Anda di halaman 1dari 33

PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

1. PENGENALAN.

Bagi mereka yang peka terhadap isu-isu keselamatan di tempat kerja akan
tertanya-tanya mengapa dan bagaimana sesuatu kemalangan itu berlaku walhal
keselamatan pekerjaan itu secara langsung dan tidak langsung melibatkan semua
orang. Ini termasuklah majikan, pekerja, keluarga, orang ramai dan juga negara.
Jika inilah hakikatnya, mengapakah kemalangan masih berlaku di tempat kerja.

Tidak terhingga bilangan kajian berkaitan dengan keselamatan di tempat


kerja telah dilakukan di dalam dan luar negara. Begitu juga tidak terhingga bilangan
statistik kemalangan diterbitkan dan sejumlah yang sama cadangan dikemukakan
untuk mengurangkan, jika tidak menghapuskan kemalangan di tempat kerja.

Jika diteliti punca-punca kemalangan di tempat kerja, kita tidak dapat elak
daripada membuat satu kesimpulan yang agak empirik terhadap punca satu
permasalahan yang rumit. Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka
manusialah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada
pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusia memainkan peranan dalam
mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan
melupus hazarad tersebut. Pendek kata manusia terlibat di setiap peringkat
menangani hazard. Soalannya sekarang ialah siapakah manusia itu ? Adakah
mereka ini bertanggungjawab dan mempunyai kebertanggungjawapan menangani
masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Page 1 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

2. OBJEKTIF

Tujuan tugasan kali ini,adalah ingin mengenal pasti hazard yang berada di
Lapangan Terbang Bintulu,Sarawak. sementara itu menyenaraikan 100 hazard
berisiko rendah dan 100 hazard berisiko sederhana dan juga mengenal pasti 20
hazard berisiko tinggi , bersama dengan cara / kaedah untuk mengawal risiko di
tempat kerja.

Sementara itu ,kita juga akan mengetahui apa yang di maksudkan dengan
Hazard , Ketagori Hazard , Risiko dan Tahap Risiko. Ia dapat memudahkan tugas
seseorang yang memgambil berat tentang soal keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.

Page 2 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

3. METHODOLOGI

Sebelum memulakan kajian ini, kita harus menumpukan kepada perkara


asas dalam hal-hal keselamatan & kesihatan pekerja , selain itu pengetahuan tentang
hazard dan risiko juga perlu di fahami terlebih dulu. Dengan pengetahuan tersebut
kita dapat menilai faktor-faktor yang boleh menyumbang kemalangan.

Laman web menjadi rujukan utama saya bagi kertas kerja ini, selain itu saya juga
membuat rujukan nota-nota dan maklumat manual bagi memahami konsep –konsep
keselamatan & kesihatan.dan tidak ketinggalan juga pemerhatian saya di sekeliling
kawasan Lapangan Terbang dan temuduga dengan pekerja-pekerja Malaysia
Airports Bintulu.

Teori Domino Heinrich dan Teori Bird & Lofus digunakan bagi memahami
sesuatu kemalangan itu berlaku.maka hasil utama yang saya dapat ialah majikan
dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam hal-hal isu keselamatan & kesihatan di
tempat kerja.

Page 3 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Source : Albert Heinrich

Page 4 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

4. DEFINISI HAZARD

4.1 Apa Itu Hazard ?

Erti perkataan hazard boleh mengelirukan.selalunya dalam kamus tidak


memberi makna yang tepat atau dengan tema yang sama dengan risiko.comtohnya,
satu kamus mendefinisikan hazard sebagai merbahaya ataupun risiko.

Ada banyak perbezaan untuk hazard, tetapi yang selalu digunakan dalam
keselamatan dan kesihatan perkerja,hazard itu adalah,sesuatu punca untuk kejadian
mencederakan, atau mengakibatkan kesihatan yang memudaratkan kepada benda-
benda lain atau kepada orang dalam apa-apa jua jenis keadaan kerja.

4.2 KATEGORI HAZARD.

Kepentingan mengenal pasti sebanyak mungkin hazard tidak dapat


dinafikan jika diketahui bahawa setiap kemalangan yang berlaku itu berpunca
daripada lebih daripada satu penyebab. Pada masa yang sama hazard bukan sahaja
bertindak secara sendirian tetapi boleh dan mungkin bertindak balas antara satu
dengan lain untuk menghasilkan hazard dan risiko yang baru.

