Anda di halaman 1dari 1

Mesin Ringkas - RODA DAN GANDAR

1. Roda dan Gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua duanya bercantum antara satu sama lain. 2. Roda bersaiz lebih besar. Ia memutarkan objek yang lebih kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar. 3. Roda dan gandar membantu kita mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah. 4. Apabila roda dalam roda dan gandar ini diputarkan, ia akan memutarkan gandar dan juga sebaliknya. Sebagai contoh, apabila anda memutarkan pemegang pada pemutar skru, bahagian hujung yang masuk ke dalam kepala skru juga akan berputar pada masa yang sama. 5. Disebabkan roda adalah lebih besar daripada gandar, ia sentiasa bergerak pada jarak yang lebih jauh berbanding gandar. Daya yang dikenakan pada roda akan digandakan apabila ia dipindahkan pada gandar, yang mana gandar melalui jarak yang lebih dekat berbanding roda. 6. Beberapa contoh alat yang menggunakan prinsip roda dan gandar ialah tombol pintu, pemutar skru, stereng kereta, roda dan gandar pada perigi, kepala paip, pembuka nat tayar kereta dan pengasah pensil. 7. Contoh alat yang menggunakan prinsip Roda dan Gandar.

Anda mungkin juga menyukai