Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN PENGGUNAAN BATA INTERLOCK

Pengguaan bata interlock adalah pembinaan semakin meluas diketemui dalam projek konversional, ia bagi menjimatkan masa pembinaan dan kos. Ia juga menjimatkan masa pembinaan bata yang mempunyi fungsi fungsi tertentu seperti kediaman menjadi sejuk dan asli. Dalam penggunaan bata interlock ini proses pemasangannya adalah mudah dipasang dan mudah dilakukan.

Bahan bahan membuat bata interlocking

Tanah merah dan tanah kelabu Simen Pasir Air

Tanah merah dan tanah kelabu.

1. Tanah merah merupakan bahan utama untuk membuat bata interlocking. Tanah merah yang digunakan untuk membuat bata interlocking dibeli daripada kawasan yang mempunyai tanah merah yang berkualiti. Tannah merah yang berkualiti dapat menghasilkan bata yang berkualiti. 2. Tanah kelabu yang digunakan untuk membuat bata interlocking di ambil di tapak pembuatan bata. Bata interlocking baru di pasarkan dalam sektor pembinaan. tanah kelabu ini dapat menghasilkan bata yang berkualiti.

Simen

Simen merupakan satu bahan yang digunakan dalam campuran binaan bagi bata interlocking, simen adalah satu bahan pengikat untuk kekuatan bata yang di hasilkan. Ia juga merupakan sejenis debu yang lembut, apabila di campurkan dengan air akan menjadi keras.

Simen yang digunakan untuk membuat bata ialah simen castel biasa ini kerana saya menyedari bahawa simen jenis paling banyak terdapat dalam pasaran dan sesuai untuk kegunaan biasa. Simen ini diperakui dan menepati piawaian yang telah ditetapakan oleh SIRIM.

Pasir

Pasir juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam campuran binaan bata interlocking. Sebelum pasir digunakan pasir tersebut mestilah dalam keadaan yang bersih supaya tiada campuran samapah semasa membuat bata interlocking.

Air

Bahan yang digunakan untuk membuat bata tersebut. Air yang digunakan dalam membuat bata ini adalah air bersih yang bebas dari sebarang kekotoran seperti bahan terampai, bahan bahan organik. Sumber air yang diperolehi dari paip paip yang disediakan.

1) Kaedah cara pembuatan bata tanah berkunci interlock di Kota Bahru

Di kota bahru cara pembuatan Bata interlocking diperbuat dari tanah merah belada, pasir, simen dan air. Proses bermula tanah yang diambil dari rantau panjang dan tanah tersebut dalam keadaan lembap. Tanah tersebut mestilah dikeringkan dengan menjemurkan tanah dan meracihkan atau pisahkan tanah supaya tidak dalam keadaan lembap. Proses permulaan ialah masukan tanah kedalam misen pengisah bagi tanah tersebut dalam keadaan penghalusan.

Selepas di kisah, tanah tersebut di masukkan ke dalam tong yang berukuran 18m, sebanyak lima tong dimasukkan ke dalam mesin pengaul, sementara mesin sedang mengaul, pasir yang digunakan untuk membuat bata interlock ialah pasir sungai, pasir pantai di masukkan ke dalam mesin pengaul ialah sebanyak lima tong yang berukuran 18m. pasir tidak perlu dikisar kerana pasir tersebut dalam keadaan halus. Dalam masa yang sama simen digunakan dan dimasukkan sebanyak 50 kg, kemudian bahan yang terakhir dimasukkan ialah air sebanyak 2 atau 3 baldi.

Setiap bancuhan untuk membuat bata rasuk, bata dinding, bata tiang, bata sambung, bata L, nisbah bancuhannya adalah sama. Setiap bancuhan dapat menghasilkan 55 atau 58 bijik bata.

Apabila kesemua bahan dicampurkan mesin tersebut digaul selama 5 minit atau 10 minit. Setelah selesai digaul bahan campuran akan di tuang ke dalam baldi seterusnya ditimbang sebanyak 6 kilo dan dimasukkan ke dalam acuan. Setalah beberapa minit bata tersebut di mampatkan dan di bentuk, bata tersebut di keluarkan. Ia menggunakan secara ataumatik dan menggunakan secara menual.

Bata tanah berkunci interlock di jemur selama tiga hari, tempat penjemuran bata interlockadalah di dalam kawasan yang berhampiran dengan tempat bagi membuat bata. Sekiranya cuaca dalam keadaan hujan bata bata yang telah dijemur tidak perlu dialihkan ke tempat yang lain. Bata tanah berkunci interlockakan sentiasa di siram dengan air agar terpancar kekemasan pada bata tanah berkunci interlock. Semakin lama bata dijemur ia akan menjadi keras, bata ini disusun mengikut rak rak yang disediakan. Bata ini disusun mengikut jenis bata interlock.

Selepas bata dikeringkan bata tersebut di bungkus, mengikut jenis dan saiz bata yang dikehendaki oleh klien. Kemudiaan bata tersebut di hantarkan kepada klien di tapak binaan dengan menggunakan lori. Bata tersebut digunakan dalam keadaan selamat.

Kelebihan menggunakan bata tanah liat berkunci interlocking

Terdapat beberapa kelebihan bata interlocking.

Menjimatkan kos pembinaan antara 15% - 20%. Penjimatan penggunaan besi dan formwork. Tidak perlu dilepa dan dicat. (skim koat sahaja jika perlu) Laluan elektrik dan air tersedia (IBS &DIY) Kediaman lebih sejuk dan asli. Konsep mondular kemasan baik.

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (JABATAN TENAGA MANUSIA) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
TEKNOLOGI BINAAN
TAJUK LAPORAN : BATA ENTERLOCK
NAMA NDP SEMESTER TARIKAH HANTAR NAMA PENGAJAR MARKAH MUHD AMIRUL HAKAM BIN MUHAMAD PUADI 04111096 SEMESTER 3 3 APRIL 2011 ENCIK AZIZUDDIN

10

Anda mungkin juga menyukai