Anda di halaman 1dari 21

1

2
Tempat kerja meliputi persekitaran, keadaan dan suasana kerja
yang amat luas. Bangunan pejabat, kilang- kilang, tapak
pembinaan, pelantar minyak, dan lombong bawah tanah adalah
antara contoh- contoh tempat kerja.
Walaupun suasana dan keadaan pekerjaan berbeza,
semuanya bergantung kepada sistem elektrik untuk tenaga,
kawalan, komunikasi dan sebagainya dalam hampir setiap
operasi kerja. Oleh itu kemalangan elektrik kemungkinan besar
boleh berlaku di semua tempat kerja.
PENGENALAN
3
Bahaya elektrik boleh menyebabkan
kemalangan dan kebakaran.
Aliran arus boleh mencacatkan anggota,
menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran,
letupan dan sebagainya.
Kemalangan yang disebabkan elektrik:
1.sentuhan terus dengan arus elektrik
2.arka elektrik
4
Gejala ini dapat diatasi jika peraturan-
peraturan keselamatan elektrik dipatuhi
Tujuannya adalah untuk melindungi
pengguna, alat-alat, pekerja dan harta benda
daripada kemalangan elektrik.
5
6
1. Rancang setiap kerja.
2. Fikir setiap kesilapan yang kemungkinan berlaku.
3. Guna alat tangan yang betul
4. Gunakan prosedur, rajah, dan dokumen sebagai alat untuk kerja.
5. Asingkan peralatan dari sumber bekalan.
6. Kenalpasti renjatan dan arka serta bahaya yang mungkin ada.
7. Minimakan bahaya dengan perlindungan atau pendekatan berhati-
hati.
8. Uji setiap litar dan setiap pengalir, setiap kali sebelummenyentuh
9. Gunakan alat perlindungan diri sebagai perlindungan terakhir
10.Tanya diri anda adakah saya mempunyai kemahiran,
pengetahuan, peralatan dan pengalaman untuk menjalankan
kerja-kerja ini secara selamat .
Apabila hendak menjalankan kerja keatas sistemdan peralatan
elektrik, sentiasa:
7
Renjatan Elektrik
Kerosakan alat elektrik dan kecuaian manusia
sendiri merupakan sebab utama terjadinya
renjatan elektrik yang boleh dipecahkan kepada
beberapa bahagian:
1.Kecuaian mematuhi langkah-langkah keselamatan.
2.Menambah dan mengubahsuai alat-alat yang sedia
ada.
3.Menggunakan alat elektrik yang telah rosak tanpa
membaiki terlebih dulu.
8
3 keadaan yang perlu dipertimbangkan:
1. Laluan masuk ke badan dan keluar
2. Nilai arus atau tenaga mengalir ke badan iaitu:
Kebakaran tisu dan organ dalaman Lebih dari 1.5 A
Penyepitan J antung 200 500 mA
Pengepaman jantung terhenti 100 200 mA
Penyerabutan sistemrespitori 30 75 mA
Paralisis sistemsaraf. 10 40 mA
mengalami kesakitan, pengecutan otot 3 10 mA
Terasa menggelenyar 0.5 3 mA
Tindakbalas Arus AU 60 Hz.
9
3. J angkamasa sentuhan - Tahap kecederaan
bergantung pada masa dan frekuensi arus.
Kecederaan renjatan adalah dalaman, kesan luka
yang boleh dilihat adalah pada bahagian masuk dan
keluar arus.
10
Mangsa kemalangan elektrik boleh juga mengalami
kecederaan berikut;
1. Luka sentuhan voltan rendah
2. Luka sentuhan voltan tinggi kemasukan dan keluaran arus
ke badan
3. Melecur
4. Susah bernafas (tersekat laluan pernafasan oleh lidah)
5. Kecederaan urat saraf
6. Kecederaan mata (jangka panjang boleh berlaku selepas
3 tahun terkena renjatan)
7. masalah jangkitan
8. retak tulang disebabkan pengecutan otot (bahagian sendi
bahu)
11
CARA MENGAWAL BAHAYA RENJATAN ELEKTRIK
1. PENGHAPUSAN (ELIMINATION)
2. PENGGANTIAN (SUBSTITUTION)
3. PENGASINGAN (ISOLATION)
4. KEJURUTERAAN (ENGINEERING)
5. PENTADBIRAN (ADMINISTRATION)
6. PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (P.P.E)
12
Penyelenggaraan elektrik dengan cara pencegahan
Satu cara penting untuk mengurangkan kemalangan renjatan
elektrik adalah dengan mengamalkan dan mematuhi prosedur
penyelenggaraan secara pencegahan:
Periksa kawasan kerja terhadap bahaya elektrik setiap hari,
seperti:
Lampu berkelip
Keadaan suis ( panas,pecah)
Bau benda terbakar
Penyambungan yang longgar
Kabel pecah, berserabut
13
J angan sesekali mengabaikan masalah elektrik
Gunakan penyambungan dan kabel yang sesuai untuk
sesuatu kerja seperti saiz yang sama denagan kabel alat dan
kekuatan yang boleh tahan kepanasan dan sebagainya.
Semua alat penguji perlu di selaraskan
Baca dan patuhi arahan operasi alat yang digunakan
Alat yang rosak mesti dibaiki oleh mereka yang
berkemahiran dan bertauliah
14
Matikan semua peralatan selepas diguna
Tanggalkan alat dari bekalan kuasa
Sentiasa bersihkan kawasan kerja dengan memastikan ianya
kering.
Kekemasan dan rekaletak terancang pendawaian sementara
akan mengurangkan bahaya renjatan dan kebakaran elektrik
15
Pencegahan dan pengurangan bahaya elektrik
Mengurang dan menghapuskan pendedahan bahaya elektrik memerlukan
perhatian berterusan. Keselamatan adalah tanggungjawab semua
majikan dan pekerja. Kepekaan terhadap persekitaran kerja elektrik yang
selamat menghasilkan keperibadian yang baik.
Sekatan fizikal seperti pagar, penebat, kotak agihan dsb.
Pastikan kawasan kerja bersih dan kering. Kawasan kerja yang bersepah
mengundang kemalangan dan kecederaan
16
Sekatan Pengurusan - dokumen polisi
Siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan elektrik ?
Bagaimana keselamatan elektrik di selaraskan?
Bagaimana pekerja dilatih?
Apakah kelayakan mereka yang bekerja dengan dan berkaitan peralatan
elektrik.
17
Sekatan pentadbiran perlaksanaan polisi
Pengkhususan tugas dan kawasan
Mengenalpasti bahaya
Panduan untuk menghadapi bahaya elektrik
18
Kawalan Perlindungan Diri
19
20
ARC FLASH
21

Anda mungkin juga menyukai