Satu cara untuk memastikan sebanyak mungkin hazard di tempat kerja


dikenal pasti adalah dengan mengkategorikan hazard-hazard. Hazard boleh
dikategorikan kepada :-

4.2.1 Hazard Elektrik.

Hazard elektrik mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran


akibat lebihan beban dan menjadi panas dan percikan atau `arcing`.

Page 5 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

4.2.2 Hazard Mekanikal.

Hazard mekanikal adalah hazard yang berkaitan dengan


kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini
termasuklah bahagian bergerak, memotong, menyepit, memutar
dengan pantas, menghentak dan menghempap.

4.2.3 Hazard Sinaran.

Hazard ini terbahagi kepada dua :-

i) Hazard sinaran mengion adalah hazard sinaran yang mampu


mengakibatkan pengionan atom (misalnya, sinar gama, sinar
X, zarah alfa, zarah beta dan zarah neutron).

ii) Sinaran tidak mengion tidak mampu mengakibatkan


pengionan atom. Antara contoh sinaran ini termasuk sinaran
gelombang mikro, infra merah, gelombang radio dan radar.

4.2.4 Hazard Kimia.

Hazard kimia adalah hazard yang memberikan kesan kerana


sifat fizik dan kimianya serta tindakbalas kimianya. Hazard kimia
dinyatakan dalam bentuk mudahnya terbakar, meletup,
keradioaktifan, korosif, toksisiti, karsinogenisiti atau
teratogenisitinya. Hazard kimia adalah hazard yang sukar ditangani

Page 6 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

termasuk oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam


bidang kimia, biologi dan toksikologi.

Setiap satu jenis bahan kimia ini mempunyai sifat,


tindakbalas dan ketoksikan yang berbeza-beza dimana tidak
diketahui sepenuhnya. Terdapat bahan kimia yang berhazard secara
sendiri (misalnya, racun arsenic dan sianida).

Terdapat juga keadaan di mana hazard sesuatu bahan


kimia hanya diketahui selepas beberapa tahun penggunaannya.
(Misalnya, asbestos pernah satu ketika dianggap sangat berguna
sebagai penebat haba dalam perlindungan kebakaran tetapi sekarang
diketahui mengakibatkan asbestosis).

4.2.5 Hazard Fizikal.

Hazard fizikal dikaitkan dengan hazard tenaga. Ini


termasuklah hazard objek jatuh, tergelincir, perlanggaran, tekanan,
letupan, bunyi dan juga sinaran. Bahan kimia seperti minyak petrol
yang mengakibatkan kebakaran dan letupan juga boleh dikategorikan
sebagai hazard fizikal.

4.2.6 Biohazard atau Hazard Biologi.

Biohazard adalah hazard yang berpunca daripada hidupan.


Misalnya, organisme patogenik seperti bacteria, virus, kulat dan yis
berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan hospital dan
makmal. Misalnya, organisme patogenik seperti bacteria, virus, kulat
dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan
hospital dan makmal perubatan sahaja. Ia boleh juga seperti di tapak

Page 7 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

pembinaan, kilang atau pejabat. Antara biohazard yang sangat


diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV dan hepatitis di
kalangan pekerja berisiko tinggi.

Tidak seperti biohazard yang selalu dikaitkan dengan


organisma mikroskopik, hazard biologi boleh berupa serangga
(seperti nyamuk pembawa penyakit dan lipas), ular, tikus dan
sebagainya. Hazard biologi ini boleh membawa penyakit atau
gigitannya boleh memudaratkan kesihatan.

4.2.7 Hazard Ergonomik.

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia


dengan sekitaran kerjanya. Hazard ergonomik selalunya dikaitkan
dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan
proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
Misalnya, pekerjaan menaip yang lama dalam keadaan yang tidak
ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan `Tunnel Carpel
Syndrome` dan sakit belakang.

4.2.8 Hazard Psiko-Sosial.

Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan


mereka yang berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakan
kemalangan pekerjaan. Penyebab asas sebahagian daripada
kesilapan dan perbuatan ini berkaitan dengan hazard psiko-sosial,
iaitu hazard yang berkaitan dengan psikologi pekerja dan
tindakbalas mereka terhadap tekanan sosial. Sikap suka mengambil

Page 8 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

risiko, suka melanggar peraturan atau menunjuk-nunjuk tindakan


yang berbahaya adalah antara hazard psiko-sosial.

Pengaruh luaran (seperti kehendak majikan, keadaan tempat kerja


yang tidak serasi, perhubungan rakan kerja, desakan rumah tangga
atau keluarga) boleh memberikan tekanan seseorang pekerja. Bagi
mereka yang mampu menanganinya berpotensi meberikan
tindakbalas yang berupa hazard psiko-sosial di tempat kerja.

Page 9 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

5. DEFINISI RISIKO

5.1 Apa Itu Risiko ?

Risiko adalah peluang atau kemungkinan orang itu akan dicederakan atau
mempunyai pengalaman dari segi kesihatan yang boleh memudaratkan kalau
terdedah kepada bahaya..ia boleh juga diberi kepada situasi dengan harta benda atau
kehilangan barang-barang kelengkapan.

Contohnya :
Risiko yang menyebabkan kejadian kanser daripada merokok boleh
dikatakan “ Perokok mempunyai lebih 12 kali peluang mati akibat kanser
berbanding yang tidak merokok”. Satu cara lain,untuk membuat kajian risiko
ialah “ sebilangan nombor ‘Y’ yang menjadi perokok per 100,000 yang
merokok boleh menjadi kanser paru-paru” (bergantung kepada umur dan
berapa tahun orang itu merokok) risiko itu ada menunjukan sebagai
kemungkinan atau mudah mendapat penyakit atau mudah mendapat
cedera,di mana hazard merujuk kepada mudah mendapat padah( contoh :
kanser paru-paru,emphysema dan penyakit jantung daripada merokok.

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap risiko termasuk :


 Sebanyak mana orang itu terdedah kepada benda-benda bahaya atau keadaan
 Bagaimana orang itu terdedah(contohnya : bernafas dalam wap,tersentuh dengan
kulit.
 Bagaimana teruknya jika terkena keadaan yang terdedah.

5.2 TAHAP RISIKO

5.2.1 Risiko Rendah

Page 10 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Tidak ada pengawalan tambahan diperlukan kecuali ia boleh di implikasikan


dalam kos terendah ( dari segi masa , kewangan ,dan kesungguhan )
tindakan lebih untuk mengurangkan semua risiko ini adalah di buat secara
keperluan yang rendah.

5.2.2 Risiko Sederhana


Pertimbangan perlu ada jika mahu risiko boleh di bawa ke tahap yang
rendah.di mana ia boleh di guna pakai, ke tahap yang boleh di ambil kira
dan jika boleh ke tahap di terima pakai,langkah mengurangkan risiko perlu
di buat dalam masa yang singkat.percaturan perlu di buat, supaya
pengawalan sentiasa di jalankan seperti biasa,terutama sekali jika tahap
riksiko yang melibatkan kawasan yang berkaitan dengan keadaan yang
merbahaya.

5.2.3 Risiko Tinggi


Kaedah – kaedah yang banyak perlu dibuat untuk mengurangkan
risiko.langkah mengurangkan risiko boleh dibuat dengan segera dalam masa
tertentu dan amat sesuai untuk mengambil kira memberhentikan atau
menghalang segala aktiviti ,atau memberi langkah pengawalan risiko yang
mendalam,sehingga semuanya ini selesai di buat.

Page 11 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

6. 100 HAZARD YANG BERRISIKO RENDAH .

BIL HAZARD
Pejabat Di Terminal Dan Balai AFRS
1 Pejabat yang tak cukup terang pencahayaan.
2 Peredaran udara keluar kurang.
3 Permukaan lantai pejabat basah.
4 Lantai yang rosak.
5 Karpet yang berhabuk.
6 Susunan perabot tidak sesuai.
7 Meletakan barang berat di atas kabinet yang tinggi.
8 Kawasan bilik pejabat yang sempit.
9 Fail yang banyak tidak tersusun dengan teratur.
10 Bekerja menggunakan komputer terlalu lama.
11 Duduk terlalu lama di kerusi.
12 Keadaan waktu bekerja terlalu panjang.
13 Penjanaan gas ozon daripada alat fotokopi dan pencetak laser.
14 Bilik pejabat yang panas.
15 Asap rokok.
16 Bunyi bising pada mesin pencetak dan fotokopi
17 Ink mesin cetak mengandungi bahan kimia.
18 Habuk pada kertas.
19 Menggunakan bahan pelarut(solvent)
20 Perabut baru ( formaldebyde)
21 Bakteria/virus( sisa makanan,binatang rayap(tikus,lipas dll).
22 Beban kerja terlalu banyak.
23 Soket elektrik di lantai.
24 Bicu tajam pada sudut meja.
25 Penggunaan gam
26 Kabel elektrik pada laluan pejalan kaki.
27 Meletak perabut pada ruang pejalan kaki
28 Meletak barang besi di bawah meja.
29 Meletak peralatan tajam di dalam pejabat.
30 Membiarkan pin berselerak di lantai.
31 Menggunakan kerusi yang tidak sesuai di dalam pejabat.
32 Pengunaan pisau atau gunting untuk membuka sampaul surat.

Page 12 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

33 Penggunaan stapler.
34 Penggunaan puncher.
35 Penggunaan eliminate mesin.
36 Sampah yang penuh pada bakul sampah yang tidak di buang.
37 Stor pejabat yang bersepah.
38 Dokumen yang lama berlambak di stor yang sempit dan berhabuk.
39 Kurang pencahayaan di stor pejabat.
40 Terlalu lama dalam stor.
41 Stor pejabat yang terlalu panas.
42 Cat pada dinding pejabat yang merekah.
43 Kerusi yang tidak ergonomik.
44 Susunan barang terlalu banyak pada rak.
45 Berlari di pejabat.
46 Ruang stor terlalu sempit.
47 Menggunakan monitor komputer yang sudah kabur.
48 Jarang pada komputer dengan pengguna terlalu dekat.
49 Wayar komputer tidak disimpan dengan kemas.
50 Makan / minum semasa berkerja di depan komputer.
51 Kerusi yang tiada penyandar.
52 Kerusi terlalu tinggi dan rendah.
53 Komputer yang sudah outdated,pengguna boleh stress.
54 Cara salah menggunakan mesin pencetak.
Di Terminal
55 Budak bermain dengan troli.
56 Troli dibiarkan berselerak.
57 Roda troli sudah rosak.
58 Lantai licin.
59 Budak dibiarkan bermain di lif.
60 Kurang pencahayaan.
61 Bunyi bising di dalam terminal.
62 Pekerja di kaunter duduk terlalu lama.
63 Penyaman udara terlalu sejuk.
64 Pekerja berdiri terlalu lama.
65 Berjalan di conveyor.
66 Masa berkerja terlalu lama tanpa rehat.
67 Tempat kaunter berhabuk.
68 Menggunakan kasut yang tak sesuai.
69 Pintu masuk automatik.

Page 13 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

70 Pintu kecemasan dihalang dengan pasu bunga.


71 Pintu rintangan api dikunci.
72 Merokok di dalam terminal.
73 Bilik merokok tiada pengedaran asap dengan baik.
74 Kerusi yang tak sesuai untuk pengguna lapangan terbang.
75 Tiada penanda awas pada lantai yang licin.
76 Tukang cuci menggunakan bahan kimia untuk mencuci.
77 Ruangan kantin yang sempit.
78 Kerusi di kantin tidak ergonomik
79 Lantai di kantin basah.
80 Menggunakan selipar semasa berkerja di ruang dapur kantin.
81 Tidak mencuci tangan semasa menghidang,memasak,dll.
82 Pinggan /mangkuk tidak di cuci dengan sempurna.
83 Makanan tidak ditutup.
83 Ruangan dapur yang sempit.
84 Menggunakan peralatan tajam seperti pisau.
85 Tidak mengasingkan simpanan bahan mentah dengan bahan pencuci.
86 Mengangkat kuali yang panas.
87 Binatang yang merayap seperti tikus, lipas dll.
88 Masa berkerja terlalu lama.
89 Meletak barang di atas rak yang tinggi.
90 Tidak menggunakan sarung tangan.
Di Kawasan Airside
91 Tidak menggunakan safety vest.
92 Tidak menggunakan ear plug
93 Merokok di kawasan airside.
94 Tiada penggunaan beacon.
95 Fog eskalator tidak digunakan pada kenderaaan di kawasan airside.
96 Membuang sampah di kawasan airside.
97 Binatang seperti burung,kucing,dll. Berbahaya pada pesawat.
98 Penyusunan barang dalam troli bagasi tidak teratur.
99 Palang di pagar keselamatan.
100 Tumpahan minyak hydraulik di apron.

