Anda di halaman 1dari 7

Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

 Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan 

Muqaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat disempurnakan sebagai tarhib
(selamat datang) kepada bulan yang penuh berkat dan anugerah, bulan Ramadhan al-
Mubarak. Semoga dengannya menjadi asbab kita mendapat Al-Khair al-Kathir (kebaikan
yang banyak) dari Allah, Jalla wa ‘Ala. Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan
daripada para masyaikh dan pembaca budiman jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.

1|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Hadith tentang kelebihan malam awal Ramadhan:

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda:

“Apabila telah masuk malam pertama di bulan Ramadhan, syaitan dan jin pengganggu
terbelenggu, pintu-pintu neraka tertutup tidak satupun terbuka darinya, pintu-pintu surga
terbuka tidak satupun tertutup darinya, ada malaikat akan menyeru : “Wahai para pencari
kebaikan, tujuilah kepada kebaikan, wahai para pencari kejahatan, berhentilah dari
kejahatan, dan Allah  memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka dan ini
terjadi di setiap malam bulan Ramadhan.” (Riwayat At-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab Ash-
Shaum ‘an Rasulillah, Bab Maa Jaa Fi Fadhl Syahr Ramadhan)

Adalah sangat digalakkan sekali memperbanyakkan amalan dan doa pada malam ini
antaranya:

 Apabila telah muncul anak bulan Ramadhan, bacalah:

“Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad, dan ke atas
keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada
kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada
segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

“Ya Allah, rezekikanlah kepada kami kebaikan padanya, keberkatan dan cahayanya, dan kami
berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan sesudahnya.”

2|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

“Ya Allah, jadikanlah ia bulan keberkatan, cahaya dan perlindungan, keridhaan dari Tuhan,
Yang Maha Penyayang, dan penjagaan dari syaitan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau memberi
kebaikan di dalamnya kepada hamba-hambaMu. Maka berikanlah kepada kami kebaikan
yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Doa ini juga boleh dibaca, setelah mendengar akan pengumuman Awal Ramadhan oleh
Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

 Setelah Solat Sunat Ba’diyyah (Selepas) Maghrib, bacalah doa ini:

“Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan,
yang turun padanya malaikat dan roh-roh yang mulia. Selawat dan salam atas junjungan
kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat Baginda yang mulia. Kami mohon
kepadaMu Ya Allah, pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan
tetapkanlah kami berpuasa bulan Ramadhan. Rahmatilah kami dan berilah keberkatan
kepada kami dalam berpuasa Ramadhan. Ya Allah, lanjutkanlah usia kami dengan berkata
Ramadhan dan jadikanlah puasa kami mengikuti segala puasa yang dipuasakan oleh Nabi
kami Muhammad dengan rahmatMu, Ya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puji bagi Allah Tuhan
sekelian alam.”

3|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

“Wahai Tuhanku, para peminta telah berdiri di pintuMu, orang-orang faqir telah berlindung
kepada kehormatanMu, perahu orang-orang miskin telah berlabuh di pantai kemuliaanMu,
mereka semua mengharapkan kemurahan rahmat dan nikmatMu.

Wahai Tuhanku, orang-orang berpuasa telah meraih kemenangan. Orang-orang yang


mendirikan sembahyang telah beruntung. Orang-orang yang ikhlas telah terbebas dari
kesalahan. Sedangkan kami adalah hamba-hambaMu yang berdosa. Maka kasihanilah kami
dengan rahmatMu. Muliakanlah kami dengan anugerah dan kurniaanMu, sehingga kami
memiliki kekuatan untuk menerima berkah di bulan Ramadhan ini. Ampunilah kami semua
dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Penyayang di antara Para Penyayang.”

 Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

 Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap rakaat, membaca Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Fath

( ) 1 kali. Selepas salam, bacalah Surah Al-Qadar (

) 10 kali dan selawat 10 kali.

Tok Kelaba al-Fathani menulis: “Yang pertama, barangsiapa membaca pada awal malam

daripada bulan Ramadhan akan surah , di dalam tathawwu’

(sembahyang sunat), niscaya dipeliharakan dia oleh Allah Ta’ala pada demikian tahun itu dan

4|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

daripada Allah  pertolongan. Seperti demikian telah meriwayatkan akan dia oleh Ibnu
Mas’ud.” (Hada’qus Shalawat, hlm. 1056-1057). (Lihat Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-
Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-Awrad wa al-Ad’iyah allati
tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, ms. 86 dan Amalan Pelbagai Shalat Sunat:
Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga), ms. 1)

Tok Kelaba al-Fathani menulis lagi: “Dan pada riwayat Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurairah
Radhiyallahu ‘anhuma, pada pertama malam itu dua rakaat, membaca ia pada tiap-tiap

rakaat akan Fatihah sekali, dan , kemudian ia memberi salam dan

membaca surah sepuluh kali, dan ia (membaca) shalawat atas Nabi

sepuluh kali.” (Lihat Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban
(Bahagian Ketiga), ms. 1)

Pada pandangan Al-Faqir, solat ini adalah termasuk Solat Sunat Muthlaq dan ia boleh
dilakukan selepas Ba’diyyah Maghrib atau selepas Tarawih, atau sebelum sahur. Wallahu
a’lam.

 Kemudian membaca doa ini (juga dibaca pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan):

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemaaf dan Maha Mulia, Engkau menyukai
permohonan maaf, maka maafkanlah daripada kami.”

 Doa ini juga baik dibaca seawal malam ini dan pada tiap-tiap malam bulan
Ramadhan:

“Ya Allah, rezekikanlah kami bertemu dengan Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada setiap
tahun.”

 Hendaklah bersembahyang Isya’ dan Tarawih serta Witir berjemaah. (bolehlah merujuk
tentang perbahasan tentang Solat Tarawih dalam risalah yang ditulis Al-Faqir bertajuk
“Risalah Solat Tarawih” )

5|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

 Adalah sunat untuk melafazkan niat puasa (juga diniatkan pada tiap-tiap malam):

“Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini
kerana Allah .”

Boleh juga mengikut mazhab Maliki yang berniat puasa sepenuh bulan sebagai ihtiyath

(berhati-hati) lupa berpuasa pada setiap malam:

“Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah .”

 Hidupkan malam ini (terutamanya), dan malam-malam Ramadhan lain dengan solat-
solat Nawafil di malam hari sebelum bersahur.

 Berusahalah membaca sebanyak-banyaknya ayat Al-Qur’an atau bertadarus,


mengkhatamkan Rawatib (ratib-ratib), Ahzab (hizib-hizib), Awrad (wirid-wirid) yang telah
diijazahkan oleh para Masyaikh yang bersanad. Demikianlah juga dengan selawat, istighfar
dan zikir-zikir yang lain.

 Lakukanlah semua Hasanat (kebaikan-kebaikan) yang boleh mentaqarrubkan


(mendekatkan) diri kita kepada Allah .

“Semoga Allah  menerima amalan-amalan baik dari kami dan kamu semua.”

6|Page
Risalah Amalan Malam Awal Ramadhan

Rujukan:

Kitab Jawi:

1. Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar


wa al-Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif
billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi,
Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 86.

Bahasa Melayu:

2. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan dan Syawal


(Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala
Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah,
1425H/2004M, ms. 1.
3. Dzikir dan Doa Bulan Ramadhan: Amalan di Saat tak Tergantikan, Bonus
Majalah al-Kisah, Edisi 16/2010, ms. 3-7.
4. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhammed Hussein, Djakarta: Pustaka
Dundia Pustaka Jaya, Cetakan Ketujuh, 1982, ms. 61-63.
5. Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus
Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, ms. 3-4.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut
sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1 kali untuk Rasulullah dan ahli
baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada
seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan
amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

* mohon kepada yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada pada risalah kecil ini, untuk memberitahu
kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza’.

Disusun oleh:
Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia
Muhadir bin Haji Joll
Ahad, 5.03 pm, 30 Sya’ban 1432H/ 31 Julai 2011M
khuwaidim_elilm@hotmail.com

7|Page

Anda mungkin juga menyukai