Anda di halaman 1dari 24

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

BONEKA

Disediakan oleh:
AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD SHATER
FAZIAH BINTI SULAIMAN
MOHD PISOL BIN AHMAD

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

BONEKA

Definisi:
-

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah patong permainan.

Terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia atau haiwan,

Apa sahaja objek yang diberikan watak dan digerakkan untuk sesuatu
cerita atau menyampaikan masej.

Boneka boleh di katakan salah satu permainan yang paling tua, kerana
permainan ini telah wujud pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir
lagi.

Umumnya boneka di buat sebagai permainan kanak-kanak, namun


adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam
atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik contohnya

upacara

keagamaan pada zaman dahulu.

Sejarah Boneka
-

Pada zaman 3000 2000 sm, boneka umumnya dibuat daripada tanah
liat, tulang, maupun patahan kayu, ataupun potongan kain. Bentuknya
masih amat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani
dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka,
kemudian dibuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya hingga menjelang
pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di
2

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

altar Artemis (untuk orang Yunani) ataupun altar Diana (untuk orang
Romawi) untuk upacara keagamaan. Di Mesir kuno, boneka digunakan
sebagai pengganti korban manusia.
-

Pada zaman 600 sm mulai ada boneka yang bajunya sering di tukar ganti,
dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama
seperti pada zaman sebelumnya, iaitu

untuk upacara ritual. Boneka

merupakan gambaran humanis.


-

Abad ke-5 merupakan abad pertengahan. Bahan boneka dari kayu mula
terhasil. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di
Mexico, bonekanya digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian
Hopi, boneka menjadi sumber penting dalam upacara kesuburan
(memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran).

Pada abad ke-14, boneka moden mulai muncul di Eropah bentuknya


sangat berbeza dengan boneka yang ada sebelumnya. Wajahnya cantik
dan halus seperti manusia, serta berdada. Pada zaman ini boneka tidak
lagi bersifat ritual, Oleh itu, boneka menggunakan baju atau gaun dan
rambut yang benar- benar mirip dengan mode pada zaman itu. Tidak
ramai

para

bangsawan

menggunakan

boneka

untuk

dipamerkan

sekaligus mempopularkan boneka di negara mereka (memandangkan


pada masa itu majalah mode belum ada). Ini seperti yang dilakukan oleh
ratu Perancis,

Isabeau dari

Bavaria, di

hadapan ratu Inggeris.

Kenyataannya berkat boneka, mode Perancis telah menjadi lebih popular


di luar negeri.
-

Kalau pada zaman sebelumnya boneka dibuat untuk simpanan peribadi,


mulai abad ke-15 ianya dikomersialkan. Fungsinya pun telah bertukar
dari ritual dan mode menjadi permainan. Dalam sejarah tercatat, pembuat
boneka secara komersial pertama berada di Jerman. Kota-kota yang
memproduksinya

adalah

Nuremberg,

Augsburg,

dan

Sonneberg.

Bersamaan dengan itu kilang pembuatan boneka terbentuk sehingga


3

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

terdapat aturan standard dalam membuat dan memasarkan boneka.


Penampilan boneka-boneka yang diproduksi di Jerman semasa itu
umumnya seperti wanita.
-

Pada abad ke-16 bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Pada tahun
1636 mulai tercipta boneka yang rambutnya dibuat daripada rambut
wanita sebenar.

Pada abad ke-17 pula, boneka bukan hanya berbentuk wanita anggun,
tetapi juga bentuk lain seperti bayi dengan baju tidur atau patung kecil
dengan kostum kelasi. Penampilan boneka tidak lagi sekaku dulu.
Bahannya juga tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat, tetapi dari
kulit lembut (soft leather) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti manusia.
Selain dari mata yang sudah boleh digerakkan, boneka juga sudah mula
boleh mengeluarkan suara tangisan dan berjalan.

Pada abad ke-18 sudah mulai tercipta boneka yang boleh menyebut
perkataan "Papa" dan "Mama" apabila ditekan. Bunyi Ini terhasilkan dari
kotak suara rekaan Johann Nepomuk Maelzel pada tahun 1827. Selain
itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin variatif.
Selain lilin dan soft leather, porselin, seramik dan sebagainya.

Perkembangan boneka semakin berkembang maju pada abad ke-19.


Para pembuat boneka saling bersaing untuk menghasilkan yang terbaik.
Oleh kerana itu, pelbagai karakter boneka muncul di pasaran. Antara yang
terkenal adalah "Kewpie" (1913), boneka anak kecil yang berpipi tembam
dan berperut besar buatan Rose O'Neill dari Amerika. "Raggedy Ann"
(1918), boneka kain buatan Johny Gruelle yang mencerminkan kebaikan,
keberanian, dan kejujuran, serta "Bye-Lo Babby" (1922), boneka bayi baru
lahir yang boleh memejamkan mata pada waktu tidur buatan Grace
Putnam dari Jerman. Pelbagai ekspresi dan elemen wajah boneka

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya
dibuka sehingga giginya terlihat, kukunya diberi pewarna kuku,

Pada abad ke-20, boneka di pasaran kebanyakan dibuat dari plastik dan
vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style.
Contohnya Barbie yang muncul tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler.
Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang
bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, disikat sama seperti
rambut manusia.

JENIS-JENIS BONEKA

Boneka Tangan
Boneka Jari Wajah
Boneka Lidi/ kayu
Boneka Bertali
Wayang Kulit

BONEKA JARI WAJAH


Contoh 1
Boneka jari wajah (manusia)

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Bahan-bahan yang diperlukan:


- Sarung tangan (digunting hujung sarung jarinya)
- Stiker label
- Benang wool
- Gunting

Langkah 1
Potong sarung tangan pada bahagian
jari

Langkah 2
Gambar berbagai ekspresi muka pada
stiker label.

Langkah 3

Langkah 4

Buat pelbagai jenis rambut


daripada benang wool

Tampalkan stiker wajah pada


hujung sarung jari

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Langkah 5

Langkah 6

Akhir, tampalkan rambut dari

Boneka jari yang sudah siap

benang wool pada bahagian atas

Contoh 2
Boneka Jari Wajah (haiwan)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sarung tangan kain
- warna
- perca kain
- Kain flannel
- Manik atau butang
Cara membuat:
1. Buat pola pada kain flanel sesuai dengan haiwan yang hendak dihasilkan
2. Gunting pola dan tampalkan di sarung tangan
3. Tambahkan mata dan hidung dengan menggunakan manik atau butang

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Contoh 3
Boneka Jari
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk diperkenalkan
kepada kanak-kanak tentang binatangseperti lembu, kuda, ayam, kambing dan
sebagainya. Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau
boneka

tangan,

boleh

menghiburkan

kanak-kanak. Selain

mengeratkan

hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu


kanak-kanak bertutur dengan lebih cepat.

CONTOH BONEKA TANGAN

BONEKA LIDI
9

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu
yang akan digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi
utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota
badan boneka tersebut.

Boneka Tali

10

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Boneka Tali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti


paper mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada
bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu
ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Wayang gantung dibawa ke Singkawang dari China daratan pada tahun 1929.

Boneka Bertali

BONEKA TANGAN

11

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Diperbuat daripada:

Stokin

Beg Kertas

Kain

Jenis-jenis pentas boneka


Cara permainan boneka

12

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

WAYANG KULIT
PENGENALAN
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri
dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA


MASYARAKAT
Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi
di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri
dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang masyarakat kepada
yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat empat jenis wayang
kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh masyarakat dan juga
kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Terdapat empat jenis
wayang kulit di Semenanjung Malaysia iaitu:

i)

Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan

ii)

dan berasas kepada pengaruh Patani).


Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh
Jawa)
13

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

iii)

Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit

iv)

dengan dengan bahasa Melayu tempatan).


Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di
Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat
terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di
Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau
Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah
mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks
masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada
dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa
pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi
mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan
kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,
ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga
peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh
dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang
penting.
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan
bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu
pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di
bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
14

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk


menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan
OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA
A. WAYANG KELANTAN
Pengenalan
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana
pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.
Walau bagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk
ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.
Isi Cerita
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri
Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik
Ramayana tradisi India.

15

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama

Wayang Kelantan

16

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

WAYANG GOLEK

Biasa disebut juga wayang thengul, merupakan wayang yang dibuat dengan
bahan katun yang di bentuk boneka menyerupai tokoh-tokoh perwayangan.
Seperti wayang kulit, wayang golek juga sering dimainkan untuk pertunjukan.
Ketenarannya memang kalah oleh wayang kulit, namun sebenarnya wayang
golek merupakan pendahulu wayang kulit.
Wayang golek dapat dinikmati di siang hari maupun malam hari, selama ada
cahaya untuk melihat boneka-boneka yang dimainkan. Para penontonnya tidak
duduk dan melihat bayangan melalui layar putih seperti wayang kulit, namun
mereka menonton langsung boneka yang dimainkan oleh dalang di atas
panggung. Di depan dalang terdapat plangkan, sejenis meja dengan lubanglubang di permukaannya, di mana wayang golek diletakkan, siap untuk
dimainkan.
Pada pertunjukan kesenian wayang golek di Jawa bagian timur dan tengah,
biasanya diangkat cerita yang berasal dari kisah menak, yang juga dikenal
dengan nama Amir Hamzah, paman dari Nabi Muhammad. Sedangkan di Jawa
bagian barat, di mana wayang golek lebih mendominasi dibandingkan dengan
wayang lainnya, cerita yang diangkat berasal dari kisah Mahabarata dan
Ramayana.
Kisah Amir Hamzah menyebar seiring dengan penyebaran Islam pada abad ke
16. Tokoh-tokoh yang biasa dimainkan adalah sahabat Amir Hamzah yang
bernama Umar Maya (Umarmaya), Alam Daur, istri pertamanya yang bernama
Putri Muniggarim, ayah mertuanya Nursiwan, dan raja-raja yang berhubungan
dengannya, serta kekuatan jahat beserta istri-istrinya. Bagian dari kisah ini
menggunakan setting sebelum kelahiran Nabi Muhammad, karenanya dapat

17

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

mengakomodir tak hanya tema-tema Islami, namun juga tema animistik dan juga
kisah yang berlatar belakang Hindu.
Masyarakat menyukai jenis wayang ini karena gerakan-gerakan boneka kayu
yang di dandani mirip manusia ini sangat hidup dan mirip gerakan manusia.

Wayang Golek

WAYANG KULIT GEDEK

Pengenalan
Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia,
terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan
juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang
18

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya
mahupun corak paluannya mirip Siam.
Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung.
Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini
yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek
banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi
ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir
mengadap ke hadapan.
Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong,
sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.
Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun
dialek Melayu Kedah.
Babak dalam wayang gedek

19

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Perkataan Nang Thalung begitu asing bagi sesetengah masyarakat di


Malaysia khususnya kepada masyarakat remaja hari ini. Jika disebut Wayang
Kulit Gedek, sudah pasti ramai yang mengetahui dan mengenali hiburan tradisi
wayang kulit berkenaan dipersembahkan. Ungkapan Nang Thalung ini sering
digunakan di selatan Thailand yang mengkhususkan kepada permainan wayang
kulit.
Di Thailand, permainan wayang kulit mempunyai dua jenis, iaitu Nang
Yai dan Nang Thalung. Kedua-dua permainan ini menggunakan patung (kini
disebut sebagai gambar) sebagai alat penyampaiannya yang acap kali
digunakan sama seperti permainan wayang kulit khususnya di Kedah. Namun,
pembuatan gambarnya lebih besar berbanding Nang Thalung. Bagi Nang
Thalung pula ia merupakan satu persembahan yang begitu popular kerana
patung-patungnya diperbuat atau diukir dengan menggunakan kulit lembu dan
pemainnya lebih memuatkan unsur-unsur dialog komedi semasa di samping
iringan muzik. Permainan Nang Thalung demikian telah menjadi satu bentuk
hiburan komuniti bagi masyarakat Melayu dan Siam di Selatan Thailand. Kadang
kala permainan Nang Thalung juga disebut sebagai Nang Lek kerana hampir
keseluruhan permainan Nang Thalung menggunakan gambar yang kecil (small
puppets).
Berdasarkan kepopularan Nang Thalung seperti itu telah menjadi
medium kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah dengan rasa
prihatin dan tanggungjawabnya untuk mengetengahkan wayang kulit Nang
Thalung kepada masyarakat setempat di Kedah selama 2 (dua) hari yang
disertai oleh penggiat-penggiat wayang kulit Gedek Kedah dan penggiat Nang
Thalung

jemputan

dari

Hattyai,

selatan

Thailand

yang

turut berentap

mempamerkan keunikan persembahan wayang kulit tradisi masing-masing


kepada umum sempena Festival Nang Thalung di Taman Budaya Negeri, Alor
Setar.
20

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Nyata sekali pada hari ini, permainan wayang kulit Gedek atau Nang
Thalung masih diminati ramai oleh kebanyakan masyarakat muda di Kedah.
Situasi ini dilihat hasil sambutan masyarakat muda sewaktu festival berkenaan
berlangsung. Ini kerana pemaparan jalan cerita (plot), dialog (pengucapan
komunikasi) dan muzik (alat dan bunyian muzik) telah diadun dengan ramuan
yang terkini tanpa menghilangkan identiti wayang kulit yang sebenar. Tujuan
pembentukan ramuan ini adalah menggalakkan generasi muda kini untuk lebih
mendekati permainan tradisi dengan lebih dekat lagi. Ini menjadikan wayang kulit
sebagai unsur hiburan masa hadapan.
Oleh kerana itu, persembahan wayang kulit di Kedah khususnya
Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun yang didalangi oleh Abd. Majid Mohd Noh
(lebih dikenali sebagai Pak Majid) gemar menumpukan kepada lawak jenaka
dalam setiap plot ceritanya. Ada kala persembahan beliau tersebut digunakan
untuk menyampaikan maklumat kerajaan secara langsung melalui pemaparan
cerita-cerita

moden

dan

sensasi

kepada

khalayaknya.

Ini

menjadikan

persembahan beliau lebih diminati di Kedah dan Perlis kerana penyampaian


maklumat disampaikan dengan menggunakan bahasa daerah yang begitu rapat
dengan jiwa masyarakat di utara serta jalan cerita yang realisme dan moden.
Pendek kata, permainan wayang kulit alaf ini telah dipermudahkan bagi
mencapai matlamat penyampaian maklumat melalui kesenian hiburan lawak
jenaka. Malah persembahan beliau tetap menggunakan ucap tetap, simbolsimbol abstrak, unsur-unsur estetika yang berseni dan menarik perhatian
audiens.
Dalam situasi sekarang, persembahan wayang kulit ditentukan akan cita
rasa dan keperluan masyarakat majmuk. Dalam berhadapan dengan dunia
hiburan moden yang pelbagai, masyarakat mempunyai pilihan untuk menonton
persembahan wayang kulit atau hiburan lain yang bersaing seperti seni visual
moden yang sedia ada. Oleh sebab itu, Mohamed Ghouse Nasuruddin dari
21

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Universiti Sains Malaysia menyatakan kekurangan pendedahan terhadap


wayang kulit, maka ramai yang memilih hiburan moden. Tambah beliau lagi,
kehebatan hiburan moden atau budaya pop sebegini mampu menggugat kejituan
Nang Thalung tempatan berada di persada seni tempatan. Bahkan beliau sendiri
mengakui persembahan tradisi pada hari ini kurang mendapat sambutan kerana
hiburan pop komersial (seperti sit com, filem dan kartun) telah mendominasi
minda masyarakat khususnya merendahkan pemikiran orang Melayu.
Justeru, hiburan moden telah juga mempengaruhi kemerosotan seni
persembahan tradisi yang lain seperti Hadrah, Jikey, Mek Mulung, dan Menora.
Dengan adanya layar kaca, video, wayang gambar, cakera laser, cakera padat,
persembahan tradisi tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat. Malah kini semua
perkara tersebut lebih mudah diperoleh berbanding persembahan tradisi yang
diadakan sekali-sekala di luar bandar. Hiburan moden sebaliknya dapat dinikmati
dengan selesa dan mudah di rumah sendiri ataupun di panggung yang moden.
Senario sebegini begitu kontra dalam keadaan sekarang. Masyarakat mampu
membayar puluhan ringgit semata-mata untuk mendapat sekeping tiket kerana
untuk

menyaksikan

sesebuah

persembahan

moden.

Bagaimanapun

persembahan tradisi seperti Nang Thalung, pihak kerajaan dan penganjur


terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mengajak khalayak
datang untuk menyaksikan sesebuah persembahan yang disusun atur secara
percuma. Namun, sambutan terhadap situasi sebegini masih lagi tidak
dihiraukan oleh masyarakat yang kurang kepekaan tradisi nenek moyangnya.
Dampaknya sudah dilihat dalam perspektif yang lompang bahawa persembahan
tradisi seperti ini belum berjaya sepenuhnya membangunkan pembangunan
minda generasi hari ini kerana penerapan ilmu pengajian seni (pro seni
tradisional) masih lagi ketinggalan dan terus diabaikan oleh pelaksana sistem
pendidikan. Ini yang menyebabkan lambang warisan tradisional tidak lagi
bermakna kerana penegasan unsur-unsur budaya barat bercambah di serata
tempat.

22

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

Di sini timbul persoalan untuk dipersoalkan adakah permainan tradisi


relevan dimainkan pada hari ini? Walau bagaimanapun tujuan dan matlamat
yang cuba diketengahkan seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri
Kedah terhadap Festival Nang Thalung kepada khalayak umum sudah tentu
cuba menentukan taraf permainan tradisi wayang kulit untuk diletakkan pada
tempat yang lebih tinggi (high culture) dalam pandangan masyarakat. Projek ini
memperlihatkan usaha pemuliharaan yang cuba menghidupkan semula tradisi
wayang kulit sezaman.
Peranan yang telah ditunjukkan oleh anjuran Festival Nang Thalung
berkenaan tidak lagi bermain dengan mimpi dan berjaya menarik peminat
wayang kulit tempatan datang menyaksikan persembahan berkenaan yang
sungguh membanggakan dan harus dibanggakan. Ini menandakan masyarakat
masih dahagakan untuk menonton hiburan tradisi. Tegasnya, budaya ini
kepunyaan semua masyarakat sebagai satu cara hidup yang baik dicontohi.
Pemuliharaan dan pengembangan tradisi wayang kulit semakin disedari dengan
hati yang terbuka untuk membinanya semula sesuatu yang hampir tenggelam
dan ini memerlukan pengorbanan walaupun pengaliran wang keluar sebagai
modal tidak mendatang pulangan keuntungan dalam bentuk material (wang),
sebaliknya keuntungan kasih sayang masyarakat terhadap wayang kulit adalah
bukti hasilnya. Tegasnya, ia tidak seharusnya diukur pada pulangan wang
sebaliknya ia adalah tanggungjawab sosial untuk mendidik secara langsung bagi
meningkatkan tahap apresiasi khalayak setempat. Ini membukti ia sebagai
pelantar pemula dalam menggalakkan usaha memartabatkan seni persembahan
Wayang Kulit Gedek ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Kesan kejayaan terhadap sambutan tersebut di masa mendatang, pihak
penganjur perlu menekankan aspek pengurusan seninya (menyusun, mengurus
dan memasarkan) dengan lebih proaktif agar kewibawaan persembahan tradisi
sedemikian kelihatan lebih kompetitif dan dinamik. Kelemahan dan kekurangan
dalam

menjayakan

sesebuah

persembahan

tradisi

pengurusan seni akan mendatangkan kecacatan

akibat

pengabaian

kepopularan permainan
23

Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009

tradisional seperti gaya promosi, publisiti dan pengurusan pentas yang sempurna
dan profesional. Akhirnya seni persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah
berupaya mengorak langkah lebih dinamis ke arah peningkatan apresiasi seni
serta memulihkan rasa keupayaan terhadap persembahan tradisional tempatan.
Rangsangan

dan

dorongan

dalam

usaha

memartabatkan

seni

persembahan tradisi wayang kulit seperti ini di Kedah ternyata ia sebagai satu
proses galakan untuk mengumpul sebanyak mungkin kumpulan, penggiat dan
peminat Wayang Kulit Gedek pada hari ini untuk pencernaan di masa akan
datang. Hasil dari implementasi festival seumpama itu telah menambahkan lagi
penyertaan kumpulan Wayang Kulit tempatan seperti kumpulan Wayang Kulit
Seri Wang, Wayang Kulit Seri Macang dan Wayang Kulit Anak Tuah yang
dianggotai oleh kanak-kanak berusia 8 hingga 15 tahun sebagai pelapis di masa
akan datang.
Ini menandakan satu pemula yang positif yang perlu diteruskan untuk seni
persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah berbanding dengan negerinegeri yang lain dalam proses mendedahkan ruang lingkup wayang kulit sebagai
teras integrasi antara penggiat seni, masyarakat dan pemerintah.

24

Anda mungkin juga menyukai