Anda di halaman 1dari 10

PRASEKOLAH SK TAMAN MIDAH 2, SK TMN KOPERASI POLIS

DISEDIAKAN OLEH : MOHD NOOR APANDI CHE GHANI MOHD AMERI MAT SAAT

ANAK BANGAU MENYANGKA DIRINYA HODOH


Pada suatu hari, seekor anak bangau bersiar-siar di tepi sawah. Anak bangau melihat bayangnya di dalam air. Anak bangau terkejut melihat bayang dirinya.

Wah, rupa-rupanya leherku ini sangat panjang! Kakiku juga sangat panjang, kata anak bangau dalam hatinya. Anak bangau berasa sangat sedih. Anak bangau berasa dirinya sangat hodoh. Anak bangau berasa malu kerana lehernya panjang dan kakinya juga panjang.

Ibu, mengapakah rupa saya sangat hodoh? anak bangau bertanya kepada ibunya. Ibunya terkejutnya mendengar kata-kata itu. Ibu bangau lalu berkata kepada anaknya, Wahai anakku, tidak baik berkata begitu! Janganlah menyangka dirimu sangat hodoh. Rupamu sangat cantik.

Tetapi anak bangau tetap tidak percaya pada kata-kata ibunya. Anak bangau menyangka dirinya sangat hodoh. Lama-kelamaan, besarlah anak bangau. Dengan kaki panjangnya, anak bangau mudah mengharung air dan lumpur di dalam sawah. Dengan leher panjangnya, anak bangau mudah menangkap ikan.

Benarlah kata ibuku. Aku seekor

bangau yang cantik. Dengan kaki panjang dan leher panjangku, aku mudah mencari makanan, kata anak bangau dalam hatinya.

Jikalau kakiku pendek, tentulah aku tidak dapat berjalan di dalam air dan lumpur. Jikalau leherku pula pendek, tentulah aku tidak dapat menangkap ikan, fikir anak bangau lagi.

Pada suatu hari, anak bangau berehat di tepi kolam. Anak bangau dapat melihat bulunya putih, bersih, dan cantik. Aku memang seekor bangau yang cantik, katanya dalam hati dengan perasaan sangat gembira.

Sesungguhnya, setiap kejadian yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai kelebihan dan Keistimewaan masing-masing.

TAMAT SEKIAN.

Anda mungkin juga menyukai