Anda di halaman 1dari 11

1.

Pengenalan Matematik adalah salah satu bidang ilmu yang sangat menyeluruh sifatnya. Ia

merangkumi semua aspek kehidupan, seperti membuat perhitungan, membuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Melalui proses penyelesaian masalah seharian, manusia dikerah untuk mengeluarkan pendapat seterusnya memberikan hujah terhadap keputusan atau langkah penyelesaian yang diambil. Disinilah peranan berfikir secara matematik dapat membantu manusia membuat pertimbangan yang wajar sebelum memilih sesuatu jalan penyelesaian. Bagi memperkembangkan potensi pemikiran matematik di dalam akal manusia, ia seharusnya bermula dari peringkat kanak-kanak. Konsep matematik terhadap alam sekeliling sebenarnya telah wujud di dalam akal kanak-kanak sejak dari peringkat bayi lagi. Ini merujuk kepada sifat ingin tahu kanak-kanak terhadap objek, terutama melalui deria sentuhan. Pendedahan awal kepada banyak bentuk konkrit di sekeliling kanak-kanak sebenarnya mencetuskan pelbagai persepsi terhadap alam sekeliling. Pelbagai konsep terbentuk di dalam minda kanak-kanak, yang boleh bersifat betul dari segi konsepnya, ataupun yang bersifat salah konsep (miskonsepsi). Konsep Geometri dan hubungannya dengan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Seperti yang telah dijelaskan, penerokaan kanak-kanak terhadap bentuk, samaada 2 dimensi atau 3 dimensi telah berlaku sejak bayi. Mereka didedahkan dengan pelbagai objek permainan yang mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan tekstur. Pendedahan awal inilah yang membantu kanak-kanak membentuk pemikiran terhadap geometri. Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, rancangan pengajaran dan pembelajaran kemahiran geometri mestilah berdasarkan prakonsep yang telah terbentuk di dalam pemikiran kanak-kanak ini. Peranan guru adalah sangat kritikal supaya konsep-konsep yang terbentuk dapat dikembang atau diperbetulkan bagi membolehkan kanak-kanak memahami serta dapat menyelesaikan masalah yang berkait dengan geometri, seterusnya menghargai keindahan yang terdapat di dalam unsur-unsur geometri.

2.0

Bentuk Dua Dimensi (2D) : Pengenalan 2.1 Definisi


Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar. Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.

2.2

Ciri-ciri

Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang. Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata. Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur. Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.

2.3 Bentuk

Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D) Ciri-ciri 1. 4 sisi sama panjang 2. Mempunyai 4 bucu 3. Sudut dalaman bagi setiap bucu ialah 90

1. Segiempat sama

2. Segiempat tepat

4 sisi 2 sisi yang bertentangan adalah sama panjang

4 bucu Sudut dalaman bagi setiap bucu ialah 90 darjah.

3. Segitiga

1. 2. 3.

3 sisi 2 bucu Sudut dalaman bagi setiap bucu ialah 60 darjah

4. Bulat

1. 2.

Mempunyai sisi melengkung Tidak mempunyai bucu

5. Pentagon

1. 2.

5 sisi 5 bucu

6. Heksagon

1. 2.

6 sisi 6 bucu

7. Heptagon

1. 2.

7 sisi 7 bucu

8. Heptagon

1. 2.

8 sisi 8 bucu

3.0

Teselasi Satah Steven Schwartzman (1994, Persatuan Matematik Amerika) berkata:

tessellate (kata kerja), tessellation (noun) . Menurut beliau lagi, dari bahasa Latin pula disebut sebagai Tessera bererti "mati yang digunakan bagi perjudian" atau tablet persegi. Mungkin juga perkataan Tessera telah dipinjam dari tessares

Yunani(Greek) yang bermaksud "empat," sejak jubin(tile) persegi mempunyai empat sisi. Menurut beliau lagi, maksud geometri untuk perkataan teselasi ialah menutupi ruang dengan corak adalah cara untuk tidak membiarkan sesuatu kawasan itu ada ruang yang kosong. Lanjutan dari itu ruang atau ruang besar boleh juga diteselasikan. Satah (plane) pula ialah sebarang titik-titik yang diperluaskan dalam dua

dimensi. Ia ditakrifkan sebagai satu luas. Permukaan boleh menjadi rata (permukaan satah) atau melengkung, terhingga atau tak terhingga. Ianya mempunyai panjang dan lebar tetapi tiada tinggi. Dalam terminology geometri, Teselasi bermaksud corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata untuk menutup sebuah sebuah permukaan satah

tanpa ruang(gap) atau pertindihan. Corak ini biasanya berulang-ulang. Jadi, sebuah teselasi satah adalah satu susunan bentuk tertutup yang berpadanan bersama-sama untuk menutup permukaan satah tanpa pertindihan dan tanpa meninggalkan jurang. Teselasi boleh dilihat dimana-mana sahaja

dipersekitaran ala mini samaada ianya secara semulajadi seperti sarang lebah atau teselasi buatan manusia seperti susunan jubin(tile). Seorang ahli matematik dan seni yang bernama M.C Escher telah menjadi terkenal kerana berjaya menghasilkan teselasi yang mengkagumkan.

3.1

Jenis-jenis Teselasi

Terdapat pelbagai jenis teselasi iaitu :1. Teselasi Sekata 2. Teselasi separuh sekata 3. Teselasi bukan sekata 4. Teselasi ringkas 5. Teselasi kompleks 1. Teselasi Sekata (Regular Tessellation)

Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari polygon sekata kongruen semua pertemuan iaitu bucu bertemu bucu. Semua sudut dan sisinya adalah kongruen. Kongruen bermaksud suatu keadaan dimana menunjukkan dua atau lebih banyak rajah yang sama dalam saiz dan bentuk. Hanya terdapat 3 teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi (regular triangle), segiempat sama (regular square) dan segi enam(Heksagon). Di bawah ini contoh rajah teselasi sekata yang melibatkan bentuk segiempat (square), heksagon dan segitiga (triangle).

2. Teselasi separuh sekata (Semi-regular tessellation) Teselasi separuh sekata dihasilkan dengan dua atau lebih jenis polygon

sekata yang dipasangkan bersama-sama sedemikian rupa supaya polygon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi separa sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segitiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, octagon dan dodecagon.Di bawah adalah contoh teselasi separuh sekata.

3. Teselasi tidak sekata Teselasi tidak sekata bermaksud yang mempunyai dua atau lebih bentuk atau corak pada sesuatu permukaan objek. Sebagai contoh, jika anda mengambil baju kotak-kotak, anda akan melihat bahawa terdapat corak berterusan segi empat dan segi empat tepat, yang tidak teratur disebabkan kepada fakta bahawa terdapat dua bentuk.Selain itu, tidak ada halangan dalam susunan polygon . Terdapat

nombor infiniti di dalam teselasi. Jadi dapatlah difahami bahawa kebanyakan corak yang diperbuat daripada satu atau lebih polyiamond adalah bukan teselasi kerana komponen polyiamond adalah bukan polygon sekata. Coraknya mungkin lebih tepat dipanggil mozek atau corak jubin.

4. Teselasi ringkas Teselasi ringkas atau yang mudah hanya melibatkan operasi translasi . Translasi bermaksud mengerakkan polyiamond di sepanjang satah. Ianya boleh di aplikasikan kepada semua polyiamond. translasi

Di bawah adalah contoh teselasi ringkas.

5. Teselasi kompleks Teselasi kompleks melibatkan penggunaan satu atau lebih operasi putaran dan pantulan yang digunakan bersama-sama operasi translasi. Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang boleh menteselasikan ruang menggunakan hanya operasi translasi. Rajah ini dipanggil sebagai unit sel. Satu unit sel boleh diisi dengan beberapa gandaan polyiamond yang berlainan. Di bawah ini adalah beberapa contoh teselasi kompleks.

4.0

Kegunaan Teselasi dalam kehidupan seharian.

Teselasi (Tessellations) boleh didapati dalam banyak bidang kehidupan. Kita boleh lihat pelbagai corak teselasi dihasilkan dipersekitaran kita samaada dalama bidang senilukis, senibina, alatan permainan dan sebagainya Contoh-contoh khusus atau spesifik adalah seperti permaidani Oriental, kuilt, origami, seni bina Islam, dan lukisan daripada MC Escher.

Di sini, terdapat beberapa contoh penggunaan teselasi ke atas ruang, bahan atau objek dalam kehidupan seharian kita.

1.

Teselasi separuh sekata (semiregular tessellation 4.8.8) yang kelihatan pada permukaan lantai di lobi hotel Jerome, Aspen, Colorado, Amerika Syarikat. Gabungan warna biru dan merah menghasilkan bentuk yang ringkas tetapi menarik..

Hotel Jerome Lobby, Aspen, Colorado

2.

Teselasi separuh sekata (semiregular tesselation 3.6.3.6) yang kelihatan pada anak tangga yang ketiga, kelima, ketujuh dan kesembilan di sebuah masjid di Isfahan, Iran. Seni reka ini dihasilkan pada tahun 1656 M. (Lihat rajah di bawah).

Masjid-el-Hakim Isfahan; Isfahan, Iran

3.

Teselasi separuh sekata yang diaplilkasikan pada pada dinding dan siling bangunan Istana Topkapi di negara Turki.(Lihat rajah di bawah)

Istana Topkapi di negara Turki

4.

Teselasi dalam bidang seni. Diantara contoh pelukis yang terkenal dalam menghasilkan lukisan berdasarkan teselasi ini ialah MC Escher. Misalnya lukisan seperti yang ditujukkan pada rajah di bawah. Pada lukisan tersebut beliau membahagikan satah dengan angka haiwan seperti yang ditunjukkan dalam ikan dan Bot. Lukisan ini telah digunakan dalam kad ucapan Tahun Baru pada tahun s1949.

5.

Teselasi dalam permainan Jigsaw puzzle. Kita boleh lihat banyak bentuk teselasi pada permainan Puzzle yang dihasilkan di pasaran. Contoh seperti rajah di bawah.

Aerospace Jig saw puzzle

6.

Teselasi di bawah merupakan teselasi kompleks

pada bumbung Chehel

Sotoon(The Palace of Forty Pillars) Isfahan, Iran. Ia dibina pada tahun 1642.. Reka bentuk ini adalah sangat kompleks yang terdiri daripada bentuk bintang. Jika dilihat dengan teliti, rekabentuk teselasinya adalah sangat rumit dan luar biasa dan seolah-olah ia tidak kelihatan seperti satu teselasi.

Roof of Chehel Sotoon(The Palace of Forty Pillars) Isfahan, Iran

7.

Teselasi sekata (regular tessellation) pada laluan pejalan kaki. Kewujudan corak teselasi seperti ini lebih cantik dan menarik. membolehkan laluan pejalan kaki tersebut kelihatan

Anda mungkin juga menyukai