Anda di halaman 1dari 2

Rezeki

Seringkali kita mendengar disebut oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa
menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya. Namun sudah
tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa
rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakannya sendiri. Ini
berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya
kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang
akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan
menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri
dan keluarga sendiri.

Apakah maksud rezeki di dalam Islam?


Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut
oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang
yang 'memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat
pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual. Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana
rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga 'pemberian' dan
'sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. la sangat nyata sebagaimana yang
pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad SAW bahawa mengajak orang kepada kebaikan
dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang
melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri
merupakan sebuah pemberian amat bemakna.

Apa yang jelas, semua jenis 'pemberian' dan 'sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia
menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

1) Ikhlas kerana Allah


2) la berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja,
masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber
terbukanya rezeki di sisi Islam.
Timbul persoalan, "apa ganjaran kita bersedekah di dunia"?
Apa yang menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat kelak.
Bukan ganjaran di dunia yang di fikirkan. Keinginan yang paling tinggi hanyalah memperolehi rezeki
yang BARAKAH atau berkat. Menurut para ulama "barakah' atau berkat itu adalah kepastian
kebaikan disisi llahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia
akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah
manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan
kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah SWT. Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang
mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun
masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.

Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari
segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas adalah,

1) Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga ·


Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh
kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.
2) Kurniaan kesihatan.
Nabi bersabda ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus
dalamkeburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan) ·
Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar
rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ada juga harta yang berkat
tetapi ditimbah musibah dan bencana, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan
musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh dariNya.

3) Harta.
Kita akan dihindari dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan
atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua
kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besarjawatan yang
menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima
rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya. Seseorang itu juga akan direndahkan minat dan
nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam
perkara yang halal. Inilah yang boleh digelarsebagai salah satu dari cabang "zuhud', iaitu
kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta duniawi. Jika diperolehi, syukur
dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi. Kita juga akan diberikan rasa
cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang
mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan
apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri untuk diri dan
keluarga.

4) Dikelilingi dengan kebaikan.


Allah SWT akan mempermudahkan seseorang itu berada di tempat dan persekitaran yang
baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga. Kewujudannya menjadi pelopor kepada
kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. la bertepatan dengan
sebuah sabdaan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
‘’Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang
kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan,
bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya,
dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya’’ ( Riwayat Ibn Majah ).

Kesimpulannya, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambanya dan
amalan kebaikan hamba Nya. Sama ada di dunia atau akhirat. Lalu apa yang menjadi penghalang kini
hanyalah 'hati' masing -masing.

Anda mungkin juga menyukai