Anda di halaman 1dari 2

Nikmat Rezeki

Allah SWT memberikan manusia suatu nikmat iaitu dikurniakan tubuh badan yang sihat. Dengan
nikmat ini, manusia mampu bekerja untuk mencari rezeki, beriadah dan lain lain. Adalah menjadi
kewajiban manusia beragama Islam untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah agar
hidup lebih diberkati-Nya. Muslim diseur agar mencari rezeki sebaik sahaja selesai menunaikan
kewajipan dan tuntutan kepada-nya.

Firman Allah SWT: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka
bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada
limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (Dalam segala keadaan) supaya
kamu Berjaya (di dunia dan akhirat). Surah Al-Jumuah, ayat 10

Rezeki bukanlah dalam bentuk harta dan wang ringgit sahaja. Manusia dianugerahkan dengan
anak yang ramai, kesihatan yang baik dan hidup serba serbi tiada kekurangan. Sesungguhnya
Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Sekiranya apa yang dihajatkan tidak
tercapai, maka haruslah dianggapnya sebagai jalan cerita yang terbaik yang telah Allah SWT
putuskan. Sebagai seorang hamba, haruslah menerima segala jenis ujian dan rintangan di dunia
kerana itulah yang terbaik.

Rezeki Umum ()
Tidak kira agama, Islam mahupun bukan, Allah kurniakan rezeki kepada semua hambaNya, dari
segi badan, harta, rumah, kenderaan dan selainnya. Dalam kata lain, rezeki asas yang diberikan
sesuai kepada usaha seseorang itu. Rezeki yang banyak mahupun sedikit bukanlah berasaskan
atas tahap keimanan atau kehinaan seseorang.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya
kesenangan, maka dia akan berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya
mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku - QS. Al Fajr
:15-16)
Rezeki Khusus ()
Rezeki jenis ini adalah khusus kepada agama seseorang. Ia berupa ilmu yang bermanfaat dana
mal shalil serta semua rezeki halal yang membantu seseorang untuk taat kepada Allah. Secara
tidak langsung, rezeki ini dikurniakan kepada mereka yang cintakan Allah Swt, rezeki yang
hakiki, yang memberikan seseorang kebahagiaan dunia dan akhirat.



Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan
memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya
- QS. Ath Thalaq:11.

Shalil, M. B., Utsaimin. (2014). Syarah Matan Akidah Wasithiyah (Vol. 2). Indonesia: ALQOWAM.

Anda mungkin juga menyukai