Anda di halaman 1dari 2

APLIKASI MATEMATIK DALAM PENGGUNAAN GEAR BASIKAL

Basikal merupakan sebuah kenderaan yang dicipta yang memerlukan gerakan yang
menggunakan tenaga manusia iaitu dengan mengayuh pada pedal basikal tersebut.Penggunaan
basikal telah bermula seawall tahun 1817 oleh Von Drais. Basikal merupakan kenderaan awal
dan menjadi kegunaan sehingga abad 21 hari ini. Teknologi moden masa kini banyak
mempengaruhi dalam pembuatan gear basikal. Hal ini kerana bagi memastikan pengguna dapat
memilih basikal yang bersesuai dengan kegunaan individu tersebut.
Sejarah basikal iaitu basikal yang pertama dicipta diperbuat daripada kayu dan tidak mempunyai
pedal atau pengayuh. Pada masa itu, pengguna basikal menggerakkan basikal tersebut dengan
cara mengayuh kaki di lantai. Peredaran masa telah banyak mempengaruhi penciptaan basikal
berdasarkan teknologi moden dari semasa ke semasa. Secara umumnya matematik banyak
diaplikasikan dalam pembuatan basikal. Antaranya aplikasi matematik yang sering digunakan
dalam pembuatan basikal ialah seperti berikut :
i. Bentuk dan sudut
Bentuk dan sudut merupakan salah satu aplikasi matematik dalam pembuatan basikal di
mana menggunakan bentuk serta sudut yang sesuai bagi memastikan kestabilan serta
keselamatan sesebuah basikal. Sudut yang lebih besar yang perlu apabila kelajuan diperlukan.
Selain itu, roda basikal juga mengaplikasikan geometri matematik di mana secara umumnya
lilitan roda basikal lumba adalah lebih besar daripada basikal gunung. Lilitan ditentukan oleh
formula C = Pi x Diameter. Nilai C ialah dapat menentukan bahawa lebih besar diameter roda
lebih besar jarak yang dapat dilalui bagi setiap pusingan lengkap sebuah roda.
ii. Nisbah gear
Pemilihan gear yang tepat dan bersesuai banyak mengaplikasikan matematikSebagai
contohnya ialah pengguna perlu memahami nisbah gear. Nisbah gear adalah bilangan gigi pada
gear depan (gegancu) berbanding dengan bilangan gigi pada gear roda(spoket). Jika gegancu
mempunyai 60 gigi dan gear roda mempunyai 10 gigi, nisbah gear adalah 60:10 atau 6:1. Ini
bermakna bahawa setiap kali kita beralih pedal, gear roda akan membuat 6 putaran lengkap iaitu
6:1 nisbah gear yang besar untuk kelajuan. Nisbah gear yang lebih kecil adalah lebih baik untuk
mendaki bukit. Setiap putaran pedal memerlukan tenaga yang jauh lebih rendah menjadikannya
lebih mudah untuk pedal.
Pada tahun 1900 wheel hub yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang
berbasikal di kawasan yang berbukit telah dicipta. Oleh itu, aplikasi matematik telah digunakan
dalam menentukan kesesuai gear basikal yang betul. Teknologi moden telah banyak
mempengaruhi perkembangan basikal terutama sekali dari segi gear basikal. Hal in dapat
ditentukan di awal perkembangan basikal tanpa gear sehinggalah basikal moden hari ini.
Antara aplikasi matematik yang terlibat dalam gear basikal ialah dengan menggunakan operasi
asas bahagi dan darab.
Dalam konteks ini, aplikasi matematik sangat penting dalam pemilihan gear basikal yang sesuai
dengan penggunaannya. Aspek yang paling penting dalam pengaplikasian matematik dalam gear
basikal ialah nisbah gear. Nisbah gear basikal ditentukan dengan formula seperti berikut :
Nisbah gear :

Anda mungkin juga menyukai