Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Kami mencurahkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan yang maha Esa, dengan limpah dan kurnianya, dapat menyelesaikan tugasan Literasi Nombor (WAJ 3105) ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Tan Tong Hock, pensyarah kami di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami dan menjadi penyelia sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini dijalankan. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan untuk pelaksanaan projek ini. Walaupun terdapat percanggahan pendapat, kami masih dapat bekerjasama secara harmoni untuk mencapai matlamat yang sama. Pada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah kami, Encik Tan Tong Hock. Tunjuk ajar beliau amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

PENGENALAN Tugasan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada cara mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang sesuai dan mendemonstrasikan pemahaman dengan memasukkan pendekatan dan strategi numerasi dalam kehidupan seharian. Kami dikehendaki menyediakan portfolio yang mengandungi refleksi setiap kuliah dan membuat tesselasi geometri secara individu; merancang pelan rumah dengan teliti serta membina model 3D mengikut kreativiti masing-masing. Pelan rumah dirancang dan dilukis mengikut saiz yang ditetapkan, iaitu 2000 kaki persegi. Setiap langkah merancang adalah penting untuk memastikan setiap ruang dalam pelan rumah adalah logik dan menepati kehendak soalan tugasan. Setiap ruang dalam pelan rumah juga ditunjukkan pengiraan. Model 3D pula dibina daripada bahan-bahan kitar semula yang dikumpulkan. Dalam pembinaan model 3D ini, kami diberi peluang untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing. Dengan dibekalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan ini, maka kami sebagai bakal guru dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk disampaikan kepada anak-anak murid pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai