Anda di halaman 1dari 3

Soalan topik bumi dan sains angkasa.

- sumber DIDIK BH, buku teks dll


Credits to Cg Azila Ahmad yg mengumpul soalan & Cg Faiz Shakri yg mencari jwpn (Sy tambah bbrp
point)
#SharingIsCaring
1. Mengapa bulan bercahaya pada waktu malam?

Kerana bulan memantulkan cahaya dr matahari ke bumi.


2. Mengapa cahaya bulan tidak kelihatan pada waktu tengah hari?

Kerana cahaya matahari yg terlampau terang.


3. Mengapa fasa-fasa bulan berlaku?

Kerana bulan beredar mengelilingi bumi.


4. Mengapa tempoh masa gerhana penuh bulan lebih lama berbanding gerhana penuh matahari?

Kerana bayang2 bumi lebih besar dari bayang2 bulan.


5. Mengapa gerhana bulan berlaku?

Kerana bumi berada antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus.
6. Mengapa gerhana matahari berlaku?

Kerana bulan berada antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus.
7. Mengapa saiz bulan dan matahari kelihatan sama besar jika dilihat dari Bumi?

Kerana jarak matahari dari bumi yg sangat jauh berbanding bulan.


8. Mengapa planet2 tidak berlanggar antara satu sama lain semasa beredar mengelilingi matahari?

Kerana planet2 beredar melalui orbit masing2.


9. Mengapa planet Musytari merupakan planet paling ringan walaupun planet paling besar?

Kerana Musytari terbentuk dari gas-gas termampat.


10. Mengapa planet sentiasa beredar mengelilingi matahari pada orbitnya?

Kerana tarikan graviti matahari terhadap planet.


11. Planet yg berputar ikt arah jam

Zuhrah
12. Planet yg berputar pada sisi

Uranus
13. Planet manakah plg panas? Mengapa?

Zuhrah. Kerana planet Zuhrah memerangkap haba.


14. Planet yg digelar sgb planet merah

Marikh
15. Dimanakah kedudukan lingkaran asteroid?

Diantara Marikh dan Musytari

Soalan tambahan
1. Apa yang akan berlaku kepada bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan sekiranya bumi mendekati
Matahari?

Bongkah ais akan cair.


2. Apakah kesan putaran bumi?

Kejadian siang dan malam

Perubahan panjang bayang2

Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah


3. Apakah kesan peredaran bulan?

Kejadian fasa bulan


4. Apakah yang akan berlaku jika planet terkeluar dari laluan (orbit ) masing-masing?

Planet2 akan berlanggar antara satu sama lain.


5. Apakah yang akan berlaku jika kedudukan bumi di planet Neptune?

Tiada hidupan di Bumi


6. Apakah yang berlaku kepada haiwan ketika fenomena gerhana Matahari penuh?

*Jawapan bergantung pd haiwan


Cth: kelawar dan burung hantu akan keluar mencari makanan.
7. Mengapakah kita hanya dapat melihat buruj tertentu pada bulan yg berbeza?

kerana Bumi beredar mengelilingi Matahari dan menghadap bahagian langit yg berbeza
8. Di manakah kedudukan jalur asteroid?

di antara planet Marikh dan Musytari


9. Mengapakah meteor terbakar?

kerana geseran di antara batu meteoroid dgn udara di atmosfera (dipanggil sbg meteor)
10. Mengapakah bintang-bintang di langit kelihatan berkelip-kelip?

Pembiasan cahaya bintang apabila melalui medium berbeza (lapisan atmosfera) sebelum sampai
ke Bumi.
Tlgram https://telegram.me/sumberpendidikan

Anda mungkin juga menyukai