Anda di halaman 1dari 17

keunikan seni boneka Seni dalam konsep kehidupan amat luas dan meliputi segala bentuk sama ada

dalam bentuk tersirat mahupun tersurat.Namun tidak ramai orang memperkatakan tentang seni boneka dan jika dilihat seni boneka ini jarang diketengahkan ke persada seni. Menyingkap sejarah ringkas seni boneka ini sejak awal zaman manusia apabila mengadakan pertunjukan sama ada untuk memuja tuhannya atau untuk menghiburkan diri atau ahli-ahli masyarakat atau suku kaum masing-masing. Kadangkala mereka berlakon dan kadang-kala mereka memainkan boneka dengan menggerakkan objek-objek seperti kayu dan tanah liat untuk menghidupkan jalan cerita tersebut. objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak cerita dan dalam peredaran masa ini tangan dan kaki yang digerakkan akhirnya dijadikan ciri penting boneka kerana seolah-olah "hidup".

Kesan tinggalan boneka ini dapat ditemui di dalam makam-makam tamadun silam di negara-negara seperti China, India, Mesir dan Greece. Kebanyakkan boneka Yunani kuno banyak persamaannya dengan bonekaboneka yang masih digunakan di Sicily dan di Belgium. Boneka ini mudah dibawa dan semasa pengembaraan orang Yunani kono berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain menyebabkan boneka ini terkenal di negaranegara lain seperti Itali. Bagi orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-dua anak-anakan dan boneka sarung tangan. Namun apabila Empayar Rom runtuj dan tempat-tempat hiburan mereka ditutup, juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan akrobat, penjugel dan penyanyi. Bagi Gereja Kristian menggunakan boneka sebagai kaedah untuk menyampaikan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang yang tidak tahu membaca. Di Itali pada abad ke-15 boneka digunakan dalam Commedia dell'Arte oleh sekumpulan cerita tentang sepasukan badut bertopeng termasuk dikenali sebagai Harlequin.Semasa Ratu Elizabeth memerintah England, Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan pelakon dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah

kecuali mereka yang mempunyai lesen daripada kerajaan melalui penaung yang kaya. Pada 1642, Oliver Cromwell mengharamkan teater pentas tetapi tidak teater boneka sehingga berjaya menarik penonton dan dalam beberapa tahun cuma boneka yang terus menghidupkan seni teater Inggeris. Sehingga lah pada abad kelapan belas seni boneka menjadi sanjungan golongan bangsawan dan setelah banyak teater menyerap masuk di daerah Weat End London dan Bath menjadikan menjelang akhir abad itu, permainan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata dan dimainkan di pesta-pesta dan di lorong-lorong. Apabila peperangan dunia pertama tercetus, boneka-boneka lenyap dan dilupakan namun sekarang minat teater boneka di England telah bangkit dan muncul beberapa kumpulan teater yang menggunakan boneka-boneka tali, rod kayu, sarung tangan dan wayang untuk pertunjukan (Lyndie Wright.1994. seni boneka) Seni boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak atau dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuh atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Keadaan ini penting bagi pemain untuk cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Jika dilihat seni boneka ini digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan dan pendengar dapat menghayati serta melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. oleh itu seni boneka ini dapat dijadikan satu perantaraan antara pendengar dengan pemain dan kesannya dapat menimbulkan pendedahan komunikasi secara berkesan. Di samping itu, dapat melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita serta dapat merangsang daya imaginasi yang dapat membantu masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak.Oleh itu, seni boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan murid pengalaman belajar dan memupuk kerjasama antara satu sama lain apabila preses sumbang saran dilakukan (http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah). Jenis-jenis boneka :

Boneka Sarung Tangan : Selalunya boneka jenis ini kepala boneka sarung tangan boleh dibuat daripada kayu, papier mache atau kain, dan tangannya daripada kayu atau kain sumbat. kepala dan tangan diletakkan pada badan kain yang dibentuk seperti guni dan boneka ini dipakai bagaikan sarung tangan dan boneka ini biasanya tidak berkaki.contoh

Boneka Tongkat / Boneka Berbatang : Kepala dan tangan boneka ini dipasang pada hujung rod kayu atau batang yang dipegang oleh juruboneka untuk mengendalikannya. bdan boneka ini diperbuat daripada kain, sama ada berjahit atau berbungkus. kaki dan tangan boleh diperbuat daripada kayu, plastik, kain atau papier mache. Boneka berbatang biasanya tidak mempunyai kaki.

Boneka Wayang / Wayang kulit : Boneka ini lembaga rata yang diperbuat daripada kadbod, plastik atau belulang yang disediakan khusus. Boneka wayang dimainkan di belakang layar lutsinar namun hanya bayang lembaganya yang boleh dilihat oleh penonton sahaja.

Boneka Bertali / anak-anak / Boneka Mobail : Boneka ini lembaga berseni yang digerakkan dengan tali. Tali-tali diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan (biasanya bersilang) yang dipegang oleh juruboneka. pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat anak-anak seperti menggunakan kulit, papan lapis, kayu, plastik atau kain namun kebiasaannya boneka bertali diperbuat daripada kayu. Boneka Jari :

Sepanjang proses menyediakan saya telah menggabungkan beberapa kemahiran dalam cerita tersebut. Gabungan tersebut menjadikan saya lebih kreatif dalam merangka sebuah teater kanakkanak. Cerita yang saya pilih adalah bertajuk "Kisah Bunga Matahari". Kisah ini adalah diadaptasi daripada sebuah cerita kanak-kanak keluaran Majalah Pa&Ma. Saya mengubahsuai cerita tersebut supaya bersesuaian untuk dijadikan teater kanak-kanak. Contoh Skrip "Kisah Bunga Matahari"

WATAK dan PERWATAKAN BUNGA MATAHARI Cantik tetapi sombong. BUNGA KERTAS Rakan kepada Bunga Matahari. Sangat Cantik. Baik hati. PAK KASIM Berusia melampaui 50 tahun. Suka Berkebun. MAK MUNAH Berusia melampaui 50 tahun. Isteri Pak Kasim. Penyayang. AMIR Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal HAKIM Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal MATAHARI Hanya memancarkan cahaya ke seluruh alam CENDAWAN Rakan kepada Bunga Matahari dan Bunga Kertas. Baik Hati ORANG 1 Seorang wanita berusia 20an BUNGA-BUNGA LAIN Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga Orkid dan sebagainya. MASA Waktu pagi (8.00 pagi) SETTING Di halaman rumah Pak Kasim di Kampung Pauh. Terdapat pelbagai jenis pokok dan bunga yang cantik dan berwarna-warni. Kokokkan ayam yang berlatar belakangkan sebuah rumah milik Pak Kasim dan Mak Munah. SUARA Mempunyai echo iaitu kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta suara pepohon yang meliuk-liuk kerana ditiup angin. Suara orang lalu-lalang.

Kelihatan seorang perempuan sedang memasuki pentas berjalan di hadapan rumah Pak Kasim dan terpegun melihat bunga-bunga yang tertanam di halaman rumah Pak Kasim. Perempuan 1 : (terpegun melihatnya sambil berhenti di hadapan rumah Pak Kasim) Cantiknya...Rajin betul Pak Kasim Bunga Matahari menyanyi: Pagi yang gelap kini sudah terang Aku yang cantik kini sedang kembang (Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan) Bunga Matahari : (Ketawa bangga) Oh, cantiknya kelopakku. Harum. Berseriseri Bunga Matahari : (Sombong sambil memandang Bunga Kertas) Ha, kakak tu puji aku. Bunga Kertas : (Tersenyum sinis) Yela..Aku tumpang gembira mendengar dia puji kau. Bunga Matahari : Huh! (Mencebik) Cendawan : (Mengangguk-angguk) Aku pun sama, Matahari. Bunga Matahari : (menggeleng-geleng sambil meninggi suara) Eh, aku je yang dipuji. Kalian ni menumpang je.. Cendawan : (Perlahan sambil tergagap-gagap)Kau...kau jangan perasaanlah Matahari, kakak tu pun puji bunga-bunga yang lain.