Page 14 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

7. 100 HAZARD YANG BERISIKO SEDERHANA

BIL HAZARD
Kawasan Lapangan Terbang
1 Memandu melebihi 25km/j ( Syarat Ditetapkan 25km/j)
2 Tidak mempunyai lampu beacon semasa di kawasan airside ( supaya
kenderaan dapat dilihat pada jarak jauh)
3 Millroll pada troli tercabut
4 Bagasi yang terjatuh di tengah jalan.
5 Tidak memakai ”Safety vest”.
6 Tidak memakai ” ear muff ” bila berdekatan dengan kapal terbang.
7 Duduk di Conveyor pemunggahan barang.
8 Tidak mahir menggunakan ”Tow Truck”.

Page 15 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

9 Pekerja aerobridge yang tidak mahir .


10 Merokok di kawasan airside.
11 Mengisi minyak kapal terbang.
12 Mengisi ruang penyimpanan bagasi di kapal terbang.
Penyelengara Elektrik / Mesin
13 Menggunakan pemutar skru yang tidak ada penebat.
14 Peralatan elektrik yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.
15 Tidak memakai kasut keselamatan ketika dalam substation.
16 Ground kabel yang tidak bertutup.
17 Lantai yang basah di substation.
18 Tiada tanda awas pada mesin elektrik.
19 Mengedalikan mesin X –Ray.
20 Bertugas terlalu lama berdekatan dengan mesin X-Ray.
21 Budak kecil bermain di conveyor mesin X-Ray.
22 Tidak mahir menggunakan mesin X-Ray.
23 Tidak menggunakan ” Radiation Monitor Device ” semasa mengendalikan
mesin X-Ray.
Dapur Di Pejabat
24 Microwave yang di lapik kertas.
25 Lantai dapur yang berminyak.
26 Lantai dapur yang basah
27 Pisau yang tidak di simpan di laci.
28 Suis pemanas air yang di biarkan terpasang walaupun tidak digunakan
Pemanduan Jentera Berat (Jentera Bomba)
29 Pemandu jentera bomba terdedah pada gegeran yang berlebihan.
30 Kurang tekanan angin pada jentera bomba
31 Pemandu yang tidak ada kemahiran mengendalikan jentera bomba.
32 Ruang pemandu yang tidak bersih berhabuk.
33 Pemandu yang mengantuk.
Asbestos
34 Menggunakan peralatan untuk membentuk,memotong dan melubangkan
asbestos.
35 Membaik pulih bahagian binaan yang mengandungi asbestos.
36 Mengumpul serpihan asbestos di tapak binaan.
37 Memasang unit pengalir udara(AHU) yang mengandungi asbestos.
38 Memungah produk asbestos yang tidak di bungkus
39 Memasang bumbung asbestos.

