Anda di halaman 1dari 10

a. Huraian yang lengkap tentang ciri-ciri teselasi.

PENDAHULUAN

Teselasi adalah satu bentuk pola yang meliputi suatu permukaan


sepenuhnya dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa pertindihan berlaku.
Konsep teselasi banyak digunakan dalam bidang geometri dan kehidupan harian
kita untuk mereka cipta seni dan rekaan. Dengan ini, teselasi adalah proses
mewujudkan satah dua dimensi menggunakan pengulangan bentuk geometri
dengan tidak bertindih dan tiada jurang. Teselasi sering muncul dalam seni MC
Escher, yang mendapat ilham ketika mengkaji penggunaan Moor simetri dalam
jubin Alhambra semasa lawatan beliau ke sana pada tahun 1922. Teselasi boleh
dilihat sepanjang sejarah seni, seni bina purba seni moden.

Pada tahun 1619 Johannes Kepler telah membuat satu kajian mengenai
teselasi yang telah didokumenkan pertama kalinya apabila dia menulis tentang
teselasi tetap dan semi regular, yang merupakan penutup satah dengan poligon
sekata. Sejarah awal teselasi bermula sejak tamadun awal orang Greek.
Perkataan asalnya datang daripada perkataan Yunani "tesseres" yang
bermaksud "empat" dalam Bahasa Inggeris.

Orang Yunani yang sebenarnya menggunakan jubin sisi empat kecil


sebagai tanda dalam permainan mereka. Jubin ini kemudian telah diambil dan
digunakan untuk membuat gambar mozek pada dinding, lantai dan siling. Ramai
menggunakan mosaik bukan sahaja dalam corak seni tetapi juga bangunan,
pakaian, alatan rumah, perhiasan dan sebagainya. Umat Islam juga
menggunakan jubin untuk menghiasi bangunan-bangunan mereka.

Teknologi telah bertambah baik dari hari ke hari. Gabungan matematik,


pemikiran kreatif dan teknologi komputer yang datang bersama-sama dalam
kajian teselasi dan geometri hari ini menghasilkan karya seni dalam Matematik
yang amat menakjubkan.
Kesimpulannya, Geometri Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi
sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa
sebarang pertindihan bentuk yang digunakan berlaku. Bentuk teselasi meliputi
pesawat tanpa jurang dan tanpa bertindih dan corak ini biasanya berulang.

CIRI-CIRI TESELASI

Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan teselasi, termasuklah


bilangan bentuk berlainan yang digunakan dalam satu-satu teselasi atau
mengkategorikan teselasi dari segi sama ada menggunakan poligon sekata,
poligon separa sekata atau poligon tidak sekata.

TESELASI SEKATA

Teselasi sekata ini dibentuk hanya berdasarkan sejenis bentuk poligon


yang sekata dan corak teselasi tersebut sekurang-kurang bertemu dengan tiga
poligon yang digunakan itu. Terdapat tiga teselasi sekata yang boleh dibentuk.
Antaranya adalah segitiga sekata, segiempat sekata dan heksagon sekata
(setiap yang ditunjukkan dibawah). Hal ini kerana sudut dalam poligon mesti
menjadi faktor 360 supaya poligon boleh beratur dengan tersusun pada setiap
bucu tanpa jurang ataupun ruang kosong.

i. Teselasi sekata yang dibentuk daripada segitiga sekata:

Simbol schlafli:
{6,3}
333333
6 60 = 360

Bagi poligon segitiga ini, harus bergabung 5 segitiga sekata yang kongruen
supaya menjadi permukaan satah dan jumlah sudut yang bertemu pada bucu
adalah tepat dengan 360.
ii. Teselasi sekata yang dibentuk daripada segiempat sekata:

Simbol schlafli:
{4,4} 4 90 = 360
4444

Bagi poligon segiempat ini, harus bergabung 5


segiempat sekata yang kongruen supaya menjadi permukaan satah dan jumlah
sudut yang bertemu pada bucu adalah tepat dengan 360.

iii. Teselasi sekata yang dibentuk daripada hexsagon sekata:

Simbol schlafli:

{3,6} 3 120 = 360

666

Bagi poligon heksagon ini, harus bergabung 3


heksagon sekata yang kongruen supaya menjadi permukaan satah dan jumlah
sudut yang bertemu pada bucu adalah tepat dengan 360.

Poligon-poligon lain tidak boleh dimasukkan dalam golongan teselasi sekata


kerana jumlah sudut dalaman mereka kurang atau lebih daripada 360 . Contoh:

Pentagon Heptagon
Bagi poligon dengan bilangan sisi yang lebih banyak, pencantuman tiga
poligon sekata yang sama pada satu bucu tanpa pertindihan adalah mustahil.
Oleh yang demikian, hanya terdapat tiga bentuk poligon sekata yang boleh
membentuk teselasi.

