Anda di halaman 1dari 4

Ramadhan di fasa “pengampunan”

Posted by Persatuan Mahasiswa Darul Aman at 12:03 PM Labels:


Tazkirah, Tinta Presiden
Bismillahirrahmanirrahim,

Pujian itu milik Empunya persada alam ini, Pencipta hamparan yang
merentang dari jihat timur ke barat, dan dari utara ke selatan, juga
Raja yang mencacak gunungan dan bukit bukau sebagai pasak bumi,
serta Dia yang meluaskan kurnia rezeki buat hamba-Nya dengan
khazanah lautan tidak bertepi. Bersyukurlah kita dengan segala
limpah rahmat-Nya di bumi ini, khasnya ketika mana Dia
membangkitkan seorang Rasul sebagai rahmat terbesar buat
sekalian alam, iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Nukilan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 183


bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Firman Tuhan yang tidak
perlu disangkal lagi kerana ayatnya begitu mudah dan jelas maksud,
malah adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sekiranya tidak
memahami fardu wajib ini. Jika diteliti, ayat-ayat al-Quran yang
memerintahkan sesuatu perkara wajib lazimnya menggunakan ayat-
ayat yang apabila dibaca sekali sahaja, maka maksudnya akan terus
jelas difahami. Inilah merupakan salah satu bukti kecintaan Allah
kepada para hamba-Nya kerana Dia tidak pernah mahu
membebankan kita, malah setiap apa yang diperintahkan adalah
sesuai dengan kemampuan daya upaya kita.

Justeru, bersempena kedatangan bulan yang mulia ini, janganlah


kita sering memeras akal mencari alasan untuk tidak berpuasa.
Ramadan bulan mulia yang tidak sewajarnya ditakuti atau dijauhi,
sebaliknya ia merupakan bulan yang penuh dengan janji-janji manis
Allah kepada hamba-Nya yang mahu merebut tawaran dan ganjaran
yang telah Dia janjikan. Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan


akhirnya dijauhkan daripada azab api neraka.”

Ini merupakan fasa-fasa yang dilalui oleh kita dalam tempoh


sebulan Ramadan, iaitu fasa yang dilimpahi rahmat, fasa keampunan
atau maghfirah dan fasa pembebasan diri daripada api neraka.
Sekarang kita telah melalui fasa kedua Ramadan, iaitu fasa
keampunan. Kadangkala kita langsung tidak menyedari kewujudan
fasa-fasa ini, lalu ibadat kita tidak mendapat pemfokusan yang tepat.
Maka, ibadat kita menjadi tunggang-langgang dan pelbagai peluang
keemasan yang sewajarnya direbuti, kita lepaskan begitu sahaja.

Perkara ini telah disebutkan sendiri oleh baginda Nabi melalui


sabdanya: “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang
diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada
bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan
para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih
baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak memperoleh
kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa.” (H.R. Ahmad
dan An-Nasa’i)

Dalam meniti fasa yang dijanjikan dengan maghfirah ini, kita


digalakkan untuk melipatgandakan amalan seperti bertaubat,
bersolat terawih, tadarus al-Quran, bersedekah, membantu anak
yatim dan orang susah, serta amal-amal lain yang boleh
mendekatkan diri kepada Allah, seterusnya berharap agar kita
beroleh maghfirah-Nya menerusi amal-amal ikhlas yang kita
lakukan. Cara mendekatkan diri kepada Allah itu pula boleh
dilakukan dengan 1001 macam cara. Ia tidak sekadar tertumpu pada
amal ibadat sahaja, malah mencakupi hal-hal yang berhubungan
dengan hablun min al-nas, iaitu perhubungan sesama manusia.
Lalu, apa lagi yang kita tunggu? Usahlah kita terus-terusan
melekakan diri sehingga Ramadhan ini terus berlalu. Kita tidak tahu
apakah kunjungannya pada tahun ini merupakan kunjungannya
yang terakhir, atau akan datangkah lagi ia menjenguk kita pada
tahun hadapan dengan membawa ganjaran yang muluk-muluk dan
indah?

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, dan selamat berpuasa buat seluruh


umat Islam. Rebutlah peluang beramal dalam bulan penuh
kemuliaan ini, semoga kita sentiasa tergolong sebagai orang-orang
yang tahu bersyukur. Sekian.

Mohd Faisal Bin Mustaffa,

Presiden penaja,

Persatuan Mahasiswa Darul Aman

(PERSADA).

www.faisalmustaffa.com

Tawaran pengampunan puasa Ramadhan

Tawaran pengampunan puasa Ramadhan

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW


menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa
memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat
malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan
pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap
redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah


bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan
keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya
yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan
penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang
telah lalu dan yang akan datang.

Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan


dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis
minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga
masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh


keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya
dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka
diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan
Muslim

Anda mungkin juga menyukai