Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER SEPTEMBER 2016


BBRC4103
RESEARCH METHODOLOGY

NO. MATRIKULASI : 910126 12 6737001


NO. KAD PENGNELAN : 910126126737
NO. TELEFON : 0198093070
E-MEL : hesham.side@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

4-5

Pengenalpastian dan definisi masalah

5-6

Fakta dan akta yang menyokong masalah

6-9

Senarai soalan dan kajian

9-10

Rumusan

10-11

Rujukan

11

Penghargaan
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat
dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya
dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka
sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang
yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah
S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus, Research Methodology tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi
pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Saya berasa gembira dan berlapang dada setelah
berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada tutor yang saya sanjungi . Saya amat
menghargai bantuan beliau yang banyak memberi saya input dan informasi berkenaan mata
pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang saya sayangi yang sentiasa
memberikan saya sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
pembiayaan kos kerja kursus saya ini. Hal ini menyuntik semangat saya dalam melangsungkan
dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran saya untuk berjuang dengan
bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga
diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat
meningkatkan keimanan saya terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang
dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi termampu.

Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahankan dan
dipelihara. Pada satu ketika dahulu, tulisan jawi merupakan antara medium bagi penyampaian
ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan
jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik
dan perhubungan antarabangsa.
Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat
perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai
di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah
Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan
dibukukan dalam tulisan jawi lama.
Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting.
Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab
semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya.
Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu
Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan
Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan
Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.
Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak
berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum
merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan
akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan
yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan
sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga
menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang
daripada masyarakat Melayu di Malaysia.
Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan
Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan
Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Menteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005
seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan
Jawi pada satu ketika dulu.
Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakarpakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi
Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi
memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat
mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.
Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan
bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai
medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa
sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid
sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.
Pengenalpastian dan definisi masalah
Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SK Pekan
Semporna menguasai tulisan jawi menjelang 2016 bertepatan dengan misi sekolah, SKPS
Cemerlang Menjelang 2016. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P,
kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna dan akan menjadikan SKPS sebagai sekolah sifar buta
jawi menjelang 2016.
Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di
Jabatan Pelajaran Sabah dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di
Malaysia.
Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah
rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi
pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Fakta dan angka yang menyokong masalah
Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis
jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras
dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat
adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai
kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.
Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Pekan
Semporna yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih
bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu,
guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa
yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut
perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.
6

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada
murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan
fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.
Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SK Pekan Semporna yang berjumlah 115
orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan
Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah
dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan
jawi.
Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap
pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan
akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa
dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti
murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana
dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala
murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar
kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali
lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.
Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid
dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami
masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.
2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid
yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan
terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang
tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai
dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.
7

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat
penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang
berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.
4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai
hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.
Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi
iaitu kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah
termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata
terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek
yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala
Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran
menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang
terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada
suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium.
Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5
dan 6.
Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, ibu
bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SK Pekan Semporna.
Pengurusan Data
Data akan dikumpulkan dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan
memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai setiap
sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai,
mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh saya sendiri.
8

Analisis Data
Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat
dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah
dijalankan.
Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara
deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam
bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.
Senarai soalan dan kajian
Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan
penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan
susulan dijalankan bagi memastikan SK Pekan Semporna sifar buta jawi menjelang tahun 2016.
Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang
murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan
memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.
2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan
lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah
perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di
dalam dan luar kelas.
3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting
supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan
minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan
diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini
bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan
jawi.
5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran
menulis dan membaca jawi.
Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SK Pekan
Semporna. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan
menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada
masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan
instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah
dinyatakan.
Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat
awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan
minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang
dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan
instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga
ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat dan kecenderungan dalam sesuatu
matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dalam tugasan berbentuk kajian ini, tiada kajian yang dilakukan khusus
bagi menangani masalah murid yang berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru,
saya berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan ini adalah relevan dan memenuhi kriteria
sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan
Pekan Semporna khususnya dan di Malaysia amnya.

10

Rujukan
1. http://www.academia.edu/4693073/Proposal_kajian_tindakan_pendidikan_islam
2. https://www.mendeley.com/catalog/research-methodology-stepbystep-guide-beginners/
3. http://listpdf.com/co/contoh-kajian-tindakan-pendidikan-islam-pdf.html
4. http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.my/2014/03/panduan-menulis-kertas-cadangankajian.html
5. http://persatuanakse.blogspot.my/2009/04/proposal-kajian-ilmuah-bagi-program.html
6. http://contohtugasan.blogspot.my/2010/10/menulis-kajian-lepas-literature-review.html
7. http://kuwi.tripod.com/literatur.html
8. http://kp1ukm2014.blogspot.my/2014/05/tinjauan-literatur.html
9. http://belajarakuntansijasa.blogspot.my/2015/02/contoh-latihan-membuat-jurnal-umumakuntansi-dengan-benar.html
10. https://milamashuri.wordpress.com/jurnal-umum/

11

Anda mungkin juga menyukai