Page 16 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

40 Memasang siling asbestos.


41 Membaiki siling asbestos.
42 Membuka siling asbestos.
43 Membaiki siling asbestos.
44 Menyimpan bahan binaan yang mudah terbakar.
45 Menggunakan soket yang rosak.
46 Lebihan beban elektrik kerana terlalu banyak soket dalam satu litar.
47 Menggunakan Plug rosak.
48 Tidak melebalkan kerosakan pada suis rosak.
49 Menggunakan peralatan elektrik yang tidak menepati piawaian.
50 Menggunakan peralatan pertukangan yang telah rosak.
51 Menggunakan Test Pen yang rosak.
52 Meletakan minyak petrol di tempat panas.
53 Sampah mudah bakar yang tidak di lupuskan dengan betul.
54 Tidak menggunakan topi keselamatan.
55 Tidak menggunakan kasut keselamatan.
56 Tidak Menggunakan sarung tangan.
57 Peralatan pertukangan bersepah di tapak binaan.
58 Tidak melebalkan bahan kimia yang disimpan.
59 Tidak mengasingkan bahan bertoksik dengan bahan lain.
60 Meletakan soket sambungan di tempat yang salah.
61 Menyambungkan wayar ke soket tanpa plug.
62 Paku dan besi bersepah di tapak binaan.
63 Jurukimpal yang terdedah pada asap kimpalan
64 Tidak menggunakan google semasa membuat kimpalan.
65 Tidak menggunakan sarung tangan semasa membuat kimpalan.
66 Tidak mahir menggunakan peralatan kimpalan.
67 Tukang kayu yang terdedah pada habuk kayu.
68 Pengawal keselamatan yang berada di kawasan binaan.
69 Terdedah pada suhu panas terlalu lama.
70 Menggunakan peralatan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan.
71 Keadaan bising di tapak binaan.
72 Tidak menggunakan topeng mulut dan hidung semasa di tapak binaan.
73 Tidak menggunakan google bagi mereka yang berkerja dengan
drill,grander dan lain-lain.
74 Serpihan batu konkrit.
75 Menggunakan peralatan tajam seperti gergaji,pahat dan lain-lain.

Page 17 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

76 Pekerja yang memasang bumbung bangunan yang tinggi.


77 Kerja memasang siling bangunan.
78 Bahan buangan yang tidak di lupuskan dengan betul.
79 Memandu di kawasan yang sedang dalam binaan.
Stor Di Balai Bomba
80 Lantai stor yang licin.
81 Meletakan bahan kimia di rak yang tinggi.
82 Tidak mengasingkan bahan kimia dengan bahan –bahan yang lain.
83 Bahan-bahan kimia yang merbahaya diletak di ruang pejalan kaki.
84 Menggunakan rak stor yang sudah reput untuk penyimpanan.
85 Menggunakan tangga untuk mengambil barang berat di kedudukan tinggi.
86 Tong minyak pelincir yang bocor.
87 Menggunakan tangga secara menegak.
88 Menyandarkan tangga mudah alih pada permukaan yang tidak rata.
89 Menyusun barang di rak dalam keadaan tidak tersusun
90 Keadaan di stor yang bersepah dan tidak tersusun.
91 Pengaliran udara yang kurang di stor.
Keadaan Di Balai Bomba
92 Keadaan di bay yang basah.
93 Minyak pelincir jentera tidak di buang dengan sempurna.
94 Berada di hadapan balai bomba.
95 Semasa mengangkat tangga diatas jentera bomba
96 Menggunakan peralatan bomba seperti Hydrulic Forcing Tool.
97 Semasa mengendalikan Mesin B.A air Compressor.
98 Tabung B.A tak pernah di tukar angin lebih dari 6 bulan
99 Semasa pemeriksaan enjin jentera bomba.
100 Semasa mengisi minyak diesel jentera bomba.

Page 18 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

8. 20 HAZARD YANG BERISIKO TINGGI

Daripada 100 hazard yang berisiko rendah dan sederhana ,kita akan mengetahui 20
hazard yang boleh mengundang risiko yang tinggi iaitu membawa kepada kematian jika
tidak dikawal atau dibendung Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disenaraikan 20
hazard yang berisiko tinggi di kawasan Lapangan Terbang Bintulu dan kaedah untuk
mengawal risiko.:

a) Anggota Bomba (AFRS) Memadam Kebakaran Kapal Terbang.

Page 19 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 20 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

CADANGAN CARA / KAEDAH


BIL HAZARD
UNTUK MENGAWAL

01 Api kapal terbang Penyediaan baju pelindung yang sesuai


untuk anggota bomba
02 Asap beracun Menggunakan alat pernafasan Breathing
Apparatus”
03 Kapal Terbang terbakar Anggota bomba perlu seorang yang
terlatih, dan dan tahu teknik
pemadaman yang betul

b) Bahagian binaan dalam kapal terbang yang membebaskan gas bertoksik bila
terbakar Seperti : - Kerusi penumpang , Kerpet, curtain dan lain-lain.

Page 21 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL HAZARD

04 NYLON
Gas Toksik
Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)

05 SILK
Gas Toksik
Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)
06 WOOL
Gas Toksik
Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)
Nitrogen dioxide(NO3)
07 ACRLICS
Gas Toksik
Cyanide (HNC)
08 POLYSTYRENE
Gas Toksik
Benzene
09 RUBBER
Gas Toksik

Page 22 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Sulfer Dioxide(SO2)
10 URETHANES
Gas Toksik
Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)
11 MELAMINES
Gas Toksik
Cyanide (HNC) dan Ammonia (NH3)
12 POLYVINYLCHLORIDE(PVC)
Gas Toksik
Nitrogen Dioxide,Hydrogen Cloride,Carbon Monoxide, dan Halogen Acid.
13 ACRO-NITRILE-BUTADIENE(ABS)
Gas Toksik
Cyanide (HNC)
14 FLUOROCARBON MATERIAL
Gas Toksik
Hydrofluoric Acid
CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

 Setiap anggota bomba perlu tahu bahan bertoksik yang berada di kapal terbang
,penggunaan PPE harus dipakai semasa menghadapi kebakaran kapal terbang.

Page 23 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

c) Semasa Anggota Bomba AFRS Ingin Menghampiri Kebakaran Kapal Terbang


Jenis Pesawat Pejuang , Commercial (Boieng , Airbus),dan Helikopter.

Page 24 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 25 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 26 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

ENJIN

BIL HAZARD

Page 27 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

15 Ejection Seat
16 Pensenjataan
17 Bom
18 Pyrotechnic
19 Missiles Propellants
20 Main Rotor
21 Tail Rotor
23 Air Frames
24 Sedutan enjin pesawat yang masih berfungsi.
CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

 Anggota Bomba harus mematuhi prosedur keselamatan semasa


menghampiri pesawat pejuang ,commercial dan helikopter dengan
menjauhi dari hazard tersebut.
 Menggunakan agen pemadam yang betul untuk kebakaran enjin contoh :
Carbon oksida (CO2) dan bahan kimia kering (DP)

d) Semasa Menghampiri Kebakaran Roda Kapal Terbang

Page 28 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 29 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Page 30 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

BIL HAZARD
25 Nat roda.
26 Letupan Roda sekiranya salah menggunakan agen pemadaman.
CADANGAN CARA / KAEDAH UNTUK MENGAWAL

 Anggota Bomba harus mematuhi prosedur keselamatan semasa menghampiri


roda pesawat dan mengunakan agen pemadam seperti Fine water Spray,
buih(AFFF) dan bahan kimia kering (DP)

9. KESIMPULAN

Page 31 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

Kesimpulan dari hasil pemerhatian saya di tempat kerja , hazard wujud dalam setiap
pekerjaan yang dilakukan.Atas alasan inilah maka risiko keselamatan dan kesihatan
hendaklah diurus dan dikawal

Perbezaan antara insiden dengan bencana kemalangan terletak kepada kesediaan


dan kecekapan pekerja sesebuah organisasi untuk menangani keselamatan dan hazard yang
berlaku. Semua ini boleh disediakan dengan komunikasi dan prosedur tindakan kecemasan
yang cekap yang menangani hazard di tempat kerja dan ini boleh disediakan dengan syarat
majikan dan organisasi merancang pembangunan pelan tindakan untuk menangani hazard
di tempat kerja dengan berhati-hati dan menyokongnya dengan dana dan sumber yang
mencukupi.

Sehubungan dengan itu, pihak majikan perlu melaksanakan beberapa dasar,


pelaksanaan dan pemantauan dari masa ke semasa agar hazard di tempat kerja di titik
beratkan.

10. BAHAN RUJUKAN

Page 32 of 33
PMA- OCCUPATIONAL SAFETY

1. http://www.ccohs.ca/oshanswers/hsprograms/risk_assessment.html
Canadian Center For Occupational Healthy & Safety.

2. http://www.hse.gov.uk/risk/casestudies/index.htm

3. Nota Civil & Military Aircraft Firefighting Oleh MATC Penang.

4. Nota Aircraft Structure & Rescue Technique Oleh MATC Penang.

5. Manual Kursus Pegawai Keselamatan & Kesihatan Oleh NIOSH.

6. Nota Occupational Safety Oleh En.Agas Edmund Langgu.

Page 33 of 33

Anda mungkin juga menyukai