Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGENALAN TANAMAN HIASAN TAHUN 4

Mata pelajaran Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Tajuk Sub topik : Kemahiran Hidup : 26 Jun 2011 : 10.30 pagi. hingga 11.30 pagi. ( 1 jam) : 4 Bestari : 30 orang : Tanaman Hiasan : Pengenalan Tanaman Hiasan

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid mengetahui beberapa jenis tanaman hiasan. 2. Murid pernah melihat ahli keluarga menguruskan tumbuhan hiasan di perkarangan rumah.

Objektif pengajaran ; Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. 2.

Menyatakan sekurang-kurangnya lima jenis tanaman hiasan Mengetahui sekurang-kurangnya tiga jenis bunga semusim yang popular di Malaysia

3.

Mengetahui sekurang-kurangnya tiga jenis bunga semusim, keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga.

Kemahiran berfikir : Membanding beza, mengkategori, menyelesaikan masalah. Bahan bantu mengajar : Buku teks, Kad bergambar, Persembahan Powerpoint, komputer dan LCD projektor Penerapan nilai murni : 1. Ketelitian 2. Berdisiplin 3. Memberi perhatian 4. Kerjasama 5. tekun Strategi P&P : Deduktif, Induktif, konstektual, konstruktif dan komunikatif, soal jawab, demonstrasi

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :

Langkah/Masa Isi Pelajaran Set Induksi ( 5 minit) 1. Menyoal murid. (a) Soalan : Pernahkah anda melihat tumbuhan hiasan? Contoh Jawapan - Pernah, di rumah saya ada pokok bunga raya - Pernah, tumbuhan hiasan terdapat di kawasan sekolah.2. persembahan power point dan video mengenai jenis kumpulan tanaman hiasan Maksud Tumbuhan Hiasan Pokok-pokok atau pokok bunga yang ditanam untuk mencantikkan, menyegarkan dan mengindahkan sesuatu tempat.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengetahuan sedia ada murid tentang tanaman hiasan : 2. Murid melihat video dan persembahan power point yang disediakan oleh guru tentang jenis kumpulan tanaman hiasan. Pokok naungan Pokok renek Pokok menjalar dan memanjat Pokok palma Kaktus Rumput Bunga semusim 1. Guru menyoal murid tentang maksud tanaman hiasan menurut pandangan mereka 2. Guru membuat rumusan terhadap jawapan mereka dan memberikan maksud tumbuhan hiasan yang sebenar. 3. Murid-murid cuba memberikan contohcontoh tumbuhan hiasan di rumah, di

KBKK: menjana idea, pemikiran kreatif Nilai: Memberi perhatian. Strategi: Kemahiran Berfikir.

Langkah 1 ( 10 minit)

BBM: Slide Powerpoint Nilai: Memberi perhatian, tekun KBKK : menyelesaikan masalah. Strategi: Deduktif & soal jawab

sekolah, kawasan rekreasi dan lain-lain. - Contoh Jawapan: bunga kekwa bunga matahari bunga mawar palma bunga raya

Langkah 2 (10 minit)

Pengenalan dan penerangan tentang setiap jenis tumbuhan hiasan

1. Guru mengarahkan murid untuk membentuk lima kumpulan kecil 2. Guru mengagihkan kad bergambar jenis pokok hiasan serta penerangan Pokok renek Penutup bumi Pokok naungan Pokok memanjat/menjalar Pokok bunga semusim

BBM : Kad bergambar KBKK : Banding beza & mengkategori Nilai: Ketelitian

Strategi: kemahiran berfikir, Kontekstual , dan kemahiran mendengar.

Langkah 3 1. Persembahan (20 minit) power point tentang: 1.1 Jenis bunga semusim yang popular di Malaysia 1.2 Keistimewaan bunga semusim 1.3 Spesifikasi kepelbagaian bunga semusim 1.3 Peringkat berbunga dan jangka masa pokok berbunga

1. Guru menunjukkan persembahan power point tentang jenis bunga semusim, keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga. 2. Guru menyoal murid adakah muridmurid pernah melihat antara pokok bunga semusim yang ditunjukkan dalam

ABM: Slide Power Point KBKK: Mengkategori & Menyelesai masalah. Nilai Murni: Ketelitian Strategi: Konstruktif & demonstrasi.

persembahan power point. 3. Sesi soal jawab antara guru dengan murid Pengukuhan1. Aktiviti kumpulan. (10 minit) 1.1 Murid menjawab soalan tentang bunga semusim 1.2 Murid dikehendaki memilih jawapan yang disediakan kemudia mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Guru memberikan lembaran soalan kepada setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan tentang keistimewaan bunga semusim, keistimewaan, spesifikasi, dan peringkat berbunga serta jangka masa pokok semusim berbunga BBM: Lembaran soalan Nilai: Memberi perhatian,kerjasama dan ketelitian Strategi: Kemahiran berfikir kritis dan kreatif, soal jawab.

Penutup ( 5 minit )

1. Sesi soal jawab antara guru dengan murid.

1. Guru membuat sesi soal jawab kepada murid jika ada murid yang kurang jelas tentang sesi P&P Pengenalan Tanaman Hiasan. 2. Guru membuat rumusan tentang keseluruhan topik pengenalan tanaman hiasan secara peta konsep.

BBM : Nota ringkas Nilai : Perhatian dan kerjasama Strategi : Membuat rumusan.

Anda mungkin juga menyukai