Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS : HBEF2803

TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME


KEGURUAN

SEMESTER : JANUARI 2016

NAMA : ELANGO A/L RAJA

NO MATRIX : 830420075715001

NO K.P : 830420075715

NO TEL. : 012-2031404

E-MAIL : elan830@gmail.com

LEARNING CENTRE : PETALING JAYA


AKTIVITI 1: (T1A1)

Aktiviti Khidmat Masyarakat

● Progam Khidmat masyarakat di rumah anak yatim ( Gotong – royong )

● Program Khidmat masyarakat di Kampung ( Gotong – royong )

Tujuan dan Matlamat Khidmat Masyarakat

Khas untuk tugasan ini, saya telah memilih untuk melakukan aktiviti khidmat
masyarakat di rumah anak-anak yatim dan juga aktiviti bergotong –royong membersihkan
kampong. Aktiviti khidmat masyarakat merupakan salah satu cara untuk kita memainkan
peranan kita sebagai seorang insan. Kita sebagai seorang manusia yang telah dikurniakan
segala keselesaan hidup, haruslah menghargainya. Selain daripada itu kita juga haruslah
memikirkan nasib dam kesukaran hidup yang di lalui orang sesetengah insan yang tidak
mempunyai nasib yang sama seperti kita. Kita seharusnya perlu melakukan atau membantu
sedikit sebanyak kepada insan – insan yang kurang bernasib baik ini. Kita haruslah
memberikan pertolongan yang kita dapat berikan yang mana dalam kemampuan kita. Kita
juga perlu ingat bahawa tuhan memberikan kemampuan kepada kita bukan sahaja untuk kita
merasainya, malah untuk kita berkongsi dan memberi kepada orang- orang yang
memerlukannya. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah
pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bagi guru, khidmat
masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara
komuniti dan guru.

Antara matlamat aktiviti kemasyarakatan ini adalah seperti berikut,

 Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap
komuniti yang ada di persekitaran.
 Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam
diri setiap individu.
 Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat
dan negara
 Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong
antara satu dengan yang lain.

Kepentingan program Khidmat Masyarakat.


Program Khidmat satu aktiviti yang harus di lakukan oleh kita semua, Saya telah memilih
untuk menjalankan aktivit khidmat masyarakat seperti gotong royong di rumah anak – anak
yatim dan aktiviti gotong royong di kampung. Berikut adalah antara kepentingan kita harus
melakukan aktiviti kemasyarakatan di rumah anak – anak yatim dan juga di kampung.
 Mereka sangat memerlukan bantuan kita
 Kebanyakan organisasi kebajikan seperti rumah anak – anak yatim diurus oleh
individu / orang perseorangan
 organisasi kebajikan seperti rumah anak – anak yatim / kampung tidak mempunyai
peruntukkan kewangan yang mencukupi
 organisasi kebajikan seperti rumah anak – anak yatim / kampung tidak mempunyai
tenaga kerja untuk melakukan aktiviti pembaik – pulihan
 organisasi kebajikan seperti rumah anak – anak yatim / kampung tidak mempunyai
kepakaran untuk melakukan kerja – kerja pembaik – pulihan

Antara tumpuan aktiviti yang dapat dijalankan untuk menjayakan Projek ini adalah seperti
berikut.

 Projek membersihkan kawasan rumah anak – anak yatim


 Projek membersihkan kawasan sekitar kampung
 Projek mengindahkan kawasan rumah anak – anak yatim
 Projek mengindahkan kawasan sekitar kampung
 Projek Pertukangan, membaiki peralatan & perabot yang rosak
 Projek mengecat bangunan, bilik, dewan serbaguna dan sebagainya
 Projek menanam pokok & tumbuhan di sekitar kawasan rumah anak – anak yatim
 Projek menanam pokok & tumbuhan di sekitar kawasan kampung

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam Khidmat Masyarakat.


Di dalam usaha melakukan projek khidmat masyarakat ini , terdapat pelbagai cabaran. Antara
cabaran yang terdapat dalam menjayakan projek khidmat kemasyarakatan ini adalah seperti
berikut,

 Mengalami kesempitan kewangan untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.


 Mengalami kesukaran untuk menyesuaikan masa untuk membolehkan semua individu
yang terlibat dengan projek ini berkumpul.
 Mengalami masalah untuk menyediakan peralatan dan juga bahan yang diperlukan
untuk projek ini.
 Kesukaran untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan rumah anak –
anak yatim dan juga pengurusan kanpung.
 Mengalami masalah kepakaran dalam kerja – kerja pembaikpulihan peralatan dan
perabot yang rosak.
 Jangka masa untuk melaksanakan projek yang terhad.

PROSES PELAKSANAAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT.

Segala aktiviti yang saya telah nyatakan di atas perancangan yang rapid an teliti
supaya ianya dapat dijalankan dengan berjaya. Setiap satu projek perlulah dirancang serta
dijalankan berasaskan kepada keperluan dan matlamat yang jelas. Hanya dengan
perancangan yang baik serta rapi sahaja setiap projek yang dilaksanakan akan dapat
menghasilkan output yang berguna. Untuk itu, setiap perancangan dalam pelaksanaan projek
khidmat masyarakat sama ada yang besar atau kecil perlulah mengambil kira perkara-perkara
berikut:

Pelaksanaan
Perancangan Refleksi
Aktiviti

Penghargaan Pelaporan

PERANCANGAN

Perancangan merupakan satu eleman yang sangat penting dalam melakukan sesuatu projek
atau aktiviti kemasyarakatan. Hanya dengan perancangan yang baik serta sempurna sesuatu
projek khidmat masyarakat akan dapat berjalan dengan sempurna serta mencapai tujuan yang
diharapkan. Analisis keperluan, perancangan secara bersistematik dan anggaran belanjawan
yang tepat dan berwibawa perlu diambil kira oleh individu atau kumpulan yang hendak
melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Beberapa faktor harus diberikan keutamaan,
antaranya adalah seperti,

 Mengenal pasti dan memilih tajuk atau projek khidmat masyarakat yang akan
dilaksanakan.
 Mengenal pasti matlamat, tujuan, dan objektif yang jelas agar tidak berlaku
pembaziran dari segi tenaga, wang ringgit dan masa.
 Mengenal pasti sumber-sumber lain yang boleh membantu pelaksanaan aktiviti
khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan.
 Mengenal pasti pihak-pihak lain yang boleh memberikan sumbangan pelaksanaan
aktiviti khidmat masyarakat.
 Mengatur dan memperincikan pelaksanaan mesyuarat ahli jawatankuasa yang
terlibat.

PELAKSANAAN / AKTIVITI
Pelaksanaan terhadap aktiviti yang telah dirancang harus juga diberikan keutamaan. Segala
apa yang telah telah dirancang harus dijalankan mengikut perancangan. Kejayaan projek yang
telah dirancang bergantung kepada kerjasama dan tanggungjawab antara ahli dalam projek.
Perancangan yang rapi dan teliti diikuti dengan pelaksanaan yang tidak baik, akan
menyebabkan kegagalan dalam projek. Sebaiknya, perancangan yang rapi dan teliti haruslah
diikuti dengan pelaksanaan yang baik dan teratur supaya projek yang dirancang dapat
berjaya. Antara berikut merupakan beberapa faktor yang perlu dititikberatkan,
 Memastikan bahawa projek yang dilaksanakan adalah berdasarkan perancangan serta
kemampuan yang telah dirancang pada peringkat awal.
 Seelok-eloknya diadakan taklimat ringkas atau pemakluman kepada semua ahli
tentang tugas, peranan, dan matlamat aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan.
 Merekodkan setiap kerja khidmat masyarakat untuk dijadikan bahan dokumentasi
ataupun bukti.
 Segera mengambil tindakan penyelesaian masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar
jangkaan dan perancangan.
 Pengurusan masa dan susun atur serta penjadualan yang sempurna tentang setiap
aktiviti perlulah difahami oleh setiap ahli.

REFLEKSI
Refleksi atau renung kembali adalah suatu proses yang amat penting untuk memastikan
bahawa setiap apa yang telah kita lakukan telah mencapai objektif atau matlamat yang
ditetapkan. Ia adalah penting sebagai kayu ukur untuk melaksanakan sesuatu projek khidmat
masyarakat pada masa akan datang.
Beberapa faktor yang penting dalam membuat refleksi adalah seperti berikut,
• Menilai secara terperinci setiap aktiviti yang telah dijalankan daripada mula hinggalah ke
akhir sesuatu projek.
• Menyusun dan menyemak dokumen serta catatan yang telah dibuat semasa
pelaksanaan aktiviti.
• Meneliti serta menilai kembali kewibawaan dan keupayaan setiap ahli semasa
menjalankan projek.

LAPORAN
Laporan ialah suatu bentuk penulisan secara formal untuk dijadikan bahan bukti
tentang sesuatu pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan. Laporan amat penting untuk
dijadikan panduan kepada orang lain bagi tujuan yang sama melaksanakan aktiviti khidmat
masyarakat.
Format Laporan seperti berikut:

• Tema • Pelaksanaan projek


• Nama projek • Matlamat dan objektif projek
• Tarikh / Tempoh pelaksanaan • Perancangan
projek • Pelaksanaan aktiviti
• Ahli kumpulan projek • Refleksi
• Sumber personel lain yang • Cadangan / komen
terlibat • Penghargaan
• Organisasi yang terlibat

PENGHARGAAN
Penghargaan adalah suatu bentuk rasa ucapan terima kasih kepada mereka yang telah
bersama-sama menjayakan projek yang dijalankan. Surat penghargaan dan terima kasih perlu
disediakan dan dikirimkan kepada mereka yang terlibat. Selain itu, pengahrgaan juga boleh
disampaikan melalui pemberian sijil penghargaan.
Rujukan

Schidmt, Richard A. (1991). Social skils.

Schidmt, Richard A. dan Lee, Timothy D. (2005). Empowering Humanity: Human Kinetics
Books

Gollhofer, A., Taube, W., & Bo Nielsen, J. (2012). The New Life For humanity : Routledge.

Haibach, P. S., Reid, G., & Collier, D. H. (2011). The ways to improve living in social.

Magill, R.A. (2007). Skills of tomorrow generation (8th ed.). McGraw-Hill: New York, NY.

Anda mungkin juga menyukai