Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 4303

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

NAMA : ELANGO A/L RAJA

NO MATRIX : 830420075715001

NO K.P : 830420075715

NO TEL. : 012-2031404

E-MAIL : elan830@gmail.com

LEARNING CENTRE : PETALING JAYA


PENGENALAN

Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi
serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal
yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan
keseluruhannya.
Salah satu isu kesihatan kanak-kanak dan remaja kini adalah obesiti di kalangan kedua-
dua golongan ini. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa obesiti yang berlaku pada usia muda maka
akan berterusan masalah ini sepanjang hayat mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak
dan remaja perlu diberi perhatian serius memandangkan terdapat pelbagai risiko kesihatan
sampingan yang timbul disebabkan oleh gejala tersebut.
Menurut kajian terkini, menunjukkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak-kanak
dan remaja berpotensi untuk terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan tidak di
laksanakan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 di kalangan
orang dewasa (merangkumi golongan yang berumur lima belas tahun ke atas) menunjukkan
bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat yang berumur telah meningkat dengan mendadak
dari 4.4% pada tahun 1996 ke 12.3% pada tahun 2006.
Masalah ini berpunca akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang
mengamalkan aktiviti fizikal. Gaya hidup kanak-kanak dan remaja masa kini yang hanya
menghabiskan masa di sekolah, pusat tuisyen dan bermain permainan video turut menyumbang
kepada masalah ini. Oleh yang demikian, amat wajar supaya golongan kanak-kanak dan remaja
dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keterampilan mereka sejak usia yang muda dengan
mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten sebagai satu bentuk amalan cara hidup sihat.
Kehidupan yang berkualiti boleh di definisikan dengan pelbagai cara dan kaedah.
Antaranya dengan memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya
elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna.
Elemen-elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana kita menghargai dan
merasa nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik,
antara faktor yang perlu diambil perhatian ialah dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal.
Kecergasan boleh di definisikan sebagai keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,
Juga berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih atau lesu
dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk
menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.
Aktiviti Fizikal pula boleh didefinisikan sebagai semua pergerakan tubuh badan yang
menggunakan tenaga. Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai pergerakan anggota badan yang
dihasilkan daripada penguncupan otot Ia juga termasuk semua pergerakan badan seperti duduk,
bangun, berjalan, melompat, mendaki,dan lain-lain lagi. Senaman pula boleh didefinisikan
sebagai satu bentuk aktiviti fizikal atau fiadah yang dilakukan dalam jangka masa tertentu
atau berulang kali bertujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Rekreasi adalah
aktiviti yang boleh dilakukan diluar rumah bagi tujuan meningkatkan kecergasan dan
kesihatan. Ia boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti rekreasi boleh
menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan.
Aktiviti fizikal secara langsung terlibat dengan penggunaan tenaga badan manusia.
Setiap aktiviti yang dilakukan oleh manusia memerlukan tenaga daripada badan manusia.
Sekiranya tiada tenaga yang bekalkan oleh badan manusia, maka tidak mungkin aktiviti itu
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, setiap aktiviti memerlukan jenis tenaga yang berbeza. Aktiviti
fizikal juga boleh dibahagikan dan di kategorikan mengikut intensiti dan juga jumlah tenaga
yang diperlukan oleh badan. Semua jenis aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu:
(a) Aktiviti Anaerobik
(b) Aktiviti Aerobik

Aktiviti Anearobik adalah aktiviti fizikal yang tidak menggunakan bekalan oksigen untuk
menghasilkan tenaga. Aktiviti ini menggunakan tenaga yang diperolehi dari bahan kimia
Adinosin Trifosfat (ATP).
Aktiviti Aerobik adalah aktiviti fizikal yang dilakukan secara konstan, di mana intensiti
pergerakannya cukup rendah untuk membolehkan sistem kardiovaskular memenuhi
permintaan oksigen. Ia juga merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan oksigen sebagai
bekalan untuk menghasilkan tenaga
Sistem Tenaga Badan Manusia

Seseorang individu yang sedang aktif atau berehat, sentiasa menggunakan tenaga dalam
badan mereka. Fisiologi badan sentiasa penukaran tenaga dari satu bentuk kepada bentuk yang
lain. Umpamanya di dalam permainan bola sepak, tenaga digunakan untuk melakukan aktiviti
otot. Sama juga di dalam aktiviti seperti berlari, melompat dan pergerakan yang memerlukan
koordinasi dan imbangan di mana tenaga diperlukan berterusan.

Sistem tenaga bagi manusia


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

Tenaga boleh didefinisikan sebagai kapasiti untuk melakukan kerja. Tenaga ini tidak
boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga wujud dalam enam bentuk iaitu
kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan
makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat
(ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7
hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP
merupakan sumber tenaga serta-merta yang boleh digunakan oleh sel-sel otot untuk melakukan
kerja.
Sistem tenaga badan manusia boleh diringkaskan seperti berikut.

