Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012 / 2013

1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2012/2013. Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk ;

2.1 2.2

Menolak Tawaran - Abaikan tawaran yang diterima dan tidak perlu mendaftar. Menerima Tawaran - Saudara perlu mengambil tindakan berikut; a. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan. b. Membuka akaun untuk tujuan pembayaran elaun wang saku: i. Akaun GIRO dan membuat Kad ATM Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: Kolej Matrikulasi Melaka / Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan / Kolej Matrikulasi Pulau Pinang / Kolej Matrikulasi Perlis / Kolej Matrikulasi Johor / Kolej Matrikulasi Perak / Kolej Matrikulasi Teknikal Johor ii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: Kolej Matrikulasi Kedah / Kolej Matrikulasi Labuan / Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah / Kolej Matrikulasi Selangor/ Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang . iii. Akaun dan membuat Kad ATM Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut: Kolej Matrikulasi Pahang. Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja. c. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).

d. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Dokumen Peribadi Pelajar. e. Mendaftar di kolej pada tarikh yang ditetapkan. 3.0 YURAN 3.1 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah, Jurusan Sains ( PST /PDT) /Teknikal Perakaunan Jumlah RM 550.00 RM 480.00

3.2 Pembayaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan


Nasional (BSN) dengan membawa bersama-sama salinan surat tawaran. Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej. 4.0 PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran ini. Sila bawa bersama-sama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:a. Slip yuran pendaftaran yang telah dijelaskan di BSN bersama salinan fotokopi. b. Surat tawaran yang dicetak melalui internet . c. Dokumen Peribadi Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui internet). d. Borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan pelajar matrikulasi yang lengkap diisi dalam dua salinan (dicetak melalui internet). e. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping). f. Gambar berwarna berukuran pasport (minimum 4 keping) g. Keperluan harian peribadi (SILA RUJUK LAMPIRAN 1). Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan.

4.2

4.3

5.0

PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN Penampilan kemas dan sopan sebagai pelajar kolej matrikulasi KPM.

6.0

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman.

7.0

PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI

7.1

Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm. lebarnya. b. Berkasut kulit / PVC. Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Berkasut kulit / PVC bertutup. PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 8.1 8.2 Calon yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan pelajar tidak dibenarkan berkahwin sepanjang tempoh mengikuti pengajian program matrikulasi. Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.

7.2

8.0

1.0

BANTUAN KEWANGAN 9.1 9.2 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 atau sebanyak yang ditetapkan akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester.

10.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu mengurus sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan. 11.0 PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hubungi kolej dimana saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, bayaran yuran dan sebagainya. KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) Pelajar Lelaki 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kemeja berlengan panjang Seluar panjang ( slack) berwarna gelap Tali leher Baju Melayu (Pelajar Islam) Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 3 helai 3 helai 1 helai 1 pasang 1 buah 2 pasang
3

Lampiran 1

7. 8. 9.

Baju T berkolar Selimut Kasut kulit/ PVC

3 helai 1 helai 1 pasang 1 pasang 3 pasang 2 helai

10. Kasut sukan 11. Sarung kaki 12. Seluar trek 13. 14. Keperluan peribadi yang lain Sarung bantal dan cadar

Pelajar Perempuan 1. 2. 3. Pakaian (sopan dan kemas). Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 3 pasang 2 pasang 2 helai

Anda mungkin juga menyukai