Anda di halaman 1dari 8

TESELASI

Perkataan teselasi berasal dari perkataan Bahasa Inggeris Tessellation. Namun menurut Math Forum, perkataan Tessellate berasal dari bahasa Yunani, Inggerisnya bermaksud Tesseres yang dalam Bahasa

empat. Teselasi adalah proses memenuhi semua ruang dengan

menggunakan satu bentuk asas. Bentuk asas itu biasanya mengalami satu tranformasi (penjelmaan) sama ada translasi, putaran atau pantulan, kemudian disambung untuk memenuhi semua ruang. Ia akan menghasilkan satu pola yang menarik, seperti jubin lantai, corak kain, lelangit bangunan, ukiran kayu dan sebagainya. Contohnya seperti berikut:

Rectangles

Octagons and Squares

Different Pentagons

Dalam geometri, teselasi bermaksud corak yang terhasil dari susunan poligon sekata untuk memenuhi semua ruang tanpa bertindih. Corak biasanya diulangi. Terdapat tiga jenis teselasi iaitu : Regular Tessellation Semi Regular Tessellation Non-Regular Tessellation

MTE3103 GEOMETRI

Regular Tessellation terhasil apabila poligon sekata di susun secara berulang dan memenuhi semua ruang serta tidak bertindih. Terdapat tiga poligon yang terlibat iaitu segi tiga , segi empat sama sisi dan hexagon. Di bawah adalah contoh poligon yang disusun:

Teselasi segitiga

Teselasi segi empat sama

Teselasi hexagon

Manakala Semi regular tessellation pula terhasil apabila terdapat dua atau lebih poligon disusun secara berulang dengan memenuhi semua ruang dan tidak bertindih. Hanya terdapat 8 corak yang boleh dibentuk dalam susunan tersebut. Contoh adalah seperti berikut:

3.3.3.3.6

3.3.3.4.4

3.3.4.3.4

MTE3103 GEOMETRI

3.4.6.4

3.6.3.6

3.12.12

4.6.12

4.8.8

Non Regular Tasselation pula terhasil apabila poligon tidak sekata di susun secara berulang dengan memenuhi semua ruang dan tidak bertindih. Ia boleh di hasilkan dengan tiga cara iaitu penjelmaan , putaran dan refleksi. Berikut adalah contoh corak teselasi yang dihasilkan:

Curvy Shapes

Circles

Eagles?

MTE3103 GEOMETRI

MTE3103 GEOMETRI

Kesemua contoh ini boleh diguna pakai dalam teselasi seni art tessellation. Sebenarnya dalam teselasi, satu atau dua bentuk geometri yang dipilih boleh dijelmakan, diputarkan atau direflekkan. Kemudian bolehlah dibina pola atau gambar dengan memasukkan warna atau tekstur bagi bentuk tersebut. Ini akan menunjukkan hasil karya seni yang mengagumkan. Jelasnya, penerokaan dalam teselasi

menghasilkan sesuatu yang menarik seperti contoh berikut:

MTE3103 GEOMETRI

Manakala, Numerical Notation pula boleh

dikenalpasti atau di dapati dengan memilih

titik pertemuan atau bucu dan melihat kepada poligon yang menyentuh bucu tersebut. Selepas itu, tentukan bilangan sisi poligon yang menyentuh bucu atau titik pertemuan tersebut. Cara pengiraan mestilah bermula mengikut arah jam. Contohnya;

MTE3103 GEOMETRI

RUJUKAN
Mok Soon Sang ( Julaii 1996), Pengajian Matematik untuk Diploma Keguruan . KL: Kumpulan Budiman Mok Soon Sang (Jun 1993), Matematik untuk Dinamika Guru. KL: Kumpulan Budiman Semi-RegularTessellation. http://library.thinkquest.org/16661/simple.of.regular.polygons/semiregular.1.html

Teselasi. http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/teselasi.html

Tessellation. http://mathworld.wolfram.com/Tessellation.html http://www.mathsisfun.com/geometry/tessellation.html http://www.math.twsu.edu/history/Topics/geometry.html#tangram


MTE3103 GEOMETRI 7

http://mathpuzzle.com/Tessel.htm http://www.math.twsu.edu/history/Topics/geometry.html#tangram http://42explore.com/teslatn.htm

What is a Tessellation ? http://mathforum.org/sum95/suzanne/whattess.html

MTE3103 GEOMETRI

Anda mungkin juga menyukai