Anda di halaman 1dari 22

Adakah Tanggapan Ketidakadilan Menambah atau Mengurangkan

Perlakuan Kerja Yang Tidak Produktif Antara Perseorangan Berkaitan Iri


Hati?

Yochi Cohen-Charash Jennifer S. Mueller


Baruch College and Graduate Center, City University University of Pennsylvania

Kedua-dua penulis mengkaji bagaimana tindakan bersaling (interaksi) di antara


tanggapan ketidakadilan and iri hati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak
produktif antara perseorangan ke arah orang yang diiri. Di dalam 2 kajian
menggunakan golongan and kaedah yang berbeza untuk membangkitkan rasa iri
hati, ramalan-ramalan telah dibandingkan berdasarkan pertukaran social dan
model-model ciri keadilan. Keputusan yang diperolehi menyokong model
pertukaran social tentang keadilan, yang mana ditunjukkan bahawa tahap iri hati
dan tanggapan ketidakadilan yang lebih tinggi menyebabkan tahap lebih tinggi
dalam perlakuan kerja yang tidak produktif (Kajian 1), terutamanya di kalangan
individu-individu yang mempunyai rasa harga diri yang tinggi (Kajian 2).

Penunjuk kata: Iri hati, keadilan, perlakuan kerja tidak produktif, harga diri

Para penyedilik telah mengakui bahawa kedua-dua ketidakadilan (contoh, Folger &
Baron, 1996; Folger & Skarlicki, 1998)dan iri hati (contoh, Mouly & Sankaran, 2002;
Salovey & Rodin, 1984; Silver & Sabini, 1978a) boleh meningkatkan berlakunya
perlakuan kerja yang tidak produktif antara perseorangan-perlakuan yang ditujukan
untuk mengakibatkan mudarat/keburukan ke atas seseorang (Conlon, Meyer &
Nowakowski, 2005; Fox & Spector, 1999; Robinson & Bennet, 1995). Sehingga kini,
penyelidikan telah meneliti pengaruh-pengaruh iri hati dan ketidakadilan secara
berasingan, ke atas perlakuan kerja yang tidak produktif. Bagaimanapun, oleh kerana
pengalaman-pengalaman iri hati (Miner, 1990) and tanggapan ketidakadilan adalah
berlaku secara meluas dan kerap kali berlaku seiringan (contoh, Ben-Ze’ev, 1992, Smith,
1991), dan menekankan pengaruh yang penting ke atas kejadian perlakuan kerja tidak
produktif (contoh, Cohen-Charash, 2005; Cohen-Charash & Spector, 2001; Colquitt,
Conlon, Wesson, Porter & Ng, 2001), pertimbangan tentang pengaruh bersama kedua-
dua ini adalah penting untuk memahami bagaimana untuk mengurangkan perlakuan
kerja tidak produktif dalam organisasi. Kajian-kajian semasa memenuhi ruang ini dengan
meneliti hipotesis-hipotesis yang bersaing untuk lebih memahami bagaimana interaksi di
antara iri hati dan ketidakadilan meramalkan perlakuan kerja yang tidak produktif.
Secara khusus, di dalam Kajian 1, kami mengkaji samada ketidakadilan menambah atau
mengurangkan perlakuan kerja yang tidak produktif antara perseorangan berkaitan iri
hati. Dalam Kajian 2, kami memperhalusi penyelidikan kami dengan meneliti peranan
yang dimain oleh sifat harga diri di dalam perhubungan di kalangan tanggapan
ketidakadilan, dan perlakuan kerja tidak produktif.

Iri Hati dan Perlakuan Kerja Yang Tidak Produktif Antara Perseorangan

Iri hati berepisod (juga dirujuk di sini sebagai iri hati) adalah perasaan negatif yang
dirasa “apabila seseorang kekurangan kualiti lebih tinggi, pencapaian, atau pemilikan
orang yang lain, samada dia inginkannya atau berharap orang lain itu tidak mempunyai
perkara-perkara tadi (Parrott & Smith, 1993, mukasurat 906). Menurut teori seimbang
(Heider, 1958), model pengekalan penilaian diri (Tesser, Millar & Moore, 1988), dan teori
penilaian (contoh, Lazarus & Cohen-Charash, 2001), iri hati berlaku apabila ‘benda’ yang
tidak dipunyai itu berada dalam kawasan kekuasaan yang merupakan teras kepada
konsep diri seseorang itu and orang yang iri hati ini membuat tanggapan bahawa orang
yang diiri adalah sama dengan beliau. Oleh itu, iri hati dirasai kerana adanya
perbandingan soSial yang negatif, apabila si A perasan bahawa orang yang sama tahap
dengannya, si B, mempunyai sesuatu (contoh, kebendaan, peribadi) yang si A mahukan
tetapi tidak ada padanya, dan benda atau keadaan yang dimahukan ini adalah utama
kepada konsep diri si A (contoh, Salovey & Rodin, 1984, 1991).
Yochi Cohen-Charash, Jabatan Psikologi, Baruch College and Graduate Center, City University of New
York; Jennifer S. Mueller, Jabatan Pengurusan, Wharton School, University of Pennsylvania.
Surat menyurat mengenai artikel ini hendaklah dialamat kepada Yochi Cohen-Charash, Department of
Psychology, Baruch College, City University of New York, One Bernard Baruch Way, Box B-8215, New York, NY
10010. E-mail: yochi_cohen-charash@baruch.cuny,edu
Tambahan lagi, perbandingan sosial yang negatif ini boleh mengkhusus berbanding
dengan lingkupan luas, yang mana orang yang iri hati tidak perlu merasa rendah diri
terhadap perbandingan lain dalam semua kawasan kekuasaan. Sebaliknya, rasa iri hati
boleh berlaku bila individu-individu mengalami walau satu kerugian secara relatif dengan
perbandingan dengan yang lain (contoh, Schoeck, 1969), selagi kerugian/kekurangan ini
berada dalam kawasan kekuasaan yang penting kepada rasa diri orang tersebut.

Oleh kerana perasaan iri hati melibatkan rasa rendah diri secara relatif berbanding
dengan orang lain, dan oleh kerana pengalaman iri hati ini sangat tidak menyenangkan,
matlamat orang yang iri hati ini ialah untuk mengurangkan tahap rasa iri hatinya dengan
mengurangkan jurang diantara yang iri hati dan yang diiri (Heider, 1958). Secara
perlakuan, ini bermakna menyamakan kedudukan orang yang iri hati dengan yang diiri.
Menurut Heider, satu cara untuk menyamakan kedudukan ini ialah dengan
melukakan/merosakkan orang yang satu lagi. Tentunya, kebanyakan kajian telah
menunjukkan bahawa reaksi perlakuan terhadap iri hati ini melibatkan
melukakan/merosakkan orang lain (Cohen-Charash, 2005; Mouly & Sankaran, 2002;
Salovey & Rodin, 1984; Silver & Sabini, 1978a), yang mana mengakibatkan pengaruh
negatif ke atas prestasi kerja, ponteng kerja dan kepuasan ahli kumpulan kerja (Duffy &
Shaw, 2000).

Dengan melibatkan diri dalam perlakuan kerja tidak produktif (juga dirujuk di sini
sebagai perlakuan merosakkan) dapat membantu seseorang yang merasa iri hati itu
mencapai tiga matlamat. Pertama, melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan
kekecewaan orang yang iri hati dengan perasaan megah (Fox & Spector, 1999; Kulik &
Brown, 1979; Smith, 1991; Spector, 1975, 1978) dan, oleh itu, bertindak sebagai teknik
pengawal-aturan kesan (Baumeister, Smart & Boden, 1996; Bushman, Baumeister
&Phillips, 2001). Kedua, melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan kelebihan
yang boleh mencetus iri yang dipunyai oleh orang yang diiri tadi, dengan itu membantu
untuk menyamakan keadaan orang yang merasa iri dan orang yang diiri (Heider, 1958;
Silver & Sabini, 1978a). Ketiga, oleh kerana permusuhan memberi kuasa dan dapat
mengganti perasaan kekurangan dalam diri (Barth, 1988), melibatkan diri dalam
perlakuan yang merosakkan mungkin boleh melindungi rasa harga diri yang tercalar.
Tentunya, kajian telah menunjukkan bahawa perlakuan merosakkan ini menyebabkan
peningkatan rasa harga diri orang yang iri hati (Fein & Spencer, 1997).

Tanggapan Ketidakadilan dalam Konteks Iri Hati

Penulisan tentang keadilan telah berkembang dengan cepat, menghasilkan


banyak pandangan-pandangan yang kaya dan terperinci (untuk kajian semula, lihat
Colquitt, Greenberg & Zapata-Phelan, 2005). Kebanyakannya, teori dan kajian telah
membincangkan and meneliti pelbagai jenis keadilan, seperti keadilan teragih (contoh,
hasil yang ditanggap adil yang diterima individu daripada kerajaan), keadilan tatacara
(contoh, prosedur yang ditanggap adil yang digunakan kerajaan untuk menghasilkan
sesuatu), dan keadilan interaksi (contoh, layanan antara perseorangan yang ditanggap
adil yang diterima daripada kerajaan). Baru-baru ini, Companzano and Ambrose (2001;
lihat juga Ambrose & Arnaud, 2005) mencadangkan pendekatanlain, mengkaji keadilan
sebagai gagasan monistic. Mengikut gagasan monistic, agihan, tatacara dan keadilan
antara perseorangan semuanya merupakan hasil yang bukannya tak terangkum
(eksklusif) dan berlaku serentak. Contohnya, menerima layanan yang kurang baik
berbanding dengan orang lain mencabuli keadilan tatacara peraturan pemalar
(Leventhal, 1980), keadilan agihan peraturan kesamaan, dan prinsip-prinsip keadilan
interaksi (Bies & Moag, 1986). Walau bagaimanapun, dalam konteks iri hati, orang
berkenaan akan melihat layanan kurang baik ini sebagai kekurangan. Hingga ke tahap di
mana orang ini melihat layanan baik sebagai penting untuk konsep dirinya, dan sampai
ke tahap orang yang dibandingkan adalah cukup sama taraf dengannya, orang itu
mungkin merasa iri hati disebabkan layanan yang diterima tidak sama.

Pendekatan monistic ini sesuai terutamanya kepada kajian iri hati dan keadilan
kerana iri hati boleh dialami tidak mengira apa jenis tanggapan keadilan. Apa yang perlu
untuk rasa iri hati berlaku adalah perbandingan sosial yang tidak disenangi dengan
orang lain mengenai sesuatu yang penting bagi rasa diri seseorang. Tentunya,walaupun
sebilangan penyelidik yang meneliti keadilan dan iri hati telah memfokus kepada hasil
seperti kenaikan pangkat (Schaubroeck & Lam, 2004) atau gred (Lieblich, 1971), teori-
teori iri hati tidak membezakan antara pelbagai fokus keadilan. Sebaliknya, mereka
hanya merujuk kepada rasa rendah diri dalam golongan (Smith, Parrott, Ozer & Moniz,
1994), dan apabila membincangan ketidakadilan, mereka merujuk kepada layanan tidak
adil oleh orang yang diiri dan kekurangan relative (Ben-Ze’ev, 1992). Kurangnya
perbedaan di kalangan jenis-jenis ketidakadilan ini dilengkapkan oleh pendekatan
monistic.

Kenyataan bahawa iri hati dan tanggapan-tanggapan ketidakadilan melibatkan


perbandingan social and kerap berlaku serentak(contoh, Ben-Ze’ev, 1992; Smith, 1991)
telah menghasilkan perbincangan (contoh, Salovey & Rodin, 1984; Schoeck, 1969; Smith,
1991) dan kajian empirik (contoh, Lieblich, 1971; Schaubroeck & Lam, 2004) tentang
perhubungan mereka. Sebilangan penyelidik telah mengandaikan bahawa tidak mengira
tanggapan keadilan, rasa iri hati boleh berlaku dalam apa-apa keadaan di mana individu
itu merasa negatif mengenai kedudukan rendah dirinya berbanding dengan orang lain
(Ben-Ze’ev, 1992; Feather & Sherman, 2002; Heider, 1958; Smith et al., 1994).
Contohnya, seseorang mungkin merasa iri hati disebabkan oleh rakan sekerjanya
menerima pejabat di sudut, walaupun rakan sekerja itu berhak menerima pejabat mewah
ini dan peruntukan pejabat ini adalah adil dan mengikut peraturan syarikat. Dalam kes
ini, orang ini merasa iri hatikerana rakan sekerjanya menerima sesuatu yang
diinginkannya, tak kira walaupun dia membuat tanggapan bahawa keadaan ini adil.
Tetapi, kalaupun orang membuat tanggapan bahawa pejabat sudut itu diterima secara
tidak adil (contoh, sebagai sebahagian daripada pakej pekerjaan), orang itu masih
merasa iri hati terhadap rakan sekerja, kerana rakan sekerjanya menerima sesuatu yang
diinginkan untuk dirinya (cf. Rawls, 1971). Lagipun, tanggapan ketidakadilan mungkin
menjadi sumber kepada kelemahan pencetus iri hati yang dialami seseorang. Dalam kes
ini, seseorang yang mengalami layanan tidak adil mungkin membuat kesimpulan bahawa
dia adalah ahli organisasi yang tidak dihargai (Lind & Tyler, 1988) dibandingkan dengan
orang lain yang menerima layanan adil atau lebih baik. Oleh itu, kadang kala, tanggapan
ketidakadilan mungkin menjadi penyebab bebas iri hati. Dalam masa yang lain, apabila
kelebihan seseorang dicapai dengan cara tidak adil, tanggapan ketidakadilan mungkin
menambah perasaan iri hati kerana orang itu mempunyai dua sebab untuk merasa iri
hati; kelemahan pencetus iri hati yang awal (contoh, ruang pejabat yang lebih baik) dan
kekurangan layanan atau tatacara yang diterima seseorang bila mendapat ruang pejabat
yang kurang baik. Dalam kes ini, tanggapan ketidakadilan mungkin menambah lagi
kekecewaannya.

Dalam beberapa kajian empiric yang meneliti perhubungan antara iri hati dan
ketidakadilan (contoh, Lieblich, 1971; Smith et al., 1994) telah menunjukkan bahawa
perasaan iri hati lebih tinggi dalam situasi yang tidak adil. Tetapi, perhubungan antara iri
hati dan ketidakadilan selalunya sederhana (julat dari .10 [Feather & Sherman, 2002]
hingga .66 [Shaubroeck & Lam, 2004]), dan kajian sebelumnya (Cohen-Charash, 2005,
Kajian 1) telah mendapati bahawa walaupun berkaitan secara positif, iri hati dan
ketidakadilan merupakan gagasan berbeza. Dengan itu, iri hati boleh berlaku dengan
adanya, juga dengan tiadanya, tanggapan ketidakadilan.
Iri Hati, Ketidakadilan, dan Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara
Perseorangan

Penyelidikan telah mengenalpasti tanggapan ketidakadilan sebagai satu penentu


penting daripada pelbagai perlakuan kerja tidak produktif, dan secara amnya
menunjukkan sesetengah individu mungkin bertindak secara negative kepada kejadian
yang ditanggap tidak adil dalam organisasi mereka (Cohen-Charash & Spector, 2001).
Tindakbalas-tindakbalas negative kepada ketidakadilan termasuk perlakuan seperti
tindakan balas (contoh, Blader, Chang & Tyler, 2001; Skarlicki & Folger, 1997), balas
dendam (contoh, Bies & Tripp, 2001), sabotaj (contoh, Ambrose, Seabright & Schminke,
2002), kecurian (J. Greenberg, 1993), tindakan agresif (contoh, Folger & Skarlicki, 1998),
dan perlakuan kerja tidak produktif (contoh, Fox, Spector & Miles, 2001; Lim, 2002). Dua
rangka kerja secara teori berpotensi untuk berhasil yang boleh menerangkan perkaitan
antara iri hati, ketidakadilan, perlakuan merosakkan diarahkan kepada orang yand diiri
adalah rangka kerja pertukaran social dan model cirri-ciri keadilan.

Sudut Pandangan Pertukaran Sosial

Pertukaran sosial membentuk pandangan yang luas tentang perhubungan dan


perlakuan, menganggap bahawa perhubungan secara amnya dicirikan oleh pertukaran
sumber-sumber nyata (contoh, masa kerja) atau tidak nyata (contoh, gosip; untuk kajian
semula, lihat Cropanzano & Mitchell, 2005; Homans, 1961). Andaian yang menyatakan
bahawa perhubungan di antara dua entiti adalah dicirikan oleh pertukaran sumber-
sumber yang saling berbalasan menerangkan tanggapan keadilan seperti dalam keadaan
yang adil, pekerja (atau organisasi) menyumbang sumber kepada organisasi (atau
kepada pekerja), dan organisasi (atau pekerja) membalas dengan memberi ganjaran
kepada pekerja (atau organisasi) sejajar dengan sumbangan mereka (Homans, 1961;
Leventhal, 1976). Oleh yang demikian, norma-norma balas membalas menentukan yang
sekiranya pekerja menerima sumber yang sedikit daripada organisasi berbanding
dengan apa yang sewajarnya mereka terima berdasarkan prestasi mereka, tanggapan
ketidakadilan akan menghasilkan, dan dengan itu, menyebabkan pekerja melibatkan diri
dengan perlakuan-perlakuan yang boleh mengembalikan keadilan bagi mereka (contoh,
merosakkan organisasi; Cropanzano & Mitchell, 2005). Sebagai contoh, sekiranya
pekerja nampak bahawa rakan sekerjanya menerima hasil yang lebih baik darinya
biarpun prestasi kerja mereka sama, pekerja itu akan menanggap keadaan sebagai tidak
adil dan berkemungkinan akan merosakkan sumber tanggapan ketidakadilan itu, samada
sumber itu adalah organisasi itu sendiri (contoh, mencuri, lambat datang, perlakuan
kerja tidak produktif; J. Greenberg & scott, 1996), penyelia (contoh, perlakuan
merosakkan antara perseorangan; Cropanzano, Prehar & Chen, 2002; Masterson, Lewis-
McClear, Goldman & Taylor, 2000), atau rakan sebaya (contoh, mengumpat dan
menyebar khabar angin; L. Greenberg & Barling, 1999).

Manakala di dalam konteks situasi yang tidak adil, pertukaran sosial


selalunyaterjadi di antara pekerja dan organisasi dan/atau penyelia, apabila keadaan
yang tidak adil disertakan dengan perasaan iri hati, terdapat satu pihak tambahan
kepada pertukaran perhubungan ini-orang yang diiri. Dalam kes-kes yang demikian,
orang yang iri hati mungkin menujukan tindakannya yang merosakkan kepada yang
ditanggap sebagai penyebab ketidakadilan (contoh, organisasi, penyelia, atau pekerja
lain) dan juga kepada sumber tanggapan rasa rendah diri-orang yang diiri. Perlakuan
merosakkan ini bukan hanya akan mencapai matlamat-matlamat pengawal aturan
kesan, pengurangan jurang, dan rasa lindungi diri, ianya juga akan berperanan sebagai
mekanisma pertukaran sosial untuk membalas balik ke arah orang yang diiri, yang mana
ditanggap sebagai menyebabkan kerosakan kepada orang yang iri hati tadi. Khususnya,
pengalaman iri hati menjadikan ketidakadilan dan perlakuan merosakkan ditumpukan
antara perseorangan. Ini adalah kerana, di dalam fikiran orang yang iri hati tadi, orang
yang diiri hendaklah dipersalahkan oleh kerana kelebihan yang ada padanya, walaupun
kelebihan dan/atau ketidakadilan itu telah disebabkan oleh organisasi atau penyelianya
(untuk perbincangan tentang kepercayaan ketidakadilan subjektif, lihat Smith et al.,
1994). Hujah-hujah ini sejajar dengan model-model perlakuan agresif di tempat kerja
(O’Leary-Kelly, Griffin & Glew, 1996), yang menegaskan bahawa pekerja boleh bertindak
agresif ke atas mana-mana sasaran yang mudah, tidak semestinya pihak yang
bertanggungjawab menyebabkan kekecewaan mereka. Tambahan lagi, kajian telah
menunjukkan bahawa dalam keadaan yang tertentu, pekerja bertindak buruk ke atas
rakan sekerja mereka sebagai tindakbalas kepada ketidakadilan tatacara (L. Greenberg &
Barling, 1999), bahawa konflik pekerja dengan rakan sekerja menyebabkan perlakuan
kerja tidak produktif dalam organisasi dan juga peribadi (Bruk-Lee & Spector, 2006; Fox
et al., 2001), dan bahawa ketidakadilan secara interaksi menyebabkan lencongan dalam
organisasi dan peribadi (Aquino, Lewis & Bradfield, 1999). Oleh itu, melukakan orang
yang diiri adalah satu pertukaran sosial secara langsung, yang mana orang yand diiri ini
adalah pihak yang dipersalahkan di dalam keadaan yang tidak adil dan kekurangan
orang yang iri hati tadi. Perlakuan buruk ini juga berperanan untuk bertindak jahat
secara tidak langsung ke atas organisasi atau penyelia kerana lambat laun dengan
melukakan orang yang diiri mungkin memberi kesan kepada prestasi organisasi dan
semangat dan prestasi kumpulan kerja (Cohen-Charash, 2005, Kajian 3; Duffy & Shaw,
2000).

Tanggapan ketidakadilan boleh juga berinteraksi dengan iri hati untuk


meninggikan tahap perlakuan merosakkan. Khususnya, Smith et al. (1994) mendapati
bahawa tanggapan ketidakadilan menyebabkan perasaan permusuhan di dalam hati
orang yang iri hati dan bahawatanggapan rendah diri/kekurangan menyebabkan
perasaan tertekan/murung yang lebih besar dalam hati orang yang iri hati. Dengan itu,
berkemungkinan apabila seseorang menanggap bahawa orang yang diiri menerima
kelebihan dengan cara yang tidak adil (tidak kira apa sumber ketidakadilan itu),
tanggapan ketidakadilan ini mengakibatkan permusuhan dalam orang yang iri hati dan
menyebabkan tahap tindakan buruk yang lebih tinggi. Secara alternatif, apabila
seseorang menanggap bahawa orang yang diiri menerima kelebihan dengan cara yang
adil, tanggapan keadilan ini menyebabkan tanggapan rendah diri/kekurangan yang lebih
tinggi and mengakibatkan tekanan/kekecewaan (Smith et al., 1994), keadaan yang telah
lama dikaitkan dengan ketidakgiatan dan tahap tindakan agresif rendah (Kasch,
Rottenberg, Arrow & Gotlib, 2002).

Kesimpulannya, di dalam model pertukaran sosial tentang reaksi buruk kepada iri
hati, keadaan yang tidak adil mungkin menambah perlakuan merosakkan ke atas orang
lain dalam empat cara asas. Pertama, pengalaman iri hati dalam situasi tidak adil akan
mengaktifkan keperluan individu untuk lebih melukakan/merosakkan supaya dapat
mengekalkan norma-norma keadilan berbalas (J. Greenberg & Scott, 1996; Leventhal,
1976) dan menyamakan taraf/kepunyaan mereka dengan orang yang diiri (Heider,
1958). Kedua, tanggapan ketidakadilan membentuk pengalaman tambahan yang
negatif, pencetus rendah diri, dan merosakkan konsep diri, kerana ianya
menandakanseseorang itu sebagai ahli organisasi yang tidak dihargai (Lind & Tyler,
1988), dengan itu meningkatkan perlakuan merosakkan seseorang untuk mengurangkan
ancaman ke atas dirinya. Ketiga, ketidakadilan boleh menambah/mudaratkan reaksi
negatif terhadap iri hati dengan peranannya meningkatkan keadaan emosi yang negatif
(Mikula, Scherer & Athenstaedt, 1998) dan tahap tekanan (J.Greenberg, 2004) dalam diri
orang yang iri hati dan, dengan itu, meningkatkan perlakuan merosakkan terhadap orang
yang diiri dengan matlamat untuk mengawal reaksi emosi negatif (Spector & Fox, 2005).
Keempat, ketidakadilan menyerlahkan aspek permusuhan dalam iri hati, yang
menyebabkanperlakuan merosakkan yang lebih kuat terhadap orang yang diiri (Smith et
al. 1994). Berasaskan rasional tersebut di atas, kami membuat hipotesis interaksi di
antara iri hati dan ketidakadilan yang mana iri hati secara positif berkait dengan
perlakuan merosakkan apabila ketidakadilan adalah tinggi, tetapi tidak berkait apabila
ketidakadilan adalah rendah (Hipotesis 1).

Model Ciri Keadilan


Rasional teori yang berbeza boleh menghasilkan hipotesis yang bertentangan-
sebagai contoh, bahawa tahap ketidakadilan yang rendah (maknya, tahap keadilan yang
tinggi) akan menambah perlakuan kerja tida produktif antara perseorangan sebagai
reaksi kepada iri hati. Hipotesis is adalah berdasarkan model ciri keadilan, yang
mengikut tanggapan tertentu akan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pada seseorang
tentang kebolehan diri mereka. Khasnya, pengalaman iri hati mengancam dan
memusnahkan tanggapan diri seseorang (Parrott & Smith, 1996; Silver & Sabini, 1978a),
kerana ianya membawa maksud pengikhtirafan kedudukan yang rendah seseorang
secara relatif dengan orang lain. Tambahan lagi, kajian telah menunjukkan bahawa
pengalaman iri hati bertambah buruk/meluap-luap apabila ciri-ciri kegagalan peribadi
dan/atau ciri-ciri kejayaan orang lain adalah lebih bersifat dalam daripada luaran dan
bahawa ciri-ciri dalaman berhubungkait secara positif dengan ancaman kepada harga diri
(Mikulincer, Bizman & Aizenberg, 1989). Oleh yang demikian, individu-individu yang iri
hati sepatutnya mengalami ancaman yang lebih ke atas harga diri mereka di dalam
situasi yang mereka cirikan kedudukan rendah diri mereka kepada sebab dalaman dan
terkawal (contoh, kurang keupayaan dan keramahan) berbanding jika mereka mencirikan
kedudukan rendah diri mereka kepada sebab luaran (contoh, situasi tidak adil).

Kajian telah nyata menunjukkan bahawa tanggapan ketidakadilan dapat mengalih


tanggungjawab ke atas hasil negatif daripada diri seseorang ke sumber luaran, seperti
ketidakadilan situasi atau perlakuan orang yang diiri. Peralihan tanggungjawab ini
mencegah kerosakan rasa diri seseorang (Brockner, 2002; Brockner et al., 2003; Schroth
& Shah, 2000; van den Bos, Bruins, Wilke & Dronkert, 1999). Dengan itu, mengalami iri
hati hasil tindak balas kepada situasi yang mana kejadian pencetus irihati adalah adil
boleh menimbulkan ancaman yang lebih besar ke atas keadaan harga diri. Ancaman
sedemikian ke atas harga diri boleh mencetus reaksi yang tidak diingini, seperti menjadi
bertentangan/berlawanan (Heatherton & Vohs, 2000) dan bertindak agresif (Esposito,
Kobak & Little, 2005). Malah, baru-baru ini, Barclay, Skarlicki dan Pugh (2005)
menunjukkan bahawa pekerja-pekerja membalas orang lain apabila keadilan interaksi
dan tatacara adalah tinggi tetapi tidak apabila ianya rendah, oleh itu menyokong model
ciri. Kerana itu, hipotesis kami mengenai interaksi di antara iri hati dan ketidakadilan
adalah irihati berkait secara positif kepada perlakuan merosakkan apabila ketidakadilan
adalah rendah (keadaan adil) tetapi tidak apabila ketidakadilan adalah tinggi (Hipotesis
2). Kami meneliti hipotesis di atas dalam Kajian 1.

Kajian 1

Kaedah

Peserta

Para peserta dalam kajian ini terdiri daripada 188 individu bekerja yang menjalani
kursus di sebuah universiti besar di bahagian timur, mereka menyertai kajian ini untuk
mendapatkan mata kredit kursus. Secara kasar separuh daripada para peserta adalah
lelaki (50.5%), dan purata umur mereka ialah 21.03 tahun (SD = 3.73). Manakala 20%
daripada para peserta bekerja sepenuh masa, 78% bekerja sambilan dan sementara, dan
2% tidak bekerja. Status pekerjaan tidak memberi kesan kepada korelasi antara
pembolehubah-pembolehubah yang konkrit/nyata(substantif). Peserta menerima kredit
kursus dengan mengambil bahagian di dalam kajian ini dan telah dilayan menurut
peraturan etika APA. Khususnya, para peserta telah membaca borang pemberitahuan
kebenaran (tetapi untuk mengekalkan ketanpanamaan, telah disuruh untuk tidak
menandatanginya) dan menerima disoalsiasat setelah habis kajian.

Peransang-peransang Iri Hati

Untuk mencungkil iri hati berepisod, kami memberi para peserta arahan berikut:
Pilih seorang di dalam organisasi anda yang selalu bekerja dengan anda and
yang anda selalu bandingkan dengan diri anda. Orang ini hendaklah seorang
yang anda tanggap sebagai lebih berjaya daripada anda dalam memperolehi
sesuatu yang anda usahakan dan sangat penting kepada nilai diri anda.

Arahan-arahan ini adalah berasaskan kepada penulisan tentang pencungkilan rasa iri
hati (contoh, Heider, 1958; Salovey, 1991). Para peserta tidak tahu yang kajian ini
berkenaan iri hati, kerana perkataan iri hati tidak diperkatakan dalam bahagian kajian ini.

Pengukuran

Iri hati berepisod. Iri hati telah diukur menggunakan skala 9-item (Cohen-Charash,
2005; Cronbach’s α [dalam sampel ini] = .81). Para peserta ditanya untuk meletakkan
kadar/mengkelaskan setiap item/butir yang mana dapat menerangkan setepat mungkin
bagaimana perasaan mereka terhadap orang yang dibandingkan. Butir-butir tersebut
seperti berikut: “Saya kekurangan sebahagian barang yang dimiliki X,” “Saya merasa
marah dan kecewa,” “Saya merasa iri hati,” “Saya berdendam (geram, marah dan
kecewa) dengan X,” “ Saya mahukan apa yang X miliki,” “Hidup X bertuah/senang lebih
dari hidup saya,” “Saya berasa sakit hati (gemas, jengkel),” “Saya berasa benci dengan
X,” dan “Saya penuh rasa dendam (geram, berniat jahat) terhadap X.” Skala
pengkadaran berjulat dari 1 (tidak ciri langsung) hingga 9 (sangat berciri).

Perlakuan kerja tidak produktif (merosakkan) antara perseorangan. Para peserta


mengkadarkan pada tahap mana mereka melibatkan diri dengan perlakuan sedemikian
dengan skala 12-item (Cohen-Charash, 2005; Cronbach’s α [dalam sampel in] = .87),
diambil dari Skala Perlakuan Kerja Tidak Produktif oleh Fox dan Spector (1999). Kami
gunakan bahagianpengukuran ini yang secara jelas memeriksa dua jenis perlakuan kerja
tidak produktif-iaitu, lencongan politik dan sifat agresif peribadi (Robinson & Bennett,
1995)-dan menambah kepadanya butir-butir yang nampaknya berkaitan dengan situasi
iri hati. Butir-butir tersebut seperti berikut: “masuk campur/ganggu dengan prestasi X,”
“ cuba mensabotaj reputasi X,” “menyembunyikan dari X maklumat berkenaan kerja,”
“membentuk kerjasama untuk menentang X,” “mulakan pertengkaran dengan X,” “tikam
belakang X,” “pecahkan tembelang X,” “bersikap jahat terhadap X,” “memberi maklumat
salah untuk menipu X,” “memperlambatkan surat menyurat kepada X,” “bercerita
tentang keburukan X dengan orang lain,” “melihat X tanpa rasa hormat.” Para peserta
telah diminta untuk mengkadarkan setiap butir tadi pada tahap mana yang paling tepat
menggambarkan tindakan yang mereka ambil terhadap orang yang dibandingkan,
menggunakan skala pengkadaran dari 1 (tidak menggambarkan langsung) hingga 5
(sangat menggambarkan).

Ketidakadilan Yang Ditanggap (Tanggapan Ketidakadilan). Tanggapan


ketidakadilan telah dikaji menggunakan Smith et al.’s (1994) Skala Kepercayaan
Ketidakadilan Objektif (α = .82). Tiga item/butir pada skala tersebut ialah (a) “Hakim
yang objektif yang tahu fakta-faktanya akan bersetuju bahawa X tidak berhak untuk
berjaya di tempat kerja,” (b) Sesiapa pun akan bersetuju bahawa kelebihan pada X telah
dicapai secara tidak adil,” dan (c) X telah mencapai kelebihan ke atas saya melalui
tatacara atau tindakan yang tidak dinafikan sebagai tidak adil.” Butir-butir telah
dikadar/kelaskan mengikut tahap mana ianya mencirikan tanggapan-tanggapan situasi
oleh para peserta.1 Skala pengkadaran berjulat dari 1 (tidak berciri langsung) hingga 9
(sangat berciri).

Kebaikan sosial. Oleh kerana secara semula jadinya iri hati dan perlakuan
merosakkan adalah merendahkan martabat diri, kebaikan sosial disukat sebagai
pembolehubah kawalan. Skala 13-item benar-palsu (Reynolds, 1982) terdiri daripada
kenyataan-kenyataan yang samada benar atau palsu bagi responden (α = .71; item
sampel: “Saya sanggup mengaku bila saya membuat silap”). Markah skala berjulat dari
13 hingga 26, dengan markah 13 bererti tiada kebaikan sosial.

Pembawaan/kecenderungan iri hati. Pembawaan irihati diguna sebagai satu lagi


pembolehubah kawalan dan disukat dengan Skala Pembawaan Iri hati 8-item (Smith,
Parrott, Diener, Hoyle & Kim, 1999; α = .89; item sampel: “Saya berasa iri hati setiap
hari”). Para peserta mengkadarkan setiap item dengan skala dari 1 (sangat tidak
bersetuju) hingga 5 (sangat bersetuju).

Keputusan/hasil

Jadual 1 menunjukkan kadar, lencongan piawai, dan korelasi untuk semua


pembolehubah kajian. Ianya menunjukkan bahawa kebaikan sosial dan kecenderungan
iri hati dengan ketaraberkorelasi dengan semua pembolehubah utama dalam analisis
kami; oleh itu, kami mengawal kedua-dua kebaikan sosial dan kecenderungan iri hati
dalam model-model kami. Koefisien korelasi Pearson menunjukkan satu hubungan yang
positif yang ketara di antara iri hati dan perlakuan kerja tidak produktif (r = .41, p <
.001) dan satu hubungan positif yang ketara di antara tanggapan ketidakadilan dan
perlakuan kerja tidak produktif (r = .51, p < .001).

Untuk meneliti dua hipotesis kami yang bersaing-iaitu, bahawa tahap tanggapan
ketidakadilan yang tinggi mempertingkatkan lagi tahap mana individu yang iri hati
terlibat dalam perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis 1) dan bahawa
tahap tanggapan ketidakadilan yang rendahmempertingkatkan tahap mana individu
yang iri hati terlibat dalam perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis
2)-kami mengumpul pembolehubah-pembolehubah membentuk interaksi di antara iri
hati dan tanggapan ketidakadilan untuk meminimakan ‘multicollinearity’ di kalangan

1
Langkah ketidakadilan objektif Smith et al.’s (1994) telah dibentuk khasnya untuk menilai
ketidakadilan dalam situasi-situasi iri hati. Ia juga menjana pandangan keadilan monistic
(Cropanzano & Ambrose, 2001) yang digunakan dalam kajian ini kerana ia meneliti tanggapan-
tanggapan ketidakadilan secara keseluruhannya, tidak bergantung kepada mana-mana jenis
ketidakadilan. Untuk memerika andaian kami yang mengatakan dalam konteks iri hati, semua
jenis ketidakadilan hendaklah berhubungan secara yang sama kepada langkah ketidakadilan
objektif (dan ianya telah dicadangkan oleh pengkaji semula yang tidak memberi nama), kami
mengkaji hubungan di antara langkah Smith et al. (1994) dan langkah keadilan Colquitt (2001).
Kami mengkumpul data dari 349 peserta pelajar di dua buah universiti di Pantai Timur (di satu
universiti, peserta menerima kredit kursus, dan di universiti satu lagi mereka menerima $10 untuk
penyertaan mereka; dalam kedua-dua kes, peraturan etika APA dipatuhi). Kami menggunakan
peransang sama yang digunakan oleh Colquitt (2001) dalam kajian penilaian asalnya,
menggubahnya sedikit untuk menyesuaikan situasi iri hati. Khususnya, kami meminta para
peserta agar “memikirkan satu kursus yang mereka ambil semester lepas di mana seorang telah
mendapat gred yang lebih baik dari anda. Dengan maklumat ini di fikiran anda, kami ingin anda
menjawab soalan-soalan berikut.” Lepas itu kami menjalankan dua langkah keadilan (mengubah
turutan persembahan untuk mencegah kesan-kesan turutan). Hasil keputusan telah menunjukkan
terdapat hubungan/korelasi antara dua langkah; keadilan tatacara: r = .33, p < .01; keadilan
agihan: r = .27, p < .01; keadilan antara perseorangan: r = .36, p < .01, keadilan maklumat: r =
.39, p< .01. Untuk mengkaji samada perbezaan di antara korelasi-korelasi ini ketara atau tidak,
kami menggunakan transformasi-transformasi Z Fisher tetapi tidak menemui perbezaan ketara
antara mana-mana pekali koefisien korelasi Pearson tersebut di atas, dengan itu menunjukkna
bahawa langkah Smith et al. (1994) juga sama merangkumi pelbagai jenis keadilan yang dikaji
oleh langkah Colquitt (2001).
interaksi-interaksi dan komponen individu mereka (Aiken & West, 1991). Hasil analisis
regresi dalam hal hipotesis kami ditunjukkan dalam Model 1 – 3, Jadual 2.

Seperti tertera dalam Jadual 2, Model 2, set kesan-kesan utama iri hati dan
tanggapan ketidakadilan diambil kira untuk satu jumlah nyata pembolehubah dalam
perlakuan merosakkan (∆R2 = .14, p < .01). Jadual 2, Model 3 menunjukkan bahawa
kesan-kesan utama ini layak dengan kehadiran satu interaksi dua-hala yang nyata (Aiken
& West, 1991), yang diambil kira untuk satu jumlah nyata pembolehubah tambahan
dalam perlakuan kerja tidak produktif (∆R2 = .03, p < .01) dan menghasilkan berat
regresi yang ketara (B = 0.02, p< .01). Walaupun saiz kesan untuk istilah interaksi dikira
kecil (Cohen, 1988), saiz kesan sedemikian adalah normatif/standard apabila menguji
interaksi-interaksi (Aguinis, Beaty, Boik & Pierce, 2005).

Jadual 1
Purata(M), Lencongan Piawai(SD), dan Korelasi di Kalangan Semua Pembolehubah-
pembolehubah Kajian (Kajian 1)

Pembolehubah M SD 1 2 3 4 5

1. Kebaikan Sosial 19.72 3.11 (.71)


2. Kecenderungan Iri hati 1.81 0.77 -.35 (.89)
3. Tanggapan
2.72 1.77 -.24 .29 (.82)
Ketidakadilan
4. Iri hati Berepisod 5.64 3.45 -.33 .51 .29 (.81)
5. Perlakuan Merosakkan 1.39 0.54 -.35 .40 .51 .41 (.87)

Nota. N = 188. Kebolehpercayaan α Cronbach untuk skala-skala ditujukan sepanjang pepenjuru. Semua korelasi adalah
nyata pada tahap p < .05.

Kami menyingkap bentuk interaksi dua-hala yang ketarayang ditunjukkan dalam


Jadul 2, Model 3, seperti yang disyorkan oleh Aiken dan West (1991). Pertama, kami
menandakan bentuk interaksi (ditunjukkan dalam Lakaran1). Kami mengira cerun
ringkas perlakuan kerja tidak produktifberkenaan iri hati berepisod dan ralat piawai
mereka pada tiga tahap (iaitu, kadar, 1 lencongan piawai di atas kadar, dan 1 lencongan
piawai di bawah kadar) tanggapan ketidakadilan, seperti yang dicadangkan oleh Cohen
dan Cohen (1983). Kemudian, kami menjalankan ujian t berkenaan nilai cerun-cerun
ringkas dibahagi dengan ralat piawainya.

Jadual 2
Hasil keputusan Analisis Regresi Hieraki (bertatatingkat) Meramalkan Ciri-ciri Pembolehubah
pada Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan (Kajian 1)

Model 1 (Langkah 1: Model 2 (Langkah 2: Model 3 (Langkah 3:


Pembolehubah
Kawalan) Kesan Utama) Interaksi Dua-hala)
Malar 1.70*** 1.62*** 1.54***
Kawalan-kawalan
Kebaikan Sosial -0.04** -0.03* -0.02*
Kecenderungan iri hati 0.24*** 0.15** 0.16**
Kesan-kesan utama
Iri hati berepisod 0.02 0.02
Tanggapan
0.11*** 0.09***
ketidakadilan
Interaksi dua-hala
Iri hati X Ketidakadilan 0.02**
R2 .22*** .36*** .39***
∆R2 .22*** .14*** .03**

Nota. N = 188. Nilai-nilai adalah beta tidak


standard.
* p <.05. ** p <.01. *** p < .001.

Jadual 3 menunjukkan hasil keputusan ini dan menyatakan bahawa cerun-cerun ringkas
tersebut (menunjukkan besarnya perhubungan antara iri hati dan perlakuan
merosakkan) adalah ketarapada tahap tinggi dan tahap kadar tanggapan ketidakadilan
tetapi tidak pada tahap paling rendah tanggapan ketidakadilan. Makna derun ringkas ini
seperti berikut: Untuk tahap-tahap tinggi tanggapan ketidakadilan, jumlah perlakuan
merosakkan meningkat 0.07 untuk setiap peningkatan unit tambahan iri hati. Oleh itu,
ini menunjukkan bahawa tanggapan ketidakadilan menambah/memudaratkan lagi
pengaruh negatif iri hati ke atas perlakuan merosakkan. Sokongan tidak ada untuk
saingan Hipotesis 2, yang mengatakan tanggapan keadilan menambah pengaruh negatif
iri hati. Adalah juga menarik mendapati bahawa tiada bukti ditunjukkan yang tanggapan
keadilan mengurangkan pengaruh negatif iri hati, sebab kami mendapati bahawa untuk
tahap ketidakadilan yang rendah (iaitu, dalam keadaan adil), perhubungan antara iri hati
dan perlakuan merosakkan tidak ketara.

Perbincangan

Hasil keputusan untuk Kajian 1 memberi sokongan kepada model pertukaran


keadilan, menunjukkan apabila tanggapan ketidakadilan adalah sederhana atau tinggi
(bertentangan dengan apabila tanggapan ketidakadilan adalah rendah), tahap irihati
yang tinggi dikaitkan dengan tahap perlakuan merosakkan yang lebih tinggi terhadap
orang yang diiri. Walaupun model ciri keadilan akan memberi maksud bahawa
pengalaman irihati boleh memberi ancaman yang lebih besar kepada rasa harga diri
dalam situasi adil dan, dengan itu, mengakibatkan tahap perlakuan merosakkan yang
lebih tinggi dalam situasi adil berbanding dengan situasi tidak adil, data kami tidak
menyokong ramalan ini. Oleh yang demikian, mengikut hasil keputusan Kajian 1, apabila
irihati dialami dalam situasi tidak adil, akibatnya reaksi negatif bertambah. Hasil
keputusan ini sangat penting kerana kaedah pencetus irihati kami sebenarnya tidak
melibatkan perkataan irihati di dalam arahan-arahannya. Ini membuatkan kaedah
pencetus konservatif, sebab apabila membandingkan diri mereka dengan orang lain yang
lebih berjaya, individu tidak semestinya merasa irihati. Malah, dalam keadaan-keadaan
tertentu, mereka boleh juga merasa gembira untuk nasib baik orang lain (contoh, Ben-
Ze’ev, 2000; Heider, 1958), peransang-peransang yang digunakan dalam Kajian 1 tidak
memberi perlindungan kepada kemungkinan ini.

Bagaimanapun, sebelum membuat kesimpulan bahawa pandangan pertukaran


sosial adalah lebih baik daripada model ciri keadilan dalam konteks reaksi terhadap
irihati, kami mahu meneliti model-model itu mengggunakan perantara tambahan
hubungan antara irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan; sifat harga diri
(dirujuk di sini sebagai harga diri). Ini adalah kerna penulisan tentang harga diri merujuk
kepada harga diri yang tinggi sebagai mengakibatkan reaksi agresif akibat dari
tindakbalas kepada ancaman keegoan (Baumeister et al., 1996), penulisan tentang irihati
merujuk harga diri sebagai reaksi kesan kepada irihati (Barth, 1988), dan penulisan
tentang harga diri sebagai reaksi kesan kepada tanggapan keadilan dan ketidakadilan
(contoh, Brockner, 1985; Brockner et al., 1998; Burton, Mitchell & Lee, 2005). Oleh itu,
harga diri berkait rapat dengan reaksi kepada keadilan, reaksi kepada irihati dan
perlakuan merosakkan.
PU
(tinggi)
PU
(purata)

-1 SD 0 1 SD

Irihati Berepisod

Lakaran 1. Interaksi antara tanggapan ketidakadilan (PU-


perceived unfairness) dan irihati berepisod meramalkan perlakuan
kerja tidak produktif antara perseorangan dalam Kajian 1.

Jadual 3
Hasil keputusan Ralat Piawai dan Ujian-ujian t untuk Cerun-cerun Ringkas Interaksi-interaksi
Dua-hala Termasuk Irihati Berepisod dan Tanggapan Ketidakadilan (Kajian 1)

Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan

Tanggapan ketidakadilan
Cerun Ringkas SE t(66)

Tinggi 0.07 0.03 2.60***

Kadar 0.04 0.02 1.90***

Rendah 0.01 0.02 0.49

** p <.01. *** p <


.001.

Tambahan lagi, memasukkan harga diri sebagai perantara tambahan mungkin


membolehkan dengan lebih baik untuk kami mencari sokongan kepada model ciri. Model
ciri mencadangkan bahawa ancaman-ancaman kepada haga diri lebih tinggi dalam
situasi adil; dengan itu, satu sebab yang mungkin kenapa kita tidak dapat sokongan
kepada model ciri dalam Kajian 1 adalah kerana irihati yang dialami dalam situasi adil
mungkin hanya dibuktikan mengancam individu yang mempunyai tahap rasa harga diri
tertentu sahaja. Oleh yang demikian, dalam Kajian 2, kami juga meneliti harga diri,
untuk memberi ujian yang lebih sensitif kepada model ciri. Akhirnya, kami menguji
hipotesis kami ke atas sampel yang berbeza, menggunakan kaedah pencetus-irihati yang
berlainan untuk memastikan yang keputusan kami membuat tanggapan umum ke semua
sampel-sampel yang berbeza dan kaedah-kaedah pencetus irihati.

Kajian 2

Harga Diri, Irihati, dan Perlakuan Merosakkan


Walaupun para penyelidik telah mencadangkan wujudnya perhubungan antara
harga diri dan reaksi-reaksi kepada irihati (Barth, 1988), sekarang ini kami tidak
mengetahui adanya mana-mana kajian yang secara langsung mengkaji kemungkinan ini.
Tetapi, kerana irihati dikira mengancam tanggapan diri seseorang, kita boleh
menggunakan penulisan mengenai reaksi terhadap keegoan yang terancam sebagai titik
rujuk untuk kajian kami mengenai reaksi kepada irihati. Manakala kepercayaan biasa
yang mengatakan individu denganharga diri yang rendah cenderung untuk bertindak
agresif terhadap orang lai bila tanggapan diri mereka terancam (Oates & Forrest, 1985),
hanya ada sedikit sahaja kajian yang menyokong kenyataan ini, dan lebih banyak kajian
yang menyokong kesimpulan bertentangan yang mana menyatakan bahawa individu
dengan rasa harga diri yang tinggi adalah mereka yang bertindak dengan ganas akibat
keegoan terancam (untuk rujukan semula, lihat Baumeister et al., 1996). Menurut
Baumeister et al., perhubungan antara harga diri terancam dan keganasan dibantu oleh
perasaan negatif. Khasnya, penulis-penulis ini menegaskan bahawa apabila individu
bersetuju dengan maklumbalas negatif tentang diri mereka, mereka mengalami
perasaan seperti sedih, cemas dan penolakan. Akan tetapi, apabila individu menolak
maklumbalas negatif tentang diri mereka, mereka berasa marah terhadap sumber
penilaian negatif tersebut dan cenderung bertindak agresif ke arah sumber itu.
Baumeister et al. berhipotesis lagi, bahawa individu dengan harga diri yang tinggi akan
lebih sensitif kepada maklumat yang menidakkan kelebihan mereka daripada individu
yang harga dirinya rendah. Dengan itu, individu dengan harga diri yang tinggi
mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk bertingdak dengan permusuhan
kepada maklumbalas negatif. Oleh kerana irihati memberi ancaman kuat kepada harga
diri seseorang (contoh, Salovey & Rodin, 1991; Silver & Sabini, 1978a), dan individu
dengan harga diri yang tinggi lebih sensitif kepada, dan cenderung bertindak dengan
kemarahan & agresif sebagai tindakbalas, ancaman sedemikian (irihati dikira sebahagian
daripada kumpulan emosi amarah; Shaver, Schwartz, Kirson & O’Connor, 1987), individu
yang tinggi harga dirinya mungkin terlibat dalam jumlah perlakuan merosakkan yang
lebih banyak terhadap orang-orang yang diiri apabila mengalami irihati.

Harga Diri, Tanggapan Ketidakadilan, Irihati, dan Perlakuan Merosakkan

Beberapa kajian yang mengkaji pengaruh harga diri ke atas tanggapan keadilan
dan ke atas reaksi kepada tanggapan keadilan selalunya mendapati bahawa individu-
individu dengan harga diri yang tinggi menghargai keadilan dan bertindak terhadapnya
lebih daripada individu yang rendah rasa harga diri mereka. Khususnya, adalah didapati
bahawa individu dengan harga diri yang tinggi, tetapi tidak dengan individu yang rendah
harga diri mereka, merasa kepercayaan, motivasi, kepuasan, dan identiti organisasi yang
lebih apabila mereka berpeluang untuk didengari (contoh, Keadilan Tatacara Yang Tinggi,
Brockner et al., 1998). Brockner et al., (1998) berhipotesis bahawa keadilan tatacara
yang tinggi memberi peluang bagi individu dengan harga diri tinggi untuk menunjukkan
nilai diri mereka yang sebenar. Perkara sama, Heuer, Blumenthal, Douglas, dan
Weinblatt (1999) mendapati perhubungan yang kuat antara menerima hormat dan
tanggapan keadiland di kalangan individu yang tinggi harga diri berbanding dengan
individu dengan harga diri yang rendah dan menerangkan hasil-hasil ini dengan
mengatakan bahawa individu yang tinggi harga diri percaya bahawa mereka berhak
kepada layanan terhormat/baik dan, oleh itu, lebih sensitif terhadap layanan tidak adil.2
Oleh yang demikian, tanggapan ketidakadilan mungkin memudaratkan kecenderungan
individu yang tinggi harga dirinya untuk bertindak balas secara negatif terhadap irihati,
dan kami berhipotesis adanya interaksi antara irihati, tanggapan ketidakadilan, dan

2
Sebahagian kajian telah mendapati bahawa individu-individu yang rendah tahap harga dirinya
lebih memberi perhatian dan lebih bertindak balas kepada ketidakadilan tatacara.
Bagaimanapun, kajian-kajian ini telah mengkonsepsikan harga diri sebagai pembolehubah
bentuk/keadaan (De Cremer, 2003; Vermunt, van Knippenberg, van Knippenberg, & Blaauw, 2001)
dan, oleh itu, tidak semestinya berkait secara teori kepada pertimbangan kami mengenai sifat
harga diri dalam penyiasatan sekarang.
harga diri yang mana perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah
positif bila harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah tinggi tetapi tidak apabila
harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah rendah (Hipotesis 3).

Walaupun Hipotesis 3 konsisten dengan model pertukaran sosial keadilan, model


ciri keadilan akan memberikan ramalan-ramalan berbeza. Menurut model ciri,
tanggapan ketidakadilan mungkin berperanan sebagai penampan terhadap implikasi
negatif dari perbandingan tidak disukai/diingini untuk konsep diri seseorang. Ini adalah
kerana tanggapan ketidakadilan menyebabkan seseorang menyalahkan orang lain atas
rasa rendah diri mereka sendiri, dan oleh itu, ianya tidak sepatutnya memberi ancaman
kepada konsep-diri seseorang (contoh, Brockner et al., 2003). Dengan itu, model ciri
akan meramalkan satu interaksi antara harga diri, irihati, dan ketidakadilan yang mana
perhubungan di antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah positif apabila harga diri
adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan rendah (adil) tetapi tidak apabila harga diri
adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan juga tinggi (Hipotesis 4). Kami meneliti
hipotesis-hipotesis ini dalam Kajian 2.

Kaedah

Peserta

Para peserta kajian adalah 72 individu daripada pelbagai industri, organisasi,


tahap-tahap organisasi/ jawatan, profesion, dan kawasan geografi di United States.
Mereka telah diambil melalui orang-orang hubungan (bagi penyelidik) dalam organisasi-
organisasi mereka atau dalam kelas-kelas MBA. Majoriti kecil peserta adalah wanita
(52%), dan purata umur adalah 36.00 tahun (SD = 10.24). Manakala 78.8% daripda
peserta adalah pekerja penuh masa, 909% bekerja sambilan, 1.4% bekerja
sementara/kerja bermusim, 1.4% bekerja sendiri, dan 8.5& tidak bekerja. Keputusan
menunjukkan tiada perbezaan di antara yang bekerja dan yang tidak bekerja mengenai
irihati, ketidakadilan, atau perlakuan merosakkan. Para peserta datang dari pelbagai
jenis profesion dan industri, seperti industri kewangan (20%), perkilangan (13%), runcit
(10%), kesihatan (9%), perundangan (7%), kerajaan (6%), dan perundingan (6%).
Selebihnya datang dari industri antara lainnya seperti telekomunikasi, software, dan
hartanah. Purata tempoh kerja para peserta dalam jawatan mereka sekarang ialah 2.5
tahun (SD = 1.28), median gaji mereka berjulat dari $40,000 hingga $50,000. Peserta
layak mengambil bahagian dalam ‘raffle’/loteri untuk mendapat hadiah berjumlah $100
sebagai pampasan penyertaan mereka dalam kajian ini. Untuk mengekalkan
ketidaknamaan mereka, para peserta menerima borang kebenaran bersama paket soal-
selidik mereka dan satu poskad berstem yand telah dialamatkan yang mana mereka
diminta menulis maklumat bagaimana mereka boleh dihubungi kelak, dan juga
dimasukkan ke dalam ‘raffle’ tadi. Para peserta melengkapkan kaji selidik ini pada masa
dan tempat yang mereka pilih dan menghantar soal-selidik itu di dalam sampul surat
berstem beralamat tersebut. Mereka telah dilayan mengikut peraturan etika APA
termasuk membaca kenyataan pemberitahuan kebenaran. Oleh kerana peserta tidak
menghabiskan soal-selidik di dalam makmal, adalah mustahil untuk menyoal balas
mereka sejurus selepas tamat kajian. Namun demikian, peserta telah digalakkan untuk
menghubungi Yochi Cohen-Charash untuk maklumat lanjut mengenai kajian tersebut dan
hasil keputusannya.

Peransang-peransang Irihati

Para peserta telah diminta menggambarkan satu kejadian yang pernah mereka
alami di tempat kerja. Arahannya seperti berikut:

Sesetengah emosi yang dialami orang di tempat kerja tidak menyenangkan.


Kami ingin anda untuk menumpukan perhatian kepada satu pengalaman
yang mungkin kurang menyenangkan: Irihati. Irihati adalah perasaan yang
mungkin andsa rasa dalam situasi yang mana anda menginginkan sesuatu
yang ada pada orang lain dan tidak pada anda. Tolong ingat dan gambarkan
pengalaman irihati yang telah anda alami di tempat kerja. Tolong hadkan
kepada hanya satu situasi sahaja di mana anda begitu sangat irihati terhadap
orang itu. Terangkan: 1. Apa yang menjadikan situasi tersebut diselubungi
perasaan irihati; 2. Apa yang anda rasai; 3. Bagaimana reaksi anda kepada
perasaan itu; 4. Orang yang anda iri/cemburui itu.

Merujuk kepada kejadian ini, para peserta melengkapkan pengukuran kepentingan


dalam kajian ini.

Pengukuran

Irihati berepisod, melukakan orang lain, tanggapan ketidakadilan, kebaikan sosial,


dan kecenderungan irihati telah diukur dengan pengukuran yang digunakan dalam Kajian
1. Alpha Cronbach untuk semua ukuran tertera dalam Jadual 4. Harga diri global diukur
dengan Skala Harga Diri Rosenberg (1965), yang terdiri daripda ukuran 10 item, sebagai
contoh, perasaan nilai kesamaan secara relatif dengan orang lain dan mempunyai
banyak kualiti yang baik. Para peserta mengkelaskan setiap item menggunakan skala 4-
point berjulat dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 4 (sangat bersetuju).

