Anda di halaman 1dari 4

Kalkulator Kuasa Ghaib untuk

Permainan Matematik Tipu Muslihat


Hari Jadi
Adakah anda tahu kanak-kanak yang ingin
kelihatan seperti pakar Matematik?
Ada permainan lagi dalam edisi Bahasa Inggeris
Di sini terdapat tipu muslihat Matematik yang akan menolong kanak-kanak
tersebut kelihatang seperti pakar Matematik! Cetak laman web ini, dan biar
kank-kanak tersebut baca dengan teliti arahan-arahan yang diberikan:
Anda, pakar Matematik pada masa hadapan, mula dengan memberi kawan
anda kalkulator. Kemudian, anda beri arahan-arahan berikut kepada kawan
anda. Pastikan kawan anda tekan butang bersamaan (=) selepas setiap
langkah!

Masukkan nombor 7
Darab dengan bulan kelahiran anda

Tolak nombor 1

Darab dengan nombor 13

Tambah dengan hari kelahiran anda

Tambah nombor 3

Darab dengan nombor 11

Tolak dengan bulan kelahiran anda

Tolak dengan hari kelahiran anda

Bahagi dengan nombor 10

Tambah nombor 11

Bahagi dengan nombor 100

Dan, penuh ketakjuban, hari jadi kawan anda akan kelihatan pada skrin
kalkulator! Contohnya, jika kawan anda dilahirkan pada bulan Februari 29.
Di bawah, saya akan mengulangi arahan-arahan,langkah demi langkah.
Keputusan untuk setiap langkah dalam akan muncul dalam warna merah.

Masuk nombor 7 (7)


Darab dengan bulan kelahiran (7x2=14)

Tolak dengan nombor 1 (14-1=13)

Darab dengan nombor 13(13x13=169)

Tambah dengan hari kelahiran anda (169+29=198)

Tambah nombor 3 (198+3=201)

Darab dengan nombor 11 (201x11=2211)

Tolak dengan bulan kelahiran (2211-2=2209)

Tolak dengan hari kelahiran kawan anda (2209-29=2180)

Bahagi dengan nombor 10 (2180/10=218)

Tambah dengan nombor 11 (218+11=229)

Bahagi dengan nombor 100 (229/100 = 2.29)

Formula ini akan berhasil setiap kali! Cubalah!


Sudah tentu, permainan tipu muslihat Matematik tersebut akan menarik hati
kawan-kawan anda dan mewujudkan suasana ghaib yang penuh kepintaran
pada diri anda! Untuk melakukannya, janganlah anda membenarkan kawan
anda membuat tiga langkah terakhir - kiralah sendiri dalam minda anda.
Bahagi dengan 10 atau 100 atau tambah dengan nombor 11 adalah mudah
untuk kanak-kanak pada peringkat umur anda untuk mengiranya dalam
minda anda.Betultak? Atau jika anda tidak pasti, latihlah terlebih terdahulu
dengan orang dewasa yang memberikan Matematik tipu muslihat tersebut
kepada anda.
Oleh itu, sekarang, arahan-arahan adalah seperti berikut:

Masukkan nombor 7
Darab dengan bulan kelahiran anda (Contoh, sekirannya hari jadi anda
ialah pada 29hb Februari, anda darab dengan nombor 2)

Tolak nombor 1

Darab dengan nombor 13

Tambah dengan hari kelahiran anda (Contoh, sekiranya hari jadi anda
ialah 29hb Februari, anda akan darab dengan 29)

Tambah nombor 3

Darab dengan 11

Tolak dengan bulan kelahiran anda (eg 2)

Tolak dengan hari kelahiran anda (Contohnya, 29)

Beritahu saya keputusannya

(selepas anda membahaginya dalam minda anda dengan nombor 10,


tambah dengan nombor 11, dan membahagi dengan 100 ) Hari jadi
anda ialah pada 29hb Februari!

Sekiranya anda berada di Eropah atau Australia, anda mungkin mahu 29hb
Februari untuk kelihatan seperti 29.02, dan bukan 2.29. Dalam kes tersebut,
apabila anda melihat sesuati bulan, tulis tarikhnya, dan sebaliknya.
Contohnya:

Masukkan nombor 7 (7)


Darab dengan dari kelahiran anda(7x29=203)

Tolak dengan nombor 1 (203-1=202)

Darab dengan nombor 13 (202x13=2626)

Tambah dengan bulan kelahiran anda (2626+2=2628)

Tambah nombor 3 (2628+3=2631)

Darab dengan nombor 11 (2631x11=28941)

Tolak dengan hari kelahiran anda (28941-29=28912)

Tolak dengan bulan kelahiran anda (28912-2=28910)

Beritahu saya keputusannya

Kemudian, dalam minda anda, buatlah kiraan anda mengikut langkahlangkah tersebut
bahagi dengan nombor 10 (28910/10=2891)
Tambah dengan nombor 11 (2891+11=2902)

Bahagi dengan nombor 100 (2902/100 = 29.02)

Keputusannya jelas. Permainan tipu muslihat Matematik ini sudah tentu


akan membuat anda kelihatan seperti seseorang yang betul-betul pakar
dalam Matematik! Kawan-kawan anda tentu akan meminta kamu untuk

menunjukkan bagaimanakah tipu muslihat Matematik ini berhasil.Don't tell


them!

Anda mungkin juga menyukai