Anda di halaman 1dari 1

Pencegahan pembiakan nyamuk

Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi setiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pingganpinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali Semburan asap Pemeriksaan premis untuk mencari dan memusnahkan jentik-jentik Menggalakkan penggunaan abate Mengedarkan risalah dan pemberitahuan mengenai langkah pengawalan pembiakan nyamuk aedes Sentiasa memeriksa halaman dan dalam rumah. Memasang jaring nyamuk di tingkap Memakai baju panjang dan seluar panjang

Anda mungkin juga menyukai