Bunga Matahari :(Tersenyum bangga kemudian ketawa) Ah! Aku lagi cantiklah Bunga-bunga lain : (Mengangguk setuju dengan cendawan)Ye..Ye Matahari : (memancarkan cahayanya keseluruh pelusuk alam di dunia termasuk ke halaman rumah Pak Kasim) Bunga Kertas : (Memandang Bunga Matahari yang cantik bersinar dipanah oleh Matahari) Pak Kasim memasuki pentas sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya. Pak Kasim : (Melangkah keluar dari rumahnya) Wah, cantik juga tanaman yang aku tanam rupanya. Alhamdulillah. (Menjerit sambil menoleh ke arah rumahnya) Maknya, oooo Maknya, marilah keluar sebentar. Saya ada sesuatu nak ditunjukkan ni pada awak. Mak Munah : (Tercunggap-cunggap) Aduh, abang ni saya kat dapur awak terjerit-jerit panggil saya. Kan saya sedang sediakan sarapan. (Membetul-betulkan kain batiknya yang hampir terlondeh). Ada apa bapanya ni?? Ada hujan duit turun dari langit?? (memandang Pak Kasim kemudian memandang langit sambil ketawa). Pak Kasim : Ish, awak ni mana...(ketawa sambil mencuit pipi isterinya manja). Bukanlah, ni ha cuba tengok bunga-bunga yang saya tanam ni semuanya menjadi dan berkembang cantik. (menunjuk-nunjuk ke arah semua bunga-bunga. Mak Munah : (Teruja dan mendekati Bunga Matahari sambil mencangkung) Amboi, cantiknya Bunga Matahari ni. Pak Kasim : (Mendekati isterinya sambil mencangkung)Haah.

Well, tengoklah siapa yang tanamkan(ketawa sambil mengangkat-angkat kening bangga) tetapi yang lain apa kurangnya. Mak Munah : (Tersenyum meluat) Perasan pula suami aku seorang ni. Masuk bakul angkat sendirlah tu. Pak Kasim : (Ketawa terbahak-bahak.)Hahahahaha.... Mak Munah : (Terkejut sambil menjerit) Abang! Habislah hangus lempeng. Huh! (bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.) Pak Kasim : (Ketawa dan mengekori isterinya masuk ke dalam rumah.) Kasihan. Matahari : (Masih memancarkan sinarannya.) Bunga Matahari : Ha! Tengok. Semua terpegun dengan kecantikkanku. (Tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan kelopaknya.) Cendawan : Matahari, Matahari (Menggeleng-gelengkan kepalanya.) Tak habishabis lagi ke kau nak berbangga?? Bunga Matahari : (Tersenyum bangga)Tak. Kalau aku sorang-sorang kat sini lagi bagus (sambil menuding ke arah Bunga Kertas) kau ni menyemak je. Bunga Kertas : (Menunduk dan dalam nada yang sedih) Kau jangan kereklah Matahari. Nanti memakan diri. Aku tahu aku tak cantik tetapi aku bersyukur kerana Pak Kasim menjagaku dengan baik. Cendawan : (sambil mengangguk-anggukkn kepala.)Betul kata kau Kertas. Bunga Matahari : (Marah) Argh..Pak Kasim yang sepatutnya berterima kasih dengan aku. Aku cantik. Harum. Berseri-seri

Bunga Kertas : Jangan sombong Matahari, kelak kau menyesal macam lagu Menyesal (sambil meliuk-liukkan badannya). (Menyanyikan serangkap lagu Menyesal) Terkadang ku menyesal.... Bunga Matahari : Argh..diamlah kau (Marah) Bunga-bunga lain : (Ketawakan Bunga Matahari) Hahahahaha.... Cendawan : (Memujuk) Jangan dilayan si Matahari tu Kertas, biarlah dia dengan rasa bongkaknya. Mungkin suatu hari nanti dia akan dapat balasannya. SUARA LATAR Bunyi tapak selipar orang berjalan dan bunyi budak-budak ketawa sambil menjerit-jerit SETTING Di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah Kelihatan dua orang budak nakal iaitu Amir dan Hakim memasukki pentas dan sedang berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan mereka. Mereka berhenti di hadapan pagar rumah Pak Kasim dan Mak Munah. Amir : Eh, Eh, Stop!... (Berhenti secara tiba-tiba di hadapan rumah Pak Kasim) Hakim : (Terkejut sambil menggaru-garu kepalanya) Apa hal pula kau berhenti kat depan rumah Pak Kasim ni?? Amir : Ish, kau ni (Menepuk bahu Hakim) Ha, nampak tak bunga tu?? (menuding jari ke arah Bunga Matahari) Matahari : (Meliuk-liukkan kelopaknya dengan rasa bangga)

Hakim : Mana?? Aku tak nampak pun. (tercari-cari) Amir : Kau ni kan....(Memalingkan kepala Hakim tepat ke arah Bunga Matahari) Hakim : Ha...dah nampak (Tersenyum malu). Mereka kemudiannya menyelinap masuk ke halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah. Amir : Cantiknya bunga-bunga kat sini. Macam-macam jenis bunga ada. (Menggelilingi halaman rumah Pak Kasim yang terdapat Bunga Kertas, Bunga Orkid, Bunga Mawar, Bunga Raya) Hakim : Haah la Amir, macam-macam ada (Melawak). Amir : Geramnya aku tengok bunga ni (Menghampiri Bunga Matahari). Bunga apa ni ha Hakim?? (Menoleh ke arah Hakim) Bunga Matahari : (Berasa gelisah dan takut) Hakim : Yang tu?? (Menuding jari ke arah Bunga Matahari) Amir : Yup (Memerhatikan Bunga Matahari) Hakim : Oh... Tu Bunga Tahi Ayam la kalau tak silap aku.. (Teragak-agak) Matahari : (Menggeleng-gelengkan kelopaknya sebagai tanda protes) Amir : Aik, bukan Bunga Matahari ke?? (Mengenalpasti sambil memerhati Bunga Matahari)

Hakim : Kau ni kan, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula (Marah). Yela tu, bentuk dah macam Matahari, Bunga Matahari la namanya. (Mendekati Amir sambil bernyanyi beberapa rangkap lagu Matahariku) Dengarkan Matahariku, Suara tangisanku, Kubersedih ker.... (Berhenti nyanyi secara tiba-tiba) Amir : Dah..dah...Nak memekak pula dia. Dah la sumbang. Huh!(Menutup telinga) Amir dan Hakim mengelilingi halaman rumah Pak Kasim dan Mak Munah. Matahari : (Marah) Ada ke tadi cakap aku ni Bunga Tahi Ayam. Jatuhlah maruah aku. Kemudian, mereka memerhati dan membelek-belek Bunga Matahari kerana tertarik dengan kecantikkan kelopaknya. Bunga Matahari : (Gelisah) Ish, minta-minta budak-budak ni tak rosakkan kelopakku ni. Amir : Kim, jomlah kita togelkan Bunga Matahari ni. Biarkan tak ada kelopak (Menepuk bahu Hakim) Hakim : Kau tak takut ke nanti Pak Kasim keluar rumah nampak kita tengah kerjakan bunga dia??(Takut) Amir : Alaaa...Kau ni kan...Kita cepat-cepatlah cabut kelopak Bunga Matahari ni. Lepas itu, kita blalah(Dengan begitu yakin)