Sistem
Tenaga

Anaerobik Aerobik

Sistem
ATP-PC
Asid Laktik

Sistem 1 ( Sistem Tenaga ATP-PC )

Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil
Adenosin Trifosfat (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil Adenosi difosfat
(ADP). ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot (merupakan bahan bakar yang digunakan untuk
mengeluarkan tenaga segera). Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel,
bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang
berpanjangan. Sistem tenaga ini dikenali sebagai ATP-PC. Seperti namanya sistem ATP - PC
mengandungi adenosina trifosfat ( ATP ) dan phosphocreatine ( PC ) . Sistem tenaga ini
membekalkan tenaga serta-merta melalui pecahan fosfat bertenaga tinggi . Jika sistem tenaga ini
banyak maka ia akan membekalkan tenaga yang banyak dan berintensiti maksimum ,
ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil
phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima
antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina
semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot
membantu membina semula ATP. Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan
beberapa saat sahaja di dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama
bekalan ATP semasa beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan
sistem ini boleh ditingkatkan.
ATP di dalam otot dan fosfokreatin (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup
untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel
otot dan perlu dibina semula. PC yang tersimpan di dalam sel-sel otot bantu bina semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja. Dengan latihan yang
rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan

Sistem ATP-PC
(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)
Sistem 2 ( Sistem Tenaga Asid Laktik )

Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri
daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di
dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan
menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot
akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan
kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil
masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan.
Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik iaitu glikosos
berpecah menjadi asid piruvik dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen.
Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya
dalam darah terlalu banyak. ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah ATP yang
diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC). ATP daripada sistem ini cukup untuk
menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit seperti bola sepak dan hoki

Sistem Asid Laktik


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)
Sistem 3 ( Sistem Tenaga Aerobik )

Sistem aerobik memerlukan lebih kurang 60 - 80 saat untuk mula mengeluarkan tenaga
bagi penggabungan ATP dari ADP + P. Kadar jantung dan pernafasan akan meningkat dengan
secukupnya untuk membawa O2 yang diperlukan ke sel otot dalam mana glikogen dilerai dengan
kehadiran oksigen. Leraian glikogen dengan kehadiran O2 akan mengeluarkan sedikit atau tiada
langsung asid laktik.
Sumber tenaga jangka panjang ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui
sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit
kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen, asid
pairuvik berpecah menjadi CO2 dan air serta membebaskan ATP yang banyak, lebih daripada
sistem yang lain. Ia dikeluarkan daripada badan melalui pernafasan dan perpeluhan.
Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain
dan memakan masa melebihi tiga minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran
darah. Dengan kehadiran oksigen, asid piruvik berpecah menjadi karbon dioksida dan air serta
membebaskan ATP. Penghasilan ATP adalah melalui tiga proses utama iaitu glikolisis, kitaran
kreb dan sistem pengangkutan elektron.

Glikolisis - Proses glikolisis boleh berlaku secara anaerobik dan aerobik. Tindakan kimia
sama yang berlaku tetapi hasil sampingan ini yang membezakan proses yang berlaku secara
anaerobik dan aerobik. Dalam glikolisis anaerobik, asid piruvik bertukar menjadi asid laktik.
Kitaran kreb - Merupakan siri tindakan kimia yang mengoksidakan sepenuhnya enzim Acetyl
CoA. Pada akhir siri tindakan, dua mol ATP akan terbentuk dan karbohidrat akan dipecahkan ke
bentuk karbon dan hidrogen. Karbon akan bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon
dioksida. Karbon dioksida dinyahkan daripada sistem fisiologi memerusi sistem respiratori.
Pengangkutan electron - Hidrogen ialah unsur yang dibebaskan menerusi proses glikolisis dan
Kitaran kreb. Hidrogen akan bergabung dengan dua koenzim yang dikenali sebagai NAD
(nicotinamide adenine dinucleotide) dan FAD (flavin adenine dinucleotide). Enzim-enzim NAD
dan FAD membawa atom hidrogen ke RPE. Pada rantaian ini, berlaku proses pemecahan
hidrogen kepada elektron dan proton.
Elektron pada RPE berfungsi untuk membolehkan proses fosforilasi adenosin dwifosfat (ADP)
bagi membentuk ATP. Jumlah ATP yang boleh dijana daripada tindakan ini adalah 34 mol
tetapi mekanisme penjanaan ATP berlaku tanpa had. Pada akhir proses RPE, ion-ion H+ akan
bergabung dengan oksigen untuk membentuk air. Proses ini bertujuan untuk mengelakkan
pengasidan sel otot. Keadaan ini adalah sebab utama mengapa kelesuan otot yang dialami ketika
melakukan aktiviti daya tahan tidak kronik seperti ketika melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan
kekuatan dan kuasa.

Sistem Tenaga Aerobik


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)
Ciri – Ciri Umum Sistem Tenaga Dan Aktiviti Fizikal

Sistem Anaerobik Anaerobik Laktik Sistem Aerobik


Alaktik
Sumber Glukosa/glikogen,
Fosfokreatin Glukosa/glikogen
makanan/kimia lemak, protien
Keperluan
Tidak perlu Tidak perlu Perlu
oksigen
Kelajuan Sangat pantas Pantas Perlahan
Penghasilan Sedikit dan Banyak dan tidak
Sedikit dan terhad
ATP terhad terhad
Jangka masa 10 saat 1-3 minit Melebihi 3 minit
Jenis aktiviti
Berintensiti Berintensiti rendah
Berintensiti tinggi
tinggi dan sederhana
Contoh sukan 100m dan 200m 800m Marathon

Peratus penghasilan sistem Tenaga


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)
Fungsi Sistem Tenaga
Tenaga ialah kuantiti yang diperlukan untuk berfungsi dan menjalankan kerja serta
aktiviti harian. Tenaga yang digunakan oleh sistem biologi manusia adalah dalam bentuk
adenosina trifosfat (ATP). Peratusan kuantiti penggunaan ATP oleh sistem biologi untuk
bertukar menjadi haba adalah sebanyak 60%-70% manakala bakinya sebanyak 30%-40%
digunakan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Langkah untuk meningkatkan simpanan sumber tenaga

Perkara yang paling penting dalam konsep tenaga adalah bahan api yang dibekalkan semasa
latihan. Apabila kita mengetahui tentang bahan api yang dibekalkan kepada otot rangka semasa
latihan penting dalam menentukan pemakanan yang sesuai.
Bekalan bahan api yang dimaksudkan ialah jenis makanan yang boleh menghasilkan ATP
semasa latihan. Terdapat tiga sumber kelas makanan utama yang menghasilkan tenaga iaitu
karbohidrat, lemak dan protein. Bekalan tenaga yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis
makanan ini boleh digunakan bagi sistem aerobik untuk menghasilkan ATP. Oleh itu,
karbohidrat memainkan peranan utama sebagai sumber tenaga utama. Selain itu juga, makanan
yang perlu dimakan mesti memberi tumpuan kepada karbohidrat. Walaupun protein boleh
digunakan sebagai sumber tenaga apabila sumber-sumber lain sudah kehabisan seperti keadaan
kesuburan. Lemak apabila dibakar akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol. Asid lemak
disimpan sebagai tisu adipos atau beredar dalam darah. Bahan kimia ini boleh menghasilkan
ATP melalui tindakbalas kimia.
RUMUSAN

Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan


sukan cuma persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan
olahraga, acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada
sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang
memerlukan dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada
sistem aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem
aerobik beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.
Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukar-ganti
penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton rally pendek, ia mendapat
bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakala perlawanan yang
berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola
sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang
menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.

Faedah Aktiviti Fizikal Sistem Aerobik

 Mengawal berat badan - Senaman boleh membantu mencegah penambahan berat badan
yang berlebihan atau mengekalkan berat badan . Apabila anda terlibat dalam aktiviti
fizikal , anda membakar kalori . Semakin sengit aktiviti itu, lebih banyak kalori yang
anda bakar. Anda tidak perlu untuk menetapkan ketulan mengetepikan besar masa untuk
latihan untuk mendapat faedah yang berat badan . Jika anda tidak boleh melakukan
senaman yang sebenar , dapatkan lebih aktif sepanjang hari dengan cara yang mudah -
dengan mengambil tangga daripada lif atau revving sehingga kerja-kerja rumah anda .
 Mencegah Penyakit – aktiviti fizikal Aerobik dapat merangsang aktif kepadatan tinggi
lipoprotein ( HDL ) , mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan trigliserida yang
tidak sihat . Ini dapat menggandakan kadar darah yang mengalir dengan lancar , yang
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk strok , sindrom metabolik ,
diabetes, kemurungan , sesetengah jenis kanser , artritis dan jatuh .
 Mengawal emosi - Bersenam di gimnasium atau berjalan pantas 30 minit berjalan kaki
boleh membantu . Aktiviti fizikal merangsang pelbagai bahan kimia otak yang boleh
membuat kita merasa lebih bahagia dan lebih tenang . Kita juga boleh berasa lebih baik
mengenai penampilan diri apabila kita bersenam secara teratur , yang boleh
meningkatkan keyakinan kita.
 Memberi tenaga - Aktiviti fizikal yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot dan
meningkatkan daya tahan kita . Senaman dan aktiviti fizikal menghantar oksigen dan
nutrien kepada tisu-tisu badan kita dan membantu kerja sistem kardiovaskular kita lebih
cekap . Selain itu senaman juga membantu jantung dan paru-paru kita berfungsi dengan
lebih cekap. Badan kita juga mendapat lebih banyak tenaga untuk menjalani aktiviti
harian.
RUJUKAN

1. Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3. Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5.
Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd.
4. Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.
5. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm
8. Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/
respiratory.php
9. M. Geoffs (2009). “Wellsphere: Health knowledge made personal”. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://stanford.wellsphere.com.
10. Shergill (2008). “Health Mad”. Retrieved August 28, 2006 from
http://optimizedby.rmxads/iframes3

Anda mungkin juga menyukai