Anda di halaman 1dari 17

AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/

UNIT KAJIAN
4: KEMUNGKINAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Memahami dan mengetahui tujuan kajian


kemungkinan, ringkasan projek, kegunaannya dan
perkara-perkara yang terkandung di dalam kajian
kemungkinan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menyatakan tujuan kajian kemuNgkinan


Menyatakan tujuan mesyuarat maklum balas
pada peringkat kajian kemungkinan
Menyatakan ringkasan projek
Menyatakan kandungan ringkasan projek
Menyatakan kegunaan ringkasan projek
AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/

INPUT 4a

4.1 TAKRIF KAJIAN KEMUNGKINAN

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kajian kemungkinan.

Kajian kemungkinan merupakan peringkat kedua yang dijalankan oleh


kumpulan pereka bentuk sebelum perlaksanaan sesuatu projek di peringkat
Pra-Kontrak.

Kajian ini perlu dilakukan bagi memastikan projek tersebut dapat memberi
keuntungan kepada pihak pelanggan atau sebaliknya serta boleh
diteruskan atau tidak.

Ahli-ahli pereka bentuk mempunyai tugas yang tersendiri di peringkat ini.


Mereka bertindak bagi pihak gunawan dan seolah-olah projek yang akan
dilaksanakan kelak adalah milik mereka sendiri.

Semua tugas yang dilakukan adalah yang terbaik bagi melihat


kebolehlaksanaan projek yang dilaksanakan.

4.2 TUJUAN KAJIAN KEMUNGKINAN

Sekarang kita pergi kepada tujuan kajian kemungkinan.

Untuk pengetahuan para pelajar, tujuan utama kajian kemungkinan ini


adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai projek yang
akan dilaksanakan sepanjang tempoh projek dan menasihati pihak
gunawan tentang hal-hal berkaitan dengan pembinaan dan kos-kos yang
terlibat.

Di peringkat ini pihak-pihak yang terlibat akan menyediakan satu penilaian


yang tepat berkenaan kos yang akan terlibat bagi melaksanakan projek ini.

Sekiranya selepas kajian yang akan dijalankan ini tidak menguntungkan


bagi pihak gunawan sekiranya projek ini diteruskan, maka ahli-ahli
AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/

perekabentuk akan menasihati dengan memberi cadangan agar projek ini


tidak diteruskan kerana ianya tidak menguntungkan ataupun tidak sesuai.
4.3 PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DI DALAM
KAJIAN KEMUNGKINAN

Tahukah anda apakah perkara-perkara yang perlu diteliti di dalam sesebuah


Laporan Kajian Kemungkinan.

Berikut adalah perkara-perkara tersebut :

1) Kajian cadangan merekabentuk bangunan, dengan melihat


rekabentuk yang paling sesuai dan munasabah.

2) Kajian jangkamasa projek siap.

3) Kajian tentang tapak binaan, dengan merujuk kepada keadaan


topografi untuk merekabentuk tentang cadangan dan tujuan.

4) Kajian tentang keuntungan apabila projek itu siap dengan merujuk


kepada pasaran, siapa pembeli yang berpotensi sekiranya bangunan
yang dibina itu untuk dijual.

Mereka akan membincangkan hal tanggungjawab yang akan dilaksanakan


dan menentukan rangka program di peringkat rekabentuk.

Perkara-perkara berikut dipertimbangkan dalam Kajian Kemungkinan:-

1) Nasihat-nasihat dan cadangan dari ahli-ahli ikhtisas kepada gunawan


supaya projek yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan
mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

2) Bahan yang akan digunakan akan dikaji terlebih dahulu, supaya


bahan yang bermutu tetapi pada kos yang minimum.

3) Kos perlaksanaan projek akan diteliti dengan sebaik mungkin untuk


menjayakan projek tersebut, iaitu ia dapat meminimumkan kos
tersebut ke tahap yang dipersetujui oleh gunawan bagi mengelakkan
kos projek melebihi had kemampuan pihak gunawan.

4) Tempoh perlaksanaan projek akan dikaji seboleh-bolehnya


meminimumkan tempoh projek.
AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/

5) Mengkaji keuntungan atau kerugian bagi sesuatu projek yang akan


dijalankan sekiranya projek yang dicadangkan mendatangkan
kerugian. Ahli perekabentuk akan merujuk kepada pihak gunawan
samada mahu meneruskan projek itu atau tidak.

4.4 PERINGKAT-PERINGKAT KAJIAN KEMUNGKINAN

Secara amnya terdapat 3 peringkat dalam Kajian Kemungkinan.

1) Menentukan kehendak dan tujuan klien

Di sini pelanggan perlu berunding dengan ahli perekabentuk tentang


kehendak dan semua keperluan berkenaan projek yang akan dilaksanakan
bagi tujuan:-

i. Mengkaji projek yang paling sesuai di atas tapak.

ii. Mencadangkan projek yang mungkin boleh mendatangkan


keuntungan.

2) Kajian pasaran.

i. Kajian kehendak pelanggan dibuat.

ii. Mengkaji dari segi ekonomi, peluang pasaran dengan


pembangunan.

iii. Mengumpulkan semua maklumat berkaitan dengan pembangunan


yang dapat dibuat perbandingan (yang hampir serupa).

3) Laporan kajian kemungkinan.

Pada peringkat terakhir dalam kajian Kemungkinan, kumpulan


perekabentuk akan menyediakan satu laporan kajian kemungkinan kepada
gunawan dan sekiranya gunawan berpuas hati terhadap laporan tersebut,
barulah peringkat yang seterusnya dijalankan.
AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/

Setelah kajian dilaksanakan, kumpulan perekabentuk akan berbincang


semula dengan gunawan tentang hasil kajian yang telah dilaksanakan,
alternatif-alternatif yang ada, masalah-masalah serta cara-cara
mengatasinya, susunatur tender dan jenis kontrak dan lain-lain. Di sinilah
titik tolak bermulanya projek pembinaan sekiranya dipersetujui oleh
gunawan.

Baiklah para pelajar, selepas ini anda akan diuji


dengan beberapa soalan yang telah disediakan di
bawah ini.

Selamat menjawab
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/6

AKTIVITI 4a

ARAHAN

Jawab soalan di bawah tanpa merujuk kepada mana-mana bahan bercetak.

Soalan Satu

Apakah tujuan kajian kemungkinan dibuat?

Soalan Dua

Nyatakan Tiga (3) perkara yang perlu ada di dalam sesuatu kajian
kemungkinan.

1.__________________________________________________

2.__________________________________________________

3.__________________________________________________

Emm mudahnya soalan ini. Tidak sia-


sia saya belajar selama ini.
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/7

MAKLUM BALAS 4a

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN NILAIKAN DIRI ANDA DI MANA ANDA
BERADA..

Jawapan Satu

Tujuan utama kajian kemungkinan ini adalah untuk mengetahui dengan


lebih mendalam mengenai projek yang akan dilaksanakan sepanjang
tempoh projek dan menasihati pihak klien tentang hal-hal berkaitan
dengan pembinaan dan kos-kos yang terlibat.

Jawapan Dua

Berikut adalah perkara-perkara tersebut yang terkandung di dalam kajian


kemungkinan:

1) Kajian cadangan merekabentuk bangunan, dengan melihat


rekabentuk yang paling sesuai dan munasabah.

2) Kajian jangka masa projek siap.

3) Kajian tentang tapak binaan, dengan merujuk kepada keadaan


topografi untuk merekabentuk tentang cadangan dan tujuan.
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/8

INPUT 4b

4.5 RINGKASAN PROJEK

Kalau tadi kita telah mempelajari tentang kajian kemungkinan, sekarang


kita akan pergi pula kepada ringkasan projek.

Secara amnya ringkasan projek (project brief) digunakan untuk merujuk


kepada dokumen yang ditulis, sebelum sebarang tindakan reka bentuk
yang zahir dimulakan.

Ringkasan projek disediakan untuk menerangkan kehendak-kehendak


pelanggan bagi sebuah projek pembangunan. Ringkasan projek adalah
maklumat yang umum dan spesifik yang telah disusun untuk tujuan
membantu proses mereka bentuk sesebuah bangunan, di samping
menyatakan keadaan dan keperluan untuk projek tersebut.

Emm sekarang
baru saya tahu
apakah yang
dimaksudkan
ringkasan projek.
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/9

4.6 KANDUNGAN RINGKASAN PROJEK

Para pelajar tentu tertanya-tanya apakah yang terkandung di dalam


ringkasan projek.

Terdapat tiga kumpulan maklumat utama yang perlu diambil kira iaitu :

1) Tujuan dan polisi

2) Faktor-faktor operasi

3) Keperluan reka bentuk

Untuk pengetahuan para pelajar, maklumat dan datadata yang


terkandung di dalam ringkasan projek diperolehi dari beberapa sumber
iaitu :

1) Ringkasan konsep pelanggan

2) Keputusan mesyuarat pelanggan dan kumpulan perunding

3) Kajian kemungkinan, penyiasatan tapak dan kajian pengguna

4) Penilaian terhadap lukisan reka bentuk awal

5) Ringkasan projek untuk projek yang serupa

Rajah 4.1 di bawah ini menunjukkan secara ringkas kandungan ringkasan


projek.
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/10

Jadual kandungan

Maklumat latar belakang,


Sejarah dan skop projek,
Pengenalan Skop ringkasan
Ahli perundingan dan
sebagainya

Ringkasan isi utama


Kesimpulan

Fakta-fakta yang penting


dan boleh digunakan
dengan segera
Cadangan-cadangan
RINGKASAN Isi Kandungan Utama
Grafik : carta, rajah,
Jadual, peta , foto dan
sebagainya

Penerangan
Methodologi
Apendiks

Maklumat tambahan,
Lampiran dan sebagainya

Rajah 4.1 : Carta Organisasi Kandungan Yang Tipikal Untuk Ringkasan (Sumber::
Konya, A (1990). Offices : A Briefing and Design Guide. London. Butterworth
Architecture)

4.7 TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENYEDIAAN


RINGKASAN PROJEK
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/11

Tahukan para pelajar bahawa penyediaan ringkasan projek memerlukan


strategi yang sesuai supaya pengumpulan maklumat yang diperlukan
menjadi lebih sistematik dan mampu menjadi bahan komunikasi yang
berkesan di antara pelanggan dengan kumpulan pereka bentuk.

Antara teknik-teknik yang digunakan adalah :

1) Penyediaan senarai semak (Checklist)

2) Penyediaan soal selidik (Questionnaire)

3) Perancangan kos (Cost Planning)

4) Persidangan proses penyediaan (Briefing Conference)

5) Reka bentuk (Design Session)

6) Penggunaan komputer (Computer Aided)

4.8 KEGUNAAN RINGKASAN PROJEK

Berikut adalah kegunaan ringkasan projek iaitu:

1) Memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

2) Memastikan tahap kualiti yang ditentukan tercapai dari segi :


i. Tujuan pembinaan
ii. Pelaksanaan fungsi
iii. Rupa bentuk
iv. Pengalaman

3) Dapat mengawal kos pembinaan berdasarkan kemampuan


pelanggan

4) Merupakan kaedah komunikasi yang baik di antara pelanggan dan


kumpulan peraka bentuk

AKTIVITI 4b
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/12

Penilaian ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman para pelajar. Maka
gunakan pengetahuan para pelajar untuk menjawabnya. Terima kasih.

Soalan Satu

Apakah yang dimaksudkan dengan ringkasan projek ?

Soalan Dua

Senaraikan sumber maklumat dan data-data yang terkandung di dalam


ringkasan projek diperolehi.

1.___________________________________________

2.___________________________________________

3.___________________________________________

4.___________________________________________

5.___________________________________________

Soalan Tiga

Terangkan kegunaan ringkasan projek

MAKLUM BALAS 4b
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/13

Jawapan Satu

Secara amnya ringkasan projek (project brief) digunakan untuk merujuk


kepada dokumen yang ditulis, sebelum sebarang tindakan reka bentuk
yang zahir dimulakan, untuk menerangkan kehendak-kehendak klien bagi
sebuah projek pembangunan .

Ringkasan projek adalah maklumat yang umum dan spesifik yang telah
disusun untuk tujuan membantu proses mereka bentuk sesebuah
bangunan, di samping menyatakan keadaan dan keperluan untuk projek
tersebut.

Jawapan Dua

Maklumat dan datadata yang terkandung di dalam ringkasan projek


diperolehi dari beberapa sumber iaitu :

1) Ringkasan konsep pelanggan


2) Keputusan mesyuarat pelanggan dan kumpulan perunding
3) Kajian kemungkinan, penyasatan tapak dan kajian pengguna
4) Penilaian terhadap lukisan reka bentuk awal
5) Ringkasan projek untuk projek yang serupa

Jawapan Tiga

Berikut adalah kegunaan ringkasan projek iaitu:

1) Memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

2) Memastikan tahap kualiti yang ditentukan tercapai dari segi :


i. Tujuan pembinaan
ii. Pelaksanaan fungsi
iii. Rupa bentuk
iv. Pengalaman

3) Dapat mengawal kos pembinaan berdasarkan kemampuan pelanggan

4) Merupakan kaedah komunikasi yang baik di antara pelanggan dan


kumpulan pereka bentuk

PENILAIAN KENDIRI
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/14

Para pelajar tentu sudah tidak sabar untuk diuji bukan.


Sekarang tanpa merujuk kepada mana-mana nota, selesaikan soalan-soalan
di bawah ini.

Soalan Satu

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kajian kemungkinan


b) Terangkan tujuan kajian kemungkinan dijalankan.

Soalan Dua

a) Apakah pengertian ringkasan projek


b) Terangkan proses-proses penyediaan ringkasan projek

Soalan Tiga

Pelanggan anda bercadang mendirikan sebuah pusat perniagaan di


kawasan A. Namun setelah kajian kemungkinan dikemukakan didapati
kawasan tersebut tidak sesuai untuk dibangunkan bagi tujuan tersebut.
Nasihatkan klien anda.

Soalan Empat

Dalam sesebuah projek pembinaan, ringkasan projek dianggap sebagai


suatu kaedah komunikasi yang baik di antara pelanggan dan pereka
bentuk .
Bincangkan pernyataan ini.

MAKLUM BALAS
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/15

Sekarang para pelajar boleh menyemak jawapan masing-masing. Sebarang


kemusykilan perlu dirujuk tersu kepada pensyarah anda.

Jawapan Satu

a) Kajian kemungkinan merupakan peringkat kedua yang dijalankan


oleh kumpulan pereka bentuk sebelum perlaksanaan sesuatu projek
di peringkat Pra Kontrak.

Kajian ini dilakukan bagi memastikan projek tersebut dapat memberi


keuntungan kepada pihak pelanggan atau sebaliknya serta boleh
diteruskan atau tidak.

b) Tujuan utama kajian kemungkinan ini adalah untuk mengetahui


dengan lebih mendalam mengenai projek yang akan dilaksanakan
sepanjang tempoh projek dan menasihati pihak pelanggan tentang
hal-hal berkaitan dengan pembinaan dan kos-kos yang terlibat.

Jawapan Dua

a) Ringkasan projek adalah maklumat yang umum dan spesifik yang


telah disusun untuk tujuan membantu proses mereka bentuk
sesebuah bangunan, di samping menyatakan keadaan dan
keperluan untuk projek tersebut.

b) Penyediaan ringkasan projek memerlukan strategi yang sesuai


sepaya pengumpulan maklumat yang diperlukan menjadi lebih
sistematik dan mampu menjadi bahan komunikasi yang berkesan di
antara pelanggan dengan kumpulan pereka bentuk.

Antara teknik-teknik yang digunakan adalah :

1) Penyediaan senarai semak (Checklist)


2) Penyediaan soal selidik (Questionnaire)
3) Perancangan kos (Cost Planning)
4) Persidangan proses penyediaan (Briefing Conference)
5) Reka bentuk (Design Session)
6) Penggunaan komputer (Computer Aided)
Jawapan Tiga

Untuk menjawap soalan ini, para pelajar perlu menegnal pasti punca
masalah.pelajar memilih beberapa punca masalah dan huraikan tindakan
berdasarkan punca masalah tersebut.
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/16

Contoh punca masalah aialah ketidaksesuaian tanah, faktor ekonomi,


keadaan iklim dan persekitaran.

Nasihat anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut :

1) Huraian masalah
2) Alternatif tindakan
3) Cadangan
4) Kesimpulan
5) Lain-lain (nyatakan)

Jawapan Empat

Jawapan anda perlu menghuraikan sebab-sebab ringkasan projek


dianggap sebagai suatu kaedah komunikasi yang baik di antara pelanggan
dan pereka bentuk . Antara sebab-sebab yang dikenal pasti adalah :

1) Sumber maklumat dan fakta disusun dalam bentuk yang sistematik.


2) Kehendak pelanggan dibincangkan bersama
3) Lain-lain (nyatakan)

TAHNIAH..ANDA TELAH BERJAYA MENGHABISKAN UNIT INI


DENGAN JAYANYA..
TERUSKAN KE UNIT 5
C 1382 AMALAN IKHTISAS 1 C 1382/UNIT 4/17

Anda mungkin juga menyukai