Anda di halaman 1dari 5

NASIHAT BERGUNA BUAT SALAFI & KHALAFI MALAYSIA

( Diterbitkan oleh METRO AHAD, 24 Dis 06 dengan versi artikel) Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman ( dengan sedikit tambahan) SOALAN soalan saya ustaz, ilmuan kaum tua dan kaum muda sekarang masih lagi berbeda pendapat hatta pada masalah yang furu'. mereka masih berfikiran sempit dan tidak mahu mengambil pengajaran atas dasar taqlid yang pernah dianuti masyarakat islam dahulu. bagaimana ustaz peranan para ilmuan muda ini untuk mendapat tempat dalam bidang intelektual sekarang? -hidayahJAWAPAN Sedar atau tidak sedar, perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan yang mengkaji dan mengamalkan agama Islam di Malaysia menjadi semakin hangat. Ia semakin mendapat perhatian ramai apabila muncul di akhir-akhir ini golongan kelas pertengahan dari masyarakat yang suka mendapatkan sesuatu hukum beserta dengan dalil-dalilnya, tanpa hanya mendengar halal' atau haram' dan kemudian menurutinya dengan selesa. Dengan pertambahan golongan masyarakat yang sebegini, maka pendapat mazhab Syafie yang sudah biasa didengari dan dikuti tanpa banyak soal sejak turun termurun sudah mula dibuka untuk perbandingan dengan pandangan-pandangan lain, demi mendapatkan satu hukum yang benarbenar selesa dipegang oleh golongan ini. Secara tidak lansgung, tindakan ini dilihat amat negatif oleh sebilangan golongan dan kelompok masyarakat yang lain, iaitu dalam keadaan mereka sudah amat selesa dengan satu pegangan itu sejak sekian lama tiba-tiba muncul perbincangan terhadap pegangannya. Hal seperti ini menjadikan perang mulut berlaku dan perdebatan dari jauh' dan dekat juga tidak kurang banyaknya. Hasil tinjauan dan pengamatan sederhana saya, mendapati adakalanya perdebatan ini bertukar kepada perdebatan sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, saya ingin mengambil peluang di ruang ini bagi berkongsi nasihat yang ebrguna buat sahabat-sahabat dari kedua-dua aliran. Diharap mereka sudi untuk membacanya tanpa prejudis. Bagi saya, peranan golongan ilmuan muda hari ini antaranya :-

a) Tidak cepat menghukum sebaliknya perlulah memahami perjuangan kedua-dua kumpulan dengan baik b) Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan. c) Memahami hujjah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat. d) Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan samada kitab yang benar-benar mewakili mazhab itu. Jika mazhab Syafie, maka perlulah dirujuk kitab utama yang telah disepakati oleh ribuan ulama Syafie silam seperti Ar-Rawdah, Al-Majmu', Nihayatul Muhtaj, Tuhfatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Fath al-Aziz dan Al-Umm. Ini antara kitab utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang mewakili mazhab Syafie. e) Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka. Dan banyak lagi peranan lain yang tidak mampu saya nyatakan di ruangan kecil ini. Justeru, eloknya ilmuan muda dan dewasa meneliti di mana punca temu dan tembung antara dua aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingin disumbangkan kepada masyarakat.. Kaum Muda yang di namakan juga salafi', tajdid', sunnah' atau dicop juga sebagai wahabi' pada hemat saya menginginkan seluruh masyarakat lebih 'selamat' dan hampir kepada Al-Quran & as-Sunnah (pada hemat dan penelitian mereka) ; iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sohih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi aqal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW. Kaum Tua atau dikenali sebagai Khalafi' yang berpegang dengan umum mazhab Syafie pula berhasrat memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikuti kaedah tadi, lalu mereka mempopularkan cara taqlid (ikutan tanpa kajian terperinci) sebagai medium penyatuan dalam masyarakat dan juga ibadah, selain menganugerahkan kemudahan buat masyarat yang majoritinya tidak punyai kemampuan untuk mengkaji secara mendalam hingga ke tahap dalil bagi sesuatu ibadat. Selain itu, mereka juga risau akan munculnya individu yang tidak berkelayakan lalu menggunakan kaedah rujukan dalil tadi sehingga menyeleweng, menurut mereka lebih baik bertaqlid kepada satu mazhab (Syafie) berbanding silap menyeleweng atau lebih baik pegang pendapat ulama syafie dari pegang pendapat sendiri yang amat tidak alim. Niat mereka ini lebih elok jika kita sedari dari asyik berbicara tentang perselisihan mereka. Selain itu, akibat peselisihan yang semakin buruk, muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin menyesatkan dan memecah belahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma mereka berbeza dalam target bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan pendekatan. Peranan Penyokong Malangnya dengan di'api'kan oleh penyokong masing-masing yang kurang 'ilmu' dan penghayatan, maka pertembungan menjadi serius, titik selisih menjadi utama menenggelamkan hasrat murni dan titik persamaan. Hinggakan guru-guru kedua kumpulan yang pada asalnya cukup lunak dan berbaik, menjadi keras, tuduh menuduh berlaku, remeh meremeh, balas membalas, lebih amat malangnya banyak pula si 'guru' yang bertindak balas bukan dalam isu yang sebenar, tapi hanya akibat mainan mulut si anak murid atau penyokong yang suka menokok tambah bagi menyedapkan perisa, kononnya orang sana menyebut itu ini. Suka saya nasihatkan si murid agar mengingati kembali bab 'An-Namimah' iaitu mengadu domba yang amat dicela oleh Islam. Guru mana yang tidak marah' apabila dilaporkan oleh si anak murid bahawa orang sana mengatakannya mengajar ajaran yang tidak benar, sesat, hujah cetek, menolak Usul Fiqh, tak mengetahui hadith dan lain-lain. Malah lebih buruk apabila kritikan hujjah merebak kepada kritikan peribadi, rupa wajah dan lain-lain. Nabi SAW bersabda : Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat alBukhari) Huraian ringkas berkenaan tajuk yang disebut dalam kitab "Al-Halal Wal Haram" oleh Dr Yusof Al-Qaradawi sangat baik dibaca oleh ilmuan dan para pengaji agar tidak tergolong dalam kumpulan pengadu domba yang memburukkan keadaan, memutuskan ikatan kasih antara muslim dengan berselindung di balik niat baik' kononnya untuk meluruskan orang yang sedang menyeleweng. Saya kerap berjumpa, pertempuran hujjah si 'guru', tetapi ia sebenarnya adalah hasil 'mulut' si anak murid, maka bertempurlah si 'guru' tanpa fakta yang sebenar tentang pihak sebelah sana, amat malang dan membuang masa. Inilah akibat kesimpulan sendiri dari kedua-dua belah pihak, sehingga mengadakan perkara yang tiada. Peranan Syaitan Dalam keghairahan menegakkan hujjah, pendekatan, keutamaan yang diletak oleh kumpulan dan perjuangan masing-masing, ramai yang tidak sedar bahawa Syaitan bertapak semakin hebat dalam diri. Sedarkah kita bahawa Syaitan pasti melontarkan rasa keakuan, ego, sombong, rasa diri alim kerana hujjah mantap?. Ketika itu, secara sedar atau tidak, sekiranya hujjah di pihak lain adalah benar sekalipun , ianya tetap akan dilihat salah, sekaligus menolaknya dengan pantas, sambil merujuk ke guru masing-masing untuk mencari hujjah tambahan.

Kerap juga saya dengari di kalangan penyokong-penyokong ini merujuk kepada guru mereka sambil berkata "Ust , bagaimana saya nak jawab hujjah mereka yang ini, yang itu dan lain-lain" . Sedarkah kita bahawa kemungkinan hujjah itu benar?. Tetapi dalam hal ini, si penyokong seolah-olah sudah pasti ianya salah, cuma mereka kurang mahir menacri hujah menolaknya sahaja. Sang guru pula akan rasa tercabar apabila hujjahnya dipatahkan lalu dengan begitu bersemangat pula membawa buah' baru untuk dilontarkan kepada orang sana'. Jika ini berlaku, tiada lagi usaha mencari kebenaran tulen, yang ada hanyalah usaha menunjukkan ke'alim'an masing-masing. Adakalanya, belum pun sesuatu hujah orang sana' diamati sehingga habis ayat-ayatnya, telah digelengkan kepala, ditertawakan, diberikan senyuman sumbing tanda hinaan terhadap hujah orang lain. Nabi SAW menyebut : " Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia" ( Riwayat Muslim) Berkata Syeikh Abu Raghib akan erti "Batar" dalam hadith di atas :"Rasa ujub' atau keajaiban diri yang menyelubungi individu ketika diseliputi nikmat ( termasuk nikmat ilmu)" Inilah yang pasti berlaku dalam pertempuran hujjah yang diapikan oleh para penyokong ini. Perlekehan akan berlaku, lalu timbulah ayat-ayat seperti " tak habis mengaji lagi tu" , " hidung masih berhingus nak berhujjah". " ni mesti tak faham bahasa arab dengan baik ni" , "depa ni bukan reti ilmu hadith" dan banyak lagi dari kedua-dua belah. Sihatkah ini? Benarkah perjuangan kebenaran yang didokongi atau telah terseleweng sedikit demi sedikit?. Semoga Allah memberi rahmat buat kita semua dan mengampunkan saya dalam kesilapan pengamatan saya yang amat sederhana. Maaf buat semua jika ia mengguris anda tanpa hak. www.zaharuddin.com
Izinkan ana memberi sedikit komen berkaitan perdebatan atau polemik antara kaum tua dan kaum muda. jika sekadar perbezaan dalam manhaj tafhim fiqah atau khilaf, maka sejak dahulu lagi terdapat perbahasan ilmiah bagi mencari kesimpulan atas sesuatu hukum atau nas. manakala suasana pada zaman itu adalah di bawah naungan sistem ketuanan Islam (khalifah)serta mengikut adab-adab dalam ikhtilaf. manakala jika terdapatnya banyak pandangan, maka Khalifah berkuasa memutuskan satu2 pandangan yang perlu diikuti oleh ummah pada masa itu. apa yang membimbangkan adalah terdapat agenda lain di sebalik polemik tersebut yang harus dilihat dari perspektif aqidah dan pemikiran Islam. manakala suasana sekarang, zuruf atau waqi'nya adalah berbeza. beberapa perbezaan yang ketara adalah : 1. Ketiadaan System Ketuanan Islam (Khalifah) 2. Kejahilan Ummat (Bukan Semua) 3. Kelemahan Ulama (bukan semua) 4. Umara Yang Zalim Lagi Fasiq 5. Kejahilan Mengenai Pokok-Pokok Perundangan Islam Dan Adaabul Ikhtilaf

6. Ancaman Musuh Dalaman : Syaitan 7. Ancaman Musuh Luaran : Kuffar Amerika Dan Yahudi Serta Qaum Munafiqin & Orientalis 8. Lain-Lain Factor Sebagai para pendakwah, kita haruslah berupaya melihat reality di sebalik polemic tersebut yang kompleks dan berhatihati dalam membuat kesimpulan. Merujuk kepada fatwa Dr Yusof Al-Qaradhawi, adalah haram kita membahaskan perkara2 furu dan khilaf sementara membiarkan (tidak peduli) akan perkara usul (pokok) seperti aqidah, siyasah dan ibadah. Hakikatnya, kita mestilah kembali kepada penghayatan Al-Quran Dan As-Sunnah bagi menyelesaikan masalah umat islam. Selain dari itu, kita harus melihat bahawa dalam polemic tersebut, ada aspek yang tidak diberi perhatian iaitu serangan kuffar ke atas aqidah dan pemikiran Islam. Ia bermula selepas kegagalan perang salib ke atas umat Islam kerana kekuatan aqidah dan naungan dawlah khilafah. Maka musuh-musuh Islam merancang untuk melemahkan umat Islam dan menghancurkan dawlah dengan beberapa serangan seperti : Al-ghazwul fikri & sekularisme Golongan wahabi (salafi jadian) Serangan budaya Serangan fizikal Polemic antara kaum muda dan kaum tua juga boleh dilihat sebagai kesinambungan pertembungan antara aqidah haq dan bathil. Golongan wahabi mekah yang didokong british dengan berslogankan (kononnya) memerangi bidaah dan syirik berusaha menjatuhkan kerajaan Islam Turki yang merupakan Khalifah terakhir umat Islam pada masa itu. Mereka bukan sekadar menjadi hamba kuffar Barat pada masa itu, malah sanggup memberontak dan melepaskan diri dari umara Muslimin pada masa itu. Selepas itu berdirilah Negara Arab Sawdi yang terus berkiblatkan kepada kuffar Amerika syarikat walaupun mereka sering melaungkan slogan tawhid dan bidaah (sebaliknya merekalah yang melanggar konsep tawhid dan melakukan bidaah yang besar). Mereka juga menyerang golongan yang berpegang kepada ijtihad mazhab dan tasawwuf dengan membidaah dan mentakfirkan umat islam yang lain (tabdie dan takfir). Kalau di Negara kita, wahabi perlis mendapat tempat dengan dokongan penguasa (spt shahidan kassim) dan mufti baru (asri). Mereka asyik melihat kepada perkara-perkara furu tetapi membiarkan perkara dasar seperti system pemerintahan yang masih secular dan system ekonomi riba dan penindasan ke atas rakyat miskin. Pengkaji melihat bahawa pemerintah tempatan membiarkan isu ini bagi menjaga ketentingan mereka (status quo) untuk terus berkuasa. Kebenarannya, selepas wahabi (kaum muda) berjaya menjatuhkan ketuanan siyasah umat Islam, maka mereka terus mengancam kekauatan umat Islam dengan menyerang pemikiran dan ibadah mereka dengan modal syirik, bidaah dan sesat. Berdasarkan pandangan ringkas di atas, maka beberapa penyelesaian adalah disyorkan seperti di bawah : a) mengajak ummat kembali kepada kefahaman dan perlaksanaan system Islam yang syumul. b) Menjajar umat akan adab-adab berselisih faham c) Menjelaskan bahawa gejala tabdie dan takfir anjuran pelampau wahabi adalah menyalahi semangat ajaran Islam yang suci d) Menolah golongan wahabi (bukan salafi) yang menjaja agama atas kepentingan kufar barat dan syaitan. e) Menjelaskan akan bidaah yang sebenarnya iaitu menolak system Islam dan mengekalkan system kufar penjajah f) Mengajak umat kembali kepada perpaduan dan mengemblengkan tenaga menolak kepimpinan secular dan menggantikan dengan system politik Islam (system Khilafah) g) Ulama dan umara Muslimin bersatu memimpin umat ke jalan kebahagiaan berdasrkan ajaran Islam h) Lain-lain kaedah yang boleh di putuskan dari masa ke semasa oleh para ulama dan intelek Islam Semoga penjelasan ringkas ini memberikan manfaat di dunia dan akhirat. Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai