Anda di halaman 1dari 23

9 Formula Pantas Seru Rezeki

9 Formula Pantas Seru Rezeki


Bukan khurafat malah hidup lebih berkat..
Formula akhir zaman, disayang Tuhan, diraikan malaikat.

Insyirah Azhar
Emel sokongan: insyirahazhar@gmail.com
Group sokongan: Insyirah Azhar Positive Circle
AMARAN: Segala kandungan dalam ebook ini adalah hakcipta terpelihara penulis.
Dilarang sama sekali mencetak atau menyalin semula ebook ini dengan apa cara
sekalipun tanpa keizinan saya. Anda hanya boleh mencetaknya untuk kegunaan
sendiri. Harap maklum.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Prakata
Alhamdulillah, ke hadrat Ilahi. Sungguh nikmat saya dapat selesaikan
pelancaran ebook karya pertama ini, setelah seminggu bekerja keras
untuk siapkan segala yang diperlukan.
Hanya Allah yang tahu betapa besarnya harapan saya untuk melihat
ebook ini dapat dilancarkan dengan baik dan laris jualannya. Aamiin.
Ingin saya ucapkan penghargaan pada mereka yang telah memberi
saya inspirasi, dan motivasi untuk teruskan perjuangan ini.
1. Terima kasih kepada Allah yang telah mengilhamkan idea untuk
ebook ini. Terima kasih kerana memberikan saya semangat dan
usaha yang gigih untuk saya lancarkan ebook ini.

2. Terima kasih kepada ibu ayah, keluarga yang saya sayangi juga
sahabat kesayangan, kak Ummu dan kak Sol yang sentiasa
berdamping dengan diri ini. Kalian berdua sangat menceriakan
hidup ini.

3. Terima kasih kepada satu-satunya mentor penulisan yang saya


kagumi, Tuan Aqif Azizan yang telah perturun ilmu penulisan ebook
sehingga kurang 6 jam sahaja, saya telah peroleh derasan idea
untuk menghasilkan ebook ini. Alhamdulillah.

4. Terima kasih kepada kak Wana yang memberi pendapat untuk


perkemas pelancaran ebook ini. Tidak terkecuali kak Iza yang sudi
membimbing untuk uruskan laman web jualan.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

5. Terima kasih kepada pembaca senyap blog TintaInsyirah.com.


Yang selalu Share dan Like secara langsung atau tidak langsung.

6. Dan yang paling dihargai, sahabat page Saya Insan Bahagia yang
banyak menyokong dan memberi saya motivasi untuk terus
menulis dan berkongsi.

7. Tidak lupa pada mentor Kuasa Minda, Master Rey yang sudi
membantu saya dalam mentunekan minda saya menjadi lebih
positif, selain itu, mentor Hukum Tarikan, Tuan Ir Ezwan yang
merupakan seorang mentor yang sangat supportive daripada mula
saya kenal hingga sekarang.

Dan yang terakhir mentor Law of Universal Attraction, Tuan Zuhairi


Nopiah yang banyak memberi peluang pada diri untuk mendalami
LUA.
Sungguh kalian memberi erti dan nilai pada diri ini. Terima kasih Allah,
terima kasih semua.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Salam Perkenalan Daripada Penulis


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat para pembaca.
Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan Terima Kasih kerana sudi
mendapatkan ebook karya pertama saya iaitu ebook 9 Formula Pantas
Seru Rezeki.
Bagi pembaca yang baru mengenali saya, nama pena saya yang lama
adalah Al Insyirah. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa saya tidak
masukkan gambar.
Saya memilih untuk membiarkan nama saya lebih dikenali daripada rupa
saya kerana saya yakin, nama lebih berpengaruh daripada rupa. Contoh
terbaik, Rasulullah SAW. Walau baginda telah wafat berabad tahun
yang lalu, namun namanya tetap segar dalam kalangan umat Islam.
Saya pernah menjadi penulis artikel islamik di Ilmi-Islam.com. Di
samping itu, saya pernah menulis artikel di ILuvIslam.com. Tidak
terkecuali menulis artikel genre motivasi bisnes di MajalahNiaga.com.
Saya bermula dalam dunia penulisan, pada tahun 2009. Daripada
menulis di blog percuma seperti Wordpress, dan Blogspot, saya mula
beranikan diri, melangkah ke hadapan dalam dunia penulisan. Pada
bulan 3 2012, saya bangunkan blog TintaInsyirah.com.
Tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi pengalaman yang saya
dapat, dalam menyusuri universiti kehidupan. Saya suka berkongsi.
Dalam tiap perkongsian, saya akan selitkan moral yang saya dapat.
Turut disertakan, ayat Al Quran dan hadis yang berkaitan.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Azam Menerbitkan Ebook


Saya sudah lama mempunyai azam untuk menerbitkan ebook apetah
lagi, apabila saya mendapat feedback luar biasa, daripada pembaca
senyap blog saya. Tidak terkecuali ada azam terbitkan buku. InsyaAllah.
Oleh sebab itu, setelah yakin dengan ilmu yang dituntut tentang
penulisan ebook, maka saya beranikan diri untuk lebih ke hadapan
dalam dunia penulisan.
Kini, saya ingin dikenali sebagai Insyirah Azhar, yang juga ada nama
ayah saya di dalamnya.
Selamat membaca dan selamat BERANI bertindak!
Insyirah Azhar
Penulis Bestseller Motivasi Ketuhanan. Aamiin.
www.insyirahazhar.com
Dengan izin Allah, ia berlaku. Doakan

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Isi Kandungan
Bab 1: Susuk Jernihkan Aliran Rezeki .............................................................................................. 7
Bab 2: Sistem Ghaibkan Hutang ....................................................................................................... 8
Bab 3: Jampi Seru Rezeki Ghaib..................................................................................................... 10
Bab 4: Jamu Rapuhkan Masalah..................................................................................................... 12
Bab 5: Ikhtiar Bina Produktiviti ......................................................................................................... 14
Bab 6: Kunci Lingkupkan Bisikan Nakal ......................................................................................... 15
Bab 7: Picu Pembuka Rezeki ........................................................................................................... 16
Bab 8: Benih Lapangkan Rezeki ..................................................................................................... 17
Bab 9: Akses Mujarabkan Ilmu Kerezekian ................................................................................... 20
Bonus: Inspirasi 9 Formula Pantas Seru Rezeki ........................................................................... 21
Bonus: Nota Ringkas ......................................................................................................................... 22

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 1: Susuk Jernihkan Aliran Rezeki


Secara umum, susuk adalah sesuatu yang ditanam pada muka untuk
mencantikkan rupa paras. Apabila susuk telah ditanam, rupa kita akan
kelihatan cantik.
Susuk untuk menjernihkan aliran rezeki adalah dengan bersedekah
RM1 sehari. Apabila kita amalkannya secara konsisten tanpa putus, kita
pasti mula sedar dengan kelancaran rezeki kita.
Dalam ilmu kerezekian yang saya belajar, antara yang disarankan
adalah sedekah tiap hari kepada fakir miskin. Semakin lama saya
amalkan sedekah RM1 sehari, semakin deras rezeki yang saya terima.
Alhamdulillah, saya tidak pernah kehabisan duit dalam bank. Apabila
amaun duit dalam bank saya mula tinggal beberapa ringgit, pasti ada
rezeki ghaib masuk walaupun sedikit. Terima kasih Allah.
Sebelum itu, apabila kita bersedekah, pasang niat sedekah untuk kedua
ibu bapa kita. Ia adalah refleksi bahawa kita mahu mengenang budi
mereka berdua. Hatta dengan jutaan ringgit pun, tidak akan mampu kita
balas budi mereka.
Oleh itu, sebagai alternatif, kita pasang niat, apa-apa yang kita beri
untuk sedekah, niatkan pahalanya untuk kedua ibu bapa kita. Dengan
izin Allah, ia diterima dan ibu bapa kita akan peroleh komisyen pahala
tanpa henti.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 2: Sistem Ghaibkan Hutang


Seandainya kita mempunyai rezeki lebih untuk sedekah pada tiap hari,
teruskan. Apabila kita gandakah sedekah, ia dinamakan Sistem
Ghaibkan Hutang. Di samping itu, sistem ini juga untuk mempercepat
rezeki dengan lebih deras.
Seperti yang kita tahu, tiap sedekah yang kita labur, PASTI mendapat
ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis;
Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia
melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700 kali lipat
kebaikan sampai tidak terhingga." (Hadis Riwayat Bukhari
& Muslim)

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Teknik ini juga boleh digunakan untuk langsaikan hutang. Contoh, kita
ada RM10. Hutang kita bernilai RM100. Dengan menyedekahkan RM10,
kita PASTI dibalas RM100, sekaligus dapat membayar hutang kita.
Bagi mendapatkan rezeki lebih daripada mencukupi, sedekahkan
amaun lebih 10% daripada hutang kita. Contoh, kita sedekah RM10
untuk membayar hutang bernilai RM100.
Apabila kita menggandakan sedekah kepada RM20, kita pasti dibalas
RM200 yang memberi ganjaran lebih daripada mencukupi iaitu lebih
daripada hutang kita.
Teknik ini juga saya gunakan untuk membantu saya menghaibkan
hutang saya. Alhamdulillah, semakin saya gandakan, saya semakin
dapat selesaikan hutang sedikit demi sedikit.

www.insyirahazhar.com

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 3: Jampi Seru Rezeki Ghaib


Jampi penyeru rezeki adalah istighfar. Apabila kita beristighfar, kita
memohon ampun pada Allah. Istighfar juga bermanfaat untuk mengasah
kelancaran rezeki.

Hadis di atas menyatakan, apabila kita beristighfar, kita pasti diberikan


rezeki, daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Hadis adalah
kata-kata daripada Rasulullah dan pemberi hakiki adalah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Di samping
membersihkan hati, pasti kita diberikan rezeki daripada sumber yang
tidak diduga.
Saya sering gunakan formula ini apabila saya mula rasa tak keruan
dengan sesuatu keadaan. Tidak terkecuali apabila saya rasa tertekan.

www.insyirahazhar.com

10

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Semakin saya beristighfar, saya dapat rasa tekanan saya semakin


kurang.
Ramai orang yang mencari ketenangan dengan buat perkara yang tidak
bermanfaat. Sebernarnya, kita hanya perlu kembali kepada Allah untuk
mendapat ketenangan itu iaitu, dengan beristighfar.

www.insyirahazhar.com

11

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 4: Jamu Rapuhkan Masalah


Tahajud adalah amalan untuk membersihkan hati. Tahajud juga salah
satu amalan untuk menyelesaikan masalah dan menjemput rezeki.
Contoh, kita mempunyai masalah kewangan. Kita buntu untuk meminta
pada siapa. Pastinya pada Allah kita kembali untuk memohon
pertolongan.
Tanpa disedari, apabila kita semakin rajin tahajud, masalah kewangan
semakin selesai. Rezeki semakin lancar. Hutang semakin kurang.
Ini dikongsi dalam buku Keajaiban Rezeki (versi Malaysia). Bagaimana
penulis iaitu Ippho Santosa, mengamalkan tahajud, masalahnya
semakin hilang. Tambahan lagi, ta-ha-jud, TAhu tahu HAjat terwuJUD.
Ippho Santosa juga berkongsi, dengan tahajud, beliau mengalami situasi
di mana, hajat yang selama ini dimpikan menjadi kenyataan.
Subhanallah.
Ketika tahajud juga, adalah waktu mustajab doa kerana di kala itu Allah
turun ke langit paling rendah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tuhan kita Yang Maha Luhur dan Maha Agung turun
setiap malam kepada langit dunia ketika sepertiga malam
terakhir, seraya menyeru :
Adakah yang menyeru Ku maka Aku akan menjawab
untuknya, adakah yang memohon pada Ku maka Aku akan
memberinya, adakah yang beristighfar pada Ku maka akan
Ku ampuni untuknya (Hadis Riwayat Shahih Bukhari)

www.insyirahazhar.com

12

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Oleh itu, ketika kita peroleh peluang untuk bertahajud, doa dan
bayangkan seolah-olah kita telah peroleh apa yang kita doa.
Beza taufiq dan hidayah. Apabila kita terbangun di sepertiga malam, ia
dinamakan Hidayah. Ada dua kemungkinan, sama ada kita sambung
tidur atau kita terus bangun untuk tunaikan tahajud.
Seandainya kita bangun untuk tunaikan tahajud, ia dinamakan Taufiq.
Itu kepentingan Taufiq dan Hidayah.

www.insyirahazhar.com

13

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 5: Ikhtiar Bina Produktiviti


Dalam buku Keajaiban Rezeki (versi Malaysia) oleh Ippho Santosa,
Dhuha adalah amalan yang bermanfaat untuk membina produktiviti.
Sama ada untuk diri dan perniagaan.
Dhuha juga bermanfaat untuk memikat rezeki datang kepada kita. Ini
boleh dilihat pada doa solat sunat Dhuha;
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu.
Keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu.
Kekuasaan

itu

kekuasaan-Mu

dan

perlindungan

itu

perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika
di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan,
kekuasaan-Mu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Aamiin
Allah pasti meluaskan masa kita apabila kita berusaha memberi masa
untuk Allah. Hasilnya, masa yang kita jalani pada tiap hari produktif dan
serba mencukupi. Kita juga tidak berasa sibuk dengan kerja sedia ada.

www.insyirahazhar.com

14

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 6: Kunci Lingkupkan Bisikan Nakal


Kadang-kala oleh sebab kita terbiasa dengan percaya selepas berjaya,
hati kita terdetik;
Tak de pun balasan 10-700 kali ganda
Saya juga pernah mempunyai perasaan itu tetapi cepat-cepat saya
sedarkan diri. Sungguh Allah tidak pernah memungkiri janji. Pernah
saya sedekahkan RM50 tetapi lama-kelamaan saya terdetik;
Potensi RM50 dapat RM500 tetapi tak de pun
Selepas beberapa hari, saya melihat inbox facebook saya. Tanpa
diduga saya mendapat projek yang bakal memberi keuntungan
sehingga RM50, 000. Subhanallah.
Tatkala itu saya mula mendidik diri agar sentiasa bersangka baik pada
Allah. 10 kali ganda adalah minima malah Allah pasti memberi ganjaran
sehingga lebih 700 kali ganda, sekiranya Dia mahu.
Kuncinya adalah berSANGKA BAIK dan YAKIN pada rezeki yang Allah
beri.

www.insyirahazhar.com

15

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 7: Picu Pembuka Rezeki


Pepatah yang biasa kita dengar;
Zakat menyucikan harta dan jiwa
Zakat adalah hak Allah, sedekah pula hak orang lain. Tiap rezeki kita
ada hak orang lain. Meskipun kita mendapat RM10, sedikit daripada
RM10, perlu kita kongsi dengan mereka yang memerlukan.
Alam ini ibarat vakum. Apabila kita berani memberi iaitu
membahagikan pendapatan kita untuk zakat dan sedekah,
kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk rezeki
masuk bagi memenuhi ruang itu. (Petikan ebook Booster
Magnet Duit)
Impaknya, rezeki kita semakin lancar.

