Anda di halaman 1dari 3

SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

JALAN PEKAKA 8/1 KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA



LAPORAN PELAKSANAAN
TEACHER SHARING SESSION (PLC)
TAHUN 2014

TARIKH : 14 Mei 2014

MASA : 4.30 petang 5.00 petang

TEMPAT : Bilik Guru

PENGERUSI : Pn. Almawardi Bt Ismail


KEHADIRAN :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Pn. Fardiah Bt Mat Salleh
Pn. Almawardi Bt Ismail
En Syamsuhairi B. Ismail
Pn. Rohani Bt Mohamed Zain
Pn. Norsyafarina Bt. Bidin
Pn. Nor Adibah Bt Rohiman
Pn. Aishah Bt Abd. Rahman
Pn. Wan Najibah Bt Wan Hassan


GKMP Sains dan Matematik
Ketua Panitia Sains








TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS PMR OLEH
PUAN NORSHAFARINA BT BIDIN
Kertas 1 (objektif)
Teknik penyingkiran untuk jawapan-jawapan yang pasti salah. Ini mengurangkan risiko jawapan yang
kurang tepat dipilih.
Kertas 2 (Subjektif)
Peringatan untuk calon semasa menjawab soalan Sains Kertas 2:
1. Berikan jawapan yang ringkas, tepat, padat dan bersifat saintifik.
2. Jawapan yang diberi mestilah mengikut jumlah markah yang diperuntukkan pada soalan.
3. Jangan berikan jawapan yang melebihi peruntukan markah kerana calon boleh dianggap
meneka.
4. Jawapan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya tetapi
jangan dicampur kedua-dua bahasa dalam satu baris ayat. Calon dilarang sama sekali
menggunakan bahasa pasar atau loghat daerah dan negeri.
5. Pastikan ejaan perkataan saintifik adalah tepat dan jelas sebutannya terutamanya bagi
soalan 1.
6. Jawab semua soalan dan jangan tinggal jawapan kosong kerana dalam pemeriksaan kertas
Sains (Science), skop jawapan adalah sangat meluas dan keutamaan untuk memberi markah
sangat penting kepada calon. Kadang-kadang dalam soalan itu ada jawapan. Pengetahuan
ketika anda menjawab kertas 1 juga dapat membantu anda menjawab kertas 2.
7. Soalan 7 dan 8 sangat mudah jika calon faham teknik menjawab kerana kebiasaannya soalan
bahagian ini lebih mengutamakan kemahiran terutamanya bagi soalan yang melibatkan graf
atau carta bar.
8. Baca soalan dengan berhati-hati dan gariskan perkataan yang penting dan fahami kehendak
soalan.

KAEDAH MUDAH UNTUK MENGINGAT OLEH
ENCIK SYAMSUHAIRI
Beliau memberikan satu formula untuk mengingat topik Sains Tingkatan 5 iaitu MEIOSIS. Kaedahnya
ialah dengan melukis simbol meiosis. Setiap huruf memberi makna istilah yang berkait dengan topik
tersebut yang mana istilah tersebut sukar diingati oleh pelajar berdasarkan pengalaman-pengalaman
sebelum ini. Didapati kaedah ini amat berkesan dan memberi manfaat kepada guru-guru yang lain.

Anda mungkin juga menyukai