Anda di halaman 1dari 4

SK CONVENT (M) KAJANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN GEREJA, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH: 2 4 OGOS 2016
HARI: SELASA, RABU DAN KHAMIS
TEMPAT: PAVILLION SEKOLAH

PENGENALAN
Sebagai menyokong hasrat negara yang dirangka oleh KPM dalam Pelan
Induk Pembangunan, sekolah bertanggungjawab untuk membudayakan sukan
disekolah agar dapat melahirkan pelajar yang sihat, aktif, berdisiplin dan bersatu
padu serta selaras dengan dasar sukan sekolah yang mengharapkan pelajar
mendapat kecemerlangan dalam sukan melalui aktiviti yang terancang. Kementerian
telah bersetuju melaksanakan startegi khusus bagi pemeriksaan kesihatan murid
berkaitan berat badan dan status Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI) bagi tujuan
intervensi pemakanan. Sehubungan dengan itu, KPM telah menghasilkan satu
program SEGAK untuk merumuskan tahap kesihatan murid serta perlu diusulkan ke
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi setiap 2 kali setahun.
Oleh yang demikian, bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk menjadi murid
yang lebih berwawasan dan menyemai minat bersukan dalam kalangan murid agar
mereka menjadi murid yang cergas dan cemerlang dalam semua bidang, pihak
Sekolah Kebangsaan Convent (M) Kajang telah bercadang untuk mengadakan
Karnival SEGAK pada 2 hingga 4 Ogos 2016.

RASIONAL

Karnival SEGAK merupakan satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk
mengukur tahap kecergasan murid berasaskan kesihatan melalui beberapa

komponen aktiviti yang telah ditetapkan.


Data penilaian SEGAK wajib dihantar kepada PPD dan JPNS bertujuan untuk
mengenalpasti tahap kecergasan murid-murid di sekolah rendah.

OBJEKTIF

Mengingatkan murid tahap kesihatan yang ideal mengikut berat tubuh badan.
Membudayakan minat bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Memberi gambaran contoh-contoh aktiviti kecergasan yang dapat
meningkatkan tahap kesihatan murid.

Ia juga menggalakkan hubungan muhibbah dalam sukan disamping

menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum.


Memastikan murid memperoleh pengetahuan asas sukan dan bidang-bidang
tertentu, walaupun tidak cemerlang sebagai atlet tetapi murid tersebut

mempunyai pengetahuan tentang tahap kesihatan manusia.


P&P secara tidak formal seperti pengetahuan kesihatan, kecergasan dan
keselamatan dalam sukan dan ianya dapat membentuk sikap yang positif dan

disiplin dalam diri murid


Mengeratkan hubungan guru dan murid dengan penglibatan mereka dalam
aktiviti ini.

TENTATIF PROGRAM
Tarikh

: 2 - 4 Ogos 2016

Hari

: Selasa, Rabu dan Khamis

Tempat

: Pavillion sekolah

Sasaran

: Semua murid tahun 4, 5 dan 6 (Wajib)

ATUR CARA PROGRAM /JADUAL PROGRAM


(Rujuk lampiran)

PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar selepas berlangsungnya Karnival ini akan
terdapat perubahan dari segi persepsi murid terhadap sukan dan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar mereka lebih cenderung untuk menjalankan
aktiviti sukan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi yang

cemerlang dalam akademik kerana dengan bersukan minda akan menjadi lebih
cerdas dan badan menjadi cergas.
Dengan itu kerjasama dari pihak yang bertanggungjawab amat-amat
diperlukan dalam menjayakan Karnival ini. Kami amat berharap agar Karnival ini
dapat berjalan dengan lancer dan memberi hasil yang baik kepada pihak sekolah.

Disediakan oleh

.
(CIK NORFARAHAFIZAH BINTI MOHD RASIP)
SETIAUSAHA SUKAN
SK. CONVENT (M) KAJANG

Disemak oleh

(PN. HASNAH BT HARUN)


GPK PENTADBIRAN & KURIKULUM
SK. CONVENT (M) KAJANG

Disahkan oleh

.................................
(PN. HJH ROSLINA BT HJ HASHIM)
GURU BESAR
SK. CONVENT (M) KAJANG

Anda mungkin juga menyukai