit milik MFD dibawah:-

SAYA TAK TERKEJUT APABILA DIBERITAHU TIM PRESID 1 PDA X MENYOKONG MFD. HOW TO
HELP PDA IF PDA X SOKONG MFD.

Yop Penang rasa terkejut juga apabila membaca SMS ini. SMS ini dari MFD tetapi
siapa yang hantarnya tidak tahu sebab tiada ditulis nama sama ada dari Presiden
atau Setiausaha MFD.

SMS ini berbau ugutan kepada PDA. Sesiapa yang hantar ini mungkin ada konflik
dengan Timbalan Presiden 1 PDA. Jika pihak MFD yang hantar sepatutnya melalui
surat resmi siap dengan ditandatangani oleh Presiden ataupun Setiausaha.

Itu adalah hak Timbalan Presiden 1 PDA sama ada hendak sokong MFD atau tidak
secara individu bukan melibatkan keseluruhan PDA. PDA masih tetap setia
menyokong MFD demi untuk kebaikan komuniti OP Pulau Pinang dan Malaysia amnya.
Contohnya program IHYA RAMADAN KEBANGSAAN di Ipoh iaitu salah satu program dari
MFD dimana PDA telah menghantar ahli-ahli untuk terlibat sama. Jadi macam mana
dengan tuduhan SMS ini yang menuduh PDA tidak sokong MFD? Semua keputusan untuk
program-program PDA dibuat oleh Biro Pentadbiran yang telah diberi kuasa oleh
AJK PDA untuk meluluskan atau menolak. Biro ini diketuai oleh Presiden,
Setiausaha dan Bendahari . Timbalan Presiden 1 tidak terlibat. Biro ini pula
akan memaklum kepada semua AJK PDA dalam setiap kali mesyuarat AJK diadakan.

Penghantar SMS ini mungkin dari salah seorang pentadbir MFD. Jika benar seperti
tekaan Yop Penang maka Presiden atau setiausaha MFD kenalah tengok-tengok sikit
staf pentadbiran MFD ini supaya tidak menjadi barah yang merosakkan perpaduan
komuniti OP. Seperti seekor ikan, MFD ibarat kepala dan PDA pula mungkin
bahagian badan atau ekor. Seperti kata pepatah Cina JIKA KEPALA BUSUK,EKOR PUN
BUSUK.

Yop Penang ada bertanya dengan setiausaha MFD yang mewakili MFD ke Ihya Ramadan
Peringkat Negeri Pulau Pinang pada hari ahad lepas. Beliau tidak tahu menahu
tentang hal SMS ini. Diharap kes macam ini tidak berulang lagi.

SELAMAT HARI DEEPAVALI & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

143 
 
Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Kisah Yop Penang mengenai isu SMS MFD kembali menghangatkan lagi pentas Forum kita. Pihak yang wajar
diberikan ucapan tahniah ialah saudara Yop Penang kerana dia berjaya membuktikan Persatuan MFD juga
mempunyai duri dalam daging sebagai satu ancaman terhadap perpaduan komuniti kita.

Ancaman yang dimaksudkannya ialah salah seorang staf MFD mencuba menggunakan pelbagai taktik kotor
termasuk menjadikan Timbalan Presiden 1 PDA sebagai mangsa yang perlu dihapuskan atas alasan dia tidak
menyokong MFD.

Sebelum ini KaptenDiam pernah menerima mesej yang sama daripada rakan KaptenDiam. Menurutnya,
Setiausaha PDA menerima mesej tersebut daripada pihak MFD yang bernombor 017-3198363.

KaptenDiam tidak pasti sama ada nombor telefon bimbit tersebut adalah milik Persatuan MFD atau nombor
peribadi kepada seorang staf/AJK MFD.

Apa yang hendak diterangkan ialah Setiausaha PDA menegaskan nombor itu adalah daripada pihak MFD
kerana dia sering berkomunikasi dengan pihak MFD dengan menggunakan nombor yang demikian dalam
semua urusan rasmi.

Yop Penang menyatakan penghantar SMS mungkin mempunyai masalah peribadi dengan Timbalan Presiden
1 PDA. Berdasarkan kenyataan ini, KaptenDiam percaya ia mempunyai perkaitan dengan salah seorang
penulis Forum yang sering menuduh Presiden Bahagian Utara sebagai penghasut utama dalam masalah
hubungan antara Presiden MFD dan Presiden Kedah.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah majoriti staf MFD adalah penganut agama Islam yang sedang
berpuasa dan tidak sepatutnya bersangka buruk terhadap mana-mana pemimpin Pekak dari Utara hingga
Selatan sehingga mereka berani menyalahgunakan kemudahan telefon bimbit MFD untuk mengugut pihak
Persatuan PDA.

Adalah satu cadangan yang baik sekiranya pihak PDA menghantar surat bantahan rasmi kepada Majlis MFD
dan meminta supaya siasatan dilakukan terhadap mana-mana staf/pekerja MFD yang disyaki
menyalahgunakan kuasa dan kemudahan MFD untuk menakutkan Persatuan-persatuan Orang Pekak Negeri.

Memandangkan Persatuan PDA merupakan Persatuan Intelek Pekak, komuniti kita berharap agar Persatuan
PDA mengambil tindakan yang wajar untuk mempertahankan maruah negeri Pulau Pinang.

Mereka juga berhak membuat pilihan sama ada mengekalkan kesetiaan kepada Persatuan MFD ataupun
disingkirkan daripada Gabungan MFD.

posted by KaptenDiam @ 11:40 PM 08 November 2004

Ucapan Salam Hari Raya daripada KaptenDiam


FORUM E-PEKAK Tajuk: 172 – Deepavali

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

KaptenDiam kembali menulis selepas merehatkan diri selama 2 minggu. Sepanjang bulan Ramadan,
KaptenDiam banyak mengisi hampir setiap malam yang agung dengan menjalani akiviti ibadat seperti
bersembahyang tarawih dan menyelidiki al-Quran.

KaptenDiam percaya kebanyakan Muslim Pekak telah menjalankan ibadat puasa dengan penuh kesyukuran.

144 
 
Perlu diketahui bahawa bulan Ramadan adalah perayaan terbesar bagi umat Islam berbanding dengan
sambutan Hari Raya dari segi limpahan pelbagai nikmat dan keberkatan yang tidak terhingga.

Pendek kata kita sedang merayakan bulan Ramadan secara besar-besaran selama 30 hari, tempoh masa
yang lebih lama daripada hari raya Aidilfitri yang hanya disambut selama dua hari sahaja.

Pada kesempatan ini, KaptenDiam ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada para forumnis termasuklah
saudara Syukri, Yop Penang, Ailu, Kepala Senget, O-o dan sesiapa yang berada dalam Forum E-Pekak.

Tidak lupa diucapkan selamat hari hari kepada para pemimpin MFD, jurubahasa isyarat dan Persatuan-
persatuan Orang Pekak di seluruh Malaysia.

KaptenDiam memohon maaf zahir batin sekiranya terdapat kesilapan dalam tulisan-tulisan yang mungkin
kurang menyenangkan hati sesetengah pihak berkenaan.

Perlu diingatkan bahawa perbezaan pendapat KaptenDiam tidak patut menjadi suatu alasan untuk
menghalalkan permusuhan antara warga Pekak. Sudah tibanya masa untuk menyambut ketibaan hari raya
Aidilfitri yang akan mengukuhkan lagi perpaduan komuniti kita.

Diharapkan semua orang Pekak digalakkan mengamalkan budaya yang semakin pupus iaitu berkunjung ke
rumah kawan-kawan Pekak tanpa mengira perbezaan pendapat dan warna kulit.

Mari kita menyimpan dahulu segala pertikaian dalam ruang Forum kita dan bersama-sama merayakan hari
kegembiraan dalam suasana yang makmur dan harmoni.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Deepavali.

posted by KaptenDiam @ 7:00 AM 09 November 2004

PhpMyAdmin pelindung Forum E-Pekak?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 167 – Mana tajuk BIM

===============================================
Penjelasan oleh SYSADMIN

Kepten Diam,

Terima kasih atas cadangan anda supaya membuat salinan data dari pangkalan data
eForum.

Bagaimanapun, e-Pekak host mempunyai pangkalan data sangat terhad. Tiada arahan
daripada pihak MFD supaya membuat salinan data. Saya hanya menjaga hos email dan
web e-pekak secara sukarela.

Harap dimaklumkan.

Sysadmin
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan saudara Sysadmin, sebenarnya kemudahan pangkalan data yang terhad bukanlah suatu

145 
 
masalah teknikal yang menghalang kerja-kerja salinan data (backup) dilakukan.

Ini kerana sistem pangkalan data dalam forum ini adalah berasaskan teknologi sumber perisian terbuka
yang disingkatkan sebagai OSS (Open Source Software). Seandainya KaptenDiam tidak tersilap, forum ini
dibangunkan dengan pengaturcaraan PHP dan MySQL.

Ini bermaksud proses salinan data boleh dilakukan dengan menggunakan perisian percuma dari dunia OSS.
Oleh yang demikian, Sysadmin adalah dicadangkan memuatturunkan perisian pengendalian MySQL yang
terpopular, iaitu phpMyAdmin (www.phpmyadmin.net).

Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuk membuat salinan data. Bagaimanapun salinan
data ini hanya dilaksanakan secara dump. Ahmad Syukri, pembangun forum E-Pekak boleh membantu
saudara Sysadmin menguruskan perkara tersebut.

Saudara Sysadmin menyatakan beliau hanya menjaga hos perkhidmatan e-mel dan hos penempatan laman
web E-Pekak. Bukankah Forum E-Pekak adalah termasuk dalam kategori laman web E-Pekak?

Ini bermakna Sysadmin perlu menjaga laman web Forum E-Pekak juga. Penjagaan ini melibatkan kerja-
kerja pemantauan operasi perjalanan Forum E-Pekak dan membetulkan sebarang masalah teknikal yang
timbul dalam Forum ini.

Jawapan kepada pembetulan masalah teknikal seperti kehilangan mesej ialah langkah salinan data. Ia
boleh dilakukan tanpa arahan pihak MFD kerana saudara Sysadmin telah diamanahkan sepenuhnya untuk
menjaga keseluruhan laman web E-Pekak termasuk forum dan pangkalan data.

Perlu diterangkan bahawa penjagaan bukan sekadar kerja-kerja membuang mesej penulis yang tidak
bermoral sahaja tetapi skopnya perlu diluaskan lagi kepada pencegahan, penyelenggaraan dan
penambahbaikan.

Only Deaf community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 12:00 PM 10 November 2004

Sijil Institut Orang Pekak Malaysia?


FORUM E-PEKAK Tajuk: 165 - Malaysian Institute??

===============================================
Pendapat oleh THE OUTSIDER

To KaptenDiam

Thank you for your great admiration about M's X-Files. Mr. X sounds good too but
a lot of people have this name before. M's X-files is ugly to you or some people
so I signed up again, now my nick is "The Outsider" that sounds cool. Outsider
means a person who doesn't involve any problem or trouble relating MFD. It just
shows 'objective' and gives 'criterion' to any matter/point/opinion of MFD
staff, deaf Malaysiana and strangers. Too KaptenDiam. KaptenDiam is very good at
analysis, commentary, catcher and interpretation. I wish some deaf readers can
learn your talent. There will have many deaf good readers and writers in future.
The Outsider tries to write English simply so deaf Malaysians can read easily.

Back to the topic, if MFD announces that Malaysian Institute for the Deaf is
mistaken or mistyped, The Outsider wonders who will build Malaysian Institute
for the Deaf? Does it sound great in Malaysia! MFD can't do it because they
don't have baccalaureate degree or professional experience to process high-
educational subjects.

146 
 
Readers, try to reply back with your own opinion and word, no matter what
language you can write - Malay or English. I can read both. But if you write
English, you will improve your global knowledge more. Am I right?
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

The Outsider adalah suatu nama yang amat sesuai dengan cara pemikiran penulis baru itu. Bagaimanapun
dia perlu menyedari bahawa The Outsider kini sudah menjadi sebahagian daripada ahli-ahli Forum E-Pekak
dan komuniti Pekak Malaysia walaupun dia berasa dirinya tidak tersepit dalam konflik MFD.

Tulisan The Outsider adalah lebih kepada menyerang pihak MFD dengan pendekatan yang tidak keras. Oleh
itu KaptenDiam tiada bermasalah untuk mengalu-alukan buah fikirannya. Dengan ini dia telah menyertai
barisan gerakan penulis Pekak yang mendukung pemikiran kritis termasuk Ailu dan Yop Penang.

Dalam kes Institut Orang Pekak Malaysia, kedua-dua pelajar Brunei sedang berkursus di Pusat Latihan
Komputer, Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD). Pihak KLSD telah diberikan kepercayaan oleh
pihak MFD untuk memikul tanggungjawab membimbing kedua-dua pelajar tersebut.

Berdasarkan hujah The Outsider, hal ini telah menimbulkan persoalan yang mungkin dianggap remeh, iaitu
apakah taraf pengiktirafan sijil yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar itu? Siapakah tenaga pengajar
yang sedang mengajar mereka di KLSD? Adakah mereka pengajar yang bertauliah dan berpengalaman
dalam bidang ICT?

Kebetulan Aqlam Jafri sedang berlayar dalam Forum ini. The Outsider boleh mengemukakan sebarang
pertanyaan kepada Aqlam Jafri kerana beliau adalah Presiden KLSD dan juga pengasas Pusat Latihan
Komputer KLSD.

Only Deaf community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 12:15 PM 10 November 2004

Ugutan SMS MFD dikutuk.


FORUM E-PEKAK Tajuk: 173 - SMS drp MFD

===============================================
01 - Pendapat oleh THE OUTSIDER

Wow! It was unbelievable that one of MFD staff made rude message to Yop Penang.
The man or girl who sent message to Yop Penang that is very ego or selfish.. MFD
will never do all right things. Wrong and right are part of life, never perfect.
It will probably be good if Sazali steps down. This is a similar example to
other politic - President Bush won again, over millionsssss people upset about
it, but accept this changing of the world. See what happen next.

Yop Penang, please DON'T DELETE SMS from MFD! It is very important for proof and
good resource - time, number, day, words and date. It is easy to inverstigate
who did. Show proof to MFD and Mr. Sazali will clap his staff!!

Yop Penang, good job !! MFD has no control when many deaf malaysians become
clever like KaptenDiam and Yop Penang.

147 
 
===============================================
02 - Pendapat oleh -SHINGO-

Outsider's comment is good ^ ^ i agree with this. I hope that every member act
as 'open-minded' and always help each other.. like hearing people I alos like
gossip hehehe.. cos now I very active in forum MMU.
Since i joined in my forum MMU, i terkejut that many members join and also chat
n post msg on everyday..like dont stop post..they figure what they like and
dislike or can discuss abt everything. They r open-minded ^ ^ So, i hope forum
E-pekak will be stronger and active!! also can termasuk hiburan hehehe
I know many young deaf people joined but not post msg anymore or tak biasa with
this forum.. I hope that many deaf young member will active and be fun like me~
^ ^ I will post more abt wat I should like!! HAHA if u tak puas hati with my
post message..i like to say sorry..
===============================================
03 - Pendapat oleh O-o

Hi, saya nak tanya Yop Penang keputusan tulis isu dalam forum ini sendiri atau
arahan Presiden PDA? Ikut undang PDA Presiden jadi juru cakap sahaja bukan yop?
Isu ini lambang kemarahan PDA?

pada pendapatan saya. Yop Penang telah salah langkah. Ini masalah dalaman PDA,
jika ada SMS dari MFD atau dari mana pihak, PDA sila buat tindakan dalaman dan
sesesaikannya.

Yop kata .....Itu adalah hak Timbalan Presiden 1 PDA sama ada hendak sokong MFD
atau tidak secara individu bukan melibatkan keseluruhan PDA...

Dan dikuatkan kata KeptenDiam ....Yop Penang menyatakan penghantar SMS mungkin
mempunyai masalah peribadi dengan Timbalan Presiden 1 PDA. Berdasarkan kenyataan
ini, KaptenDiam percaya ia mempunyai perkaitan dengan salah seorang penulis
Forum yang sering menuduh Presiden Bahagian Utara sebagai penghasut utama dalam
masalah hubungan antara Presiden MFD dan Presiden Kedah......

Saya rasa kita (Yop Penang dan KeptenDiam)hampir berjaya bongkar masalah
keamanan MFD sebab tindakan Timbalan Presiden PDA 1. Jika itu benar, ini
kenyataan yang beliau menjadi duri dalam daging komuniti kita. Saya juga ada
maklumat beliau buat hasutan kepada PDA, kumpulan intelek di PMY dan banyak
lagi.

Orang Pekak kata dia talam dua muka. (Ini saya bukan kata FAHAM?) Sekarang pada
pandangan saya bukan barah dalam MFD tetapi dalam PDA sendiri.

KeptenDiam ...Adalah satu cadangan yang baik sekiranya pihak PDA menghantar
surat bantahan rasmi kepada Majlis MFD dan meminta supaya siasatan dilakukan
terhadap mana-mana staf/pekerja MFD yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan
kemudahan MFD untuk menakutkan Persatuan-persatuan Orang Pekak Negeri..... 0-o
setuju sepenuhnya. 0-o dulu juga cadang dan kepten diam pakai cadangan saya,
alangkah bangganya saya punya idea jadi ikutan kepten kita terima kasih.

Kita demokrasi, dan kita setuju untuk siasat dibuat. Kita sisast mengapa Tim
Presiden PDA 1 tak setuju sokong MFd seperti dicakapkan merata-merata. Kita
sisast mengapa maslah ini timbul. Presiden PDA sila sisast mengapa Yop tulis isu
ini, ini pandangan peribadi atau pandangan PDA?

HOW TO HELP PDA IF PDA X SOKONG MFD...SMS ini berbau ugutan kepada PDA.... Yop
salah fikir, mungkin MFD bimbang nak tolong PDA kalau ada halangan susah mau
tolong. Yop kata PDA sokong MFD ok itu setuju bagus. Kita fikirkan ramai OP
bukan individu saja.

148 
 
Yop Penang... Memandangkan Persatuan PDA merupakan Persatuan Intelek Pekak,
komuniti kita berharap agar Persatuan PDA mengambil tindakan yang wajar untuk
mempertahankan maruah negeri Pulau Pinang..... saya setuju. Tapi masuk forum ini
sebab isu remeh ini, saya nak tahu apa nama intelek itu sesuai? Intelek atau
emosi? Jangan buat malu saja.