Hakim : Ok...Ha, apa lagi jomlah (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari) Amir : Jom (Sambil mencabutkan kelopak Bunga Matahari) Bunga Matahari : (Meraung kesakitan) Aduh...Sakitnya... (Menjerit-jerit sambil menangis) Kertas, Cendawan tolonglah aku... Bunga Kertas : (Sedih) Maaf Matahari aku tak dapat tolong kau. Cendawan : (Sinis) Aku pun sama juga. Padan muka kau. Bunga Matahari : (Menangis dan meraung kesakitan)Aduh... Amir dan Hakim telah selesai melaksanakan kerja mereka. Amir : (Ketawa)Ha, padan muka kau Bunga Matahari. Sekarang kau dah togel. Hakim : (Ketawa) Hahahahahaha.... Amir : Kim, jom cabut sebelum Pak Kasim atau Mak Munah keluar (berlari-lari sambil menarik tangan Hakim) Bunga Matahari : (Menangis sambil tertunduk) Kenapa mereka sanggup buat aku macam ni? Habis kelopakku gugur ke tanah. Bunga Kertas : (selamba) Kan aku dah cakap tadi, kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi. Cendawan : (sinis) Itulah balasan orang yang sombong.

Bunga Matahari : (menyesal) Aku minta maaf Kertas, aku minta maaf Cendawan. Aku dah menyesal sangat-sangat Bunga Kertas : (sedih) Dah lama aku maafkan kau tetapi kau dah terlambat. Cendawan : (simpati) Aku maafkan kau. Bunga Matahari : (menyanyi) Kelopak berseri ditubuhku Berguguran jatuh, Lalu sedihnya hatiku, Tak terkira, Kerna diri ini.. Sudah tidak.. Cantik lagi.. (Lagu: Dugaan) Pak Kasim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka untuk membersihkan halaman rumah. Tiba-tiba... Mak Munah : (terperanjat) Abang!! Mari sini cepat. Pak Kasim : (terkejut dan marah) Ya Allah, siapa punya kerja ni?? Ni mesti kerja Si Amir dan Si Hakim. Mak Munah : (berfikir) Apa kita nak buat ni bang?? Pak Kasim : Kita cantas jelah Bunga Matahari ni dah tak da gunanya lagi kita jaga (mengambil gunting lalu mencantas Bunga Matahari)

Mak Munah dan Pak Kasim : (bersedih sambil membersihkan kawasan yang kelopak Bunga Matahari bertaburan) Bunga Kertas, Cendawan dan Bunga-bunga lain : (bersedih atas kehilangan Bunga Matahari namun itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak sombong dengan kecantikkan masing-masing.) Tirai : Tirai ditutup dan lampu dipadamkan. Selesai menyediakan skrip, saya dan rakan-rakan mula menyiapkan tugasan membina props. Props ialah peralatan-peralatan yang diguankan untuk menjadikan tersembahan teater kelihatan lebih menarik. Memandangkan kisah yang saya sediakan ini berkisar kepada bunga-bungaan dan manusia, ianya amat dekat dengan diri kanak-kanak. Saya menyediakan props menggunakan warna yang menarik untuk merangsang penonto melihatnya. Antara props utama yang sediakan adalah bunga raya, bunga matahari, pagar tanaman, bunga-bunga lain sebagai hiasan tambahan dan cendawan. Begitu juga dengan props bahan maujud iaitu penyapu batang, kereta sorong, pencakar, penyodok dan basikal. SEMASA -Persembahan teater kanak-kanak berlangsung pada 22hb April 2010 bertempat di Dewan Al-Farabi IPG Kampus Dato' Razali Ismail bermula jam 8.00 pagi.

Gambaran sekitar persembahan teater tersebut:

Sewaktu watak-watak utama sedang berlakon.

Salah satu situasi 2 orang budak nakal ;)

Antara bunga-bunga tambahan yang terlibat

SELEPAS -Setelah selesai tugasan awal dan persembahan teater kanak-kanak, saya berasa terlepas satu beban kerana tugasan pada kali ini amat menguji mental, fizikal dan emosi saya. Bukan mudah untuk melaksanakan tugasan ini, namun berkat kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi menjadikan proses sebelum dan semasa persembahan menjadi lancar dan licin.

Anda mungkin juga menyukai