Anda di halaman 1dari 1

TERIMA KASIH KPD JURUACARA MAJLIS

ASSALAMUALAIKUM WBRKTH.. DAN SELAMAT SEJAHTERA..


YG BERUSAHA GURU BESAR, YG DIHORMATI GPK, GURU2, PEMBANTU MURID DAN MURID2
YG DIKASIHI.

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH


DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERSAMA DALAM MAJLIS PELANCARAN MINGGU I.C.T.
2016 PADA PAGI INI. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN
KEPADA PIHAK SEKOLAH YG MEMBERI SOKONGAN UTK MENJAYAKAN MINGGU ICT PD KALI
INI.
MINGGU I.C.T. MERUPAKAN SATU ACARA TAHUNAN YANG DIANJURKAN BAGI
MEMARTABATKAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN WARGA SKJS2. TEMA PADA TAHUN INI
ADALAH "TEKNOLOGI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN BESTARI". MATLAMAT
UTAMA MINGGU I.C.T. ADALAH UNTUK MEMPROMOSIKAN I.C.T. SEBAGAI PEMANGKIN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SERTA SEBAGAI TERAS KE ARAH MURID2 YANG BERILMU
DAN BERMAKLUMAT.
WARGA SK JLN SEMENYIH 2...
BANYAK KELEBIHAN DAN MANFAAT YANG DAPAT DINIKMATI OLEH MURID-MURID
SKJS2. MEREKA BERPELUANG MENYERTAI PERTANDINGAN YG TELAH DISUSUN MENGIKUT
ALIRAN ANTARANYA IALAH MEMBINA GRAFIK MENGGUNAKAN APLIKASI PAINT, MENAIP
PANTAS, MEMBINA SLAID POWERPOINT, KUIZ ATAS TALIAN, DAN LAIN-LAIN LAGI. SETIAP
PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN DI MAKMAL KOMPUTER DAN AKAN MENGGUNAKAN
PLATFORM FROG VLE DI MANA SEMUA BAHAN2 TERSEBUT TELAH DIMUATNAIK KE DLM
FROG VLE DAN SETERUSNYA AKAN DIKONGSI PADA MURID2 SEMASA PERTANDINGAN.
SAYA YAKIN DENGAN PENGANJURAN SAMBUTAN MINGGU I.C.T. 2016 INI,
KESEDARAN MENGENAI PERANAN I.C.T DAPAT MEMBANTU MURID2 MEMPERTINGKATKAN
PENGETAHUAN SERTA KEMAHIRAN. DIHARAPKAN PENGANJURAN MINGGU ICT PADA KALI
INI MENDAPAT SOKONGAN PADU DARIPADA SEMUA WARGA SK JALAN SEMENYIH 2.
SEKIAN, TERIMA KASIH...