Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN 1 : Bincangkan kebaikan penggunaan takal dan gear dalam kehidupan manusia.

TAKAL Takal adalah roda yang mempunyai satu atau lebih slot yang digunakan bersama dengan tali sawat. Tali sawat akan disambungkan pada slot takal dengan ketat supaya ia mempunyai geseran yang maksima. Geseran ini adalah penting kerana, apabila tali sawat bergerak, ia akan menggerakkan takal bersama untuk memberi kesan output kepada peralatan. Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut.

Rajah menunjukkan takal dan tali sawat serta penggunaannya

Tali (atau kabel, rantai) menempati alur tersebut yang mana ia disambungkan kepada beban pada satu hujung dan daya dikenakan untuk melakukan kerja pada hujung yang satu lagi. Dalam kata yang lebih mudah, takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu roda yang berputar pada gandar. Tali akan melilit mengelilingi roda. Tali digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya. Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi. Takal membantu kita mengangkat beban yang berat, takal boleh

memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ketempat yang lebih tinggi. Takal diubahsuai daripada takal yang ringkas kepada sistem takal bergabung, untuk membantu manusia mengangkat beban beban yang berat. Terdapat tiga jenis sistem takal iaitu :

1. Takal tetap atau sistem takal kelas1

Dalam sistem ini gandar takal tetap pada satu tempat. Roda tidak bergerak. Beban diikat pada satu hujung tali sementara daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi. Takal tetap hanya mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban. Ia tidak meningkatkan saiz daya. Daya yang dikenakan adalah sama dengan berat beban yang ditarik ke atas. Apabila tali ditarik ke bawah, beban akan ditarik ke atas. Jarak pergerakan beban adalah sama dengan jarak daya yang dikenakan. Contoh contoh takal tetap ialah

a) Takal tetap digunakan pada tiang bendera untuk menaikkan dan menurunkan bendera.

b) Mengangkat objek yang berat

Takal juga banyak digunakan untuk mengangkat air dari telaga. Penggunaan takal meminimumkan penggunaan tenaga manusia. Penduduk kampong boleh mengangkat air dari telaga dengan mudah.

2. Takal bergerak atau sistem takal kelas2

Dalam sistem ini gandar takal bebas bergerak. Hujung tali disambungkan pada satu titik tetap, manakala daya dikenakan pada hujung yang satu lagi. Apabila daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi, beban dan akan diangkat dan menggelunsur di sepanjang tali, atau dengan kata lain, takal bergerak adalah takal yang bergerak bersama- sama dengan beban pada arah yang sama. Takal bergerak tidak mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban.

Daya akan dikenakan pada hujung tali menggandakan daya yang dikenakan ke atas beban. Takal bergerak menyebabkan daya yang dikenakan berkurangan berbanding berat beban. Jarak pergerakan daya yang dikenakan adalah lebih jauh berbanding beban.

Kekurangan utama takal bergerak ialah kita perlu menarik dan menolak takal ke atas atau ke bawah. Kelebihan utama takal bergerak ialah kita menggunakan daya yang sedikit untuk menarik beban. Takal bergerak juga boleh dikatakan sebagai tuas kelas ketiga. Beban berada di antara fulcrum dan daya . Contoh takal bergerak ialah

3. Takal bergabung

Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu sistem takal. Ia mengubah arah gerakan daya. Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban. Kelebihan utama menggunakan takal bergabung ialah jumlah daya yang diperlukan ialah kurang daripada separuh berat beban. Kekurangan yang utama ialah daya perlu bergerak jauh. Contoh peralatan yang menggunakan takal bergabung ialah kren.

Kren menggunakan takal tetap dan takal bergerak untuk mengangkat beban yang berat. Contoh yang bagus bagi takal bergabung ini ialah Sistem Blok dan Takal. Blok merujuk kepada bekas yang mengandungi takal sebelah menyebelah, dan juga memegang gandar pada tempatnya.

Takal ialah tali yang digunakan bersama dengan takal takal ini untuk mengangkat beban.

Sistem blok dan takal digunakan pada kapal, untuk mengangkat layar.

Hubungan diantara beban, bilangan tali takal dan daya dalam takal bergabung

Daya yang dikenakan, ditarik ke arah bawah untuk mengangkat beban, akan menyebabkan ketegangan tali. Ketegangan tali akan menampung berat beban. Berat beban akan diimbangi oleh ketegangan tali yang disambungkan kepada takal bergerak. Dalam takal bergabung, takal bergerak mempunyai gandar yang bebas, dan ia berfungsi untuk mentranformasi daya daya pada gandar mengimbangi jumlah daya yang diberikan oleh ketegangan tali (yang mana bermagnitud tetap pada setiap segmen.) Sepertimana yang digambarkan di bawah, jika satu hujung tali disambungkan kepada objek tetap, dengan menarik hujung yang satu lagi daya akan dikenakan dua kali ganda ke atas mana mana objek yang disambungkan pada gandar.

Lihat diagram dibawah

L = Load T = Tension E = Effort

Berat beban L diimbangi oleh daya pada setiap ketegangan tali T. Daya yang dikenakan untuk mengangkat beban semakin berkurangan. Semakin banyak bilangan ketegangan tali, semakin kurang daya yang dikenakan.

GEAR Gear adalah pengubahsuaian roda dan gandar. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi. Gear berfungsi sebagai penghantar kuasa yang menghubungkan semua bahagian yang berputar dan menukarkan kelajuan sesebuah mesin atau enjin. Penghantaran kuasa berlaku menerusi aci yang memegang gear-gear. Arah penghantaran kuasa dibuat mengikut kedudukan aci membolehkan ia tersirat (mesh) dengan pasangannya, oleh itu penghantaran kuasa yang berlaku adalah lebih efisyen. Sebagai contoh, gear yang terdapat pada basikal.

Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila daya dikenakan; atau meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di mana daya dikenakan. Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan. Gear membantu mengubah arah pergerakan dan kelajuan.

Gear berfungsi secara berkumpulan. Dua gear yang menjalankan fungsi bersama dikenali sebagai gear gabungan. Gear yang mana dikenakan daya ke atasnya dikenali sebagai gear pemutar. Gear yang terakhir dalam aturan kumpulan dikenali sebagai gear pengikut. Perhatikan arah anak panah pada gear dalam rajah di atas. Menunjukkan bahawa gear gear bergerak dalam arah yang berbeza.Apabila satu gear berputar mengikut arah jam, gear yang satu lagi berputar pada arah yang melawan arah putaran jam.Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz kecil berputar banyak kali. Oleh itu, gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat

berbanding gear yang bersaiz lebih besar. Dalam pasangan gear, gear yang lebih besar akan berputar lebih perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih kecil, tetapi berputar dengan daya yang lebih besar.

Jika ditambah satu lagi gear dalam sistem dua gear yang bergabung, iaitu antara gear pemutar dan gear pengikut, gear tersebut dikenali sebagai gear idlers atau gear perantara. Ini akan menyebabkan gear pemutar dan gear pengikut berputar pada arah yang sama.Saiz dan bilangan gigi pada gear menentukan jenis kerja yang boleh dilakukan. Daya yang dikenakan kepada gear yang lebih besar akan mengakibatkan gear yang lebih kecil berputar dengan lebih cepat, tetapi dengan daya yang kecil. Daya pada gear yang bersaiz kecil akan memutarkan gear yang bersaiz lebih besar dengan lebih perlahan, tetapi ia akan mempunyai daya yang lebih besar. Jarak antara gigi gear dipanggil sebagai pitch.

Gear boleh dijumpai pada basikal. Pada basikal, gear yang bersaiz kecil disambungkan dengan gear yang bersaiz lebih besar melalui rantai. Apabila kita mengayuh basikal, gear yang bersaiz lebih besar berputar. Dan kemudian akan memutarkan rantai. Rantai kemudian akan menyebabkan gear bersaiz lebih kecil berputar dan seterusnya memutarkan roda basikal. Basikal kemudian akan terus bergerak ke hadapan. Gear yang bersaiz lebih kecil akan berputar sama arah dengan gear yang bersaiz lebih besar.

Anda mungkin juga menyukai