Anda di halaman 1dari 22

1|P a g e

INTRO

Kerapkali kita terlepas marah pada anak-anak kita, sebaik sahaja


kita rasa mereka mencabar atau tidak mengikuti kehendak atau
permintaan atau situasi yang kita harapkan.

Kerapkali juga kita marah si kecil kerana sebenarnya marahkan orang


lain, seperti suami atau individu signifikan lain yang lebih autoriti…

Kerapkali juga kita marah si kecil yang tanpa sedarnya, ucapan dan
tatacara layanan kepada si anak adalah sama seperti apa yang kita
sendiri alami sewaktu kecil, iaitu pengalaman dengan ibu bapa kita
sendiri kepada diri kecil kita.

Tarik nafas.

Sebenarnya tiada ibu yang mahu jadi ibu pemarah,


Tiada ibu yang mahu sengaja lukakan hati anak mereka,
Tiada ibu yang suka ditakluki oleh emosi negatif.

10 tips ini sekadar susunan santai saya untuk anda semua.

Ia mungkin tidak bernilai apa-apa kerana anda sudah tahu,


Namun ia tidak mustahil juga boleh menjentik kesedaran dalam diri
anda,
Akan sesuatu yang MUDAH untuk anda usaha, cuba lihat dari
perspektif yang lebih MENDALAM, lain, dan UBAH secara pantas.

Nah,
Saya hadiahkan bingkisan santai ini namun bermakna untuk anda
semua.

Moga beroleh sesuatu bermanfaat dari Ebook ini.

Ikhlas,
Maznah Ibrahim

2|P a g e
SIAPA SAYA

Saya Maznah Ibrahim, penulis beberapa Ebook Parenting ‘Saya Tak


Nak Marah Anak Siri 1 dan Siri 2’, ‘Teknik Rebonding’, ‘Teknik
Hypnoscipt Anak’, ‘Tips Adik Beradik Ngam’ dan ‘Membina
Kecerdasan Emosi dan Spiritual Anak’ yang sudah memberi manfaat
kepada lebih 1000 ibu bapa.

Masih bertugas sebagai kaunselor di sebuah organisasi kesihatan.


Saya juga telah membantu ramai ibu bapa dan guru untuk mengurus
EMOSI secara CEPAT, TEPAT dan EFEKTIF melalui “Seminar EHSABAR“
dan group coaching yang sudah dilaksanakan lebih 10 sesi di seluruh
Malaysia sejak 2015 di samping menjadi speaker jemputan di
beberapa seminar jemputan di seluruh Malaysia.

Saya adalah kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor


Malaysia dan sudah berkhidmat selama lebih 10 tahun semenjak tahun
2006 dengan pengalaman yang luas di bidang kaunseling kanak-
kanak dan keluarga, selain sebagai ahli kepada Malaysian
Counselling Association. Saya juga adalah seorang kaunselor yang
mempunyai pengalaman dalam menggunakan therapeutic play skills
untuk kaunseling kanak-kanak, certified Neo-NLP Pactitioner dan juga
certified STIFIn Promoter.

Saya juga pernah berpengalaman berkhidmat dengan NGO, dengan


mendidik ibu bapa dan kanak-kanak melalui sekolah dan institusi
pendidikan dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk
kanak-kanak, bebas dari penderaan seksual dan eksploitasi.

3|P a g e
MARI KITA MULAKAN

MEMAHAMI DAN AMALKAN

10 TIPS ATASI MARAH INI

KHUSUS UNTUK ANDA

PARA IBU BAPA YANG PRIHATIN

KEPADA PERKEMBANGAN EMOSI ANAK

4|P a g e
1. Elak terlalu cepat sensitif dan melatah bila berlaku sesuatu.
Selidik dan cari alternatif lain. Sentiasa berbaik sangka. Pause
dengan bernafas dalam (deep breathing) sekurang-kurangnya
sekali bernafas untuk 3 saat (sebaiknya 3-6 kali).

Untuk anak yang lakukan perkara yang anda rasa tak betul
atau tak berkenan, mulakan dengan pertanyaan: “Abang buat
apa tu?”, bagi mendapat perspektif pemikiran si anak. Anda
akan dapati jawapan mereka sangat ‘cute’ dan genuine.

Dan seterusnya soalan atau layanan anda kepada mereka akan


berubah lebih positif dari asal, BERBANDING anda terus
menyerang peribadi mereka dengan label-label negatif biasa.

Sumber: nerdywithchildren.com

5|P a g e
2. Alihkan perhatian anda dengan berundur daripada situasi
yang tegang. Tarik nafas dalam-dalam dan biarkan akal
mengimbangi (untuk ini, brain heart knowledge amat penting,
otak cukup rasional bila emosi positif, emosi pula hanya boleh
jadi positif pabila emosi negatif telah berjaya disalur keluar,
guna teknik urus emosi CTE (mana-mana yang sesuai dengan
diri anda).

Katakan anak sedang makan dan bersepah, BERUNDUR dan


tidak perlu lihat aktiviti makannya, biarkan dia selesai semua,
barulah anda mencelah untuk ajak mengemas bersama. Setelah
susana tenang, PESAN SOLUSI dengan bahasa mudah: “Nanti
lain kali makan elok-elok ok, nasi masuk ke mulut sahaja”. Anak
akan amat hargai berbanding dikomplen banyak semasa
aktiviti makan mereka sedang berjalan yang kebiasaannya
membantutkan imaginasi dan agenda mereka sahaja.

Sumber: Children need boundaries to thrive and feel secure. Robert Daly/Getty
Images

6|P a g e
3. Beristighfar dan berdoa agar Allah melindungi diri daripada
gangguan syaitan. (minima istighfar buat permulaan ialah 100
kali sehari (disusuli 500 dan 1000 kali sehari pabila telah
konsisten), anda akan dapati diri anda akan lebih terpelihara
dari nafsu amarah dan stabil. Istighfar bawa diri untuk
kembali ke ‘on track’ iaitu landasan benar, dan
impian/matlamat anda menjadi ibu mithali yang kool).

7|P a g e
4. Ubah posisi fizikal anda, sama ada duduk atau bangun. Dari
sudut bahasa badan ia menggambarkan anda tidak berminat
memanjangkan perbalahan / konflik atau sabotaj diri dengan
mengekalkan mode diri yang marah / sakit (Ilmu EHSABAR body
outline – change your body position).

Sumber: www.kidsyogastories.com

8|P a g e
5. Sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan Allah swt
terhadap kederhakaan kita jauh lebih besar daripada
kemarahan kita terhadap sesuatu….

9|P a g e
6. Sentiasa memaafkan kerana ia adalah sifat mukmin yang
sentiasa memohon keampunan Allah swt.
(i) maafkan diri bila ada rasa ‘aku ibu yang
gagal/ teruk/ tak baik’,
(ii) maafkan anak yang merupakan amanah
Allah untuk kita pelihara, sesungguhnya
mereka masih BELUM MATANG untuk sangat
cekap kendali suasana, dan
(iii) maafkan keadaan yang menjadikan anda
mudah marah, kerana ia satu ujian dunia
semata, dan matlamat akhirat lebih utama.

10 | P a g e
7. Tanamkan rasa kasih terhadap manusia kerana Allah swt
mempunyai rasa kasih terhadap hamba Nya sebagaimana
dalam sebuah hadis menyatakan: “Sesungguhnya belas ihsan
Ku melebihi amarah Ku”. Betapa Allah pun amat Pengasih dan
Pemaaf, apatah lagi kita hambaNya, tidakkah boleh jadi
KASIH, KASIHAN, kepada si anak, dan maafkan diri dan anak?
Sungguh sifat-sifat AsmaulHusna Ar Rahim (Penyayang), Al Afuw
(Pemaaf) ada pada diri kita, kerana kita adalah ciptaanNya,
sifat terbaik itu Allah sudah tiupkan ke dalam ruh kita sejak
dalam kandungan lagi.

11 | P a g e
8. Menunaikan solat dan meluahkannya serta bergantung harap
kepada Allah terhadap apa yang berlaku melalui DOA. Ingat,
senjata orang mukmin ialah DOA. Doa juga adalah tarikan
hukum alam yang universal (LUA – ingat nota EHSABAR slot
pertama). Mulakan dengan membersihkan hati dan kesalahan
diri dengan Solat Sunat Taubat, akui kesilapan dan azam untuk
tidak ulangi, dan susuli dengan Solat Sunat Hajat untuk
diilhamkan solusi terbaik buat diri kita. Hanya Allah yang
TAHU apakah cara dan solusi terbaik untuk keadaan spesifik
kita, kerana semua nikmat, dan ujian adalah dengan izinNya
jua.

12 | P a g e
9. Terapi air melalui wuduk atau mandi untuk menyejukkan fizikal dan
emosi. Minum atau biarkan sedikit air di dalam mulut sehingga
perasaan kembali tenang. Ini kerana amarah amat dekat dengan
syaitan, dan ia berunsur API. Lawan api memang AIR. Sentiasa
jadikan WUDU’ sebagai sebahagian PERISAI DIRI setiap masa.
Solat awal waktu setiap waktu, dan akhiri tidur dengan mengambil
wudu’ dahulu.

13 | P a g e
10. Bertindak bertentangan dengan kebiasaan cara marah anda.
Jika selalu MENJERIT, lawan diri untuk DIAM. Jika selalu LAJU
bergerak, cuba DUDUK. Jika selalu tangan laju ke anak, tangan
laju ke kemas rumah.

Sentiasa melatih diri dengan suara minda bahawa anda seorang


yang positif dan tenang dan sentiasa sedar bahawa ada hikmah
di sebalik setiap kejadian. Allah mahu mengajari kita, mendidik
kita untuk jadi lebih baik dari sudut tertentu seperti yang kita selalu
hasrat / impikan. Ini sebahagian ujian kecil sebelum anda ke
tangga lebih atas bagi satu-satu aspek, contoh aspek sifat SABAR,
maka anda diuji untuk jadi tidak sabar, ok. Ingat, MUSUH terdekat
untuk capai impian anda ialah DIRI ANDA sendiri, dan bisikan
syaitan itu amat dekat, maka lawan syaitan dengan senjata
spiritual (berunsurkan tenaga ALLAHswt sahaja).

14 | P a g e
Untuk Sahabat Non Muslim,

Memang ada yang mula bertanya kepada saya berkenaan isu ini.

Tips Tambahan : Sebenarnya dalam apa jua agama, sentiasa


menyarankan yang baik dan bermanfaat untuk diri dan orang sekitar
kita.

Asalkan anda kekal mengamalkan amalan


spiritual/keagamaan/kepercayaaan anda, amalan tersebut mampu
memberikan ketenangan jiwa dalam diri anda.

Sentiasa ingat bahawa berjaya kekal melayan baik anak, adalah


sama seperti anda kekal berbuat baik kepada orang luar lain, yang
merupakan satu sedekah (masa, tenang dan ilmu mungkin), kerana
hukum karma menyatakan, berbuat baik di balas baik dan buat jahat
beroleh kesusahan kemdian hari (atau di kemudian kehidupan nanti).

Jadi, anak anda, anak kita tidak lari dari seorang manusia lain, entiti
manusia yang kita mahu berbuat baik. Walaupun terdapat
perhubungan yang istimewa iaitu mereka darah daging kita, tidak
bermaksud mereka (anak-anak ini) boleh diperlekeh kan hak mereka
untuk menerima layanan baik dari kita.

Malah, 10 tips di atas tetap ‘applicable’ kepada anda, cuma letakkan


ke dalam konteks agama masing-masing.

Saya yakin kebaikan yang anda, dan kita semua lakukan, adalah
untuk satu dunia yang aman dan impaknya berbalik kepada diri kita
kelak. Bayangkan kita sudah tua dan dilayan acuh tak acuh oleh orang
awam yang berlainan agama, atau sama agama, akibat layanan
anak ini terima semasa kecil. Kita sendiri mahu hidup aman masa tua
nanti.

Jadi, marilah kita bersama mulakan usaha menanam sabar, dan


bertindak sabar dalam tindakan sehari-hari kita, ok.

15 | P a g e
P/S: Untuk rujukan lanjut atau anda mahu tahu bagaimana untuk
selesaikan atau mengurangkan situasi marah anak dari berulang,
menggunakan solusi cadangan saya yang lebih spesifik hasil
pengalaman saya sebagai kaunselor selama lebih 10 tahun, saya
cadangkan anda dapatkan ebook saya ini Ebook Saya Tak Nak
Marah Anak (Ebook STNMAL).

• tahukah anda, jika ianya berterusan, anak kecil ini akan


tercedera emosinya & juga boleh memberi kesan kepada
personality, kesihatan fizikal serta perhubungan dengan orang di
sekitar mereka dewasa nanti ?

• tahukah anda, seorang kanak-kanak yang berterusan dimarah


akan berisiko melakukan perkara yang sama kepada orang lain,
atau anak-anak mereka dewasa nanti. Mungkin and sudah
melihat tanda-tandanya sekarang ini.

The Cycle Continue…

Sejak tahun 2015 saya mula berkongsi secara umum tentang topik-
topik parenting dan urus emosi. Bermula hanya dengan perkongsian
ringkas dengan sahabat terdekat sehinggalah 2016 saya berjaya
sharing topik ini di beberapa negeri seluruh Malaysia melalui
SEMINAR EHSABAR.

Dari pengalaman itu saya dapati ramai yang menghadapi ISU


MARAH anak. Kebanyakannya boleh dikatakan buntu bagaimana
nak menyelesaikan isu ini, maka saya hasilkan ebook panduan ini
KHAS untuk reach out lebih ramai lagi ibu bapa dengan sedikit
pengalaman yang saya ada di bidang kaunseling

16 | P a g e
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN EBOOK STNMAL >>>

Testimoni Ebook

“Allahu Puan, saya hampir tidak percaya, 80% peratus masalah


yang saya hadapi apabila berdepan dengan situasi @ drama
kurang enak dari anak2 berjaya diselesaikan “

Ummu Hasanah

“…beli dan baca ebook ini, serius bagus”

Puan Izzati (Bukan Nama Sebenar)

17 | P a g e
“Hari ni hari ke lima saya langsung xmarah anak saya :)

Saya perasan anak saya dah kurang degilnya bila saya


berlembut dgn die..hubungan saya dgn suami pun makin
ok,nak solat pun bleh solat dgn tenang,xdela solat dlm keadaan
stress”

Puan Rina (Bukan Nama Sebenar)

KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN EBOOK STNMAL >>>


18 | P a g e
19 | P a g e
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN EBOOK STNMAL >>>

20 | P a g e
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN EBOOK STNMAL >>>

21 | P a g e
JEMPUT KE SALURAN PENDIDIKAN ILMU PSIKOLOGI
KANAK-KANAK DAN KEIBUBAPAAN SAYA

Telegram Channel :
https://t.me/ehsabar

FB Page :
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/

Website :
https://maznahibrahim.com

https://taknakmarahanak.com

https://ehsabar.ml

Semoga bermanafaat, Salam kasih sayang dari saya,


Maznah Ibrahim

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai