Anda di halaman 1dari 2

Rasul Ulul Azmi

Maksud : Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki
kedudukan yang tinggi atau istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam
menyebarkan agama. Antara Nabi yang mendapat gelaran Rasul Ulul Azmi ialah Nabi
Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS, Nabi Nuh AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS.

Kriteria:

Memiliki kesabaran yang tinggi ketika berdakwah.


Sentiasa memohon kepada Allah agar tidak menurunkan azab kepada kaumnya.
Sentiasa berdoa agar Allah member hidayah kepada kaum mereka.

Nabi yang mendapat gelaran Ulul Azmi beserta mukjizatnya


1. Nabi Nuh AS

Kemampuan membuat perahu.


Nabi Nuh terkenal sebagai Nabi yang penyabar dalam mendakwah dan
mendapat hinaan dari kaumnya.
Hampir 1000 tahun usianya, jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih 200
orang, bahkan isterinya sendiri dan anaknya(Khanan)menentang ajarannya.
Atas kehendak Allah, umat Nabi Nuh yang membangkang ditenggelamkan
dengan gelombang air bah dan semuanya hancur kecuali Nabi Nuh dan
pengikutnya yang beriman.

2. Nabi Ibrahim AS
Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail, Allah mengizinkan untuk digantikan
dengan gibas(domba).
Saat Nabi Ibrahim akan dibakar kerana mengacau keyakinan mereka
menyembah berhala, Allah menurunkan mukjizat agar terhindar dari
kebakaran api sehingga ia tidak hangus walau sedikitpun ketika di bakar.

3. Nabi Musa AS

Tongkat yang dimilikinya boleh berubah menjadi ular yang besar sehingga
boleh mengalahkan ular ciptaan tukang sihir Raja Firaun.

4.

Dengan tongkat itu juga, Nabi Musa boleh membelah lautan ketika Nabi
Musa dan pengikutnya dikejar oleh Firaun dan tenteranya.
Ketika pengikut Nabi Musa kehausan, tongkat beliau dipukulkan ke batu dan
kemudian memancarkan air untuk diminum.

Nabi Isa AS

Boleh bercakap ketika masih bayi.


Menjadikan burung dari tanah.
Dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang sulit seperti buta.
Dapat menghidupkan orang yang sudah meninggal dengan izin Allah.

5. Nabi Muhammad SAW

Dengan menunjukkan telunjuknya, beliau boleh membelah bulan dan


merapatkannya kembali.
Ketika umatnya kekurangan air, dari celah-celah jari beliau dapat
mengeluarkan air yang cukup untuk di minum dan untuk berwudhu oleh
banyak orang.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar bagi Nabi Muhammad SAW
kerana Al-Quran sangat universal di sepanjang zaman yang memuatkan
pelbagai hal yang bersangkut paut dengan kehidupan makhluk, baik di dunia
mahupun di akhirat, juga pelbagai ilmu pengetahuan.

Sumber Rujukan:
1) Http://heninoviani.blogalami.com
2) Http://Muhammaddohan.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai