Anda di halaman 1dari 22

Eksperimen Pensel Warna

Ini merupakan Langkah demi langkah eksperimen


pensel warna....
Untuk mendapatkan kesan maksimum warna dari
pensel warna, teknik paling utama ialah dengan
menggunakan teknik warna lapisan (layering).
Maksudnya anda perlu mewarna dengan
menambah lapisan demi lapisan di atas warna yang
sedia ada.

Di sini ditunjukkan satu persatu proses mewarna


menggunakan teknik layering :
Mula2 praktis tekanan tangan bila buat gosokan
pensel warna dulu (eksperimen teknik menggosok

pensel warna)... Cuba gosok pensel bermula gelap


ke cerah, cerah ke gelap kemudian cerah sahaja,
seperti gambar di bawah. Untuk mewarna bahagian
gelap, tekan pensel atas kertas, warna akan menjadi
lebih gelap. Jika dikurangkan tekanan pensel ke
atas kertas, warna akan beransur pudar... Praktis itu
dulu utk memudahkan mewarna bahagian ton gelap
dan cerah...

Pegang pensel mcm ni pun ok (ikut keselesaan)

Warna beransur dari gelap ke cerah.. Ini kita panggil


sebagai teknik gosokan pensel.

Bila rasa-rasa dh mahir sikit, boleh lah kita lapiskan


dengan warna lain. Guna cara sama juga.(sini guna
warna kuning)

Dari kiri: warna coklat atas cerah, bawah semakin


gelap, timpa dengan warna kuning, sama tekanan,
warna akan nampak pekat.

Tengah: coklat sama tekanan (xde terang gelap).


Cuba warna lapisan kuning dari gelap ke cerah.

Kanan: Coklat atas gelap, bawah makin cerah.


Kuning bermula gelap semakin cerah..

Boleh cuba main2 dulu dengan konsep tekanan


pensel. Rasa2 dah boleh kawal pergerakan tangan
tu jadi mcm kat atas, ok lah tu..

Ok.. cuba main2 mcm ni pula.. Gabungkan 3 warna


dlm satu lapisan yang sama....

Warna guna : coklat, ungu, kuning..

Eksperimen tekanan pensel.. Kemudian campur


warna lain di atasnya, kemudian campur warna

ketiga di atasnya.. Boleh cuba dengan warna2 lain...


Kadang2 gabungan warna yang sebegini boleh
menghasilkan warna yang cantik (atau
buruk)...huhuhu... Takpe, main2 lagi dengan warna2
lain pula..

Ok, puas eksperimen? Sekarang ni kita akan cuba


eksperimen kedua pula... Bermula dengan lukisan
sehingga warna... Saya akan tunjukkan cara
menggabung warna utuk menghasilkan lukisan
bewarna dengan ton.. daripada lukisan 2D menjadi
kelihatan 3D.. Jom!!

Sediakan alatan2 berkaitan: pensel, pemadam.


Pensel boleh pakai apa2 pensel pun. Selagi bila
melukis nanti jangan over sangat. Kalau boleh, biar
warnanya cair supaya kesan warna pensel tak
kelihatan sangat bila mewarna...

OK JOM!

Mulakan dengan melukis bulatan. Jadikan dua


bulatan supaya kita boleh mewarna bulatan dalam
keadaan satu bulatan terdedah dan satu lagi
terlindung (tidak terkena cahaya)...

Pilih warna2 berikut... Yang agak senada. Nak pakai


warna sama pun xpe, nak pakai warna lain pun xpe.
Warna digunakan : coklat gelap, coklat cair, hitam,
kelabu.

1.

2.
Warnakan dengan coklat cerah seperti ditunjukkan
pada no 2. Pastikan ambil perhatian bahawa di
bahagian bawah lebih gelap dr atas kerana cahaya
dari atas dan bahagian bawah yang kurang terkena
cahaya akan kelihatan lebih gelap kerana terkena
bayang.

3.
Masukkan bayang di bawah bulatan. Ini kerana
bayang objek biasanya akan jatuh ke bawah objek.
Bahagian paling dekat dengan objek akan menjadi
makin gelap.

4.
Pada bola kedua, bahagian lebih gelap bertambah
kerana bola kedua ditimpa bayang bola pertama.

bahagian peling dekat dengan titik pertemuan bola


satu dan dua biasanya lebih gelap kerana bayang
masing2 akan terkena antara satu sama lain.

5.
masukkan juga bayang bola pada bola kedua. jarak
bayang tidak boleh terlampau besar kerana cahaya
dianggarkan menyinari bola dari jarak jam 12, di
depan sikit bahagian bola tu.

6.
Lapiskan dengan warna kelabu di atas warna coklat
cerah tadi untuk menampakkan kesan bayang.
tambahkan juga bayang bawah bola untuk
menampakkan kesan bayang dengan lebih jelas.

7.
Perkara yang sama untuk bola kedua.

8.
Ianya akan kelihatan begini.

9.
Lapiskan dengan warna hitam. bermula gelap
beransur cerah. penekanan warna hitam diberi pada
bahagian paling kuat bayangnya.

10.
Ianya akan jadi begini.

11.
Lapiskan coklat gelap di bahagian tertentu dan

kawasan gelap. untuk nampakkan lebih pekat.

12.
Lapiskan sepekat2nya warna coklat cair atas semua
lapisan tadi. Xmo pekat sgt, kita guna teknik dari
pekat ke cair (dari bawah ke atas)... Tinggalkan sikit
warna putih kertas atas bola tu untuk nampak kesan
limpahan cahaya.

13.
Akan jadi seperti ini. Perkara sama juga pada bola
kedua. seperti di bawah.

14.
Lebihkan warna pada bola kedua untuk
menunjukkan bahagian yang lebih gelap. Anda
boleh biarkan begini atau tambah lagi warna hitam

untuk jadikan ia lebih gelap. Selamat mencuba!

Bola yang diwarnakan dengan warna hitam yang


berlebihan.. Pilih yang mana anda suka.

* Tambahan :

Untuk nampak efek yang lebih cantik, anda boleh


lapiskan warna putih ke atas keseluruhan warna di
atas. Lukisan pensel warna anda nanti akan
kelihatan seperti gebu...(sesuai utk lukis muka
orang) ..

Ini bola yang dah dilapiskan dengan warna putih..


Nampak gebu sikit kan?

Anda mungkin juga menyukai