Anda di halaman 1dari 14

MESIN RINGKAS

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat


atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau
meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang
lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi
senang,

Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke
atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk
membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk
melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :


• Tuas
• Takal
• Roda dan Gandar
• Satah Condong
• Baji
• Skru
• Gear

1. Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas
bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga
bahagian, fulkrum , beban dan rod.

Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua
dan tuas kelas ketiga.
a) Tuas Kelas Pertama
Fulkrum berada di tengah – tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di
hujung yang satu lagi.

Contoh Tuas Kelas Pertama:


b) Tuas Kelas Kedua
Fulkrum berada pada satu hujung, beban berada di tengah – tengah, dan daya
berada pada hujung yang satu lagi.
Contoh Tuas Kelas Kedua:

c) Tuas Kelas Ketiga


Fulkrum berada pad satu hujung, daya di tengah dan beban pada satu hujung
lagi.
2. Takal
1. ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar
dan tali.
2. Contoh–contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal
membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.

a) Takal tetap (tidak bergerak):

b) Takal bergerak:
3. Contoh-contoh takal:

3. Roda dan gandar.


1. Gandar akan berputar apabila daya dikenakan pada roda.
2. Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh roda dan gandar.
3. Roda dan gandar menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang
lain.
4. Satah condong
1. Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang
lebih tinggi pada satu bahagian.
2. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek.
*semakin bertambah kecuraman satah condong, semakin bertambah
daya yang diperlukan untuk menolak beban.

3. Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak.


4. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari
satu ketinggian ke ketinggian yang lain.
5. Ia menjauhkan jarak yang dilalui
6. Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal,
gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.
5. Baji
1. Baji adalah juga mesin ringkas.
2. Baji adalah mesin yang membantu untuk menolak dua objek berjauhan.
3. Baji diperbuat kebanyakannya daripada dua satah condong.
4. Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh mesin ringkas baji.

5. Baji boleh terdiri daripada satu atau dua satah condong, yang mempunyai
hujung yang tajam, yang akan memisah, dan memotong atau
menggerakkan, memegang dan memberhentikan objek.
6. Contoh-contoh baji:
6. Skru
1. Skru ialah mesin ringkas yang mana satah condong yang mengelilingi
sebatang rod.
2. Skru digunakan untuk menurunkan dan menaikkan objek dan memegang
objek bersama.
3. Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat pemegang paip,
penutup bekas dan bicu atau jek.

4. Skru mempunyai dua fungsi utama.


a) Untuk memegang dan memasang beberapa objek bersama. Contoh:
i) skru kayu dan logam,
ii) skru pada balang dan botol serta pada penutupnya.
5. Skru digunakan untuk mengenakan daya pada sesuatu objek, seperti fungsi
pada alat seperti ragum, pengapit G, pemegang paip dan alat pencabut
gabus seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah.

6. Contoh-contoh yang lain:


7. Gear
1. Gear adalah mesin ringkas seakan-akan roda dan gandar yang diubahsuai.
2. Ia terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.

3. Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila
daya dikenakan; atau meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di
mana daya dikenakan. Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan.
4. Gear membantu mengubah arah pergerakan dan kelajuan.
5. Gear berfungsi secara berkumpulan.
6. Dua gear yang menjalankan fungsi bersama dikenali sebagai gear
gabungan.
7. Gear yang mana dikenakan daya
ke atasnya dikenali sebagai ‘gear
pemutar’.
8. Gear yang terakhir dalam aturan
kumpulan dikenali sebagai ‘gear
pengikut’.
9. Perhatikan arah anak panah pada
gear dalam rajah di atas.
10. Menunjukkan bahawa gear – gear
bergerak dalam arah yang berbeza.
11. Apabila satu gear berputar
mengikut arah jam, gear yang satu lagi
berputar pada arah yang melawan arah
putaran jam.
12. Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz
kecil berputar banyak kali.
13. Oleh itu, gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat berbanding gear
yang bersaiz lebih besar.
14. Dalam pasangan gear, gear yang lebih besar akan berputar lebih
perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih kecil, tetapi berputar dengan
daya yang lebih besar.
15. Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear ialah basikal,
pemukul telur dan jam tangan mekanikal.

Gear besar

Gear kecil
MESIN KOMPLEKS
1. Apabila terdapat dua atau lebih mesin ringkas apabila bergabung untuk
melaksanakan suatu kerja bersama dikenali sebagai mesin kompleks.
2. Contoh-contoh mesin kompleks: Basikal, pengasah pensel

Anda mungkin juga menyukai