Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Kegunaan Teselasi

Teselasi boleh dedefinisikan sebagai satu bentuk pola yang melitupi sesuata permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk yang digunakan selalu. Teselasi selalu digunakan dalam hidup harian kita. Teselasi yang asas seperti teselasi susunan dari corak heksagonal , corak segi empat, dan corak segi tiga boleh kelihatan di sekitar kita contohnya dalam jubin bilik air, lantai seramik, pinggan mangkuk, langsir, baju, selimut dan lain- lain lagi. Teselasi boleh menjadikan barang yang amat biasa menjadi sesuatu yang menarik perhatian. Dewasa ini, teselasi banyak diaplikasikan dalam bidang architecture terutamanya dalam bangunan. Teselasi telah digunakan dalam menghasilkan corak lantai, dinding dan siling dalam bangunan. Corak-corak teselasi ini menjadikan rekabentuk bangunan tersebut lebih cantik lagi serta menghasilkan ilusi yang menarik dan seragam. Tambahan lagi, penggunaan teselasi pada bentuk dan motif-motif ukiran bangunan atau senibina lama sebagai hiasan yang mempunyai keunikan tersendiri memberi gambaran serta dapat menunjukkan keistimewaan, corak ,kebudayaan, latar belakang dan kreativiti bangsa dan agama.

Dalam pembelajaran matematik pula, tesselasi dapat digunakan untuk membantu para pelajar mempelajari konsep-konsep matematik secara lebih dalam misalnya segibanyak (polygon), segibanyak beraturan (regular polygon), segibanyak tak beraturan (non-regular/irregular polygon), kongruen, sudut dalam, jumlah sudut dalam dari segibanyak yang saling bertemu pada titik sudut ( vertex) tesselasi, translasi, refleksi, dan pusingan.