Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Kami pelajar dari SMK Paya Kemunting mempersembahkan sebuah pentomen yang bertajuk :

Aku sebuah Tong Sampah


Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap , aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ. Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata Kebersihan Amalan Mulia . Aku bangga dengan tugasku ini. Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula men!ampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku. Setiap pagi , pekerja majlis perbandaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan !eria."etapi biasanya ke!eriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang pengotor . Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan ter!emar dan berbau busuk. Begitulah nasib diriku.

Anda mungkin juga menyukai