TESELASI TIDAK SEKATA


Teselasi juga boleh dibentuk dengan menggunakan bentuk asas yang
tidak sekata. Ia tidak perlu poligon sekata tetapi dengan menggunakan satu
bentuk atau corak yang asas, maka perlulah memenuhi seluruh satah dengan
menggunakan transformasi yang mengekalkan bentuk dan saiz asas motif.
Transformasi menunjukkan satu proses yang melibatkan pergerakan atau
perubahan sesuatu objek dari satu arah ke satu arah yang baru, atau dikata dari
satu posisi ke posisi yang baru. Objek yang telah berlaku transformasi ke satu
posisi yang baru maka ia dinamakan sebagai imej. Untuk menghasilkan teselasi
yang berulang dan tidak mempunyai sebarang jarang, maka konsep Matematik
diaplikasikan dalam transformasi tersebut. Antara konsep Matematik seperti
translasi, pantulan, dan putara digunakan dalam teselasi disebabkan ia tidak
akan mengubah bentuk asasnya dari segi saiz dan corak atau bentuknya.
Berikut adalah beberapa contoh teselasi dengan bentuk asas yang tidak sekata:

Segiempat Tepat Trapizium

TESELASI SEPARAH SEKATA

Teselasi ini berdasarkan dua atau lebih poligon sekata yang berlainan.
Syaratnya adalah pada setiap bucu mempunyai bentuk yang sama dan susunan
bentuk yang bertemu di satu bucu adalah sama bagi setiap bucu. Terdapat lapan
teselasi separa sekata yang mengkumi pelbagai kombinasi segitiga sama sisi,
segiempat sama sisi, heksagon, oktagon dan dodekagon. Ia agak rumit
berbanding dengan teselasi mudah. Antara berikut adalah contoh-contoh teselasi
separa sekata:
3333 12 6 4 884
6

TESELASI JENIS ESCHER

Teselasi jenis Escher adalah sejenis teselasi yang berkait dengan seni.
Kita tidak dapat menyentuh hasil seni yang telah dikembangankan oleh seorang
artis terkenal Belanda yang dikenali sebagai M.C. Escher(1898-1972). Escher
sebenarnya meluangkan banyak masa dalam proses menyelidik, melatih dan
menggunakan rekaannya untuk membentuk teselasi yang berkaitan rapat
dengan Matematik sebab corak atau bentuk yang dibentuk adalah poligon
seperti yang telah dijelaskan di atas.

Maka transformasi dalam teselasi berlaku dan terhasil satu teselasi yang
lebih berseni dan istimewa dengan memasukkan unsur-unsur kehidupan yang
tidak poligon. Terdapat dua cara termudah untuk membentuk teselasi Escher
iaitu teselasi berdasarkan mengubah sisi bertentangan yang selari dan teselasi
berdasarkan putaran.

a) Teselasi Berdasarkan Mengubah Sisi Bertentangan Yang Selari


- Segiempat sisi sama dan heksagon boleh menggunakan teknik
mengubah satu sisi dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang
selari dengan perubahan yang serupa.
Teselasi ringkas yang berasaskan
segiempat sekata
b) Teselasi Berdasarkan Putaran
- Bagi segitiga sekata, ia tidak dapat
melakukan teknik mengubah satu sisi dan seterusnya mengubah sisi
bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa kerana ia tidak
mempunyai sisi bertentangan yang selari.
- Namun demikian, ia boleh mengubah segitiga sekata pada satu sisi dan
mengubah sisi yang bersebehan dengan bentuk yang sama dengan
menggunakan teknik putaran. Teknik ini juga dilakukan untuk heksagon
sekata.

Teselasi ringkas yang berasaskan


segitiga sekata
b. Sebuah refleksi tentang aplikasi dalam kehidupan harian kita.

Terdapat banyak contoh teselasi dalam dunia yang sebenar. Berdasarkan


ciri-ciri teselasi yang telah belajar, membolehkan saya merumuskan teselasi
adalah bentuk polygon yang berulang-ulang tanpa mempunyai ruang atau
seksyen yang bertindih. Untuk yang pertama, cuba anda fikirkan bentuk yang
berbeza yang ada dalam alam semula jadi ini bolehkah diklasifikasikan sebagai
teselasi? Sisik pada ikan, cengkerang kura-kura, ataupun kulit nanas adalah
contoh-contoh teselasi yang ada dalam alam semula jadi ini. Contoh teselasi
pembinaan yang dapat kita lihat adalah dalam pembinaan batu-bata semasa
membina bangunan. Selama beribu tahun manusia telah menggunakan teselasi
untuk mereka bangunan yang cantik, mozek, kerja kayu, lantai dan taman.
Antaranya adalah gambar-gambar yang ditangkap oleh saya yang terdapat di
kawasan Sekolah Kebangsaan Lukut semasa saya menjalankan PBS.

Corak teselasi bangku

Corak teselasi karpet lantai


Mozek lantai

Laluan pejalan kaki

Mozek pentas
Mozek bilik air

Tapak perhimpunan

Mozek pondok bacaan


Tali leher guru lelaki

Puzzle Alat permainan yang

dicipta oleh guru prasekolah

Kesimpulannya, teselasi merupakan sebahagian daripada kehidupan


manusia. Hal ini disebabkan teselasi telah banyak memberikan sumbangan
kepada manusia sejak zaman berzaman lagi terutamanya dalam pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai