Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Program lawatan sambil belajar ke Petrosains adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak. Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak kerja Kelab telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudari Nurul Fatehah Binti Abd Wahab. Organisasi ini telah dipantau oleh Puan Koh Bee Toh selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.

Objektif
Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelatih, pengajar dan pihak pengurusan melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan. Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam bidang kesihatan di kalangan pelatih. Mendedahkan hubung kait antara kesihatan dan teknologi kepada pelatih. Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi di kalangan pelatih. Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelatih.

Pengenalan program
Program: Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains Anjuran: Gerak Kerja Kelab, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson Penyertaan: Ahli Perpustakaan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Jururawat Masyarakat yang sihat ,mempunyai permikiran yang berinovasi dan kreativiti yang tinggi. KUMPULAN SASARAN Pelatih Kursus Jururawat Masyarakat Anggaran peserta : 35 orang TEMA PROGRAM Kesihatan Menjana Kecemerlangan Pelatih

Terima kasih guru yang mengajarku dulu membawaku ke ladang-ladang ilmu dengan sabar tak kenal jemu kini kupetik buah kejayaan itu dari pohon jasa seharum narwastu. Terima kasih guru budiman yang merungkai erti kehidupan menanam benih-benih kemanusiaan memadam puntung-puntung kesombongan bagai bintang di kegelapan malam di tengah lautan jadi pedoman. Terima kasih guru jauhari yang membugar perkebunan budi lembut menyiram akal pekerti tekun menyemai mulia peribadi jasa baktimu terhampar pasti moga Tuhan sentiasa memberkati. Terima kasih guru tercinta menyahut cabaran semangat perkasa memperkukuh iltizam membina bangsa gelanggang pendidikan diri diperhamba modal insan dijana dipelihara melahirkan pemimpin memacu negara.

SEKAPUR SIREH BUATMU GURU Guru, Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa, Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu, Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu, Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu, Engkaulah insan istimewa. Guru, Engkau bak mentari menyinari siang, Engkau bak bulan menerangi malam, Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka! Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa, Engkau insan gemilang. Guru, Tanpamu tiadalah anak bangsa, Yang bisa mencorakkan Negara, Engkau mendidik kami ke arah kebenaran, Membentuk bangsa yang berwawasan, Engkau insane cemerlang. Guru, Engkaulah lilin menerangi kegelapan, Menerangi cahaya kejahilan di hati kami, Membentuk sanubari yang suci murni, Mendidik kami menjadi sejati, Engkau insane terbilang. Guru, Sekuntum terima kasih kami berikan, Sebagai mengharumkan hatimu yang suci, Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati, Menjadi insane bijak bestari, Engkau pencetus evolusi kami, Terima kasih guru!

PANTUN GURU. Manis rasanya buah delima, Masak sebiji dicelah daun, Budi guru saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.

Pohon palma tegak berdiri, Ditanam mari tepi bangunan, Ilmu didunia terus dicari, Jasa guru jangan dilupa

Anda mungkin juga menyukai