Anda di halaman 1dari 2

Menurut Lange (2012)

Pendekatan Orff adalah satu pendekatan yang mudah untuk mengajar muzik kepada
murid sekolah rendah kerana ianya mudah, asas, semulajadi dan sangat sesuai
dengan tahap perkembangan kanak-kanak yang mampu mempunyai imaginasi yang
tinggi.

Pendekatan

Orff

menyediakan

pengalaman

pembelajaran

yang

menyeronokkan melalui penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.


Penggunaan perkusi badan adalah komponen yang penting dalam pendekatan Orff.
Aktiviti muzikal menggunakan perkusi badan adalah menyeronokkan bagi murid dan
guru. Penggunaan perkusi badan seharusnya diajar secara berurutan melalui
pendekatan Orff. Pembelajaran konsep muzik melalui penggunaan perkusi badan
perlu diajar melalui kedudukan badan daripada atas ke bawah iaitu dengan menepuk
tangan, menepuk bahu, memetik jari, menepuk peha dan menghentak kaki.
Pembelajaran melalui perkusi badan mampu memastikan murid dapat membuat
hubungkait dengan instrumen muzik yang sebenar. Penggunaan perkusi badan
adalah langkah penting dalam proses PdP muzik di dalam bilik darjah.
Prinsip dalam pendekatan Orff mengandungi pembelajaran yang menyeluruh,
melalui aktiviti, kreativiti, pergerakan motor, mempunyai komuniti dan berpusatkan
murid. Dalam setiap aktiviti, murid perlu menglibatkan diri secara aktif dan guru perlu
memberikan murid kebebasan untuk melahirkan kreativiti mereka. Setiap aktiviti
yang dilaksanakan mestilah mempunyai pergerakan motor yang dapat membantu
membentuk koordinasi badan melalui ekspresi diri dan konsentrasi murid.
Aktiviti dalam pendekatan Orff melibatkan pergerakan motor bermula daripada
pergerakan otot besar seperti berjalan, berlari anak dan melompat dan kemudiannya
peregerakan otot kecil seperti memetik jari, menepuk tangan dan menghentak kaki.
Improvisasi dalam pendekatan Orff adalah satu proses bagi menggalakkan murid
untuk menjadi lebih kreatif. Perkusi badan dan mulut adalah salah satu cara untuk
melahirkan kreativiti murid dan menyediakan peluang yang secukupnya di dalam bilik
darjah muzik. Salah satu teknik untuk mengajar improvisasi dalam pendekatan Orff
adalah melalui soal jawab. Murid diberikan panduan tentang konsep muzikal yang
dipelajari dan kreativiti mereka dapat dicungkil seterusnya mampu melahirkan murid
yang mempunyai kemahiran muzikal dalam diri mereka.

Dengan menggunakan sistem pengajaran konsep detik beirama seperti Ta dapat


memudahkan guru untuk mengajar irama dan murid akan mempunyai konsistensi
dalam permainan alat perkusi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Sogin dan Wang (2008), guru yang
menggunakan pendekatan Orff dapat mengaplikasikan aktiviti bermain sambil
belajar, aktiviti pergerakan dan improvisasi berbanding guru yang menggunakan
pendekatan trasdisional. Mereka juga mendapati murid mampu melibatkan diri dalam
membuat keputusan melalui aktiviti pendekatan Orff.
Menurut Johnson (2006), pembelajaran melalui pendekatan Orff berorentasikan
pendekatan konstruktivism dapat menyediakan murid dengan pengalaman yang
lebih bermakna kepada mereka.

Pendekatan Orff telah diperkenal oleh Carl Orff pada tahun 1960-an dengan
menggunakan kaedah bermain sambil belajar dan muzik sebagai satu sistem bahasa
yang menggabungkan muzik, tarian atau pergerakan dan nyanyian serta alat
permainan alat muzik.
Menurut Dinham (2013), dengan menggunakan pendekatan muzik dalam bilk darjah
dapat membina kemahiran sosial, imaginasi dan pembelajaran melalui aktiviti
bermain dapat menjadikan pembelajaran muzik menjadi lebih seronok.
Menurut Frazee (2006), pendekatan Orff

dalam PdP muzik adalah berdasarkan

pengalaman Orff sendiri dan kepercayaannya tentang integrasi muzik dan


pergerakan adalah asas kepada proses pembelajaran muzik.

Anda mungkin juga menyukai