Outsider...Wow! It was unbelievable that one of MFD staff made rude message to
Yop Penang. .. Keptendiam... Sebelum ini KaptenDiam pernah menerima mesej yang
sama daripada rakan KaptenDiam. Menurutnya, Setiausaha PDA menerima mesej
tersebut daripada pihak MFD yang bernombor 017-3198363....

Apa ini atas cerita lain-lain... macam ambil kesempatan mahu jatuhkan MFD?

Dulu keptendiam nafi dia penulis upahan tapi sekarang dah pecah rahsia dia dapat
sumber daripada rakan dan terus tulis dan api-apikan keadaan.

Outsider......It will probably be good if Sazali steps down. This is a similar


example to other politic - President Bush won again, over millionsssss people
upset about it, but accept this changing of the world. See what happen next.....
ini tulisan orang cemburu. Kita tahu Sazali tak akan Presiden sampai mati OK. I
bukan bodoh tau. If u nakjadi Presiden atayu keptendiam presiden WELCOME ok...

OK. Bye.
===============================================
04 - Pendapat oleh HAPPY GHOST

Kalau Staf MFD yang hantar sms berkenaan, beliau telah melanggar etika kerja.
Sebagai staf yang makan gaji, beliau tidak harus bercampur tangan dalam urusan
pentadbiran persatuan anggota MFD.

Tambahan pula, Timbalan Presiden PDA dipilih melalui undian dalam AGM. MFD -
termasuk Majlis Pentadbir dan Presiden MFD - tidak patut bercampur tangan dengan
keputusan AGM PDA.

SMS berkenaan boleh dipandang sebagai suatu ugutan dan masuk campur dalam
prosedur demokrasi PDA. Adakah penghantar mesej itu bermaksud kalau PDA nak
dapatkan kerjasama MFD, Tim. Presiden I patut dipecatkan?

MFD sepatutnya cuba berusaha mendapatkan kerjasama persatuan-persatuan anggota


dan berusaha berdamai - dengan cara memahami sebabnya terdapat ketidakpuashatian
dan menerima teguran dengan hati yang lapang- bukannya bersikap angkuh.

Saya cadang juga PDA mengemukakan bantahan rasmi dan menuntut Presiden MFD
mengambil tindakan memecat staf berkenaan.
===============================================
05 - Pendapat oleh KEPALA SENGET

Ini bukan isu remeh. Memang ia agak berbau ugutan. Kalau benar ia datang dari
staf MFD maka patutlah diberi perhatian.

Namun perkara terbaik yang boleh kita lakukan sebelum memaparkan sms berbentuk
ugutan itu adalah meminta kepastian dan penjelasan daripada MFD dan Presidennya.
Ddengan terus memaparkan disini kita seolah cuba mendapat sokongan. Meraih
simpati. dan akhirnya masyarakat kita terbelah dua. Satu menyokong MFD dan Satu
menyokong PDA. Sedang kita selalu melaungkan mahu masyarakat kita bersatu, lain
pula yang kita buat. Jika pihaka atasan pun berpecah belah, bagaimana pula kita
yang berada dibawah?

149 
 
Berjumpalah dan berbincanglah secara berdepan antara MFD dan PDA. Buang yang
keruh ambil yang jernih. Walau bagaimana besar pun masalah antara kedua-dua
pihak patutlah diambil inisiatif untuk meredakan kemarahan dan meyelesaikan
sebarang masalah antara kedua pihak Kerana perbalahan yang berpanjang hanya akan
merugikan kita semua. Jika masing-masing berdegil mengatakan yang "kita betul,
mereka salah". Mungkin benar kita betul, mereka salah tapi juga mungkin mereka
benar, kitalah yang salah.

Jika sudah berbincang dan bersemuka dan sudah dibentang dan ditunjukkan bukti
kepada pihak MFD namun tiada tindakan yang diambil barulah kita paparkan disini.

Maaflah kiranya apa yang saya cakap sini kamu rasakan karut dan melalut tak
tentu pasal. Dah dekat raya ni. Maaf Zahir Batin.
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Semakin panas tajuk perbincangan ini. Boleh dikatakan hampir semua forumnis Pekak telah mengutuk
ugutan SMS MFD terhadap Persatuan PDA. Bagaimanapun seorang penulis O-o sahaja tidak mengutuk SMS
tersebut dan sebaliknya dia mempertikaikan setiap pandangan forumnis untuk memesongkan fokus
perbincangan daripada tajuk konflik SMS MFD.

Dia mula menyerang peribadi Timbalan Presiden I PDA dan menuduh dia sebagai duri dalam daging dengan
bukti hujah yang kosong sedangkan majoriti forumnis telah menyarankan supaya pihak MFD dan PDA perlu
mengadakan perbincangan secepat yang mungkin dan mengambil tindakan ke atas pengirim SMS yang tidak
bertanggungjawab jika ia jelas melanggar tatatertib di Persatuan MFD.

Sebenarnya Yop Penang tidak melakukan kesilapan kerana dia telah mengambil tindakan yang berani untuk
menyebarkan kebenaran melalui Forum E-Pekak dan mengumpul pendapat forumnis. Mudah-mudahan
pendapat dan cadangan daripada Forum kita akan membantu pihak PDA mengaturkan tindakan-tindakan
mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sekiranya pihak PDA telah bertindak dari awal (sebelum isu ini dibawa ke Forum), perbincangan ini akan
dianggap sekadar sebagai penyebaran berita sahaja.

Dengan ini para pembaca boleh mengambil iktibar daripada kejadian tersebut supaya kemudahan telefon
bimbit milik Persatuan Pekak tidak akan disalahgunakan oleh pekerja-pekerja persatuan untuk
menyebarkan hasutan dan menjatuhkan seseorang pemimpin Pekak yang tidak disukainya.

Only Deaf community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 12:30 PM 10 November 2004

Ikatlah ilmu dengan menulisnya.


FORUM E-PEKAK Tajuk: 166- CEO MFD

===============================================
Pendapat oleh Penulis O-o

Hi, tulisan keptendiam telah memberikan kesan kepada individu dan menjatuhkan
maruah mereka... sebelum ini isu Presiden MFD dan CEO MFD telah hangat dan
mencalar imej Presiden KDA dan sekarang telah makan mangsa kedua dan ketiga.

150 
 
Terima kasih kerana anggap 0-o sebagai Sariah, Kepten tergoncang kah sebab
Sariah mampu balas setiap tulisan kepten?

Kepten jangan ikut cara Yahudi, macam dulu perang dunia 2, USA tak dapat
kalahkan Jepun, mereka malu dan guna bom atom bunuh rakyat Jepun tak berdosa,
ratus ribuan mati di Hiroshima dan Nakagasi.

Kepten tercabar tulisan saya dan guna isu masalah keluarga Sariah dan 0-o@Sariah
untuk tutup kekalahan? Kepten tak ada perikemanusiaan? Tak ada modal lain kah.
Harap sebagai Islam juga jangan gunakan isu ini, Kepten sendiri tulis tuduh staf
MFD Islam jangan buat itu. Tapi kepten sendiri buat juga.

0-o tahu agak siapa keptendiam itu tapi tak beritahu nama samaran kepten sebab
hormat etika forum ini, tapi sekarang kepten tak hormat pulak.

Saya tak minat nak baca yang buruk sebab fitnah dan dosa.

Kepten minat simpan gosip, fitnah dan berdosa dalam laman webnya, ok. Kepten
tunjuk alim dengan baca bismillah di forum ini tapi buat kerja buruk ini simpan
dalam laman webnya. Ok Tak takut tuhan kepten ke?

Sekarang kesian Sariah terkorban sebab sifat tak perikemanusiaan keptendiam,


mungkin akan jadi mangsa ialah Timbalan Presiden PDA1 kerana dah mula bongkar
sekarang, dan lepas itu siapa pulak.

Keptendiam dah jadi juara jatuh maruah orang dan sekarang ramai pengikut nama
ailu, outsider, yang lebih bersifat emosial...

Outsider....I hope all readers and repliers will read and use KaptenDiam's
Blog.com instead of E-pekak's Forum. Please save my messages into your Blog when
you read this! Thanks again! .... 0-o setuju sebab epekak forum adalah untuk
good news dan good cerita sahaja. untuk peminat gossip, fitnah boleh pergi
kesana. MACAM FORUM REFROMASI ANWAR IBRAHIM. 0-o tak larang ini siapa nak baca
sebab ini demokrasi.

Tun Mahatir juga tak setuju freedom in press, CNN juga tak ada freedom and many
berat sebelah berita.. epekak forum juga perlu kawalan. Ok. Kalau tak suka tak
apalah.
===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Secara ringkasnya, KaptenDiam boleh mengatakan bahawa Sariah@O-o agak sukar untuk menerima kritikan
orang lain dalam perbincangan yang lepas. Perlu dijelaskan bahawa kekalahan dan kemenangan
sebenarnya tidak pernah wujud dalam Forum kita.

KaptenDiam tidak mempunyai masalah untuk menerima teguran O-o dengan baik. Ini kerana agama Islam
membenarkan umat kita mengeluarkan teguran yang positif dan juga belajar daripada kesilapan
berdasarkan teguran orang lain.

KaptenDiam tidak percaya Pn Sariah tumbang dan terkorban dalam ketajaman tulisan KaptenDiam. Pada
pendapat KaptenDiam, Pn Sariah adalah contoh wanita Pekak yang bersemangat tinggi dan tabah hati
dalam menangani banyak dugaan sehingga ramai remaja perempuan Pekak berminat untuk mempelajari

151 
 
ciri-ciri kewanitaannya walaupun terdapat sesetengah orang Pekak tidak bersetuju dengan teladan
tersebut.

Penulis O-o perlu menyemak semula mesej yang pertama iaitu kiriman KuruRayau dalam tajuk isu ini. Dia
mula-mula membangkitkan isu keluarga Pn Sariah dan meluahkan perasaan bersimpati dengan suami
Sariah. Dia tidak menyerang Sariah sebagai isteri tetapi pada masa yang sama dia hanya menyerang
(mempersoalkan) perkhidmatan Sariah sebagai pekerja MFD yang dikatakan kurang berkualiti. Kerjaya dan
keluarga adalah isu yang berlainan untuk dibincangkan.

Diharapkan penulis O-o meneliti semula semua perbincangan kita sebelum menghukum KaptenDiam
sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Pendek kata, KaptenDiam tidak menjadi penulis yang terawal menggunakan isu perceraian untuk
menyerang Sariah@O-o. Apa yang hendak disampaikan ialah KaptenDiam ingin mengulas tulisan KutuRayau
sebelum ia dibuang oleh Pentadbir Forum atas permintaan O-o sendiri di luar laman Forum kita.

Ulasan KaptenDiam boleh dibaca dalam laman web PENA KAPTENDIAM. Tajuk artikel tersebut ialah CEO
MFD DAN PERCERAIAN.

Untuk pengetahuan O-o, perbuatan menyimpan tulisan baik yang benar ataupun yang tidak benar tidak
menyalahi hukum Islam kerana KaptenDiam merujuk kepada pesanan Khalifah Islam yang terkenal,
Sayidina Ali r.a. yang bermaksud:

"IKATLAH ILMU DENGAN MENULISNYA"

Maaf zahir batin kepada O-o sekiranya tulisan KaptenDiam ada melakukan kesilapan yang mungkin
melukakan hati O-o dan Pn Sariah Ibrahim selama ini.

Only Deaf community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 1:46 PM 10 November 2004

The Outsider dan 10 Sebab


FORUM E-PEKAK Tajuk: 166- CEO MFD

===============================================
01 - Pendapat oleh SYSADMIN

Assalamualaikum!

Terima kasih kepada Kapten Dian kerana menjelaskan mengenai etika eForum kepada
Ailu.

Saya pentadbir eForum terpaksa buang mesej atas permintaan o-O supaya melanggar
etika eForum tersebut. Baru-baru ini saya dan team MFD menyertai jemputan
terbuka puasa di TTDI. En. Syed Osman (Setiausaha MFD) sendiri mencadangkan
buang mana-mana mesej yang menyinggung perasaan individu dan komuniti orang
pekak.

Dengan sukacitanya, saya mendapati kebanyakkan pendaftar telah bersetuju dengan


peraturan eForum sebelum mendaftar sebagai ahli eForum.

Selamat Hari Raya Adiil Fitri dan Maaf Zahir & Batin kepada para pembaca eForum
beragama Islam.

Selamat Deepavali kepada para pembaca eForum beragama Hindu.

152 
 
Sekian.
===============================================
02 - Pendapat oleh THE OUTSIDER

Ouch!!

The deletion / destruction of past messages (pembuangan mesej) is the toughest


and most disrespectful act to our Malaysian community. It seems that MFD really
can't understand us or our community. O-o (should be Pn. Sariah) and Syed Osman
are like immature or childish because they want to delete old messages. It
should not happen because it is part of our community, deaf people have good
opportunity to learn the real world through reading messages from .

Sariah, Osman and MFD control our minds, neither support nor encourage our
intellection and knowledge. It sounds like MFD refuse we become smarter and
clever-er than them. Or they want us to be "close-minded"? That is probably
their main reason that MFD wanted to close negative or embarrassing messages so
new deaf people can work with MFD again. MFD wants to clean portrait of Pn
Sariah or O-o. O-o will able to show a false smile. No one in MFD we can trust
after the deletion of the messages. E-pekak's Forum won't be trusted anymore.

Thank a trillion to KaptenDiam that KaptenDiam has saved old messages in the
Archive on KaptenDiam's Blog.com!! I hope all readers and repliers will read and
use KaptenDiam's Blog.com instead of E-pekak's Forum. Please save my messages
into your Blog when you read this! Thanks again!

10 REASONS that Past Messages on E-Forum Should Not Deleted!

1. Message leads deaf young people to learn what wrong and right things are.
They just learn openly what people talked. It will show them the real world like
what hearing people usually do anywhere. Give chance to deaf people to open eyes
than close eyes like "katak berada di dalam kasut yang busuk"

2. Message is to improve our knowledge, understanding and critique through


reading a diversity of issues on messages. We can aviod from mistaken in future.

3. Messages on Forum like hearing people read newspapers every day. Deaf people
have no money for newspaper so they have chance to reads messages on Forum!

4. Message is part of our HISTORY. Example, the stories of Malay Sultans in our
high school are deleted earlier, what will happen to Malaysia? what will happen
to Sazali, Amir, Sariah, and Islam? Where will they be today? That mean messages
are important for readers to learn more like we learned history of Malaysia.

5. Message is our TIME and ENERGY we spent with our great pleasure to share with
MFD Forum to help deaf people to enjoy reading and gossiping. If delete message,
it would be considered as RUDE or IGNORANT - MFD don't appreciate our cherish
time or pleasure. Example, Sazali would understand himself if MFD staff ignore
his effort and time for MFD. Common sense!

6. Message is part of education that deaf and hearing students learn about deaf
culture and deaf views like the hearing world.

7. Message is to endure our community stronger and better. Because we figure


what deaf people like and dislike. Their words help us to build good role
models.

8. Message is our lessons like a school that we including PDA, KDA, FSD, MFD,

153 
 
KLSD, and deaf associations learn from mistaken and misunderstand. It will help
us to be good team than being selfish or EGO.

9. Message is The Diary of Deaf Malaysian Lives. People can read what issue deaf
people want to talk every day. It is good for memory. Example, someone or Sariah
fires Sazali's diary of his trip around Malaysia and Asia for deaf community,
what will Sazali do? Sazali gets Sariah out of MFD or Sazali claps Sariah? MFD
care of our messages like a diary!

10. Message is to HELP us and deaf people to aviod the SILENCE and ISOLATION.
Deaf lives in Malaysia and the World are always being lonely, silenced and bored
every day. To keep deaf people talk more and more to make their lives worth and
joy than sitting in house until dead. O-o and Syed want this life? Delete
message because Gossip is illegal by the law? Show proof. Gossip is ok, no
matter what happen to your image. Important to be honest and share. Not only
deaf people like gossip but also hearing people like gossip. O-o and Syed can't
hear what hearing people talk!

We (outsiders of MFD) are more understanding our community than O-o and Syed or
MFD. O-o and Syed only understand about their identities and faces than our
community. O-o and Syed asked webmaster to delete all messages that means it is
too personal. Thus, the law of eForum (peraturan eForum) is very weak in
perceptivity and motivation.

We would like to appeal Sazali to direct MFD staff stop disturbing messages and
eForum webmaster to get old messages BACK to eForum. Readers will be happy.
Sazali's act will be considered as right thing he does as he shows his concern
and care of our community instead of hiself.

Save Messages!

If anyone disagree with 10 Reasons given by The Outsider, Reply back here. The
Outsider will help you.

Selamat Hari Raya and Selamat Deepavali!! The Outsider can't wait to celebrate
with both celebrations! Hari Raya cookies are the best than Chinese New Year!!

Thanks for reading

The Outsider forgot to add some words in the middle of sentence in last message
at below

".....world through reading messages since December 2003."

Enjoy reading next !


===============================================
03 - Pendapat oleh SYSADMIN

Dear The Outsider,

How is your RIT? Thanks for your long comments related to eForum.

I just send sms to En. Syukri now to ask him check the eForum code. He was
creating eForum code.

Thanks.

sys admin
===============================================

154 
 
04 - Pendapat oleh THE OUTSIDER

Readers,

Huh! The Outside has mistyped in the reason 9. When you read " Sazali claps
Sariah? MFD care of our messages like a diary". I made mistake word - "Clap". I
mean "SLAP" Sazali should slap Sariah for awarness! "Slap" means punishment.
"Clap" means congratulation. Sorry for your confusion.

-Shingo-, don't worry about English and Malay languages. No one will slap or
fine (hukum) you for making errors in grammars. Very important is deaf
malaysians can understand what points we talked by using two languages in one
meaning. That is called "Malaglish". You can see what BIM is. BIM has no grammar
or structure, still understand what you say by signs. Good god you did! Keep it
up with readers (para pembaca)

Thanks for your interest in the 10 Reasons.


===============================================
05 - Pendapat oleh HAPPY GHOST

Bagus hujah-hujah Outsider. Sesungguhnya, tak payah buang mesej-mesej tersebut.


Bukan keterlaluan sangat.

Orang pekak yang ada akal dan mata, dapat menilai sendiri hal-hal yang
dikemukakan. Misalnya, apabila Kuturayau dan hensem menyentuh hal peribadi O-o,
Yop Penang dah keluar mengadili hal itu. Ailu juga sokong hujah Yop Penang.
Kuturayau dan hensem dipercayai juga terima nasihat Yop Penang. Kita semua faham
dan terima kenyataan. Orang Pekak kini adalah rasional dan tidak seperti
segolongan di dalam MFD yang tidak dapat menerima keadilan. Malahan Peraturan
dan Undang-Undang MFD yang tertulis secara hitam putih juga boleh diputar
belitkan.

Dalam tajuk CEO MFD ini, Sysadmin terang-terang menerima arahan O-o untuk
menghapuskan semua hujah yang tidak digemari - termasuk orang kata dia tak
sesuai jadi CEO. Kita lihat hujah Yop Penang dan Ailu yang cuba membela O-o tapi
tidak tahu asal usulnya.

Pada pandangan saya, sesuatu kenyataan akan menjadi lebih sahih dan jelas
apabila menerima ulasan/bidasan pelbagai pihak - sama ada negatif atau positif.
Ini juga tujuan Forum E-Pekak memberikan peluang kepada orang-orang pekak
mengemukakan pandangan masing-masing untuk mencapai suatu kebenaran.

Berkenaan dengan perkara peribadi pula, mungkin kita tidak menggalakkan hal
demikian dibawa ke forum, tapi kita semua sedia tahu orang pekak paling suka
gossip dan memutarbelitkan hal peribadi orang. Mereka bercakap keburukan orang
tapi tak membenarkan orang berkenaan tahu - ini seperti merampas peluangnya
untuk membela diri. Happy Ghost juga pernah kena tikaman begini. Ada orang cipta
cerita dan sebar di belakang. Termasuk kawan-kawan Happy Ghost- mereka dapat
tahu, tak siasat benar atau tidak, mereka terus sebar kepada orang lain. Tapi,
mereka elak daripada bercakap di depan Happy Ghost. Akhirnya, hanya seorang
kawan yang "berani" beritahu Happy Ghost tentang fitnah berkenaan. Amat mudah
Happy Ghost menjelaskan kenyataan menyangkal fitnah tersebut.

Jadi, sesuatu tuduhan dikemukakan melalui e-forum, telah membenarkan kita


membela diri. Itu lebih baik daripada tikaman di belakang melalui gossip.
===============================================
06 - Pendapat oleh KEPALA SENGET

Actually deletion of topics or messages didn't happen only to epekak forum. We

155 
 
are fortunate because it was only a topic or message got deleted. Of course we
feel deletions of topics or messages are unnecessary but once the topics
discussed strayed away and began attacking some individual unrelated to the
topic it is best to put a stop to them even though for me it will be better to
lock the topics after warnings rather than deleting them. That's what many
forums did to topics that got out of hand.

I still remember the star forum (www.thestar.com.my). The best so far for
english forum in Malaysia at least for me. I have gain knowledges from the forum
(most of the time I went there to ask and read the topics related to computer
and technologies and sports ). They deleted the entire forum due to some topics
got out of control and due to some bad elements mainly bad forummers who only
know to post negative messages and attacked individuals unnecessarily.

I know it is easy to blame MFD for the lost of datas. We thought they
deliberately delete them. They became our favorite scapegoat. but didn't the
administrator (is it Syukri?) explained to us that they have limited storage
space? And, though I am not computer savvy, when the space is limited, some
datas will have to give way for new ones? Like Hotmail account, when the inbox
full and we did nothing to free some space (delete old emails) they'll delete
some emails for you whether you want to keep the old emails or not. And if the
delete our emails, I bet many of you blame Bill Gates as though Bill Gates
personally delete our emails. Duh!

Lost of datas happened not only in epekak. It's a common occurence. So we need
to calm down a bit. Fortunate for us KaptenDiam save some topics in his blogger.

And forgive me if my english not very good.


===============================================

JAWAPAN KAPTENDIAM

Bismillahir Rahmanir Rahim dan Assalamualaikum,

Para pembaca yang dihormati sekalian,

The Outsider wajar diberikan pujian kerana telah menerangkan 10 sebab mengapa mesej penulis tidak
perlu dibuang. Ulasannya sungguh panjang lebar dan menarik sehingga tiada seorang pembaca bangkit
menyanggah hujahnya.

Happy Ghost telah menyatakan perlunya pembelaan diri dilakukan untuk membersihkan namanya daripada
sebarang fitnah dan langkah itu lebih baik daripada mengheret tangan ketiga untuk memadamkan mesej.

Mudah-mudahan pihak MFD akan mengkaji dan menerima cadangan The Outsider yang menganggap setiap
mesej dalam Forum ini adalah ilmu bersejarah yang menceritakan perjuangan kebangkitan intelektual
Pekak dan persatuan Orang Pekak secara umumnya,

Bagaimanapun SysAdmin memberikan jawapan yang tidak berkaitan dengan perbincangan The Outsider.
SysAdmin memberitahu kepada kita bahawa dia akan menghantar SMS untuk meminta Ahmad Syukri
membaiki kod-kod dalam Forum ini.

KaptenDiam melihat masalah kod-kod pengaturcaraan dan masalah pembuangan mesej oleh SysAdmin
adalah dua perkara yang berlainan seperti air dan minyak yang tidak pernah bercampur.

Walaupun KaptenDiam menerima 10 sebab yang diterangkan oleh The Outsider, namun KaptenDiam
percaya bahawa kebebasan bersuara mempunyai had-had yang tertentu seperti dalam perbincangan
saudara Kepala Senget.

156 
 
Komuniti kita tidak mengkehendaki sebarang mesej yang berbahaya seperti gambar lucah masuk ke Forum
kita. Oleh sebab demikianlah, tindakan pembuangan mesej adalah suatu keperluan yang diwajarkan dalam
mana-mana forum.

Bagaimanapun KaptenDiam tidak melihat mesej kiriman KutuRayau adan Hensem sebagai berbahaya dan
tidak perlu dikenakan tindakan pembuangan. Ini kerana mereka telah menceritakan kebenaran serta pihak
yang terlibat perlu menjawab dalam bentuk sanggahan ataupun teguran yang baik.

Bagaimanapun SysAdmin melakukan kesilapan kecil, iaitu campur tangan dalam perbincangan dan
bertindak membuang hanya untuk memenuhi permintaan Sariah@O-o.

KaptenDiam tidak perlu menunggu kedatangan saudara penulis Ailu yang sepatutnya membawa ulasan
seperti yang KaptenDiam cadangkan dahulu.

Apa yang hendak dikatakan ialah KaptenDiam menganggap tindakan SysAdmin telah melanggar Peraturan
dan Etika-etika Forum E-Pekak.

Diharapkan para pembaca yang dihormati tidak terkejut dengan berita ini. Apakah rasional yang
mendorong pemikiran KaptenDiam untuk berbuat demikian? Sila ikutilah perbincangan seterusnya dengan
penuh perhatian.

Pendaftaran adalah percuma

Pemilihan nama pengguna mestilah dengan budaya dan undang-undang negara kita. Anda dilarang
sama sekali menggunakan nama pengguna yang boleh menimbulkan rasa tidak senang ahli-ahli forum
Epekak Pihak pentadbir berhak untuk memadam, menghalang (banned) dan juga mengubah mana-
mana nama pengguna yang dirasakan tidak sesuai tanpa perlu mendapat maklum balas daripada
pemilik nama pengguna.

Segala topik, perbincangan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu di dalam
ruangan Forum Epekak adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri Pihak
pentadbir Epekak tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan, kebenaran atau kegunaan setiap mesej
dan tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas kandungan
mesej tersebut

Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan ini ATAU melakukan perkara-
perkara seperti berikut -:

Memfitnah
Mencaci
Mencetuskan isu dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan kekecohan
Menggunakan mesej lucah/mencarut
Mengganggu 'privacy' pengguna lain
Meletakkan gambar lucah atau bersaiz besar atau yang boleh mengganggu keselesaan pengguna
Melakukan SPAM
Diskusi politik dan perkara-perkara negatif lain
Ahli dilarang menggunakan avatar-avatar yang memaparkan parti politik tertentu apatah lagi yang
ada kaitan dengan gambar-gambar lucah dan sebagainya.

Semua orang bebas memberikan pandangan dan pendapat masing-masing, asalkan ia tidak melampui
batas budaya Malaysia dan undang-undang kita Amalkan amalan hormat menghormati antara satu
sama lain. Oleh itu, anda TIDAK boleh memaksa orang lain agar bersetuju dengan pendapat anda.
Elakkan perbalahan semasa menggunakan ruangan ini.Tidak sehaluan dan tidak sependapat bukan
bermakna kita boleh melakukan apa sahaja. Gaya penulisan anda cerminan peribadi.

Artikel di atas menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh forumnis yang berdaftar dengan
Forum E-Pekak. Tiada artikel di atas yang menyebut Pentadbir Forum (dipegang oleh SysAdmin sekarang)

157 
 
mempunyai kuasa untuk tindakan membuang mesej.

"Pihak pentadbir berhak untuk memadam, menghalang (banned) dan juga mengubah mana-mana nama
pengguna yang dirasakan tidak sesuai tanpa perlu mendapat maklum balas daripada pemilik nama
pengguna."

Petikan dalam perenggan yang pertama seperti di atas sebenarnya bermakna iaitu Pentadbir Forum hanya
mempunyai kuasa untuk membuang NAMA PENGGUNA yang tidak sesuai dan bukannya MESEJ PENGGUNA!
NAMA PENGGUNA ialah nama yang didaftarkan oleh seseorang yang hendak menjadi ahli Forumnis. Nama
pengguna yang menimbulkan rasa tidak senang hati adalah merujuk kepada gelaran yang tidak bermoral,
misalnya SYAITANPEKAK atau BOGELPEKAK yang wajar diharamkan dan dibuang.

"Pihak pentadbir Epekak tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan, kebenaran atau kegunaan setiap
mesej dan tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas kandungan
mesej tersebut"

Petikan dalam perenggan yang kedua seperti di atas menjelaskan bahawa Pentadbir Forum tidak boleh
campur tangan dalam kandungan sebarang mesej yang tidak terjamin kebenarannya contohnya menafikan
(menidakkan) mesej mengenai cerita yang benar atau karut seperti kisah hantu.

Ini bermakna Pentadbir Forum tidak boleh membuat perubahan dalam mesej untuk menutup kebenaran
atau kepalsuan mesej. Dalam kes ini, SysAdmin telah campur tangan dalam mesej yang lalu sehingga
tindakan ini dianggap bercanggah dengan petikan di atas.

Peraturan di atas ada menyebut para forumnis dilarang melayangkan mesej yang negatif seperti fitnah,
cacian, isu politik dan lain-lain tetapi sebenarnya ia hanyalah sebagai PERINGATAN sahaja. Ini tidak ada
menyebut Pentadbir Forum berhak membuang mana-mana mesej yang melanggar peraturan tersebut.
Sebagai alternatifnya, Pentadbir Forum dan forumnis yang lain boleh memberikan nasihat dan teguran
yang baik kepada mesej yang negatif.

Pada kesimpulannya, tindakan pembuangan mesej tidak perlu dilakukan mengikut peraturan di atas
seperti yang telah disetujui oleh majoriti forumnis. Diharapkan SysAdmin merujuk kepada peraturan
tersebut sebelum menjalankan tugas sebagai Pentadbir Forum yang dihormati dan dipercayai.

SysAdmin memberitahu bahawa O-o memintanya supaya membuang mesej. Tindakan ini tidak betul kerana
secara terus terang dia mengarahkan SysAdmin dari pintu belakang.

Adalah suatu tindakan yang mulia sekiranya O-o datang ke forum E-Pekak dan menjelaskan segala
kekalutan serta memberikan nasihat yang baik-baik kepada sesiapa yang menentangnya tanpa perlu
meminta bantuan sahabatnya untuk memadamkan kebenaran.

Demikianlah pendapat KaptenDiam yang percaya SysAdmin telah melakukan kesilapan kecil seperti tidak
mengikuti Peraturan Forum sebagaimana yang telah dibincangkan di atas.

Bagaimanapun SysAdmin boleh membaiki kelemahan Peraturan dan Etika-etika Forum jika mendapat
persetujuan daripada para forumnis yang lain.

KaptenDiam berharap para forumnis berbincang dengan akal yang baik dan berhujah dengan fakta yang
baik. Akhir sekali Maaf Zahir Batin kepada SysAdmin sekiranya ada kesilapan dalam perbincangan ini.

Only Deaf community can judge us.

posted by KaptenDiam @ 4:31 PM 10 November 2004


 

158 
 

Anda mungkin juga menyukai