www.insyirahazhar.com

16

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 8: Benih Lapangkan Rezeki


Benih untuk melapangkan rezeki adalah Syukur. Syukur ibarat akar
yang mengembangkan jajahan dahan untuk mengeluarkan buah.
Semakin kukuh akarnya, semakin sihat buahnya.
Semakin kita bersyukur dengan apa yang Allah beri, semakin lancar
rezeki yang kita terima.
Syukur adalah tanda terima kasih seorang hamba kepada Sang
Pencipta.
Contoh, kita menolong seorang insan. Setelah selesai menolongnya,
insan itu mengucapkan terima kasih pada kita.
Pasti kita berasa dihargai dan bersemangat untuk membantunya lagi.
Begitu juga dengan Allah.
Semakin kita bersyukur dengan nikmat yang Dia beri, semakin banyak
nikmat yang Dia beri, semakin melimpah ruah rezeki yang kita dapat.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu".(Surah Ibrahim: 7)
Hidup kita juga semakin diberkati Allah.
Cara Untuk Bersyukur
1. Tulis catitkan 100 perkara yang kita syukur pada tiap hari.
Teknik

ini

dikongsi

dalam

ebook

Hukum

Tarikan.

Saya

memerhatikan apabila saya mula amalkannya, rezeki saya


semakin baik.

www.insyirahazhar.com

17

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Contoh;
Hari ini saya bersyukur kerana:
Saya dan keluarga masih hidup
Rumah saya ada makanan dan minuman
Saya dan keluarga sihat

2. Ucapan Alhamdulillah - Lazimkan ucapan Alhamdulillah pada tiap


nikmat yang kita dapat. Contoh, ucapkan Alhamdulillah apabila
kita

bangun

daripada

tidur,

dapat

makan,

dapat

minum.

3. Sujud syukur Lazimkan sujud syukur tiap kali lepas solat


4. Lihat apa yang kita ada Apabila kita memandang apa yang kita
inginkan, kita lupa dengan apa yang kita ada. Kita sibuk
mensasarkan impian kita dengan tidak mensyukuri apa yang kita
ada.

Contoh, kita mengeluh mempunyai keluarga yang miskin. Alihkan


persepsi kita kepada bersyukur mempunyai keluarga. Renung
keadaan di Palestin, ramai kanak-kanak kecil telah kehilangan ibu
bapa dan adik beradik.

Sedangkan kita di sini, sibuk mengeluh dengan nikmat keluarga


yang Allah beri. Jadikan takdir mempunyai keluarga miskin itu
sebagai pelonjak untuk kita berazam mengubah kehidupan
keluarga.

www.insyirahazhar.com

18

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Apabila kita lazimkan diri dengan bersyukur, kita pasti merasakan


banyak nikmat yang Allah telah beri. Oksigen, bangun pagi dengan
sihat, keluarga masih hidup. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

www.insyirahazhar.com

19

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bab 9: Akses Mujarabkan Ilmu Kerezekian


Ibu adalah antara akses penting bagi memujarabkan ilmu kerezekian.
Dengan kuasa restu daripada ibu, kita dapat menarik rezeki dengan
lebih pantas dan drastik.
Kadang-kala kita tidak sedar kita pernah lukakan hati ibu. Secara tidak
sengaja, ibu telah memendam rasa dengan kita. Sungguh, hati wanita
sangat mudah terusik meskipun pada pandangan kita, ia kelihatan
remeh.
Oleh itu, lazimkan hantar sms atau seandainya kita lebih berani, telefon
ibu dan ucapkan kita mohon maaf atas kesalahan yang pernah kita buat
serta mohon ibu maafkan kita.
Minima, lakukan 3 hari sekali atau 1 kali seminggu. InsyaAllah, semakin
lama kita buat, ibu semakin redha dengan kita, malah lebih gembira
mempunyai anak yang sentiasa menyenangkan hatinya.

www.insyirahazhar.com

20

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bonus: Inspirasi 9 Formula Pantas Seru Rezeki


Alhamdulillah, kita telah selesai membaca 9 Formula Pantas Seru
Rezeki. Kesemua 9 formula tersebut adalah formula yang saya amalkan
dalam menyeru rezeki hadir deras dalam kehidupan.
Dahulu saya adalah seorang yang ketagihan wang, saya gembira hanya
bila ada wang. Saya adalah seorang pelajar. Pendapatan yang saya
jana di kala ini hanya cukup untuk bayar rumah sewa, bil air api dan
broadband.
Apabila hampir hujung bulan saya akan mula tertekan memikirkan duit
untuk bayar sewa. Walaupun saya seorang pelajar, saya tidak mahu
meminta ibu bapa saya duit. Saya mahu usahakan sendiri.
Alhamdulillah, sejak saya amalkan 9 formula yang telah dikongsi
terutamanya, sedekah RM1 sehari, saya dapat perhatikan rezeki saya
semakin lancar. Banyak perkara menakjubkan hadir dalam hidup saya.
Contoh, di kala duit dalam bank saya hampir habis kerana amalkan
sedekah RM1 sehari, tanpa disangka-sangka, saya pasti peroleh rezeki.
Sama ada melalui perniagaan Affiliate, orang bagi dan dapat projek
perniagaan. Alhamdulillah.
Kini saya mula gunakan formula nombor 2 untuk saya ghaibkan hutang
yang saya ada. Daripada RM1 sehari, saya semakin berani sedekah
RM3 sehari, kerana saya yakin, semakin saya gandakan sedekah,
semakin deras dan drastik rezeki hadir dalam hidup saya.
Alhamdulillah. Saya pasti, dengan izin Allah, apabila kita amalkan 9
formula ini, kita akan faham derasan rezeki yang saya maksudkan,
seperti yang berlaku dalam hidup saya.
Hanya orang yang BERANI memberi, peroleh DERASan rezeki
www.insyirahazhar.com

21

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bonus: Nota Ringkas


Di sini saya sertakan nota, untuk memudahkan pengamalan.
1. Sedekah RM1 Sehari waktu yang disarankan adalah selepas
Subuh hingga pukul 11 pagi.

(Saranan dalam ebook Magis Sebuah Fikiran Siri I & II)


2. Lipatgandakan sedekah apabila sudah istiqamah dengan
sedekah RM1 sehari, tingkatkan nilai.

Sekiranya kita ada rezeki lebih daripada mencukupi, tingkatkan


nilai RM1 kepada RM1.10. Lebih banyak, lebih deras rezeki yang
kita terima.
3. Istighfar disarankan istighfar lebih 100 kali sehari.

Bagi tujuan membiasakan diri, mulakan dengan 50 kali sehari


selepas solat, tingkatkan dengan gandaan 10.

Lebih banyak istighfar, lebih suci hati, lebih banyak rezeki Allah
beri.
4. Tahajud sebelum tidur, niatkan dalam hati,
Ya Allah, aku pohon bangunkan aku, di kala waktu terbaik untuk
programkan diriku, mindaku dan beribadah

(Petikan ebook Magis Sebuah Fikiran Siri I & II)

www.insyirahazhar.com

22

9 Formula Pantas Seru Rezeki

5. Dhuha lazimkan solat Dhuha.


6. Bersangka baik teruskan bersedekah. Tiada balasan terlihat
bukan kerana Allah tidak balas. Allah PASTI membalas. Didik
ikhlas dengan teruskan bersedekah.

Pasti akan tersingkap rezeki tersembunyi yang Allah beri.


7. Zakat apabila kita peroleh pendapatan daripada perniagaan
atau kerjaya, beranikan diri untuk berzakat.

Berikan sahaja minima RM10 tiap pendapatan yang kita dapat


walau tidak diwajibkan bayar zakat. Ingat! Tiap pendapatan yang
kita dapat ada hak Allah dan hak orang lain. Zakat adalah hak
Allah.

Gunakan Zakat Online.


8. Syukur catitkan 100 perkara yang disyukuri pada tiap hari.
Biasakan diri ucap Alhamdulillah. Sujud syukur selepas solat.

Lihat apa yang kita ada. Bandingkan apa yang kita ada dengan
orang lain yang tiada apa yang kita ada.
9. Ibu hantar sms atau seandainya lebih berani, telefon untuk
mohon maaf dan mohon maafkan kesalahan diri.
Dengan izin Allah, 9 Formula Pantas Seru Rezeki berkesan.

www.insyirahazhar.com

23

Anda mungkin juga menyukai