Anda di halaman 1dari 14

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia wujud daripada ketamadunan silam iaitu

Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan awal, seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah
Tua. Sementara itu, beberapa kerajaan lain di pantai Timur Semenanjung. Malaysia pernah
dijajah selama 446 tahun dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah
penubuhan kerajaan ini pastinya banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang
bercirikan tempatan mahupun Eropah. Sejak UNESCO mengiktiraf bandar Melaka dan
Georgetown sebagai bandar warisan bersejarah atau tapak warisan dan ketamadunan dunia,
barulah timbul kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. Menyedari
hakikat ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memulihara
bangunan bersejarah. Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan
bersejarah dalam konteks Malaysia?
Salah satu kepentingan bangunan bersejarah atau monumen ialah, dapat dijadikan
sebagai bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan
datang. Kita sedia maklum bahawa bangunan bersejarah atau monumen bermaksud
bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang tokoh yang telah berjasa atau peristiwa
penting yang pernah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lebih
daripada 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda,
dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga serta dilestarikan. Di samping itu,
bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang
kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang
realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, metos atau legenda semata-mata.

Sebagai contoh, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan
abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerabang Porta de Santiago, Gereja Christ,
Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,Gereja
St. Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang
pernah dijajah pada suatu masa dahulu dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan
awal, pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya,
bangunan bersejarah dan monumen lama amat penting sebagai bahan bukti yang kukuh
tentang peristiwa yang telah berlaku untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang.
Selain itu, bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan
iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Kita sedia maklum bahawa remaja
pada hari ini kurang mempunyai kesedaran diri terutamanya berkaitan dengan sejarah
Malaysia. Dengan adanya bangunan bersejarah di negara kita. Sekurang-kurangnya mereka
dapat menjadikannya sebagai panduan hidup mereka. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di
Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis
setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi
kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepimpinan dan juga kelemahan tentera
yang mengawal Melaka.
Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa yang berlaku maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi
kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun kita tidak harus
menjadikannya sebagai halangan untuk mencapai kejayaan. Negara kita juga mampu
menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak
mengambil mudah dan mengambil ikhtibar daripada sejarah silam negara. Tuntasnya,
2

bangunan bersejarah di negara kita sememangnya dapat memberi ikhtibar dan pengajaran
kepada generasi muda kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Bangunan bersejarah merupakan bangunan peninggalan daripada leluhur kita.
Bangunan bersejarah lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-ciri yang unik sehingga
mampu dikagumi dan dilestarikan. Antara contoh bangunan bersejarah ialah Kota A Famosa
di Melaka, Istana Menanti di Negeri Sembilan, dan Candi Lembah Bujang di Kedah.
Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan bangunan bersejarah ini sehingga perlu
dikekalkan oleh kerajaan?
Antara kepentingannya adalah dapat menarik kedatangan pelancong. Bangunan
bersejarah sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri, sehingga mampu memancing
hati pelancong, bukan sahaja pelancong asing, malahan pelancong domestik. Lihatlah, betapa
Kota Melaka yang terkenal dengan bangunan bersejarah yang berbagai-bagai rupa
menyebabkan kunjungan pelancong ke Bandar raya Bersejarah itu tidak pernah surut.
Disebabkan negeri ini mempunyai banyak bangunan bersejarah, UNESCO telah
mengisytiharkannya sebagai harta warisan dunia yang perlu dipelihara. Secara tidak
langsung, pengekalannya telah membantu negara menambahkan pendapatan negara.
Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini ialah
bangunan bersejarah ini boleh menjadi sumber maklumat sejarah kepada genarasi akan
datang. Adakah kita mahu generasi akan datang membesar dalam keadaan buta sejarah?
Sudah pasti jawapan "kita tidak buta sejarah" akan terucap tanpa berfikir panjang. Dengan
adanya maklumat tentang sejarah negara kita, sudah pasti golongan muda nanti akan lebih
terdidik dan akan timbul kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan menjaga
keamanan negara ini kelak. Mereka pasti akan menghargai segala pengorbanan nenek
moyang kita dalam memperoleh kemerdekaan. Dengan itu, negara kita tidak akan mudah
3

dijajah kembali oleh sesiapa sahaja kerana generasi muda kini yang bakal mewarisi tampuk
pemerintahan mempunyai kesedaran dan nilai patriotisme yang tinggi dalam diri.
Selain itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini adalah untuk
menarik pelancong asing melancong ke negara kita. Setiap bangunan bersejarah di negara
kita ini mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Dengan ini, para pelancong asing
pastinya akan tertarik untuk mengunjungi Malaysia kerana adanya warisan sejarah negara
yang boleh dilawati bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, bukan sahaja
pelancong asing, tetapi pelancong dari dalam negara juga akan tertarik mengunjungi sesebuah
bangunan bersejarah ini. Dengan ini bukan sahaja ekonomi negara kita akan meningkat
namun secara tidak langsung nema negara kita juga akan terkenal di seantero dunia.
Selain itu, bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan estika dan keunikan seni
binanya yang tersendiri. Sesungguhnya, setiap monumen bersejarah mempunyai gaya seni
bina masing-masing, sama ada menerima pengaruh luar mahu pun dibina berdasarkan
pengaruh tempatan. Misalnya, Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran
Merdeka jelas memperlihatkan keindahan seni binanya melalui pengaruh Inggeris dan Islam.
Uniknya, bangunan ini mempunyai menara jam yang didirikan di tengah-tengah bangunan.
Begitu juga dengan bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur yang jelas
menonjolkan ciri-ciri seni bina Islam melalui kubahnya seperti masjid.
Di samping itu, bangunan ini juga dapat mengimbau kembali sejarah negara. Dengan
masih berdiri megahnya bangunan yang dibina semasa zaman penjajahan yang membawa air
mata sengara dan derita, membolehkan masyarakat menginsafi perjuangan datuk nenek
moyang kita yang bermatian-matian sehingga mengalirkan darah, bak kata peribahasa, biar
putih tulang, jangan putih mata. Kota A Famosa umpamanya, mengingatkan kita Tanah
Melayu dijajah pada tahun 1511 oleh Portugis dan menjadi penanda aras berakhirnya zaman
4

kemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam
menjaga kemerdekaan negara daripada dicabul oleh bangsa asing.
Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat menonjolkan identiti sesuatu masyarakat.
Biasanya, untuk mempersembahkan jati diri dan keunikan sesuatu kaum akan ditonjolkan
melalui seni bina. Tamsilnya, Istana Menanti di Negeri Sembilan begitu jelas mempamerkan
jati diri masyarakatnya yang dikatakan berasal daripada bangsa Minang. Lihatlah, bentuk
bumbungnya yang mempunyai pengaruh Minangkabau. Tidak ketinggalan, Candi Lembah
Bujang di Kedah juga memperlihatkan betapa penduduk zaman itu mempunyai pegangan
yang kuat terhadap agama anutannya, iaitu agama Hindu.
Secara totalnya, bangunan bersejarah sememangnya membawa 1001 kepentingan
kepada negara serta masyarakat seluruhnya. Oleh itu, semua pihak perlu sedar akan peranan
masing-masing dalam usaha mengekalkan struktur dan nilai bangunan ini daripada
dimusnahkan. Ahli sejarawan ada berkata, Orang yang melupakan sejarah pasti
mengulanginya.. Oleh itu, peliharalah bangunan bersejarah supaya episod lara yang pernah
dibawa oleh Portugis, British, Belanda, dan Jepun tidak berulang semula. Tidak bermakna
bangunan yang telah berusia berates-ratus tahun ini perlu dirobohkan kerana dianggap sudah
uzur.
Di samping itu, bangunan bersejarah dan monumen memberi banyak manfaat dari
sudut pelancongan. Hal ini demikian kerana bangunan bersejarah dapat menarik pelancong
sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat negara
kita. Kita sedia maklum bahawa bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan
pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan kehebatan bangunan yang moden seperti
Menara Berkembar Petronas. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan
tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat
5

tersebut. Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsur
seni yang tiada tolok bandingnya.
Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan menyaksikan
monumen-monumen yang terdapat di lokasi yang dikunjungi di samping menyaksikan
keindahan alam semula jadi dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh
itu, bangunan bersejarah perlu dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan
lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat
pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara
Eropah, Perancis, Itali dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford
dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan
bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh
dunia dengan lebih banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Oleh itu,
bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan
negara.