Hasil Keputusan

Jadual 4 menunjukkan kadar, lencongan piawai dan korelasi bagi semua


pembolehubah kajian. Kami mengawalkebaikan sosial dan kecenderungan irihati dalam
semua analisis kerana kedua-duanya berkorelasi paling tidak pun dengan satu
pembolehubah utama dalam analisis ini. Penemuan kali ini menyerupai penemuan kami
dari Kajian 1, menunjukkan bahawa irihati (r = .46, p < .001) dan tanggapan
ketidakadilan (r = .31, p < .01) kedua-duanya berkorelasi dengan ketara sekali dengan
perlakuan merosakkan.

Kami menjalankan analisis regresi hierarki untuk menguji hipotesis-hipotesis yang


menyatakan tanggapan ketidakadilan, irihati berepisod, dan harga diri semuanya
berinteraksi untuk mempengaruhi penglibatan dalam perlakuan merosakkan. Seperti
dalam Kajian 1, kami mengumpulkan pembolehubah-pembolehubah membentuk
interaksi-interaksi untuk meminimakan multicollinearity (Aiken & West, 1991).
Keputusan analisis regresi ditunjukkan dalam Jadual 5. Walaupun koefisien regresi dalam
Langkah 3 analisis ini tidak ketara (B = -0.01, p < .10), kami meneliti bentuk interaksi
tersebut dan mendapati bahawa ianya menyerupai corak yang sama ditunjukkan dalam
Kajian 1. Khususnya, cerun di antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah ketara
untuk tahap tanggapan ketidakadilan yang tinggi dan purata tetapi tidak ketara untuk
tanggapan ketidakadilan yang rendah.

Bagaimanapun, Langkah 4 analisis kami menunjukkan bahawa interaksi tiga-hala


melayakkan interaksi dua-hala yang mana irihati dan tanggapan ketidakadilan berkait
dengan perlakuan merosakkan hanya pada nilai-nilai tertentu harga diri (B = 0.02, p <
.05). Tambahan lagi, interaksi tiga-hala dipertanggungjawabkan ke atas sejumlah
variance(perbezaan) yang ketara yang meramalkan perlakuan merosakkan (∆R2 = 0.05,
p < .05). Walaupun saiz kesan ini dirasakan kecil (Cohen, 1988), ianya normatif untuk
menguji interaksi (Aguinis et al., 2005). Untuk mengkaji corak interaksi ini, kami
menandakan bentuk interaksi tiga-hala (ditunjukkan dalam Lakaran 2) dan meneroka
bentuk tersebut dengan menjana cerun-cerun ringkas perlakuan merosakkan, seperti
yang disyorkan oleh Aiken dan West (1991). Kami mengira cerun-cerun ringkas
perlakuan merosakkan tentang irihati dan ralat piawaian mereka pada dua tahap (iaitu, 1
lencongan piawai di atas dan 1 lencongan piawai di bawah purata) peramal kedua dan
peramal ketiga(iaitu, tanggapan ketidakadilan dan harga diri). Kemudian kami
menjalankan ujian-ujian tke atas nilai-nilai cerun-cerun ringkas dibahagi dengan ralat
piawaian. Hasil keputusan analisi ini ditunjukkan dalam Jadual 6 dand dilukis dalam
Lakaran 2. Hasil keputusan ini menyatakan bahawa perhubungan positif di antara irihati
dan perlakuan merosakkan hanya ketara apabila kedua-dua tanggapan ketidakadiland
dan harga diri adalah tinggi. Perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan
tidak ketara untuk mana-mana nilai irihati dan tanggapan ketidakadilan yang lain.
Dengan itu, kami menemui sokongan untuk Hipotesis 3, yang mana menyatakan
perhubungan di antara irihati dan perlakuan merosakkan hanya ketar dan positif bila
kedua-dua harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah tinggi. Kami tidak menemui
sokongan untuk Hipotesis 4 yang bertentangan yang menyatakan interaksi di antara
harga diri tinggi dan ketidakadilan rendah (iaitu, adil) menyumbang kepada perkaitan
positif antara irihati dan perlakuan merosakkan.

Jadual 4
Purata (M), Lencongan Piawai (SD), dan Korelasi di Kalangan Semua Pembolehubah-pembolehubah
Kajian (Kajian 2)

Pembolehubah M SD 1 2 3 4 5 6

1. Kebaikan Sosial 20.01 2.80 (.72)


2. Kecenderungan Iri
1.68 0.65 -.27* (.89)
hati
3. Tanggapan
4.40 2.36 -.04 -.08 (.85)
Ketidakadilan
4. Iri hati Berepisod 8.41 4.16 -.11 .24* .41*** (.81)
5. Harga diri 4.23 0.62 .32** -.75*** .08 -.13 (.86)
6. Perlakuan
1.43 0.56 -.19 .31** .31** .46*** -.15 (.90)
Merosakkan

Nota. N = 188. Kebolehpercayaan α Cronbach untuk skala-skala ditujukan sepanjang


pepenjuru.
* p <.05. ** p <.01. ***p <
.001.

Jadual 5
Hasil keputusan Analisis Regresi Hieraki (bertatatingkat) Meramalkan Ciri-ciri
Pembolehubah pada Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan (Kajian 2)
Model 3 (Langkah Model 4 (Langkah
Model 1 (Langkah Model 2 (Langkah
Pembolehubah 3: Interaksi Dua- 4: Interaksi Dua-
1: Kawalan) 2: Kesan Utama)
hala) hala)
Malar 1.50** 1.38** 1.31* 1.50**
Kawalan-kawalan
Kebaikan Sosial -0.03 -0.02 -0.02 -0.03
Kecenderungan iri hati 0.24* 0.29* 0.32* 0.30*
Kesan-kesan utama
Irihati berepisod 0.04** 0.05** 0.03*
Tanggapan ketidakadilan 0.04 0.04 0.05*
Harga diri global 0.14 0.16 0.00
Interaksi dua-hala
Irihati X Ketidakadilan -0.01† -0.01
Ketidakadilan X Harga Diri -0.05 -0.02
Irihati X Harga Diri -0.01 0.03
Interaksi tiga-hala
Irihati X Ketidakadilan X
0.02*
Harga Diri
R2 .11 .30 .35 .40
∆R2 .11* .19** .04 .05*

Nota. N = 72. Nilai-nilai adalah beta tidak


standard.
† p <.10. * p <.05. ** p
< .01.

Perbincangan
Hasil keputusan sekarang mengulangi penemuan kami dalam Kajian 1,
menunjukkan sokongan kepada model pertukaran keadilan dalam organisasi dan
menunjukkan bahawa orang yang irihati akan cenderung untuk terlibat dalam perlakuan
kerja tidak produktif (perlakuan merosakkan) antara perseorangan terhadap orang lain
apabila mereka merasai tahap irihati yang tinggi dalam situasi tidak adil. Dengan
meneliti harga diri sebagai perantara tambahan kepada perhubungan antara irihati,
ketidakadilan dan perlakuan merosakkan, kami meluaskan penemuan dalam Kajian 1
yang menunjukkan bahawa harga diri yang tinggi memudaratkan interaksi negatif antara
tahap tinggi ketidakadilan dan irihati. Khususnya, individu dengan harga diri yang tinggi
lebih cenderun untuk melukakan orang yang diiri dalam situasi tidak adil. Tambahan
lagi, kami tidak menemui sokongan untuk model ciri, yang menyatakan individu dengan
harga diri tinggi yang merasa irihati akan melukakan orang lain dalam situasi adil sebab
situasi-situasi ini memberi ancaman yang lebih kepada harga diri dan meransang
motivasi yang lebih untuk menyamakan keadaan/taraf antara individu itu dan orang
yang diiri. Walaupun harga diri kami masukkan sebagai perantara tambahan sebagai
komponen utama, kami tetap tidak menemui sokongan kepada model ciri, dengan itu
mengulangi keputusan yang didapati dalam Kajian 1.

PU
(tinggi)
SE
(tinggi)

-1 SD +1 SD
Irihati Berepisod
Lakaran 2. Interaksi antara tanggapan ketidakadilan (PU-
perceived unfairness) dan harga diri (SE-self-esteem), dan
irihati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak produktif
antara perseorangan dalam Kajian 2.

Perbincangan Am

Penyelidikan ini adalah yang pertama menunjukkan bagaimana irihati berepisod,


ketidakadilan dan harga diri berinteraksi untuk meramalkan perlakuan kerja tidak
produktif antara perseorangan. Penemuan-penemuan kami menyokong pandangan
pertukaran sosial tentang keadilad dalam organisasi, yang sangat sesuai dalam konteks
sekarang ini kerana pertukaran sosial menerangkan kedua-dua reaksi kepada
ketidakadilan dan reaksi kepada irihati. Menurut model pertukaran sosial, satu sebab
utama untuk melibatkan diri dalam perlakuan tidak produktif ialah untuk mengembalikan
keadilan (contoh, Cropanzano & Mitchell, 2005; Homans, 1961; Leventhal, 1976).
Bermakna, apabila pekerja membuat tanggapan bahawa mereka telah dilayan secara
tidak adil, mereka mungkin bertindakbalas dengan merosak/memburukkan organisasi
dan penyelia mereka dalam pelbagai cara.

Jadual 6
Hasil keputusan Ralat Piawai dan Ujian-ujian t untuk Cerun-cerun Ringkas Interaksi-interaksi
Tiga-hala Termasuk Irihati Berepisod, Tanggapan Ketidakadilan, dan Harga Diri Global (Kajian
2)
Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan
Tanggapan
Harga Diri Global Cerun Ringkas SE t(178)
ketidakadilan

Rendah Tinggi 0.03 0.04 0.65

Rendah Rendah 0.04 0.06 0.76

Tinggi Tinggi 0.11 0.05 2.39*

Tinggi Rendah -0.01 0.04 -0.17

* p < .05.

Tambahan lagi, rangkakerja pertukaran soial juga sesuai untuk mengkaji reaksi-
reaksi merosakkan terhadap irihati sebagai satu cara untuk menyamakan taraf dengan
orang lain. Heider (1958) menekankan keperluan keperluan untuk menyamakan nasib
orang yang diiri dengan orang yang irihati sebagai matlamat utama orang yang irihati.
Khususnya, irihati di tempat kerja berlaku di antara dua orang yang selalunya berada di
dalam perhubungan pertukaran sosial yang timbul di tempat kerja, tugas kerja dan
pertalian persahabatan mereka yang sama (Brandes, Dharwadkar & Wheatley, 2004).
Jika oranga yang irihati itu percaya bahawa orang yang diiri ini bertanggungjawab ke
atas perasaan rendah dirinya (Smith et al., 1994), orang yang irihati ini, sebagai
pertukaran, menghalang kejayaan orang yang diiri di masa hadapan. Ini akan dapat
dibuat dengan melibatkan diri dalam perlakuan merosakkan, mengambil kesempatan
dari kenyataan bahawa sebahagian daripada hubungan kerja di antara orang yang irihati
dan orang yang diiri mungkin melibatkan pertukaran maklumat, bantuan dan koordinasi.

Perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan ini disasar untuk merosakkan
aspek-aspek pertukaran dengan orang lain, kerana ianya melibatkan, antara lainnya,
gangguan ke atas prestasi seseorang, menyembunyikan maklumat daripada orang itu,
memberi maklumat yang salah kepada orang itu, dan melambatkan semua surat-
menyurat dengan orang itu. Tambahan lagi, pertukaran sosial bukan hanya mengenai
isu-isu kerja instrumental, tetapi juga memberi kesan kepada kepercayaan , dan
persahabatan (Cole, Schaninger & Harris, 2002; Homans, 1961). Oleh yang demikian,
memburukkan reputasi orang lain, satu lagi aspek perlakuan kerja tidak produktif, boleh
merosakkan prestasi orang itu secara tidak langsung, begitu juga reputasi orang itu
dalam organisasi, dan padan dengan rangkakerja pertukaran sosial.

Hasil keputusan kami, tidak menunjukkan sokongan untuk model ciri keadilan,
bercanggah dengan kajian yang lain (Barclay et al., 2005), yang menyokong model ciri
sebagai menerangkan perhubungan antara ketidakadilan dan perlakuan merosakkan.
Khasnya, Barclay et al. mendapati bahawa reaksi emosi negatif terhadap ketidakadilan
dan perlakuan-perlakuan pembalasan yang diakibatkan dari emosi-emosi negatif ini
berlaku apabila tatacara-tatacara dan interaksi-interaksi adalah adil tetapi tidak apabila
ianya tidak adil. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perbezaan dalm hasil
keputusan ini. Pertama, walaupun Barclay et al. memeriksa emosi negatif tumpuan
dalaman dan luaran menggunakan markah/mata gubahan/komposit, kami meneliti satu
emosi yang spesifik: irihati. Irihati boleh terhasil dari ancaman kepada konsep-diri
seseorang, dan dilayan secara tidak adil mungkin menambah ancaman tersebut, kerana
layanan tidak adil sedemikian bermaksud individu itu tidak dilayan sama seperti orang
yang diiri dan berperanan sebagai satu penyebab ‘bebas’/tak bersandar irihati. Oleh
yang demikian, irihati lebih kuat apabila situasi tidak adil berbanding dengan adil.
Lagipun, perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan mempunyai beberapa
matlamat, sebahagian daripadanya bertumpu kepada irihati (iaitu, mengurangkan jurang
di antara orang yang irihati dan orang yang diiri dengan melukakan orang yang diiri itu),
yang mungkin tidak berkait dengan ciri-ciri dalaman atau luaran mengenai situasi rendah
diri orang yang irihati. Keadaan-keadaan sedemikian mungkin tidak wujud dengan
emosi-emosi lain yang dikaji dalam penulisan, seperti rasa bersalah, malu, marah, dan
permusuhan. Walaupun irihati, sepertimana rasa bersalah dan malu, dianggap sebagai
emosi antara perseorangan yang mengancam diri (Tangney & Salovey, 1999), ianya
tersendiri dan berbeza dan berasingan daripada emosi-emosi ini (Berke, 1987). Oleh itu,
penemuan-penemuan Barclay et al., mengenai pengaruh bersama rasa bersalah dan
malu mungkin tidak dianggap umum/digeneralisasikan kepada irihati.

Penerangan kedua yang berkemungkinan menerangkan perbezaan antara


penemuan Barclay et al., (2005) dan penemuan kami mungkin berkait dengan konsepsi
dan pengukuran ketidakadilan. Barclay et al. mengkaji keadilan tatacara dan interaksi
secara berasingan, manakala kami menggunakan pandangan monistric tentang keadilan
(Cropanzano & Ambrose, 2001) pada tahap konsepsi dan pengukuran. Kami memilih
untuk menggunakan pendekatan monistic (Cropanzano & Ambrose, 2001) dalam kajian-
kajian ini kerana ianya dirasakan sesuai untuk mengkaji irihati. Ini adalah terutamanya
kerana irihati tidak terhad kepada domain-domain (kawasan kekuasaan) yang khusus
dan mungkin dialami akibat tanggapan kekurangan dalam hasil/kesudahan, tatacara dan
interaksi. Dengan demikian, kami percaya bahawa pengukuran ketidakadilan tidak
sepatutnya dihadkan kepada jenis ketidakadilan yang spesifik/tertentu. Lagipun, kajian
penilaian kami yang asal (lihat nota kaki 1) telah menunjukkan bahawa semua jenis
keadilan yang diukur oleh Colquitt (2001) sama-sama berkait dengan pengukuran
ketidakadilan kami bila dikaji dalam konteks irihati. Walau yang demikian, kajian di masa
hadapan hendaklah mengkaji samada domain ketidakadilan (contoh, pengagihan,
tatacara, antara perseorangan, maklumat) adalah penting apabila cuba untuk
menentukan bila individu irihati melukakan orang lain atau bila mengkaji perhubungan
antara tanggapan ketidakadilan dan irihati.

Kajian pelbagai komponen keadilan dengan berinteraksi dengan irihati untuk


meramal perlakuan merosakkan boleh juga bertindak sebagai satu lagi peluang untuk
meneliti keterterapan/perkaitan model ciri untuk hubungan-hubungan ini. Iaitu, kajian-
kajian di mana model ciri ini disokong selalunya menunjukkan tatacara merupakan faktor
penentu kepada hasil-hasil ciri (Brockner et al., 2003; Schroth & Shah, 2000; van de Bos
et al., 1999). Namun, kajian-kajian lain masih menunjukkan bahawa keadilan interaksi
(Barclay et al., 2005) dan keadilan pengagihan (De Cremer, 2002) juga mempunyai
pengaruh-pengaruh sama kepada ciri tanggungjawab. Walaupun hasil keputusan ini
menyatakan bahawa pelbagai jenis keadilan juga sama meramalkan ciri tanggungjawab
di bawah model ciri keadilan (seperti yang dicadangkan oleh pendekatan monistic), ianya
masih satu persoalan empirik samada hasil keputusan ini boleh dikaitkan dalam konteks
irihati dan perlakuan merosakkan. Oleh yang demikian, penyelidikan di masa hadapan
mungkin menemukan sokongan untuk model ciri dengan secara khusu mengkaji keadilan
pengagihan, tatacara, dan interaksi, bertentangan dengan pendekatan monistic keadilan
yang kami gunakan dalam kajian sekarang.

Bolehkah Keadilan Mengurangkan Reaksi Negatif kepada Irihati?

Oleh kerana irihati sentiasa wujud dalam organisasi, adalah berguna untuk
menentukan samada keadilan mungkin mengurangkan reaksi negatif kepada irihati.
Tentunya, Kajian 1 menunjukkan bahawa apabila tanggapan ketidakadilan adalah
rendah, tidak ada perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan. Iaitu,
perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan hanya positif dalam keadaan yang
tahap ketidakadilannya sederhana dan tinggi. Walaupun kami tidak mendapati yang
situasi adil mengurangkan kecenderungan individu irihati untuk melukakan orang yang
diiri, kami telah mendapati bahawa situasi adil tidak berkaitan dengan perlakuan
merosakkan. Kajian 2 mengulangi penemuan ini dengan butir tambahan yang
menunjukkan bahawa hanya situasi harga diri dan ketidakadilan yang tinggi sahaja
menyebabkan tahap irihati yang tinggi berkait dengan tahap tinggi perlakuan
merosakkan. Ini bermakna irihati tidak berkait dengan perlakuan merosakkan bagi
individu yang rendah rasa harga dirinya dalam keadaan adil, tetapi irihati hanya berkait
dengan perlakuan merosakkan bagi individu dengan rasa harga diri yang tinggi yang
menanggap situasi tersebut sebagai tidak adil. Dengan itu, ini mencadangkan bahawa
gabungan harga diri tinggi dan ketidakadilan tinggi memudaratkan lagi reaksi negatif
kepada irihati, manakala keadaan-keadaan yang lain tidak berkait dengan pengaruh-
pengaruh negatif irihati.

Had-had, Kekuatan, dan Implikasi-implikasi untuk Kajian Masa Hadapan

Satu had berpotensi dalam penyelidikan sekarang ialah kemungkinan


kepincangan/cenderung kaedah-sama (common-method bias), akibat dari kenyataan
bahawa semua pengukuran-pengukuran adalah dilapor sendiri (Podsakoff, MacKenzie,
Lee & Podsakoff, 2003). Namun demikian, penggunaan laporan sendiri dalam kajian-
kajian ini diasaskan oleh bagaimana keadaan pembolehubah-pembolehubah dikaji
(Ellsworth, 1995; Spector, 1994). Pertama, irihati, satu perasaan/emosi, adalah keadaan
dalaman yang tidak mempunyai ekspresi muka berkaitan. Oleh yang demikian, mana-
mana laporan tentang irihati yang tidak timbul dari orang yang mengalaminya mungkin
tidak sah/sahih. Lagipun, kami berminat dengan tanggapan, bertentangan dengan yang
sebenar, keadilan. Mengukur tanggapan ketidakadilan hanya boleh dibuat menggunakan
laporan sendiri. Tambahan lagi, oleh kerana banyak daripada perlakuan merosakkan
yang diteliti dalam kajian-kajian ini boleh disembunyikan sebagai perlu untuk kerja,
perlakuan yang tidak berniat, dan boleh dilakukan apabila tiada saksi, iany sangat susah
dan kemungkinan kurang tepat untuk bergantung kepada laporan-laporan perlakuan dari
pihak-pihak ketiga. Oleh itu, bergantung kepada data laporan sendiri untuk mengukur
perlakuan merosakkan adalah tatacara/prosedur yang perlu.

Satu kepincangan/cenderung/penyerongan (bias) berpotensi akibat dari


penggunaan data eksklusif laporan sendiri ialah pembolehubah ketiga, seperti kebaikan
sosial, akan menyerongkan penemuan-penemuan kajian (contoh, Podsakoff et al., 2003).
Untuk mengurang/mengatasi penyerongan kebaikan sosial yang mungkin berlaku akibat
dari keadaan tidak diingini pembolehubah utama dalam kajian-kajian ini (iaitu, irihati dan
perlakuan merosakkan), kami mengawal kebaikan sosial dan mengekalkan
ketidaknamaan soal-selidik (Podsakoff et al., 2003; Spector, 2006). Akan tetapi,
walaupun setelah mengawal kebaikan sosial, kami masih tidak menemui perbezaan yang
cukup dalam data kami untuk menyokong berulang kali satu set tertentu hipotesis kami.
Ini memberikan ujian yang lebih konservatif kepada hipotesis-hipotesis kami oleh kerana
keadaan irihati dan reaksi kepadanya yang tidak diingini. Tambahan lagi, sekiranya
kepincangan/cenderung kaedah-sama (common-method bias) merupakan masalah, kami
menjangka korelasi-korelasi ketara antara semua pembolehubah dalam kajian kami,
tidak mengira rasionaldan hipotesis-hipotesis teori kami (Spector, 2006). Akan tetapi,
halnya tidak sedemikian. Sebagai contoh, Jadual 4 menunjukkan hanya 8 daripada 15
korelasi adalah ketara, dan yang ketara itu berada dalam arah yang diramalkan.
Akhirnya, untuk mengkaji samada perbezaan kaedah-sama adalah memang satu
masalah dalam mana-mana dari dua kajian kami, kami menjalankan ujian satu faktor
Harman yang disarankan oleh Podsakoff et al., (2003). Ujian ini menilai ke tahap mana
pengukuran-pengukuran yang digunakan dalam kajian mempunyai jumlah
penyerongan/bias kaedah sama yang melampau yang mereka bebankan ke atas satu
faktor tunggal. Kami jalankan satu analisis tinjauan/jelajah faktor ke atas item-item
irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan di mana tiga faktor berbeza timbul.
Oleh itu, menurut kajian ini, perbezaan kaedah-sama tidak mengakibatkan sebahagian
besar hubung-kait antara pembolehubah-pembolehubah utama.

Had berpotensi yang kedua dalam kajian-kajian ini ialah mereka tidak
membenarkan kami untuk membuat kesimpulan kebersebaban (sebab & akibat). Namun
demikian, had berpotensi ini juga adalah kekuatan bagi kajian-kajian kami. Yang mana,
kami dapat mengkaji irihati, ketidakadilan, dan reaksi-reaksi kepadanya, dalam konteks
semulajadi-dalam kes ini, di tempat kerja berbanding dengan di dalam makmal.
Tentunya, untuk meluaskan pengetahuan tentang perhubungan antara irihati dan
ketidakadilan, adalah perlu untuk meneliti secara eksperimen, perhubungan antara
irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan. Ini adalah arah yang membuahkan
eksperimen-eksperimen makmal boleh menjadi instrumental dalam mengkaji
perhubungan bersahaja antara tanggapan ketidakadilan dan irihati. Walaupun
tanggapan ketidakadilan boleh bertindak sebagai ejen berkesan (Weiss & Cropanzano,
1996) mengakibatkan irihati, pengalaman irihati boleh juga mengakibatkan tanggapan-
tanggapan ketidakadilan (contoh, Smith, 1991) apabila individu cuba memberi alasan
kuat berlakunya perasaan irihati dan, oleh itu, mengurangkan implikasi/kesan negatif
irihati kepada dirinya (contoh, Silver & Sabini, 1978b).

Akhirnya, kajian-kajian yang dilaporkan dalam artikel ini membolehkan kami


membuat kesimpulan hanya tentang proses-proses yang sebenarnya berlaku dalam
fikiran peserta-peserta kajian. Namun demikian, proses-proses ini tidak dikaji secara
langsung dalam kajian kami. Oleh itu, kajian di masa hadapan hendaklah mengikut
contoh Barclay et al., (2005) dan mengukur ciri-ciri dan penilaian-penilaian agar boleh
memahami bagaimana proses-proses ini berlaku. Pengenalan/pengecaman ciri-ciri tepat
yang bertembung secara kebetulan dengan pengalaman-pengalaman irihati boleh
membantu untuk mengenalpasti bila organisasi mungkin menukarkan perasaan irihati
kepada perlakuan produktif.

Di sebalik apa yang tersebut di atas, beberapa cara kajian kami menyumbang
kepada penulisan-penulisan tentang keadilan, irihati, pertukaran sosial, dan harga diri.
Pertama, kebanyakan penyelidikan yang ada tentang keadilan dan emosi-emosi telah
mengkaji bagaimana tanggapan keadilan memberi kesan ke atas emosi-emosi (contoh,
Barclay et al., 2005; Krehbiel & Cropanzano, 2000; Mikula et al., 1998; Smith et al., 1994;
Weiss, Suckow & Cropanzano, 1999), bagaimana emosi-emosi memberi kesan ke atas
tanggapan keadilan (Byrne, Rupp & Eurich, 2003; Byrne, Rupp, Eurich & Mattern, 2004;
van de Bos, 2003), samada emosi menjadi pengantara/orang tengah perhubungan di
antara tanggapan keadilan dan perlakuan kerja tidak produktif (Fox et al., 2001), atau
samada keadilan menjadi pengantara/orang tengah kepada pengaruh emosi ke atas
perlakuan (Schaubroeck & Lam, 2004). Kajian kami, setahu kami, adalah yang kedua
yang melaporkan interaksi antara keadilan dan emosi (kajian pertama, Pilluta &
Murnighan, 1996, mengkaji interaksi antara kemarahan dan keadiland dalam
meramalkan penerimaan atau penolakan tawaran-tawaran kata dua), dan ia adalah yang
pertama mengkaji interaksi antara irihati dan ketidakadilan sebagai memberi kesan ke
atas perlakuan merosakkan, dengan itu menyumbang kepada penulisan-penulisan
tentang irihati, keadilan, dan perlakuan kerja tidak produktif, memperkembangkan setiap
satu dalam bentuk pembolehubah yang dikaji dan pemahaman proses-proses pada asas-
asas mereka.

Kajian-kajian kami juga mengembangkan rangkakerja pertukaran sosial dalam


kajian keadilan dan emosi. Pertama, kami telah menambah satu sasaran yang kurang
dikaji kepada kajian tentang reaksi kepada ketidakadilan dalam organisasi, iaitu rakan
sejawat. Kebanyakan kajian tentang keadilan yang menggunakan rangkakerja
pertukaran sosial meneliti reaksi-reaksi kepada keadilan yang diarahkan kepada penyelia
dan/atau organisasi (contoh, Cropanzano et al., 2002; Masterson et al., 2000). Kedua,
kajian kami adalah yang pertama, setahu kami, yang mengkaji reaksi-reaksi kepada
irihati dari pandangan pertukaran sosial. Walaupun ini bukanlah fokus kajian kami, kami
percaya pendekatan kami kepada reaksi-reaksi kepada irihati boleh membuka aliran-
aliran tambahan kajian mengenai irihati dalam organisasi dari satu pandangan
pertukaran sosial. Walaupun kajian-kajian yang dilaporkan di sini bertumpu kepada
perlakuan merosakkan yang diarahkan kepada orang yang diiri, kajian di masa hadapan
seharusnya mengkaji reaksi-reaksi merosakkan yang diarahkan kepada organisasi dan
penyelia sebagai pertukaran layanan tidak setara yang diterima oleh orang yang irihati
dan orang yang diiri. Kaji selidik sudah pun mendapati bahawa irihati antara seseorang
dan orang tertentu yang lain adalah berkaitian dengan suasana negatif di dalam
kumpulan kerja (Cohen-Charash, 2005). Ini mungkin kerana irihati juga boleh
mengakibatkan orang yang irihati memburukkan organisasi apabila perlakuan
merosakkan individu itu dihalakan kepada organisasi.

Implikasi/Kesan Praktikal

Secara keseluruhannya, hasil keputusan kami mencadangkan bahawa organisasi


sepatutnya menumpukan mengurangkan tahap ketidakadilan dan irihati sekaligus
sebagai satu cara untuk mengurangkan perlakuan kerja tidak produktif antara
perseorangan. Di sebalik kenyataan bahawa ketidakadilan rendah tidak berkait dengan
pengaruh irihati negatif, kami telah menunjukkan yang tahap-tahap perlakuan
merosakkan adalah lebih rendah apabila tahap-tahap irihati lebih rendah. Lebih
khususnya, walaupun hasil keputusan kami mengurangkan pengaruh negatif irihati
dengan mengurangkan perlakuan merosakkan sama sekali, tahap ketidakadilan yang
lebih rendah sedikit sebanyak menurunkan kecenderungan pekerja-pekerja irihati
daripada merosakkan prestasi dan reputasi mereka yang diiri. Hasil keputusan kami juga
menunjukkan bahawa pekerja-pekerja dengan rasa harga diri yang tinggi mungkin
terutamanya mudah terkena/terpengaruh dengan melukakan rakan-rakan sekerja yang
diiri dalam situasi-situasi tidak adil. Oleh yang demikian, organisasi perlu
mempertimbangkan amalan-amalan pencegahan dan pemulihan apabila merekabentuk
hasil-hasil ganjaran (contoh, ganjaran, pengikhtirafan, pampasan) di kalangan individu
dengan harga diri tinggi. Satu amalan sedemikian, menurut kajian-kajian kami, ialah
dengan mengekalkan kepatuhan yang ketat ke atas semua peraturan adil (pengagihan,
tatacara, antara perseorangan, dan maklumat) untuk memastikan yang pekerja-pekerja
dilayan secara adil meskipun mereka mungkin menghadapi perbandingan sosial yang
tidak disukai/gemari. Layanan adil sedemikian memerlukan agar organisasi menyimpan
bahagian keuntungan dan pelaburan atas individu yang berada dalam perhubungan
pertukaran dalam masa menimbang pelbagai pandangan mereka mengenai apa yang
merupakan kos dan untung. Oleh itu, tanggapan ketidakadilan tidak seharusnya
dihadkan kepada perhubungan antarea pengurusan dan pekerja tetapi juga merangkumi
perhubungan antara pekerja-pekerja itu sendiri (Homans, 1961).

Satu lagi implikasi dari hasil keputusan kami berkisar tentang organisasi yang
mengalakkan dan mengambil/menggaji “bintang”. Organisasi sebegini mengkin
mengambil risiko lebih tinggi kerana pekerja akan terlibat dalam perlakuan kerja tidak
produktif antara perseorangan terhadap pekerja “bintang” ini, kerana “bintang-bintang”
ini mungkin mencetus irihati ke arah diri mereka (Exline & Lobel, 1999; Lockwood &
Kunda, 1997). Budaya bintang ini juga mungkin menggalakkan irihati (Lewis & Sherman,
2003; Mouly & Sankaran, 2002) kerana individu yang sama terlibat dalam perbandingan-
perbandingan sosial yang lebih (Festinger, 1954) dan kerana ganjaran dan pengikhtirafan
adalah sangat diinginkan dan sukar didapati. Tambahan lagi, oleh kerana korelasi di
antara harga diri dan prestasi secara amnya positif (Judge & Bono, 2001), organisasi
yang mengambil/menggaji “orang terbaik”atau “pencapai tinggi”(high achievers)
mungkin secara tidak sengaja mengambil/menggaji individu yang mempunyai harga diri
tinggi yang, ditunjukkan oleh hasil keputusan kami, lebih cenderung terlibat dalam
perlakuan merosakkan sebagai tindakbalas kepada pengalaman irihati. Oleh yang
demikian, dalam budaya bintang, walaupun kepatuhan ketat kepada norma-norma
keadilan tidak akan menghapuskan irihati, ia mungkin mengurangkan tahap mana irihati
menyumbang kepada individu melukakan orang yang diiri (contoh, Feather, 1999).

Satu lagi kesan daripada hasil keputusan kajian-kajian ini adalah untuk organisasi
mematuhi strategi mengekalkan rahsia tentang pembahagian ganjaran (Leventhal,
1976). Menyimpan rahsia ganjaran mencegah perbandingan sosial dan, dengan itu,
mengurangkan kemungkinan tanggapan ketidakadilan dan irihati. Rahsia juga
membuatkan “pencapai tinggi”(high achievers) berasa lebih bagus tentang kelebihan
yang mereka miliki, kerana rahsia melindungi mereka daripada irihati dengan orang lain
(contoh, Foster, 1972). Akan tetapi, walaupun mengekalkan rahsia dibolehpakai dalam
situasi tertentu (contoh, bayaran gaji), ianya tidak selalunya dapat dilaksanakan.
Contohnya, adalah mustahil untuk menyembunyi pejabat yang lebih baik, dan jika
pengurus tidak mengikhtiraf prestasi baik pekerja secara umum (contoh, dengan
anugerah “pekerja bulan ini”), satu pengukuhan penting dihapuskan daripadasenarai
mekanisma pengukuhan mereka. Dengan itu, walaupun mengekalkan rahsia mungkin
satu cara terus untuk mengurangkan irihati, dan dengannya perlakuan merosakkan,
pengekalan rahsia tidak selalunya boleh dilakukan dan ianya tidak mempunyai
kelemahan (Leventhal, 1976).

Kesimpulan

Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua irihati dan


ketidakadilan adalah kuasa pemusnah dalam organisasi, gabungan kedua-duanya tidak
merbahaya untuk fungsi hubungan yang sihat pekerja dalam organisasi. Tambahan lagi,
satu mekanisma yang mana irihati dan ketidakadilan mungkin bergabung untuk memberi
hasil keputusan yang buruk melibatkan pekerja-pekerja tinggi harga diri terancam
keegoan mereka akibat tahap irihati dan ketidakadilan yang tinggi. Penyelidikan masa
hadapan seharusnya mengkaji peranan yang mungkin dimainkan oleh domain
ketidakadilan dan ciri-ciri irihati dalam memahami bila irihati berkait dengan perlakuan
kerja tidak produktif. Kajian di masa hadapan juga seharusnya meneliti samada tahap
keadilan yang tinggi menggalakkan reaksi produktif kepada irihati. Dalam masa yang
sama, kajian-kajian kami memberikan langkah pertama untuk memetakan cara-cara
dalam mana irihati dan ketidakadilan bergabung untuk mempengaruhi perlakuan antara
perseorangan di dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai