Anda di halaman 1dari 26

MTE3103 Geometri

Topik 1 Teselasi Satah

1.1 Sinopsis

Topik ini merupakan permulaan pendedahan kepada kegunaan matematik dalam seni
dan rekaan manusia. Ia merupakan satu bidang yang luas dan untuk bahagian ini, kita
akan bincangkan ciptaan untuk satah 2-Dimensi. Bahagian ini meliputi jenis-jenis
teselasi, teselasi dan seni serta fraktal geometri.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Menambahkan pengetahuan anda dalam konsep matematik yang berkaitan


dengan geometri pada satah.

2. Menghargai peranan geometri dalam seni dan rekaannya.

1.3 Kerangka Konseptual

Teselasi Satah

Jenis-jenis Geometri Fraktal


Teselasi Teselasi dan Seni

1
MTE3103 Geometri

1.4 Teselasi

Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya,
dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk (yang
digunakan) berlaku.

Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin di bilik air. Bentuk-bentuk teselasi
yang lebih menarik termasuklah teselasi Islam berbentuk bintang dan teselasi ciptaan
Escher yang akan dibincangkan kemudian.

Teselasi Islam Berbentuk Bintang

2
MTE3103 Geometri

Teselasi Ciptaan Escher

1.4.1 Jenis-Jenis Teselasi

Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan teselasi, termasuklah bilangan


bentuk berlainan yang digunakan dalam satu-satu teselasi atau mengkategorikan
telasi dari segi sama ada menggunakan poligon sekata (regular polygons),
poligon separa sekata (Semi-regular polygons) atau poligon tidak sekata
(Irregular polygons). Modul ini akan mengkategorikan teselasi berdasarkan
bilangan bentuk berlainan yang digunakan.

1.4.1.1 Teselasi Berdasarkan Satu Bentuk Poligon

Kita mulakan dengan merujuk kepada bentuk paling ringkas teselasi pada
satahbagi yang teselasi berdasarkan satu bentuk sahaja. Ia boleh
dibahagikan kepada teselasi berdasarkan satu bentuk sekata dan satu bentuk
tidak sekata.

Terdapat tiga jenis teselasi satu bentuk sekata sahaja dapat dihasilkan, iaitu
asas segitiga sisi sama, segi empat sisi sama dan heksagon sisi sama.

3
MTE3103 Geometri

Teselasi dengan segitiga sisi


sama sebagai bentuk asas

Teselasi dengan segiempat sisi


sama sebagai bentuk asas

Teselasi dengan heksagon sisi


sama sebagai bentuk asas

Berehat sebentar dan cuba renungi, mengapa hanya terdapat tiga bentuk sekata
yang boleh membentuk teselasi?

Jika kita perhatikan dengan teliti, kita akan dapati setiap bucu dalam satu-satu
teselasi haruslah kelihatan sama dan sekurang-kurangnya bertemu dengan tiga
poligon. Apa itu bucu? Gambaran bagi bucu ditunjukkan seperti di bawah:

Bucu

Poligon adalah rajah pada satah dengan sekurang-kurang mengandungi tiga


garis lurus yang bercantum, yang dikenali sebagai sisi. Untuk permukaan satah,

4
MTE3103 Geometri

jumlah sudut pada bucu haruslah berjumlah 360. Misalnya sudut dalaman bagi
segitiga sisi sama ialah 60, terdapat 6 segitiga bertemu pada setiap bucu. 6
60 = 360, maka segitiga boleh membentuk teselasi. Bagi segiempat sisi sama,
sudut dalaman adalah 90. Pada setiap bucu, 4 90 = 360. Oleh itu,
segiempat sekata juga boleh membentuk teselasi.

Poligon sisi lima dikenali sebagai pentagon. Setiap sudut dalaman adalah 108,
3 108 = 324. Maka penggunaan pentagon sahaja tidak dapat membentuk
teselasi.

Gabungan bagi tiga


pentagon.

Bagi poligon sisi enam pula, ia dikenali sebagai heksagon. Sudut dalaman bagi
heksagon sekata adalah 120. Pada setiap bucu, 3 120 = 360. Oleh itu
heksagon boleh membentuk teselasi.

Jika dilanjutkan kepada heptagon, yakni poligon dengan sisi tujuh, setiap sisi
dalaman adalah 128.57. Apabila tiga heptagon bertemu pada satu bucu, 3
128.57 = 385.71. Pertindahan akan berlaku; seperti rajah yang ditunjukkan di
bawah:

5
MTE3103 Geometri

Bagi poligon dengan bilangan sisi yang lebih banyak, pencantuman tiga poligon
sekata yang sama pada satu bucu tanpa pertindihan adalah mustahil. Oleh yang
demikian, hanya terdapat tiga bentuk poligon sekata yang boleh membentuk
teselasi. Bagaimana pula dengan teselasi dengan bentuk tidak sekata?

Teselasi juga boleh dibentuk dengan menggunakan bentuk asas yang tidak
sekata. Di sini disertakan beberapa contoh teselasi dengan bentuk asas yang
tidak sekata:

Segiempat Tepat

Trapezium

1.4.1.1 Teselasi Berdasarkan Dua atau Lebih Poligon Berlainan

Homogenus teselasi adalah teselasi yang menggunakan dua atau lebih poligon
sekata yang akan membentuk teselasi dengan syarat, pada setiap bucu
mempunyai bentuk yang sama. Homogenus teselasi juga dikenali sebagai
teselasi poligon separa sekata (semi-regular polygons). Beberapa contoh
teselasi poligon separa sekata adalah seperti berikut:

6
MTE3103 Geometri

3.6.3.6

4.8.8

3.3.3.4.4

3.3.3.3.6

Teselasi poligon separa sekata diberi nama atau simbol berdasarkan bilangan
sisi poligon-poligon yang bertemu pada setiap bucu. Misalnya pada teselasi
pertama, terdapat dua heksagon dan dua segitiga yang bertemu pada setiap
bucu. Heksagon mempunyai enam sisi dan segitiga mempunyai tiga sisi. Oleh
itu, bila dibaca mengikut putaran, ia dibaca sebagai 3.6.3.6. Mungkin anda
tertanya-tanya, mengapa ia tidak dibaca sebagai 6.3.6.3? Memang ada bahan

7
MTE3103 Geometri

bacaan yang meletakkan nama sebagai 6.3.6.3. Ianya tidak salah, tapi kita cuba
meletakkan nombor yang kecil di hadapan. Tetapi jika anda meletakkan nombor
3.3.6.6, ia bukanlah nama bagi teselasi yang pertama itu, kerana ia haruslah
dibaca mengikut susunan putaran.

Nama bagi teselasi separa sekata adalah penting untuk memastikan sama ada
ia homogenus atau tidak. Terdapat juga teselasi yang terdiri daripada lebih
sejenis poligon sekata tetapi dikategorikan sebagai teselasi tidak homogenus.
Di bawah ini menunjukkan satu teselasi yang tidak homogenus. Bolehkah anda
bezakan antara teselasi homogenus dan tidak homogenus?

Cuba luangkan masa setengah jam dan cari teselasi homogenus sebanyak yang
anda boleh dengan mencantumkan segiempat sisi sama, segitiga sisi sama, pentagon sisi
sama, heksagon sisi sama, heptagon sisi sama atau oktagon sisi sama. Selamat
mencuba !

1.5 Teselasi dan Seni

Jika kita kaitkan teselasi dengan seni, kita tidak dapat tidak menyentuh hasil seni
yang telah dikembangkan oleh seorang artis terkenal Belanda yang dikenali

8
MTE3103 Geometri

sebagai M.C Escher (1898-1972). Terdapat beberapa hasil kerja M.C Escher
yang mempunyai nilai matematik yang tinggi, termasuklah yang telah dicetak
pada baju-T, buku, cawan dan jingsaw puzzle.

Salah satu pencetus Escher dalam memulakan rekaannya berlaku apabila dia
melawat Alhambra, Sepanyol pada tahun 1922. Pada ketika itu, dia sedang
meneliti jubin rekaan Moorish yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, tidak
seperti Moorish yang hanya mencipta jubin daripada bentuk geometri, Escher
cuba mengubah idea Moorish dengan menggunakan bentuk yang menyerupai
benda, binatang, burung dan sebagainya.

Baca bahan bacaan dari Reader: EscherGeometry meets art oleh B. Ansell,
The Magic Mirror of M. C. Escher oleh B. Ernst dan M. C Escher at work oleh G.A. Escher.

Beberapa contoh hasil kerja M.C. Escher:

9
MTE3103 Geometri

1.5.1 Menghasilkan Teselasi Jenis-Escher

Pada bahagian ini, kita akan membincangkan dua cara termudah untuk
membentuk teselasi Jenis-Escher. Walaupun prinsipnya kelihatan sangat
mudah, tetapi anda harus sedar (daripada pembacaan anda sebelum ini)
bahawa untuk menghasilkan teselasi yang berasaskan binatang adalah tidak
mudah. Daripada artikel yang telah anda baca, Escher sebenarnya meluangkan
banyak masa dalam proses menyelidik, melatih dan menggunakan rekaannya
untuk membentuk teselasi.

1.5.1.1 Teselasi Berdasarkan Mengubah sisi Bertentangan yang


Selari

Teknik ini melibatkan mengubah pada satu sisi dan seterusnya mengubah sisi
bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa.

10
MTE3103 Geometri

Teselasi ringkas yang berasaskan


segiempat sisi sama.

1.5.1.2 Teselasi Berdasarkan Putaran

Kita telah melihat hanya terdapat tiga jenis poligon sekata yang boleh
membentuk teselasi, iaitu segitiga sisi sama, segiempat sisi sama dan heksagon
sisi sama. Segiempat sisi sama dan heksagon boleh menggunakan teknik
mengubah satu sisi dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang selari
dengan perubahan yang serupa. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan
untuk segitiga sisi sama kerana ia tidak mempunyai sisi bertentangan yang
selari.

Namun demikian, kita boleh mengubah pada satu sisi dan mengubah sisi yang
bersebelahan dengan bentuk yang sama dengan menggunakan teknik putaran.
Teknik ini juga dilakukan untuk heksagon sekata.

Rajah di atas menunjukkan hasil ciptaan yang menggunakan bentuk asas


segitiga dan teknik yang digunakan adalah mengubah pada satu sisi dan
kemudiannya mengubah pada sisi yang bersebelahan dengan bentuk yang
sama dengan menggunakan teknik putaran. Jika anda perhatikan dengan teliti,
sisi yang ketiga dibentuk dengan mengubah separuh daripada sisi tersebut dan

11
MTE3103 Geometri

sisi yang telah dibentuk itu diputarkan pada titik tengah sisi tersebut. Dapatkah
anda melihat bagaimana ia dibentuk? Bincangkan dalam kumpulan !

Cuba cipta satu teselasi jenis-Escher dengan menggunakan antara satu teknik
yang dinyatakan di atas.

1.6 Geometri Fraktal

Pernahkah anda membesarkan sebahagian daripada mana-mana gambar dengan


menggunakan komputer? Apabila gambar tersebut dibesarkan dengan skala yang
tinggi daripada gambar asal, gambar tersebut kelihatan kabur. Seorang ahli matematik,
Benoit Mandelbrot (1924- ) menyatakan bahawa pembesaran sepatutnya
membolehkan kita mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan lengkap. Pada tahun
1970-an, Mandelbrot menemui satu cara yang membolehkan kita untuk mereka bentuk
geometri dengan satu sifat khas: jika sebahagian daripada bentuk itu dibesarkan
berulang, maka maklumat tambahan yang jelas dan lengkap akan diperolehi.
Mandelbrot menamakan bentuk geometri yang berulang tanpa had ini sebagai fraktal.

12
MTE3103 Geometri

13
MTE3103 Geometri

Set Mandelbrot
Benoit Mandelbrot dikenali sebagai bapa kepada Fraktal Geometri. Beliau bukanlah
orang yang pertama yang mencipta fraktal, tetapi beliau merupakan orang pertama
yang mengabung idea beberapa ahli matematik seperti Georg Cantor, Giuseppe
Peano, Helge Von Koch, Waclaw Sierpinski dan Gaston Julia untuk membentuk jenis
geometri yang baru. Mandelbrot juga mendapati bahawa kebanyakkan fraktal
berkongsi sifat yang sama dalam alam semula jadi. Misalnya, pada daun pakis, bila
kita bandingkan dengan keseluruhan daun pakis, ia kelihatan hampir sama dari segi
bentuk, cuma berbeza dari segi saiz.

14
MTE3103 Geometri

Buat masa ini, fraktal tidak ada definisi yang dipersetujui secara umum. Walau
bagaimanapun, fraktal bolehlah dinyatakan sebagai bentuk geometri yang mempunyai
motif serupa-diri (self-similar motif) yang berulang tanpa had. Satu contoh motif serupa-
diri ditunjukkan di bawah:

Motif Serupa Diri yang Ditunjukkan oleh Sierpinski Gasket

Rekaan fraktal umumnya menggunakan proses lelaran (iterative), dengan hasil lelaran
sangat menghampiri motif asalnya. Misalnya dalam pembinaan Koch Curve, cara
pembinaan adalah seperti di bawah:

Tahap 0: Bermula dengan satu garis lurus. Garis lurus ini dikenali sebagai initiator.

Tahap 1: Garis lurus tersebut dibahagi kepada tiga bahagian yang sama. Pada
bahagian tengah tersebut, satu segitiga sama sisi dilukis dan garis pada tapak
dialihkan. Tahap ini dikenali sebagai generator.

Tahap 2: Gantikan setiap bentuk initiator dengan bentuk generator pada versi skala
untuk membentuk tahap selanjutnya dalam Koch Curve. Panjang versi skala

15
MTE3103 Geometri

pada generator adalah sama dengan panjang garis yang digantikannya.


Untuk tahap seterusnya, tahap 2 diulang.

Contoh (i): Koch Curve

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (ii): Sierpinski gasket

16
MTE3103 Geometri

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (iii): Box Fractal

Tahap 0:

17
MTE3103 Geometri

Tahap 1:

Tahap 2:

Contoh (iv): Peano curve

Tahap 0:

18
MTE3103 Geometri

Tahap 1:

Tahap 2:

Cuba dapatkan tahap 3 dan tahap 4 bagi semua contoh fraktal di atas.

1.6.1 Fraktal Serupa-diri Tepat (Strictly Self-Similarity Fractals)

Semua fraktal menunjukkan motif serupa-diri dengan skala yang menyusut,


walau bagaimanapun terdapat beberapa fraktal yang fraktal serupa-diri tepat,
yang memenuhi definisi berikut.

Definisi:
Sesuatu fraktal dikatakan fraktal serupa-diri tepat jika sebarang
bahagian pada fraktal itu merupakan replika bagi keseluruhan fraktal.
19
MTE3103 Geometri

Contoh:
Tentukan sama ada fraktal berikut adalah fraktal serupa-diri tepat.
a. Koch snowflake. b. Koch curve

Penyelesaian:
a. Koch snowflake adalah satu bentuk yang tertutup. Mana-mana bahagian yang
diambil daripada Koch snowflake(misalnya yang dibulatkan) bukanlah satu bentuk
yang tertutup. Maka Koch snowflake bukanlah fraktal serupa-diri tepat.

Bahagian yang dibulatkan bukan


merupakan replika bagi mana-
mana bahagian bagi snowflakes
tersebut.

b. Dapat diperhatikan dengan jelas bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve
adalah replika bagi keseluruhan fraktal, Maka Koch curve adalah fraktal serupa-diri
tepat.

20
MTE3103 Geometri

Didapati bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve adalah


replika bagi seluruh Koch curve.

Tentukan sama ada Sierpinski Gasket dan Peano curve adalah fraktal
serupa-diri tepat.

1.6.2 Nisbah Gantian (Replacement Ratio) dan Nisbah Skala (Scaling


Ratio)

Dua bentuk kiraan yang boleh dilakukan terhadap fraktal ialah Nisbah Gantian
dan Nisbah Skala.

Makna bagi Nisbah Gantian dan Nisbah Skala:

Jika generator bagi sesuatu fraktal mengandungi N replika bagi initiator,


maka Nisbah Gantian bagi fraktal tersebut adalah N.
Jika initiator bagi fraktal tersebut mempunyai r kali linear dimensi bagi
replikanya pada generator, maka Nisbah Skalanya adalah r.

21
MTE3103 Geometri

Contoh:

(i) Koch Curve

Tahap 0: Tahap 1:

(ii) Sierpinski Gasket

Tahap 0: Tahap 1:

Cari nisbah gantian dan nisbah skala bagi


(i) Koch Curve
(ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

(i) Pada generator mengandungi empat garis lurus, tetapi initiator mengandungi
satu garis lurus. Maka nisbah gantian bagi Koch Curve ialah 4 : 1, atau 4.

Garis lurus pada initiator adalah tiga kali lebih panjang daripada replikanya pada
generator. Maka nisbah skalanya ialah 3 : 1, atau 3.

22
MTE3103 Geometri

(ii) Pada generator mengandungi tiga segitiga, tetapi initiator mengandungi satu
setiga. Maka nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 : 1, atau 3.

Segitiga pada initiator mempunyai kelebaran dua kali lebih panjang daripada
segitiganya pada replika di generator. Maka nisbah skalanya ialah 2 : 1, atau 2.

Dapatkan nisbah gantian dan nisbah skala bagi


a. Peano curve b. Box Fractal

1.6.3 Dimensi Keserupaan (Similarity Dimension)

Satu perwakilan yang dikenali sebagai dimensi keserupaan, D digunakan untuk


menilai kemampatan fraktal serupa-diri tepat.

Dimensi keserupaan, D bagi fraktal serupa-diri tepat diberi sebagai

log
D = log

Dengan N sebagai Nisbah Gantian dan r sebagai Nisbah Skala.

Contoh:

Cari dimensi keserupaan bagi,


(i) Koch Curve
(ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

23
MTE3103 Geometri

(i) Koch Curve adalah fraktal serupa-diri tepat, maka kita boleh mendapatkan
dimensi keserupaannya. Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Koch
Curve ialah 4 dan nisbah skalanya ialah 3. Maka dimensi keserupaannya
adalah:
log 4
D =log 3 1.262

(ii) Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 dan
nisbah skalanya ialah 2. Maka dimensi keserupaannya adalah:

log 3
D =log 2 1.585

Cari dimensi keserupaan bagi


a. Peano curve b. Box Fractal

1.6.3 Fraktal Geometri di Kehidupan Seharian

1.6.3.1 Fraktal pada Alam Semula Jadi

24
MTE3103 Geometri

Sungai Himpunan Awan

Pancaran Kilat Urat Daun

1.6.3.2 Fraktal pada Rekaan Manusia

Ba-Ili di Afrika Menara Eiffel di Paris

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, anda digalakkan untuk membuat


pembacaan tambahan dan melayari internet untuk tajuk di atas. Pastinya anda

25
MTE3103 Geometri

akan berasa seronok, betapa menariknya mempelajari matematik! Selamat


membaca!

Ingatan: Sila pastikan semua bahan bacaan yang telah dicetak, termasuk nota
dan penyelesaian soalan disimpan dengan baik di dalam portfolio anda.

26

Anda mungkin juga menyukai