Seterusnya, pemuliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara
untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kita sedia maklum
bahawa bangunan bersejarah amat penting kerana semangat patriotisme dalam kalangan
remaja sejak belakangan ini semakin menipis. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu
dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda. Sebagai contoh, Kota A
Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang
usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan
dahulu.
Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung
yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air. Peribahasa Melayu biar
putih tulang jangan putih mata sentiasa tersemat di dalam hati para pejuang negara ketika itu.
Secara tidak langsung, hal ini dapat mencelikkan minda generasi muda agar sentiasa
berwaspada terhadap musuh negara yang sentiasa mencari peluang untuk menjajah negara
kita sekali gus berjuang bermati-matian untuk ibu pertiwi daripada dicerobohi oleh kuasa
asing. Oleh itu, bangunan bersejarah penting dalam memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda bagi mempertahankan negara kita yang tercinta.
Ada pendapat mengatakan bahawa, bangunan dan monumen lama juga turut
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya kepada para
pelajar dan penyelidik. Kita sedia maklum bahawa pelbagai ilmu akan dapat dipelajari
dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contoh, dengan
terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek
di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui
bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan
dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu.
7

Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan
sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah
Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse
yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air
Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve
Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memberi
maklumat kepada pelajar tentang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita kerana tak
kenal maka tak cinta. Sesungguhnya, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya
mempunyai nilai yang tersendiri dan menjadi bahan rujukan kepada pelajar dan penyelidik.
Sebagai penghias bicara akhir, bangunan bersejarah amat vital dalam pembentukan
minda generasi muda terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.
Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi.
Bangunan bersejarah juga akan memangkin jiwa generasi muda agar lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk masyarakat yang sensitif
akan sebarang usaha untuk merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah.
Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah yang perlu
dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan dan memusnahkan
bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
Negara kita kaya dengan bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang pernah
menakluki negara kita hampir 500 tahun lamanya. Portugis, Belanda, British, Jepun
kemudian British sekali lagi bersilih ganti menjajah bumi kita selepas kejatuhan Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Kini telah 56 tahun rakyat Malaysia dapat
menghirup udara kemerdekaan dan menikmati kemakmuran serta kesejahteraan negara di
samping bersaing mengejar kemajuan di peringkat global. Ketika di bawah naungan penjajah,
kita secara paksa disogokkan dengan ideologi dan budaya hidup asing yang ternyata amat
8

bertentangan dengan norma-norma jati diri bangsa sehingga kadang-kadang berjaya juga
merobah pemikiran dan cara hidup masyarakat Tanah Melayu pada masa itu.
Pengaruh pemerintahan era penjajah bukan sahaja memberikan impak besar kepada
institusi pentadbiran, kemasyarakatan dan perekonomian malah juga berjaya mengubah
landskap negara. Bermula dari segi seni bina bangunan, sistem pengangkutan, sistem
perhubungan dan seterusnya pendidikan mengalami perubahan yang ketara. Jika kita
menyentuh soal seni bina contohnya, kedatangan penjajah menyebabkan begitu banyak
rekaan bangunan dan jambatan, serta premis-premis perniagaan yang menerima sentuhan cita
rasa dari kaum penjajah. Bangunan-bangunan ini yang kini telah mencecah ratusan tahun
usianya secara langsung mampu menjadi aset penting kepada negara.
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan
nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai sebuah negara yang sedang membangun.
Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan kawasan perumahan dibina dengan
menggunakan ruang tanah yang luas sedangkan kawasannya amat terhad. Antara isu yang
hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga ke sidang di Dewan Parlimen
mutakhir ini ialah isu tentang cadangan meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi
perbincangan itu tiada penyudahnya Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang
telah merobohkan bangunan bersejarah seperti yang berlaku di Surabaya, Jakarta.
Mengapakah hal seperti ini perlu berlaku? Adakah perlu bangunan yang kaya dengan nilai
sejarah tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan


bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau
9

peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa
penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun, kesan yang
ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat
dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat
penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan
bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan
oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah ceritacerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar
pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu
Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul.
Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau
Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu
dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di
Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan
bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas sama sekali kerana bangunan bersejarah dan monumen lama
dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita dapat
menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran
daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya,
10

Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina
oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan

ini terjadi kerana terdapatnya

masalah

perpaduan, kelemahan

kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu
menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak
mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah silam negara. Oleh hal itu,
bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen
menjadi tarikan pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara
untuk bertandang ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan
pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh hal
itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.
Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri
seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di
beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar
bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi
sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat
menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan
negara. Pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen
yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita
dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Tegasnya, bangunan bersejarah dan
monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

11

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya kepada para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu
yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama.
Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran
Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial
British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika
itu.
Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan
sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah
Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse
yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan
air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik
Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh hal itu, bangunan bersejarah dan monumen
sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan perlu dipertahankan.
Tuntasnya, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan
monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Dengan adanya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih
menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah
masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan
bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah
sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang
12

merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan


undang-undang yang lebih tegas.

Rujukan

13

14

Anda mungkin juga menyukai