Anda di halaman 1dari 3

____________________________________________________________________________________________________

Kepada,

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SRP 008/03/2016

Sesiapa Yang Berkenaan.

Tarikh : 29 Julai 2016


Tuan/Puan,
Permohonan Mendapatkan Diskaun Ejen Terhadap Harga Yang Dipasarkan dan Ingin Mendapatkan
Contract Rates Bagi Pakej Percutian atau Penginapan.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Fakhrullah bin Razak, pengurus FR Island Venture yang
membuat khidmat pengurusan (No. SSM : 002508935-M) ingin membuat permohonan terhadap
perkara tersebut.
2. Berdasarkan keterangan yang telah dinyatakan di atas, kami ingin memohon jasa baik daripada
pihak puan untuk memberikan diskaun ejen terhadap pakej percutian dan penginapan yang pihak
tuan/puan sediakan.
3. Jasa baik dari pihak tuan/puan sangat kami alukan dan kami hargai. Jutaan terima kasih
didahulukan kepada puhak tuan/puan kerana ingin pertimbangkan permohonan ini. Akhir kata, kami
memohon ribuan kemaafan sekiranya ada tersalah bahasa dan silap kata sepanjang kami
menyiapkan surat permohonan ini.
Yang menjalankan tugas :

............................................
(

___________________________________________________________________
Kepada,

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SRP 004/03/2016

Sesiapa yang berkenaan.

Tarikh : 29 Julai 2016

Tuan/Puan,
Permohonan Mendapatkan Diskaun Ejen Terhadap Harga Yang Dipasarkan.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Fakhrullah bin Razak, pengurus FR Island Venture yang membuat
khidmat pengurusan (No. SSM : 002508935-M) ingin membuat permohonan terhadap perkara tersebut.
2.
Berdasarkan keterangan yang telah dinyatakan di atas, kami ingin memohon jasa baik daripada pihak
puan untuk memberikan diskaun ejen terhadap pakej yang pihak puan sediakan seperti yang dinyatakan
seperti berikut :
a) Seorang hingga 5 = diskaun sebanyak 5% per pax
b) 6 orang hingga 19 orang = diskaun sebanyak 8% per pax
c) 20 orang dan ke atas = diskaun sebanyak 10% per pax
4.
Jasa baik dari pihak tuan sangat kami alukan dan kami hargai. Kami memohon ribuan kemaafan
sekiranya ada tersalah bahasa dan silap kata sepanjang kami menyiapkan surat permohonan ini.
Yang menjalankan tugas :

............................................
(

___________________________________________________________________
Kepada,

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SRP 001/03/2016

Sesiapa yang berkenaan.

Tarikh : 29 Julai 2016

Tuan/Puan,
Permohonan Mengadakan Sesi Fotografi Di Chalet atau Resort di Pulau Perhentian.

Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai tiga orang, wakil daripada Ejen FR Island Venture, ingin
memohon kebenaran mengadakan sesi penggambaran di sini.
2.
Berdasarkan keterangan yang telah dinyatakan di atas, kami ingin memohon sokongan daripada pihak
tuan bagi mendapatkan kebenaran untuk mengadakan sesi penggambaran kepada chale atau resort yang
tuan/puan uruskan.
3.
Jasa baik dari pihak tuan sangat kami alukan dan kami hargai. Kami memohon ribuan kemaafan
sekiranya ada tersalah bahasa dan silap kata sepanjang kami menyiapkan surat permohonan ini.
Yang menjalankan tugas :

............................................
(

Anda mungkin juga menyukai