Anda di halaman 1dari 2

Mesin Ringkas - GEAR

Gear adalah pengubahsuaian roda dan gandar. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri
daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.

Sama seperti mesin ringkas yang lain, gear boleh mengubah arah apabila daya dikenakan; atau
meningkatkan atau mengurangkan daya, atau jarak di mana daya dikenakan.

Dalam kata lain, gear memudahkan pergerakan. Gear membantu mengubah arah pergerakan dan
kelajuan.

Gear berfungsi secara berkumpulan. Dua gear yang menjalankan fungsi bersama dikenali sebagai gear
gabungan. Gear yang mana dikenakan daya ke atasnya dikenali sebagai ‘gear pemutar’. Gear yang
terakhir dalam aturan kumpulan dikenali sebagai ‘gear pengikut’.

Perhatikan arah anak panah pada gear dalam rajah di atas. Menunjukkan bahawa gear – gear bergerak
dalam arah yang berbeza.

Apabila satu gear berputar mengikut arah jam, gear yang satu lagi berputar pada arah yang melawan
arah putaran jam.

Apabila gear yang bersaiz besar berputar sekali, gear yang bersaiz kecil berputar banyak kali. Oleh itu,
gear yang bersaiz kecil berputar lebih cepat berbanding gear yang bersaiz lebih besar. Dalam
pasangan gear, gear yang lebih besar akan berputar lebih perlahan berbanding gear yang bersaiz lebih
kecil, tetapi berputar dengan daya yang lebih besar.

Jika ditambah satu lagi gear dalam sistem dua gear yang bergabung,
iaitu antara ‘gear pemutar’ dan ‘gear pengikut’, gear tersebut dikenali sebagai ‘gear idlers’ atau gear
perantara. Ini akan menyebabkan ‘gear pemutar’ dan ‘gear pengikut’ berputar pada arah yang sama.

Saiz dan bilangan gigi pada gear menentukan jenis kerja yang boleh dilakukan. Daya yang dikenakan
kepada gear yang lebih besar akan mengakibatkan gear yang lebih kecil berputar dengan lebih cepat,
tetapi dengan daya yang kecil. Daya pada gear yang bersaiz kecil akan memutarkan gear yang bersaiz
lebih besar dengan lebih perlahan, tetapi ia akan mempunyai daya yang lebih besar. Jarak antara gigi
gear dipanggil sebagai ‘pitch’.

Contoh alat yang menggunakan gear.

Gear boleh dijumpai pada basikal.


‘Gear can be found in a bicycle.’)

Pada basikal, gear yang bersaiz kecil disambungkan dengan gear yang bersaiz lebih besar melalui rantai.

Apabila kita mengayuh basikal, gear yang bersaiz lebih besar berputar. Dan kemudian akan memutarkan
rantai. Rantai kemudian akan menyebabkan gear bersaiz lebih kecil berputar dan seterusnya
memutarkan roda basikal. Basikal kemudian akan terus bergerak ke hadapan.
Gear yang bersaiz lebih kecil akan berputar sama arah dengan gear yang bersaiz lebih besar.

Pemukul telur (‘An egg beater’)

Anda mungkin juga menyukai