Anda di halaman 1dari 2

Hari Asyura Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, yang mengurniakan sebaik-baik rezeki

kepada sekelian makhluk, dan memberi keampunan dan keselamatan pada hari kiamat. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Saiyidina Muhamammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat yang bersama baginda menyebarkan syiar Islam yang tercinta; serta kepada sekelian yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Segala puji kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Yang tiada memberi mudharat setiap sesuatu itu melainkan dengan qudrat dan irodat-Nya. Dengan ini dikongsikan antara sunnah bagi hari asyura. Bermula hari asyura itu (tarikh 10 muharram pada qaul yang sahih) sunnah berpuasa padanya. Dan lagi elok berpuasa sehari sebelum dan sehari selepasnya (9 dan 11 muharram) bagi membezakan dengan kaum yahudi yang turut berpuasa pada hari itu, dengan tiada makruh jika tidak berbuat begitu. Dan disunnahkan pula memperluaskan belanja pada hari itu tetapi pada kadar yang termampu dan tidak sampai membazir. Dan setengah daripada doa yang diajarkan untuk menjadi amalan sekelian muslim adalah seperti yang disebutkan oleh Saiyiddi Muhammad yang dipanggil Pertolongan Allah (Ghautsulla) dalam kitabnya Jawahir: Bahawasanya barangsiapa yang membaca pada hari Asyura (10 Muharram) 70 kali:

Cukuplah Allah sebagai pengurusku, sebaik-baik tempat berserah, sebaik-baik penolong dan pembantu.

Kemudian dibacanya akan doa kemudian daripadanya 7 kali, nescaya tiada mengena ia mati pada demikian tahun itu. Dan jika hampir ajalnya tiada diberi taufiq pada membacanya, iaitu:

Maha Suci Allah sebanyak yang memenuhi mizan, penghujung ilmu, setinggi-tinggi keredhaan dan timbangan Arasy, tiada tempat untuk mengadu dan meminta perlindungan daripada Allah melainkan kepadaNya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, sebanyak kalimah-kalimahNya yang sempurna semuanya. Aku memohon kepadaMu keselamatan dengan rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani. Tiada daya menghindari maksiat dan kekuatan melakukan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan adalah Dia cukup bagiku sebagai pengurus, sebaikbaik tempat berserah, sebaik-baik penolong dan pembantu. Semoga Allah I melimpahkan rahmat ke atas Nabi kami, sebaik-baik makhlukNya, penghulu kami Muhammad j dan keluarga serta sahabat-sahabat Baginda j sekalian.

Kaifiat: Dibaca selepas asar pada hari asyura sebelum maghrib (jika tiada dapat, boleh mula dibaca bermula selepas maghrib 9 muharram)

Khasiat: Doa pertama khasiatnya ialah tidak akan mati hati orang yang membacanya. Doa kedua akan ditahan kejahatan terhadapnya sepanjang tahun itu. Dan barangsiapa yang meluaskan belanja pada hari asyura, Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun, insyaAllah.

Tamat.

Semoga dilimpahkan sebanyak-banyak selawat dan salam ke atas junjungan mulia Saiyidina Muhammad SAW, ahlulbait dan para sahabat serta sekelian muslimin. Dan segala puji hanya bagi Allah, tiada daya upaya melainkan Allah, Maha Suci, Maha Tinggi.

Jazakumullah khairan kathira =) MNMY (4th December 2011/ 8 Muharram 1433)

Anda mungkin juga menyukai